definisi kesihatan
TRANSCRIPT
DEFINISI KESIHATAN
Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan
merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah
seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain.
ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap
kesihatan yang baik.
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.
Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan
agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO,
1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial
yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan
keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan
ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas
serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.
Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh
manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru,
sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai
dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan seperti
sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi
dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian,
seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan
yang selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi
dengan lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang
diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.
Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula
bukan sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan
obesiti, malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit
kencing manis atau diabetes. Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan
tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula
digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan
kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih
tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu pengambilan
makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid
makanan.
Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan
dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan.Dengan gaya hidup
moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet
dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu
mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang
tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan
nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan
produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang
hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan melindunginya penyakit
seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia lanjut. Kandungan kalsium
dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi manfaat
kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap makanan yang kita
pilih haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat
dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri agar
tidak mengabaikan kesihatan diri.
Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan
seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana
senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan
paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu sistem
dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang
baik. Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.
Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap.
Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh
badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan
menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerusi
senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita
harus melakukan senaman yang konsisten.
Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila
umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan
seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama di
pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk meneruskan
aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang
kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik. Malahan,
pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan
mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan
atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin
kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar kekayaan dan
mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.