set 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · baca petikan di bawah dengan teliti,...

18
1 SET 7 Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang seseorang daripada mandi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Mandi merupakan amalan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Mandi bermaksud mencuci atau membasuh tubuh badan dengan air. Namun, ramai yang kurang menyedari bahawa manusia perlu mandi pada setiap hari. Cara mandi yang terbaik adalah dengan menyiram air bermula dari bahagian bawah iaitu kaki dan kemudiannya membawa ke bahagian atas tubuh badan. Sekiranya seseorang itu tidak suka mandi, lapisan kotor semakin menebal dan menjadikan kotoran sukar untuk dibersihkan. Bagi mengelakkan kotoran semakin menebal, sudah pastilah seseorang itu perlu mandi sekerap mungkin untuk menjaga kebersihan dirinya. Secara tidak langsung mandi dapat menyegarkan tubuh badan. Dari sudut saintifik, mandi dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia untuk membina daya ketahanan badan yang tinggi bagi melawan penyakit. Kebanyakan penyakit kronik seperti penyakit diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem imun dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Mereka yang malas mandi menyebabkan banyak kotoran melekat di tubuh dan mudah dijangkiti penyakit kulit. Di samping itu, mandi dapat membuang kotoran dan bakteria halus yang sukar dilihat pada kulit. Orang yang tidak mandi selama beberapa hari menyebabkan bau badan yang kurang menyenangkan dan berpeluh menjadikan tubuh badan lebih kotor daripada biasa. Hal ini berlaku kerana proses percampuran bakteria dan hasil metabolisme yang berupa protein serta asid lemak dengan rerambut kulit. Bagi seseorang yang mengalami tekanan mental dan fizikal, mandi dapat meredakan tekanan dan menghilangkan stres kerana air yang mengalir di tubuh akan melancarkan kembali peredaran darah. Dengan itu, seseorang akan berasa lebih yakin dan gembira ketika bersama-sama keluarga dan rakan. Hal ini mendorong kepada aktiviti sihat seperti slogan yang selalu diuar-uarkan “badan cergas otak sihat”. Mandi dengan air suam juga dapat membuka liang roma untuk mengeluarkan racun dari badan. Hal ini demikian kerana, seseorang yang kurang melakukan aktiviti fizikal, tetapi dengan mandi mereka masih dapat menyingkirkan toksin yang yang terkumpul di dalam badan. Oleh itu, orang yang mandi dapat menjaga kesihatan dirinya sepanjang masa dan mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lain. Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa mandi mampu menyembuhkan penyakit kencing manis kepada penghidapnya. Apabila seseorang pesakit kencing manis mandi dan berendam di dalam air suam selama setengan jam, paras gula dalam darah dapat diturunkan. Begitu juga bagi penghidap penyakit jantung, dengan mandi dan berendam dalam air suam dapat memperbaik kesihatan jantung supaya jantung dapat berfungsi dengan elok. Sesungguhnya, kepentingan dan manfaat mandi begitu meluas kepada manusia. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mandi Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan’ oleh Salleh Hashim, Dewan Siswa, Disember 2015

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

61 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

1

SET 7

Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang seseorang daripada mandi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Mandi merupakan amalan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Mandi bermaksud mencuci atau membasuh tubuh badan dengan air. Namun, ramai yang kurang menyedari bahawa manusia perlu mandi pada setiap hari. Cara mandi yang terbaik adalah dengan menyiram air bermula dari bahagian bawah iaitu kaki dan kemudiannya membawa ke bahagian atas tubuh badan. Sekiranya seseorang itu tidak suka mandi, lapisan kotor semakin menebal dan menjadikan kotoran sukar untuk dibersihkan. Bagi mengelakkan kotoran semakin menebal, sudah pastilah seseorang itu perlu mandi sekerap mungkin untuk menjaga kebersihan dirinya. Secara tidak langsung mandi dapat menyegarkan tubuh badan. Dari sudut saintifik, mandi dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia untuk membina daya ketahanan badan yang tinggi bagi melawan penyakit. Kebanyakan penyakit kronik seperti penyakit diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem imun dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Mereka yang malas mandi menyebabkan banyak kotoran melekat di tubuh dan mudah dijangkiti penyakit kulit. Di samping itu, mandi dapat membuang kotoran dan bakteria halus yang sukar dilihat pada kulit. Orang yang tidak mandi selama beberapa hari menyebabkan bau badan yang kurang menyenangkan dan berpeluh menjadikan tubuh badan lebih kotor daripada biasa. Hal ini berlaku kerana proses percampuran bakteria dan hasil metabolisme yang berupa protein serta asid lemak dengan rerambut kulit. Bagi seseorang yang mengalami tekanan mental dan fizikal, mandi dapat meredakan tekanan dan menghilangkan stres kerana air yang mengalir di tubuh akan melancarkan kembali peredaran darah. Dengan itu, seseorang akan berasa lebih yakin dan gembira ketika bersama-sama keluarga dan rakan. Hal ini mendorong kepada aktiviti sihat seperti slogan yang selalu diuar-uarkan “badan cergas otak sihat”. Mandi dengan air suam juga dapat membuka liang roma untuk mengeluarkan racun dari badan. Hal ini demikian kerana, seseorang yang kurang melakukan aktiviti fizikal, tetapi dengan mandi mereka masih dapat menyingkirkan toksin yang yang terkumpul di dalam badan. Oleh itu, orang yang mandi dapat menjaga kesihatan dirinya sepanjang masa dan mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lain.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa mandi mampu menyembuhkan penyakit kencing manis kepada penghidapnya. Apabila seseorang pesakit kencing manis mandi dan berendam di dalam air suam selama setengan jam, paras gula dalam darah dapat diturunkan. Begitu juga bagi penghidap penyakit jantung, dengan mandi dan berendam dalam air suam dapat memperbaik kesihatan jantung supaya jantung dapat berfungsi dengan elok.

Sesungguhnya, kepentingan dan manfaat mandi begitu meluas kepada manusia.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mandi Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan’

oleh Salleh Hashim, Dewan Siswa, Disember 2015

Page 2: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

2

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ] Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata berfungsi dengan elok. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan sekiranya seseorang itu malas mandi. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Mandi merupakan salah satu cara untuk mengekalkan keadaan tubuh badan yang sihat. Pada pendapat anda, selain mandi dengan lebih kerap, apakah cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat? Berikan tiga cara. [4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Malam terakhir di Istanbul, Kak Chah yang sebilik denganku tidur awal. Pasti kepenatan

selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah itu. Aku menyusun barang-barang yang akan

dibawa pulang. Tiga buah buku, enam belas helai baju-T, tujuh kotak manisan lokum, dua kotak

teh epal, sepuluh utas rantai kunci, lapan batang senduk kayu bertulis ayat al-Quran, empat

keping pelekat magnet, tiga utas gelang manik, lima buah anak patung Turki, dan sebotol orga.

Kesemuanya tidak menurut jumlah yang telah aku rancangkan. Bermakna, banyak yang tidak

akan mendapat cenderamata sekembalinya aku dari Turki.

Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku

mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang

kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia

mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.

Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya

pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket

itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.

Page 3: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

3

Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat

sembarangan, Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak.

Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.

Dipetik daripada drama ‘Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul’

oleh Maskiah Haji Masrom

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan, mengapakah Aku menyatakan bahawa jaket itu tidak praktikal

untuk kegunaan harian di Malaysia? [2 markah]

(ii) Aktiviti melancong memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu kita lakukan sebelum

melancong ke luar negara? [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar

masyarakat yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya maka titah raja, ”Hai segala kamu

sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua dibahagi akan Laksamana, sebahagi

akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”

Maka sembah orang itu, ”Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”

Maka sembah Laksamana, ”Ya, tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha

mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu

pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik,”

Maka titah baginda, ”Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”

Maka, sembah mereka itu, ”Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana.” Demi

Allah dan Rasul-Nya dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan

segala hartanya akan Laksamana.

Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi.

Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan

pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada

Page 4: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

4

penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun

habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.

Dipetik daripada ’Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi jaket Kulit dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata dukacitalah sekalian empunya harta [2 markah]

(ii) Jelaskan cara pembahagian harta yang dicadangkan oleh baginda raja? [3 markah]

(iii) ‘Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana’. Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana berbuat demikian?

[3 markah]

Soalan 2(d) – Syair

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Syair Bidasari Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan, Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan, Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa, Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa, Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa, Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa. Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana, Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana, Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana. Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang, Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang, Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang, Hamillah puteri permaisuri. “Gempar ini apakah kurang.”

Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 5: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

5

(i) Berdasarkan syair tersebut, apakah yang berlaku apabila burung garuda datang

menyerang Negeri Kembayat? [2 markah]

(ii) Raja Negeri Kembayat digambarkan sebagai seorang raja yang adil.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh rakyat sebagai tanda menyayangi seorang raja?

[3 markah] (iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam syair di atas.

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) penat (ii) kepenatan (iii) lembap (iv) kelembapan (v) jatuh (vi) kejatuhan

[6 markah]

(b) Tukarkan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Pengaruh Internet banyak menghakis kesantunan dalam pertuturan lisan dan perlakuan. Hal ini demikian kerana mereka banyak terdedah kepada bahasa singkatan atau bahasa rekaan sendiri. Oleh itu, sebelum bahasa kita terus tercemar tindakan pencegahan perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini.

[6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Page 6: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

6

(i) Ramai murid yang sanggup tidak menghadiri kelas tiusyen anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah itu kerana mereka ingin berkunjung ke kafe siber untuk melayar Internet.

(ii) Oleh sebab kegiatan pembalakan haram mendatangkan kerugian kepada

hidupan manusia dan ekosistem semulajadi, maka kita perlu mencari jalan penyelesaiannya.

(iii) Jangka hayat seseorang yang dikatagorikan mempunyai tahap kecergasan yang

maksimum adalah lebih panjang jika dibanding dengan individu yang mempunyai tahap kecergasan yang minimum.

[6 markah]

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Waktu makan bersama-sama keluarga merupakan masa yang berkuantiti. Ketika makan, ibu bapa dapat berinteraksi dengan anak-anak. Peristiwa yang menarik di sekolah, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau cerita tentang semua rakan-rakan rapat mereka merupakan topik yang boleh mereka bincangkan. Secara tidak langsung, ibu bapa juga boleh mengesan pekerjaan harian anak-anak terutamanya yang telah memasuki zaman remaja. Kajian juga menunjukkan bahawa lebih selalu ahli keluarga makan bersama-sama, maka lebih rendahlah kemungkinan anak-anak terbabit di dalam gejala sosial.

[6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Setelah bersara daripada jawatan pegawai tinggi kerajaan, Ahmad telah kembali menetap di kampung halamannya semula. Namun, sikapnya yang dapat menyesuaikan diri di tanah kelahirannya itu, dia telah diterima dengan mudah oleh masyarakat di kampung tersebut.

(ii) Mak Cik Samsiah berasa terlalu sedih apabila anak bongsunya yang dipelihara

dan dididik dengan penuh kasih sayang telah mencemarkan nama baik keluarganya apabila didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan jenayah juvana.

(iii) Ibu telah menasihati Halim supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata

semasa bekerja di tempat baharu supaya dirinya sentiasa dihormati dan disegani oleh rakan-rakan sekerjanya.

[6 markah]

Page 7: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

7

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan- soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(iv) Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdarin

(v) Tirani karya Beb Sabariah

(vi) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(vii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(viii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian yang memberi teladan kepada pembaca [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 8: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

1

SKEMA SET 7

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan (2 markah ) Markah

P1 Petikan membincangkan faedah-faedah / manfaat / kepentingan/ kelebihan mandi terhadap kesihatan tubuh badan.

2

P2 Petikan membincangkan faedah-faedah / manfaat / kepentingan/ kelebihan

mandi dan kesan-kesan sekiranya seseorang malas mandi. 2

P3 Rumusan/rumusan ini membincangkan faedah-faedah / manfaat / kepentingan/ kelebihan mandi dan fakktor-faktor yang menghalang seseorang daripada mandi

2

P4 Petikan membincangkan faedah-faedah / manfaat / kepentingan / kelebihan mandi.

1

P5 Rumusan ini membincangkan kebaikan-kebaikan mandi dan fakktor-faktor yang menghalang seseorang daripada mandi

0

IsiTersurat [ 4 hingga 12 markah ] Kebaikan-kebaikan mandi

S1 Menjaga kebersihan diri 2

S2 Menyegarkan tubuh badan 2

S3 Meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan bagi melawan penyakit 2

S4 Mandi dapat membuang kotoran (1m) dan bakteria halus yang sukar dilihat pada kulit.(1 m)

S5 Meredakan tekanan (1 m)dan menghilangkan stres (1 m) 2

S6 Membuka liang roma untuk mengeluarkan racun dari badan/menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan

2

S7 Menjaga kesihatan dirinya sepanjang masa (1 m)/mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lain (1m)

2

S8 Menyembuhkan penyakit kencing manis kepada penghidapnya 2

S9 Memperbaik kesihatan jantung 2

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah) Faktor-faktor yang menghalang seseorang daripada mandi

T1 Sakit yang tidak boleh terkena air 2

T2 Ketiadaan air/ kehabisan air/ musim kemarau 2

T3 Sibuk dengan urusan kerja/ jadual kerja yang terlalu padat 2

T4 Bekalan air dicatu 2

T5 Cuaca yang terlalu sejuk/dingin 2

T6 Fobia terhadap air 2

T7 Dalam perjalanan yang jauh ke sesuatu tempat/destinasi 2

T8 Kawasan bekalan air terletak jauh dari rumah 2

T9 Kehabisan sabun mandi 2

(Isi-isi tersirat yang lain diterima sekiranya sesuai dan dipayungkan dengan jawapan T1-T9

Page 9: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

2

Penutup (2 markah)

K1 Kesimpulannya, setiap individu/masyarakat hendaklah meluangkan masa untuk mandi supaya kesihatan diri terjamin

2

K2 Kesimpulannya, setiap individu/masyarakat hendaklah meluangkan masa untuk mandi supaya badan sentiasa sihat.

2

K3 Kesimpulannya, setiap individu/masyarakat hendaklah meluangkan masa untuk mandi

1

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

( i ) Berikan maksud rangkai kata berfungsi dengan elok [2 markah] Maksud rangkai kata berfungsi dengan elok ialah:

- berperanan /bertugas /mengepam dengan baik 2 m - berperanan/bertugas/mengepam dengan elok 1 m - berfungsi dengan baik 1 m

[ Maksimum : 2 markah ]

(ii) Kesan-kesan sekiranya seseorang itu malas mandi ialah:

- Lapisan kotor semakin menebal dan menjadikan kotoran sukar dibersihkan - Kotoran melekat ditubuh dan mudah dijangkiti penyakit - Bau badan kurang menyenangkan - Berpeluh menjadikan tubuh badan lebih kotor

[ Maksimum : 3 markah ]

[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Pada pendapat saya, selain mandi, cara-cara untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat ialah:

- Seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri dengan memakai pakaian yang bersih/ memotong kuku supaya dapat menghindarkan diri daripada dijangkiti penyakit. [1+1]

- Memastikan kawasan persekitaran bersih kerana kawasan persekitaran yang kotor akan menggalakkan pembiakan haiwan pembawa penyakit.

[1+1] - Mengamalkan pemakanan yang seimbang agar makanan yang dimakan

berzat.dan mempunyai vitamin dan mineral yang tinggi. [1+1]

- Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun supaya sebarang penyakit dapat dikesan ketika pada peringkat awal. [1+1]

- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan tidak minum

Page 10: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

3

minuman keras kerana boleh memudaratkan kesihatan diri. [1+1]

- Mengamalkan riadah / bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya fizikal dan mental sentiasa sihat [1+1]

- Mendapatkan rehat/ tidur yang secukupnya untuk membolehkan seseorang itu

lebih tenang [1+1]

[ Maksimum : 4 markah ] [Isi cukup : 3 isi ]

Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

(i) Berdasarkan petikan, Aku menyatakan bahawa jaket itu tidak praktikal untuk kegunaan harian di Malaysia kerana:

P1 Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air P2 Menjaganya pasti memerlukan kerapian /tidak boleh dibasuh/ tidak boleh dilipat sembarangan P3 Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak P4 Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.

[Maksimum : 2 markah] [Pilih mana-mana 2 isi]

(ii) Pada pendapat saya, persediaan-persediaan yang perlu kita lakukan sebelum melancong ke luar negara ialah:

P1 Menempah tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat P2 Menempah hotel lebih awal sebelum sampai tarikh melancong P3 Menyimpan nombor telefon/alamat kedutaan Malaysia di negara kita bercuti P4 Membawa dan menyimpan ubat yang diperlukan dalam satu bekas dan dilabelkan P5 Menyediakan peta / pelan terperinci tentang senarai tempat yang hendak dikunjungi di negara tersebut sebelum melancong ke luar negara P6 Mengetahui adat resam atau budaya penduduk di situ P7 Menukar mata wang dan mengetahui nilai mata wang di negara tersebut P8 Menyediakan pakaian yang sesuai dengan cuaca/iklim/ budaya negara tersebut P8 Mempelajari sedikit bahasa di negara tersebut

[Maksimum: 3 markah] [isi cukup 2 isi]

(iii) Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah : P1 Latar masyarakat yang pemurah

Contohnya: Aku menyusun tiga buah buku, enam belas helai baju-T, tujuh kotak manisan lokum, dua kotak teh epal, sepuluh utas rantai kunci, lapan batang senduk kayu bertulis ayat al-Quran, empat keping pelekat magnet, tiga utas gelang manik, lima buah anak patung Turki, dan sebotol orga sebagai cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia [1+1]

P2 Latar masyarakat yang suka mengembara

Page 11: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

4

Contohnya : Aku, Kak Chah dan rakan-rakan telah mengembara ke Turki [1+1]

P3 Latar masyarakat yang suka menggembirakan / membantu orang lain

Contohnya : Aku sanggup membeli jaket kulit kijang daripada Shahmeem dengan bayaran USD100 walaupun Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan di Malaysia Pilih mana-mana 1 isi

Satu latar masyarakat yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat

dalam petikan ialah: K1 Latar masyarakat yang suka membaca

Contohnya : Mas/Penulis suka membaca buku-buku yang ditulis oleh penulis tersohor seperti Mevlana Celaleddin Ar-Rumi, penyair hebat dan Nasreddin Hodja, tokoh pendidik berjiwa humoris [1+1]

K2 Latar masyarakat yang bijak membuat perancangan/berjimat cermat

Contohnya : Mas/penulis telah membuat senarai barang dan cenderamata yang akan dibelinya untuk mengelakkan pembaziran [1+1]

K3 Latar masyarakat yang yang tidak mengamalkan nilai kesopanan dan tatasusila Contohnya, Seorang pekedai jaket kulit di Grand Bazaar membuat pernyataan bahawa Mas sebagai Muslim yang tidak baik dan menghalang Mas keluar dari kedainya kerana marah kepada Mas yang idak jadi membeli jaket di kedainya K4 Masyarakat yang mengamalkan kesederhanaan hidup

Contohnya, Aku selesa memakai jaket kain yang dibelinya di sebuah kedai buku terpakai di mana-mana destinasi pelancongan luar negara yang dikunjunginya

Pilih mana-mana 1 isi Maksimum 4 markah

Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud rangkai kata dukacitalah sekalian empunya harta ialah:

P1 Semua pemilik harta berasa sedih 2m P2 Dukacitalah semua pemilik harta 1m P3 Sekalian empunya harta berasa sedih 1m

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Cara pembahagian harta yang dicadangkan oleh baginda raja ialah: P1 Harta dibahagi kepada 3 bahagian P2 Dua bahagian diberi kepada Laksamana yang menjumpainya P3 Satu bahagian diserahkan kepada pemilik harta tersebut

[Maksimum : 3 markah] [Isi cukup 2 isi]

Page 12: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

5

(iii) Pada pendapat saya, Laksamana tidak mengambil satu pun harta tersebut kerana :

P1 Laksamana seorang yang berharta / kaya

P2 Laksamana bersifat murah hati membantu orang-orang susah/ miskin

P3 Laksamana ingin mengekalkan pengaruh

P4 Laksamana ingin membantu pegawai-pegawai yang berkhidmat penuh setia

P5 Laksamana ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan

P6 Laksamana ingin menjaga maruah/ nama baik sebagai pemimpin

[Maksimum : 3 markah]

[Isi cukup 2 isi]

Soalan 2 (d) – Prosa Tradisional

(i) Keadaan yang berlaku apabila burung garuda datang menyerang Negeri Kembayat

Ialah: P1 Negeri habis rosak binasa P2 Seluruh negeri gempar P3 Semua rakyat bersedih P4 Rakyat melarikan diri ke merata-rata tempat

(ii) Tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh rakyat sebagai tanda menyayangi seorang raja ialah:

P1 Mendoakan kesejahteraan diri raja P2 Mentaati perintah raja P3 Melindungi raja daripada musuh yang datang menyerang P4 Menjaga imej dan maruah raja (iii) Dua nilai yang terdapat dalam syair di atas ialah : P1 Kebijaksanaan : Raja negeri Kembayat seorang raja yang bijaksana menyebabkan pedagang datang berkunjung P2 Keadilan : Raja negeri Kembayat memerintah dengan adil P3 Kesabaan : Setiap insan harus bersabar dalam mengharungi rintangan kehidupan P4 Pengorbanan :Dalan usaha mencapai kebahagian, seseorang perlu berkorban demi orang yang dikasihi P5 Keprihatinan :Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Jawapan 3(a)

(a) Membina ayat (i) penat maksudnya tidak mempunyai kekuatan pada fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas sesuatu kegiatan), jerih, letih, payah.

Page 13: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

6

(ii) kepenatan maksudnya kelelahan , keletihan, rasa penat (iii) lembap maksudnya masih basah , tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan

(iv) kelembapan maksudnya perihal lembap, perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan

(v) jatuh maksudnya turun ke bawah dengan cepat, menjadi kurang, terbenam, berbetulan dengan, bersamaan dengan, bubar, berhenti melakukan tugas, bangkrap, tidak berhasil, tidak dapat dipertahankan, sampai dan menjadi.

(vi) kejatuhan maksudnya perihal jatuh, terkena (tertimpa) sesuatu yang jatuh , mendapat kebahagiaan (kesenangan) [ 6 markah]

Soalan 3c

Kesalahan ejaan

SALAH BETUL

tiusyen tuisyen

semulajadi semula jadi

katagori kategori

Kesalahan imbuhan

SALAH BETUL

melayar melayari

hidupan kehidupan

dibanding dibandingkan

[ 6 markah]

Page 14: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

7

Soalan 3d

Kesalahan penggunaan kata

SALAH BETUL

berkuantiti berkualiti

pekerjaan kegiatan / aktiviti

selalu kerap

Kesalahan tatabahasa

SALAH BETUL

semua rakan-rakan semua rakan / rakan-rakan

mereka bincangkan dibincangkan oleh mereka

di dalam dalam

[ 6 markah]

Soalan 3e Peribahasa

(i) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak /di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung

(ii) menconteng arang ke muka (iii) berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan lidah.

[6 markah]

Page 15: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

8

(4b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam setiap novel tersebut

Novel Jendela menghadap Jalan

1 Kampung Sentosa

Contohnya, Lili telah menghabiskan cuti persekolahannya selama dua minggu di sini

2 Pekan Sentosa Contohnya, bas ekspres dari Kuala Lumpur telah menurunkan Lili di pekan ini sebelum Lili dijemput oleh Rashid untuk ke rumah datuk dan nenek Lili. [1+1]

3 Rumah datuk/Haji Abdul Rahman Contohnya, Lili menghabiskan cuti persekolahannya pada penggal tiga di rumah

datuknya, Haji Abdul Rahman. [1+1]

4 Rumah Lili di Kuala Lumpur

Contohnya, ibu mengejutkan Lili daripada tidur untuk mengingatkannya agar segera mandi dan bersiap-siap bagi urusan menghantarnya pulang ke kampung. [1+1]

5 Rumah Che Jah

Contohnya, Lili dan Rashid berkunung ke rumah Che Jah. Mereka menikmati hidangan tengah hari sebelum pulang ke rumah nenek [1+1]

6 Rumah Geetha

Contohnya, Lili telah berkunung ke rumah Geetha dan Geetha telah meluahkan perasaan bosannya yang lama bercuti di kampong dan ibu bapanya pula sibuk di kedai runcit

7 Pondok buruk Contohnya, Haziq dan Rafiq, anak-anak Che Jah telah membawa dan menahan Lili di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa.

[1+1]

8 Surau Kampung Sentosa

Contohnya, berlaku pertikaian antara penduduk kampong berhubung dengan pemasangan kubah sama ada pada bumbung surau atau pada masid yang akan dibina

9 Pasar Malam Contohnya, Rashid telah membawa Lili mengunjungi pasar malam di Pekan Sentosa. Mereka telah menikmati nasi padang secara percuma di salah sebuah warung makanan milik rakan Rashid. [1+1]

10 Restoran makanan segera

Contohnya, Danel mengajak Lili makan makanan segera di salah sebuah restoran makan segera di Pekan Sentosa. [1+1] Novel Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip

Page 16: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

9

1. Padang bola jarring

Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.

2. Kantin sekolah Tempat Azahari menunggu Dahlia untuk bertemu dengannya.

3. SMK Tun Ismail Tempat Azahari dan Dahlia belajar, sewaktu Dahlia tingkatan 1 dan Azahari Tingkatan 5.

4 SM Temenggung Ibrahim

Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan 6 dan dia tinggal di asrama sekolah ini. 5. Bilik kerjaya Tempat cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita Tempat Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam. 6. Kebun getah

Tempat Saleha menoreh getah dan bersembunyi. 8 Hospital Batu Bahat (Wad 6)

Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan awal .9 Hospital Batu Bahat (Wad 4) Tempat Embong dirawat setelah dipatuk ular 10 . Hospital Permai Johor Bahru Tempat Saleha dirawat. Tempat Azahari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah 11 . Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir Tempat Embong bekerja sebagai pengait kelapa sawit Tempat Embong dibelit oleh ular sawa 12. SK Jelotong

Tempat Said dan Melati bersekolah 13. Rumah Aton

Tempat Dahlia disindir oleh Aton. Aton mengatakan bahawa Dahlia punca kematian Said. 14. Balai Raya kampung Haji Rais

Penduduk kampung bergotong-royong semasa majlis sambutan maulidur rasul empat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.

Soalan 4(b) : Satu peristiwa pada bahagian peleraian yang memberi teladan kepada pembaca Novel Jendela Menghadap Jalan

Page 17: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

10

1. Peristiwa Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat. Sebab:

Seseorang yang berada dalam kesusahan perlu dibantu agar dapat meringankan beban mereka. 2. Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili pulang ke Kuala Lumpur. Sebab:

Seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapanya walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik. 3. Peristiwa Rafik dan Haziq akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian. Sebab:

Pelajaran amat penting dalam kehidupan 4. Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila suaminya Seman berjaya dihadapkan ke muka pengadilan. Sebab: Seseorang yang melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Novel Songket Berbenang Emas

1. Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit. Sebab:

Ahli keluarga tidak perlu mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak cucu. 2. Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makan. Sebab:

Permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 3. Peristiwa Masyarakat kampung telah berjaya memungut sumbangan sebanyak RM500.00 dan sumbangan peribadi RM300 daripada Tauke Lim kepada Dahlia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun. Sebab: Kepentingan budaya tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat . 4. Peristiwa Dahlia terpilh melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan selama empat tahun di Jepun. Sebab:

Ketabahan dan kegigihan menempuh pelbagai cabaran membuahkan memperoleh kejayaan.

Page 18: SET 7 kebaikan-kebaikan mandi faktor-faktor yang ... · Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan mandi dan faktor-faktor yang menghalang

11

5. Peristiwa Azhari menghadiahi sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai merainya kejayaan melanjutkan pelajaran dan simbol bahawa mereka orang Melayu. Sebab:

Kepentingan menjaga mempertahankan budaya Melayu

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT