fariza bt fauzi
Post on 10-Apr-2018
225 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/8/2019 fariza bt fauzi
1/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 1
Bil. Tajuk Muka surat
1. Sejarah lompat bergalah 1-6
2.Peralatan dan kawasan 7-13
3. Teknik lompat bergalah 14-24
4. Prinsip asas lompat bergalah 25-26
5. Peraturan dan penilaian 27-29
6. Aspek biomekanik 30-37
7. Bibliografi 38-39
8/8/2019 fariza bt fauzi
2/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 2
SEJARAH LOMPAT
BERGALAH
Dikatakan bahawa pertandaingan lompat bergalah yang pertama telah diadakan
kira-kira 2000 tahun yang lalu di Ireland. Bagaimanapun, ada pula buku yang mencatatkan
bahawa acara olahraga ini sudah pun menjadi acara sukan dan rekreasi masyarakat Greek
Kuno, walaupun acara ini tidak termasuk sebagai acara dalam Sukan Olimpik Kuno. Akan
tetapi tidak ada bukti yang dapat menguatkan dakwaantentang wujudnya acara ini,
sehinggalah pada abad ke-19. Pada pertengahan abad tersebut, lompat bergalah
dimasukkan ke dalam senarai acara Sukan Caledonia yang diadakan si bahagian utara
Kepulauan Inggeris setentang dengan Scotland kini.
Di Amerika Syarikat dan Britain turut diadakan pertandingan lompat bergalah pada
pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1830-an terdapat rekod lompat bergalah di Lake
District, walaupun tidak ada nama catatan pelompatnya. Tidak lama selepas itu Johan
8/8/2019 fariza bt fauzi
3/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 3
Amerika Utara iaitu Hugh Baxter menggunakan galah seberat 30 paun untuk melakukan
lompatan. Galah yang digunakan pada waktu yang lebih kurang sama di England, lebih
berat daripada galah tersebut.
ZAMAN GALAH BULUH
Pada peringkat awal lompat bergalah, pelbagai bahan digunakan sebagai galah
untuk lompatan. Apabila buluh digunakan untuk membuat lompatan,disebabkan buluh
ringan dan mudah dibawa,peserta berjaya membuat lompatan yang lebih tinggi.Ini terbukti
pada tahun 1883,apabila Hugh Baxter dari Amerika Syarikat berjaya membuat lompatan
setinggi 3.65 meter atau 11 kaki menggunakan galah daripada buluh.Peserta Amerika
Syarikat William Hoyt yang merupakan pemenang lompat bergalah dalam Sukan Olimpik
pertama tahun 1896 menggunakan galah buluh juga,telah mencipta teknik lompatan
baharu dengan menggerakkan tempat pegangan pada galah di bahagian bawahnya dan
berdekatan dengan bahagian tingginya ketika galah dipasakkan ke tanah. Teknik ini telah
diperbaiki oleh Raymond Clapp, sehingga peserta mampu melompat setinggi 3.62 meter
yang merupakan rekod dunia ketika itu. Galah buluh telah mendapat sambutan dari
seluruh dunia,pada peringkat awal abad ke-20. Pada tahun 1920-an, pelompat galahdaripada Jepun menggunakan galah daripada buluh daripada buluh yang boleh dilenturkan
ketika melompat. Untuk beberapa ketika, penggunaan buluh sebagai galah dalam lompat
bergalah menyebabkan perlumbaan untuk mencapai ketinggian yang lebih,sehinggalah
buluh digantikan dengan galah yang diperbuat daripada keluli.
ZAMAN GALAH DARIPADA KELULI
Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia. Kedua, galah daripada keluli
diperkenalkan, iaitu galah yang diubah suai daripada penggunaan aluminium, yang diuji di
Amerika Syarikat. Difahamkan, iaitu aluminium adalah ringan tetapi mudah patah. Oleh itu
penggunaan keluli dapat mengelakkan galah menjadi mudah patah atau retak. Galah keluli
8/8/2019 fariza bt fauzi
4/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 4
walaupun agak berat sedikit, tetapi mudah dibengkokkan menjadikan penggunaannya
amat sesuai untuk acara lompat bergalah ini.
Lama kelamaan penggunaan galah keluli ini didapati kurang sesuai lagi, khususnya
untuk peserta melakukan lompatan yang lebih tinggi. Ini menyebabkan para pengeluar
dan pencipta galah berusaha untuk menghasilkan galah daripada bahan lain yang mungkin
lebih baik. Maka terhasil pula galah yang dibuat daripada bahan yang lebih anjal yang
semernangnya lebih sesuai untuk acara ini. Orang yang bertanggungjawab terhadap
penciptaan barn ini ialah seorang jurutera Amerika, iaitu Richard Ganslen.
ZAMAN GALAH GENTIAN KACA
Zaman galah daripada keluli berakhir menjelang tahun-tahun 1960-an, dengan
penggunaan galah daripada kaca gentian secara lebih meluas ke seluruh dunia. Ini
bermakna galah yang digunakan kini adalah galah tiruan yang diperbuat daripada adunan
bahan yang menjadikannya lebih anjal dan tidak pula berat. Penggunaan galah baharu ini
menyebabkan lompatan yang dibuat oleh kebanyakan peserta lebih tinggi dari semasa ke
semasa. Galah tiruan ini membolehkan peserta memegang dengan kemas tanpa
menghasilkan tekanan dan kekuatan yang lebih. Kaedah melepasi palang lompat bergalah
juga turut berubah. Hasil ciptaan yang dilakukan dari semasa ke semasa menjadikan wujud
dua kaedah lompatan barn yang didapati amat sesuai dan digunakan hingga kini oleh
kebanyakan peserta lompat bergalah. Kedua-dua kaedah itu ialah jack-knife clan fly- away.
Dalam kaedah pertama, jack-knife, peserta dapat melonjakkan kedua-dua kakinya ke atas
sambil menolakkan badannya melepasi palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan
kedudukan keseluruhan badannya menegak dengan kaki ke atas. Dalam keadaan kedua
pula, peserta melakukan pergerakan badannya bersama galah dan melepaskannya dengan
kuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah ini adalah
lebih pantas dan badannya melepasi palang pada kedudukan hamper mendatar.
Penggunaan galah jenis ini diteruskan hingga kini dengan pengubahsuaiana
dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan galah terbaik bagi peserta dalam
8/8/2019 fariza bt fauzi
5/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 5
acara ini. Ketinggian lompatan terus meningkat sehingga menjadikan acara lompat
bergalah sebagai salah satu acara olahraga yang menarik serta mendapat sambuatan ramai
walaupun sukar bagi sesetengah orang.
LOMPAT BERGALAH PADA MASA KINI
Kini ternyata lompat bergalah merupakan salah satu acara olahraga yang diminati,
khususnya dalam perjumpaan olahraga dunia. Lebih ramai pula peserta olahraga yang
melibatkan diri dalam acara ini. Semakin tinggi pula rekod yang dicipta, termasuk rekod
dunia. Peserta dari Amerika Syarikat, Sweden, Perancis, Rusia dan China berlumba-lumba
membuat lompatan lebih tinggi daripada yang lain. Lompatan mereka yang kini melepasi
enam meter terns meningkat, dan berkemungkinan ada peserta yang mampu melompat
setinggi tujuh meter pula.
Di negara kita, acara ini kurang diminati malah sering tidak disenaraikan dalam
kebanyakan perjumpaan olahraga, sama ada diperingkat daerah ataupun negeri. Selain
merupakan acara khusus untuk lelaki, kurang pendedahan serta anggapan negatif terhadapacara ini adalah sebahagian daripada faktor atau penyebab acara ini kurang diminati.
Kekurangan jurulatih juga turut menjadi alasan utama kurangnya penyertaan dalam acara
ini di negara kita. Walaupun di peringkat Asia, keupayaan peserta negara kita masih jauh
di-bandingkan dengan peserta terutamanya dari China, Korea dan Jepun. Bagaimanapun, di
peringkat Asia Tenggara, peserta negara kita sering memenangi acara ini khususnya dalam
Sukan SEA.
8/8/2019 fariza bt fauzi
6/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 6
PERALATAN
8/8/2019 fariza bt fauzi
7/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 7
DAN
KAWASAN
GALAH
Merupakan peralatan asas lompat bergalah. Peserta boleh menggunakan galah
sendiri atau pun galah yang disediakan oleh pihak penganjur untuk mengambil bahagian
dalam satu-satu pertandingan. Galah terdapat dalm pelbagai ukuran iaitu antara 3.05
meter hingga 5.18 meter. Perbezaan dalam ukuran bergantung kepada peringkat umur,
jenis kejohanan dan kesesuaian peserta yang mengambil bahagian. Bagi mereka yang baru
menceburkan diri dalam acara ini, di nasihatkan supaya menggunakan galah yang
penjangnya hamper sama dengan ketinggiannya, manakala bagi mereka yang sudah
berpengalaman lebih gemar menggunakan galah yang lebih panjang daripada ketinggian
mereka.
Dalam pertandingan peserta boleh menggunakan galah sendiri dan semestinya
seorang peserta tidak dibenarkan menggunakan galah milik orang lain tanpa kebenaran
pemiliknya. Galah untuk lompat bergalah boleh diperbuat daripada sebarang bahan atau
campuran bahan yang sesuai, asalkan permukaannya licin. Galah ini boleh dibaluti dengan
bahan yang sesuai tidak lebih daripada dua lapisan pitda pelekat yang sama tebalnya. Galah
8/8/2019 fariza bt fauzi
8/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 8
hendaklah dijaga dengan baik dan diperiksa akan keadaannya sebelum digunakan dalm
pertandingan.
TIANG DAN PALANG
Dua batang tiang boleh diperbuat daripada sebarang bahan yang sesuai asalkan
dapat berdiri tegak. Jarak antara dua tinang ini hendaklah sekurang-kurangnya 4.3 meter
dan tidak lebih daripada 4.37 meter. Ketinggian tiang juga tidak ditentukan, tetapi biasanya
lebih kurang 7 meter dari bumi. Bagaimana pun dalam kejohanan atau perjumpaan
olahraga peringkat dunia, ketinggian tiang adalah bergantung kepada lompatan yang
dibuat peserta oleh yang demikian tiang boleh ditinggikan dan direndahkan.
Sebatang palang yang panjangnya mengikut jarak kedua-dua tiang diletakkan pada
kedua-dua tinag mengikut ketinggian lompatan. Bagaimanapun mengikut peraturan IAAF,
palang ini hendaklah antara 4.48 meter hingga 4.52 meter. Berat maksimum palang adalah
2.25 kologram. Palang ini hendaklah