dalam teori ini

2
Dalam teori ini, cara bimbingan terhadap murid tersebut adalah dengan Penerimaan Tanpa Syarat. Bimbingan ini menekankan supaya guru sentiasa menerima murid seadanya tanpa melihat sebesar manapun masalah tingkah laku tersebut tetapi berusaha mencari cara penyelesaian utnuk mengatasi tingkah laku tersebut. Hal ini dapat diatasi jika penerimaan tanpa syarat sentiasa ditekankan dalam kehidupan kita. Menurut Carl Rogers, manusia ialah manusia yang boleh dipercayai,mempunyai kebolehan untuk memahami diri dan menyesuaikan diri dan juga mampu berkembang.Guru boleh mengubah persepsi murid yang ini yang mengatakan dirinya tidak mampu berubah kerana pendekatan teori pemusatan perorangan mengatakan bahawa setiap manusia boleh memperkembangkan kebolehan yang ada dalam dirinya jika seseorang dapat dipercayai dan sentiasa diterima.Guru juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada muridnya yang ia sedia menerimanya, agar murid rasa senang terhadap guru. Sikap ikatan dua hala ini hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, murid akan dapat merasa ketulenan guru tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.Jika setiap guru hanya mendekati murid disebabkan ganjaran atau dalam keadaan terpaksa ,bimbingan terhadap murid tidak akan berlaku sebalinya ketegangan hubungan guru dan murid akan berlaku dan hanya menegruhkan keadaan yang sedia ada. Sikap penerimaan tanpa syarat dapat membantu seorang guru kadangkala

Upload: aza-famieza

Post on 10-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota edu

TRANSCRIPT

Dalam teori ini, cara bimbingan terhadap murid tersebut adalah dengan Penerimaan Tanpa Syarat. Bimbingan ini menekankan supaya guru sentiasa menerima murid seadanya tanpa melihat sebesar manapun masalah tingkah laku tersebut tetapi berusaha mencari cara penyelesaian utnuk mengatasi tingkah laku tersebut. Hal ini dapat diatasi jika penerimaan tanpa syarat sentiasa ditekankan dalam kehidupan kita. Menurut Carl Rogers, manusia ialah manusia yang boleh dipercayai,mempunyai kebolehan untuk memahami diri dan menyesuaikan diri dan juga mampu berkembang.Guru boleh mengubah persepsi murid yang ini yang mengatakan dirinya tidak mampu berubah kerana pendekatan teori pemusatan perorangan mengatakan bahawa setiap manusia boleh memperkembangkan kebolehan yang ada dalam dirinya jika seseorang dapat dipercayai dan sentiasa diterima.Guru juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada muridnya yang ia sedia menerimanya, agar murid rasa senang terhadap guru. Sikap ikatan dua hala ini hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, murid akan dapat merasa ketulenan guru tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.Jika setiap guru hanya mendekati murid disebabkan ganjaran atau dalam keadaan terpaksa ,bimbingan terhadap murid tidak akan berlaku sebalinya ketegangan hubungan guru dan murid akan berlaku dan hanya menegruhkan keadaan yang sedia ada. Sikap penerimaan tanpa syarat dapat membantu seorang guru kadangkala memahami diri sendiri untuk lebih bersikap terbuka dengan orang laian terutama murid.Oleh itu,guru haruslah menerima keadaan murid tanpa syarat bagi memastikan murid dapat mengikuti P&P dengan berkesan.