definisi teknik p&p

14

Click here to load reader

Upload: anna-chieng

Post on 05-Jul-2015

788 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEFINISI Teknik p&p

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

 

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan2. Teknik permainan bahasa3. Teknik latih tubi4. Teknik bercerita5. Teknik inkuiri6. Teknik perbahasan7. Teknik kuiz8. Teknik sumbangsaran9. Teknik soal jawab10.Teknik simulasi11.Teknik drama12.Teknik perbincangan13.Teknik forum14.Teknik dialog

 

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid

Page 2: DEFINISI Teknik p&p

2. Mengekalkan perhatian3. Membangkitkan ras ingin tahu

 

TEKNIK LATIH - TUBI

Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran

menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,

memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

Page 3: DEFINISI Teknik p&p

V. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan

menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan

pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

 

TEKNIK SIMULASI

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Page 4: DEFINISI Teknik p&p

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

 

TEKNIK SUMBANGSARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

 

Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk

dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan

mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where?

How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai

kebolehan

Page 5: DEFINISI Teknik p&p

 

 

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

 

 

TEKNIK SOAL – JAWAB

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

Page 6: DEFINISI Teknik p&p

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan

kritis.3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang

diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

 

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-

murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid

sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain

BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan

dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

 

Page 7: DEFINISI Teknik p&p

TEKNIK DRAMA

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

 

TEKNIK INKUIRI

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau

kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk

menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah2. Mengkaji ramalan3. Mengumpul maklumat4. Menganalisis5. Membuat rumusa

 

Page 8: DEFINISI Teknik p&p

TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.

4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :

7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

10.Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.

11.Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

 

TEKNIK FORUM

Page 9: DEFINISI Teknik p&p

1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.

2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.

3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN

1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.

3. Antara manfaat teknik ini ialah :4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat

dan teratur6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat

yang betul dan laras bahasa yang sesuai.7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan

berbahas di kalangan pelajar.10.Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa

kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ

Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).

Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.

Tujuannya ialah :

Page 10: DEFINISI Teknik p&p

Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.

Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan

soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi

bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik

ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan

dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm