document

Download Document

If you can't read please download the document

Upload: kogulan-subramaniam

Post on 02-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

document

TRANSCRIPT

Gangsterisme secara amnya merupakan satu kumpulan yang tidak sah yang melakukan kegiatan jenayah. Dalam konteks kehidupan, Gengsterisme diartikan sebagai kegiatan Individu yang terlibat dalam kumpulan yang aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewangan tingkah laku dan kerosakan akhlak moral. Dewasa kini fenomena ini semakin menular di kalangan remaja khususnya. Hal ini dilihat bukan sahaja mempengaruhi pembabitan remaja dalam kegiatan - kegiatan lain seperti penagihan dadah, ragut, rogol, alkohol dan ponteng sekolah/kuliah malahan berpotensi menghalang kemajuan remaja dalam bidang akedemik disamping mengugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara.

Istilah "Gang" di Malaysia bermula pada abad ke -18. Penghijrahan migrasi cina pada waktu tersebut menjadi titik permulaan tertubuhnya kumpulan gang di Malaysia. Hal ini demikian kerana migrasi pada masa tersebut pernah terlibat dengan aktiviti penggulingan Dinasti Manchu. Kumpulan yang aktif pada masa tersebut adalah ahli - ahli dari kumpulan Ang Bin Hoay. Pada asalnya kumpulan ini ditubuhkan untuk memastikan kepentingan ahli - ahlinya terpelihara. Lewat kemudian kumpulan ini tidak lagi memfokuskan tentang kebajikan ahlinya sebaliknya mula melakukan aktiviti yang bertentangan dengan undang - undang dan mengancam orang ramai untuk mengambil kesempatan demi memastikan kedudukan mereka terjamin. Fenomena ini telah menjadi diserap sebagai satu lagi resepi kehidupan masyarakat Melayu pada masa tersebut.

Terdapat banyak alasan ataupun sebab - sebab berlakunya kegiatan Gangsterisme. Dalam kalangan remaja, aktiviti ini berleluasa ekoran daripada kegagalan ibu bapa dalam memainkan peranan mereka dalam memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anak - anak mereka. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga semakin mendesak akibat daripada taraf kehidupan masyarakat yang semakin tinggi. Keadaan ini mengakibatkan sesetengah pelajar hidup dalam keadaan terbiar dan menyebabkan mereka bebas memilih jalan kehidupan tanpa bimbingan ibu bapa. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak tahu akan kegiatan anak - anak remaja mereka. Tambahan pula, kurangnya penglibatan ibu bapa dengan kegiatan sekolah disebabkan kadar ibu bapa yang bekerja di luar meningkat menyebabkan gejala ini semakin berleluasa. Namun demikian, sebilangan remaja yang lemah dalam bidang akedemik mengalihkan perhatian mereka kepada rakan sebaya yang tertentu untuk berkongsi masalah seperti kumpulan gangsternya.

Selain itu, gejala ini juga turut berpunca daripada pencapaian akedemik yang rendah. Remaja yang lemah dalam bidang akedemik cenderung untuk menyertai kumpulan gangster. Remaja - remaja khususnya pelajar yang lemah dalam bidang akedemik menggabungkan diri dengan kumpulan - kumpulan yang telibat dalam aktiviti gangsterisme itu. Melalui itu mereka dapat sokongan moral yang membolehkan diri mereka mempunyai identiti. Sesetengah remaja pula menyertai perkumpulan tersebut semata - mata untuk mendapatkan pengiktirafan, perhatian dan "kuasa" untuk memenuhi kehendak masing - masing. Ada pula yang menyertai perkumpulan ini untuk mendapatkan perlindung dan jaminan keselamatan sosial, walhal tanpa disedari mereka sebenarnya secara tidak langsung telah menyokong aktiviti gangsterisme ini. Pembentukan kumpulan - kumpulan seperti Punk, Black Metal dan lain - lain secara umumnya telah membawa kepada pembentukan budaya tersendiri dalam kalangan remaja masa kini.

Pengaruh rakan sebaya juga menjerumus kepada pembentukan - pembentukan kumpulan gang dan samseng. Pembentukan kumpulan - kumpulan ini lebih menjerumus terhadap budaya dan pemikiran sendiri dalam kalangan remaja terbabit. Biasanya dalam kalangan remaja tersebut. objektif pertubuhan kumpulan hanya ingin memelihara budaya kumpulan masing - masing. Perkara ini menjadi faktor membawa kepada wujudnya kumpulan gangster atau samseng di kawasan - kawasan sekolah.

Kesan daripada aktiviti ini, sekolah dan tempat - tempat perjumpaan ahli - ahli gang tersebut menjadi pusat gang. Aktiviti - aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan - kumpulan gangster di luar sekolah menyebabkan menyebabkan mereka semakin malas untuk kesekolah. Sekolah juga turut dijadikan sebagai pusat pengambilan ahli - ahlibaru gang untuk tujuan sosial yang lain. Tambahan pula sekolah juga dijadikan salah satu tempat untuk membincangkan aktiviti - aktiviti gang tersebut kerana majoriti ahli kumpulan tersebut terdapat di sekolah tersebut. Masalah ugut, buli, bergaduh dan ponteng akan semakin meningkat dalam kalangan pelajar. Suasana di sekolah juga tidak akan selamat dan pihak pengurusan, guru - guru dan pelajar - pelajar akan ketakutan kerana mereka bakal menjadi mangsa aktiviti geng di kawasan tersebut. Pelajar - pelajar akan kehilangan semangat untuk belajar begitu juga dengan guru - guru. Perjalanan ke sekolah akan menjadi lebih sukar berikutan kegiatan ragut di luar sekolah oleh kumpulan gang.

Aktiviti gang di sekolah turut memberi impak dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pendidikan di sekolah. Ahli - ahli kumpulan gang mencurahkan rasa benci dan tidak puas hati mereka dengan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya aktiviti gangsterisme yang wujud tidak dikawal ianya akan menimbulkan proses pembelajaran dan pengajaran di luar dan di dalam sekolah. Ini juga akan memesongkan pelajar - pelajar yang terlibat secara aktif dan yang bersungguh - sungguh untuk belajar. Kegagalan menagani salah laku dan aktiviti gangsterisme dengan berkesan di sekolah akan menyebabkan matlamat pendidikan negara tidak tercapai.

Kerosakan harta benda akan turut berlaku sekiranya gejala gangsterisme berterusan. Jenis - jenis vandelisme seperti menconteng dinding - dinding akan meninggalkan kesan buruk terhadap persekitaran. Harta benda samada hak peribadi ataupun hak kerajaan sengaja dirosakan untuk menunjukan yang mereka berkuasa dan berpengaruh. Contengan Grafik pada dinding - dinding banggunan akan mengambil masa untuk dibersihkan. Hal ini seterusnya mengakibatkan banggunan tersebut akan kelihatan tidak cantik , kemas dan tidak selesa untuk hampiri. Tambah pula kerosakan harta benda kerajaan seperti harta - harta sekolah kerajaan turut memberi impak yang negatif terhadap perbanggunan negara. Hal ini demikian kerana, kerajaan akan mempunyai masalah kewangan dalam memperbaiki harta benda yang telah dirosakan. Sebaiknya wang kerajaan tersebut digunakan untuk memantapkan perbanggunan negara serta menaik taraf taraf sosial penduduk.

Aktiviti ataupun gejala gangsterisme ini seharusnya dihakis dan dikikis dalam kalangan remaja kita. Pemantauan ibu bapa terhadap anak - anak harus dipertingkatkan. Hal ini demikian, bagi memastikan mereka mengetahui aktiviti anak - anak diluar rumah mereka sekaligus dapat mencegah anak - anak mereka daripada bergaul dengan ahli - ahli kumpulan gangster. Ibu bapa juga perlu mengambil inisiatif untuk mengetahui aktiviti anak - anak mereka di dalam sekolah. Ibu bapa perlu mengadakan perjumpaan dengan guru - guru kelas atau dengan kepala sekolah lebih kerap lagi. Ini akan memastikan ibu bapa dapat mengetahui gerak geri anak - anak mereka, sama siapa anak mereka bergaul dan kelemahan anak - anak mereka di sekolah khususnya dalam bidang akedemik. Ibu bapa juga perlu menyiasat latar belakang kawan - kawan anak mereka supaya anak mereka tidak bergaul dengan remaja - remaja yang berlatar belakangkan gangster.

Perlaksanaan Akta Mahkamah Juvana pindaan 1947 juga menjadi langkah penyelesaian terhadapt gejala ini. Perlaksanaan ini harus diperkuatkuasakan untuk menakut - nakutkan remaja agar tidak terbabit dengan gejala gangsterisme. Hukuman dan denda harus dipertimbangkan lagi oleh pihak berkuasa. Hal ini kerana hukuman penjara bukanlah satu hukuman yang efektif untuk menangani gejala ini. Hukuman - hukuman seperti rotan dan sebat sepatutnya dilaksanakan ke atas pesalah - pesalah juvana (pesalah bawah umur) kerana melalui ini pembabitan dalam kalangan remaja terhadap gejala ini dapat dikurangkan. Hal ini demikian akan menggurangkan keingginan remaja untuk terjerumus dalam aktiviti gangsterisme disekolah mahupun diluar sekolah. Pihak sekolah juga tidak harus membenarkan pelajar - pelajarnya keluar dari kawasan sekolah sewaktu masa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Cara tersebut dilihat mampu mencegah pelajar remaja dari terlibat dengan aktiviti gangster di luar sekolah.

Fenomena gangsterisme ini tetap membimbangkan sekiranya kerjasama semua pihak tidak dicapai. Kerjasama masyarakat dengan pihak berkuasa dan pihak sekolah amat penting bagi membanteras kegiatan gangsterisme dikawasan sekolah dan kawasan kediaman. Kerjasama daripada pihak ibu bapa, guru - guru, masyarakat setempat dan pelajar - pelajar lain diperlukan bagi menagani masalah gangsterisme disekolah. Begitu juga dengan kerjasama daripada pihak media massa dan perbadanan bukan kerajaan (NGO). Masyarakat contohnya boleh melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terlihat aktiviti gangsterisme di kawasan mereka. Hal ini akan menjadi langkah awal untuk mencegah daripada perkumpulan tersebut semakin berani dan semakin berpotensi mengancam keharmonian masyarakat. Media massa contohnya boleh mengiklankan keburukan aktiviti gangsterisme ini di kaca telivesyen. Kerjasama tersebut akan melahirkan satu budaya pembelajaran yang sihat dan terhindar dari unsur - unsur keganasan dan gangsterisme. Walaupun fenomena gangsterisme ini belum lagi menjadi satu sindrom yang membudayakan sekolah namun ianya merupakan satu fenomena yang tetap membimbangkan semua pihak dan memerlukan pencegahan dari semua pihak.

Sekolah haruslah melahirkan suatu sistem pembelajaran dan pengajaran yang kondusif dan menekankan pengukuhan disiplin dalam kalangan pelajarnya. Kaedah - kaedah dan cara perlaksaan hukuman haruslah dititikberatkan di semua peringkat sekolah. Penerapan nilai - nilai murni melalui konsep sekolah ku penyayang dan "zero diflect" digunakan bagi melahirkan persekitaran yang kondusif. Kaedah dan cara ini harus dilaksanakan dari semasa ke semasa.