teori upah dalam islam

43
1 ABSTRAK Ilmu Ekonomi baik Konvensional mahupun Islam memandang tenaga kerja sebagai sebuah salah satu roda penggerak ekonomi negara. Tenaga kerja dianggap sebagai pengguna yang berpotensi kerana sebahagian besar produk negara dikuasai oleh tenaga kerja dan tanggungannya. Perubahan pada upah akan sangat berpengaruh pada tingkat pengambilan, daya beli dan taraf hidup mereka. Malahan sekiranya penetapan upah tidak dilakukan dalam konteks yang wajar dan adil, ianya akan memberi pengaruh kepada keseluruhan ekonomi. Prinsip penentuan upah supaya upah setimpal dengan bidang kerja dan kualiti buruh tidak mempunyai sokongan kuat dalam Islam. Sebaliknya, Islam mengutamakan prinsip musyawarah yang boleh difahami sebagai proses tawar-menawar antara majikan dan pekerja. Prinsip bahawa upah perlu memenuhi keperluan asas pekerja adalah konsisten dan boleh dilaksanakan secara berintegrasi dalam sistem tenaga kerja. Walaubagaimanapun, pelaksanaan prinsip ini mungkin berbeza daripada yang diamalkan oleh negara kapitalis. PENDAHULUAN Dalam perjalanan hidup ini manusia mempunyai dwi fungsi kehidupan iaitu fungsi sebagai hamba (‘abdun) dan khalifah di muka bumi ini. Manusia harus mengimbangi dua fungsi tersebut secara seiring tanpa melebihkan salah satu daripadanya, dan kaitannya dengan fungsi yang kedua ini manusia dituntut untuk berinteraksi dengan manusia dan alam semesta dengan baik, antara sesama manusia

Upload: naini-nan

Post on 25-Jul-2015

1.291 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Upah Dalam Islam

1

ABSTRAK

Ilmu Ekonomi baik Konvensional mahupun Islam memandang tenaga kerja sebagai sebuah salah

satu roda penggerak ekonomi negara. Tenaga kerja dianggap sebagai pengguna yang berpotensi

kerana sebahagian besar produk negara dikuasai oleh tenaga kerja dan tanggungannya.

Perubahan pada upah akan sangat berpengaruh pada tingkat pengambilan, daya beli dan taraf

hidup mereka. Malahan sekiranya penetapan upah tidak dilakukan dalam konteks yang wajar dan

adil, ianya akan memberi pengaruh kepada keseluruhan ekonomi. Prinsip penentuan upah supaya

upah setimpal dengan bidang kerja dan kualiti buruh tidak mempunyai sokongan kuat dalam

Islam. Sebaliknya, Islam mengutamakan prinsip musyawarah yang boleh difahami sebagai

proses tawar-menawar antara majikan dan pekerja. Prinsip bahawa upah perlu memenuhi

keperluan asas pekerja adalah konsisten dan boleh dilaksanakan secara berintegrasi dalam sistem

tenaga kerja. Walaubagaimanapun, pelaksanaan prinsip ini mungkin berbeza daripada yang

diamalkan oleh negara kapitalis.

PENDAHULUAN

Dalam perjalanan hidup ini manusia mempunyai dwi fungsi kehidupan iaitu fungsi sebagai

hamba (‘abdun) dan khalifah di muka bumi ini. Manusia harus mengimbangi dua fungsi tersebut

secara seiring tanpa melebihkan salah satu daripadanya, dan kaitannya dengan fungsi yang kedua

ini manusia dituntut untuk berinteraksi dengan manusia dan alam semesta dengan baik, antara

sesama manusia misalnya, harus berhubungan dengan baik, saling tolong menolong agar mampu

mencukupi keperluannya. Tanpa orang lain manusia tidak akan mampu memenuhi keperluan

sendiri, maka dari itu hubungan antara manusia ini diperintahkan oleh Allah untuk saling

membantu agar semua dapat memenuhi fitrah dan keperluannya. Sebagaimana yang difirmankan

oleh Allah seperti berikut :

Page 2: Teori Upah Dalam Islam

2

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan

takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kejahatan”.1

Dengan landasan tersebut, maka jelaslah bahawa manusia ditakdirkan hidup berkelompok

untuk saling membantu dan tolong-menolong. Dalam berinteraksi dengan orang lain, tiap-tiap

individu mempunyai kepentingan dengan individu lainnya sepertimana majikan dengan pekerja-

pekerjanya misalnya dalam bidang pertanian dimana salah satu pihak menjadi buruh tani dan

satu pihak lagi merupakan pemilik sawah. Matlamat utama seseorang itu bekerja adalah untuk

mendapat upah bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial. Upah merupakan elemen penting

dalam kontrak perkhidmatan. Setiap pekerja menawarkan perkhidmatan dan kemahiran yang ada

untuk mendapatkan upah. Penetapan jumlah upah untuk sesuatu kerja adalah berdasarkan

keperluan asasi, iaitu keperluan kepada makanan, perlindungan, pengangkutan, pendidikan,

perubatan dan keperluan-keperluan lain dengan tidak mengenepikan faktor ekonomi dan politik

sesebuah negara.

Perihal upah ini sangat penting dan kesannya sangat luas. Jika para pekerja tidak

menerima upah yang adil dan segera, bukan sahaja mempengaruhi daya beli yang akhirnya

terkesan pada taraf kehidupan para pekerja serta keluarga mereka, malahan akan mempengaruhi

seluruh masyarakat kerana mereka merangkumi sejumlah besar produksi negara.

PERMASALAHAN KAJIAN

Institutusi ekonomi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara dan

masyarakat. Dalam konsep ekonomi yang besar ini terdapat aspek upah yang mempunyai

peranannya yang tersendiri. Melihat konteks di Malaysia kini, ekonomi Islam diaplikasikan

secara amnya namun yang demikian ada juga dalam beberapa aspek muamalat Islam itu tidak

diaplikasikan secara keseluruhannya.

Perbincangan mengenai upah merangkumi pelbagai aspek, jenis dan bentuk-bentuknya

yang tersendiri. Islam telah memberikan tunjuk ajar dan teori tentang bagaimana, mengapa dan

untuk apa konsep upah itu harus dilaksanakan. Persoalannya disini, apakah konsep upah dan

1 Al Maidah 5:2

Page 3: Teori Upah Dalam Islam

3

bagaimana ia dilaksanakan pada masa kini dan sejauh mana upah menurut Islam ini ditetapkan

dalam ekonomi dan masyarakat khususnya di Malaysia.

Persoalan yang timbul dalam kajian ini merangkumi keselarasan upah yang terdapat di

Malaysia dengan yang disyariatkan dalam Islam dan bagaimana sesuatu itu dapat dikategorikan

sebagai upah serta penentuan dalam menentukan bayaran berdasarkan kepada faktor-faktornya

yang tertentu. Oleh yang demikian, kita dapat melihat sejauh mana aplikasi sistem upah yang

digunapakai di Malaysia hari ini selaras dan selari dengan kehendak Syarak.

1.1 DEFINISI

Untuk memahami kajian ini, perlu difahami tentang definisi tajuk secara terperinci. Teori

bermaksud pendapat iaitu bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya

yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain, banyak dikemukakan

mengenai kehidupan pada masa prasejarah. Teori juga merujuk pada prinsip-prinsip am atau

asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan atau perkembangan sesuatu pengetahuan dan

ekonomi. Teori juga merupakan asas, dasar atau bukan amalan atau apa yang biasanya berlaku

padanya. Contohnya seperti raja yang memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut

nasihat jemaah penasihatnya. Teori juga boleh dianggap sebagai andaian yang dihuraikan untuk

menerangkan sesuatu perkara seperti linguistik dan ekonomi atau dua prinsip yang terbukti

kebenarannya dan dijadikan sebagai dasar perkembangan sesuatu ilmu, contohnya teori graviti

dan kinetik. 2

Manakala, Upah pula menurut takrifan Kamus Dewan ialah wang dan lain-lain yang

diberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu iaitu bayaran sebagai membalas jasa

atau ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan. Contohnya: “aku sering diberi kerja

mengangkat beg.”3

Dalam konteks semasa di Malaysia, upah dan gaji mempunyai makna yang hampir sama

iaitu gaji bermaksud upah yang tetap, bayaran yang tetap untuk pekerjaan.4

2 Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1994. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan pustaka. Hlm 14233Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka4 ibid. Hlm. 362

Page 4: Teori Upah Dalam Islam

4

Upah juga disebut ijarah. Secara literalnya bermaksud iwadh yang merujuk kepada

bayaran upah sewaan (ujrah). Ia juga bermaksud ganjaran kepada sesuatu perbuatan yang baik

sama ada berbentuk keduniaan atau keagamaan.5Manakala menurut fiqah Islam ia boleh

dirumuskan sebagai pemilikan manfaat dengan bayaran pertukaran (iwadh) di mana iwadh

tersebut dalam bentuk, ayn (aset ketara), dayn (hutang) atau manfaat.6

Benham dalam Afzalurrahman (1991), menyatakan: “Upah dapat didefinisikan sebagai

sejumlah wang yang dibayarkan berdasarkan perjanjian atau kontrak oleh seorang pemilik usaha

pada seorang pekerja kerana jasa yang ia berikan”. Upah adalah ganjaran yang diterima

seseorang atas pekerjaannya dalam bentuk imbalan kebendaan di dunia (adil dan layak) dan

dalam bentuk ganjaran pahala di akhirat (imbalan yang lebih baik).7

Menurut definisi yang diberikan oleh Undang-undang Ketenagakerjaan di Jakarta,

Indonesia, upah adalah hak pekerja atau buruh yang diterima dalam bentuk wang sebagai

ganjaran dari pengusaha atau pemberi kerja kepada pekerja tersebut yang telah ditetapkan dan

dibayar menurut suatu perjanjian kerja, kesepakatan atau peraturan perundangan, termasuk

tunjangan bagi pekerja atau buruh dan keluarganya atas suatu pekerjaan atau jasa yang telah atau

akan dilakukan.

Pekerja menerima upah daripada pemberi kerja (majikan) adalah merupakan hak pekerja

yang harus dipenuhi oleh pemberi kerja dan dilindungi undang-undang. Setiap pekerja berhak

untuk memperoleh penghasilan yang memenuhi keperluan hidup semasa yang munasabah.8

1.2 HUKUM DAN DALIL PENSYARIATAN :

Jumhur fuqaha’ telah bersepakat bahawa hukum upah adalah harus. Ini kerana para fuqaha’

berpegang kepada banyak dalil al-Qur’an, al-sunah dan ijma.9 Dalil-dalil tersebut ialah:

1) Al-Qur’an

5 Al-Mu’jam al-Wasit, Dar al-Dakwah, Istanbul 1989, Hlm. 76 Nazih Hammad, Mukjam al-Mustalahat al-Iqtisadiyah fi Lughah al-Fuqaha‟. Virgina. 1993. Hlm.26. 7Mansor Jusoh & Nor Ghani Md. Nor. 2005. Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam:Satu Pandangan

Alternatif. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 38 Edytus Adisu. 2008. Hak Karyawan Atas Gaji dan Pedoman Menghitung. Jakarta. Forum sahabat. Hlm.29 Sharifah Faigah Syed Alwi. 2006. Pembiayaan Hutang dalam Perbankan Islam. Selangor. Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA). Hlm 38

Page 5: Teori Upah Dalam Islam

5

i. Al-talaq, 65: 6

Maksudnya: kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka

berikanlah kepada mereka upahnya.

Ayat ini jelas membuktikan bahawa upah adalah harus kerana terdapat perintah Allah

SWT agar diberi upah kepada perempuan yang menyusukan anak orang lain. Jika perbuatan itu

tidak harus, maka sudah tentulah Allah SWT tidak akan memerintahkannya.10

ii. Al-Qasas, 28:26-27

Maksudnya: Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai

ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita),

sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat,

lagi amanah". Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak

mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan

syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan tahun.

Manakala ayat ini pula membuktikan bahawa upah telah menjadi amalan para nabi dan

para rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ayat tersebut mengkhabarkan kepada kita bahawa

Nabi Musa as pernah menjadi orang upahan untuk mengembala kambing dengan mengambil

upahnya.11

10 Ibid. Hlm 3911 Suzana Binti Jumani. 2002. Al-Ijarah: Amalannya di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Selangor.

Fakulti Pengajian Islam. Hlm 6

Page 6: Teori Upah Dalam Islam

6

Melalui kitab tafsirnya, al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini membuktikan amalan al-

ijarah telah wujud pada zaman nabi Allah Syu’ayb as lagi. Pekerjaan Nabi Musa yang diberi

upah itu adalah sebagai penggembala kambing.12

2) Al-Sunnah

i.حديث عائشة رضى الله عنها في خبر الهجرة قالت: واستأجر النبى

صلى الله عليه وسلم وابو بكر رجال من

ب..نى ال..ديل هادي..ا طيق..ا وه..و على دين كف..ار ق..ريش ف..دفعها الي..ه

راحلتيهما وواعده غار ثور بعد ثالث ليال

فانامها براحلتيهما صبح ثالث.

Maksudnya: hadis daripada Aishah R.A ketika mengkhabarkan hijrah telah

berkata: nabi saw dan abu bakar telah mengupah seorang lelaki dari Bani Dail

sebagai penunjuk jalan, lelaki tersebut beragama kafir Quraisy. Maka telah

dibayar upah kepadanya akan kenderaan kedua-duanya (nabi saw dan Abu

Bakar). Dan mereka berjanji akan bertemu di Gua Thur selepas tiga malam.

Lelaki itu datang kepada nabi dan abu bakar dengan dua kenderaan pada pagi hari

ketiga (seperti yang dijanjikan).

Hadis ini menjadi dalil di atas keharusan upah. Ini kerana Rasulullah SAW telah

mengupah seorang lelaki penunjuk jalan untuk membawa baginda dan Abu Bakar ke Madinah

al-Munawwarah.13

ii.عن أبي هريرة رضى الله عنه عن الن..بى ص.لى الل..ه علي..ه وس..لم

قال: قال الله تعالى: ثالثة أنا

12 Sharifah Faigah Syed Alwi. 2006. Pembiayaan Hutang dalam Perbankan Islam. Selangor. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Hlm 38

13 Suzana Binti Jumani. 2002. Al-Ijarah: Amalannya di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Selangor. Fakulti Pengajian Islam. Hlm 6

Page 7: Teori Upah Dalam Islam

7

خصمهم ي..وم القيم..ة: رج..ل أعطى بي ثم غ..ذر, ورج..ل ب..اع ح..را

فأكل ثمنه ورجل استاجر

أجير فاستوفى منه ولميعطه أجره.

Maksudnya: daripada Abi Hurairah r.a. daripada nabi saw telah bersabda: allah

telah berkata: tiga golongan aku akan dakwa pada hari akhirat nanti, iaitu lelaki

yang menerima amanahku lalu ia belot (tidak amanah), dan lelaki yang menjual

orang yang merdeka lalu di makan harganya dan lelaki yang mengupah atau

menyewa seorang pekerja lalu tidak diberi upah atau sewanya.

Hadis ini merupakan satu peringatan dan amaran daripada Allah swt kepada orang yang

enggan membayar upah kepada orang yang diupahnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.14

iii. عرقه يجف أن قبل أجره األجير أعطوا

Maksudnya: berilah upah kepada orang yang mengambil upah sebelum kering

peluhnya.15

3) Ijmak ulamak

Menurut ijmak dari kalangan sahabat, tabi’in, semua fuqaha’ pada zaman awal Islam serta

kalangan fuqaha’ mutakhir seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Shafi’i dan Ahmad bin Hanbal

kontrak upah adalah harus. Ini kerana golongan tersebut telah berijmak mengharuskan sewa atau

upah kerana manusia memerlukan “manfaat” sama seperti mereka memerlukan sesuatu barang.

Oleh itu apabila kontrak diharuskan maka demikian jugalah kontrak sewa atau upah ke atas

manfaat.

Namun demikian, terdapat juga sebahagian golongan mutakhir seperti Abi Bakar Al-

Asam dan Ibn ‘Aliyyah yang berpendapat sebaliknya. Tetapi itu hanyalah keraguan mereka

sahaja, bukan dihukum sebagai tidak boleh langsung beramal dengannya. Walau bagaimanapun,

14 Ibid. Hlm 7 15 Abdul Rahman Rukaini. 2001. Mu’amalat Teras Pembangunan Sosio-ekonomi. Johor. Synergymate Sdn

Bhd. Hlm 106

Page 8: Teori Upah Dalam Islam

8

perselisihan ini tidak dianggap sebagai ijtihad yang sahih kerana ia bertentangan dengan nas

yang sahih dan jelas dari al-Qur’an dan al-Sunah.16

1.3 RUKUN DAN SYARAT UPAH

Seperti kontrak-kontrak lain, upah juga mempunyai rukun dan syarat yang mesti dipenuhi oleh

pelakunya. Menurut jumhur ulamak, rukun-rukun upah terdiri daripada dua pihak yang

berkontrak iaitu pengambil upah dan pemberi upah, perkhidmatan, bayaran upah serta sighah.17

Namun menurut ulama Hanafi, rukunnya adalah sighah sahaja, iaitu tawaran dan penerimaan.18

Syarat bagi pengambil upah dan pemberi upah adalah seorang yang baligh dan berakal.19

Oleh itu tidak sah kontrak yang dilakukan oleh orang gila dan kanak-kanak yang belum

mumaiyiz. Syarat ini adalah sama seperti kontrak jual beli. Ulama Mazhab Hanafi tidak

mensyaratkan baligh bagi oarang yang berakad. Akad akan berlaku sekiranya kanak-kanak

mendapat izin daripada walinya. Ulama Mazhab Maliki pula mensyaratkan mumayyiz dalam

pelaksanaan kontrak. Ulama Mazhab Shafi’i dan Hanbali pula mensyaratkan orang yang

berkontrak itu baligh dan berakal. Selain itu, kedua-dua pihak yang berakad perlu mempunyai

kebebasan memilih. Kontrak yang berlaku dangan paksaan adalah tidak sah. Syarat lain ialah

kedua-dua pihak mestilah beragama Islam.20

Dalam upah, terdapat dua jenis orang yang mengambil upah iaitu pengambil upah khas

dan pengambil upah bersekutu. Pengambil upah khas ialah orang yang bekerja hanya dengan

orang atau pihak tertentu. Mereka dibayar upah mengikut masa yang ditetapkan dengan syarat ia

hadir ke tempat bekerja tanpa mengambil kira dia melakukan kerja tersebut atau tidak.

Pengambil upah bersekutu pula ialah orang yang bekerja dengan beberapa orang. Upah mereka

dibayar mengikut kerja-kerja yang dijalankan.

16 Suzana Binti Jumani. 2002. Al-Ijarah: Amalannya di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Selangor. Fakulti Pengajian Islam. Hlm 7

17 Mohd. Bakir Haji Mansor. 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala Lumpur. BIMB Institute of Research and Training (BIRT). Hlm 58

18 Suzana Binti Jumani. 2002. Al-Ijarah: Amalannya di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Selangor. . Hlm 9

19 Abdul Rahman Rukaini. 2001. Mu’amalat Teras Pembangunan Sosio-ekonomi. Johor. Synergymate Sdn Bhd. Hlm 106

20 Suzana Binti Jumani. 2002. Al-Ijarah: Amalannya di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Hlm 13

Page 9: Teori Upah Dalam Islam

9

Syarat bagi perkhidmatan pula merangkumi perkhidmatan atau kerja tersebut hendaklah

boleh dinilai dengan wang. Ian juga bukanlah ibadat yang mewajibkan niat seperti sembahyang

dan puasa, kecuali upah dalam haji. Para ulamak fiqh membolehkan pengambilan upah ke atas

kerja-kerja berupa perkhidmatan seperti broker saham, juru lelong dan menulis surat. Dalam

membuat atau memproses sesuatu barang, barang pengupah yang ada di tangan pengambil upah

adalah amanah. Tetapi jika barang itu rosak disebabkan kecuaian atau perbuatannya secara

sengaja, maka ia wajib menggantikannya.21

Perkhidmatan yang diupah tidak boleh terhadap perkara yang tidak dihalalkan syarak

seperti upah untuk mengajar ilmu sihir dan mengupah orang untuk membunuh. Perkhidmatan

yang diupah kepada orang lain untuk dilakukan bukanlah sesuatu pekerjaan yang menjadi

kewajipan kepada pengupah. Contohnya ialah mengupah seseorang yang lain untuk mendirikan

solat bagi diri pengupah.

Bayaran upah pula disyaratkan jelas kadar yang tertentu dan merupakan sesuatu yang

bernilai. Oleh itu para fuqaha sepakat mengatakan bahawa arak dan babi tidak boleh menjadi

upah dalam kontrak al-ijarah kerana kedua-duanya tidak diiktiraf sebagai harta yang bernilai

dalam Islam.22

Sighah atau akad pula disyaratkan hendaklah mengandungi semua rukun secara maklum

iaitu tertentu, jelas dan tepat.23

1.3.1 SYARAT UPAH

i. Hendaklah upah itu bernilai dari segi syarak

ii. Hendaklah kadar upah ditentukan dalam akad

iii. Hendaklah upah diketahui dan tertentu

iv. Upah hendaklah sesuatu yang suci. Oleh itu tidak sah upah dalam bentuk

najis seperti bangkai atau susu rosak.

21 Mohd. Bakir Haji Mansor. 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala Lumpur. Hlm 63

22 Sharifah Faigah Syed Alwi. 2006. Pembiayaan Hutang dalam Perbankan Islam. Selangor. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Hlm 41

23 Mohd. Bakir Haji Mansor. 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Hlm. 63

Page 10: Teori Upah Dalam Islam

10

v. Hendaklah mengetahui upah dan mengetahui bila pembayaran upah akan

dibuat. 24

1.3.2 GUGURNYA UPAH

Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan upah bagi ajir, apabila barang yang di

tangannya rosak. Menurut ulama Syafi’iyah, jika ajir bekerja di tempat yang dimiliki

oleh penyewa, ia tetap memperoleh upah. Sebaliknya, apabila barang berada di

tangannya, ia tidak mendapat upah. Pendapat tersebut sama dengan pendapat ulama

Hanabilah.

Pendapat Ulama Hanafiyah juga hampir sama dengan pendapat diatas. Beliau

menghuraikan secara terperinci bahawa jika benda ada di tangan ajir, jika ada bekas

pekerjaan, ajir berhak mendapat upah sesuai bekas pekerjaan tersebut. Selain itu, jika

tidak ada bekas pekerjaannya, ajir berhak mendapatkan upah atas pekerjannya sampai

akhir. Secara keseluruhannya, pekerja berhak mendapat upah setelah selesai bekerja.25

1.4 JENIS-JENIS PENGAMBIL UPAH

Upah ke atas pekerjaan atau perkhidmatan tertentu seperti membuat bangunan, menjahit pakaian

dan kasut, menjadi guru, doktor atau kerani yang mana ia melibatkan penggunaan tenaga dan

kepakaran seseorang. Dalam konteks ini, upah dibayar ke atas perkhidmatan yang diberikan.

Oleh itu, kategori ini dinamakan kontrak upah di mana orang yang mengambil upah terdiri

daripada dua jenis iaitu:

i. Pengambil upah khas (al-ajr al-khas) iaitu orang yang bekerja hanya kepada pihak

tertentu atau majikannya sahaja dalam tempoh yang tertentu. Contohnya seperti

pembantu rumah yang bekerja di sebuah rumah sahaja.

ii. Pengambil upah bersekutu (al-ajr al-musytarak) iaitu orang yang mengambil upah

tidak khusus kepada seseorang majikan sahaja tetapi ia bekerja untuk sesiapa sahaja

24Isa Dhoifullah al Mansur. 2007. Nazhoriah al irbah fil Masorif al Islamiah. Darl Nafais. Hlm.129-13125 Ibn Qudamah, Al-Mughni, Mesir: Mathba’ah Al-Imam. Hlm. 487

Page 11: Teori Upah Dalam Islam

11

yang memerlukan perkhidmatannya. Contohnya seperti tukang baiki kasut, buruh

binaan dan tukang jahit.26

1.5 BEZA UPAH, SEWA DAN GAJI

Upah adalah wang dan lain-lain yang diberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan

sesuatu, bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan,

contohnya aku diberi seringgit untuk mengangkat beg.

Gaji pula ialah menggunakan wang sebagai upah dan ganjaran bekerja yang dibayar

dalam tempoh yang ditetapkan. Gaji ini melibatkan masa yang ditetapkan dalam melakukan

kerja seperti seminggu, sebulan atau setahun. Gaji juga ditetapkan mengikut kontrak atau

persetujuan asal dan akan dinaik dan diturunkan mengikut pada syarat-syarat yang ditetapkan.

Manakala upah dan sewa pula walaupun ianya adalah sama iaitu kedua-duanya termasuk di

bawah al-ijarah, namun kedua-duanya mempunyai beberapa perbezaan. Perbezaannya dapat

dilihat dari segi perkara yang diakadkan dalam upah ialah kerja atau perkhidmatan. Kerja yang

hendak dilakukan atau perkhidmatan yang hendak diberi juga belum wujud semasa akad. Selain

itu, dalam upah disyaratkan penentuan kerja atau pekhidmatan atau jangka masa.

Manakala perkara yang diakadkan dalam sewa pula merangkumi manfaat atau kegunaan.

Harta yang disewa boleh terdiri daripada rumah atau jentera sebagai alat yang memberi

kegunaan sudah wujud, tetapi kegunaannya belum wujud. Selain itu, dalam sewa disyaratkan

penentuan tempoh masa penggunaan.27

Oleh yang demikian, boleh kita simpulkan disini ialah gaji dan upah merupakan dua entiti

yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi ganjaran terhadap sesuatu

tugas atau kerja yang telah dilakukan manakala sewa adalah perkara yang berlainan dari

keduanya.

26 Sharifah Faigah Syed Alwi. 2006. Pembiayaan Hutang dalam Perbankan Islam. Selangor. Hlm 4027 Mohd. Bakir Haji Mansor. 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala Lumpur. Hlm

64

Page 12: Teori Upah Dalam Islam

12

2.1 TEORI-TEORI UPAH

Upah menurut pengertian Barat berkait dengan pemberian ganjaran kepada pekerja tidak

tetap, atau tenaga buruh lepas, seperti upah buruh lepas di perkebunan kelapa sawit, upah pekerja

bangunan yang dibayar mingguan ataupun harian. Allah menegaskan tentang upah ini dalam

Qur’an :

Maksudnya: “Dan katakanlah : “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya

serta orang-orang mu’min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan

dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui akan ghaib dan yang nyata, lalu

diberikan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” 28

Maksudnya:“Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun

perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan

kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan

kepada mereka dengan pahala yang lebih baik apa yang telah mereka kerjakan.”29

Tafsir dari balasan dalam keterangan di atas adalah balasan di dunia dan di akhirat.  Ayat

ini menegaskan bahawa balasan atau ganjaran bagi mereka yang beramal soleh adalah imbalan

dunia dan ganjaran akhirat. 

Menurut definisi Muhammad Abduh dan Zamakhsari , maka seorang yang bekerja pada

suatu badan usaha seperti organisasi atau jabatan dapat dikategorikan sebagai amal soleh, dengan

syarat jabatan tersebut tidak menjual atau mengusahakan barang-barang yang haram.  Dengan

28 At Taubah: 10529 An Nahl: 97

Page 13: Teori Upah Dalam Islam

13

demikian, maka seorang pekerja yang bekerja dengan benar, akan menerima dua ganjaran, iaitu

ganjaran di dunia dan di akhirat.

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh tentulah

Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan

amalan(nya) dengan baik.”30

Berdasarkan tiga ayat di atas, iaitu  at-Taubah :105, an-Nahl :97 dan al-Kahfi :30, maka

ganjaran dalam konsep Islam menekankan pada dua aspek, iaitu dunia dan akhirat.  Surah at-

Taubah ayat 105 menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita untuk bekerja, dan Allah pasti

membalas semua apa yang telah kita kerjakan. Dalam ayat ini juga Allah swt menegaskan

bahawa motivasi atau niat bekerja itu mestilah betul. Ini kerana jika motivasi bekerja tidak benar,

Allah akan membalas dengan cara memberi azab. Sebaliknya, kalau motivasi itu benar, maka

Allah akan membalas pekerjaan itu dengan balasan yang lebih baik dari apa yang kita kerjakan.

Surah An-Nahl ayat 97 menjelaskan bahawa tidak mengira perbezaan jantina dalam

menerima upah atau balasan dari Allah.  Ayat ini menegaskan bahwa tidak ada diskriminasi upah

dalam Islam, jika mereka mengerjakan pekerjaan yang sama.  Sementara itu, Surah al-Kahfi : 30

menegaskan bahawa balasan terhadap pekerjaan yang telah dilakukan manusia, pasti Allah akan

membalasnya dengan balasan yang adil. 

2.2 BENTUK-BENTUK UPAH

Upah terbahagi kepada dua bentuk iaitu upah yang ditetapkan dan upah setimpal. Upah yang

telah ditetapkan ini bermaksud, upah yang telah diselaraskan bagi setiap pekerjaan tertentu oleh

suatu Qadhi atau pemerintah atau dalam konteks semasa adalah pihak kerajaan. Upah adalah

permanfaatan terhadap sesuatu barang atau jasa sama ada yang mempunyai perjanjian atau tidak.

30 Al Kahfi: 30

Page 14: Teori Upah Dalam Islam

14

Upah bagi pekerja adalah ganjaran terhadap tenaga kerja yang dilakukanya. Perkara ini difahami

seperti pekerja-pekerja kerajaan seperti guru, polis, doktor dan sebagainya yang diberi gaji pada

setiap bulan yang telah diselaraskan jumlahnya mengikut jenis pekerjaan dan jawatannya. Di

dalam memberi upah, hendaklah ada penentuan pekerjaan, jangka masa, upah dan tenaga serta

hendaklah diketahui jenis pekerjaanya kerana sekiranya tidak diketahui maka kontrak upah

(ijarah) menjadi fasad begitu juga dengan upah kerja dan pembatasan tenaga yang perlu

diusahakan. Para pekerja tidak boleh dibebani pekerjaan kecuali yang mereka mampu.31 Firman

Allah SWT :

Maksudnya: “ Allah tidak membebani seseorang kecuali dalam kemampuanya”32

Atas dasar ini, ketika membolehkan menggunakan manfaat tenaga pekerja, syariah menggariskan

adanya penentuan pekerjaanya berdasarkan jenis, jangka masa upah dan tenaga. Upah wajar

dimiliki oleh pekerja atau orang yang memberi khidmat tertentu kerana tenaga yang telah

dikerahkanya itu. Manakala bentuk yang kedua adalah upah setimpal yang mana boleh difahami

sebagai suatu pekerjaan yang dilakukan dan mendapat upah setelah diselesaikan pekerjaan

tersebut.

2.3 HUKUM HAKAM BERKAITAN UPAH

2.3.1 Upah Mengajar Al Quran

Para ulama berselisih pendapat tentang boleh atau tidak mengambil upah dari mengajar Al-

Quran. Sebahagian ulama berpendapat boleh mengambil upah dari mengajarkan Al Quran

berdasarkan dalam sahih Bukhari:

“Yang paling berhak untuk kalian ambil upahnya adalah mengajar Kitab Allah”

Dan ada yang mengatakan: jika ditentukan jumlahnya, maka tidak boleh. Pendapat ini

dipilih oleh al Halimi. Abu Laits berkata dalam kitab “al Bustan” Mengajar dilakukan dengan

31 Yusuf as Sabatin.2009. Bisnes Islam dan Kritik atas Praktis ala Kapitalis. al Azhar Press.Hlm. 33632 Al-Baqarah : 233

Page 15: Teori Upah Dalam Islam

15

tiga bentuk: Pertama, dengan tujuan untuk beribadah saja, dan tidak mengambil upah. Kedua,

mengajar dengan mengambil upah dan Ketiga, mengajar tanpa syarat, dan jika ia diberikan

hadiah ia menerimanya.

Bentuk yang pertama mendapatkan pahala dari Allah SWT, kerena itu adalah amal para

Nabi a.s. Bentuk yang kedua diperselisihkan. Sebahagian ulama mengatakan tidak boleh,

dengan dalil sabda Rasulullah SAW:

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” .

Sementara sebahagian ulama lain membolehkan. Mereka berkata yang paling utama bagi

seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan

walaupun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia

memerlukanya (kemaslahatan).Sedangkan yang ketiga: dibolehkan oleh seluruh ulama kerana

Nabi SAW adalah pengajar manusia, dan beliau menerima hadiah mereka. Dan dengan dalil

tentang seseorang yang disengat haiwan berbisa, kemudian dibacakan surah Al Fatihah oleh

sebahagian sahabat, dan orang itu selanjutnya memberikan hadiah beberapa ekor kambing atas

perbuatan sahabat itu, dan setelah mengetahui itu Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Berikanlah aku bahagian dari hadiah itu.”

Dalam hadith lain Rasulullah SAW membolehkan pengajaran itu dijadikan sebagai mas

kahwin bagi seorang wanita. Iaitu saat Nabi Muhammad SAW memerintahkan sahabat itu untuk

mencari sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin bagi sahabat itu, hingga sebentuk cincin dari

besi sekalipun. Kemudian Rasulullah SAW menanyakan surah apa yang ia boleh dibaca. Ia

memberitahukan beberapa surah yang ia hafaz. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda kepada

sahabat itu:

“Pergilah, aku telah sahkan perkawinanmu dengan mas kawin mengajar Al Quran

yang engkau hafaz” Ertinya dengan pengajaran Al Quran yang engkau lakukan

kepada wanita itu.

Ini semua adalah dalam masalah pengajaran Al Quran. Sedangkan membacanya tidak

boleh menarik upah, kerana hukum asal dalam membacanya adalah ibadah, dan dasar bagi

seorang yang beribadah adalah agar ia beribadah bagi dirinya, maka bagaimana mungkin ia

Page 16: Teori Upah Dalam Islam

16

kemudian mengambil upah kepada orang lain dari ibadah yang ia lakukan kepada Rabb-nya,

sementara ia mengerjakan itu semata untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT.

Walaubagaimanapun, jika pembaca Al Quran diberikan sesuatu sedeqah, atau pemberian, maka

tidak mengapa jika ia menerimanya.33

Penulis lebih cenderung kepada pendapat kedua dan ketiga kerana ini merujuk semua

pengambilan upah seperti mengajar al-Quran, Ilmu agama, Imam, Muazzin dan sebagainya. Ini

berdasarkan apa yang difatwakan oleh “Majma’ al-Fiqh al-Islami ” iaitu jika tidak mengambil

upah, nescaya meraka tidak akan mempunyai sumber untuk menyara kehidupan mereka. Jika

perkara itu berlaku, agama Islam akan semakin dilupakan. Oleh itu, untuk menjaga

kesinambungan agama Islam, para ulama Mazhab Hanafi telah membenarkan golongan ini

mengambil upah. Para ulamak dari pada pelbagai mazhab juga telah mengambil pendapat ini

demi menjaga kemaslahatan agama.

Berkaitan dengan perkara ini, seseorang boleh mempekerjakan seorang pengajar untuk

mengajar anak-anaknya atau orang yang dikehendaki mendapat pengajaran. Pengajaran ini

menupakan manfaat atau jasa yang diharuskan jadi mengambil upah diatas khidmat pengajaran

itu adalah dibolehkan bahkan mengambil upah atas pengajaran agama adalah sesuatu yang

utama. Hadith-hadith Nabi SAW semuanya difahami sebagai larangan untuk mengambil upah

atas pengajaran al Quran bukanya larangan mempekerjakan seseorang untuk mengajarkan al

Quran.34

2.3.2 Upah Buruh

Buruh adalah keupayaan fizikal dan mental yang manusia sumbangkan kepada proses

pengeluaran. Tenaga buruh adalah satu komponen sumber manusia yang menjadi input dalam

mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Sebagai ganjaran kepada sumbangan itu, buruh dibayar

upah yang boleh berbentuk wang, barang-barang atau sebagainya. Bagi majoriti penduduk

terutama golongan miskin, upah adalah sumber utama pendapatan mereka dan bagi negara

membangun termasuk negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, pendapatan upah

adalah komponen terbesar sumber pendapatan penduduk negara itu. Penentuan kuantiti dan

kualiti buruh serta kadar upah di sesebuah Negara bukan sahaja dipengaruhi oleh sistem ekonomi

33 http://al-ahkam.net/forum09(19/04/2012)34 Yusuf as Sabatin.2009. Bisnes Islam dan Kritik atas Praktis ala Kapitalis. Hlm.330-331

Page 17: Teori Upah Dalam Islam

17

yang dipilih tetapi juga oleh sistem nilai yang wujud dalam masyarakat serta pengalaman sejarah

yang dilalui oleh negara tersebut. Kebanyakan negara kini cenderung untuk mengiktiraf dan

bergantung kepada institusi pasaran bagi mengatur penggunaan buruh dan kaedah pemberian

ganjaran. Namun, sistem nilai masyarakat dan pengalaman sejarah masing-masing telah

membezakan bentuk dan struktur pasar buruh di negara-negara tersebut. 35

Surtahman Kastin dan Abd. Ghafar (2001), mengupas konsep buruh dan persoalan

penentuan upah mengikut pandangan Islam. Kita tidak harus sepenuhnya merujuk kepada konsep

ilmu ekonomi konvensional apabila menganalisis isu buruh dan penentuan upah. Sehubungan

itu, penulis mendakwa bahawa mengkategorikan buruh sebagai input pengeluaran mungkin

bercanggah dengan konsep manusia sebagai khalifah Allah. Penulis juga juga mempersoalkan

kewujudan masalah lebihan penduduk dan lebihan buruh yang bagi mereka, kedua-dua konsep

ini dianggap sama. Oleh sebab setiap manusia diberi dan ditetapkan rezekinya maka masalah

lebihan penduduk dan lebihan buruh tidak mungkin timbul di sebuah negara yang mengamalkan

sistem ekonomi Islam. Konsep ini didapati berbeza daripada konsep yang lazim dipakai dalam

analisis ilmu ekonomi konvensional.36

Tambahnya lagi, Isu yang lebih penting yang dibincangkan olehnya adalah berkenaan

prinsip penentuan upah. Menurut mereka, Islam menghendaki supaya upah dibayar setimpal

dengan bidang kerja dan berasaskan kualiti buruh serta perlu melebihi keperluan bagi

menampung perbelanjaan kehidupan diri dan ahli keluarga.37

3.1 PENETAPAN KADAR UPAH

Upah adalah satu elemen yang penting dalam sesebuah kontrak perkhidmatan. Pembayaran upah

merupakan hasil daripada hubungan kontraktual antara majikan dengan pekerja. Upah dibayar

35 Mansor Jusoh &Nor Ghani Md. Nor .(2005). Islamiyyat 27(1) . Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam: Satu Pandangan Alternatif. UKM. Hlm.67-79

36 Surtahman Kastin Hassan dan Abd. Ghafar Ismail. 2001. Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam. Jurnal Islamiyyat 22: 3.12.

37 Ibid.

Page 18: Teori Upah Dalam Islam

18

oleh majikan kepada pekerja kerana wujudnya hubungan kontrak tersebut. Kedua-dua pihak

majikan dan pekerja bebas menetapkan jumlah upah yang harus dibayar oleh majikan dan cara

pembayaran upah itu dibuat. Jika terdapatnya perjanjian kolektif antara kesatuan majikan atau

majikan dengan kesatuan sekerja berhubung dengan perkara-perkara berkait dengan upah, maka

biasanya majikan dan pekerja akan mematuhi perjanjian tersebut.

Akta Pekerjaan di Malaysia, tidak menetapkan jumlah minima atau maksima upah. Ia

hanya memperuntukkan definisi, cara pembayaran, potongan, sistem trak dan keutamaan upah

sahaja. Akta Pekerjaan hanya menetapkan syarat-syarat minima yang perlu dipatuhi oleh

majikan. Ini bermakna majikan bebas untuk menetapkan syarat-syarat lain dalam kontrak

perkhidmatan. Asalkan syarat-syarat itu tidak melanggar peruntukan akta tersebut, dan

menguntungkan pekerja.38

Upah boleh dibayar oleh majikan kepada pekerja berdasarkan jam, hari, mingguan atau

bulanan. Ini terpulanglah kepada persetujuan antara majikan dengan pekerja. Selain itu, upah

juga dibayar mengikut jumlah kerja yang dilakukan kadar ikut butir (piece-rate work). Upah

dibayar kepada pekerja kerana wujudnya hubungan kontrak majikan pekerja. Ini bermakna jika

majikan tidak dapat menyediakan apa-apa kerja atau tugas untuk dilakukan oleh pekerja, majikan

tetap bertanggungjawab untuk membayar upah kepada pekerjanya. Segala syarat yang ditetapkan

dalam akta ini hanya terpakai kepada pekerja yang dilindungi oleh akta ini (iaitu seperti yang

berkenaan). Bagi pekerja yang tidak diliputi oleh akta ini, syarat berhubung dengan upah adalah

bergantung kepada terma perjanjian yang dimasuki dengan majikan.39

Majikan tidak sewajarnya membayar upah lebih rendah dari upah minimum dan

sekiranya majikan tidak mampu membayar sesuai sepertimana ditentukan, maka majikan

haruslah membuat penangguhan, dan hendaklah mematuhi had minimum upah yang telah

ditetapkan kerajaan. Majikan itu juga tidak boleh bersikap diskriminasi terhadap pembayaran

upah mengikut perbezaan gender iaitu sama ada pekerja lelaki atau perempuan untuk jenis

pekerjaan yang sama.40

38 http://sarjana.tripod.com/undang1.html (5/5/2012)39 Ibid.40 Edytus Adisu. 2008. Hak Karyawan Atas Gaji dan Pedoman Menghitung. Jakarta. Forumsahabat. Hlm.3

Page 19: Teori Upah Dalam Islam

19

Terdapat pelbagai jenis upah dan antaranya ialah upah harian, upah yang tetap dan upah

tidak tetap. Upah harian adalah upah yang dibayar oleh pemberi kerja kepada pekerja yamg telah

melakukaan pekerjaan yang dihitung secara harian atau berdasarkan kehadiranya. Upah harian

dibayarkan secara harian hanya kepada pekerja yang status perjanjian kerjanya adalah secara

harian. Manakala upah tetap pula adalah upah yang diterima pekerja secara tetap atas sesuatu

pekerjaan yang dilakukanya secara konsisten. Upah tetap ini diterima secara tetap dan tidak

dikaitkan dengan upah-upah sampingan lain seperti bonus, atau lain-lain.

Secara umumnya, upah tetap adalah bagi seseorang yang bekerja secara tetap. Upah tidak

tetap pula adalah upah yang diterima pekerja secara tidak sama atas suatu pekerjaan. Tidak tetap

ini adalah disebabkan pekerjaan yang dilakukan itu mungkin tidak sama kadar khidmatnya yang

mana sekiranya pekerja itu bekerja lebih masa, maka upahnya akan menjadi bertambah daripada

biasa. Walaubagaimanapun, jenis upah tidak mempengaruhi kadar upah minimum yang telah

ditetapkan.41

3.2 UPAH MINIMUM DAN UPAH MAKSIMUM DI MALAYSIA

Dalam konteks semasa di Malaysia, upah juga dikenali sebagai gaji yang mana gaji dibayar

kepada semua pekerja yang telah menggunakan tenaga dan kepakaran mereka dalam melakukan

sesuatu pekerjaan untuk memenuhi kehendak dan keperluan majikan mereka.

Gaji minimum mengikut definisi International Labour Organization (ILO) ialah upah

minimum yang patut dibayar kepada pekerja untuk kerja atau perkhidmatan yang dilakukan

dalam tempoh tertentu, sama ada dikira berdasarkan masa atau output, yang tidak boleh

dikurangkan sama ada oleh individu atau menerusi perjanjian kolektif, dijamin oleh undang-

undang dan ditetapkan bertujuan untuk menampung keperluan minimum kehidupan pekerja dan

keluarganya berasaskan keadaan sosio-ekonomi sesebuah negara.

Gaji minimum kebangsaan adalah ditetapkan oleh Kerajaan atau pihak tripartite (wakil

kerajaan, wakil majikan dan wakil pekerja). Ia merupakan model yang paling banyak digunakan

di seluruh dunia dan terbahagi kepada 2 kategori iaitu satu kadar seragam gaji minimum

kebangsaan untuk seluruh negara, atau kadar gaji minimum berbeza mengikut sektor / wilayah.42

41 Ibid., Hlm.442 Blog Rasmi Kementerian Sumber Manusia (6/5/2012)

Page 20: Teori Upah Dalam Islam

20

Gaji minimum dan maksimum telah ditetapkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara

yang diluluskan pada 30 Jun 2011. Majlis ini bertanggungjawab menjalankan kajian mengenai

semua perkara berkenaan pelaksanaan gaji minimum. Ia termasuk membuat syor kepada

kerajaan supaya membuat perintah gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan wilayah

serta untuk megadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya. Majikan

yang gagal mematuhi undang-undang itu boleh dikenakan penalti maksimum sebanyak

RM10,000 bagi setiap kesalahan.43 Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011 ini juga,

majikan yang gagal untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum

RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap

pekerja sehari, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau

penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.44

Tujuan gaji minimum adalah untuk memastikan pekerja mempunyai pendapatan terjamin

mencukupi bagi membiayai keperluan asas mereka dan ahli keluarga selain sebagai perlindungan

sosial atau jaminan pendapatan kepada yang bergaji rendah. Asas utama menetapkan gaji

minimum adalah kadar yang tidak terlalu tinggi supaya tidak menjejaskan perniagaan atau

perusahaan yang boleh menyebabkan peniaga terpaksa tutup perniagaan atau membuang pekerja.

Tidak terlalu rendah pula bermaksud jumlah berkenaan hendaklah dapat memenuhi objektif gaji

minimum, iaitu mencukupi untuk membiayai keperluan asas pekerja dan keluarga.45

Di sini akan membincangkan mengenai dasar gaji minimum pekerja swasta. Ia

sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1949, tapi kadarnya masih terlalu rendah tetapi terus diguna

pakai dalam kehidupan masa kini. Dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah

berjuang untuk menuntut dasar gaji minima pekerja swasta yang lebih adil. MTUC dalam

tuntutannya menuntut RM1200 untuk gaji minimum sektor swasta di Malaysia.

1. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009

mendapati bahawa 33.8% pekerja bergaji di bawah RM700 sebulan yakni di

bawah paras kemiskinan kebangsaan, RM800 sebulan pada masa ini.

43 http://www.mohr.gov.my/majlis-perundingan-gaji-negara-dilulus (7/5/2012)44 Berita Harian online 1/5/2012- Soal jawab Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam

(6/5/2012)

45 Ibid.

Page 21: Teori Upah Dalam Islam

21

2. Kajian oleh Bank Dunia pula menunjukkan bahawa sejak 10 tahun yang lepas,

kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6% setahun,

walaupun kadar produktiviti buruh (real labour productivity) meningkat sebanyak

6.7% setahun.

3. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan dalam pasaran buruh yang mengekang

peningkatan kadar gaji sedangkan produktiviti dan kos sara hidup meningkat

dengan cepat.

Antara butiran pengumuman gaji minimum (gaji minima) pekerja sektor swasta 2012:

1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh

negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun

dan sebagainya.

Majikan juga dibenarkan dan diberikan kelonggaran untuk menyerapkan

sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Maknanya di sini bukan semestinya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan

boleh menawarkan RM900 (gaji pokok + elaun)

2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900

sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah

Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Kadar gaji

minimum berbeza bagi Semenanjung dan Sabah serta Sarawak kerana perbezaan

ketara kadar gaji penengah (Median Wage) di kedua-dua wilayah. Di

Semenanjung, kadar semasa ialah RM1,131, manakala di Sabah dan Sarawak

ialah RM577. Gaji penengah ialah kadar yang mampu dibayar oleh majikan

mengikut kajian. Gaji minimum tidak boleh terlalu berbeza kerana akan timbul

masalah migrasi antara wilayah dan sektor.46

3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh

Perintah Gaji Minimum diwartakan:

46 Berita Harian online 1/5/2012- Soal jawab Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam (6/5/2012)

Page 22: Teori Upah Dalam Islam

22

Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro

enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan

daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat

persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas

Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputi kepada firma profesional seperti

klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru

perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5

orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan

Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji

minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat statik dan akan sentiasa dikaji dari

semasa ke semasa. Ia bergantung kepada tingkat kemakmuran negara, daya saing

nasional dan produktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa

berada di atas garis kemiskinan negara.

5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak,

Labuan.

Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak

dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara

hidup yang ketara.

Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang,

kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan

Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi

Semenanjung.

Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak.47

3.3 CONTOH UPAH DI MALAYSIA

47 http://beritasemasa.com/gaji-minimum-pekerja-swasta (6/5/2012)

Page 23: Teori Upah Dalam Islam

23

Contoh upah yang terdapat di Malaysia boleh dikategorikan sebagai upah menjahit, upah haji,

upah tukang kayu, upah mengerjakan kebun, upah menjaga haiwan ternakan, dan lain-lain. Upah

dalam konteks di Malaysia meliputi pada pekerjaan yang tidak diikat secara rasmi atau tidak

berkontrak. Upah ini juga kadang kala mengikut kepada persetujuan antara kedua belah pihak

ataupun mengikut kepada harga semasa dan harga setempat. Kebiasaannya kadar upah di bandar

adalah lebih tinggi berbanding kadar upah di luar bandar berikutan kos hidup di bandar lebih

tinggi. Contohnya kadar upah menjahit baju di bandar serendah RM40 sepasang manakala kadar

upah di luar bandar serendah RM20 sepasang.

Jika diteliti Surah al-Talaq ayat 6 maka boleh difahami bahawa upah seharusnya ditentu

secara musyawarah antara majikan dan pekerja. Musyawarah dalam konteks ini boleh ditafsirkan

sebagai proses perbincangan atau tawar menawar untuk menentukan kadar upah yang boleh

diterima oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Ayat ini ditujukan khas kepada

penentuan upah bagi kerja penyusuan bayi, namun konsep musyawarah dalam Islam adalah

bersifat umum. Oleh itu satu prinsip umum penentuan upah boleh diperoleh daripada maksud

ayat tersebut. Justeru disini boleh dihuraikan bahawa prinsip musyawarah yang melibatkan

proses tawar menawar secara baik antara majikan dan pekerja dalam menentukan upah adalah

lebih sesuai dan adil seperti yang dituntut oleh Islam.

4.1 UPAH MENURUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Di Malaysia, undang-undang buruh mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Hubungan majikan

dan buruh dikawal oleh undang-undang buruh walaupun mereka masih bebas memasuki kontrak

dan menyetujui terma-terma tertentu. Setiap terma kontrak perkhidmatan mereka mestilah tidak

bertentangan dengan undang-undang. Undang-undang telah menjamin perkara-perkara seperti

upah, tempoh masa bekerja, cuti dan sebagainya.

Hubungan antara majikan dan pekerja dikawal oleh undang-undang buruh.

Perkembangan undang-undang buruh di Malaysia bermula apabila ramai buruh Cina dan India

dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih dan ladang getah. Pertumbuhan

dan perkembangan pesat lombong bijih dan ladang getah di Tanah Melayu meningkat dari

semasa ke semasa, dan jumlah buruh tersebut juga turut meningkat. Buruh Cina dan India itu

Page 24: Teori Upah Dalam Islam

24

dibawa masuk oleh orang Inggeris yang merupakan pengusaha lombong bijih dan ladang getah

melalui ejen tertentu.48

Pada peringkat permulaanya, buruh Cina mengikat kontrak untuk bekerja di lombong

bijih bagi sesuatu tempoh tertentu, dan selepas itu, mereka dibebaskan untuk mencari pekerjaan

lain. Sebahagian daripada upah mereka dipotong bagi membayar balik perbelanjaan membawa

mereka masuk ke Tanah Melayu. Keadaan bekerja pada masa itu sangat buruk dan mereka telah

ditindas. Begitu juga dengan buruh India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Kebanyakan

mereka adalah dari India Selatan dan mereka bekerja di Tanah Melayu di ladang kopi tebu dan

ladang getah. Mereka juga terikat di bawah satu sistem perjanjian untuk bekerja di ladang-ladang

tersebut bagi tempoh dua atau tiga tahun. Sebahagian daripada mereka terus kekal bekerja di

ladang-ladang tersebut dan sebahagian lagi bekerja di pelbagai sektor terutamanya dengan

kerajaan. Tidak ada satu undang-undang yang khusus bagi melindungi buruh-buruh tersebut.

Cara yang digunakan oleh saudagar-saudagar Inggeris ialah dengan melantik seorang ketua

daripada kaum itu sendiri bagi menguruskan hal-ehwal mereka.49

Kini di Malaysia, terdapat statut-statut buruh yang menjadi garis panduan dan

memelihara hak-hak pekerja seperti Akta Pekerjaan, 1955 (Semakan 1981). (Pindaan 1989),

Akta Kesatuan Sekerja, 1959 (semakan 1981), (Pindaan 1989), Akta Perhubungan Perusahaan,

1957 (pindaan 1980, 1989), Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, Akta Kilang dan Jentera,

1967, Akta (pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda, 1966.50

Menurut Seksyen 2(1) Akta Kerja 1955, upah ertinya upah pokok semua pembayaran lain

dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dibuat mengenai kontrak

perkhidmatanya tidak termasuk;

a) Nilai mana-mana rumah tempat tinggal atau bekalan apa-apa makanan, minyak,

lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau

erkhidmatan yang diluluskan;

48 http://sarjana.tripod.com/undang1.html (5/5/2012)49 Ibid.50 Kamal Halili Hasan.1990. Siri Perkembangan Undang-Undang Pekerjaan di Malaysia. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.3

Page 25: Teori Upah Dalam Islam

25

b) Apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan sendiri kepada mana-mana

kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian kerja,

mengurangkan pekerja, penamatan, rentikerja sementara atau skim persaraan,

skim jimat-cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang

ditubuhkan untuk faedah dan kebajikan pekerja;

c) Apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

d) Apa-apa jumlah yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan atau;

e) Apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus tahunan.

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa upah adalah upah pokok beserta dengan semua

bayaran lain secara tunai yang diterima oleh seorang pekerja bagi perkhidmatan yang diberikan

tetapi tidak termasuk perkara yang dinyatakan dalam (a) hingga (f).51

Di samping itu, terdapat bentuk-bentuk lain yang berkait rapat dengan upah antaranya ialah:52

a) Elaun Makan Kerja lebih Masa : Elaun makan yang diberikan kepada pekerja yang

melakukan kerja lebih masa merupakan sebahagian daripada upah kerana elaun ini

dibayar secara tunai.

b) Caj Perkhidmatan : Caj Perkhidmatan bukan berupa upah kerana caj tersebut dibayar oleh

pelanggan kepada pekerja bukannya majikan. Sebagaimana ditegaskan dalam

peruntukkan di bawah Seksyen 2, Akta Kerja 1955, definisi upah bermaksud bayaran

daripada majikan kepada pekerja. Tiada pihak lain selain majikan boleh membayar upah

kepada pekerja.

c) Caruman oleh Majikan: Apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan untuk faedah dan

kebajikan pekerja. Sebagai contoh, caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerj

(KWSP) dan pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak dianggap upah.

d) Elaun Perjalanan : Ianya bukan merupakan sebahagian daripada upah walaupun dibayar

secara tunai kepada pekerja yang diarahkan bekerja di luar kawasan. Justeru itu, tuntutan

oleh pekerja yang bekerja di luar kawasan tidak boleh dikira sebagai upah. Begitu juga,

nilai apa-apa komisen perjalanan bukan upah. Sebagai contoh, jika majikan membeli tiket

51 Hapriza Ashari.2004. Undang-Undang Pekerjaan: Huraian dan Panduan terhadap Akta Kerja 1995. Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Mara(UTM,Skudai) Hlm. 17-18

52 Ibid. Hlm.19-21

Page 26: Teori Upah Dalam Islam

26

kapal terbang, keretapi atau bas untuk pekerja yang bekerja di luar kawasan maka nilai

tiket tersebut tidak boleh dianggap sebagai upah.

e) Perbelanjaan Khas: Ianya merupakan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh

seorang pekerja dalam melaksanakan tugas. Contohnya, seorang pemandu lori di

Cameron Higlands diarahkan menghantar sayur-sayuran ke Johor Bahru. Setibanya di

Melaka, tayar lori berkenaan meletup. Pemandu lori terpaksa menggunakan wang

sakunya sendiri untuk membeli tayar baru sebagai ganti. Sekembalinya ke Cameron

Highlands, beliau boleh menuntut daripada majikan perbelanjaan khas yang terpaksa

ditanggung untuk membeli tayar baru. Walaupun majikan membayar tuntutan

perbelanjaan khas dalam bentuk tunai, ia tidak dianggap sebagai upah kerana ia jatuh di

bawah pengecualian (d).

f) Ganjaran: Wang ganjaran bukan upah walaupun dibayar dalam bentuk tunai oleh

majikan kepada pekerja atas sebab perberhentian perkhidmatan atau persaraan.

g) Bonus: Wang bonus yang kebiasaanya diberikan kepada pekerja pada akhir tahun

bukanlah upah walaupun dibayar dalam bentuk tunai. Contohnya, seseorang menerima

upah sebanyak RM1000 setiap bulan. Pada akhir tahun, beliau diberi bonus sebanyak dua

bulan upah kerana prestasi beliau yang cemerlang. Upah beliau tetaap RM 1000

walaupun pada akhir bulan Disember, beliau akan menerima RM3000 tunai kerana wang

bonus jatuh di bawah pengecualian (f).

h) Elaun Gangguan/ Elaun Pindah: Ianya juga tidak dianggap sebagai upah kerana elaun

tersebut dibayar kepada pekerja bukan atas ‘ kerja yang dilakukan mengenai kontrak

perkhidmatanya” sebaliknya dibayar kepada pekerja dan keluarga apabila mereka

ditukarkan ke tempat lain.

Oleh kerana upah merupakan pendorong utama pekerja memasuki kontrak perkhidmatan, maka

undang-undang memastikan pekerja mendapat hak mereka terhadap upah dan majikan

melaksanakan tanggungjawab membayar upah di samping mematuhi peraturan-peraturan

berkenaan upah yang telah ditetapkan.

4.2 TEMPOH UPAH

Page 27: Teori Upah Dalam Islam

27

Sek 18 Akta Kerja 1955 menetapkan tempoh upah mestilah tidak melebihi satu bulan. Jika

mana-mana kontrak perkhidmatan tiada tempoh upah yang ditetapkan, maka tempoh upah

hendaklah bagi maksud kontrak tersebut dianggap satu bulan. Ini bermakna tempoh upah boleh

mengikut jam, hari, minggu dan maksimum adalah satu bulan. Kiraan bulan adalah mengikut

calendar masihi. Peruntukan seksyen 18 hanya membenarkan satu tempoh upah sahaja yang

perlu disebutkan dalam kontrak perkhidmatan. Amalan menetapkan tempoh upah yang berbeza

untuk bayaran upah pokok dan kerja lebih masa tidak boleh dibenarkan.

Di samping itu, seksyen 19 menetapkan upah mesti dibayar dalam tempoh tujuh hari

selepas berakhirnya tempoh upah. Misalnya, jika tempoh upah seseorang pekerja adalah

mengikut bulan, maka upah bagi bulan Januari mestilah dibayar selewat-lewatnya 7 hari bulan

Februari. Sebaliknya jika tempoh upah seseorang pekerja tersebut mengikut minggu, maka upah

pekerja tersebut dibayar selewat-lewatnya pada 14 hari bulan. Walaubagaimanapun, majikan

boleh memohon melanjutkan pembayaran upah atau membayar lewat dalam keadaan tertentu

selepas mendapat kelulusan daripada ketua pengarah buruh.53

PENUTUP

Secara Kesimpulanya, kajian ini membincangkan teori upah dalam Islam. Segala hukum, rukun,

syaratnya telah digariskan oleh syarak yang menepati kehendak kemanusiaan. Manakala, dari

segi konsep penentuannya dalam ekonomi lebih cenderung menerima prinsip musyawarah antara

majikan dan pekerja dalam menentukan upah. Prinsip ini boleh difahamkan sebagai proses

tawar- menawar dalam pasaran buruh. Berdasarkan prinsip ini, kaedah penentuan upah dalam

Islam boleh berasaskan mekanisme atau institusi pasaran semasa. Satu lagi prinsip iaitu upah

perlu mencukupi keperluan asas, konsisten dan boleh dilaksanakan secara Integrasi dalam sistem

pasaran buruh. Islam tidak membiarkan upah berada dibawah tahap minimum yang ditetapkan

mengikut keperluan utama kumpulan pekerja, tetapi Islam juga tidak membiarkan adanya

kenaikan upah melebihi peringkat tertentu yang ditentukan mengikut sumbangannya terhadap

pengeluaran atau terhadap sesuatu kerja yang dilakukan.

53 Ibid., Hlm.21-22

Page 28: Teori Upah Dalam Islam

28

Konsep upah menurut Islam secara amnya ada dilaksanakan dalam sistem ekonomi di

Malaysia. Hal ini kerana upah yang diberikan setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan serta

meliputi bentuk, jenis serta faktor-faktor yang mendorong ke arah upah yang ditentukan. Hasil

daripada perbincangan ini, dapatlah difahami bahawa keadaan ekonomi yang berubah

mengakibatkan perubahan dalam hal penjualan dan tentunya akan mengakibatkan perubahan

dalam hal pendapatan termasuk diantaranya pekerja. Di samping teori upah yang perlu di

penuhi, setiap manusia itu secara Sunnatullah mempunyai keperluan utama yang harus dipenuhi

dan perkara yang perlu ditanggung. Ini bermakna seseorang itu berusaha untuk bekerja bukanlah

semata-mata untuk mengisi masa lapang atau kerana tuntutan fitrah, akan tetapi bermatlamat

untuk mendapatkan upah bagi menjalani kehidupan sehari-harian bukan sahaja untuk keselesaan

diri sendiri tetapi turut melibatkan keluarga yang di bawah tanggungannya. Oleh itu, jika

seseorang pekerja yang mendapatkan upah, maka upah tersebut mestilah memenuhi keperluan

asas iaitu makan dan pakaian, juga perbelanjaan seharian dan rumah untuk tempat tinggal bagi

keluarganya.

RUJUKAN

Al Quranul Karim

Al-Mu’jam al-Wasit, Dar al-Dakwah, Istanbul 1989.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1994. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Rahman Rukaini. 2001. Mu’amalat Teras Pembangunan Sosio-ekonomi. Johor.

Synergymate Sdn Bhd.

Afzal-Ur-Rahman. 1994. Doktrin Ekonomi Islam Jilid III. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 29: Teori Upah Dalam Islam

29

Edytus Adisu. 2008. Hak Karyawan Atas Gaji dan Pedoman Menghitung. Jakarta.

Forumsahabat.

Hapriza Ashari.2004. Undang-Undang Pekerjaan: Huraian dan Panduan terhadap Akta Kerja

1995. Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Mara(UTM,Skudai)

Ibn Qudamah, Al-Mughni, Mesir: Mathba’ah Al-Imam.

Isa Dhoifullah al Mansur . 2007. Nazhoriah al irbah fil Masorif al Islamiah. Darl Nafais.

Kamal Halili Hasan. 1990. Siri Perkembangan Undang-Undang Pekerjaan di Malaysia. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor Jusoh & Nor Ghani Md. Nor. 2005. Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam:Satu

Pandangan Alternatif. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Bakir Haji Mansor. 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala

Lumpur. BIMB Institute of Research and Training (BIRT).

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara.2012. Khiyal & Makharij: Ke Arah Ktelusan

Operasi Perbankan Islam. Putrajaya International Convention Centre.ISRA. (10-11 Nov. 2010).

Nazih Hammad, Mukjam al-Mustalahat al-Iqtisadiyah fi Lughah al-Fuqaha‟. Virgina. 1993.

Sharifah Faigah Syed Alwi. 2006. Pembiayaan Hutang dalam Perbankan Islam. Selangor. Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

Surtahman Kastin Hassan dan Abd. Ghafar Ismail. 2001. Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam.

Jurnal Islamiyyat 22

Suzana Binti Jumani. 2002. Al-Ijarah: Amalannya di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Selangor. Fakulti Pengajian Islam.

Yusuf as Sabatin.2009. Bisnes Islam dan Kritik atas Praktis ala Kapitalis.al Azhar Press.

Berita Harian online 1/5/2012- Soal jawab Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam

http://www.mohr.gov.my/majlis-perundingan-gaji-negara-dilulus

Page 30: Teori Upah Dalam Islam

30

http://beritasemasa.com/gaji-minimum-pekerja-swasta

blog.mohr.gov.my

http://sarjana.tripod.com/undang1.html

http://al-ahkam.net/forum09(19/04/2012)