· web viewsaya mendapat banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan daripada program perkhemahan 3 hari...

8
KOKURIKULUM – PENGAKAP LAPORAN TENTANG PERKHEMAHAN 3 HARI 2 MALAM NI’MATUL FAJRIYAH BINTI MOHAMMAD JAFAR (19B005) KREW : PEMANCHA

Upload: others

Post on 29-Jul-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewSaya mendapat banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan daripada program perkhemahan 3 hari 2 malam ini di mana saya belajar dan lebih mengetahui tentang …

KOKURIKULUM – PENGAKAP

LAPORAN TENTANG PERKHEMAHAN 3 HARI 2 MALAM

NI’MATUL FAJRIYAH BINTI MOHAMMAD JAFAR

(19B005)

KREW : PEMANCHA

Page 2:  · Web viewSaya mendapat banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan daripada program perkhemahan 3 hari 2 malam ini di mana saya belajar dan lebih mengetahui tentang …

LAPORAN PERKHEMAHAN 3 HARI 2 MALAM DI OUTWARD BOUND

BRUNEI DARUSSALAM (OBBD), TEMBURONG

Tarikh : 2hb – 4hb Disember 2019

Tempat : Outward Bound Brunei Darussalam, Kem Batang Duri ,

Temburong

Anjuran : Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Persatuan Pengakap

1.Pendahuluan

Pasukan pengakap telah mengadakan kursus Kepimpinan Jati Diri dan Istiadat

Melantik Pengakap Kelana (VIGIL) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam

pada 2hb Disember 2019 hingga 4hb Disember 2019. Sebelum 2hb Disember,

satu taklimat telah diadakan mengenai Outward Bound Brunei Darussalam di

dewan serbaguna Pengakap, tingkat 4, bangunan Ibu Pejabat Persekutuan

Pengakap Negara Brunei Darussalam untuk memberikan serba sedikit

maklumat tentang kursus ini dan mempersiapkan diri dalam menempuhi

cabaran di kem tersebut.

2. Isi Kandungan

Pada 2hb Disember 2019 jam 6.30 pagi, kami ahli pengakap diarahkan untuk

berkumpul di jeti Bandar Seri Begawan dan kami bertolak kira-kira jam 7.30

pagi. Pada jam 8.15 kami telah sampai di Temburong dan terus menaiki bas

yang telah disediakan oleh OBBD.

Pada jam 9 pagi, kami sampai di Outward Bound Brunei Darussalam kemudian

kami diberi sedikit taklimat tetang OBBD, setelah itu kami dibahagikan kepada

2 kumpulan iaitu Ong Sum Ping dan Damang Sari. Kumpulan saya adalah Ong

Page 3:  · Web viewSaya mendapat banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan daripada program perkhemahan 3 hari 2 malam ini di mana saya belajar dan lebih mengetahui tentang …

Sum Ping yang dilatih dan dijaga oleh Coach Razali bin Hj Ramli. Kemudian

jurulatih mengadakan aktiviti sesi suai kenal di antara ahli kumpulan saya.

Outward Bound Brunei Darussalam telah menyediakan kami tempat tinggal

yang selesa. Kemudian kami telah diberi taklimat tentang pertolongan cemas

oleh pegawai jururawat OBBD. Aktiviti yang diadakan seterusnya ialah “Trust

Fall” untuk menguji kepercayaan di antara ahli-ahli kumpulan saya. Kemudian

aktiviti seterusnya ialah “Flying Fox”, permainan itu dapat menolong

meningkatkan keberanian dan keyakinan saya.

Selepas menunaikan sembahyang fardhu asar, disambung dengan aktiviti

pertahanan dalam air dan mengajar kami cara-cara menyelamatkan diri di air

mengikut kumpulan dan jurulatih masing-masing.Pada waktu malam, Coach

Razali mengadakan aktiviti yang dianjurkannya, aktiviti matlamat diri dan kami

diarahkan untuk membuat logo kumpulan Ong Sum Ping.

Pada 3hb Disember 2019, kami diarahkan untuk berkumpul pada tepat 6 pagi

untuk menaikkan bendera Brunei Darussalam dan bendera Outward Bound

Brunei Darussalam dan selepas itu kami semua bersenaman pagi. Kemudian

aktiviti seterusnya ialah “Jungle Trekking” , sebelum aktiviti diteruskan, kami

diajar sedikit tentang menggunakan kompas dan peta. Aktiviti “Jungle

Trekking” 7km itu mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai ke destinasi.

Setelah sampai ke destinasi, kami berehat dan makan tengah hari mengikut

makanan yang kami bawa masing-masing. Kemudian aktiviti diteruskan dengan

aktiviti “Rafting”, sebelum itu kami diarahkan untuk mempam bot yang

digunakan untuk merentasi sungai dan kami dibahagikan dalam 4 kumpulan.

Page 4:  · Web viewSaya mendapat banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan daripada program perkhemahan 3 hari 2 malam ini di mana saya belajar dan lebih mengetahui tentang …

Kemudian kami diajarkan cara-cara berkayuh dan meyelamatkan diri jika

berlaku seuatu yang diingini.

Di pertengahan sungai tersebut, kami singgah sekejap di satu tempat di mana

kami dibolehkan untuk berehat sambil bermain air dan bergambar ramai untuk

kenangan kami.Kemudian perjalanan kami diteruskan hingga sampai ke HQ

OBBD, setelah itu kami berkerjasama untuk menaikkan bot di tempat asalnya.

Setelah itu, kami membersihkan diri sebelum berkumpul pada jam 5.30

petang. Pada jam 5.30 petang, aktiviti seterusnya ialah “Warm Seat” di mana

permainan ini bertujuan unutuk menyedarkan diri kami dan mengubah diri

kami dengan bantuan teguran kawan-kawan kami.

Oleh sebab hujan, aktiviti indoor diteruskan iaitu menyelesaikan dan

menyatukan gambar-gambar yang diberikan setiap seorang dan

menjadikannya dua cerita secara beramai-ramai. Aktivit seterusnya ialah “self-

reflection” iaitu membaca komen-komen negatif dan positif tentang diri saya

daripada kawan-kawan. Seterusnya Skip Zainuddin memberikan sedikit

makluman tentang aktiviti pada waktu 3 subuh iaitu Istiadat Melantik

Pengakap Kelana (VIGIL).

Page 5:  · Web viewSaya mendapat banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan daripada program perkhemahan 3 hari 2 malam ini di mana saya belajar dan lebih mengetahui tentang …

Pada hari terakhir 4hb Disember, acara dimulakan dengan process ujian

bersendirian (Vigil) di mana ianya dijalankan untuk menguji diri kami sendiri

sebelum diberikan tauliah Pengakap Kelana Penuh. Kami ditanya dengan

beberapa soalan dan kami sendiri menjawabnya dengan memikirkan apa yang

telah kami lakukan sepanjang hidup kami dan samaada kami telah bersedia

untuk diberikan tauliah bagi menjalankan Persetiaan Pengakap dari peringkat

yang lebih matang dan dewasa.

Kemudian upacara pelantikan (Investiture) dijalankan di mana ianya adalah

sebagai tanda keahlian dalam Pengakap Sedunia dan juga sebagai tanda

bahawa komitmen yang akan diberikan bukan sahaja setakat upacara malah

juga kepada diri sendiri.

Pada jam 8.30 pagi, kami bergerak ke Masjid Kampung Selayun, Temburong

untuk berkhidmat masyarakat, di mana semua ahli pengakap kelana

berkerjasama membersihkan di dalam dan di luar masjid sehingga jam 10.30

pagi. Kemudian kami bergambar ramai bersama imam masjid tersebut. Selepas

itu kami bergerak semula balik ke OBBD untuk mengemas barang-barang kami

untuk pulang ke Bandar Seri Begawan.

Kemudian, sesi terakhir bersama jurulatih dan kumpulan masing-masing, di

mana kami mengongsikan pendapat masing-masing tentang pengalaman di

OBBD selama 3 hari 2 malam. Kemudian kami berkumpul beramai-ramai untuk

sesi penutup di mana kami diberikan ucapan selamat tinggal daripada

pegawai-pegawai OBBD .Setelah itu, kami diarahkan untuk mempersembahkan

sebuah lagu tentang OBBD mengikut kumpulan masing-masing. Akhir sekali,

Page 6:  · Web viewSaya mendapat banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan daripada program perkhemahan 3 hari 2 malam ini di mana saya belajar dan lebih mengetahui tentang …

kami semua bergambar ramai untuk kenangan. Setelah itu kami pun bergerak

ke jeti temburong untuk pulang ke Bandar Seri Begawan.

3. Penutup

Saya mendapat banyak kebaikan dan ilmu pengetahuan daripada program

perkhemahan 3 hari 2 malam ini di mana saya belajar dan lebih mengetahui

tentang erti cabaran, kesabaran, keberanian, kerjasama dan lain-lain lagi. Saya

juga dapat meningkatkan keberanian saya dan keyakinan saya setelah

mengikuti program ini. Dalam masa yang sama, saya juga dapar melatih diri

saya agar dapat hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

Di samping itu, saya juga belajar tentang bertapa pentingnya menolong orang

lain, apatah lagi orang-orang yang berada di sekeliling kita yang memerlukan

bantuan. Oleh itu, saya mendapat pelbagai manfaat yang boleh saya aplikasi di

dalam kehidupan saya setelah mengikuti program ini.