dialog - kebaikan belajar secara berkumpulan dan kebaikan belajar bersendirian

2
Dialog Sekarang waktu rehat. Saya dan kawan saya, Ali sedang makan sambil berbual – bual mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan. : Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar Bersendirian. Saya: Hai, apa khabar, Ali? Boleh saya duduk di sini? Ali : Boleh, silakan. Saya: Apakah yang menarik telah kamu pelajari pada hari ini? Ali : Hari ini Cikgu Helmi mengadakan aktiviti perbincangan mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan. Saya: Menarik tajuk itu. Adakah awak belajar secara berkumpulan. Ali : Sudah tentu. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan belajar secara berkumpulan. Salah satu saripadanya ialah kita boleh berbincang dengan rakan – rakan kita tentang topik yang baru. Melalui perbincangan kita dapat memahami sesuatu topik pelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, kita boleh bekerjasama membantu rakan – rakan yang lain untuk lebih memahami apa yang dipelajari. Saya: Ya, saya setuju. Menjelang peperiksaan, belajar secara berkumpulan lebih berkesan. Kita boleh membahagikan topik – topik yang perlu dipelajari untuk dibincangkan bersama. Ali : Betul itu, Ikhlas. Bayangkan sekiranya kita terpaksa mengulangkaji semua topik pelajaran seorang diri. Tentu membosankan. Saya: Satu lagi kebaikannya ialah kita belajar dalam suasana yang lebih ceria. Selain itu, kita boleh saling bertukar pendapat dan pandangan dengan rakan – rakan. Ali : Tadi, Cikgu Helmi ada menerangkan bahawa dengan belajar secara berkumpulan dapat mengeratkan silaturahim kerana kita saling membantu ibarat aur dengan tebing. Saya: Secara keseluruhannya, banyak faedah yang kita dapat apabila belajar secara berkumpulan. Bukan sahaja kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan, bahkan kita juga dapat menjimatkan masa belajar. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Lagipun, jika dibandingkan dengan belajar bersendirian, belajar secara berkumpulan lebih efisyen dan efektif. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Ali : Eh, loceng sudah berbunyi! Mari kita kembali ke kelas. Saya: Baiklah. Seronok berbual dengan kamu. Jumpa lagi.

Upload: tuisyen-dewan-hj-ali

Post on 08-Jun-2015

15.837 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Dua contoh karangan dialog yang membincangkan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan dan bersendirian.

TRANSCRIPT

Page 1: Dialog - Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan dan Kebaikan Belajar Bersendirian

Dialog

Sekarang waktu rehat. Saya dan kawan saya, Ali sedang makan sambil berbual – bual mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan.

: Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar Bersendirian.

Saya: Hai, apa khabar, Ali? Boleh saya duduk di sini? Ali : Boleh, silakan. Saya: Apakah yang menarik telah kamu pelajari pada hari ini? Ali : Hari ini Cikgu Helmi mengadakan aktiviti perbincangan mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan. Saya: Menarik tajuk itu. Adakah awak belajar secara berkumpulan. Ali : Sudah tentu. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan belajar secara berkumpulan. Salah satu saripadanya ialah kita

boleh berbincang dengan rakan – rakan kita tentang topik yang baru. Melalui perbincangan kita dapat memahami sesuatu topik pelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, kita boleh bekerjasama membantu rakan – rakan yang lain untuk lebih memahami apa yang dipelajari.

Saya: Ya, saya setuju. Menjelang peperiksaan, belajar secara berkumpulan lebih berkesan. Kita boleh membahagikan topik – topik yang perlu dipelajari untuk dibincangkan bersama.

Ali : Betul itu, Ikhlas. Bayangkan sekiranya kita terpaksa mengulangkaji semua topik pelajaran seorang diri. Tentu

membosankan. Saya: Satu lagi kebaikannya ialah kita belajar dalam suasana yang

lebih ceria. Selain itu, kita boleh saling bertukar pendapat dan pandangan dengan rakan – rakan.

Ali : Tadi, Cikgu Helmi ada menerangkan bahawa dengan belajar secara berkumpulan dapat mengeratkan silaturahim kerana kita saling membantu ibarat aur dengan tebing.

Saya: Secara keseluruhannya, banyak faedah yang kita dapat apabila belajar secara berkumpulan. Bukan sahaja kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan, bahkan kita juga dapat menjimatkan masa belajar. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Lagipun, jika dibandingkan dengan belajar bersendirian, belajar secara berkumpulan lebih efisyen dan efektif.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Ali : Eh, loceng sudah berbunyi! Mari kita kembali ke kelas. Saya: Baiklah. Seronok berbual dengan kamu. Jumpa lagi.

Page 2: Dialog - Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan dan Kebaikan Belajar Bersendirian

Dialog

: Belajar Bersendirian Lebih Baik daripada Belajar Secara Berkumpulan.

Ann dan May sedang menunggu bas di perhentian bas sambil berbual – bual.

Ann : May, apa pendapat awak jika kita adakan kumpulan perbincangan untuk mengulangkaji pelajaran?

May : Sebenarnya, Ann, saya tidak selesa belajar dalam kumpulan kerana nanti banyak masalah yang akan timbul.

Ann : Masalah? Apa maksud awak? May : Untuk belajar secara berkumpulan, kita perlu bekerjasama.

Bagaimana jika ada ahli kumpulan yang enggan bekerjasama atau mencuri tulang? Tentu objektif belajar secara berkumpulan gagal dilaksanakan, bukan?

Ann : Benar kata awak. Sekiranya ada ahli yang buat perangai, pasti akan menyusahkan ahli – ahli kumpulan yang lain.

May : Ya. Selain itu, apabila kita belajar bersama kawan – kawan, kita lebih cenderung untuk bersembang atau bermain seterusnya lupa untuk belajar.

Ann : Tetapi, apakah faedah – faedah yang dapat kita perolehi jika kita belajar sendiri?

May : Banyak faedahnya. Pertama, kita dapat lebih menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Kita akan lebih fokus terhadap apa yang kita perolehi. Maka, kita tidak akan membuang masa dengan bersembang atau bermain seperti yang saya cakap tadi. Kedua, apabila kita lebih fokus, proses belajar atau ulangkaji akan berjalan dengan lancer. Kerja yang dibuat juga cepat selesai.

Ann : Bagaimana pula dengan perkongsian idea? Jika kita belajar seorang diri, kita tidak dapat bertukar – tukar idea dengan kawan – kawan.

May : Hal ini tidak perlu dibimbangkan. Kita boleh merujuk buku – buku rujukan untuk mendapat idea – idea tambahan. Ini menjadikan kita lebih gigih berusaha. Bukan itu sahaja, kita boleh belajar mengikut kesesuaian masa kita sendiri. Tidak perlu terikat dengan waktu tertentu seperti belajar berkumpulan.

Ann : Terima kasih, May. Nampaknya belajar bersendirian lebih baik daripada belajar berkumpulan. Saya mesti cuba praktikkannya selepas ini.

May : Sama – sama. Terpulanglah pada kamu untuk memilih cara belajar yang sesuai. Eh, bas sudah sampai. Mari pulang.

Ann : Marilah.