cv vs resume apa yang anda perlu tahu pencari kerja harus baca

3
thevocket.com http://thevocket.com/cv-vs-resume-apa-yang-anda-perlu-tahu/ CV vs Resume: Apa Yang Anda Perlu Tahu? Pencari Kerja Harus Baca Pernahkah anda terfikir, apakah jenis dokumen yang perlu digunakan untuk permohonan kerja? Antara curriculum vitae (CV) dan resume, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia? Memang benar kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen yang mengandungi senarai maklumat paling relevan mengenai seseorang yang digunakan dalam pencarian kerja. Namun begitu, istilah CV dan resume ini secara umumnya diguna pakai secara bertukar ganti, dan tidak ramai yang mengetahui bahawa kedua-dua dokumen ini banyak perbezaannya. Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut perbezaan antara CV dan resume serta dokumen yang lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia. Diharapkan dengan penulisan artikel ini, segala persoalan dan kekeliruan anda tentang penggunaan CV dan resume untuk permohonan kerja akan terjawab. Umumnya, terdapat beberapa perbezaan asas mengenai kedua-dua dokumen ini. CV merupakan dokumen dengan maklumat lengkap dan berstruktur tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang, manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. Inilah sebab mengapa CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat manakala resume biasanya tidak melebihi satu muka surat. CV merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Anda akan menemui beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CV dari satu negara ke negara yang lain. Walau bagaimanapun, isi kandungannya tetap sama pada dasarnya. Resume pula merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di Amerika Syarikat dan Kanada.

Upload: nur-atiqah

Post on 22-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Thevocket.com

TRANSCRIPT

Page 1: CV vs Resume Apa Yang Anda Perlu Tahu Pencari Kerja Harus Baca

thevocket.com http://thevocket.com/cv-vs-resume-apa-yang-anda-perlu-tahu/

CV vs Resume: Apa Yang Anda Perlu Tahu? Pencari KerjaHarus Baca

Pernahkah anda terfikir, apakah jenis dokumen yang perlu digunakan untuk permohonan kerja?Antara curriculum vitae (CV) dan resume, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja diMalaysia? Memang benar kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen yang mengandungi senarai maklumatpaling relevan mengenai seseorang yang digunakan dalam pencarian kerja. Namun begitu,istilah CV dan resume ini secara umumnya diguna pakai secara bertukar ganti, dan tidak ramai yang mengetahuibahawa kedua-dua dokumen ini banyak perbezaannya.

Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut perbezaan antara CV dan resume sertadokumen yang lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia. Diharapkan dengan penulisan artikel ini,segala persoalan dan kekeliruan anda tentang penggunaan CV dan resume untuk permohonan kerja akanterjawab.

Umumnya, terdapat beberapa perbezaan asas mengenai kedua-dua dokumen ini. CV merupakan dokumendengan maklumat lengkap dan berstruktur tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang,manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. Inilah sebabmengapa CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat manakala resume biasanya tidak melebihisatu muka surat.

CV merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruhdunia termasuk Malaysia. Anda akan menemui beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CV darisatu negara ke negara yang lain. Walau bagaimanapun, isi kandungannya tetap sama pada dasarnya. Resumepula merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di Amerika Syarikat dan Kanada.

Page 2: CV vs Resume Apa Yang Anda Perlu Tahu Pencari Kerja Harus Baca

CV

Ciri-ciri utama CV disenaraikan secara ringkas di bawah:

– CV yang ideal hanya mengandungi dua muka surat, walaupun ia boleh menjangkau sehingga empat mukasurat

– CV menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian terkini individu terbabitsebelum CV dihantar kepada majikan yang berpotensi dan ditulis dalam susunan kronologi terbalik (iaitupencapaian terkini ditulis terlebih dahulu)

– CV merangkumi segala yang telah dilakukan oleh individu terbabit sama ada dibayar atau tidak dibayar; olehitu, CV boleh mengandungi segala pembabitan dalam aktiviti berbentuk sukarelawan

– CV adalah sangat sistematik dan biasanya disediakan dalam susunan tertentu bergantung sama ada individuterbabit merupakan graduan yang baru tamat belajar atau telah mempunyai pengalaman kerja

– CV biasanya disertakan dengan cover letter (surat pengiring). Cover letter ini bertujuan meringkaskankandungan dalam CV dan kesesuaian individu terbabit dengan kerja yang dipohon

Resume

Ciri-ciri utama resume disenaraikan secara ringkas di bawah:

– Resume sepatutnya tidak melebihi satu muka surat, tetapi ia boleh menjangkau sehingga dua muka surat

Page 3: CV vs Resume Apa Yang Anda Perlu Tahu Pencari Kerja Harus Baca

dalam keadaan tertentu

– Resume ialah dokumen ringkas yang menonjolkan kemahiran dan pencapaian utama individu terbabit

– Resume hanya mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dipohon dan kesemua maklumattersebut terkandung dalam satu muka surat sahaja

– Resume menyerlahkan kemahiran dan pencapaian individu terbabit sebagai maklumat utama yang perlu adaselain maklumat-maklumat lain yang relevan

– Resume biasanya tidak disertakan dengan cover letter kerana sebab utama anda menyerahkan resume adalahuntuk mempercepatkan proses permohonan anda; cover letter akan melambatkan proses tersebut

Perbezaan CV dan resume secara ringkas:

CV – panjang (2 muka surat), mengandungi semua maklumat pengalaman profesional yang terkini & formatsusunan kronologi terbalik

Resume – pendek (1 muka surat), hanya mengandungi maklumat yang disesuaikan dengan kerja yang dipohon& tiada format tertentu

Akhir sekali, seperti yang dinyatakan di atas, CV dengan panjang 2 muka surat amat sesuai digunakan untukpermohonan kerja di Malaysia manakala resume lebih sesuai digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada.Diharapkan penulisan artikel ini dapat meningkatkan pemahaman anda tentang perbezaanantara CV dan resume serta penggunaannya dalam permohonan kerja anda.

——————————————————-Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.

Like dan Share The Vocket di Facebook