keburukan dan kebaikan laman sosial

26
Keburukan dan kebaikan laman sosial Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di pejabat si Zool, laman sosial telah di ‘block’ dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja (termasuk yang taip ni). Untuk entri ini saya akan berkongsi keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet .. Keburukan laman sosial 1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Si Zool juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya.. 2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial.. 3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. 4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. 5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Walaubagaimanapun laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :- 1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. 2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam si Zool yang mempunyai beberapa blog.. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan

Upload: ismajunaiza

Post on 30-Nov-2015

1.648 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Keburukan dan kebaikan laman sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di pejabat si Zool, laman sosial telah di ‘block’ dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja (termasuk yang taip ni).

Untuk entri ini saya akan berkongsi keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet ..

Keburukan laman sosial

1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Si Zool juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

Walaubagaimanapun laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. 2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam si Zool yang mempunyai beberapa blog.. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda..3. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.4. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini..

Cukuplah setakat ini. Sememangnya ada pro dan kontra dalam penggunaan laman sosial. Yang pentingnya anda kena bijak menggunakan ke jalan yang betul..

p/s :- Keburukan dan kebaikan yang dinyatakan memang berkait rapat dengan si ZOol. Ia tidak bermakna kesannya sama pada setiap orang. Bergantung kepada masing-masing.. Jika anda ingin menggunakan entry ini dalam karangan, pengucapan awam dipersilakan tapi diharap jangan ‘copy paste’ bulat-bulat sebab ada ayat yang tidak sesuai untuk keadaan anda.

Page 2: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Benda yang tak patut dikongsi di laman sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Laman sosial merupakan salah satu fenomena di alam maya. Ramai yang mempunyai akaun di laman sosial samada facebook, twitter dan sebagainya. Sebelum ini, si Zool pernah menulis entri mengenai kebaikan dan keburukan laman sosial dan mendapat traffik yang agak tinggi.

Laman sosial merupakan tempat untuk berkongsi artikel, profil dan sebagainya. Melalui laman sosial anda boleh membina jaringan persahabatan samada yang telah terpisah ataupun rakan baru. Walaubagaimanapun bukan semua perkara boleh dikongsikan. Kadangkala perkongsian yang dilakukan boleh mengakibatkan mudarat kepada diri sendiri. Antara perkara yang tidak patut dikongsi ialah :-

1. Gambar-gambar yang agak peribadi. Antara contohnya ialah gambar yang agak seksi dan boleh menganggu perasaan orang lain. Gambar-gambar ini boleh dimanipulasikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan digunakan untuk kegiatan yang tidak elok.2. Berkongsi pendapat yang terlalu peribadi. Sebagai contoh, mengkritik boss, rakan sepejabat, rakan sekuliah dan sebagainya. Di negara luar terdapat kes dimana pekerja dipecat akibat mengutuk boss sendiri di laman facebook. Di negara kita juga berlaku kes polis dan saman akibat meluahkan sesuatu di laman sosial. Laman sosial tersebut bukanlah milik kita. Walaupun menggunakan kata nama dan kata laluan sendiri namun pihak berkaitan berhak untuk menyelongkar maklumat peribadi sekiranya berlaku kejadian buruk. Berfikirlah dahulu sebelum menulis sesuatu dalam laman sosial kerana jika tersalah kata anda akan menanggung aib yang teruk. Banyak contoh yang berlaku dalam negara kita akibat menulis tanpa berfikir kesannya.3. Berkongsi maklumat peribadi secara terbuka. Sebagai contoh, alamat rumah, no telefon, no kad pengenalan. Ini perlu dielakkan kerana ramai yang boleh menggunakan ia untuk melakukan jenayah.4. Berkongsi lokasi secara terbuka. Kadangkala ia boleh mengundang jenayah dengan memberitahu lokasi di mana anda berada. Samada penjenayah melakukan jenayah di lokasi anda ataupun di tempat yang anda tiada (rumah, pejabat,).5. Berkongsi maklumat pendapatan /kekayaan. Kadangkala ada yang memberitahu pendapatan yang dimiliki secara terbuka. Selain mengundang jenayah mungkin anda akan dikejar oleh pihak-pihak berkaitan (LHDN, SPRM).6. Berkongsi berita yang tidak sahih. Banyak berlaku sehingga menjadi fitnah. Ianya boleh memporak perandakan organisasi atau negara. Jadi elakkan berkongsi berita yang belum tentu benar selagi tiada pengesahan dari sumber tepat.

Okay cukuplah setakat ini. Mungkin ada banyak perkara lagi yang tidak patut dikongsi di laman sosial. Kongsikan bersama sekiranya anda mempunyai idea-idea lain yang bernas. Ianya pasti boleh menjadi panduan kita bersama. AMIN

Luah perasaan di twitter, facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni terbaca satu artikel hiburan mengenai pelakon, Fasha Sandha menyatakan bahawa twitter merupakan tempat beliau meluahkan perasaan. Okay, bukan nak cerita pasal Fasha Sandha sebab blog ini bukan blog hiburan seperti BeautifulNara cuma nak berkongsi pendapat samada laman sosial sesuai untuk meluahkan perasaan.

Seperti yang kita sedia maklum, laman sosial terutama twitter dan facebook memberikan ruang untuk kita menulis apa yang terbuku dihati. Apa yang tertulis akan terpapar di ruangan berkaitan yang boleh dilihat oleh orang lain (terutama jika tidak set ke private.. tapi tu pun boleh ditengok). Kadang-kadang kita meluahkan perasaan gembira, sedih, marah, kecewa dan pelbagai perasaan di ruangan tersebut. Ianya mungkin memberi perhatian kepada follower/friends anda. Ada yang mungkin bersimpati dan tidak kurang juga menganggap perbuatan meluahkan perasaan sebagai sesuatu yang

Page 3: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

menjengkelkan. Ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada persepsi follower/friends. Berikut mungkin persepsi yang diberi oleh follower/friends.

1. Selalu meluahkan perasaan gembira mungkin memberi persepsi yang baik. Mungkin juga follower/friends beranggapan yang hidup anda cukup sempurna dengan perasaan gembira. Ini mungkin memberikan keceriaan kepada follower/friends untuk membaca status anda. Tapi awas, terlalu gembira akan membantu peningkatan ‘stalker’.2. Selalu meluahkan perasaan kecewa. Orang mungkin beranggapan bahawa anda seorang yang selalu mengalami kegagalan dan jenis yang malang. Walaupun mungkin ada yang bersimpati namun tak semesti ianya lahir dari hati. Terlalu banyak mendapat ‘kesian’ tidak membantu memberi motivasi dalam diri.3. Selalu luahkan perasaan sayang, cinta,etc. Bukannya tidak boleh tetapi kalau kerap sangat akan menyebabkan orang meluat. Dan kalau dalam sehari 500 tweet tulis ‘mana sayang ni’, ‘cintaku hanya padamu’,etc pasti menyebabkan orang unfollow/block.4. Meluahkan perasaan benci kepada seseorang. Ini pun tidak baik. Kita tak tau dalam ramai-ramai follower/friends tu terdapat orang yang kita benci atau talibarutnya. Walaupun mungkin kita tak menyatakan nama seseorang tetapi sudah pasti dapat dihidu oleh orang yang dibenci tu.

Okay cukuplah setakat ini. Kadangkala si Zool pun suka meluahkan perasaan di laman sosial ni tapi dalam keadaan tertentu. Walaubagaimanapun mungkin entri ini akan membantu si Zool dan rakan-rakan lain untuk menilai samada meluahkan perasaan di twitter/facebook sesuai. Walaupun akaun twitter/ facebook itu milik kita namun hakmiliknya bukan dibawah kita. Jadi berhati-hatilah..Sekian.

Rangkaian Laman Sosial: Baik atau Melalaikan?

Dewasa ini, sistem rangkaian laman sosial semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya bagi generasi yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi universiti. Laman sesawang seperti Facebook, friendster, myspace bahkan twitter adalah antara contoh laman sosial di alam maya yang semakin menjadi kegilaan ramai terutama golongan para pelajar. Namun bergunakah laman-laman ini? Adakah ia mempengaruhi tahap prestasi pelajar atau sekadar hobi yang melalaikan? Wakil Samudera telah menemu bual beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi UMT bagi mengupas topik ini. Menurut Nur Rasyidah, mahasiswi Matematik Komputasi, laman rangkaian sosial ini adalah melekakan dan boleh menjejaskan prestasi akademik seseorang pelajar.“Setiap kali seseorang pelajar melayari internet untuk mencari maklumat mengenai sesuatu tugasan, mereka pasti akan membuka laman rangkaian sosial ini. Hal ini telah menjejaskan banyak masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan,” tambah Nur Rasyidah lagi. Bagi Mohamad Nazli, mahasiswa Teknologi Alam Sekitar, sistem rangkaian sosial ini banyak membantu seseorang mahasiswa/mahasiswi dalam aspek keyakinan diri. Mereka boleh bergaul dengan bebas tanpa berasa malu dan segan melalui rangkaian ini. Hal ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam kemahiran bersosial. Konsep anonimiti yang terdapat dalam sesetengah rangkaian sosial memudahkan mereka untuk meluahkan pendapat tanpa berasa takut pandangan mereka akan ditolak kerana mereka langsung tidak dikenali. Pelajar tahun satu Teknologi Makanan, Norshafiqa menyatakan bahawa laman ini banyak membantu mahasiswa/mahasiswi dalam aspek pengurusan stress. Ramai mahasiswa/mahasiswi yang mengalami tekanan dalam kehidupan seharian suka meluahkan perasaan mereka menggunakan sistem rangkaian sosial ini. Hal ini lebih memudahkan kerana luahan perasaan mereka akan mendapat perhatian rakan-rakan di laman sosial terbabit dan pelbagai nasihat serta pujukan akan mereka dapati berbanding meluahkan perasaan kepada kaunselor yang dikatakan menyusahkan dan memalukan. Mahasiswa Matematik Kewangan yang hanya mahu dikenali sebagai Izzat menyebutkan bahawa sistem rangkaian sosial ini telah banyak menjejaskan nilai moral seseorang mahasiswa/ mahasiswi. Kerana terlalu bebas, ramai individu termasuk mahahsiswa/mahasiswi telah menyiarkan gambar dalam aksi yang tidak bermoral dan memalukan. Hal ini amat menyimpang dari segi adab dan tatasusila masyarakat Timur. “Ramai pengguna laman sosial telah menyalah

Page 4: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

anggap mengenai persepsi bebas itu sendiri sehingga lupa akan maruah diri dan keluarga melalui pergaulan yang terlalu bebas,” jelas Izzat lagi. Menurut Mohd Syafiq bin Ishak, mahasiswa tahun 2 Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan), laman rangkaian sosial boleh melalaikan seseorang pengguna kerana masa yang terluang hanya akan dihabiskan dengan bermain permainan maya dan aplikasi yang terdapat di dalam internet. Di samping itu, pendedahan terlalu lama kepada skrin komputer akan merosakkan penglihatan. Mereka menghabiskan masa berjam-jam lamanya di hadapan komputer riba masing-masing dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Secara keseluruhannya dapat dipastikan bahawa kemunculan laman-laman sosial yang semakin hangat di alam maya kini telah banyak mengubah keperibadian seseorang terutamanya bagi mereka yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Pelbagai pro dan kontra boleh didapati melalui sistem rangkaian ini namun segalanya tetap terletak di bahu seseorang mahasiswa/mahasiswi itu sendiri untuk menilainya. Kematangan berfikir adalah penting bagi mereka untuk menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi diri mereka sendiri. oleh: Ahmad Shafiq Khairuddin

Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus

memberi kesan samada baik atau buruk. Di pejabat aku sendiri, laman sosial telah di ‘block’ dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja (termasuk yang

taip ni)...hahahaboleh dikatakan semua lapisan umur dan masyarakat menjadi penggemar laman2 sosial ini,

tp aku sedar n aku nak kongsi ngan korang semua sebelum kita semua alpa dengan keseronokan dunia internet ini yang tanpa batasan sehingga mengabaikan tanggungjawab

masing2

Gunakan laman sosial secara bijak

Laman sosial Facebook semakin mendapat tempat. Terbaru apabila Perdana Menteri

mengumumkan, beliau sendiri turut menyertai laman sosial tersebut.

Menyedari bahawa Facebook kini semakin popular di kalangan rakyat, Datuk Seri Najib Tun

Razak dikatakan turut mengambil manfaat daripadanya.

Sebagai pemimpin yang mahu “mendekati dan didekati rakyat”, Najib memilih laman sosial ini

untuk berkongsi pelbagai perkara.

Rakyat tidak kira di mana berada, kini boleh mengenali pemimpin utama negara ini dengan

lebih dekat menerusi Facebook.

Malah kita juga digalakkan berkongsi pelbagai maklumat dengan menyuarakan pendapat

kepada Perdana Menteri itu menerusi laman sosial berkenaan.

Paling menarik, laman sosial ini memberi peluang untuk semua rakyat mengetahui maklumat

peribadi Perdana Menteri termasuk apa yang mungkin belum pernah kita ketahui selama ini

dengan hanya klik ke alamat www.facebook.com/najibrazak.

Page 5: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Najib menggunakan pendekatan popular. Dalam zaman teknologi maklumat ini, penyertaan

Perdana Menteri dalam laman sosial tersebut membolehkan akses kepada beliau dilakukan

dengan lebih mudah. Semuanya hanya di hujung jari.

Sememangnya semua perkara ada baik dan buruknya. Namun jika diniatkan untuk kebaikan,

maka ia akan menjurus kepada kebaikan dan memberi banyak manfaat.

Sebelum ini kita dikhabarkan bahawa laman sosial tersebut turut digunakan oleh ah long untuk

tujuan mengugut mangsa-mangsa mereka. Ah long dikatakan menggunakan laman sosial itu

untuk memalukan mangsa.

Maka penggunaan Facebook mempunyai kesan positif dan negatifnya. Namun segalanya

bergantung pada niat.

Najib mengambil pendekatan untuk meneroka kebaikan Facebook. Beliau meletakkan harapan

agar rakyat boleh mendekatinya menerusi laman sosial tersebut.

Setakat ini, Facebook yang disertai Najib sejak 13 Oktober lalu mempunyai seramai 7,106

penyokong.

Jumlah itu meningkat mendadak selepas pengumuman mengenainya kelmarin.

Kita pasti jumlah yang mengunjungi laman sosial Perdana Menteri ini akan meningkat dan

mereka yang menjadi penyokong juga akan bertambah.

Dalam keadaan banyak pihak cuba mempertikaikan cara kepimpinan Najib, apa salahnya untuk

kita melayari laman sosial beliau ini.

Cubalah mengenali pemimpin utama kita ini dan belajarlah memahami apa yang cuba

dilakukannya untuk negara dan bangsa.

Jika kita mempunyai idea untuk disumbangkan, kenapa tidak turut serta? Sekurang-kurangnya

ia mungkin akan diberi perhatian jika ia adalah idea yang bernas.

Berilah peluang untuk beliau mentadbir dan membuktikan keupayaannya.

Usah terlalu cepat membuat andaian dan memberi penghakiman dalam tempoh yang terlalu

singkat.

Jangan hanya gemar mencari kesalahan dan mendedahkan aib orang termasuk membuat fitnah

di laman-laman blog. Belajarlah untuk bersikap adil

FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Page 6: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.

Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook.

Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial Facebook turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang.

Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.

Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook.

Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

“Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari…tapi kalau tak dapat pun tak apa.”

Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.

Menurut Mohamed Fadzil, individu yang ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan.

Ketagihan Facebook

“Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan.

“Manusia mudah dipengaruhi oleh faktor psikososial iaitu mengikut arus yang berlaku dan mereka percaya sekiranya mereka tidak terbabit, mereka dianggap kumpulan yang ketinggalan dan membosankan,” jelasnya yang mengganggap sistem itu sebagai tidak rasional.

Tambahnya, penyelesaian ketagihan Facebook boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.

“Ada pihak kata haramkan penggunaan Facebook. Ini kaedah ekstrem, manakala pendekatan kompromi memberi peluang kepada individu berkenaan untuk menggunakan Facebook tetapi mereka dididik supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyalah gunakan laman sosial itu.

“Kaedah psikologi perlu bagi mengurangkan ketagihan individu yang mempunyai pemikiran tidak rasional akibat pengaruh Facebook. Di sini perlunya sokongan individu terdekat seperti keluarga, pasangan dan teman rapat,” katanya.

Kaunseling, bimbingan dan nasihat mampu membantu menyedarkan individu yang ketagihan Facebook supaya mereka tidak berterusan gagal menguruskan masa dan kehilangan kemahiran sosial akibat terikat dengan komunikasi alam maya.

Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

Page 7: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

“Facebook membuatkan saya leka dan melekat di depan komputer selama berjam-jam tanpa sedar. Tetapi, saya menggunakan alternatif lain iaitu iPhone supaya saya dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa membazirkan masa di depan komputer.

“Bagi saya, Facebook dapat meningkatkan komunikasi secara efisien dan tidak patut diharamkan. Tindakan mengharamkan Facebook ibarat menafikan perkembangan teknologi maklumat dan kita akan ketinggalan dalam pelbagai sudut,” katanya.

Tambah Faizal, apa yang wajar dilakukan ialah pemantauan daripada kerajaan supaya menyekat laman-laman Facebook yang mengajak masyarakat menghina atau membangkitkan isu-isu yang boleh mengakibatkan pepecahan.

Pembaca berita RTM, Norhaslina Ibrahim berpendapat, masyarakat hari ini memanfaatkan Facebook atas dasar kesibukan dan melaluinya banyak maklumat terkini diperoleh daripada teman-teman serta mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

“Facebook penting bagi saya kerana saya tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman rapat dan mengetahui perkembangan diri mereka. Melalui Facebook saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah,” katanya.

Pelakon dan hos, Julie Woon mengatakan dia tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang berlaku disebabkan Facebook kerana menganggap ia tindakan individu yang mempunyai agenda tertentu.

“Saya sentiasa mengemaskini laman Facebook kerana bidang kerja yang memerlukan saya berhubung dengan teman-teman dan para peminat. Selain itu, banyak ejen mencari saya di Facebook untuk tujuan kerja kerana tidak mempunyai nombor telefon saya,” katanya.

kredit : kosmo.com.my

Dinoda rakan laman sembang

Posted on the January 12th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim-mymetro

AMPANG: Bagaikan terpukau, seorang pelajar kolej swasta hanya menurut kehendak seorang lelaki yang baru dikenalinya melalui laman sembang beberapa jam sebelum dia dirogol tiga kali dalam tempoh 18 jam di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, di sini, baru-baru ini.

Lebih mengerikan apabila sepanjang tempoh itu, mangsa berusia lingkungan 20-an berada dalam keadaan ketakutan dikurung dalam rumah itu selain dijadikan tempat melempiaskan nafsu lelaki terbabit sebelum dihantar pulang ke asramanya keesokan harinya.

Difahamkan, mangsa yang baru menetap di sini sebaik memulakan pengajiannya beberapa bulan lalu tidak menyedari dia sedang jatuh ke dalam perangkap kenalan barunya itu.

Semuanya bermula apabila mangsa yang baru berhubung melalui laman sembang dengan lelaki itu beberapa jam sebelum dirogol dipelawa bertemu di Bukit Bintang, dekat sini, untuk menonton wayang.

Walaupun ragu-ragu, mangsa bersetuju menemui lelaki itu kerana tempat pertemuan yang dijanjikan adalah kawasan tumpuan ramai dan yakin suspek tidak akan dapat mengambil kesempatan terhadapnya.

Sebaik bertemu kira-kira jam 3 petang, lelaki terbabit mendakwa filem yang bakal ditonton mereka adalah pada jam 11 malam dan memberitahu mangsa dia terpaksa pulang ke rumah terlebih dulu bagi mengambil beberapa dokumen penting miliknya yang tertinggal selain meminta pelajar malang itu mengikutinya.

Page 8: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Mangsa menolak pada mulanya, namun dia bagaikan terpukau dan mematuhi semua arahan lelaki terbabit. Sebaik tiba di rumah suspek, mangsa dirogol buat kali pertama, katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit turut mengunci pintu rumah dan bilik yang didiami mangsa bagi mengelakkannya melarikan diri.

Selepas itu, mangsa dibawa keluar menonton wayang seperti dijanjikan lelaki terbabit. Mangsa yang meminta dihantar ke asramanya selepas habis menonton tidak diendahkan.

Sebaliknya, lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya semula dan merogolnya kali kedua kira-kira jam 2 pagi. Malah, mangsa yang tidak berpakaian juga dikurung, katanya.

Mangsa cuba melepaskan diri namun usahanya tidak berjaya dan diugut dicederakan lelaki itu.

Sumber berkata, keesokannya mangsa yang mengejutkan suspek meminta dihantar ke asrama sekali lagi dirogol.

Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke asrama kira-kira jam 8 pagi, katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian namun enggan mengulas lanjut.

p/s: sepertinya perempuan ni sendiri cari pasal…

Kenapa Remaja Taksub Dengan Laman Web Sosial?

Posted February 2nd, 2010. Filed under Terjah

Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.

Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster dan Myspace. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul . Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Penulisan kali ini, saya ingin kongsikan pendapat mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook. Semua ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri.

1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat

Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka , dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.

2. Sekadar untuk mengisi masa lapang

Page 9: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Apa yang saya perhatikan, ramai di kalangan remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada di antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.

3. Untuk mencari pasangan hidup

Tidak dinafikan juga ada di antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial. haha!

4. Nak pamer body yang mantap

Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tak kira perempuan ataupun lelaki, berlumba-lumba  ingin mempamerkan kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu juga saya saya sendiri. Tetapi saya gila pada yang cun je. lol. Pernah saya jumpa satu individu, memang cun tapi setakat ni tak dapat mengalahkan Elisha Cuthbert saya lagi la. Haha!

5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat

Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas.Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.

6. Aplikasi menarik dan ketagih game

Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook la tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam. Haha!

Saya rasa cukuplah enam sebab utama yang saya senaraikan itu tentang kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial. Kalau diikutkan, banyak lagi sebab yang dapat saya senaraikan. Oleh kerana mood kemalasan melanda diri saya secara tiba-tiba, jadi terpaksalah saya berhenti dulu. Haha!

Apa pendapat tuan puan bila bercakap tentang remaja dan laman web sosial ini? Mungkin tuan puan mempunyai pendapat sendiri kerana saya percaya tuan puan adalah salah seorang daripada mereka yang ketagih dengan laman web sosial seperti facebook. Hehe! Saya tinggalkan tuan puan dengan satu persoalan, adakah laman web sosial seperti facebook membawa kebaikan atau keburukan kepada remaja?

KEBAIKAN LAMAN WEB SOSIAL. Terima kasih kepada Pengerusi majlis, Cik .......Dunia zaman sekarang lebih suka berhubung di alam maya berbanding dengan secara berhadapan.Sampaikan sekarang nak ucapkan Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Raya dan lain-lain ucapan pun hanyadi Facebook. Sebut saja Facebook, Myspace dan Twitter, pasti ramai di kalangan anda yangmengenalinya, bahkan menyertainya. Ia adalah tiga laman web rangkaian sosial yang masyhur. Jikadirujuk kepada topic Social Networking di laman Wikipedia , akan ditemui puluhan lagi rangkaian sosial yang seumpamanya.Kita kini berada di zaman yang amat berbeza dengan zaman datuk dan nenek kita dahulu. Zaman ini adalah zaman siber, segalanya perlu pantas dan menuju kemajuan. Zaman ini yang tidak mungkindibayangkan oleh datuk dan nenek kita dahulu bahawa untuk membeli barang tidak perlu bergerak dari rumah. Zaman ini juga adalah zaman di mana mengisahkan perihal orang

Page 10: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

mengumpat hanya perlumengetik jari tanpa perlu bersuara dan tanpa perlu keluar rumah untuk berjumpa dengan orang lain.Selain itu, dahulu dengan menggunakan sms cuma untuk taip hai ,

hello dan apa khabar kepadarakan anda. Hal ini demikian disebabkan sms tidak boleh ditulis dalam bilangan patah perkataan yangbanyak. Tetapi, dengan penggunaan laman sosial ini anda boleh menulis dengan lebih panjang. Bagi parapeniaga pula, ini merupakan rangkaian terbaik untuk mereka berniaga. Mereka tidak perlu membukakedai dan hanya mempromosikan barangan mereka di dalam Facebook sahaja. Tetapi, janganlah terlalughairah mempromosi sesuatu kelak akan dibenci oleh orang. Malahan elok kiranya bahan yang ingindipromosikan adalah sesuatu yang menarik dan bukannya semata-mata untuk mempromosi perniagaananda.Dari satu sudut, rangkaian sosial ini selari dengan ajaran Islam kerana ia membolehkan seseorangsaling berhubung dan berkenalan. Ia juga membolehkan seseorang yang terputus ikatan silaturrahimmenghubungkannya semula. Di mana ini adalah salah satu usaha yang amat mulia dalam Islam. Kitajuga boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Seperti

Jejak Kasih , di mana kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Dengan saling berhubung kitaboleh mengenang kembali kisah lama, kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya.Tambahan pula, dengan adanya rangkaian sosial ini, kita mudah untuk memberitahu sesuatu perkara.Sebagai contoh, ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin kita perlu mencari alamat rakanmasing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh dihantarkan ke sana dandimaklumkan kepada rakan-rakan. Kita juga dapat berkongsi maklumat. Jika anda bijak mencari kawanyang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlumembuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya perlu membuka Twitter danmereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.Bagi mereka yang memiliki ilmu agama dan kebijaksanaan berdakwah, ia dapat menjadi saranandakwah yang berkesan, sebagai menyahut firman Allah: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmahkebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukanitu) dengan cara yang lebih baik. [Surah al-Nahl, ayat 125].Akhirulkalam, itu sahaja hujah yang dapat saya huraikan yang berkaitan dengan kebaikan laman websosial.

bicara laman sosial : facebook

PENGENALAN

Kelahiran era baru dalam dunia informasi telah merubah pola komunikasi masyarakat, hal ini disebabkan oleh penemuan baru di bidang teknologi komunikasi (Zamris, 2009). Perkembangan media juga memudahkan penyebaran maklumat yang bermanfaat dan tidak bermanfaat kepada masyarakat. Maklumat yang bermanfaat seperti perkembangan dunia, saham, dan info kesihatan. Maklumat yang tidak bermanfaat seperti penyebaran fitnah, laman lucah, dan permainan online yang melalaikan. Facebook merupakan salah satu hasil ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini (Zamris, 2009). facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna facebook boleh mempamirkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi. Pengguna facebook juga boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama, bertukar-tukar pandangan dan gambar, mencari artis yang di minati dan berhubung dengan mereka secara maya dengan pengguna lain.

Facebook merupakan satu jaringan sosial yang di perkenalkan pada 4 februari 2004 yang telah dicipta oleh Mark Zuckerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Penggunaan facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College. Akan tetapi, dua bulan kemudian, penggunaannya diperluas ke universiti lain di wilayah Boston (Boston College, Boston University, MIT, Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua univeristi yang termasuk dalam Ivy League. Sehinggalah akhirnya facebook boleh di gunakan di seluruh dunia. semua penggunan boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan facebook (Riri Satria, 2008).

Statistik yang diperolehi melalui perkembangan dunia jaringan sosial mendapati 50% penggunanya aktif mendaftar masuk ke facebook setiap hari. Ertinya paling tidak ada 175 juta pengguna setiap 24 jam sekali. Facebook juga memiliki

Page 11: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

jumlah anggota hingga 350 juta di dunia. Lebih dari 35 juta pengguna facebook mengemaskini statusnya setiap hari. Gambar yang dimasukkan di facebook telah meningkat 100%, saat ini sekitar 2,5 juta gambar telah dimasukkan ke laman facebook setiap bulan. Lebih dari 700,000 perniagaan mengaktifkan halaman penggemar di facebook . Statistik menunjukkan peratusan pengguna wanita dari negara ini melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360 berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki. Pengguna facebook seluruh dunia sehingga Februari 2010 ialah seramai 316,402,840 (statistik jaringan sosial, 2010).

2.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas.. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said mempunyai facebook, rancangan di TV3 mempunyai facebook, Awal Shaari mempunyai facebook, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pun mempunyai facebook yang sudah mempunyai hampir tiga puluh ribu orang rakan dan ramai rakyat Malaysia yang sudah mempunyai facebook.

Penggunaan facebook boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah penggunaannya juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, univeristi, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Orang menggunakannya untuk mencari pengaruh, menambah kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, buka kelab peminat, sekadar berkomunikasi, berkongsi maklumat, mencari semula kawan-kawan lama dan macam-macam lagi. Ungkapan “satu musuh terlalu banyak dan seribu kawan terlampau sedikit” menemukan iklimnya di jaringan sosial seperti facebook.

Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui facebook penggunaanya boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.

Setiap kali kita masuk ke laman facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman facebook mereka.

Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana facebook menjadikan kumunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama facebook.

Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman yang sesuai di tempat yang menarik, pasti ramai yang akan memberi cadangan yang menarik.

Melalui facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan

Page 12: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

dalam kehidupan.

Banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi.

Selain itu, facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang, contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan. Sudah tentu laman sosial yang dimaksudkan itu adalah facebook (Salman, 2010).

Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan facebook, pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna facebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibat daripada kelalaian pengguna menggunakan facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna facebook yang terlalu taksub dengan facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang tidak dapat dijangkakan. Seperti penyakit susah tidur dan sakit perut.

Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.

3.0 FACEBOOK SEBAGAI TEMPAT PENYEBARAN FITNAH

Penggunaan facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah di ruangan facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah. Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Padang (UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan mahasiswa yang tidak memanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk hal-hal positif namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat (E.Pendidikan.com). Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak untuk bermain Games Online. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah. Sebagai siswa-siswi yang bertanggungjawab kita perlu pandai menguruskan masa untuk menggunakan jaringan sosial ini agar digunakan dengan betul dan sesuai pada waktunya.

Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti facebook bukan perjuangan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana mereka takut dengan pihak polis. Barangkali dengan penggunaan facebook, dapat menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook adalah satu medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini bukanlah satu cara yang terbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang perlulah diperjuangkan dengan cara yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan. Penyalahgunaan laman web sosial boleh menyebabkan seseorang dijatuhkan hukuman dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jika ditanya kepada pakcik–pakcik di kedai kopi, makcik–makcik dipasar dan juga budak–budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu facebook. Facebook bukan sahaja tempat untuk menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun medium ini boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini. Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman facebook. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?

Page 13: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Contoh paling dekat sekali seperti Hani Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini antara manusia – manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapat didalam shout box facebook. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorang yang bodoh tetapi mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan–kenyataan yang bodoh di dalam facebook? Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan memecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak senang duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yang menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegeh–hegeh merayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komen–komen kurang ajar mereka di internet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan hanya mementingkan perasaan mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa yang mereka lakukan. Dan setelah kontorversi yang dilakukan oleh mereka mendapat bantahan orang ramai barulah mereka terhegeh – hegeh hendak meminta maaf.

Mereka sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pengguna facebook sebelum ini yang telah ditahan pihak berkuasa kerana kesilapan yang dibuat oleh mereka, bukannya terhegeh–hegeh meminta maaf setelah melakukan kontroversi. Walaupun mereka semua ini sudah memohon maaf diatas tindakan tidak berakal mereka ini, belum tentu semua orang akan memaafkan mereka. Memang benarlah pepatah orang–orang tua, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Sampai bila–bila perbuatan mereka akan dikenang oleh orang ramai. Malah ada yang menunggu masa untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Usaha menjatuhkan seseorang melalui facebook sebenarnya menunjukkan kelemahan dan ketidakberaniaan seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran tetap akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap selepas ini tiada isu–isu seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti perlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di facebook sekarang dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan amarah atau pendapat anda di facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak menjadi isu kelak.

4.0 FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN.

Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya memanfaatkan jaringan maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui facebook ini melalui perbincangan, forum atau isu yang menarik yang boleh dibincangkan bersama rakan-rakan.

Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diartikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun khutbah-khutbah yang dilakukan ahli agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tidak terbendung lagi, maka aktiviti syiar juga berkembang sesuai dengan era ini. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur, 2009).

Selain daripada itu, penghantaran nota kuliah dan perkongsian ilmu pengetahuan yang baru boleh diwujudkan melalui facebook. Video-video yang menarik dan bermanfaat boleh dikongsi bersama rakan-rakan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada dan mengetahui mengenai perkembangan isu semasa di seluruh dunia. penggunaan facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.

Melalui facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukar-tukar pandangan.

Page 14: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran makanan. Seperti kegemaran makan nasi ayam penyet. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan Kumpulan Nasi Ayam Penyet. Dari kumpulan itu, kita akan memperolehi pelbagai maklumat yang menarik tentang nasi ayam penyet dan pengalaman makan nasi ayam penyet. Ia semestinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi.

Penggunaan facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi. Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti Google namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.

5.0 FACEBOOK MAMPU MEWUJUDKAN HUBUNGAN SATU MALAYSIA

Apa yang kita sedia maklum, telah wujud facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat. Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV), semasa lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh dengannya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa tertentu. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya.

Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan,” beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysiainsider, 2010).

Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menyahut seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam facebook 1 Malaysia.

Page 15: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan keburukan facebook yang kita boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung kepada cara kita menggunakan facebook tersebut. Penggunaan facebook yang betul menjadikan kesan yang baik dan penggunaan facebook yang salah menjadikan kesan penggunaan yang tidak baik. Hubungan antara rakyat di Malaysia juga akan lebih harmoni dan sejahtera apabila semua rakyat Malaysia mempunyai semangat perapaduan 1 Malaysia.

Rujukan :http://www.murkiester.com/Blog/about, 31 Januari 2010 http://pertanyaan.com/apa-itu-facebook 31 Januari 2010http://pilihansempurna.com/apa-saja-sih-kegunaan-facebook%E2%80%A6/ 31 Januari 2010http://zamrishabib.wordpress.com/2009/05/30/konsep-islam-dalam-penyebaran-informasi-pada-information-society-masyarakat-informasi/ 31 Januari 2010http://pemainbahasa.blogspot.com/salman sulaiman 2010 31 Januari 2010http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/index.php/bahasa/51469-najib-bangga-dengan-facebook-beliau-untuk-berhubung-dengan-rakyat- 31 Januari 2010http://e-pendidikan.com/ 31 Januari 2010http://penamuda.multiply.com/reviews/item/18Yanuardi Syukur,2009 31 Januari 2010http://edittag.typepad.com/blog/2010/01/statistik-jejaring-sosial-hingga-januari-2010.html 31 Januari 2010http://www.salamsentosa.com/v2/news.php?item.77 31 Januari 2010http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.mod.gov.my%2Fen%2Fknowledge-base%2Fpengumuman%2F384-facebook-group-1malaysia.html%2F0fficialPortal&h=8c794 31 Januari 2010http://blog.smartusaha.com/pemasaran-sosial-facebook/ 31 Januari 2010

Akhir-akhir ini tersiar kabar baik dari media cetak maupun media elektronik khususnya situs berita online, mengabarkan bahwa sejumlah ulama di Jawa Timur telah mengharamkan facebook. Otomatis fatwa haram tersebut mengagetkan para pengguna facebok. Karena facebook banyak di akses bukan hanya dari kalangan biasa saja, namun banyak juga dari kaum intelek lainnya yang menggunakan facebook sebagai alat untuk berkumanikasi dengan rekan-rekan mereka yang tidak bisa bertatap muka secara langsung.

Semenentara itu menurut kabar berita lainnya Ketua Umum PP Muhammadiyah Din Syamsuddin sangat berbeda dengan pendapat para ulama di Jawa Timur. Menurut beliau facebook memiliki banyak manfaat layaknya alat komunikasi seperti telefon dan HP.

Jika di cermati dengan seksama facebook memang memiliki manfaat dan keburukan bagi para penggunanya, namun jika di timbang-timbang lagi ternyata facebook memiliki banyak manfaat daripada keburukan, tergantung dari orang yang memanfaatkan facebook tujuan sebenarnya untuk apa. Namun jika facebook dimanfaatkan untuk kebaikan, tentunya facebook sangat memiliki banyak manfaat. Jadi facebook tidak bisa di pandang dari satu sisi saja, harus dilihat dari segi manfaatnya juga.

hehe... gambar dibawah ini mungkin alasan para ulama di Jawa Timur mengharamkan facebook. Gambar ini saya peroleh dari album foto teman saya di facebook, entahlah dari mana dia mendapatkan gambar ini. Yuk....

Bahana 'kemaruk' laman sosial

Oleh MOHAMMAD ISMAIL

LAMAN web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semua lapisan masyarakat baik

golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web

rangkaian sosial sendiri. Antara yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung.

Page 16: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman

Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.

Statistik ini menunjukkan 'kegilaan' terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu 'rutin' dalam

kehidupan 'pencinta' laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi satu 'ketagihan' bagi pengikut fanatik laman web sosial ini

sehingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat

pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga

segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat global dan seramai 6.2 juta

pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.

Fenomena 'kegilaan' terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan

membuka laman web sosial ini sebagai 'sarapan pagi' sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui

Internet, kini 'pencinta' laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon

bimbit.

Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi 'keghairahan' pengikut setia laman web sosial ini untuk

terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan

sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti

perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi

pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.

Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini. Terdapat segelintir mereka yang tidak

bertanggungjawab menggunakan laman ini untuk memerangkap gadis-gadis yang mudah dipujuk rayu.

Bermula dengan sembang secara maya, lama kelamaan kemesraan yang terjalin membangkitkan 'keinginan' untuk bersua muka bagi

mengeratkan lagi hubungan. Natijahnya, ibarat habis madu sepah dibuang, lelaki yang tidak bertanggungjawab meninggalkan gadis

yang terpaksa mengandung anak hasil daripada keterlanjuran.

Dengan angka pengguna Internet di Malaysia menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka terus meningkat, pastinya

tindakan sewajarnya perlu dilakukan sebelum lebih ramai lagi wanita-wanita Malaysia akan menjadi 'korban'.

Kita juga khuatir jika 'kegilaan' laman web sosial ini membantu meningkatkan kes perceraian. Apa yang lebih membimbangkan jika

anak-anak yang masih di bangku sekolah turut terpalit hasil kecanggihan teknologi maklumat ini.

Fenomena ini perlu dikawal agar tidak ada lagi gadis Malaysia yang terperangkap dengan jerat 'cinta ekspres' maya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perlis

Bila sebut sahaja facebook, twitter, friendster, tagged dan my space siapa yang x tahu. Bukan hanya di kalangan

remaja malahan orang dewasa pun gemar menggunakan laman sosial tersebut. Bukannya apa tak nak dikatakan kita

ketinggalan zaman.

Page 17: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Haruslah ikut perkembangan dunia teknologi. Memang x salah tapi setiap apa yang baik pasti ada keburukannya. Kat

sini kawan nak bahaskan keburukan dan kebaikan laman sosial untuk renungan semua.

Kebaikan Laman Sosial:)

1.      Dapat mengeratkan silaturrahim. Laman sosial memang seronok sebab kita dapat cari kawan2 sekolah yang dah

lama x jumpa. Dapatlah kita tahu perkembangan diaorang selain bertanya khabar.

2.     Dapat mencari duit poket atau mengembangkan bisnes. Bagi sesiapa kaki bisnes, laman sosial ni adalah tempat yang

paling strategik untuk kita kembangkan bisnes kita.

Ramai jugak di kalangan pengguna laman sosial yang mengambil kesempatan untuk menjual pakaian, tudung,

aksesori dan sebagainya pada kawan2 untuk tambah duit poket. Bagus tu at least kita dapat tambah pendapatan.

3.      Dapat bertukar pendapat, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman.

Laman sosial digunakan bagi sesetengah pihak untuk bertukar pendapat, menyumbangkan idea dan berkongsi

pengalaman masing2 tentang sesuatu isu. Dapat jugak menambah ilmu dan pengalaman yang berguna untuk masa

depan.

4.     Tempat meluahkan perasaan. Hah, memang betul laman sosial ni tempat paling sesuai untuk kita meluahkan

perasaan.

At least ada orang yang akan bagi komen dan sokongan buat kita bila jiwa kita tengah kacau.

5.     Dapat mengisi masa lapang. Kalau tak ada keje nak buat atau sekadar nak release tension boleh chatting dengan

kawan2 kat laman sosial ni. Dapat jugak hilangkan boring.

Keburukan Laman Sosial:)

1.     Bukan setakat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, malahan laman sosial ni dapat memutuskan hubungan

silaturrahim. Mana x nya bila kita x puas hati dengan si polan kita dok mengumpat dia dengan kawan kita yang lain.

Hai..korang ingat si polan tu x boleh ke terbaca wall post korang tu. Kalau dah si polan tu terbaca nanti x ke

melenting si polan tu. Apa lagi jadi bahan lah nak cari gaduh.

2.     Memang bagus untuk cari duit poket kat laman sosial ni. Tapi ramai gak kawan2 kita yang kena tipu.

Mana x nya ada ke pergi bagi no akaun bank kat wall post. Orang yang berniat jahat pasti akan terfikir nak buat

jenayah.

3.      Ya, memang laman sosial dapat menambah ilmu kita sedikit sebanyak. Kalau ilmu yang baik x ada salahnya. Tapi

kebanyakannya ilmu yang x  baik. Ilmu lucah la, ilmu songsang la malahan ilmu hitam pun ada. MasyaAlllah…

4.      X salah nak luah perasaan kat laman sosial tapi jangan sampai mengguriskan hati orang lain. Kalau anda x puas hati

dengan si polan anda pun luahkan perasaan anda.

Bila si polan baca kat wall post anda si polan pun jadi berang. Benda kecik pun boleh jadi besar taw. Kalau agak2

benda tu privacy simpan sendiri sudah x yah la nak cerita kat laman sosial.

5.      Memang dapat mengisi masa lapang dengan benda berfaedah tapi ada gak yang sampai x ingat dunia bila dah

mengadap depan computer layan facebook.

Solat x diendahkan, waktu makan pun x dihiraukan, panggilan mak dan ayah pun ditengkingnya. Pendek kata kalau

aku dah duduk depan computer layan facebook x ada makhluk yang boleh kacau aku.

Macam tu sekali laman sosial ni boleh mengkhayalkan dan melalaikan kita. Pelajaran terabai akidah pun terabai.

Penjawat2 awam dan pekerja2 pun x boleh nak jalankan tugas dengan baik kalau asyik nak layan chatting kat laman

sosial. Udah2 le tu..insaf2 la..boleh layan tapi biarlah berpada2.

Laman sosial menjadi punca berlakunya pertambahan kes penceraian di Malaysia. Maklumat terbaru yang kawan

dapat dari tv.

Page 18: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Laman Jaringan Sosial Tempatan05 Apr

Penggunaan laman jaringan sosial sebagai salah satu alat komunikasi sosial semakin meningkat. Ramai yang sudah mengenali Facebook, Friendster, MySpace, Twitter, dan sebagainya. Malah laman-laman ini telah digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara.

Malaysia berada di tangga ketiga dari segi penggunaan laman sosial ini, iaitu sebanyak 66% pada bulan Disember 2008, selepas Singapura dan Korea Selatan, iaitu masing-masing sebanyak 74.3% dan 68%. Facebook yang diperkenalkan oleh Zuckernberg, yang bermula untuk kegunaan komuniti kolej berkembang menjadi laman sosial paling popular di kebanyakan negara di seluruh dunia. Di Malaysia, jumlah penggunanya dikatakan melebihi 6 juta orang.

Selain Facebook, banyak lagi laman sosial global yang mendapat perhatian orang ramai. Antaranya Friendster, MySpace, Flixter, LinkedIn, Twitter, Tagged, Orkut, dan Bebo. Ada juga yang menggunakan lebih daripada satu laman sosial pada satu-satu masa.

Keghairahan orang ramai terhadap laman sosial ini menyebabkan ada usaha untuk mewujudkan laman sosial tempatan yang dikatakan lebih sesuai dengan persekitaran sosial dan budaya di sini. Oleh sebab itu, sejak dua tahun lepas muncul pelbagai laman sosial atas inisiatif organisasi dan rakyat tempatan sendiri.

Antaranya ialah MyKawan, FriendX, dan MyRakan. Ada juga Ikon.my yang dibangunkan oleh seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Australia. Selain itu, muncul Ruumz dan Kakiies yang selain boleh diakses di web, boleh juga diakses menerusi telefon bimbit.

Namun, sejauh manakah laman sosial tempatan ini mendapat perhatian dan digunakan di Malaysia? Adakah kewujudannya diketahui umum sebagaimana laman sosial global? Mampukah laman sosial ini bersaing dan menarik perhatian rakyat Malaysia yang telah lama terpengaruh dengan Facebook, Friendster, Orkut, dan sebagainya? Yang penting, apakah perbezaan dan kelebihan laman sosial tempatan sosial yang dibangunkan ini dengan laman sosial global yang sedia ada?

Keburukan dan Kelemahan Facebook lebih banyak daripada manfaat

KUALA LUMPUR: Manfaat laman web rangkaian sosial popular sama ada Facebook, Friendster dan Myspace bukan hanya sekadar mengeratkan silaturahim serta bertanya khabar sedangkan keburukan ‘ditawarkan’ lebih banyak.Pengerusi Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, antara keburukan menanti ‘penagih’ laman web itu merangkumi membentuk sikap lalai, boleh meruntuhkan rumah tangga termasuk mempengaruhi remaja berzina.

“Rumah Iman kendalian Sidim menempatkan beberapa remaja perempuan yang terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina.

“Facebook itu juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial itu, sekarang ada pula kejadian seorang pelajar dipukul kerana Facebook,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro Isnin lalu mengenai pelajar tingkatan lima sebuah sekolah asrama di Lenggong, Perak yang cedera di mata dan dahi akibat dipukul rakan sekelas selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Aiman Asyraf, 17, dibelasah teruk kerana dikatakan menceroboh akaun Facebook milik rakannya kerana mengetahui kata laluan.

Page 19: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial

Hanafi berkata, walaupun kejadian itu boleh dianggap terpencil namun ia jelas menunjukkan akibat buruk daripada penggunaan laman web sosial.

“Kalau di jabatan kerajaan atau swasta pula, ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan sebenarnya tidak berkat.

“Facebook baru diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu saja tetapi kesannya menyebabkan kita lalai dan ia boleh menjurus ke arah keghairahan maksiat. Kalau sekadar mahu bertanya khabar atau mengeratkan silaturahim, banyak lagi medium lebih baik boleh digunakan,” katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya.

“Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silaturahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.

“Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan ia bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.

sumber myMetro

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial Kebaikan1. boleh mendapat lebih ramai kawan dan pada masa yang sama dapat menghubungi semula kenalan lama yang mungkin telah terputus hubungan.2. perniagaan dapat dijalankan melalui laman sosial dengan cara memperkenalkan sesuatu produk/perkhidmatan sekali gus mengiklankannya.3. laman sosial sebagai medium hebahan pelbagai maklumat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial - sangat berkesan kerana rangkaiannya yang meluas dan diminati ramai.

Keburukan1. Pencerobohan hak peribadi oleh individu yang tidak bertanggungjawab - menimbulkan ketakutan, gangguan emosi dan mungkin juga jenayah.2. Mengganggu produktiviti atau apa-apa sahaja atau tugas hakiki/ tanggungjawab utama (core business) seseorang baik pelajar mahupun pekerja . Berpunca daripada obses/ketaksuban/ketagihan ,melayari laman sosial - akhirnya melalaikan tanggungjawab - membuang masa.3.Masalah kesihatan - terlalu lama mengadap komputer menjejaskan kesihatan mata, tulang, kesihatan mental.- - senaman atau aktiviti riadah sudah dipinggirkan.4. Wujud masyarakat pasif yang bergantung pada hubungan secara maya sesama anggota masyarakat - kurang bergaul dan bertemu mesra

Page 20: Keburukan Dan Kebaikan Laman Sosial