teori sosiologi dalam novel alun hidup

Download Teori Sosiologi Dalam Novel Alun Hidup

Post on 10-Sep-2015

50 views

Category:

Documents

14 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian mengenai teori sosiologi dalam novel alun hidup karya khadijah hashim.

TRANSCRIPT

ISU SOSIAL DALAM NOVEL ALUN HIDUP MENERUSI TEORI SOSIOLOGIDisediakan Oleh WAN MOHAMMAD FAIQ IBTISAM BIN WAN ALIBacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)Jabatan Bahasa dan KemanusiaanFakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysiachan_faiq@yahoo.com

Makalah ini menumpukan penganalisisan karya yang bersifat kemasyarakatan yang melihat kehidupan manusia dan lingkungan isu sosial. Analisis bersasaskan teks novel yang berjudul Alun Hidup karya Khadijah Hashim menerusi teori sosiologi. Pendekatan ini adalah kaedah yang digunakan bagi melihat pengaruh masyarakat, isu sosial dan nilai terhadap kehidupan masyarakat dalam novel Alun Hidup. Hasil telitian mendapati isu sosial masyarakat dan pengaruh nilai kemasyarakatan terpancar di dalam novel ini. Novel ini mampu membentuk suatu pegangan masyarakat yang ingin berjuang kepada kehidupan yang berjaya dalam melalui liku-liku keperitan hidup. Kajian menumpukan juga kepada aspek sosiologi yang melibatkan hubungan penulis, masyarakat dan kesusasteraan itu sendiri.

Kata kunci: teori sosiologi, isu sosial, nilai kemasyarakatan.

PENGENALANPerkembangan yang dinamik dalam dunia sastera kini memperlihatkan kehadiran penulis daripada pelbagai bidang. Penulis yang tersedia ada dan juga kehadiran penulis baru telah menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Penulis mempunyai sumbangan yang tertentu dalam masyarakat kerana setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap masyarakat. Realiti kehidupan manusia dan alam persekitaran penulis yang diadun bersama pengalaman merupakan luahan penulis dalam menghasilkan sesebuah karya melalui daya kreativiti dan imaginasinya.Hasil karya tidak tercipta dalam kekosongan, ini bermakna sastera bukan hasil seseorang penulis sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah hakikatnya penulis juga terikat dengan ruang dan waktu serta bertanggung jawab terhadap masyarakatnya (Scott,1972). Menurut Sugihasti (2002), penulis berusaha untuk memahami lingkungan sosialnya dan mengkaji tindak balas dengan alam persekitarannya. Kelompok pembaca juga berusaha untuk memahami dan menyatakan makna yang dimaksudkan oleh penulis melalui karya.Kehidupan masyarakat yang pelbagai bentuk dan ragam menjadi ilham penulis untuk berkarya. Karya yang dicipta merupakan fenomena sosial yang menggambarkan kehidupan dalam sesebuah masyarakat. Pelbagai teori dan pendekatan yang diterapkan banyak memberi manfaat kepada para pengkaji yang mahu melakukan penyelidikan berkaitan sosial masyarakatnya. Teori sosiologi dilihat sebagai pendekatan yang mampu mengkaji dan melihat aspek kemasyarakatan dalam sesebuah karya.

TEORI SOSIOLOGISosiologi merupakan salah satu bidang sains sosial. Walaupun sosiologi bersumberkan bidang sains sosial, namun ia tetap mempunyai hubungkait dengan kesusasteraan. Sosiologi melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat baik di dalam teks mahupun di luar teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi penulisan sesebuah karya. Teori sosiologi atau pendekatan kemasyarakatan merupakan teori bercorak kontekstual atau ekstrinsik. Teori ini membicarakan aspek luaran teks seperti sudut latar belakang pengarang, meneliti hubungan, peranan dan fungsi sastera terhadap masyarakat. Menurut Mana Sikana dalam Koleksi Teori Sastera, teori sosiologi menilai sastera dengan meneliti aspek sosial atau kemasyarakatannya dan menganalisis hubungan teks dengan isu politik, ekonomi, budaya dan aspek-aspek lainnya yang membangunkan sesebuah masyarakat. Teks juga dilihat sebagai kesan pengaruh masyarakat terhadap kehidupan manusia. Masyarakat membentuk sistem dan pelbagai kelaziman yang kemudian turut membentuk ideologi dan fahaman yang diikuti oleh sesebuah komuniti, masyarakat dan negara.Pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosialisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau dahulu (Mana Sikana, 1983:110) Menggunakan teori sosiologi dalam kritikan kesusasteraan, pengkritik perlu mendalami ilmu sosiologi. Pengkritik perlu mahir dalam aspek-aspek sosiologi yang berkait dengan teks dan pengkarya di samping mampu menghubungkan sosiologi itu dengan kesusasteraan.Teori sosiologi menegaskan bahawa hasil sastera mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat, terutama masyarakat pembaca. Di antara satu dengan yang lain, saling memerlukan dan bekerjasama. Dalam konteks hubungan sastera dengan masyarakat jika dilihat dari sudut sosiologi adalah lebih intim dan kompleks seperti antara teori dan praktis. Ini membuktikan pengaruh masyarakat terhadap sesebuah karya sastera itu amat kuat. Masyarakat mempunyai pengaruh terhadap penciptaan dan nilai sastera. Walaupun kehidupan masyarakat dijadikan bahan untuk berkarya, namun bahan tersebut telah dipilih dan disaring derta diberi tanggapan sendiri oleh penulis. Semasa berkarya, mereka juga masih terikat dengan ruang dan waktu. Oleh itu, seseorang penulis perlu bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej sama ada dalam bentuk peringatan, nasihat atau panduan kepada pembaca. Pemikiran perlu berhubung dengan persoalan masyarakat dan kemasyarakatan terungkap dalam aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi.Menurut Mana Sikana (1986:106-107) pula, terdapat dua konsep pendekatan sosiologi. Pertama adalah melihat karya sastera sebagai cerminan sejarah, terutama mengenai sejarah perkembanagn ekonomi, teknologi dan perhubungan kelas. Tegasnya pendekatan ini melihat konfrantasi dan pertikaian yang berlaku dalam masyarakat sebagai sumber inspirasi penulis dan tugas mereka ialah mencerminkan atau menggambarkan peristiwa yang terjadi, di samping aspek perwatakan turut di rakamkan. Watak-watak perlu mengammbarkan sifat individu, personal dan berperibadi seperti yang telah ditentukan dalam masyarakat. Sebuah karya sastera tidak akan menjadi agung dan bermutu tinggi sekiranya menjelajahi masyarakat serta kehidupan manusia sedalam-dalamnya. Keterlibatan penulis selalunya akan menolong penciptaan sesebuah karya yang lebih serius, kerana teori ini amat mengambil kira latar pengarangnya. Pencipta tidak boleh terasing daripada masyarakatnya. Mereka mestilah hidup bersama. Hal ini memperlihatkan bahawa karya sastera dalam apa jua bentuk mempunyai pertalian yang rapat dengan masyarakatnya.

BIODATA PENULISNama sebenar penulis novel Alun Hidup ialah Khadijah binti Hashim yang lahir pada 20 April tahun 1942 di Batu Pahat Johor. Beliau menerima pendidikan awalnya di Johor dan kemudian buat beberapa waktu menjadi seorang guru agama. Selepas itu beliau berkhidmat di Utusan Melayu kerana minatnya terhadap kerjaya wartawan kemudiannya berpindah ke Berita Harian.Jumlah penulis wanita amat sedikit bilangannya dan penulis-penulis wanita amat mudah diingati. Antaranya Zurinah Hassan, Adibah Amin, Fatimah Busu, Salmah Mohsintermasuk juga Khadijah Hashim. Khadijah Hashim merupakan salah seorang penulis daripada penulis wanita yang paling aktif menghasilkan berbagai bentuk sastera kreatif. Beliau juga pernah mencipta beberapa buah drama radio sebelum menceburi bidang penulisan cerpen dan novel.Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel dan telah menghasilkan 19 novel. Novel Badai Semalam merupakan novel sulungnya yang terbit pada tahun 1968, diikuti oleh Jalan Ke Kubur pada tahun 1969, Pelangi Pagi (1971) dan Di Tengah Kabus (1980). Sejak 1968, Khadijah Berjaya menerbitkan novel demi novel termasuk novel yang dikaji dalam kajian ini iaitu novel Alun Hidup.Sebagai penulis cerpen pula, Khadijah lebih menekankan persoalan mengenai keluarga. Khadijah memperlihatkan sikapnya terhadap keharmonian dan kedamaian hidup di desa dan membenci kekalutan hidup. Dalam kebanyakan cerpen Khadijah, meskipun menggambarkan susasana biasa tentang keluarga, namun masih terasa tujuan penulis yang menghendakkan pembacanya berfikiran jauh dan dalam terhadap amanat yang cuba disampaikan. Di sinilah terlihatnya keistimewaan Khadijah Hashim dalam bercerita. Kelihatan sederhana tetapi penuh bermakna.Novel pertama dan paling terkenal hasil karyanya iaitu novel Badai Semalam (1968) yang digunakan sebagai buku teks di Singapore dan Malaysia. Novel ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris, Storms of Yesterday, oleh Mahani Abdul Hamid pada 1991 danbahasa Sepanyol, "Tormentos del ayer", oleh Alberto Balanza dan Yahia pada 2010. Badai Semalam diterbitkan beberapa kali dan terkini adalah pada 2006 oleh Alaf21 dalam siri novel nostalgik. Versi Inggeris turut diterbitkan semula pada 2009 oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah Siri Penulisan Malaysia (Malaysian Literature Series).Novel Merpati Putih Terbang Lagi memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan menulis sepuluh tahun kemerdekaan Malaysia. Novel ini turut diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Tatsun Hoshino. Novel Exiled telah dicalonkan bagi Anugerah Penulisan Dublin IMPAC Antarabangsa ("International IMPAC Dublin Literary Award") pada 1997. Novel Langkah Pertamanya telah memenangi Anugerah Buku Kanak-kanak Mobil-MABOPA pada tahun 1995. Khadijah merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 1999 dan menamatkan Program Penulisan Antarabangsa di Universiti Iowa pada tahun 1994. Siri buku kanak-kanaknya, Siri Lagenda, Siri Aura dan Fauna dan Siri Teladan dari Rimba telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009).Daripada sumbangan yang diberikan oleh penulis wanita yang pemalu ini, kita melihat bahawa beliau mempunyai potensi besar untuk memberikan karya yang lebih baik dan indah dari apa yang pernah diberikan. Khadijah Hashi merupakan tokoh yang agung dalam bidang penulisan dan juga sebagai seorang penulis wan