definisi kaedah penyelidikan tindakan

10
DEFINISI KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Penyelidikan Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. Kebanyakkan kaedah penyelidikan ini digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakan guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran mereka.Penyelidikan tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran. ¡ Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. ¡ McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam

Upload: mandalina-landy

Post on 19-Jun-2015

18.554 views

Category:

Business


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

DEFINISI KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

 

            Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan

melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.

Penyelidikan  Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas

dalam pendidikan. Kebanyakkan kaedah penyelidikan ini digunakan oleh guru dengan tujuan

memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakan guru memikirkan dengan mendalam

tentang pengajaran mereka.Penyelidikan tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data

untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah

penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan

memperbaiki pengajaran.

¡     Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi

sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat

untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

¡     McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk

memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan

guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap

amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri

yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

 

 

 

Page 2: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

TUJUAN KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

 

        Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh 

perbaiki prestasi dan kepuasan kerja

        Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar.

        Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik

atau kaedah pembelajaran yang berkesan

        untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan

        untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.

 

CIRI-CIRI KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

 

        menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki

mutu kerja/amalan mereka.

        memerlukan usahasama di antara pihak-pihak yang terlibat.

        merupakan proses pembelajaran yang teratur.

        membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.

        menggalakkan fikiran yang terbuka.

Page 3: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

        membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.

        mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses

penyelidikan.

        berkembang melalui lingkaran renungan kendiri iaitu satu lingkaran yang

mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.

        melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi

        dimulakan secara kecil-kecilan di mana mungkin seorang sahaja sebagai

permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang

lebih besar.

 

 

 

KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN MENITIKBERATKAN 4 PERKARA

        penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti yang boleh

digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.

        Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi ia juga memperlihatkan masalah.

        Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan

oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri

mereka, kerja mereka dan juga untuk kebaikan orang lain.

Page 4: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

        Ia bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan untuk kerja-kerja

kurikulum. Ia juga bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk

membuat kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbeza

daripada pandangan sains semulajadi. Penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik

itu sendiri.

 

KEPENTINGAN KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

 

        dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian

objektif dan dapat pula memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri

        meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif

        membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang

perancangan untuk tindakan

 

PROSES KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

 

PERANCANGAN

PELAN TINDAKAN

ANALISIS DAN REFLEKSI

PENGUMPULAN DATA

Page 5: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

PENGUMPULAN DATA

REFLEKSI ANALISIS DATA

PELAN TINDAKAN

PERANCANGAN SEMULA

 

 

 

 

 

 

 

 

PROSES KAEDAH PENYELIDIKAN BERDASARKAN PENDIDIKAN

Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan

Penyelidikan Tindakan.

 

Langkah 1: PERANCANGAN

Apakah anda hendak buat?

Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda?

Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid?

Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan?

Page 6: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang?

 

Langkah 2: PELAN TINDAKAN

Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru?

Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda

sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai?

Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik

darjah?

 

Langkah 3: PENGUMPULAN DATA

Apakah jenis maklumat anda ingin mengumpul untuk menjawab soalan penyelidikan?

Teknik Pengumpulan Data:

           - Temu duga murid

           - Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai dengan memerhati apa yang

  berlaku di kalangan murid

           - Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan,

             tulisan dan lain-lain

           - Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru

           - Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik

             darjah

           - Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas

Page 7: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

           - Tape audio perbualan dengan murid, guru lain. 

 

Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA

Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada "perkataan", "frasa", "ayat

pendek" dan sebagainya. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan

angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.

Kaji dengan teliti "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang disebut oleh murid atau "perkataan",

"frasa" atau "ayat" yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan.

Susunkan "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu.

Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan.

Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas, murid pandai membantu murid

lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan.

Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa

yang anda telah rancangkan.

Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea

baru akan muncul.

Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan

mereka.

 

Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA

Page 8: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda

mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar.

Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru

memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru

mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan

murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan

kepada murid konsep asas dan sebagainya.

Langkah 6: PELAN TINDAKAN

SAMA SEPERTI LANGKAH 2

Langkah 7: PENGUMPULAN DATA

 

SAMA SEPERTI LANGKAH 3

Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI

SAMA SEPERTI LANGKAH 4

 KESIMPULAN

 

        Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan

kualiti pendidikan melalui perubahan.

        Ia juga merupakan kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi

sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-

masing.

Page 9: Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan