d20102041502 shazlin bt sulaiman
TRANSCRIPT
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KBK3033
DASAR DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
UPSI 02 (A112 PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SHAZLIN BT SULAIMAN D20102041502 012 - 6781945
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NOOR AINI BINTI AHMAD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN PEND KHAS
TARIKH SERAH: 15 APRIL 2012
1
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 E FORUM
JUMLAH
Huraikan mengenai perkembangan pendidikan khas di Malaysia dengan mengambil kira sekolah pendidikan khas, program integrasi dan program pendidikan inklusif
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN1 PENGENALAN 3 – 4 2 DEFINASI PENDIDIKAN KHAS 4 - 63 ASAL USUL PENDIDIKAN KHAS 64 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI LUAR
NEGARA
4.1 Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat4.2 Pekembangan Pendidikan Khas di Britain
6 – 99 - 11
5 PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
5.1 Falsafah pendidikan Khas5.2 Visi Pendidikan Khas5.3 Misi Pendidikan Khas 5.4 Objektif Pendidikan Khas 5.5 Pendidikan Masalah Pendengaran5.6 Pendidikan Masalah Penglihatan5.7 Program Percantuman/Inklusif5.8 Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas5.9 Jabatan Pendidikan Khas5.10 Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar 5.11 Bahagian Pengurusan Sekolah5.12 Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu5.13 Unit Pengurusan5.14 Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas5.15 Sekolah Pendidikan Khas 5.16 Sekolah Pendidikan Khas Integrasi atau Percantuman5.17 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
11111111
14 – 1515 – 16
1616 – 18
18 – 19 191919202020
20 – 2121 - 22
6 INTEGRASI
6.1 Pengenalan Integrasi6.2 Takrif Integrasi6.3 Program Pendidikan Khas Integrasi6.4 Rasional Pendidikan Integrasi6.5 Matlamat Pendidikan Integrasi6.6 Isu Pendidikan Integrasi
2222 – 23
23242425
7 PENDIDIKAN INKLUSIF
7.1 Pendidikan Inklusif di Malaysia7.2 Model- Model Pendidikan Inklusif7.3 Peranan Guru di dalam Pendidikan Inklusif
27
27 – 30 30 – 31
31 8 RUJUKAN 32
2
PENGENALAN
Pendidikan khas bermaksud kaedah-kaedah yang dibentuk khusus bagi
memenuhi keperluan murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan. Kaedah-
kaedah ini juga meliputi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani
dan pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum
Pendidikan khas ini juga adalah sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubahsuai
bagi memenuhi keperluan-keperluan murid-murid yang mengalami pelbagai
kecacatan.
Falsafah pendidikan khas ini mempunyai matlamat yang sama dengan
Falsafah Pendidikan Negara iaitu menyediakan perkembangan optimum kepada
murid-murid dengan keperluan-keperluan pendidikan khas supaya dapat berfungsi
sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, mampu merancang
mengurus kehidupan sendiri, menyedari potensi sendiri dan dapat menyesuaikan diri
dalam masyarakat.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon ; ( 1992 ), menyatakan program pendidikan
khas merupakan satu program pendidikan yang dirancang untuk kanak-kanak yang
kurang upaya dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi di mana mereka tidak
mencapai pertumbuhan dan penyuburan yang biasa hingga mereka tidak mendapat
faedah yang sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Hari ini kita menyaksikan
program ini telah mendapat tempat di kebanyakan negara maju sebagai satu usaha
menyediakan peluang - peluang pendidikan untuk murid-murid ini. Secara
konseptual program ini menyediakan pendidikan untuk memenuhi keperluan murid-
murid ini yang berbeza dengan murid-murid normal. Berdasarkan keperluan murid-
murid tersebut maka proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid tersebut
adalah suatu yang fleksibiliti.
Menurut sejarah perkembangan awal Penddidikan Khas di Malaysia berlaku
seperti mana di beberapa negara barat iaitu bermula dengan inisiatif golongan
mubaligh kristian dan badan-badan sukarela serta individu tertentu. Dalam tahun-
tahun 70n an kita telah mwemperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam
memperkembangkan Pendidikan Khas. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet pada
tahun 1979 dan Perakuan Jawatankuasa Kabinet 169 hingga 173 telah memberi nafas
yang lebih bertenaga dalam perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Kedudukan
3
lebih kukuh apabila jawatankuasa Perancangan yang berlangsung 30 Jun 1981
memutuskan untuk menubuhkan satu badan yang dikenali sebagai jawatankuasa
Antara Kementerian yang melibatkan Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebajikan
Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber manusia.
Jawatankuasa ini telah membuat keputusan untuk memperuntukan bidang tugas
masing-masing dalam usaha membantu golongan cacat ini. Menurut keputusan
mensyuarat Jawatankuasa ini, kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan
kebajikan Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pendidikan
murid-murid berkeperluan khas berbanding dengan kementerian - kementerian lain.
2. DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Terdapat berbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang
(2000) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan,
pertuturan dan pendengaran serta masalah dalam pembelajaran, atau pun murid-murid
yang pintar-cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar. Berlainan pula
dengan definisi yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Johor (1998) yang
menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan
memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan
individu murid dan pelajar terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-
kemahiran pengembangan (developmental skills).
Berikut adalah beberapa lagi definasi Pendidikan Khas yang dikemukakan
oleh pakar – pakar dalam bidang ini :
Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), Pendidikan Khas didefinisikan
sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak
berkeperluan khas.
Manakala menurut Gargiulo (2003) pula Pendidikan Khas merupakan program
pengajaran khusus yang dirakabentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia
mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran
yang khusus.
4
Bagi Friend (2005) Pendidikan Khas didefinasikan sebagai pengajaran yang
direka khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran
ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, rumah, di hospital atau unstitusi lain.
Mansor (2005) pula berkata, Program pendidikan Khas di Malaysia
merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima
seseorang sebagai seseorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedariang
potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaran denga Falsafah Pendidikan Negara.
Heward (2003) berpendapat, Pendidikan Khas boleh dijalaskan daripada
beberapa sudut iaitu:
SIAPA- ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas. Guru ini telah menerima latihan khusus tentang
psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian, dan lain-lain ilmu yang berkaitan
dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas,
pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli
psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar
ini bekerja dengan pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan tujuan
membantu.
APA- Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza dari
kurikulum yang diikuti dari pelajar biasa. Contohnya pelajar bermasalah penglihatan
atau pelajar bermasalah memduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Bagaimanapun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu
memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang
upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan sendiri, membaca dan
menulis braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul dengan orang lain dan
sebagainya. Oleh itu, kokurikulum perlu diubahsuai untuk mengambilkira
pengajaran, pengetahuan dan kemahiran tertentu.
DI MANA - Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan
dalam kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan
5
atau sekolah berasingan. Bagaimanapun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan
khas masih dipertikaikan.
3. ASAL USUL PENDIDIKAN KHAS
Menurut Jean Mac Gaspard Itard (1775-1838) seorang doktor perubatan
Perancis dilantik untuk merawat serang budak berumur 12 tahun bernama Victor.
Victor dijumpai merayau dalan hutan dan tidak pernah berinteraksi dengan mnusia.
Dia digelar " Wild Boy of Aveyron" dan didapati pekak dan bisu dan ramai pakar
pada masa itu tidak yakin bahawa budak itu boleh diajar.
Selama lima tahun Itard mengajar Victor kemahiran asas seperti memakai
baju, menjaga kebersihan diri, bertutur dan bercampur gaul dengan orang lain. Itard
sungguh kecewa dengan kemajuan yang dicapai sehingga ia mengaku telah gagal.
Akhirnya dengan mengambil masa yang lama dan banyak kesabaran, Victor berjaya
mempelajari huruf-huruf abjad, maksud banyak perkataan serta boleh menjaga diri
sendiri. Melalui usaha Itard ini muncul kesedaran bahawa kanak-kanak keperluan
khas boleh diajar jika diberi perhatian.
4. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA
4.1 Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat
Michale ialah seorang kanak – kanak Autistik yang berjaya mendapat
anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan menengah. Beliau telah
memasuki university dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan kini bekerja
walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang
kurang upaya yang berjaya akibat daripada kelulusan undang – undang terkenal pada
tahun 70an. Pada 29 November 1975, Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan
Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk semua
Kanak – Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang –
undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur tiga hingga dua puluh
satu tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekiratan yang seberapa
boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang – undang ini
6
memberi kuasa kepada negeri – negeri (Amerika Syarikat terdiridaripada 50 negeri)
dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak –
kanak dan belia kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang – undang ini,
kanak – kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama kanak – kanak normal.
Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak – kanak itu melampaui dan
didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas.
Setiap sekolah disediakan dengan seorang guru pendidikan khas.
Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini
dipanggil Akta pendidikan Individu Kurang Upaya (Individu with Disabilities
Education Act, Publiv Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA.
Undang – undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya
dilindungi. Antara yang ditekankan ialah :
Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai
kepada kanak – kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate
public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke
atas kanak – kanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai
oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada system percukaian negara yang
kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak - kanak ini.
Pendidikan bagi kanak – kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang
tidak menghalang mereka untuk berkembang (Education children in the least
restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada
pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam perlaksanaan
pendidikan khas. Kanak – kanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam
biasa dan di dalam kelas kanak – kanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini
dikenali sebagai pendidikan inklusif.
Kanak – kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak
diskriminasi dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination in
testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun
dengan terlaksananya undang – undang ini penilaian ke atas kanak – kanak
hendaklah mengambil kira ciri –ciri yang ada pada kanak –kanak khas dan
hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.
7
Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang
mempunyai kanak – kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan
menentukan perkembangan pendidikan untuk anak – anak mereka. Hal ini
tidak diberikan penumpuan sebelum ini.
Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru
pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu
bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini
bagi membolehkan guru merancang apakah yang hendak dicapai oleh murid
khas dalam satu – satu jangka masa tetentu semasa kanak – kanak khas ini
bersekolah dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak –
kanak khas. Dalam hal ini konsep koloboratif dalam pendidikan diamalkan
iaitu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru
terlibat sama dalam merancang pendidikan murid – murid khas.
Sebelum IDEA, ramai kanak – kanak seperti Michael tidak diberi peluang
pendidikan. Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak – kanak
kurang upaya pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri – negeri di Amerika Syarikat
mempunyai undang – undang yang tidak membenarkan kanak – kanak pekak, buta,
kecelaruan emosi atau kerencatan mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana
IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200 000 bayi dan kanak –
kanak kurang upaya pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira – kira 6.5 juta kanak
– kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi
keperluan mereka. Lebih ramai pelajar yang kurang upaya menghadiri sekolah di
kawasan perumahan masing – masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka.
Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah
berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain.
IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak –
kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga
konsep pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan dan
ibu bapa yang mempunyai kanak – kanak khas dilibatkan sama dalam perancanagan
keperluan pendidikan anak – anak mereka. Di samping itu konsep koloborasi dalam
pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk
8
kepentingan masa depan kanak – kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan
asas panduan dan pelaksanaan pendidikan di sesetengah Negara lain.
4.2 Pekembangan Pendidikan Khas di Britain
Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak – kanak Cacat
Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.
Laporan Warnock yang diumumkan pada thun 1978 banyak mempengaruhi
perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan –
cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun – tahun
berikutnya.
Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukan, konsep pendidikan untuk kanak
– kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak – kanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka
daripada bergaul dengan kanak – kanak normal. Laporan ini menekan kepada konsep
pencampuran di antara kanak – kanak berkeperluan khas dengan kanak – kanak
normal yang dikenali sebagai integrasi atau inklusif diperluaskan. Konsep integrasi
atau inklusif menekan bahawa kanak – kanak berkeperluan khas perlu belajar di
sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak – kanak biasa. Dasar ini
dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan
kepada negara – negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta pendidikan
1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan
khas. Manakala akta kanak – kanak 1989 (Children’Act 1989) memperkukuhkan
perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.
Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak – kanak berkeperluan khas
yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep
koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam
pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli
psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut
pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan
berbahasa ke atas kanak – kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas akta ini
memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam
menentukan pendidikan kanak – kanak berkeperluan khas.
9
Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak – kanak berkeperluan
khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak – kanak
berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak – kanak normal dalam
sekolah dan kelas yang sama. Kedua – dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan
Akta Kanak – kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan –
cadangan dalam laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di
Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat
dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak
– kanak berkeperluan khas di Britain.
Pendidikan Khas secara sistematik di Malaysia bermula agak lewat berbanding dengan masyarakat di luar negara. Hal ini mungkin kerana kurangnya pendedahan atau tidak ada satu perlembagaan seperti Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142 yang lebih tersusun membela masyarakat istimewa ini. Walaubagaimanapun sejarah mencatat bahawa perkembangan pendidikan khas di negara ini bermula sejak tahun tahun 1920an dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Sebagai contoh untuk masalah penglihatan, sukarelawan-sukarelawan telah membuka Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926 dan untuk masalah pendengaran pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam di Pulau Pinang dan pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah) di Tanjong Bungah, Pulau Pinang pada tahun 1954.
Namun titik tolak kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia bermula apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 telah membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.”
Pernyataan ini telah menjamin pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Pendidikan ini akan diteruskan bermula daripada program intevensi awal sehingga mereka berjaya sebagai seorang individu yang berguna dan dapat melangsungkan kehidupan dengan berdikari. Melalui kajian ini program pendidikan khas di Malaysia adalah sama seperti negara-negara lain. Antara
10
pelaksanaan yang dijalankan adalah Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, program integrasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Selain itu, banyak badan-badan bukan kerajaan yang bersedia membantu menyediakan pendidikan untuk mereka.
Justeru, dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Khas telah diperjuangkan di negara-negara luar seperti di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Britain dan Jepun. Dalam memperjuangkan pendidikan khas, mereka menggunakan Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya, Individual with Disabilities Education Act, Public Law 94-142. Public Law ini turut digunakan di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas. Dalam masa 25 tahun, sejak Public Law diperkenalkan, perkembangan yang ketara berlaku dalam setiap negara dalam menyediakan program yang berkesan untuk intervensi awal dalam membantu mereka yang memerlukan.
Tuntasnya, meskipun perkembangan pendidikan khas di Malaysia bermula agak lambat berbanding negara-negara lain, namun dengan adanya pendedahan dan maklumat mengenai program yang dijalankan di setiap negara, kita dapat membuat rujukan dan penilaian sejauh mana kepentingan pendidikan khas di negara kita bagi membantu mereka yang kurang upaya. Malah, dengan tergubalnya Public Law dan IDEA yang membantu setiap negara dalam membentuk program pendidikan khas, nasib mereka yang bekeperluan khas terjamin dalam menikmati pendidikan dan kehidupan yang sempurna seperti masyarakat umum.
5. PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
5.1 Falsafah pendidikan Khas
Falsafah pendidikan khas mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan
biasa dan meliputi semua aspek pendidikan . Ia menyediakan perkembangan optima
kanak-kana dengan keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan,boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri,
boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat
5.2 Visi Pendidikan Khas
Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-murid
Dengan Keperluan Khas Ke Arah Kecemerlangan Hidup Sejajar Dengan Hasrat
Falsafah Pendidikan Negara.
11
5.3 Misi Pendidikan Khas
Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-murid Dengan
Keperluan Khas Untuk Menjadikan Mereka Insan Yang Berdikari, Berjaya Dalam
Hidup, Dan Memberi Sumbangan Bakti Kepada Masyarakat Dan Negara.
5.4 Objektif Pendidikan Khas
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan
keperluan khas.
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid dengan
keperluan khas.
Menyediakan peluang untuk mencungkil bakat terpendam dan
mengembangkan potensi murid dengan keperluan khas.
Menyediakan bahan pengajaran yang mencukupi dan terkini.
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dalam bidang Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-
murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai
bulan Julai, 1962. Di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan
Inklusif, iaitu murid-murid yang bermasalah tersebut belajar bersama murid-murid
normal di dalam kelas yang sama (Sang, 2000). Mereka diajar oleh guru yang sama
tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas.
Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau kurang
upaya pendengaran (hearing impairment), (ii) bermasalah atau kurang upaya
penglihatan (visual impairment), (iii) bermasalah pembelajaran (learning disabilities),
(iv) bermasalah kerencatan akal (mental retardation), (v) bermasalah tingkah laku
atau emosi (behavioral disorders & emotional disturbance), (vi) bermasalah
pertuturan atau bahasa (speech or language impairment), (vii) bermasalah pintar-
cerdas (gifted & creativity), (viii) kurang upaya fizikal (physical disabilities), (ix)
bermasalah kesihatan (health impairment) dan (x) pelbagai masalah (multi-problem) .
Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan
kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan
12
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan
(developmental skills). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang
menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan dan
pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-
peringkat kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti
kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran
sosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran
matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran
keusahawanan, kebolehan penglihatan dan yang terakhir kebolehan pendengaran.
Pendidikan Inklusif telah dimasukkan dalam SKU KP. Rujukan: Bil.6 SKU
Kementerian(m.s. 22) : Sasaran Tahun 2000; 6.1 "Mengintegrasikan pelajar yang
mempunyai keperluan khas di sekolah biasa". Menurut Jabatan Pendidikan
Khas(1998), Kementerian Pendidikan dalam usaha menyediakan perkhidmatan
pendidikan, sentiasa merancang, melaksana dan menilai segala aspek pengurusan
pendidikan supaya apa yang dilaksanakan dan dihasilkan adalah bernas, mantap dan
berkesan. Dalam usaha ini dan sehubungan dengan pendidikan bagi murid-murid
dengan keperluan khas, Kementerian Pendidikan sedang berusaha bagi melaksanakan
Pendidikan Inklusif secara meluas dan sepadu. Pada masa sekarang, sebilangan besar
murid-murid khas bermasalah penglihatan adalah ditempatkan di kelas-kelas normal
dengan diberi bantuan dan sokongan mengikuti pembelajaran dalam kelas oleh guru
resos khas.
Murid-murid khas bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran
yang mampu mengikut kurikulum biasa juga diberi peluang belajar dalam kelas yang
sama dengan rakan sebaya yang normal mengikuti kesesuaian pencapaian mereka.
Ada di antara mereka yang ditempatkan dalam inklusif setting secara total telah
membuktikan kejayaan yang amat cemerlang. Adalah diakui bahawa untuk
melaksanakan sepenuhnya pendidikan inklusif memerlukan pemikiran yang
mendalam, usaha yang gigih, komitmen yang jitu dan semangat yang kental.
Pelaksanaan inklusif secara menyeluruh memerlukan sekolah biasa menerima
murid berkeperluan khas tanpa syarat. Sekolah perlu mengubahsuai iklim
persekolahan supaya serasi dengan murid-murid khas. Sebagai contoh, jika murid-
murid khas memerlukan penguasaan kemahiran menulis dalam Braille, pihak sekolah
13
perlu mengusahakan supaya murid tersebut mendapat kemudahan alat taip brailler dan
guru yang boleh mengajar kemahiran tersebut.
Untuk melaksanakan inklusif secara menyeluruh di Malaysia adalah sukar
kerana amalan persekolahan sedia ada. Secara pelaksanaan , program inklusif yang
diamalkan di Malaysia adalah mirip kepada konsep integrasi berfungsi (functional
integration). Pelaksanaan inklusif di negara ini dibuat dengan dua cara:
i. Inklusif sepenuhnya : Murid-murid berkeperluan khas belajar bersama-
sama dengan murid-murid biasa sepenuhnya di dalam kelas yang sama.
ii. Separa inklusif : Murid-murid berkeperluan khas belajar dengan
murid-murid biasa bagi subjek-subjek yang tertentu sahaja.
Satu daripada Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada
tahun 2000 (Kementerian Pendidikan : Rujukan Bil.6. SKU Kementerian Pendiidkan :
m.s.22) ialah:
“6.1. Mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah
biasa:;
Dalam erti kata lain melaksanakan inklusif seperti yang telah dipersetujui
dalam Pernyataan Salamanca (1994). Golongan pendidik yang akan memainkan
peranan penting dalam menentukan kejayaan Program Inklusif asalah guru-guru kelas
biasa kerana merekalah yang akan melaksanakannya. Justeru itu, sikap guru-guru
kelas biasa terhadap pelaksanaan inklusif amat penting sekali. Jika mereka bersikap
positif terhadap pelaksanaannya, mereka akan berusaha untuk menjayakannya. Jika
mereka bersikap positif, sebaliknya akan berlaku.
5.5 Pendidikan Masalah Pendengaran
1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954 Pembukaan Sekolah Kanak -Kanak Pekak persekutuan (Rendah
Menengah),Tanjon Bunga, Pulau Pinang
1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat
Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolahrendah dan sekolah
menengah biasa yang dipilih.
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab.
1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk
menggubal sistem
14
Bahasa Melayu Kod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kebangsaan
Komunikasi Seluruh Kementerianpendidikan
1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah
pendengarandalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan
Jawatankuasa KebangsaanKurikulum Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional, KementerianPendidikan
1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,
KementerianPendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku
Pendidikan IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama
IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa
MalaysiaKod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod
Tangan PendidikanVokasional dan Teknikal.
1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam.
5.6 Pendidikan Masalah Penglihatan
1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di
Melaka
1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh
JabatanKebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut
Berasrama Pusat LatihanGurney ± Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di
sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di
sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di
MaktabPerguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu
untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
15
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan
sebagai sekolah bertaraf penuh
1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya
bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille
khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille.
5.7 Program Percantuman/Inklusif
1962 Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah
pembelajaran
1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah
di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), KualaLumpur
1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah
sekolah diseluruh negara.
1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
5.8 Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas
Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi
setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang
menekankan
Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian
khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada
pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu
dalam sistem pendidikan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1959, telah
mengisytiharkan Hak Kanak-kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak
kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan
16
bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal
yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam
AktaPelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa
“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas
untuk murid-murid yang kurang upaya”
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada
satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas
di Malaysia. Perakuan ini menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan
hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari
pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu
penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-
kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30
Jun1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian
untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak
kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian
Pendidikan ialah Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat dan
Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan
Tanggungjawab Kementerian Pelajaran terhadap pendidikan kanak-kanak
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat
Terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal
sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
Tanggungjawab Kementerian Kesihatan
Mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan
dalam keadaan berisiko.
17
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan
1996.Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta
tersebut yang menyarankan bahawa:
Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak
sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri dikehendaki
membuka atau menubuhkan kelas jika ada permintaan daripada masyarakat.
Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan
tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan
khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan
bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.
Subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:
Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan
murid yang menerima pendidikan khas.
Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikankhas
Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yangsesuai
bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.
Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas disekolah
khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau dimana-mana sekolah
rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
5.9 Jabatan Pendidikan Khas
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
yangdikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara.
Unitini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorangKetua
Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995,
Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khasyang statusnya
sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkanJabatan ini menjalankan
tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki olehnegara dan tuntutan masyarakat.
Visi, Misi dan Falsafah Jabatan PendidikanKhas. Permintaan ibu bapa yang
mempunyai kanak-kanak kurang upaya dankesedaran masyarakat terhadap
18
pendidikan khas juga menjadi faktor utamayang menyebabkan berkembangnya
pendidikan ini.
Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan
keperluan Khas.
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar
dengan keperluan khas.
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar
dengan keperluan khas.
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yangmencukupi dan
terkini.
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam
bidangpendidikan khas.Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai,
Jabatan Pendidikan Khasterbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit iaitu:
5.10 Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar
Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan
perkembanganpendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan
mengenaipendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan
membuatperancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.
5.11 Bahagian Pengurusan Sekolah
Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai,
mengeloladan menyelaras kurikulum dan kokurikum.
5.12 Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu
Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-
gurudanmemberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat
disamping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah,
dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).
5.13 Unit Pengurusan
19
Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan
melaluiperbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan
perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media
elektronik.
5.14 Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua
Pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran, bermasalah pendengaran danbermasalah penglihatan, ia diwujudkan di
sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik dan
vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.
5.15 Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah Pendidikan Khas ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Khas ,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan sekolah pula direkabentuk khas untuk
disesuaikan dengan keperluan kecacatan atau kekurangan murid. Populasi sekolah
terdiri daripada murid yang sama kecacatan atau kekurangan cotohnya kanak-kanak
pekak dan sekolah kanak-kanak buta. Dari segi kewangan, tenaga pengajar dan
peralatan pendidikan khas dibekalkan terus oleh Jabatan Pendidikan Khas.
5.16 Sekolah Pendidikan Khas Integrasi atau Percantuman
Sekolah Pendidikan Khas Integrasi atau Percantuman ditadbir terus oleh
Jabatan Pendidikan Negeri. Program ini terletak di sekolah harian biasa dan murid
belajar dalam bilik darjah yang berasingan daripada murid normal. Populasi sekolah
pula terdiri daripada murid-murid biasa dan murid berkeperluan khas. Murid khas
merupakan kumpulan minority iaitu sekitar 5 hingga 10 peratus daripada populasi
sekolah. Kewangan, tenaga pengajar dan peralatan khas dibawah pengurusan Jabatan
Sekolah.
Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun,
manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5tahun.
20
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah
atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan(Jabatan Pendidikan Khas,
2004, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan
dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran.Jumlah pelajar
di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbandingdengan 2236
pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran.Terdapat kira-kira 99
guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding
dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di
seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang
mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah
pendengaran dan 5% bermasalah penglihatan.
5.17 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usahaKementerian
Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. SelainKementerian Pendidikan,
pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagaiorganisasi, persatuan dan
badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaanatau NGO (Non-Governmental
Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata
tempat di negara kita. Peristiwa ‘TahunAntarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’
telah membuka mata pelbagaipihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas. Ekorandaripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi
menyedarkan ibu bapa danmasyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak
berkeperluan khas.Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas
yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang
memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikankepada
golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan
pendidikan khas ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik ( Spastic Children’s Assocation) yang
menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental diantara
umur 2-16 tahun.
21
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanakberkeperluan
Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awalbagi
kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak
diantara umur 6-16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation)
yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuanialah
kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam
pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom downdi merata tempat dalam
Malaysia
6. INTEGRASI
6.1 Pengenalan Integrasi
Integrasi adalah terminologi yang digunakan untuk menerangkan cara
menempatkan pelajar-pelajar atau kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelas-
kelas biasa untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya.
6.2 Takrif Integrasi
Dalam situasi pendidikan, Integrasi dijelaskan sebagai satu cara yang perlu
dilakukan dengan berhati-hati untuk menyatupadukan pelajar-pelajar berkeperluan
khas ke dalam situasi sekolah biasa dengan bantuan khidmat sokongan yang sesuai
dan perancangan yang teliti. Pada dasarnya, Integrasi hendaklah menghasilkan murid-
murid biasa dengan murid-murid berkeperluan khas ke arah situasi yang mewujudkan
perkongsian dalam penggunaan sumber dan peluang-peluang untuk belajar sepenuh
masa.
Integrasi dalam pendidikan juga membawa erti yang sama seperti
“Normalization” atau kelaziman hidup harian sebagai satu prinsip. Untuk
melakukankelaziman ini, pelbagai kemudahan perlu disediakan supaya mereka yang
berkeperluankhas dapat hidup sebagaimana mereka yang normal. “Normalization”
menekankan hak setiap individu yang cacat untuk mencorakkan keadaan hidupnya
sendiri sebagaimana atau sedekat mungkin kepada cara hidup mereka yang normal di
22
dalam masyarakat setiap hari.Integrasi melibatkan semua kanak-kanak berkeperluan
khas.
Ini termasuklah mereka yang bermasalah deria, kanak-kanak yang mempunyai
masalah fizikal, kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran, mereka yang kini
ditempatkan di sekolah-sekolah khas atau di kelas-kelas khas dan juga kanak-kanak
yang mempunyai pelbagai kecacatan dan tidak diterima oleh si stem pendidikan di
masa kini.Integrasi tidak bermaksud murid-murid berkeperluan khas boleh
ditempatkan dikelas-kelas biasa secara automatik. Tahap “integrasi” bagi setiap murid
di dalam kelas-kelas biasa hendaklah ditentukan dari hasil perbincangan bersama oleh
PengarahSekolah, Guru Besar, Ibubapa, Murid dan pakar penilai serta penasihat
seperti ahliPsikologi Pendidikan dan lain-lain kepakaran jika diperlukan
6.3 Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas Integrasi adalah istilah baru bagi Program
Pendidikan KhasPercantuman. Program ini adalah satu program yang menempatkan
murid khas di kelaskhas di dalam sebuah sekolah biasa. Pentadbiran program ini
adalah di bawah pentadbiran sekolah. Walau bagaimanapun seorang penyelaras
program yang bertindak sebagai ketua dilantik bagi mengendalikan program
ini.Terdapat tiga kategori Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu
ProgramPendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan
Khas IntegrasiBermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi
BermasalahPembelajaran.Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan program
integrasi ini adalahuntuk mengintegrasikan murid khas dan murid normal, namun
Zarin Ismail, Safani Baridan Soo Boon Seng (2004) mendapati integrasi sosial di
kalangan murid khas dan muridnormal pada tahap yang rendah atau minima.
Manakala peluang bagi mereka bersama semasa di luar bilik darjah adalah terhad dan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolahkurang memberi tumpuan kepada murid
khas.
6.4 Rasional Pendidikan Integrasi
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk
menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka
23
secaramenyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi
pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan
untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambilkira aspek-aspek
seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan
penglibatan masyarakat.Dengan ini diharapkan pendidikan integrasi akan dapat
pengkongsian kemudahanserta alat-alat dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi
yang lebih positif antara pelajar- pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar
normal. Pengagihan perkhidmatan yanglebih adil dan pengagihan sumber yang lebih
meluas. Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas.
Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas menyesuaikan diri di
dalam masyarakat. Mengalakkan kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan
di dalam wawasan negara.
6.5 Matlamat Pendidikan Integrasi
Pendidikan Integrasi menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-
pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang
kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai
semuaaktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Ia juga
akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan
yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan
mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
menyumbang.Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan
melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-
kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang
menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, akhlak,nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli
masyarakat yang berguna dan berdikari.
6.6 Isu Pendidikan Integrasi
Sebagaimana yang telah dinyatakan, bentuk peruntukan pendidikan khas
setakat ini adalah melalui pengasingan kanak-kanak di sekolah atau murid-murid yang
24
dikenalpasti ke kelas-kelas khas di sekolah-sekolah khas. Akan tetapi, kelas-kelas dan
sekolah-sekolah tersebut hanya dapat menampung segelintir kanak-kanak
berkeperluan khas sahaja dan majoriti kanak-kanka dengan kecacatan atau keperluan
khas tidak mempunyai peluang untuk pendidikan. Oleh itu, untuk membuka peluang
pendidikan untuk semua, kedua-dua sekolah biasa dan sekolah khas perlu mengubah
pendirian dan peranan mereka. Sekolah-sekolah biasa perlu membentuk keupayaan
mengendalikan dan mengajar murid-murid dengan berbagai kebolehan dan ciri,
manakala sekolah-sekolah khas perlu bersedia untuk memainkan peranan yang baru
(Hegarty, 1990).
Di Malaysia kita mempunyai model integrasi (pencantuman) yang tersendiri,
di mana program pendidikan khas wujud di sekolah-sekolah biasa sama ada di bawah
satu pentadbiran berbeza. Mengikut model tersebut, integrasi yang berlaku adalah di
peringkat fizikal iaitu kanak-kanak kahs dan kanak-kanka biasa berkongsi bangunan,
padang sekolah dan kantin. Integrasi fizikal adalah satu bentuk integrasi yang paling
rendah atau asas. Integrasi sosial boleh berlaku di dalam keadaan integrasi fizikal
sama ada secara terancang, seperti pihak sekolah menyediakan aktiviti-aktiviti di
mana kedua-dua jenis kanak-kanak terlibat sepenuhnya; atau secara tidak terancang,
seperti pada masa rehat yang sama di mana kanak-kanak mengambil inisiatif sendiri
untuk bermain bersama-sama atau menolong antara satu sama lain. Bentuk integrasi
sepenuhnya melibatkan keadaan di mana proses pengajian pengajaran pembelajaran
adalah berasaskan kepada pengalaman yang dikongsi bersama
(instructional/pedagogical integration) oleh seorang guru dengan murid-murid yang
terdiri daripada kanak-kanak biasa dan kanak-kanak berkeperluan khas.
Di negara-negara maju, dengan adanya sistem dan peruntukan pendidikan
khas secara segrasi (pengasingan) yang telah lama bertapak telah menyukarkan usaha-
usaha integrasi. Di negara-negara tersebut seperti Germany, United Kingdom dan
Jepun, terdapat sistem dua selari di aman kedua-dua dasar segregasi dan integrasi
wujud. Negara-negara maju yang lain pula seperti Denmark, Norway dan Sepanyol
telah melaksanakan prinsip integrasi secara universal. Di negara –negara tersebut
kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas bersekolah di sekolah-sekolah biasa
yang berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing. Di sesetengah negara yang
lain pula terdapat pencanggahan di antara dasar bertulis dan amalan sebenar yang
berlaku. Di Itali, walaupun sekolah-sekolah khas ditutup pada tahun 1977 supaya
25
semua kanak-kanak khas di integrasikan ke sekolah-sekolah biasa, di dapati kanak-
kanak khas tersebut diintegrasikan ke sekolah-sekolah biasa, di dapati kanak-kanak
tersebut diintegrasikan di luar bilik darjah (Pijl & Meijer 1991). Ini bermaksud
bahawa kanak-kanak tersebut diajar di kelas-kelas berasingan daripada kelas kanak-
kanak biasa oleh pembantu-pembantu guru. Salah satu faktor yang menyebabkan
masalah tersebut timbul adalah kerana guru-guru biasa masih menganggap bahawa
bukan tanggungjawab mereka untuk mengajar kanak-kanak khas dan mereka kurang
bersedia baik dari segi latihan dan bahan-bahan untuk menangani tanggungjawab
tersebut. Dalam analisis dasar-dasar di Australia, Scandinavia dan di Amerika
Syarikat, dilaporkan bahaw birokrasi yang berlebihan dan persaingan untuk
mendapatkan sumber yang selalu dikaitkan dengan pendidikan khas telah
mengakibatkan pertambahan murid-murid yang dilabelkan sebagai kurang upaya
(Fulcher 1989).
Deklarasi Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua (World Declaration on
Education for All) d Jomtien, Thailand pada tahun 1990 telah memberi fokus kepada
usaha-usaha integrasi. Secara spesifik, Artikel 3.5 deklarasi tersebut menyatakan:
Keperluan pembelajaran warga kurang upaya memerlukan perhatian khas.
Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan peluang pendidikan
kepada setiap kategori orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan. (Terjemahan)
Pernyataan tersebut di atas memberi cabaran besar kepada negara-negara
terutama negara-negara membangun. Seterusnya dalam ‘Pendidikan Untuk Semua’
penekanan terhadap pendidikan inklusif. Konsep integrasi membawa andaian bahawa
kanak-kanak khas perlu membuat penyesuaian ke dalam sistem persekolahan yang
tidak menyediakan ganjaran untuk mengubahsuai, manakala konsep ‘inklusif;
bertujuan untuk menstrukturkan semula dan mengubahsuai sekolah supaya keperluan
pembelajaran semua kanak-kanak dapat dipenuhi kerana ciri-ciri inklusif adalah cara
yang paling berkesan untuk mencegah sikap mendiskriminasi, membentuk komuniti
yang mesra, membina masyarakat yang inklusif dan mencapai matlamat pendidikan
untuk semua; lebih-lebih lagi pendidikan inklusif menyediakan pendidikan yang
berkesan untuk majoriti kanak-kanak dan mempertingkatkan kecekapan dan
seterusnya keberkesanan kos keseluruhan pendidikan.
26
7. PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan inklusif merupakan satu daripada program yang disediakan bagi
pelajar-pelajar dengan keperluan khas sebagaimana yang telah termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996 (1998) dimana istilah ‘keperluan khas’ dan ‘pendidikan inklusif’
telah diperkenalkan. Pelajar-pelajar dengan keperluan khas bermaksud: “pelajar-
pelajar dengan masalah penglihatan atau masalah pendengaran atau masalah
pembelajaran”. Pendidikan inklusif diperkenalkan sebagai sebahagian daripada
kontinum perkhidmatan yang disediakan untuk pelajar dengan keperluan khas.
Satu perkara yang perlu diambil kira dalam perancangan pendidikan program
ini dijalankan dengan andaian sebagai satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan
pihak sekolah dan kementerian. Dalam program inklusif, perkhidmatan sokongan
yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas semasa berada dalam kelas
khas masih diteruskan malahan lebih banyak sokongan dan bantuan perlu diberikan
bagi membolehkan murid-murid ini berfungsi dengan sepenuhnya dalam bilik darjah
biasa.
Bab ini akan membincangkan beberapa kajian kes lepas yang berkaitan
dengan sikap guru terhadap penerimaan pendidikan inklusif. Kajian literatur yang
dipaparkan adalah perbandingan di antara kajian luar negara dan kajian tempatan.
Kajian lepas adalah penting untuk para pengkaji kerana ilmu pengetahuan baru
dibina atas ilmu pengetahuan yang lama. Ilmu pengetahuan yang lama pula berfungsi
sebagai satu asas kepada ilmu yang baru. Oleh itu, penyelidikan dijalankan untuk
menambah pengetahuan dan menerokai ilmu yang baru (Majid Konting, 1994).
7.1 Pendidikan Inklusif di Malaysia
Pendidikan inklusif di Malaysia bermula dengan penglibatan Malaysia di
dalam bengkel dan seminar di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh United
Nations di bawah terutamanya aktiviti di bawah UNESCO. Hasil daripada seminar
dan bengkel dalam pendidikan khas dan Pendidikan untuk Semua telah mencari jalan
keluar dalam menekankan perubahan daripada integrasi kepada inklusif.
Konsep inklusif beranggapan bahawa kelas aliran perdana boleh di struktur
semula dan diadaptasi supaya keperluan kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat
27
dipenuhi. Orientasi terhadap pendidikan inklusif ini adalah sebahagian daripada
agenda penting di dalam seminar di Sepanyol yang menghasilkan Slamanca Statement
on Principles, Policy and Practice in Special Needs Education (Zalizan, 1997).
Seminar ini diwakili oleh 92 negara termasuk Malaysia dan 25 buah pertubuhan
antarabangsa.
Di Malaysia, pendidikan inklusif telah diperkenalkan pada pertengahan tahun
1990 sebagai sebahagian daripada inisiatif pembaharuan yang memberi fokus kepada
pelajar berkeperluan khas. Akta Pendidikan 1996 menerangkan bahawa konteks
kebangsaan terhadap pendidikan khas adalah berdasarkan prinsip untuk
mengintegrasikan dan menginklusifkan pelajar-pelajar pendidikan khas yang berhak
untuk diberikan pengasingan apabila perlu (Akta Pendidikan 1996). Mengetahui
halangan untuk menjalankan program inklusif penuh, pelajar akan tergolong dalam
kumpulan tersebut berdasarkan tahap keupayaan untuk mengikuti pengajaran di
dalam kelas aliran perdana (Manisah, et. al, 2006). Di Malaysia, program inklusif
dijalankan di sekolah di peringkat rendah dan menengah di mana terdapat program
integrasi untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Satu daripada Wawasan Pendidikan Negara bagi alaf ini adalah ingin
membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dalam memenuhi aspirasi negara.
Oleh itu, dasar pendemokrasian dan liberalisasi pendidikan diamalkan. Dasar ini
mempunyai dua matlamat utama, iaitu memenuhi tanggungjawab sosial kerajaan
dalam bidang pendidikan dan peningkatan dari segi kualiti pendidikan (Mazlan 1995).
Dalam proses mencapai matlamat tersebut, kerajaan tidak pernah mengabaikan
Pendidikan Khas. Keprihatinan kerajaan jelas terbukti apabila pendidikan inklusif
telah diberi keutamaan. Dalam perancangan strategik Pendidikan Khas Wawasan
2020 (Kementerian Pelajaran 1995), Program Inklusif telah dimasukkan ke dalam
sasaran kerja utama Kementerian Pelajaran. Menjelang tahun 2000, salah satu sasaran
kementerian adalah untuk mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas di sekolah-
sekolah biasa.
Di Malaysia, terdapat tiga jenis program inklusif yang dijalankan di sekolah-
sekolah biasa. Ia dilaksanakan mengikut gabungan acuan New Zealand dan Australia.
Pertama ialah Program Inklusif Penuh di mana murid-murid berkeperluan khas
28
mengikuti sepenuhnya dalam kelas biasa dengan ditemani oleh seorang pembantu
guru (guru resos). Jenis kedua ialah Program Inklusif Separuh yang hanya melibatkan
murid-murid berkeperluan khas mengikuti kelas biasa, tetapi tidak sepenuh masa,
iaitu berdasarkan kepada mata pelajaran atau keperluan tertentu sahaja. Sementara
jenis ketiga ialah Program Inklusif Tempat (localized) yang dijalankan di kelas-kelas
khas yang ditempatkan di sekolah-sekolah biasa. Program Inklusif Separuh dan
Inklusif Tempat juga di kenali sebagai Program Integrasi atau Percantuman di negara
kita. Murid-murid berkeperluan khas menghadiri perhimpunan dan menggunakan
lain-lain kemudahan sekolah seperti kantin, tandas, perpustakaan, padang permainan
dan sebagainya bersama-sama dengan murid-murid lain yang normal (Lim Kheck
Gey,1997).
Program Pendidikan Inklusif mempunyai dua matlamat utama, iaitu memberi
peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama dengan murid
normal. Matlamat kedua adalah supaya murid berkeperluan khas dapat menyesuaikan
diri awal-awal lagi dalam aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan dalam
komuniti setempat. Ini bertujuan untuk menjadikan mereka lebih berupaya, mampu
berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang produktif. Manakala dari segi
tujuannya pula adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki yang
seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, kerjasama, bantu-membantu dan hidup
bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil
murid berkeperluan khas yang dibawa masuk (Mohd Siraj,1996).
Dari aspek kebaikan Program Pendidikan Inklusif pula secara teorinya ia dapat
memberi banyak faedah kepada murid berkeperluan khas dan murid normal.
Misalnya, ia dapat member peluang kepada murid berkeperluan khas berinteraksi
dengan rakan sebaya yang normal, sambil dapat mencungkil kemahiran bersosial dan
berkomunikasi. Sementara murid normal pula dapat menjadi individu yang penyayang
dan dapat menerima rakan sebaya yang cacat (Ang Huat Bin, 1999).
Namun, pada hakikatnya tidak semua faedah tersebut dapat dicapai dengan
mudah. Salah satu kekangan hebat ialah masalah integrasi sosial. Aliran penolakan
terhadap murid berkeperluan khas masih meluas. Bryan (1978), mendapati peratusan
murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah sosial adalah tinggi. Force (1956),
29
mendapati murid sekolah rendah lebih suka memilih rakan sekelasnya yang normal
berbanding dengan rakan-rakan yang cacat. Brown, Ragland dan Bishop (1989),
mendapati kanak-kanak pada tahap tadika sudahpun menyedari keadaan kecacatan
dan mereka lebih suka berinteraksi dengan rakan-rakan yang normal.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2004), program inklusif di
Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang signifikan di dalam (a) menyokong hak
kanak-kanak untuk mendapatkan keperluan pendidikan khas yang telah dikenalpasti
melalui akta dan undang-undang pendidikan serta hak-hak individu kurang upaya
untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama, (b) mengurangkan ketidakadilan
diskriminasi, dan (c) membangunkan kemudahan sokongan dan perkhidmatan untuk
individu berkeperluan khas.
Bagaimanapun, Sale et. al (1995) telah mengemukakan beberapa pertanyaan
yang meragui kesan-kesan positif terhadap pelajar masalah pembelajaran dalam kelas
inklusif. Pernyataan yang paling ketara yang mereka kemukakan ialah adakah dijamin
bahawa murid-murid khas bermasalah pembelajaran dalam pendidikan inklusif pasti
mendapat layanan yang adil dalam proses pembelajaran mereka. Tambahan pula
Fuchs dan Fuchs (1994) telah merumuskan bahawa proses pencantuman atau
penginklusifan pelajar-pelajar khas ke kelas-kelas pembelajaran biasa adalah satu
reformasi polisi yang paling sukar untuk mendapat persefahaman dan dilaksanakan.
7.2 Model- Model Pendidikan Inklusif
Menurut Heiman (2004) terdapat empat jenis model inklusif iaitu (a) in-and-
out, (b) dua guru, (c) Inklusif penuh, dan (d) penolakan inklusif. Di dalam kajian yang
dibuat beliau di United Kingdom dan Israel, Heiman (2004) menemukan bahawa
sebilangan besar guru berpendapat bahawa model inklusif in- and-out adalah lebih
berkesan kepada kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas. Mereka berpendapat
bahawa pelajar-pelajar ini akan mendapat kebaikan daripada dua jenis persekitaran
yang berbeza iaitu pengajaran khas yang diperlukan bersama-sama pelajaran biasa
dan interaksi dengan rakan sebaya di dalam penempatan biasa.
Model dua guru pula di mana dua orang guru mengajar di dalam kelas yang
sama dan salah seorang daripada mereka adalah guru yang terlatih di dalam
pendidikan khas akan menumpukan perhatian kepada pelajar berkeperluan khas.
Peratusan kecil guru-guru di kedua negara tersebut berpendapat bahawa pendidikan
30
inklusif penuh adalah model yang tepat untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.
Mereka berpendapat dengan sokongan tambahan dan kerjasama daripada guru dan
perkhidmatan yang disediakan di dalam sistem pendidikan, inklusif penuh boleh
berjaya dan bermanfaat untuk semua.
Sebilangan guru di kedua-dua negara telah menolak sistem pendidikan inklusif
sepenuhnya. Mereka berpendapat bahawa pelajar-pelajar berkeperluan khas lebih
bermanfaat jika mengikuti pengajaran di dalam kelas yang berasingan dan, mengikut
program khas supaya mereka dapat maju mengikut keupayaan mereka sendiri.
Mereka berpendapat model tersebut adalah lebih berkesan memandangkan pelajar
pendidikan khas di dalam kelas inklusif tidak mungkin akan dapat mencapai tahap
paras akademik seperti pelajar-pelajar di aliran perdana yang lain.
7.3 Peranan Guru di dalam Pendidikan Inklusif
Menurut Heiman (2004), murid boleh dimasukkan ke dalam kelas aliran
perdana berdasarkan diagnosis multidimensi termasuk ujian psikologi dan pendidikan.
Murid-murid biasanya menerima sokongan tambahan daripada guru pendidikan khas
di dalam kelas khas ataupun di dalam bilik sumber. Untuk menyediakan program
inklusif yang lebih fleksibel di dalam persekitaran yang kurang terbatas, pihak
sekolah perlu melatih lebih ramai guru aliran perdana untuk mengawal dan
mengendali murid-murid berkeperluan khas di kelas mereka. Guru perlu
menitikberatkan pencapaian akademik, sosial dan penyesuaian tingkahlaku murid-
murid kurang upaya di dalam kelas inklusif (Manisah et. al., 2006). Guru juga perlu
mempunyai peralatan dan kemahiran tambahan untuk mengendalikan masalah yang
berkaitan dengan sosial dan emosi yang turut berlaku di dalam program inklusif (Idol,
1997).
8. Rujukan
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan
Asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Yusuf (1995). Mengajar Bahasa kepada Pelajar-pelajar Pekak. Kuala
Lumpur. Dewan Bahsa dan Pustaka.
31
Ainscow, M (1997): Towards inclusive Schooling. British Journal of Special
Education. Vol. 24. No 1 (pp. 3-6)
Beh-pajooh, A (1992): The effect of social contact on college teachers attitudes
towards student with severe mental handicapped and their educational
integration. European Journal of Special Needs Education. Vol. 7. No. 2
(pp.87-103)
Bowman, I (1989): Teacher training and the integration of handicapped pupils: A
UNESCO study. In Jones, N (Ed). Special Educational Needs Review. East
Sussex. Falmer Press.
Clough, P and Lindsay, G (1991): Integration and the support service. Changing roles
in special education. United Kingdom. NFER NELSON.
Forlin, C (1995): Educators’ beliefs about inclusive practices in western Australia.
British Journal of Special Education. Vol. 22. No. 4 (pp. 179-185)
Jamila K.A. Mohamed (2006), Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa
KualaLumpur : PTS Professional. Publishing Sdn Bhd.
Mohd Salleh Lebar (1999). Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dalam Pendengaran.
Serdang: Universiti Putra Malaysia
Mohd Siraj Awang (1996). Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur: Fajar
BaktiSdn. Bhd.
32