e-dagang

10
1.0 PENGENALAN Dewasa ini, perdagangan yang dijalankan semakin kompleks berbanding aktiviti perdagangan pada zaman lampau. Malah, hampir semua negara di dunia menjadikan aktiviti perdagangan sebagai sumber ekonomi utama yang menyumbang pendapatan besar kepada negara berkenaan. Bermula dengan tercetusnya revolusi pertanian pada akhir kurun ke-17, tamadun manusia terus berkembang sehingga menempuhi zaman revolusi perindustrian pada kurun ke-18 dan ke-19. Pada abad ke-21 hari ini, kita juga dapat menyaksikan ledakan maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi ekonomi dunia ketiga, iaitu revolusi era digital atau taknologi maklumat. Hari ini, teknologi maklumat ternyata telah bertindak selaku peneraju dunia yang akan mengubah peradaban dan tamadun manusia secara keseluruhannya. Apa yang pasti, perkembangan dalam bidang komputer dan telekomunikasi telah membolehkan manusia berinteraksi sesame sendiri menerusi saluran yang tidak mudah dikesan atau dikawal oleh pihak-pihak tertentu. Salah satu daripada alat telekomunikasi yang semakin mendapat perhatian ialah internet. Internet merupakan suatu rangkaian komputer antarabangsa yang mewujudkan jaringan komunikasi ke seluruh dunia. Pada asasnya, internet tidak dimiliki oleh sesiapa dan tidak dikawal oleh mana-mana pusat kawalan. Hampir keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam web itu digunakan sebagai bahan untuk pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan. Turut sama dikaitkan bersama penggunaan internet ialah e- dagang. E-dagang merupakan suatu aktiviti perdagangan yang menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat sedia ada,

Upload: kai-ying-pang

Post on 28-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asdjhagdfhagfus

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, perdagangan yang dijalankan semakin kompleks berbanding aktiviti perdagangan pada zaman lampau. Malah, hampir semua negara di dunia menjadikan aktiviti perdagangan sebagai sumber ekonomi utama yang menyumbang pendapatan besar kepada negara berkenaan.Bermula dengan tercetusnya revolusi pertanian pada akhir kurun ke-17, tamadun manusia terus berkembang sehingga menempuhi zaman revolusi perindustrian pada kurun ke-18 dan ke-19.Pada abad ke-21 hari ini, kita juga dapat menyaksikan ledakan maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi ekonomi dunia ketiga, iaitu revolusi era digital atau taknologi maklumat. Hari ini, teknologi maklumat ternyata telah bertindak selaku peneraju dunia yang akan mengubah peradaban dan tamadun manusia secara keseluruhannya.Apa yang pasti, perkembangan dalam bidang komputer dan telekomunikasi telah membolehkan manusia berinteraksi sesame sendiri menerusi saluran yang tidak mudah dikesan atau dikawal oleh pihak-pihak tertentu. Salah satu daripada alat telekomunikasi yang semakin mendapat perhatian ialah internet.Internet merupakan suatu rangkaian komputer antarabangsa yang mewujudkan jaringan komunikasi ke seluruh dunia. Pada asasnya, internet tidak dimiliki oleh sesiapa dan tidak dikawal oleh mana-mana pusat kawalan. Hampir keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam web itu digunakan sebagai bahan untuk pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan.Turut sama dikaitkan bersama penggunaan internet ialah e-dagang. E-dagang merupakan suatu aktiviti perdagangan yang menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat sedia ada, terutamanya telekomunikasi canggih yang dapat melindungi dan memuaskan hati pengguna-penggunanya yang terdiri daripada:I. PenjualII. PembeliIII. Pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain.Aplikasi e-dagang banyak digerakkan oleh penggunaan internet khususnya laman web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual, dan pihak-pihak ketiga dalam suatu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak.Inilah apa yang dikatakan sebagai perdagangan tanpa kertas yang terkini serta mampu membawa pulangan lumayan kepada mereka yang terlibat dalamnya. Perniagaan menerusi e-dagang meluas digunakan dalam kalangan masyarakat internet terutama di Negara-negara Barat pada pertengahan tahun 1990-an.Kini, e-dagang diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan. Malahan, kini e-dagang juga dijadikan satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin melangkah ke peringkat antarabangsa. Dengan e-dagang, sesebuah syarikat atau individu itu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari mana-mana sahaja tempat dalam dunia ini, terutama dalam kalangan pihak-pihak yang berminat untuk menjalankan urus niaga.Apa yang penting, untuk menjalankan perniagaan ini perlu ada kelengkapan teknologi maklumat yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan internet diakses. Komputer, modem, dan talian telefon antara keperluan yang diperlukan sebelum sesuatu urus niaga dapat dilakukan.Pada masa yang sama, pengusaha perniagaan juga perlulah membina laman web mereka sendiri bagi menyediakan semua maklumat perniagaan yang diperlukan seperti memperincikan produk atau barangan yang ingin diniagakan oleh mereka. Selain itu, antara maklumat yang penting yang harus dimasukkan termasuklah harga yang ditawarkan, proses membuat tempahan dan cara penghantaran, pihak yang perlu dihubungi dan sebagainya. Jadi, jelaslah bahawa dengan terbinanya laman web tersebut, ia akan menjadi rujukan para pedagang mahupun sasaran pelanggan untuk memulakan urus niaga.Pada awal Januari 2015, satu perniagaan mengenai penjualan barangan pasangan telah dimulakan. Nama butik tersebut dikenali sebagai TiAMo Boutique. Butik ini diusahakan oleh seorang usahawan muda. Dia memulakan aktiviti perniagaan dengan idea mudah dan perniagaan yang kecil dan ringkas. Sejak bermula meniaga, dia cuba mendapatkan dan menggunakan sumber yang terhad di sekelilingnya untuk merealisasikan perniagaan. Butiknya terletak di Pusat Bandar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kedainya khas menjual barang pasangan untuk pasangan yang hangat bercinta. Banyak aneka pilihan produk pasangan yang telah ditawarkan kepada pasangan yang hangat bercinta. Antaranya produk termasuk kemeja-T pasangan, cawan pasangan, jam tangan pasangan, cincin pasangan, rantai kunci pasangan dan rantai leher pasangan. Bermula bulan Mac, butik ini telah menawarkan perkhidmatan atas talian, di mana para pembeli boleh membeli produk butiknya dengan melayari internet. Sebarang koleksi produk terbaru juga akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa atas talian.2.0 PEMILIHAN PRODUKMenurut Sabri Hj. Hussin (2005), produk merupakan barangan atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pasaran sasar. Ianya mestilah sesuai dengan keadaan atau kehendak pasaran dan sedia diteriama dalam pasaran. Oleh itu, tugas pemasar ialah menyediakan produk yang mempunyai ciri fizikal yang boleh menarik dan diterima pelanggan. Apabila pengguna membeli sesuatu produk, selain daripada membeli ciri-ciri fizikal yang sedia ada, pengguna juga mencari kepuasan dan manfaat atau penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.Hirarki Keperluan Maslow

Dalam aspek pemilihan produk, saya merujuk kepada Teori Keperluan Abraham Maslow. Menurut Abraham Maslow (1970), manusia sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. Manusia perlu memenuhi keperluan-keperluan sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Jadi, saya telah membuat keputusan menjual barangan atau produk yang biasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.Memandangkan penggunaan barangan pasangan dengan kekasih merupakan satu trend pada masa kini, saya telah menjadikan barangan pasangan sebagai bahan pemasaran saya. Produk pasangan yang saya pasarkan termasuk kemeja-T, rantai kunci, rantai leher, cawan, jam tangan, dan cincin. Walaupun semua barangan yang saya pasarkan adalah khusus untuk orang yang mempunyai pasangan, tetapi kepada sesiapa yang tidak mempunyai pasangan mempunyai peluang untuk membeli juga. Hal ini demikian kerana produk kami tidak hanya terhad kepada pemilihan satu set barang, malahan mereka boleh mencampurkan produk yang ingin dibeli oleh mereka. Pada masa kini, dengan alasannya menjimat masa, membeli-belah menerusi lawan sesawang sudah menjadi amalan dalam kalangan remaja. Jadi, saya telah menjadikan sistem perdagangan elektronik sebagai cara untuk menjualkan produk saya. Dengan reka bentuk blog yang menarik dan harga jualan yang berpatutan, saya yakin produk saya akan mendapat sambutan hangat. 3.0 PASARAN SASARANPasar sasaran adalah kumpulan pengguna yang diberi perhatian kerana corak penggunaan mereka lebih menepati produk yang dihasilkan oleh sebuah syarikat pengeluar. Menurut Evans dan Berman (1995), sesebuah perniagaan perlu mengadakan projek mencari sasaran pasarnya bagi setiap produk. Dengan penetapan pasar sasaran, saya akan lebih jelas dengan golongan pelanggan saya dan segala usaha dan perhatian akan lebih fokus dan turut memudahkan saya dalam menguasai pasaran.Tiamo Boutique sentiasa menawarkan barangan atau produk yang memenuhi selera remaja pada zaman kini. Misalnya, Design produk adalah selaras dengan fesyen semasa.Saya mensasarkan produk kedai saya kepada golongan lelaki dan wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 29 tahun. Sebab golongan ini menjadi sasaran uatam ialah golongan ini dikategorikan dalam golongan berpendapatan sederhana. Selain itu, golongan ini merupakan golongan yang arif dengan perniagaan atas talian. Saya yakin penglibatan golongan ini dalam penggunaan internet sebagai jaringan sosial mereka.

5.0 PERSAINGAN Persaingan bermaksud berlumba atau bertanding yang melibatkan antara dua atau lebih pihak dalam satu-sat situasi. Menurut Ab.Aziz Yusof (2003), dalam konteks dunia perniagaan, pesaingan wujud apabila seseorang usahawan menjual barang niaga yang sama dengan usahawan lain. Persaingan dalam perniagaan memang merupakan rempah ratus yang hampir tidak boleh dielakkan. Ia telah menjadi lumrah dan kebiasaan. Mahu tidak mahu, usahawan akan terus menghadapi persaingan dalam menjalankan perniagaan. Apa yang penting, seseorang usahawan perlulah mempersiapkan diri melalui peningkatan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi pesaingan. Secara tidak langsung, persaingan yang sihat boleh mencipta graf perkembangan yang baik terhadap kerjaya yang diceburi.Persaingan Tiamo Boutique tetap wujud dalam dunia peniagaan. Hal ini demikian kerana banyak perniagaan atas talian, butik pakaian dan kedai cenderahati yang menawarkan barangan pasangan telah bertapak di negara kita pada masa kini. Bagi menangani persaingan ini, butik saya menawarkan lebih banyak aneka pilihan barangan pasangan kepada para pembeli. Contohnya, kemeja-T, cawan, rantai kunci, rantai leher, cincin, dan jam tangan. Dengan ini, butik saya akan memiliki kelebihan bersaing berbanding dengan kedai atau butik yang hanya menawarkan kemeja-T pasangan sahaja.Bahkan, saya juga mengutamakan kuasa beli pembeli dalam menangani pesaingan perniagaan ini. Hal ini demikian kerana pembeli yang sangat sensitif terhadap harga dan kualiti produk yang ditawarkan. Bagi saya, pengguna yang berumur 18-29 tahun telah mempunyai kuasa beli tertentu walaupun pendapatan mereka terhad. Justeru, saya menawarkan barangan yang dengan harga yang berpatutan serta kualiti tinggi bagi mendapat perhatian dan komifuen para pembeli.Selain itu, saya akan menghadapi pesaingan dengan mengadakan pemotongan harga, pengiklanan dan kempen-kempen promosi yang agresif.

6.0 STRATEGI PEMASARANSatu daripada fungsi perniagaan ialah pemasaran yang juga merupakan kunci penting kepada sesebuah perniagaan. Hal ini kerana motif perniagaan ialah untuk memperolehi keuntungan melalui pertukaran, sedangkan untuk mengadakan dan meningkat pertukaran memerlukan kemahiran pemasaran. Disamping itu, pemasaran merupkan keperluan di dalam semua aspek kehidupan. Menurut Kotler(1981), seseorang itu tidak boleh melepaskan diri dari pemasaran seperti ia tidak boleh melepaskan diri daripadacukai pendapatan dan kematian. Beliau selanjutnya menyebut bahawa seseorang akan bangun pagi dengan mengosok gigi menggunakan berus dan ubat gigi yang dibuat, diiklan dan dijual serta diagih melalui proses pemasaran-hidupnya sepanjang hari sehinggalah kepada tidurnya tidak terlepas daripada dunia pemasaran. Konsep Pemasaran

Lanjutan daripada rajah di atas, pemasaran boleh didefinisikan sebagai satu proses merancang dan melaksanakan konsep, harga, promosi, dan pengagihan produk untuk memuaskan kehendak dan keperluan individu dan organisasi. Jika ditinjar secara mendalam, strategi pemasaran yang digunakan oleh suatu perniagaan adalah berbeza dengan perniagaan lain. Bagi TiAMo Boutique, pelan strategi pemasarannya melibatkan beberapa unsur iaitu persembahan produk, perletakan harga, strategi promosi, dan juga pengedaran.Persembahan produk amat penting bagi memastikan produk yang akan dijual kelihatan unik dari persepsi pelanggan. Persembahan produk haruslah berbeza dengan produk yang ditawarkan oleh usahawan atau syarikat lain, seperti cara pembungkusan produk walaupun jenis produk adalah hampir sama. Sebelum mengepos barang belian kepada pelanggan, saya akan membalutkan bungkusan dengan kertas hadiah khas TiAMo Boutique. Saya juga akan menyediakan kad kecil yang berbentuk heart shape bagi memberi berkat kepada pasangan yang sedang bercinta. Bagi strategi harga, saya akan mempertimbangkan harga pesaing di pasaran. Dengan ini, saya dapat mengelakkan harga produk butik saya tidak sesuai dengan pasaran semasa yang akan mengakibatkan produk butik saya tidak mendapat sambutan daripada pelanggan. Kaedah penghadan harga (limit pricing) telah saya amalkan dalam peletakan harga produk butik ini. Perletakan harga yang serendah mungkin adalah untuk menghalang kemasukan pesaing baru. Penawaran harga seperti ini juga merupakan jaminan kepada kuasa beli sasaran pelanggan butik ini, sedangkan sasaran pelanggan ialah remaja yang berumur 18-29 tahun. Sasaran butik saya ialah remaja yang berumur 18-29 tahun. Misalnya, golongan remaja ini mahir dan kerap menggunakan laman web sosial Facebook untuk berhubung antara satu sama lain. Jika kualiti produk terjamin, mereka akan mempromosikan produk butik kepada sahabat-sahabatnya. Dengan ini, butik saya berjaya dipromosikan.Strategi promosi telah saya implimentasikan bagi menarik perhatian, membangkitkan keinginan membeli, memujuk pelanggan dan meyakinkan pelanggan dengan produk butik saya. Dengan ini, saya turut membuka satu akaun dalam laman web sosial Facebook. Melalui laman web sosial ini, saya turut mengadakan peraduan like and share. Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna laman web ini. Pemenang akan jatuh kepada sesiapa yang mempunyai like yang paling banyak. Secara tidak langsung, dengan cara ini, butik saya akan dikenalkan oleh para pengguna Facebook. Bahkan, salah satu strategi bagi mengembangkan perniagaan saya ialah pemberian hadiah. Hadiah misteri akan diberi kepada setiap pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM200. Pemberian hadiah merupakan daya tarikan utama bagi meraih pelanggan. Sudah menjadi lumrah manusia, mereka suka akan pemberian hadiah.