noriana sulaiman _hbml1203

27
NORIANA SULAIMAN...HBML1203 DEFINISI FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU PENGENALAN Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Iaitu ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan,ramalan,sentimen atau falsafah. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu diberada di bawah cabang dan bidang Linguistik Deskriptif. Linguistik Deskriptif menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa itu digunakan dalam bidang fonologi,morfologi,sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu. Ia hanya membuat huraian tentang satu- satu bahasa itu dan tidak membuta perbandingan dengan bahasa- bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu. Misalnya Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan, diftong,sistem sukukata,perkataan,frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat perbandingan antara sistem ini dengan sistem bahasa Inggeris, bahasa Perancis,bahasa Jepun dan bahasa Cina. DEFINISI Bidang fonetik dan fonologi telah mengalami perkembangan yang amat panjang sebagai bidang khusus kajian bunyi bahasa umat manusia. Perkembangan kajian bidang ini 1

Upload: mohdradzlee77

Post on 15-Apr-2016

277 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

gdfgdf

TRANSCRIPT

Page 1: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

DEFINISI FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

PENGENALAN

            Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Iaitu ilmu yang

mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif iaitu

mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-

agakan,ramalan,sentimen atau falsafah. Fonetik dan fonologi  bahasa Melayu diberada di

bawah cabang dan bidang Linguistik Deskriptif. Linguistik Deskriptif menghuraikan

bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa itu digunakan

dalam bidang fonologi,morfologi,sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa

Melayu. Ia hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak membuta

perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut  sejarah bahasa itu.

Misalnya Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan,

diftong,sistem sukukata,perkataan,frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat

perbandingan antara sistem ini dengan sistem bahasa Inggeris, bahasa Perancis,bahasa Jepun

dan bahasa Cina.

DEFINISI

            Bidang fonetik dan fonologi telah mengalami perkembangan yang amat panjang

sebagai bidang khusus kajian bunyi bahasa umat manusia. Perkembangan kajian bidang ini

dilahirkan sejajar dengan perkembangan displin-displin lain dalam linguistik. Oleh itu

terdapat beberapa definisi mengenai fonetik dan fonologi yang diberikan oleh tokoh-tokoh

bahasa. Di bawah ini dinyatakan beberapa definisi atau pengertian serta pendapat tentang

fonetik.

1. Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana,1948:51) memberikan definisi fonetik

sebagai “ Ilmu yang menyelidiki penghasilan,penyampaian dan penerimaan bunyi

bahasa”.

2. Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai “ Fonetik mengkaji

bunyi bahasa dari segi penyebutan,pendengaran atau sifatnya...Fonetik amnya ialah

pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi”.

1

Page 2: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

3. Abdul Hamid Mahmood (2007:16) merumuskan bahawa “Fonetik mengkaji bunyi-

bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari

segi cara pengeluarannya,daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang

terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa”.

4. The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan  fonetik sebagai “The study and

classification of speech sounds”.

Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan pula dikaji dalam bidang

fonologi. Berikut ialah pandangan tentang definisi atau pengertian tentang fonologi.

1. F.Parker (1974: 112) memberikan pengertian fonologi sebagai “....suatu bidang yang

mengkaji sesuatu bahasa,iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan”.

2. Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61)memberikan definisi

fonologi  sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa

mengikut fungsinya.

3. Abdullah Hassan dalam bukunya ,Linguistik Am Untuk Guru Bahasa

Malaysia(1993:40) menyatakan bahawa “Fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang

berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”.

4. Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya, Linguistik Fonetik Dan Fonologi Bahasa

Melayu(2007:17) menyimpulkan fonologi sebagai “ Kajian terhadap fungsi-fungsi

bunyi bahasa”[1].

Kesimpulannya, berdasarkan  pendapat- pendapat  yang diberikan ini telah menjelaskan

tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik iaitu kajian mengenai bunyi-

bunyi bahasa. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu rentetan

bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu,

fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas

yang dimaksudkan di sini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang

ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya

diistilah sebagai fonemik.Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada:

1. Fonetik artikulasi

2. Fonetik akustik

3. Fonetik auditori.

2

Page 3: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

FONETIK AKUSTIK

            Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada

pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula

terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi fundamental(Fo),

intensiti dan durasi.Parameter-parameter ini,iaitu frekuensi fundamental(Fo) yang diukur

dalam unit Hertz(Hz),intentsiti dalam unit desibel(dB) dan durasi dalam unit saat(s)

mendukung fungsi makna-makna yang tertentu. Dari sudut pendengar,ketiga-tiga parameter

ini dipersepsikan sebagai kelangsingan bunyi,kelantangan suara dan kepanjangan.    Kesemua

yang terlafaz ini selari dengan  objektif komunikasi dan dapat dikatakan sering kali semua ini

terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga parameter

yang digunakan mendukung makna-makna yang tertentu. Norma-norma maknanya

ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa. Sebagai contoh bunyi em dalam bahasa

Melayu boleh menggantikan ya dalam ayat berikut :

Awak yang makan roti itu? atau

Awak yang pergi ke sana? dan sebagainya. Sebaliknya jika lafaz bunyi em yang diberikan

kepanjangan lafaz yang tertentu seperti :

emmmmm.........

            Maka jawapan ya kepada  soalan-soalan di atas kini tidak lagi berlaku. Jawapan em

tidak lagi dianggap bermakna emosi yang neutral . Hanya si pendengar dan si penutur yang

hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu. Dia

sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan makna yang tidak pernah tertulis dalam mana-

mana buku tentang fungsi-fungsi setiap ketinggian,kekuatan dan kepanjangan lafaz

bunyi.Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini menggunakan bacaan parameter ini bagi

mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku itu.

Grafik signal adalah seperti di bawah.  Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang

kandungannya terdiri daripada fitur-fitur prosodi seperti kelansingan,kelantangan dan

kepanjangan. Signalakustik ini boleh dianalisis dengan menggunakan program Praat bagi

mendapatkan bacaan parameter Fo. Selain itu, melalui program ini juga dapat diperlihatkan

bentuk spektrogram dan formannya.

3

Page 4: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

FONETIK ARTIKULASI

            Fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu

bunyi dilafazkan. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan

bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran udara yang tidak

bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi  sewaktu berlakunya sesuatu lafaz. Manakala

organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran

bunyi bahasa. Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan artikulator pasif. Organ

artikulator aktif ialah seperti lidah,bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Manakala artikulator

pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras.

           

Kajian ini melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,iaitu cara

penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan bunyi

yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan.

Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasi masing-masing.

Semuanya berbeza dan setiap satu menghasilkan perbezaan bunyi-bunyi yang diucapkan.

Organ artikulasi ialah organ yang digunakan untuk menghasilkan bunyi manakala daerah

artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan organ

dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan penamaan binyi-

bunyi seperti letupan bibir bersuara atau tak bersuara,sengauan bibir, geseran lelangit keras

bersuara atau tak bersuara, geseran gusi dan sebagainya. Secara terperinci, kita dapat melihat

grafik saluran vokal seperti berikut :

1 Bibir atas 11 Tengah lidah

2 Bibir bawah 12 Belakang lidah

3 Gigi atas 13 Akar lidah

4 Gigi bawah 14 Epiglotis

5 Gusi 15 Pita suara

6 Lelangit keras 16 Rongga tekak

7 Lelangit lembut 17 Rongga Hidung

8 Anak tekak 18 Rongga mulut

9 Hujung lidah 19 Rahang

10 Hadapan lidah 20 Tenggorok

4

Page 5: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

FONETIK AUDITORI

            Fonetik auditori pula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan

soalan “bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang beebeza”. Proses

yang yang terlibat dinamakan sebagai mendekod,yang melibatkan pendengar. Penutur

menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bbentuk kod-kod yang tertentu

seperti bunyi,kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak

bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung.

Kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi

tuturan seperti yang diklasifikasikan oleh pendengar. Persepsi pendengar kepada ujaran yang

terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya

mempunyai makna emosi tertentu. Dan makna emosi itu dapat dikatakan sebagai suatu kod

yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Lazimnya dalam

mendapatkan rujukan makna emosi ini,keabsahannya perlu dilakukan dengan menggunakan

kaedah soal selidik yang dinamakan ujian persepsi. Soal selidik ini perlu  dilakukan ke atas

penutur bahasa yang data bunyinya sedang dianalisis bagi menjamin ketepatan dapatan ujian

tersebut.

MATLAMAT ILMU  FONETIK DAN FONOLOGI

            Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai

kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna

bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Dengan mempunyai

ilmu berkaitan bidang ini , ia membantu pembakuan bahasa Melayu. Ini kerana  bahasa baku

berfungsi untuk menyatukan semua dialek dan variasi yang lain dan seterusnya menyatukan

semua daerah dan kawasan yang lain.Bahasa Melayu baku ini merupakan bahasa Melayu

yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan,ejaan dan tatabahasa. Bahasa

Melayu baku kini digunakan sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa pentadbiran

dan bahasa pengantar pendidikan. Bahasa Melayu baku yang berkait rapat dengan aspek

sebutan merupakan satu bahasa yang dapat menarik perhatian pelajar. Pelajar akan mudah

teransang pancaindera mereka dengan sebutan yang terang. Penyebutan bahasa Melayu baku

yang sempurna lagi mantap akan dapat memancarkan kesempurnaan dan memancarkan

kejituan dalam aspek tertentu.

Sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah

sangat releven kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap pembinaan dan pengayaan

5

Page 6: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

kosa kata dan struktur tatabahasa. Bahasa Melayu baku telah berupaya untuk menyampaikan

buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Bahasa Melayu baku berupaya untuk

menjadi pemangkin pengaliran ilmu di antara guru dan pelajar – pelajar. Dalam bidang

pendidikan pula, ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu guru-guru untuk

membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid yang gagap semasa

bertutur. Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk

mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan

sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama

melatih murid menguasai kemahiran tertentu.  Sebagai contoh, jika terapi pertuturan

dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya.  Murid

akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.Ia

membantu murid menghasilkan bunyi bahasa.  Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat

membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan

murid yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami

oleh orang lain.  Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi

bahasa yang lebih bermakna.

SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran

bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa

perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.  Kajian bunyi lazimnya

terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari

segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang

berfungsi  dalam sesuatu bahasa. Bidang fonologi ialah satu bidang yang mengkaji satu

daripada aspek terpenting dalam bahasa, iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut oleh kebanyakan

orang sebagai fonetik. Sebenarnya, antara fonetik dan fonologi terdapat perbezaan. Tugas

bidang fonologi sebenarnay adalah merumus, menghurai dan menjelas dengan teliti segala

bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang

tertentu.Salah satu pecahan kecil dalam bidang fonologi ialah fonem. Ahli-ahli bahasa telah

memberikan pelbagai definisi tentang fonem. Fonem merupakan bunyi-bunyi bahasa yang

dapat membezakan erti. Dalam bahasa Melayu terdapat 33 fonem. 24 fonem merupakan

6

Page 7: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

fonem asli dan sembilan fonem pinjaman. Daripada jumlah fonem asli itu, enam daripadanya

merupakan fonem vokal dan 18 fonem konsonan.

A) Bunyi-Bunyi Vokal

Pengertian Vokal

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada

paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan. Bunyi-bunyi vokal

mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Ini bererti bunyi-bunyi vokal boleh kita

dengar dengan jelas. la lebih panjang daripada bunyi konsonan. Terdapat beberapa takrif

tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar dengan sifat-sifat vokal

yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan daripada paru-

paru, Daniel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetica mengatakan:

“Vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan udara dari paru-paru keluar

berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh

menimbulkan bunyi-bunyi geseran.”

(Arbak Othman, 1983:54)

Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam A Course In Modern

Linguisti memberikan maksud vokal sebagai:

“Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada

arus udara. “

(Abrak Othman,1983:54)

Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-

bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.

Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga

mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi

konsonan. Dengan ini, peranan pita suara, bibir atas dan bawah, lidah, rongga kerongkong

dan rongga mulut mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan frekuensi yang tertentu.

7

Page 8: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Antara kriteria yang menentukan bunyi vokal ialah :

i. Bahagian lidah, iaitu lidah hadapan, tengah lidah dan belakang lidah.

ii. Ketinggian lidah dinaikkan.

iii. Kedudukan bibir sama ada bundar atau hampar.

iv. Luasnya bukaan rahang.

Jenis-jenis Vokal.

Vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

Vokal hadapan

Vokal tengah

Vokal belakang

Jenis vokal, lambang dan nama vokal dapat dilihat dalam rajah yang berikut:

Jenis vokal Lambang Nama vokal

Vokal Hadapan [ i ] [ e ]

[ e ] [ a ]

Vokal hadapan sempit Vokal hadapan

separuh sempit Vokal hadapan separuh

luas Vokal hadapan luas

Vokal Tengah [ә]

[ 3 ]

Vokal tengah pendek Vokal tengah

panjang

Vokal Belakang [ u ] [ o ] [

Vokal belakang sempit Vokal

belakang separuh sempit Vokal

belakang separuh luas

Bagi vokal [ e, 3 ] dan [ c ], tidak ada huruf yang khusus dalam system tulisan. Huruf

yang digunakan untuk melambangkan vokal ini ialah 'e' dan vokal [ כ] ialah huruf 'c'.

Vokal ini hanya wujud dalam dialek-dialek daerah.

Kedudukan vokal dalam bahasa Melayu boleh dilihat dalam gambar rajah bawah :

8

Page 9: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Kedudukan vokal bahasa Melayu

6.1.3 : Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Hadapan lidah dinaikkan tinggi tanpa memyentuh lelangit keras.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak dan menutup arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara.

Keadaan bibir hampar.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal sempit [ i ] seperti yang terdapat dalam perkataan berikut :

di hadapan di tengah di belakang

ikan [ ikan ] tipu [tipu] topi [topi]

itik [itek] pita [pita] padi [padi]

9

Page 10: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]

Hadapan lidah dinaikkan tanpa menyenyuh lelangit keras tetapi lebih rendah daripada vokal

hadapan sempit [ i ].

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus

udara ke rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru dapat menggetarkan selaput

suara.

Keadaan bibir hampar .

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh sempit [ e [ seperti dalam perkataan

berikut :

di hadapan di tengah di belakang

ekor [ ekor ] kekok [ kekok ] kole [ kole ]

elok [elok ] merah [ merah ]

10

Page 11: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Tengah Pendek [ә ]

Bahagian tengah lidah dinaikkan kearah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menyekat

arus udara ke rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya arus udara yang keluar dari paru paru dapat menggetarkan

selaput suara.

Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah pendek [ә] seperti dalam perkataan berikut::-

Dihadapan ditengah dibelakang

Empat[әmpat] pekak[pәkaך] -

Emak[әma?] temat[tәnat] -

11

Page 12: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Hadapan Separuh Luas [ ε ]

Hadapan lidah dinaikkan ke lelangit keras,tidak menyentuh lelangit keras,tetapi lebih rendah

daripada bunyi vokal hadapan separuh sempit [ e ].

Hujung lidah tercecah ke gusi dan gigi sebelah bawah.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus

udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak ke rongga hidung

Bibir di hamparkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan separuh luas [ ε ] seperti yang terdapat

dalam perkataan-perkataan berikut :

di hadapan di tengah di belakang

enak [ εna? ] belok [b ε כ l ] lode [ lod ε ]

esok [ εso?] katil [ kat ε l ] tempe [ temp ε ]

12

Page 13: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Hadapan Luas [ a ]

Hadapan lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras .

Anak tekak dan lelengit lembut menutup rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara.

Bibir dihamparkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan luas [ a ] seperti dalam perkataan-perkataan yang

berikut :

di hadapan di tengah di belakang

adik [ adi? ] mata[ mata ] saga [ saga ]

aku [ aku ] batik [ bate? ] bola [ bola ]

13

Page 14: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Belakang Sempit [ u ]

Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetepi

tidak mencecah lelengit lembut .

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak supaya udara dari paru-

paru dapat menggetarkan selaput suara

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput udara.

Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal belakang sempit [ u ] seperti dalam perkataan-perkataan

berikut :

Di hadapan di tengah di belakang

Ubat [ ubat ] sudu [ sudu ] pintu [pintu]

14

Page 15: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Unta [ unta budu

[ budu ] batu [ batu ]

Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke lelangit keras.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menyekat

udara ke rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya arus udara dapat menggetarkan selaput suara.

Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilakan ialah vokal separuh sempit [ o ] seperti dalam perkataan-

perkataan berikut:

Di hadapan Di tengah Di belakang

Otot [ ot?t ] tolak [ ola? ] koko [ koko ]

Otak [ ota? ] kekok [ kәko? ] pidato [ pidato ]

15

Page 16: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Vokal Belakang Separuh Luas [כ]

Belakang lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit lembut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menyekat arus udara ke rongga hidung.

16

Page 17: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Pita suara dirapatkan supaya arus udara-udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput

udara.

Bibir dibundarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal belakang separuh luas [כ ] seperti dalam perkataan-

perkataan berikut.

Di hadapan Di Tengah Di Belakang

Orang [rang כ] golok [g כ l כ k] teko [tek [ כ

Oleh [כ leh] bolot [b כ l כ t] soto [s כ t כ]

Vokal Tengah Panjang [з]

tengah lidah dinaikkan lebih tinggi dari keadaan semasa menghasilkan vokal separuh sempit.

Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara kerongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput suara.

Bibir dibundarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah panjang [з] seperti dalam perkataan-perkataan

berikut:-

Dihadapan ditengah dibelakang

- - daya[dajз]

- - usaha[usahз]

17

Page 18: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Bunyi-Bunyi Konsonan.

Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara. Ketika

tnengeluarkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan,

sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan

juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan

sengau, iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu. Proses ini dinamakan sengauan.

Konsonan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

i. Konsonan Melayu asli

ii. Konsonan pinjaman

Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli, iaitu:

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ].

Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].

Konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ].

Konsonan letupan gusi bersuara [ d ].

Konsonan letupan lelangit lembut tidah bersuara [ k ].

Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

Hentian glotis [ ? ] .

Konsonan letupan lelangit keras gusi tidak bersuara [ 6 ].

18

Page 19: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Konsonan letupan lelangit keras bersuara [ ĵ ].

Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ].

Konsonan getaran gusi bersuara [ r ].

Konsonan geseran glotis bersuara [ h ].

Konsonan sisian gusi bersuara [ 1 ].

Konsonan sengau dua bibir bersuara [ m ].

Konsonan sengau gusi bersuara [ n ].

Konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [ ת ].

Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ].

Separuh vokal dua bibir bersuara [ w ].

Separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ].

Terdapat 8 konsonan Melayu pinjaman:

Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara [ f ].

Kosonana geseran bibir gigi bersuara [ v ].

Konsonan geseran gigi tidak bersuara [ θ ].

Konsonan geseran gigi bersuara [ δ ]

Konsonan geseran gusi bersuara [ z ].

Konsonan geseran lelangit keras tidak bersuara [ š ].

Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ].

Konsonan geseran lelangit lembut bersuara [ ال� ].

19

Page 20: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu.

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ]

1 . Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari

paru-paru ke rongga mulut.

2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak

untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung

3. Pita suara direnggangkan.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita

suara.

5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta merta.

6 . Bunyi yang dihasilkan ialah letupan konsonan dua bibir tidak bersuara[p]

20

Page 21: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

Konsonan Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ].

Sama seperti menghasilkan bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara, yang

berbeza ialah:

i. Pita suara dirapatkan.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara.

iii. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan konsonan dua bibir bersuara [ b } seperti

dalam perkataan-perkataan yang berikut:

Bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ]

di hadapan di tengah di belakang

pasu [ pasu ] apit [ apit ] atap [ atap ]

Bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [b]

di hadapan di tengah di belakang

balik [ bale ? ] sabun [ sabun ] rebab [ rebab ]

21

Page 22: noriana sulaiman _hbml1203

NORIANA SULAIMAN...HBML1203

BIBLIOGRAFI

Dewan Bahasa dan pustaka. (2005). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. Al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2005). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Arbak Othman. (2006). Permulaan Ilmu Linguistik- Satu Pengenalan Konsep dan

Bidang Kajian Secara Teoritis. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn.

Bhd.

22