kajian tindakan sulaiman

Upload: anonymous-kxtnhl7

Post on 02-Jun-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    1/44

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5 MENJAWAB SOALAN SAINSBAHAGIAN B MENGGUNAKAN TEKNIK MENGHAFAL DAN MENCONTENG

    SULAIMAN BIN MUSI

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

    2014

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    2/44

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5 MENJAWAB SOALAN SAINS

    BAHAGIAN B MENGGUNAKAN TEKNIK MENGHAFAL DAN MENCONTENG

    SULAIMAN BIN MUSI

    LAPORAN KAJIAN INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARATMEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

    2014

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    3/44

    PENGAKUAN

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

    satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tarikh: ________________________ ______________________

    (SULAIMAN BIN MUSI )

    (830426126165001)

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    4/44

    PENGHARGAAN

    Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia,

    Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya dapat juga sayamenyempurnakan kajian tindakan saya ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadaPuan Normadiah Binti Bokoh selaku penyelia kajian tindakan yang saya telah buat, ribuan terimakasih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan kajiantindakan ini, selain itu beliau banyak meluangkan masa emasnya dengan penuh kesabaran untukmemberikan bimbingan dengan penuh dedikasi, nasihat yang bernas, menyumbang idea yang

    pelbagai dan meluas, memberikan kritikan yang kritis bagi sebarang penambahbaikan sertasokongan moral bagi perangsang untuk saya menyiapkan kajian tindakan ini. Terima kasih sekalilagi diucapkan kepada Puan Normadiah Binti Bokoh. Jasamu tetap akan dikenang.

    Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru besar saya Puan Sainum Binti Salioyang telah memberikan kerjasama dan kebenaran kepada saya untuk mengutip data di sekolah.

    Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu-bapa saya iaitu Encik Musi BinTanggah dan Puan Binin Binti Martin kerana mereka sentiasa menitipkan doa untuk keberkatandiri ini. Mereka juga telah menjaga dan mendidik saya menjadi manusia yang berguna. Selainitu, mereka juga menyokong saya dari segi rohani untuk saya istiqamah dalam menyiapkan danmenghasilkan kajian tindakan yang berkualiti.

    Setinggi-tinggi terima kasih juga saya rakamkan kepada keluarga tersayang, isteritersayang Puan Suria Binti Isa, puteri yang manja Aisyah Sofiyyah dan putera yang comel Adam

    Sofiy yang telah berada disisi saya semasa saya menghabiskan penulisan kajian tindakan ini.Mereka sentiasa menenangkan diri ini apabila tekanan melanda. Saya amat bersyukur keranamempunyai keluarga seperti mereka. Alhamdulillah.

    Saya juga ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yangsanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya amat perlukan dalammenghasilkan kajian tindakan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibatsamada secara langsung ataupun tidak. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amat sayahargai kerana tanpa bantuan dan sokongan dari anda semua kajian tindakan ini tidak dapatdisiapkan dan dilaksanakan dengan sempurna.

    Sekian, Terima kasih.

    SULAIMAN MUSI

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    5/44

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid tahun 5 dalam matapelajaran sains

    bahagian B dengan menggunakan teknik menghafal dan menconteng. Lokasi bagi kajian initerletak di sebuah sekolah rendah dalam daerah Kunak, Sabah. Seramai 20 orang murid yang

    terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan terlibat dengan kajian ini.

    Murid yang dipilih ini mempunyai tahap kognitif yang rendah tetapi boleh menguasai sesuatu

    pelajaran dengan bimbingan yang betul. Pencapaian murid-murid ini semasa menjawab soalan

    peperiksaan Sains kurang memberangsangkan. Justeru, saya memperkenalkan teknik menjawab

    soalan sains bahagian B dengan mudah bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep

    Proses Kemahiran Sains. Data-data yang diperolehi dianalisis secara membanding bezakan skor

    yang diperolehi murid melalui borang soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Keputusan analisis

    mendapati bahawa kumpulan sasaran telah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak

    20% semasa ujian pasca. Masalah yang ingin dibincangkan di sini adalah masalah yang sering

    dihadapi oleh sebilangan besar murid dalam mempelajari Sains. Murid-murid biasanya

    didedahkan kaedah pengajaran yang banyak meminta mereka untuk menghafal. Pada

    kebiasaannya murid menganggap guru adalah segala-galanya bagi mereka. Sikap beginilah yang

    menjadikan mereka pasif dan kurang berminat terhadap mata pelajaran Sains. Justeru itu, saya

    ingin mencadangkan penggunaan kaedah menghafal teknik untuk menjawab soalan subjektif di

    kalangan murid-murid dengan harapan dapat membantu mereka meningkatkan kefahaman

    konsep dan membuat hubung kait Kemahiran Proses Sains dengan topik yang dipelajari.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    6/44

    ABSTRACT

    This study aims to improve student achievement in science in 5 part B using memorization

    techniques and graffiti. Location for this study is located in a primary school in Kunak, Sabah. A

    total of 20 students consisted of 10 boys and 10 girls involved in the study. Selected studentshave low cognitive level but can capture a subject with the right guidance. Achievement of these

    students when answering exam questions lackluster Science. Thus, I introduce answering

    techniques with simple science part B to increase their understanding of the concept of Science

    Process Skills. The data were analyzed by comparing the contrast scores obtained pupils

    through questionnaires, pre-test and post-test. The results revealed that the target group showed

    a significant increase of 20% during the post-test. Problems to be discussed here is the problem

    faced by a large number of students in learning science. Students generally disclosed methods of

    teaching that many ask them to memorize. Often students think teachers are everything to them.

    Attitudes like this that makes them passive and less interested in the science subjects. Therefore,

    I would suggest the use of memorization techniques to answer subjective questions among the

    students in hopes of helping them to enhance their understanding of the concepts and correlated

    Science Process Skills with topics studied

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    7/44

    ISI KANDUNGAN

    PENGAKUAN ii

    PENGHARGAAN iii

    ABSTRAK iv

    ABSTRACT v

    SENARAI LAMPIRAN ix

    SENARAI RAJAH x

    SENARAI JADUAL xii

    BAB SATU : MASALAH KAJIAN

    1.1 Pernyataan masalah

    1.2 Persoalan Kajian

    1.3 Objektif Kajian

    1.4 Kepentingan Kajian

    1.5 Batasan Kajian

    1.6 Definisi Istilah

    1.7 Rumusan

    BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Kemahiran Proses Sains2.2 Teknik Menghafal dan Menconteng

    2.3 Sorotan Kajian

    2.4 Rumusan

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    8/44

    BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Reka Bentuk Kajian

    3.2 Sampel

    3.3 Instrumen

    3.3.1 Soal Selidik

    3.3.2 Ujian Pra

    3.3.3 Ujian Pasca

    3.3.4 Powerpoint Slaid

    3.4 Kajian Rintis

    3.5 Prosedur Pengumpulan Data

    3.6 Analisis Data

    3.7 Rumusan

    BAB EMPAT : ANALISIS DATA

    4.1 Dapatan Soal Selidik Awal

    4.2 Dapatan Soal Selidik Selepas Pengajaran dan Pembelajaran

    4.3 Dapatan Ujian Pra

    4.4 Dapatan Ujian Pos

    4.5 Rumusan

    BAB LIMA : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    9/44

    5.1 Rumusan Hasil Kajian

    5.2 Perbincangan Kajian

    5.3 Implikasi Kajian

    5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

    5.5 Rumusan

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

    SENARAI JADUAL

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    10/44

    No. Jadual Halaman

    Jadual 4.1 18

    Jadual 4.2 19

    Jadual 4.3 20

    Jadual 4.4 21

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    11/44

    SENARAI RAJAH

    No. Rajah Halaman

    rajah 2.4 11

    rajah 4.1 18

    rajah 4.2 20

    rajah 4.4 21

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    12/44

    BAB I

    MASALAH KAJIAN

    1.1 Pernyataan Masalah

    Kepentingan kemahiran proses sains dalam pengajaran sains di sekolah tidak dapat

    dinafikan lagi. Walaupun demikian kemahiran tersebut dianggap sukar untuk dilaksanakan

    dalam kalangan guru pengkhususan sains apatah lagi oleh murid. Ini dikukuhkan lagi dengan

    kebanyakan guru dan murid menunjukkan masalah dalam penguasaan kemahiran proses sains

    semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

    Menurut Martin, Sexton, Wagner, Gerlovish (1994), kemahiran proses sains dalam

    kalangan guru sekolah rendah sangat lemah. Kajian yang dijalankan di Barat Australia

    menunjukkan guru-guru sains lemah dalam penguasaan kemahiran proses sains dan kurang jelas

    kelihatan pelaksanaannya dalam pengajaran sains di sekolah rendah. Kelompangan dalam

    penguasaan kemahiran proses sains ini menimbulkan pelbagai masalah-masalah lain dalam

    pengajaran sains. Manakala Miller (1996) menyokong pendapat Willian dengan menegaskan

    bahawa kemahiran proses sains akan digunakan dalam pengajaran sains yang berkesan.

    Kemahiran ini juga merujuk kepada langkah. Prosedur atau aktiviti yang dirancangkan oleh guru

    kepada murid agar murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran.

    Pada umumnya, pencapaian penaakulan saintifik di sekolah rendah adalah pada tahap

    yang kurang memuaskan. Murid-murid kebanyakannya hanya menguasai kemahiran proses sainsasas seperti membuat pemerhatian dan pengelasan berbanding membuat inferens yang lebih

    sukar untuk dikuasai (Ismail, 2001). Keadaan ini seiring dengan situasi yang berlaku di sekolah

    pengkaji sendiri. Masalah ini dikesan ketika pengkaji memberikan soalan sains bahagian B

    kepada responden sebanyak tiga kali berturut-turut. Kebanyakan murid tidak dapat menjawab

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    13/44

    soalan sains bahagian B ini dengan tepat malahan ada yang hanya menyalin semula soalan

    tersebut.

    Menurut Tan dan Chin (2001), kemahiran proses sains di tahap yang lebih tinggi seperti

    kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa , mentafsir maklumat, membuat inferens,

    membuat hipotesis, mengawal pembolehubah, mendefinisi secara operasi dan mengeksperimen

    masih belum menjadi amalan dan budaya dalam pengajaran sains diperingkat sekolah rendah,

    malahan guru merasa was-was untuk mengeluarkan soalan yang mempunyai kemahiran proses

    sains di tahap tinggi ini.

    Berdasarkan kajian Mohd. Fadzil (2008) dalam peperiksaan sains peringkat UPSR, murid

    diuji dengan kemahiran proses sains asas dan proses sains bersepadu yang berteraskan ujian

    rujukan kriteria.Analisis yang dibuat mengikut Taksonomi Bloom ke atas soalan-soalan sains

    UPSR sejak tahun 1997 hingga 2001, sebanyak 68 peratus daripada soalan-soalan subjektif

    (bahagian B) UPSR merupakan soalan-soalan kemahiran proses sains yang beraras tinggi. Ini

    bermakna seseorang murid yang ingin mendapatkan gred A dalam matapelajaran sains

    hendaklah menguasai sepenuhnya kemahiran proses sains.

    Pada tahun 2013, pengkaji diamanahkan untuk mengajar sebuah kelas tahun 5 bagi

    matapelajaran Sains. Kelas tahun 5 ini merupakan kelas 3 tercorot daripada 4 buah kelas tahun

    5. Pengkaji selalu mengutamakan soalan-soalan sains bahagian B kerana dalam soalan ini tiada

    pilihan jawapan yang diberikan. Di sini pengkaji senaraikan beberapa soalan mudah yang selalu

    ditanya dalam soalan struktur bahagian B sains:

    Contoh soalan yang diberikan:

    i) Apakah tujuan penyiasatan ini?

    ii) Apakah pembolehubah dimalarkan?

    iii) Apakah pembolehubah dimanipulasi?

    iv) Apakah pembolehubah bergerakbalas?

    Semasa menyemak kertas lembaran kerja murid tahun 5 yang pengkaji ajar, pengkaji berasa

    sungguh terkejut dengan jawapan murid-murid tersebut. Semua jawapan yang diberi adalah

    salah, ada murid menyalin semula semua soalan di bahagian jawapan dan ada yang memberi

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    14/44

    jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan yang ditanya. Pengkaji dapati 85% daripada murid

    dalam kelas ini tidak menjawab sebahagian soalan yang diberi. Daripada 20 orang murid hanya 3

    orang sahaja dapat menjawab soalan dengan baik, selebihnya menjawab ala kadar. Apabila

    ditanya kenapa tidak menjawab soalan struktur bahagian B kertas 2 Sains, kebanyakkan murid

    menjawab mereka tidak tahu untuk menjawab. Sesetengah murid tidak dapat menjawab soalan-

    soalan mudah yang dikemukakan dalam kelas. Mereka akan membisu atau mendiamkan diri jika

    sesi soal jawab diajukan dan pengkaji terpaksa mengajar semula bagaimana untuk menjawab

    soalan itu. Untuk itu pengkaji mencuba menarik minat murid tersebut dengan penggunaan ICT.

    Penggunaan ICT melalui paparan slaid adalah lebih menarik dan dapat menimbulkan minat

    murid ( Suriani, 2010 ). Pengkaji memilih sekolah sendiri sebagai lokasi kajian kerana:-

    i Memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian khususnya menjalankan sesi

    pembelajaran dan pengajaran mengikut jadual sendiri.

    ii Guru pembimbing seorang yang dikenali, maka mudah dan senang untuk membuat

    perbincangan secara terbuka.

    iii Meningkatkan pencapaian murid di sekolah sendiri yang akan menyumbang kepada

    peningkatan peratus pencapaian pengkaji.

    1.2 Persoalan Kajian

    1.2.1 Adakah kemahiran menjawab soalan sains bahagian B tahun 5 dapat ditingkatkan

    dengan menggunakan teknik hafalan dan contengan?

    1.2.2 Adakah teknik hafalan dan contengan dapat menarik minat murid tahun 5 untuk

    menguasai matapelajaran sains?

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    15/44

    1.2.3 Apakah persepsi murid terhadap teknik hafalan dan contengan dalam

    pembelajaran dan pengajaran sains?

    1.3 Objektif Kajian

    1.3.1 Meningkatkan kemahiran menjawab soalan sains bahagian B tahun 5 dengan

    menggunakan teknik hafalan dan contengan.

    1.3.2 Membantu menarik minat murid untuk menguasai matapelajaran sains

    menggunakan teknik hafalan dan contengan dikalangan murid tahun 5.

    1.3.3 Meninjau persepsi murid terhadap teknik hafalan dan contengan dalam

    pembelajaran dan pengajaran sains.

    1.4 Kepentingan Kajian

    Kepentingan kajian ini terbahagi kepada tiga pihak iaitu kepentingan kepada murid, kepentingan

    kepada guru dan kepentingan kepada Kementerian Pendidikan.

    Kajian ini penting kepada murid yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam

    kemahiran proses sains. Murid mendapat tiga faedah iaitu dapat menguasai kemahiran proses

    sains dengan mudah dan dapat menjawab soalan sains bahagian B dengan menggunakan teknik

    hafalan dan contengan. Di samping itu murid dapat memupuk minat dalam matapelajaran sains

    dengan mempelajari sains menggunakan teknologi maklumat dimana, melalui slaid bergambar,

    bunyi yang menarik dan mudah diteroka akan meningkatkan motivasi murid untuk belajar sains

    (Suriani, 2010).

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    16/44

    Kajian ini juga penting kepada guru kerana dengan adanya kajian yang berfokus kepada

    mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains murid, maka guru boleh mengatur

    strategi, kaedah atau teknik yang sesuai boleh meningkatkan tahap kemahiran proses sains

    murid. Guru juga turut dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang kemahiran proses sains dan

    kaedah yang sesuai untuk disampaikan kepada murid. Dengan menggunakan teknik hafalan dan

    contengan ini mudah bagi guru untuk menerangkan cara menjawab soalan sains bahagian B

    dengan tepat. Apabila murid dapat menjawab soalan menggunakan teknik ini maka akan timbul

    minat mereka untuk menguasai matapelajaran sains ini seterusnya dapat meningkatkan

    pencapaian mereka dalam peperiksaan nanti. Rodziah (2006) menyatakan guru-guru memainkan

    peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar kerana kecekapan dan kemahiran

    guru sedikit sebanyak akan mempengaruhi pencapaian murid dalam kemahiran sains seterusnya

    mempengaruhi cara mereka menjawab soalan sains bahagian B.

    Kajian ini juga penting kepada pihak Kementerian Pendidikan secara tidak langsung. Ini

    kerana, murid yang berjaya adalah murid yang belajar dengan teknik dan kaedah yang tepat dan

    banyak didedahkan oleh guru-guru semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah,

    ini meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran proses sains. Oleh itu, hasrat

    kerajaan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran saintifik serta seimbang dari segi

    jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial dapat dilahirkan dan akan menyumbang sesuatu

    yang berharga kepada negara di masa akan datang khususnya dalam bidang pekerjaan nanti.

    1.5 Batasan Kajian

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    17/44

    Untuk mendapatkan kajian seperti yang dirancangkan, beberapa batasan kajian telah digariskan.

    Antara batasan kajian ini adalah seperti berikut;

    i Kajian ini hanya melibatkan murid tahun 5 sahaja dari sebuah sekolah di daerahKunak, Sabah

    ii Sampel kajian adalah terdiri daripada 20 orang pelajar sahaja. Terdiri daripada 10

    orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.

    iii Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian topikal yang

    mempunyai item-item soalan bahagian B. Kaedah yang digunakan ialah soal selidik

    iaitu ujian pra dan ujian pasca. Slaid Powerpoint menerangkan tentang teknik hafalan

    dan contengan.

    iv Kekangan masa menyebabkan kajian ini hanya terhad kepada sebuah sekolah sahaja

    dalam daerah Kunak, Sabah. Oleh sebab itu, kajian ini hanya sah kepada sekolah

    yang dikaji sahaja. Dari segi pemboleh ubah yang dikaji, kajian ini membataskan

    kemahiran menjawab soalan sains bahagian B menggunakan teknik hafalan dan

    contengan sahaja.

    1.6 Definisi Istilah

    i Kemahiran

    Keupayaan atau kecekapan melakukan sesuatu (Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini,

    kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menjawab soalan sains bahagian B dengan

    tepat.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    18/44

    ii Teknik

    Cara atau kaedah yang digunakan (Kamus Pelajar, 2008). Dalam kajian ini, teknik yang

    digunakan ialah teknik hafalan dan contengan. Responden akan didedahkan tentang

    teknik ini bagi menguasai kemahiran menjawab soalan sains bahagian B.

    iii Menghafal

    Membaca dan menyimpan sesuatu perkara dalam ingatan berulang-ulang sehingga tidak

    perlu untuk merujuk dimana-mana buku lagi ( Kamus Dewan Edisi Keempat ).

    Penggunaan perkataan menghafal dalam kajian ini merujuk kepada kunci kata yang perlu

    dihafal untuk menguasai kemahiran menjawab soalan sains bahagian B.

    iv Contengan

    Melakar atau menulis sesuatu di atas kertas atau permukaan ( Kamus Dewan Edisi

    Keempat ). Dalam kajian ini, penggunaan perkataan contengan merujuk kepada lakaran

    jawapan murid di atas kertas soalan sains bahagian B bagi membantu murid menguasai

    kemahiran menjawab soalan tersebut dengan mudah.

    1.7 Rumusan

    Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengatasi masalah murid tahun 5 dalam menguasai

    kemahiran menjawab soalan sains bahagian B yang dikendalikan dengan menggunakan teknik

    menghafal dan contengan. Seramai 20 orang responden terlibat dan kajian ini terletak di daerah

    Kunak, Sabah. Kajian ini penting kepada murid, guru dan pihak Kementerian Pendidikan.

    Terdapat juga beberapa batasan dan kekangan yang telah dihadapi oleh pengkaji sepanjang

    menjalankan kajian ini.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    19/44

    BAB II

    SOROTAN LITERATUR

    1.2 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

    Saya dapati terdapat masalah sesetengah murid yang sangat lemah dan tidak boleh

    menjawab soalan struktur bahagian B dengan baik. Mereka juga tidak dapat mengimbas kembali

    fakta-fakta penting yang telah diajar oleh guru mereka bagi sesuatu bab itu dengan berkesan.

    Akibatnya mereka tidak dapat menjawab soalan struktur dengan tepat dan betul. Kesannya

    didapati murid-murid ini tidak berminat menjawab soalan struktur bahagian B. Kajian ini

    berfokus kepada 20 orang murid tahun 5 Intan dari Sekolah Kebangsaan Kunak 1.

    Saya amat berkeyakinan bahawa sekiranya saya tidak membantu murid-murid menguasai

    bahagian B dengan segera maka lama-kelamaan mereka akan gagal dalam mata pelajaran Sains

    terutamanya dalam menjawab soalan struktur bahagian B dengan baik dan mereka akan hilang

    minat dalam subjek ini kerana menganggap ia adalah satu subjek yang sangat sukar untuk

    dijawab.

    Kajian ini berfokus kepada 10 jenis kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains yang

    diuji ialah mentafsir data, mengawal pembolehubah, pemerhatian, inferens, berkomunikasi,

    meramal, hipotesis dan definasi secara operasi, mengukur dan menggunakan nombor, perkaitan

    ruang dan masa, dan mengelas. Secara dasarnya, kertas soalan struktur bahagian B Sains UPSR

    memperuntukkan sebanyak 20 markah iaitu bahagian pengetahuan murid terhadap kemahiran

    proses sains. Jadi fokus kajian tindakan saya ialah bagaimana hendak dapat menjawab soalan

    struktur kertas Sains melibatkan kemahiran proses sains ini.

    Sasaran utama saya ialah 20 orang murid kelas 5 Intan sebagai sampel kajian sangat

    bertepatan kerana sebagai guru mata pelajaran Sains kelas 5 Intan, saya dapat berhubung secara

    langsung dengan mereka untuk mengapliksasikan kaedah yang saya perkenalkan.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    20/44

    Saya yakin dengan membantu murid-murid ini menguasai kemahiran proses sains, murid

    boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan mudah dan sekaligus dapat meningkatkan peratus

    kelulusan dalam mata pelajaran Sains.

    1.3 Kekangan Kajian

    Kekangan kajian ini adalah terhad kepada murid-murid sebuah sekolah rendah di Kunak,

    Sabah. Dalam kajian ini hanya murid kelas 5 Intan sahaja yang dipilih untuk kajian tindakan dan

    seramai 20 orang daripada muridnya diambil sebagai responden dan dipilih secara rawak. Ini

    menunjukkan bahawa sampel yang kecil atau tidak menyeluruh menjadi kekangan hasilkemenjadian hanya untuk 20 orang murid itu sahaja dan bukan keseluruhan murid tahun 5.

    Selain itu, masalah untuk mendapatkan dapatan kajian yang memuaskan juga dihadapi oleh saya

    kerana murid-murid yang terlibat kurang berminat dan kurang memberikan kerjasama untuk

    mengisi borang soal selidik dan kebarangkalian untuk mendapatkan jawapan yang sahih itu sukar

    (kebarangkalian untuk menjawab dengan jujur atau tidak dalam soalan kaji selidik). Seterusnya

    kekangan masa juga turut mempengaruhi batasan kajian. Ini kerana masa yang diperuntukan

    amat terhad dan menyebabkan pemerhatian tidak dapat dibuat untuk jangka masa yang lama.

    Penerapan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemampuan murid tahun 5

    Intan juga amat terhad dengan kekangan masa yang dihadapi. Tambahan lagi, murid-murid tahun

    5 Intan juga tidak mengingati fakta sains, itu adalah yang menjadi kekangan kepada kajian ini.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    21/44

    BAB 2

    2.1 Pengajaran dan Pembelajaran Sains

    Tindakan telah dilaksanakan dalam set induksi semasa pengajaran dijalankan di dalam

    kelas. Penerangan dan penjelasan terhadap soalan struktur bahagian B telah diberikan oleh guru

    sebagai langkah pertama. Sebelum memulakan aktiviti, guru menerangkan secara terperinci

    mengenai cara memahami sesuatu soalan berbentuk struktur dan memberi beberapa contoh yang

    relevan tentang tajuk yang diajar. Selepas itu, guru menunjukkan cara teknik menghafal dengan

    mudah.

    Teknik Hafaz

    1. Tujuan

    Untuk menyiasat hubungan di antara ___________________ dengan ____________________.

    2. Mengawal Pembolehubah

    PM : Pembolehubah dimanipulasi

    PM PBS

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    22/44

    PBS : Pembolehubah Bergerak Balas

    PMR : Pembolehubah dimalarkan

    PM PBS

    PM

    PBS

    2.3 Kemahiran Proses Sains

    Perlaksanaan kurikulum baru telah bermula sepenuhnya pada tahun 2003 untuk tahun

    satu dan tahun empat (sekolah rendah), tingkatan satu, tingkatan empat dan tingkatan enam

    rendah (sekolah menengah) dan matrikulasi. Perubahan dalam sistem pendidikan ini telah

    membawa kepada perubahan di dalam sukatan matapelajaran. Kurikulum baru sains ini

    menekankan tiga aspek major iaitu pemerolehan ilmu pengetahuan, penguasaan proses sains dan

    penerapan nilai moral dikalangan pelajar yang perlu diterapkan dalam setiap sesi pengajaran

    dan pembelajaran (PDP).

    Kebolehan mengaplikasikan kemahiran proses sains amat ditekankan di dalam kurikulum

    KBSR untuk subjek sains. Penguasaan kemahiran proses sains akan membantu pelajar untuk

    berfikir secara kreatif, kritikal dan proaktif dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu dapat

    dinyatakan bahawa kemahiran proses sains merupakan asas dalam mempelajari sains. Dalam

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    23/44

    sains sebelum menyatakan inferens, membuat hipothesis, melakukan ujikaji dan kesimpulan

    adalah penting untuk murid mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat. Jadi adalah amat

    penting bagi guru untuk mengajar murid bagaimana caranya untuk mengenal pasti dan mengawal

    pemboleh ubah dengan betul semasa menjalankan ujikaji untuk mendapatkan keputusan yang

    betul dan tepat.

    Di sekolah rendah, kemahiran proses sains adalah selalu diabaikan. Hackling dan Garnett

    (1991) menyatakan bahawa pelajar di semua peringkat sering menunjukkan peningkatan

    kemahiran seperti analisis, merancang dan menjalankan ujikaji. Beliau menyatakan bahawa

    membuat ujikaji bukan sekadar menggunakan alatan sebaliknya ianya adalah proses untuk

    menjana maklumat. Disebabkan itu kemahiran proses sains dan pembelajaran sains perlu

    diintegrasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Sains boleh dianggap sebagai logik atau cara untuk menyelesaikan masalah yang

    diperhatikan (Norris, S. P, 1984). Bagaimanapun sebelum menguasai kemahiran proses sains,

    kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan oleh sains. Ahli psikologi menyatakan

    sains ada satu proses atau cara untuk menghasilkan ilmu. Sebagai asas kepada tuntutan ini, guru

    yang mengajar disekolah rendah hendaklah dilengkapkan dengan kemahiran proses sains dan

    menekankan aktiviti yang bersifat berpusatkan alatan yang disesuaikan dengan keperluan murid.

    Salah satu daripadanya adalah melalui ujikaji Fair Test yang mudah.

    Dalam era globalisasi ini, masyarakat telah menuju ke arah kehidupan yang lebih

    kompleks dan pelbagai persoalan baru yang timbul. Kebolehan untuk mengusai kemahiran

    proses sains terutamanya mengawal pemboleh ubah, akan meningkatkankeupayaan dan

    kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri pelajar itu sendiri. Ini adalah kerana kemahiran

    proses sains bukan hanya bertindak sebagai sokongan untuk inkuiri-penemuan (inquiry

    discovery) tetapi juga memainkan peranan untuk mengkordinasi teori dan bukti (Kuhn 1993).

    Terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa terdapat segelintir guru yang tidak

    mengamalkan kurikulum KBSR secara berkesan seperti yang telah dirancang. Sebagai contoh,

    kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(2002) telah menunjukkan

    bahawa guru kerap kali terikat dengan kaedah pengajaran yang lama iaitu berpusatkan guru

    tanpa memberi peluang kepada pelajar menggunakan penglibatan domain pengetahuan, afektif

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    24/44

    dan juga psikomotor. Kebanyakan guru masih menggunakan kaedah tradisi dan dalam

    pengajaran sains, guru masih menggunakan papan tulis dan mendengar syarahan yang diberikan

    guru tanpa berpeluang mengaplikasikan apa yang mereka belajar didalam kelas.

    Oleh itu adalah amat penting bagi guru untuk menguasai 12 kemahiran proses sainsseperti membuat pemerhatian, mengklasifikasikan, mengukur menggunakan nombor, membuat

    inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan hubungan diantara masa dan ruang,

    menginterpretasi data, menyatakan operasi, mengawal pemboleh ubah, menyatakan hipotesis dan

    membuat eksperimen.

    2.4 Tindakan

    Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan secara kualitatif dan kuantitatif

    berdasarkan model Gelungan Tindakan Stephen Kemmis & Mc Taggart (1988).

    Rajah 2.4 : Model kajian tindakan Stephen Kemmis & Mc Taggart (1988).

    Peringkat 1 : Mereflek

    Kajian tindakan bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul. Oleh

    itu, saya telah melaksanakan satu tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

    murid. Saya memulakan kajian dengan membuat refleksi tentang sesi pengajaran dan

    Mereflek

    MerancangBertindak

    Memerhati

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    25/44

    pembelajaran serta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sesi pembelajaran. Pengumpulan

    awal data dibuat bagi mencari fokus utama dan tujuan kajian tindakan ini dijalankan.

    Peringkat 2 : Merancang

    Dalam melaksanakan kajian ini, saya menyusun beberapa tindakan terperinci agar dapat

    mengatasi masalah yang telah difokuskan.

    Peringkat 3: Bertindak

    Aktiviti 1

    1. Murid-murid diberi modul mudah dan menarik supaya dapat menarik minat mereka

    untuk membacanya.

    2. Murid-murid diberikan penerangan tentang cara-cara menjawab soalan bahagian B yang

    berbentuk struktur dengan menggunakan kata kunci key word

    3. Murid-murid didedahkan dengan cara-cara mudah untuk menggunakan kata kunci yang

    sesuai dalam menjawab soalan subjektif bahagian B.

    Aktiviti 2

    1. Murid-murid akan diajar tentang cara mudah untuk mengenalpasti pembolehubahmenerusi kata kunci dan jadual yang diberi menggunakan aktiviti Lekat dan Padan.

    2. Murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dan cuba meneka

    jawapan pembolehubah berdasarkan kata kunci dan jadual yang disediakan.

    Aktiviti 3

    1. Ujian akan diberikan kepada murid untuk menjawab soalan.

    2. Setiap murid diberikan satu set soalan berkaitan pembolehubah.

    3. Murid dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dalam tempoh masa yang

    ditetapkan iaitu selama 20 minit.

    4. Murid akan menggunakan kata kunci dan jadual yang telah dipelajari untuk menjawab

    soalan tersebut.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    26/44

    Peringkat 4: Memerhati

    Mengumpul segala data yang diperlukan menggunakan instrumen kajian yang telah

    dipilih iaitu analisis dokumen, borang soal selidik serta ujian pra dan pos untuk dianalisis. Data

    dianalisis melalui penulisan, penilaian, pengiraan peratus dan kemudiannya dipersembahkan

    dalam bentuk jadual dan graf. Pemantauan akan dijalankan untuk melihat keberkesanan kajian.

    2.5 Kajian Berkaitan

    Antara kajian-kajian yang pernah dilakukan ialah kajian mengenai teknik dan pendekatan

    untuk meningkatkan kemahiran murid-murid sekolah rendah dalam menjawab soalan bahagian B

    matapelajaran Sains. Kajian-kajian yang berkaitan adalah berfokus kepada cara untuk

    meningkatkan kemampuan dan penguasaan murid-murid dalam menjawab soalan di samping

    meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam matapelajaran Sains. Antara kajian-kajian

    yang pernah dilakukan adalah seperti yang terterea di bawah.

    Nor Shahirah binti Mokhtar & Hashim bin Salleh, (2013) dalam kajian tindakan

    meningkatkan penguasaan murid dalam menjawab soalan bagi pembolehubah manipulasi dan

    bergerak balas menggunakan kaedah Logik Parameter yang mana telah melaksanakan satu

    kajian secara menyeluruh untuk meningkatkan kemampuan murid dalam menjawab bahagian B

    matapelajaran Sains. Pendekatan yang dilakukan oleh mereka lebih kepada instrument analisis

    dokumen, temubual dan ujian pra dan pos. Kajian juga berfokus kepada meningkatkan

    pencapaian murid dalam subjek Sains serta meningkatkan minat murid dalam menjawab soalan

    bahagian B.

    Manakala Nur Zitra Hanim binti Pangat & Suriany binti Mat Noor, (2013) dalam kajian

    tindakan meningkatkan penguasaan kemahiran mengawal pembolehubah melalui penggunaan

    ZI6. Ka jian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengawal

    pembolehubah selain dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menjawab soalan bahagian B

    secara keseluruhannya. Pendekatan yang diguna pakai adalah melalui analisis dokumen, ujian

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    27/44

    pra dan ujian pos serta temubual. Demikian melalui teknik dan cara yang digunakan, pencapaian

    murid dapat ditingkatkan sebanyak 50%.

    2.6 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

    Mata pelajaran sains ialah satu mata pelajaran teras yang perlu diberi perhatian oleh guru

    dan pihak pentadbiran sekolah dalam pencapaian atau keputusan yang baik sebagai petunjuk

    kepada penguasaan murid bagi setiap topik. Semasa peperiksaan pertengahan tahun 2012,

    terdapat 10 orang murid yang gagal dalam mata pelajaran sains. Kebanyakan pelajar yang gagal

    tidak menjawab soalan berstruktur iaitu bahagian B. Dalam soalan bahagian B, terdapat beberapakemahiran proses sains yang perlu dikuasai oleh murid dengan menghafal dan memahami

    kemahiran tersebut. Antara soalan yang terlibat ialah , tujuan penyiasatan. Dalam menjawab

    soalan yang melibatkan kemahiran proses sains ini, kebanyakan semua pelajar daripada tahun 3,

    4, 5 dan 6 mempunyai masalah yang sama dalam kesukaran menjawab soalan bahagian B.

    Terdapat beberapa orang pelajar yang menghafal teknik menjawab soalan bahagian B tetapi tidak

    memahami maksud sebenar kemahiran proses sains. Terdapat juga sesetengah pelajar yang

    masih tidak memahami kehendak soalan. Mereka beranggapan bahawa soalan yang melibatkan

    penulisan adalah sesuatu yang rumit dan mereka tidak mahu menjawab soalan tersebut.

    Kesimpulannya, murid lebih suka menjawab soalan objektif, dengan hanya menandakan A, B, C

    dan D tanpa memikirkan jawapan yang perlu di tulis. Berbanding dengan soalan bahagian B

    yang berbentuk penulisan yang memerlukan mereka untuk berfikir. Mereka mengambil jalan

    mudah dengan tidak menjawab soalan atau menulis semula soalan.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    28/44

    BAB 3

    3.1 Reka Bentuk Penyelidikan

    Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci

    bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan

    dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran

    hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi

    membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji, dibawah

    menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan.

    3.2 Kumpulan Sasaran

    Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 20 orang murid, di mana10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Nama kelas yang dipilih ialah kelas 5

    Intan yang berumur 11 tahun. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga yang terdiri daripada

    murid-murid yang mendapat pencapaian sederhana bagi setiap mata pelajaran termasuk Sains.

    Kebanyakan pekerjaan ibu bapa murid-murid di sini terdiri daripada nelayan, buruh dan bekerja

    sendiri .

    Saya telah mendapatkan senarai nama murid dan maklumat tentang latar belakang untuk

    memudahkan saya menjalankan kajian ini. Kemudian saya telah mengkaji tentang permasalahan

    murid dalam sesuatu aspek itu dan cuba mencari jalan untuk meningkatkan tahap pencapaian

    mereka dalam mata pelajaran Sains ini. Oleh itu saya telah memilih untuk membantu murid

    dalam menguasai bahagian B yang berbentuk struktur. Saya telah menjalankan soal selidik

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    29/44

    terhadap murid tahun 5 Intan bagi mendapatkan gambaran dan maklumat yang jelas bagi

    membantu saya menjalankan kajian ini dengan berkesan.

    3.3 Kaedah Kajian

    Dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan kaedah soal selidik, melalui ujian pra dan

    pasca ke atas murid tahun 5 Intan. Borang soal selidik di berikan kepada 20 orang murid yang

    telah disasarkan. Soal selidik awal dilakukan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang

    dihadapi oleh murid tahun 5 Intan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

    Seterusnya, soal selidik yang kedua akan dilaksanakan pula setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran pengajaran dan pembelajaran pertama dan kedua dijalankan. Hal ini demikian

    untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut terhadap murid tahun

    5 Intan. Soal selidik ini adalah alat formal digunakan bagi memperoleh maklumat secara

    langsung daripada responden mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh penyelidik.

    Tambahan lagi, ujian Pra dan Pasca juga diberikan kepada murid tahun 5 Intan adalah

    untuk mengesan sejauhmana tahap penguasaan dan kefahaman mereka untuk menjawab soalan

    subjektif dalam matapelajaran Sains. Saya telah menjalankan ujian Pra kepada murid tahun 5

    Intan untuk menentukan dan melihat tahap pemahaman mereka tentang bahagian B. Ujian Pasca

    kemudian dijalankan selepas ujian Pra dan pengajaran dilaksanakan untuk membolehkan murid-

    murid menguasai kemahiran dalam menjawab bahagian B dan untuk melihat pencapaian murid

    dalam menjawab soalan bahagian B matapeljaran Sains.

    3.4 Kaedah Pengumpulan Data

    Kesemua data yang diperolehi daripada murid tahun 5 Intan melalui edaran borang soal

    selidik dan ujian pra dan pasca dikemaskini dan ditunjukkan dalam benyuk jadual bagi

    memudahkan penganalisian. Proses pengumpulan dan penganalisisan data bagi soal selidik yang

    dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item yang

    dikemukan.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    30/44

    3.5 Tempat Kajian

    Kajian ini dilakukan terhadap murid tahun 5 Intan Sekolah Kebangsaan Kunak I, iaitu di

    Kunak, Sabah.

    BAB 4

    4.1 Dapatan Soal Selidik Awal

    Sebelum membuat perancangan kajian, tinjauan awal dilakukan bagi mengumpulkan data

    tentang permasalahan yang timbul. Bentuk tinjauan awal adalah berdasarkan soal selidik. Murid-murid diberikan 10 soalan tentang permasalahan mereka dalam menjawab soalan Bahagian B.

    Bersama soal selidik diselitkan catatan supaya murid menulis sendiri masalah yang timbul

    (Rujuk lampiran A). Berdasarkan data dan maklumat soal selidik, didapati wujud beberapa

    masalah yang timbul. Antaranya ialah:

    Tiada penerangan yang cukup.

    Tiada penjelasan yang teliti tentang Bahagian B yang berbentuk struktur.

    Kurang pengajaran dan pembelajaran tentang teknik menjawab bahagian B ini.

    Guru hanya menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran secara teori.

    Guru kurang memberi contoh.

    Murid kurang berminat dalam mata pelajaran Sains.

    Berdasarkan soal selidik yang diberikan kepada 20 orang murid tahun 5 Intan, berikut adalah

    jadual hasil daripada soal selidik yang telah dibuat:

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    31/44

    Jadual 4.1 : Hasil keputusan soal selidik awal

    SKALA YA TIDAK

    Bilangan pelajar 18 2

    Peratus 90 % 10 %

    Berdasarkan kertas jawapan yang diberikan oleh murid-murid, terdapat seramai 90%

    murid atau 18 orang murid memberi jawapan tidak memahami Bahagian B yang berbentuk

    struktur. Oleh itu fokus kajian untuk kajian tindakan ini ialah untuk meningkatkan kemahiran

    murid-murid dalam teknik menghafal yang penting bagi sesuatu bab itu supaya mereka dapat

    menjawab soalan bahagian B dengan baik dalam mata pelajaran Sains.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    32/44

    Rajah 4.1 : Peratusan jawapan yang diberikan murid mengenai soal selidik awal.

    4.2 Dapatan Soal Selidik Selepas Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Setelah pengajaran dan pembelajaran pertama dan kedua dijalankan, murid-murid

    diberikan soal selidik tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan

    (Rujuk Lampiran E). Jadual berikut menunjukkan keputusan soal selidik.

    Jadual 4.2 : Hasil keputusan soal selidik selepas aktiviti pengajran dan pembelajaran

    Bil Perkara Bilangaanyang

    Bersetuju

    %

    1. Berminat akan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 17 85

    90%

    10%

    Soal Selidik Awal

    YA

    TIDAK

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    33/44

    2. Aktiviti ini membantu memahami Bahagian B yang

    berbentuk struktur.

    14 70

    3. Aktiviti ini membantu mereka teknik menghafal

    sesuatu fakta dengan mudah dengan menggunakankata kunci key words beserta gambar dan jadual.

    12 60

    Berdasarkan maklumat di atas seramai 85% murid meminati aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran untuk memahami Bahagian B. Seramai 70% pula bersetuju telah memahami dan

    boleh menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan mudah. Manakala 60% murid bersetuju

    dapat menghafal sesuatu fakta dengan mudah dengan menggunakan kata kunci beserta jadual /

    gambar dan ini telah membantu mereka menjawab soalan bahagian B.

    4.3 Dapatan Ujian Pra

    Ujian Pra telah dilaksanakan pada 20 Julai 2013 sebelum aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran dilaksanakan untuk menjawab soalan subjektif di Bahagian B (Rujuk Lampiran

    B) . Tujuan ujian ini dijalankan ialah untuk menentukan dan melihat tahap pemahaman murid

    tentang Bahagian B. Guru menyediakan 2 soalan struktur dan diskalakan menjadi 100% ( Rujuk

    lampiran soalan ujian pra).

    Jadual 4.3 : Keputusan dapatan ujian pra

    Peratus 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100Jumlah

    Pelajar

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    34/44

    Bilangan

    Pelajar1 16 3 - - 20

    Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 17 (84.5%) murid gagal menjawab

    soalan subjektif di Bahagian B. Ini bermakna hampir keseluruhan murid tidak memahami

    bahagian ini.

    Rajah 4.3 : Graf keputusan pencapaian murid dalam ujian pra

    4.4 Dapatan Ujian Pasca

    Ujian ini dilaksanakan selepas ujian Pra dan pengajaran yang dilaksanakan ialah untuk

    membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam menjawab Bahagian B ( Rujuk

    Lampiran D) . Berikut adalah hasil analisa pencapaian Ujian Pasca selepas pengajaran dan

    pembelajaran yang diadakan pada 24 Julai 2013:

    Jadual 4.4 : Keputusan dapatan ujian pasca.

    Peratus 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Jumlah

    Pelajar

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    0-20 21-39 40-59 60-79 80-100

    Pencapaian Ujian Pra

    Peratus

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    35/44

    Bilangan - 7 10 3 - 20

    Dari keputusan di atas didapati seramai 13 orang murid atau 64% telah memahami soalan

    pembolehubah berbanding semasa ujian Pra hanya 15% memahami pembolehubah. 7 atau 3%

    masih tidak memahami soalan pembolehubah.

    Rajah 4.4 : Graf keputusan pencapaian murid dalam ujian pasca

    BAB 5

    5.1 Perbincangan Masalah

    Terdapat perubahan yang positif dalam pencapaian murid. Mereka dapat memahami cara-

    cara menjawab soalan-soalan yang berbentuk fakta dalam Bahagian B dalam tajuk yang diberi.

    Mereka berani mencuba dalam memberikan jawapan dan mereka dapat mengenal pasti isi

    kandungan pengajaran dengan lebih efektif. Mereka dapat mengimbas kembali jawapan dengan

    mudah dengan mengingati kata-kata kunci berserta dengan gambar bagi menjawab soalan-soalan

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    0-20 21-39 40-59 60-79 80-100

    Pencapaian Ujian Pasca

    Peratus

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    36/44

    struktur yang telah diberikan walaupun mereka kurang arif dalam berbahasa Inggeris. Saya dapat

    melihat keyakinan yang wujud dalam diri mereka dan minat mereka untuk mencuba jawapan

    dalam matapelajaran Sains ini.

    Saya sedar bahawa pemahaman murid-murid mengenai sesuatu subjek dapatdipertingkatkan melalui cara pengajaran atau pendekatan yang lebih mudah difahami mengikut

    tahap kemampuan sesuatu kelas itu. Seseorang guru perlu menggunakan bahasa yang mudah dan

    teknik pengajaran yang berkesan untuk membantu murid-murid dalam pelajaran mereka.

    5.2 Punca Masalah

    Setelah diteliti dan diperhatikan saya mandapati ada beberapa faktor yang menyebabkan masalahini timbul di kalangan murid-murid tersebut.Ia adalah seperti berikut:

    1) Murid tidak menguasai kemahiran proses sains (KPS)

    Dalam matapelajaran sains terdapat benyak kemahiran proses sains seperti membuat

    hipotesis, mengawal pembolehubah, membuat inferens, membuat ramalan, mentafsir maklumat,

    kesimpulan dan juga lain-lain lagi. Oleh kerana murid tidak dapat memahami kemahiran proses

    sains mereka tidak dapat menjawab soalan bahagian B (subjektif).Ini adalah soalan-soalan

    berhubungkait dengan kemahiran-kenahiran yang dinyatakan tadi. Oleh yang demikian, murid

    harus memahami kemahiran-kemahiran ini untuk menjawab soalan tersebut.

    2) Murid tidak memahami kaedah guru mengajar

    Ada juga murid tidak faham kaedah guru mengajar. Ini adalah kerana murid yang

    mempunyai masalah ini terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran. Oleh yang demikian,

    mereka tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru melalui kaedah mereka tersendiri.

    3) Murid tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul.

    Murid juga boleh memahami konsep yang diajar tetapi yidak mengetahui kaedah atau

    cara menjawab soalan dengan betul.Murid tidak memahami apakah kehendak soalan dan

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    37/44

    bagaimana untuk menjawabnya. Dalam soalan bahagian B ini, tidak semestinya semua jawapan

    panjang malah, ada juga yang memerlukan satu perkataan sahaja untuk markah penuh.

    4) Murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari.

    Ada juga keadaan dimana murid faham sesuatu topik dengan jelas tetapi tidak tahu

    bagaimana cara untuk mengaitkan dengan soalan yang ditanya. Ini adalah dalam matapelajaran

    sains diajar konsepnya dan murid perlu mengaitkan soalan yang ditanya dengan konsep atau

    teori yang diajar.

    5) Murid tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah.

    Segelintir murid tidak dapat menjawab soalan bahagian B kerana mereka tidak boleh

    membaca ataupun boleh membaca tetapi lemah. Ini menyebabkan murid tadak tahu apakandungan soalan dan apa yang perlu dijawab.

    6) Murid tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan perkataan sains dalam

    bahasa inggeris.

    Ada pula murid yang tidak memahami istilah sains bagi soalan bahagian B seperti

    hipotesis, inferens, pembolehubah dan juga lain-lain lagi. Oleh kerana tidak memahami istilah

    murid keliru apa yang hendak dijawab.

    5.3 Cadangan Lanjutan

    Secara keseluruhannya, kajian tindakan menampakkan perubahan yang positif dalam diri

    pelajar dalam cara mereka memahami dan mencari jawapan bagi soalan-soalan yang berbentuk

    subjektif dalam tajuk yang diajar. Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru

    sains tentang bagaimana untuk membantu seseorang pelajar dalam menjawab Bahagian B yang

    berbentuk subjektif dalam tajuk Rantaian Makanan dan Siratan Makanan.

    Selain itu, penyelidikan ini juga dapat memberi pengalaman kepada penyelidik dan

    membantu penyelidik mencari cara pembaikan. Di samping itu, penyelidik juga dapat mengesan

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    38/44

    kelemahan dan kekuatan Pengajaran dan pembelajaran guru serta dapat meningkatkan lagi

    kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Walaupun penyelidik mempunyai tugas-tugas lain

    yang perlu dilaksanakan, namun penyelidik mempunyai keinginan yang teguh untuk

    memperbaiki kelemahan diri pelajar dan ingin membantu mereka mencapai prestasi yang tinggi

    dalam pelajaran. Penyelidik juga sentiasa bersemangat dan berfikiran positif dalam

    menyempurnakan tugas mereka sebagai pendidik dalam tempoh yang dirancangkan.

    Saya amat berharap agar dapat meneruskan penyelidikan ke gelung yang kedua pada

    masa akan datang dan akan cuba menerapkan dalam tajuk yang akan diajar. Diharapkan kajian

    ini akan memberi faedah kepada penyelidik sebagai tenaga pengajar yang bertanggungjawab

    untuk melihat kejayaaan pelajarnya dalam bidang sains dan teknologi.

    5.4 Rumusan

    Hasil Kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan

    menghafal teknik dan terus menconteng berjaya menarik minat murid dan meningkatkan prestasi

    Sains di kalangan murid. Kajian ini juga merumuskan bahawa apabila kaedah yang digunakan

    sesuai dengan keadaan semasa maka akan wujudnya minat yang tinggi dikalangan murid,

    walaupun murid itu berada di kelas hujung. Apa yang paling penting ialah para guru, ibubapa

    dan murid harus bekerjasama dalam menarik minat dalam mata pelajaran Sains. Teknik yang

    sedia ada sekarang ini mampu menarik minat murid dan jika ia ditambahbaikkan lagi

    sememangnya lebih memberikan kesan yang memuaskan.

    BIBLIOGRAFI

    Kerajaan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum:

    Kuala Lumpur

    Adnan Long, (2003). Meningkatkan Kemahiran Murid Membuat Pemerhatian Dalam Menjawab

    Soalan-soalan Berbentuk Inferen UPSR, Jurnal Bengkel Kajian Tindakan: Kangar

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    39/44

    Akmal Haji Mat Rata, (2003). Meningkatkan Kemahiran Mentafsir Maklumat Bentuk Pola

    Dalam Tajuk Menyiasat Alam Kehidupan Tahun 4K, Jurnal Bengkel Kajian Tindakan:Kangar

    Nasamalar Chitravelu, Saratha Sithamparam, The Soo Choon. 2005. ELT Methodology and

    Principles . 2nd

    Edition. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

    Poh Swee Hiang. 2003. Teacher Education Series, Pedagogy of Science 1: Science Curriculum .

    Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

    Poh Swee Hiang. 2003. Teacher Education Series, Pedagogy of Science 2: Science Teaching &

    Learning Strategies . Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

    Sopia Bt Md Yassin, Mohd Yatim B Dolir, Azizah Bt Ngah Tasr, Sawaibatullaslimiah Bt

    Jalaludin. 2006. Science Textbook Year 5 . Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Wright, Nebel. 2005. Student Lecture Notebook And Study Companion Environmental Science,

    8/e . Prentice Halls.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    40/44

    LAMPIRAN

    LAMPIRAN A

    Bilangan Responden

    Bil Bilangan Responden Jantina

    1 Responden 1 L

    2 Responden 2 L

    3 Responden 3 L

    4 Responden 4 L

    5 Responden 5 L

    6 Responden 6 L

    7 Responden 7 L

    8 Responden 8 L

    9 Responden 9 L

    10 Responden 10 L

    11 Responden 11 P

    12 Responden 12 P

    13 Responden 13 P

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    41/44

    14 Responden 14 P

    15 Responden 15 P

    16 Responden 16 P

    17 Responden 17 P

    18 Responden 18 P

    19 Responden 19 P

    20 Responden 20 P

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    42/44

    LAMPIRAN B

    Soal Selidik Awal

    Bil Soalan Ya Tidak

    1. Saya berminat dan suka belajar subjek Sains.

    2. Saya berasa Bahagian A dalam kertas Sains susah untuk

    dijawab.

    3. Saya berasa Bahagian B dalam kertas Sains susah untuk

    dijawab.

    4. Soalan yang paling susah bagi saya ialah bahagian menjawab

    soalan subjektif.

    5. Saya langsung tidak dapat memahami soalan-soalan yang

    berbentuk struktur.

    6. Saya tidak memahami cara menghafal fakta-fakta bagi

    menjawab soalan berbentuk subjektif.

    7. Saya tidak dapat memahami kehendak soalan dengan berkesan.

    8. Saya tidak dapat memahami nota-nota yang panjang bagi

    menjawab sesuatu soalan subjektif itu.

    9. Saya tidak tahu menulis jawapan dengan tepat kerana seringlupa fakta-faktanya.

    10. Saya tidak tahu menjawab soalan subjektif.

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    43/44

    LAMPIRAN C

    Soal Selidik Selepas Pengajaran dan Pembelajaran

    BIL SOALAN YA TIDAK

    1 Adakah anda suka dengan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran ini?

    2 Adakah aktiviti ini membantu

    anda memahami soalan subjektif?

    3 Adakah aktiviti ini membantu

    anda menghafal teknik-teknik

    yang penting?

    4 Adakah aktiviti ini membantu

    anda mendapatkan jawapan

    dengan mudah dan cepat?

    5 Adakah anda rasa menghafal

    dengan menggunakan kata kunci

    beserta jadual / gambar mudah

    untuk mendapatkan jawapan?

    6 Adakah anda yakin dengan

    menghafal teknik-teknik beserta

    dengan jadual / gambar

    memudahkan anda menjawab

    Bahagian B yang berbentuk

    subjektif?

    JUMLAH

    PERATUS

  • 8/10/2019 Kajian Tindakan Sulaiman

    44/44