norliyana vs kpm

23
382 [2007] 4 CLJ A B C D E F G H I Current Law Journal NOORLIYANA YASIRA MOHD NOOR lwn. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA & YANG LAIN MAHKAMAH TINGGI MALAYA, IPOH VT SINGHAM H [PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: 25-17-2004] 29 MAC 2007 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN: Remedi - Certiorari dan mandamus - Permohonan membatalkan catatan “Perkara Asas Fardhu Ain - GAGAL” di dalam kenyataan keputusan UPSR dan mengeluarkan kenyataan baru - Sama ada pihak sekolah patut menyediakan pemohon untuk peperiksaan subjek tersebut - Sama ada pemohon dikecualikan mengambil peperiksaan subjek tersebut - Sama ada responden bertindak di luar bidangkuasa - Akta Pendidikan 1996, ss. 3(2), 8, 18(2) PIHAK BERKUASA AWAM: Remedi - Certiorari dan mandamus - Permohonan membatalkan catatan “Perkara Asas Fardhu Ain - GAGAL” di dalam kenyataan keputusan UPSR dan mengeluarkan kenyataan baru - Sama ada pihak sekolah patut menyediakan pemohon untuk peperiksaan subjek tersebut - Sama ada pemohon dikecualikan mengambil peperiksaan subjek tersebut - Sama ada responden bertindak di luar bidangkuasa - Akta Pendidikan 1996, ss. 3(2), 8, 18(2) Pemohon ialah seorang kanak-kanak yang memohon melalui bapa dan sahabat wakilnya perintah certiorari bagi membatalkan catatan “Perkara Asas Fardhu Ain – GAGAL” di dalam kertas kenyataan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (‘UPSR’) pemohon serta membatalkan catatan tersebut dari rekod responden kedua. Pemohon juga memohon untuk perintah mandamus agar responden kedua mengeluarkan satu kertas kenyataan keputusan UPSR baru kepada pemohon yang tidak mengandungi catatan tersebut. Alasan- alasan yang diberikan pemohon ialah (i) pemohon berhenti menghadiri kelas agama Islam di sekolah sejak tahun 4 hingga 6 dan dengan itu tidak pernah disediakan untuk peperiksaan agama tersebut; dan (ii) pemohon tidak membayar yuran untuk subjek Perkara Asas Fardhu Ain (‘PAFA’). Responden berhujah bahawa mengikut s. 18(2) Akta Pendidikan 1996 (‘Akta tersebut’) subjek

Upload: bahiyah-othman

Post on 12-Jun-2015

736 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Norliyana vs KPM

382 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

NOORLIYANA YASIRA MOHD NOOR

lwn.

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA & YANG LAIN

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, IPOHVT SINGHAM H

[PERMOHONAN SEMAKANKEHAKIMAN NO: 25-17-2004]

29 MAC 2007

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN: Remedi - Certiorari danmandamus - Permohonan membatalkan catatan “Perkara Asas FardhuAin - GAGAL” di dalam kenyataan keputusan UPSR danmengeluarkan kenyataan baru - Sama ada pihak sekolah patutmenyediakan pemohon untuk peperiksaan subjek tersebut - Sama adapemohon dikecualikan mengambil peperiksaan subjek tersebut - Sama adaresponden bertindak di luar bidangkuasa - Akta Pendidikan 1996,ss. 3(2), 8, 18(2)

PIHAK BERKUASA AWAM: Remedi - Certiorari dan mandamus -Permohonan membatalkan catatan “Perkara Asas Fardhu Ain -GAGAL” di dalam kenyataan keputusan UPSR dan mengeluarkankenyataan baru - Sama ada pihak sekolah patut menyediakan pemohonuntuk peperiksaan subjek tersebut - Sama ada pemohon dikecualikanmengambil peperiksaan subjek tersebut - Sama ada responden bertindakdi luar bidangkuasa - Akta Pendidikan 1996, ss. 3(2), 8, 18(2)

Pemohon ialah seorang kanak-kanak yang memohon melalui bapadan sahabat wakilnya perintah certiorari bagi membatalkan catatan“Perkara Asas Fardhu Ain – GAGAL” di dalam kertas kenyataankeputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (‘UPSR’) pemohonserta membatalkan catatan tersebut dari rekod responden kedua.Pemohon juga memohon untuk perintah mandamus agar respondenkedua mengeluarkan satu kertas kenyataan keputusan UPSR barukepada pemohon yang tidak mengandungi catatan tersebut. Alasan-alasan yang diberikan pemohon ialah (i) pemohon berhentimenghadiri kelas agama Islam di sekolah sejak tahun 4 hingga 6dan dengan itu tidak pernah disediakan untuk peperiksaan agamatersebut; dan (ii) pemohon tidak membayar yuran untuk subjekPerkara Asas Fardhu Ain (‘PAFA’). Responden berhujah bahawamengikut s. 18(2) Akta Pendidikan 1996 (‘Akta tersebut’) subjek

Page 2: Norliyana vs KPM

383[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

pengajian agama Islam merupakan subjek teras (core subject) danpemohon sebagai seorang murid yang beragama Islam tidak bolehdikecualikan dari mempelajari subjek tersebut.

Diputuskan (menolak permohonan):

(1) Pemohon telah memilih, atas kemahuannya sendiri, untuk tidakmenghadiri kelas pengajian Islam walaupun ianya merupakansatu subjek teras. Maka pemohon harus bersedia untukmenerima akibat dan risikonya di mana pemohon telahdigagalkan dalam subjek tersebut. Risiko dan pemilihan yangdibuat oleh pemohon bukan merupakan tanggungjawabresponden kedua. Responden kedua tidak boleh memaksapemohon untuk hadir kelas agama Islam. Lebih-lebih lagi,keputusan dibuat berdasarkan penilaian seseorang murid danbukan atas skrip jawapan. Dengan itu, hujahan pemohonbahawa pemohon tidak menerima bimbingan pihak sekolah bagimenyediakan pemohon menghadapi ujian berkenaan tidakberasas dan tidak benar. (perenggan 6)

(2) Forum yang sesuai untuk pemohon mengadu tentang apa yangtidak menyenangkannya tentang kelakuan pendidik atau tenagapelajar di sekolah harus dibawa kepada pihak-pihak yangbertanggungjawab agar perkara itu dapat disiasat. Pemohontidak harus mengelakkan diri dari menghadiri kelas agama Islamdi mana subjek itu merupakan subjek teras. (perenggan 6)

(3) Mahkamah tidak ingin campurtangan dalam sukatan subjekteras yang diajar di sekolah memandangkan pemohon terikatdengan bidangkuasa sekolah tersebut. Pemohon harusmengikuti peraturan dan menghadiri kelas bagi subjek-subjek dimana iannya adalah subjek teras. Pemohon harus terikatdengan peraturan dan kurikulum yang dilaksanakan di sekolahdisebabkan pemohon sendiri telah memilih untuk belajar disana. (perenggan 6)

(4) Mengikut jadual di bawah subseksyen 18(2) Akta tersebut,subjek teras dalam kurikulum kebangsaan merupakan asaspenting bagi pendidikan seseorang murid sekolah di bawahsistem pembelajaran kebangsaan. Bagi murid-murid yangmenganuti agama Islam, salah satu subjek teras adalahpengajian agama Islam yang termasuk PAFA. (perenggan 6)

Page 3: Norliyana vs KPM

384 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

(5) Hujahan pemohon bahawa PAFA tidak termasuk dalam definasi“kenyataan keputusan” disebabkan ianya merupakan suatuujian berdasarkan penilaian dan bukannya berdasarkan skripjawapan adalah tidak berasas memandangkan subjek PEKAyang dicatatkan dalam kertas kenyataan pemohon tersebut jugaberdasarkan penilaian dan tidak mempunyai sebarang skripjawapan. Oleh itu, responden kedua tidak bertindak di luarbidang kuasa. Tambahan lagi, pekeliling-pekeliling yangdikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan telah menyatakandengan jelas bagaimana penilaian PAFA dibuat ke atas muridyang beragama Islam. (perenggan 6)

(6) Hujahan pemohon bahawa pekeliling-pekeliling tersebut tidakmenyatakan dengan jelas bahawa ianya ditandatangani untukdan bagi pihak Menteri Pelajaran tidak berasas disebabkantandatangan Ketua Pengarah Pendidikan dalam kapasitinyasendiri sebagai Ketua Pengarah mencukupi dan sah. MenteriPendidikan boleh memberi arahan secara am dari masa kesemasa kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan kuasa danmenggunakan budibicaranya bagi memberi kesan kepada polisikebangsaan berdasarkan s. 8 Akta tersebut. Seksyen 3(2) Aktatersebut harus dibaca bersama. (perenggan 6)

(7) Akta tersebut harus dibaca bersama-sama dengan Peratutan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Salahsatu fungsi Lembaga Peperiksaan adalah untuk menganalisapenilaian yang dibuat oleh pihak sekolah mengikut s. 3(a)peraturan-peraturan tersebut. (perenggan 6)

(8) Tidak ada sebarang peruntukan atau keterangan bahawaseorang murid perlu membayar yuran peperiksaan untuk PAFAsecara berasingan. Ini disebabkan pembayaran untuk ujianUPSR dibayar secara sekaligus. (perenggan 6)

Kes-kes yang dirujuk:Meor Atiqulrahman Ishak & Ors v. Fatimah Sihi & Ors [2006] 4 CLJ 1 FC

(dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:Education Act 1996, ss. 3(2), 8, 18(2), 19, 67(1)Education (National Curriculum) Regulations 1997, reg. 3(2)(a)

Bagi pihak pemohon - Haris Mohamed Ibrahim; T/n Haris & CoBagi pihak responden-responden - Azizah Hj Nawawi; SFC

Dilaporkan oleh Usha Thiagarajah

Page 4: Norliyana vs KPM

385[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

PENGHAKIMAN

VT Singham H:

[1] Ini merupakan suatu permohonan oleh pemohon (seorangkanak-kanak yang belum dewasa menuntut melalui bapa dansahabat wakilnya) di Lampiran 1 untuk semakan kehakiman(judicial review) terhadap responden pertama (Menteri PendidikanMalaysia), responden kedua (Lembaga Peperiksaan Malaysia) danresponden ketiga (Pengarah Pendidikan Negeri Perak). Pemohontelah memohon kepada mahkamah ini untuk membatalkan melaluicertiorari catatan “Perkara Asas Fardhu Ain-GAGAL’ (catatantersebut) di dalam kertas kenyataan keputusan Ujian PencapaianSekolah Rendah (dirujuk sebagai UPSR) pemohon sertamembatalkan catatan tersebut dari rekod responden kedua.Pemohon juga memohon agar mahkamah ini memerintahkan melaluimandamus agar responden kedua mengisukan satu kertaskenyataan UPSR yang tidak mengandungi catatan PAFA - GAGALkepada pemohon.

[2] Di dalam kes ini, pemohon sekeluarga bersama ibubapa dandua orang adik-beradik yang lain menganuti agama Islam. Pemohonmerupakan seorang pelajar di sebuah sekolah awam. Semasapemohon belajar di darjah 4 hingga 6, pemohon telah bersekolahdi dua buah sekolah awam dan sepanjang tempoh persekolahantersebut, atas permintaan bapa pemohon, pemohon telah berhentidari menghadiri kelas pengajian agama Islam yang di ajar disekolah. Pemohon juga sejak dari darjah 4 hingga darjah 6 telahtidak dinilai dalam subjek teras (core subject) iaitu pengajian agamaIslam. Sebaliknya, pemohon telah menghadiri kelas bimbinganmoral. Pada tahun 2003, pemohon telah menduduki peperiksaanUPSR dan apabila keputusan dikeluarkan, terdapat catatan“Perkara Asas Fardhu Ain (dirujuk sebagai PAFA) – GAGAL” didalam kertas kenyataan keputusan UPSR pemohon. Semua fakta-fakta dan latarbelakang kes ini serta ketidakpuasan hati(dissatisfaction) pemohon dan ibubapa pemohon terkandung dalamafidavit sokongan di Lampiran 3.

[3] Dalam kes ini, pemohon telah melalui peguamcaranya di eks.MN8 di Lampiran 3 memohon kepada responden ketiga agarcatatan tersebut dibatalkan dari rekod responden ketiga dancatatan tersebut dibatalkan dari kertas keputusan tersebut.Pemohon juga telah melalui surat tersebut memohon kepada

Page 5: Norliyana vs KPM

386 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

responden ketiga agar satu kertas keputusan peperiksaan yangbaru tanpa apa-apa catatan tersebut diisukan kepada beliau untukperkara PAFA. Oleh itu, pemohon memohon kepada mahkamah iniuntuk perintah seperti yang dinyatakan di atas terhadap responden-responden.

[4] Untuk kemudahan dan gambaran yang lebih jelas, kronologiperistiwa adalah seperti berikut:

Tarikh/Tahun Perkara Lampiran

1. 1998 Pemohon bersekolah diSekolah Rendah JenisKebangsaan Cina GunungRapat dalam darjah satudan menghadiri kelasagama Islam.

2. 1999 Pemohon bertukar sekolahdan bersekolah di SekolahRendah Jenis KebangsaanCina Bukit Beruntung,Rawang dalam darjah dua.

3. 2000 Pemohon kembali belajardi Sekolah Rendah JenisKebangsaan Cina GunungRapat dalam darjah tigadan menghadiri kelasagama.

4. 12.7.00 Surat daripada bapa Lamp 12,dan 6.11.00 pemohon meminta agar eks. HMY1-

pemohon dikecualikan HMY2.dari menghadiri kelasagama Islam di SekolahRendah Jenis KebangsaanCina Gunung Rapat.

5. 2001-2002 Semasa di Sekolah Lamp. 3,Rendah Jenis Kebangsaan eks. MN2-MN3Cina Gunung Rapat,pemohon ketika darjahempat dan lima tidaklagi menghadiri kelasagama Islam.

Page 6: Norliyana vs KPM

387[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

6. 2003 Pemohon bertukar keSekolah Rendah JenisKebangsaan Cina AveMaria, Ipoh dalam darjahenam.

7. 6.2.03 Bapa pemohon bersama Lamp. 12,ibu pemohon berjumpa eks. MCL1dengan penolong kanandan meminta agarpemohon dikecualikandari menghadiri kelasagama Islam di SekolahRendah Jenis KebangsaanCina Ave Maria.

8. 10.2.03 Bapa pemohon bertemudengan Guru BesarSekolah Rendah JenisKebangsaan Cina AveMaria. Bapa pemohontelah diminta menulissurat rasmi tentangpermohonan bapapemohon agar pemohondikecualikan darimenghadiri kelaspengajian agama Islam

9. 12.2.03 Surat rasmi dari bapa Lamp. 3,pemohon diterima oleh eks. MN4SRJK Ave Maria.

10. 14.2.03 Guru Besar SRJK Ave Lamp. 12,Maria telah merujuk MCL2.surat dari bapa pemohonkepada PegawaiPendidikan.

11. 17.2.03 Surat bertarikh 17.2.03 Lamp. 12,meminta bapa pemohon eks. HMY6.hadir untuk mesyuarat.Mesyuarat diadakan diSRJK Ave Maria dandihadiri oleh ibubapapemohon, pihak sekolahdan wakil respondenkedua, Tuan HajiMuridun.

Page 7: Norliyana vs KPM

388 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

12. 19.2.03 Guru besar SRJK Ave Lamp. 12,Maria menulis kepada MCL4.Pengarah PendidikanNegeri Perak tentangkeputusan perbincangantersebut.

13. Sekitar Keputusan UPSR Lamp. 3, MN6.21.11.03 pemohon dikeluarkan

dan terdapat catatan“Perkara Asas FardhuAin-GAGAL” padakertas kenyataan keputusanUPSR pemohon.

14. 3.12.03 Perjumpaan di antarabapa pemohon, seorangyang bernama Sazalidan wakil respondenkedua, dimana bapapemohon telahmembangkitkan isucatatan tersebut.

15. 8.12.03 Wakil responden kedua Lamp. 3, MN7telah menulis suratkepada bapa pemohonmenerangkan tentangcatatan tersebut.

16. 23.12.03 Bapa pemohon meminta Lamp. 3, MN8.peguamcara pemohonmenulis surat agartindakan sewajarnyadiambil bagi membatalkancatatan tersebut darirekod respondenkedua dan dari kertaskenyataan keputusanUPSR. Seterusnya bapapemohon juga memintasatu kertas kenyataankeputusan yang barutanpa catatan tersebutdiisukan kepada pemohon.

Page 8: Norliyana vs KPM

389[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

17. 26.1.04 Responden kedua hanya Lamp. 15,membalas surat pemohon eks. MN9.tetapi tiada langkahatau tindakan diambilseperti yang dipohonoleh pemohon.

18. 7.9.04 Di atas sebab-sebab Lamp. 1.tersebut, pemohon telahmemfailkan permohonanuntuk SemakanKehakiman pada 7.9.04di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Diantara hujahan-hujahan oleh kedua-dua pihak, hujahan-hujahansecara ringkas adalah seperti berikut:

[5] Hujahan Bagi Pemohon

(1) Dihujahkan bahawa oleh kerana pemohon telah berhenti darimenghadiri kelas agama Islam di sekolah sejak tahun 4 hingga6, maka pemohon tidak pernah disediakan untuk peperiksaanagama Islam dan juga PAFA. Adalah tanggungjawab respondenkedua untuk memastikan pemohon disediakan untuk ujiantersebut. Kegagalan responden kedua berbuat demikian telahmenyebabkan pemohon gagal dalam penilaian PAFA.

Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996

Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sepertiberikut:

19. Schools to prepare pupils for prescribedexamination.

Every school shall prepare its pupils for examinationsprescribed by or under this Act or any regulations madeunder this Act unless otherwise exempted by or under thisAct.

Page 9: Norliyana vs KPM

390 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

(a) PAFA Tidak Termasuk Dalam Definasi “Statement OfResult”

(2) Salah satu fungsi pengarah peperiksaan adalah untukmengisukan keputusan peperiksaan dan kertas kenyataankeputusan. Rujuk Peraturan 4(d) di Bahagian II (bagiPendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) Peraturan-Peraturan1997. Kenyataan keputusan telah didefinasikan sebagai berikut:

“statement of result” means a statement of theexamination result or test result for each subject taken bythe candidate which specifies the achievement of thecandidate and which is issued by the ExaminationsSyndicate to the candidate.

Manakala keputusan peperiksaan pula didefinasikan sebagai:

the determination made on the achievement of acandidate on the whole or part of the achievement ofthe candidate in an examination in accordance with thestandard determined by the Examinations Syndicate andwhich is concluded from the examination of the candidate’sanswer script.

(3) Adalah dihujahkan oleh pemohon bahawa oleh kerana PAFAadalah berdasarkan kepada penilaian dan bukannyaberdasarkan skrip jawapan calon, catatan LULUS atauGAGAL tidak seharusnya dicatatkan kerana ianya tidaktermasuk dalam definasi “statement of result”. Oleh itu,responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa.

(b) Pemohon tidak membayar yuran PAFA, oleh itu subjekpengajian agama Islam tidak diambil oleh pemohon.

(4) Adalah hujahan bagi pemohon bahawa definasi “statement ofresult” antara lain menyatakan pencapaian calon dinilaiberdasarkan subjek yang diambil calon. Oleh kerana pemohontidak menghadiri kelas agama Islam dan tidak membayarsebarang yuran, maka pemohon tidak mengambil subjekpendidikan agama Islam dan catatan tersebut tidak termasukdalam definasi “statement of result”. Dengan demikian, catatantersebut seharusnya dibatalkan.

(5) Kegagalan responden kedua untuk memahami dan ketidakpatuhankepada peruntukan undang-undang oleh responden keduatelah menjadikan keputusan yang dibuat oleh responden keduamelampaui bidang kuasa responden kedua.

Page 10: Norliyana vs KPM

391[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

(6) Tiada kenyataan, samada tandatangan Pengarah Peperiksaanpada surat pekeliling-pekeliling seperti yang dieksibitkan di eks.HMY4 dan HMY5 di Lampiran 12 telah ditandatangani untukdan bagi pihak Menteri. Oleh kerana itu, surat pekeliling-pekeliling tersebut adalah ultra vires dan tidak sah.

[6] Hujahan Bagi Responden

(1) Berdasarkan s. 18(2) Akta Pendidikan 1996, subjek pengajianagama Islam merupakan subjek teras (core subject) danpemohon sebagai seorang murid yang beragama Islam tidakboleh dikecualikan dari mempelajari pengajian agama Islam.Seksyen 18(2) Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sepertiberikut:

18. National Curriculum to be used by all schools.

(1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known asthe National Curriculum which, subject to subsection (3),shall be used by all schools in the National EducationSystem.

(2) The National Curriculum prescribed under subsection (1)shall specify the knowledge, skills and values that areexpected to be acquired to pupils at the end of theirrespective periods of schooling and shall include the coresubjects as set out in the Schedule and such other subjectsas may be prescribed.(penekanan oleh Mahkamah ini)

(3) In the case of private schools, subsection (1) shall bedeemed to have been complied with if the core subjects ofNational Curriculum as set out in the Schedule are taught inthe schools.

(4) The Minister may from time to time by order published inthe Gazette add to, amend or alter the Schedule.

SCHEDULE

Subsection 18(2)]

CORE SUBJECTS IN THE NATIONAL CURRICULUM

1. Core subjects in the National Curriculum.

The core subjects in the National Curriculum shall form thefundamental basis of the education of a pupil in all schoolswithin the National Education System.(penekanan olehMahkamah).

Page 11: Norliyana vs KPM

392 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

2. Core subjects at the primary level.

The core subjects at the primary school level shall be-

(a) the National Language;

(b) the English Language;

(c) the Chinese Language, for pupils in national-type school(Chinese);

(d) the Tamil Language, for pupils in national-type schools(Tamil);

(e) Mathematics;

(f) Science;

(g) Local Studies;

(h) Islamic Education, for pupils professing the religionof Islam; (penekanan oleh Mahkamah ini) and;

(i) Moral Education, for pupils not professing the religion ofIslam.

EDUCATION (NATIONAL CURRICULUM)REGULATIONS 1997

3. National Curriculum.

(1) The National Curriculum is an educational programmethat includes curriculum and co-curricular activities whichencompasses all the knowledge, skills, norms, values,cultural elements and beliefs to help develop a pupil fullywith respect to the physical, spiritual, mental andemotional aspects as well as to inculcate and developdesirable moral values and to transmit knowledge.

(2) The curriculum for government and government-aidedschools will comprise of the following subjects:

(a) the core subjects stated in Schedules 1 and 5;

(b) the compulsory subjects stated in Schedules 2, 6 and7;

(c) the additional subjects stated in Schedules 3 and 8;

(d) the elective subjects stated in Schedule 9;

Page 12: Norliyana vs KPM

393[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

(e) the subjects for a transition class stated in Schedule 4;and

(f) the subjects for the Malaysia Higher School Certificatelevel or Form Six stated in Schedule 10.

(3) Co-curricular activities in government and government-aided schools will comprise of the following:

(a) participation in sports and games;

(b) participation in societies and clubs;

(c) participation in uniformed bodies; and

(d) such other activities as determined by the Minister.

(4) The weekly minimum period allocation for the subjectstaught under the curriculum for government andgovernment-aided schools in sub regulation (2) are statedin Schedules 11 to 15.

(c) Seksyen 67(1) Akta Pendidikan memperuntukkan sepertiberikut:

67. Assessment of pupils.

(1) The Minister may prescribe the manner in whichpupils in primary and secondary schools shall beassessed and the standards to be achieved by the pupils.(penekanan oleh Mahkamah ini)

(2) The assessment prescribed under subsection (1) shallbe in addition to any prescribed examination.(penekanan oleh Mahkamah ini)

(2) Berdasarkan kepada s. 67(1) Akta Pendidikan 1996, MenteriPelajaran boleh memutuskan cara bagaimana murid di peringkatmenengah rendah dan tinggi dinilai dan penilaian PAFA dibuatberdasarkan pekeliling ikhtisas bil. 4/94 pada 12 Mac 1994 dan17/02 bertarikh 3 Disember 2002 iaitu eks. HMY4 danHMY5 di Lampiran 12. Pekeliling-pekeliling tersebut adalahseperti berikut:

Page 13: Norliyana vs KPM

394 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

Pekeliling Ikhtisas bil.4/94:

Semua Pengarah Pendidikan,Jabatan Pendidikan Negeri

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/91

Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),

Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. (SPM)

Surat pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkanbahawa Perkara Asas Fardhu Ain akan dinilai dandilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan SijilPelajaran Malaysia mulai Sesi 1994/95.

2. Yang dimaksudkan dengan Perkara Asas Fardhu Ain(PAFA) ialah: Beberapa perkara yang terpenting daripadaFardhu Ain, yang terkandung dalam Sukatan pelajaranPendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya tiap-tiapmurid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan bolehmengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurnasebagaimana yang ditetapkan oleh Syara’. Dalam aspekpenilaian, murid/pelajar dapat mencapai kefahaman yangbetul dan boleh mengamalkannya sekira-kira ‘sah’ padatahap yang paling asas dan minimum. Perkara Asas FardhuAin tersebut adalah seperti berikut:

2.1 Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah:

(a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah

(b) Rukun Iman

(c) Rukun Islam

(d) Beristinjak

(e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis

(f) Berwuduk

(g) Mandi wajib

Page 14: Norliyana vs KPM

395[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

(h) Solat Fardhu, termasuk Azan, iqamah, menjawab Azandan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah

(i) Puasa: Dalam aspek niat, perkara-perkara yangmembatalkan puasa dan hikmat

(j) Adab terhadap ibu bapa

(k) Ihsan

2.2 Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah sepertiyang tersebut dalam para 2.1 di atas, dan ditambahdengan:

(l) Bertayammum

(m) Solat Jenazah

2.3 Bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.(SPM) adalahsama seperti yang tersebut dalam para 2.1 dan 2.2 diatas, dan ditambah dengan:

(n) Perkahwinan: Dalam aspek Rukun dan Syarat akadnikah, hikmat, tanggungjawab, perceraian danpemeliharaan anak.

3. Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain ini dijalankan sepertiberikut:

3.1 Penilaian dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

3.2 Soalan penilian telah ditetapkan, dan calon diberitahu lebihawal, dan tidak ada kerahsiaan

3.3 Penilaian dijalankan secara lisan dan amali

3.4 Tempoh penilaian bermula dari hari pertama penggal padapenggal pertama persekolahan dalam tahun berkenaan,dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulisdijalankan.

3.5 Pelajar diberikan masa, peluang dan bimbingan yangsecukupnya untuk memperbetul dan memperbaikikesalahan dan kelemahan, sehingga mereka dengansendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatukemahiran dengan betul dan sempurna.

3.6 Calon adalah diakui lulus Perkara Asas Fardhu Ainapabila Berjaya memahami dan mengamalkan semuasoalan yang ditetapkan.

Page 15: Norliyana vs KPM

396 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

4. Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan“LULUS atau GAGAL PERKARA ASAS FARDHU AIN”dalam keputusan dan sijil peperiksaan. Pernyataan tersebuttidak mengubah atau memberikan kesan terhadap status quodalam system penggredan dan aggregat keputusanpeperiksaan yang sedang berjalan sekarang.

5. Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain ini hendaklah dijalankandi sekolah-sekolah sebagaimana ynag dinyatakan di atas danPekeliling ini hendaklaha dimaklumkan kepada semua sekolah.

Sekian, terima kasih.

t.t

Datuk Wan Mohd Zahid bin Mohd NoordinKetua Pengarah Pendidikan Malaysia,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Surat pekeliling Ikhtisas Bil/17/02:

Semua Pengarah Pendidikan Negeri.

Y.Bhg, Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.17/2002

PELAKSANAAN PENILAIAN

PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA)

DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH.

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa penilaianPAFA yang sedang dilaksanakan di sekolah mengikut Suratpekeliling Ikhtisas Bil.4/94: Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain(PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia. (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula.Penilaian PAFA Semakan ini akan dilaksanakan serentak denganPelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR/KBSM Semakanbermula sesi persekolahan 2003.

2. Bagi menyelaras pelaksanaan dan menentukan keberkesananpenilaian tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telahmenyediakan tiga buah buku panduan berikut

2.1.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian PerkaraAsas Fardhu Ain (PAFA) UPSR;

Page 16: Norliyana vs KPM

397[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

2.1.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian PerkaraAsas Fardhu Ain (PAFA) UPSR,PMR/SPM; dan

2.1.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian PerkaraAsas Fardhu Ain (PAFA) PANDUAN GURU.

3. Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memilikibuku berkaitan. Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain merekahendaklah membawa bersama buku tersebut dan menyerahkankepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islamdikelasnya. Murid dan guru boleh membeli buku tersebut diDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau cawangan-cawangannya.Setiap sekolah hendaklah memiliki sekurang-kurangnya satu setbuku-buku tersebut sebagai rujukan.

4. Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidakrahsia. Semua murid mesti lulus 100% kod-kod yang telahditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa prosespengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah muridbersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusandan mempastikan mereka menguasai setiap kod yang ditentukan.

5. Surat pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama denganSurat pekeliling Ikhtisas Bil.4/94: Penilaian Perkara Asas FardhuAin (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia.(SPM) bertarikh 12 Mac 1994.

6. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepadapegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri,Pejabat pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta GuruBesar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

t.tDatuk Abdul Rafie bin MahatKetua Pengarah Pendidikan Malaysia.

(3) Tiada sebarang skrip jawapan diperlukan dalam penilaianPAFA. PAFA merupakan penilaian yang dibuat sepanjangtahun dari hari pertama persekolahan sehingga sebulan sebelumpeperiksaan pengajian agama Islam. Catatan tersebut dibuatdibawah bidangkuasa responden kedua.

Page 17: Norliyana vs KPM

398 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

(4) Kegagalan pemohon adalah disebabkan keengganan pemohonuntuk hadir kelas agama Islam dan enggan memberi peluanguntuk dinilai dalam penilaian PAFA.

(5) Keputusan yang dibuat oleh responden kedua adalah di dalambidang kuasa responden kedua dan ianya adalah di bawahbidangkuasa eksklusif responden kedua sebagai KetuaPengarah Pendidikan.

(6) Pembayaran yuran tidak terpakai untuk penilaian PAFA.

(7) Isu samada ianya adalah adil untuk mahkamah mengkajiperaturan-peraturan mengenai peperiksaan (justiciable by theHigh Court).

[7] Keputusan

1. Isu keutamaan yang harus diputuskan adalah, samadaresponden kedua dalam mengisukan catatan gagal bagi PAFAtelah bertindak di luar bidangkuasa atau/dan tanpa bidangkuasayang diperuntukkan kepada responden kedua.

2. Hujahan oleh peguam pemohon bahawa pemohon tidakmenerima bimbingan pihak sekolah bagi menyediakan pemohonmenghadapi ujian pendidikan Islam adalah tidak berasas danboleh dikatakan tidak benar. Adalah jelas dari keterangan yangada di hadapan mahkamah ini bahawa pemohon sendiri yangmemilih untuk tidak diberi bimbingan tersebut. Ini dinyatakandengan jelas melalui surat-surat yang diberikan kepada pihaksekolah serta perbincangan yang diadakan dan pengakuan olehbapa pemohon sendiri di dalam affidavit di Lampiran 3. Didalam sesalinan surat yang dihantar oleh pemohon kepadapihak sekolah, bapa pemohon sendiri menyatakan hasratnyasupaya pemohon dikecualikan daripada kelas pengajian agamaIslam untuk “untuk mengelakkan mereka dari tercicirmatapelajaran lain, terutama Bahasa Cina” (Lampiran 12HMY1). Secara perbandingan (in comparison), sekiranyaseorang pelajar tidak hadir ke kelas atau ponteng sekolah, makatindakan yang biasa diambil oleh pihak sekolah adalah tindakandisiplin seperti menggantung persekolahan murid tersebut.Walaubagaimanapun, dalam kes ini, pemohon telah ataskemahuannya sendiri memilih untuk tidak menghadiri kelaspengajian Islam walaupun ianya merupakan subjek teras, maka

Page 18: Norliyana vs KPM

399[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

pemohon harus bersedia untuk menerima akibat dan risikodimana pemohon telah digagalkan dalam subjek tersebut. Risikodan pemilihan yang dibuat oleh pemohon dan ibubapapemohon bukan merupakan tangungjawab responden kedua.responden kedua tidak boleh memaksa pemohon untuk hadirke kelas agama Islam dimana ianya adalah satu subjek terasdimana pemohon sendiri sedar bahawa ini adalah salah satusubjek teras dan pemohon harus menghadiri kelas agama Islam.Juga diambil perhatian bahawa PAFA yang termasuk dalamsukatan subjek pengajian agama Islam, keputusan dibuatberdasarkan keatas penilaian seseorang murid dan bukanmelalui peperiksaan atau ujian dalam peperiksaan seperti yangdiambil di dalam dewan peperiksaan.

3. Pemohon juga telah menyatakan di dalam affidavit di Lampiran3 bahawa sebab sebenar bapa pemohon mahu pemohondikecualikan daripada menghadiri kelas pengajian agama Islamtermasuk PAFA adalah kerana apa yang diajar di kelaspengajian agama Islam di sekolah adalah bertentangan dengankepercayaan dan kefahaman beliau sekeluarga. (Rujukperenggan 11 dan 12 lampiran 3 dan perenggan 5 Lampiran15). Dinyatakan di sini bahawa di dalam affidavit pemohon,pemohon menyatakan perkara-perkara yang tidak disenangiberlaku sejak pemohon di darjah 1 lagi, tetapi apa yangmenghairankan, pemohon masih meneruskan kelas pengajianagama Islam di sekolah lain ketika berada di darjah dua (2) dantiga (3) tetapi meminta dikecualikan ketika berada di darjahempat (4) hingga darjah enam (6).

4. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh mahkamah ini,pemohon telah mengkategorikan kelakuan atau cara pengajaranoleh kesemua uztaz dan ustazah di kesemua sekolah adalahsama, sedangkan pemohon telah belajar di tiga (3) buahsekolah yang berasingan dengan guru-guru yang berbeza. Olehitu, kenyataan pemohon dan alasannya bahawa beliau tidakingin menghadirkan diri ke kelas agama Islam di darjah empat(4) hingga enam (6) tidak dapat diterima dan tidak berasas.Walaubagaimanapun, forum yang sesuai untuk pemohonmembincangkan atau mengadu tentang apa yang tidakmenyenangkan mereka tentang kelakuan pendidik atau tenagapelajar di sekolah-sekolah tertentu harus dibawa kepada pihak-

Page 19: Norliyana vs KPM

400 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

pihak yang bertanggungjawab agar perkara itu dapat disiasatdan bukannya mengelak dari menghadiri kelas agama Islamdimana subjek itu adalah subjek teras.

5. Mahkamah ini juga ingin menyatakan bahawa mahkamah initidak ingin masuk campur tentang sukatan subjek teras yangdiajar di sekolah dimana pemohon terikat dengan bidangkuasasekolah-sekolah tersebut dan pemohon harus mengikutiperaturan dan menghadiri kelas bagi subjek-subjek di manaianya adalah matapelajaran dan subjek teras. Pemohon sendiritelah memilih untuk belajar di sekolah awam, maka pemohonharus bersedia untuk terikat dengan peraturan dan kurikulumyang dilaksanakan di sekolah tersebut. Di dalam kes MeorAtiqulrahman Ishak & Ors v. Fatimah Sihi & Ors [2006] 4 CLJ1, Mahkamah Persekutuan telah berkata seperti berikut:

Our educationists, with their experience in dealing withstudents on the ground, should be given some respect andcredit when they formulate some regulations applicable intheir schools for the general good of all the students, thesociety and later the nation.

Furthermore, there was nothing to prevent them fromchanging school eg, to a “pondok” school that would allowthem to … .

6. Satu lagi perkara yang harus diberi pertimbangan adalahperuntukan di bawah s. 18(2) yang memperuntukkan sepertiberikut:

18. National Curriculum to be used by all schools.

(1) The Minister shall prescribe a curriculum to be knownas the National Curriculum which, subject to subsection(3), shall be used by all schools in the NationalEducation System.

(2) The National Curriculum prescribed under subsection (1)shall specify the knowledge, skills and values that areexpected to be acquired to pupils at the end of theirrespective periods of schooling and shall include thecore subjects as set out in the Schedule and suchother subjects as may be prescribed.(penekanan olehMahkamah ini)

Page 20: Norliyana vs KPM

401[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

(3) In the case of private schools, subsection (1) shall bedeemed to have been complied with if the core subjectsof National Curriculum as set out in the Schedule aretaught in the schools.

(4) The Minister may from time to time by order publishedin the Gazette add to, amend or alter the Schedule.

7. Mengikut Jadual di bawah sub seksyen 18(2) Akta Pendidikan1996, subjek teras (core subject) dalam kurikulum kebangsaanmerupakan asas penting bagi pendidikan seseorang murid disemua sekolah di bawah sistem pembelajaran kebangsaan bagimurid-murid yang menganuti agama Islam dan salah satu subjekteras adalah pengajian agama Islam yang termasuk PAFA.Berdasarkan perkara tersebut, mahkamah ini harus masukcampur tentang perkara yang melibatkan kurikulum kebangsaanyang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Mahkamah iniberpendapat pemohon sebagai seorang pelajar yang mendaftardengan sekolah awam terikat dengan sukatan matapelajaran,subjek teras dan dasar kurikulum nasional yang dilaksanakan disekolah awam tersebut. Pemohon tidak boleh dengansewenang-wenangnya mengatur (dictate) apakah matapelajaranatau subjek teras yang ingin dipelajari oleh beliau dan apakahmatapelajaran atau subjek teras yang tidak ingin dipelajari olehbeliau. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Peguam KananPersekutuan bagi Responden-Responden bahawa berdasarkanreg. 3(2)(a) Education(National Curriculum) Regulations 1997,pengajian agama Islam yang termasuk PAFA merupakan subjekteras yang disenaraikan di bawah item (h) Schedule 1.Berdasarkan item tersebut, pengajian agama Islam yangtermasuk merupakan subjek teras yang wajib dipelajari olehkesemua murid beragama Islam.

8. Mahkamah ini juga tidak bersetuju dengan hujahan bagipemohon bahawa catatan PAFA tersebut adalah diluarbidangkuasa responden kedua. Peguam bagi pemohon di dalamhujahannya telah menyatakan bahawa PAFA tidak termasukdalam definasi “kenyataan keputusan”(statement of result)kerana PAFA adalah suatu ujian berdasarkan penilaian danbukannya berdasarkan skrip jawapan. Walau bagaimanapun,adalah penting untuk diambil perhatian bahawa subjek PEKAseperti yang dicatatkan dalam kertas kenyataan pemohon,dipersetujui oleh peguam pemohon sendiri sebagai subjek yang

Page 21: Norliyana vs KPM

402 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

berdasarkan penilaian dan tidak mempunyai sebarang skripjawapan dan catatan ini telah juga dimasukkan dalam kertaskenyataaan keputusan. Oleh itu, mahkamah ini berpendapatbahawa responden kedua tidak boleh dikatakan telah bertindakdi luar bidang kuasa atau tanpa bidang kuasa. Walaubagaimanapun,dalam kes ini, pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh KetuaPengarah Pendidikan telah menyatakan dengan jelas bagaimanapenilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dibuat ke atasmurid yang beragama Islam.

9. Mahkamah ini berpendapat bahawa isu tentang delegasi ataupekeliling tersebut adalah tidak sah tidak dapat diterima olehmahkamah ini. Mahkamah ini berpendapat bahawa KetuaPengarah Pendidikan di Kementerian Pendidikan adalahseorang pegawai yang penting dan bertanggungjawab bagisegala urusan dan cara sistem pendidikan dijalankan di sekolah-sekolah termasuklah cara bagaimana sesuatu peperiksaan ataupenilaian dibuat ke atas murid. Mahkamah ini berpendapatpekeliling-pekeliling tersebut tidak perlu menyatakan denganjelas bahawa ianya ditandatangani untuk dan bagi pihakMenteri Pelajaran seperti yang dihujahkan oleh peguam yangbijaksana bagi pemohon. Tandatangan oleh Ketua PengarahPendidikan dalam kapasitinya sebagai seorang Ketua Pengarahadalah mencukupi dan sah bagi pekeliling-pekeliling tersebut.

10. Mahkamah ini juga mendapati bahawa Menteri Pendidikanboleh memberi dari masa ke semasa arahan secara am (generalcharacter) kepada pegawai yang dilantik di Bahagian II dibawah Akta tersebut termasuk Ketua Pengarah Pendidikanuntuk menjalankan kuasa dan menggunakan budibicara bagimemberi kesan kepada polisi kebangsaan dan pegawai tersebutdi beri kuasa untuk melaksanakan. Seksyen 8 Akta Pendidikan1996 memperuntukkan seperti berikut:

8. Powers of Minister to issue general directions.

The Minister may from time to time give an officerappointed under this Part directions of a general character,and not inconsistent with the provisions of this Act, as tothe exercise of the powers and discretion conferred on theofficer by, and the duties required to be discharged by theofficer under, this Act and regulations made under this Act,in relation to all matters which appear to the Minister toaffect the National Education Policy, and the officer shallgive effect to every such direction.

Page 22: Norliyana vs KPM

403[2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Noorliyana Yasira Mohd Noor lwn.Menteri Pendidikan Malaysia & Yang Lain

Law and order in the classroom should be the responsibilityof our respective education systems. The courts shouldnot usurp this function and turn disciplinary problems ---into adversary proceedings which they definitely are not.The rules regulations, procedures and practices disclosed onthis record evince a high regard for the best interest andwelfare of the child The courts would do well to recognizethis. (Rujuk kes Cosme lwn. Board of Education 270 NYS 2d231 at 80 232 (1966)).

11. Mahkamah ini juga berpendapat s. 3(2) harus dibaca bersamadengan s. 8 Akta tersebut. Oleh yang demikian, mahkamah iniberpendapat isu bahawa tidak terdapatnya sebarang delegasiyang sah dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan adalah ultravires kerana ditandatangani oleh Ketua Pengarah sendiri tanpamenyatakan samada ianya ditandatangani untuk dan bagi pihakMenteri adalah hujahan yang tidak berasas dan ianya tidakmembawa apa-apa kecacatan kepada pekeliling-pekelilingtersebut. Di atas alasan ini sahaja, mahkamah ini berpendapatbahawa keputusan yang dikeluarkan oleh responden keduaadalah di dalam bidang kuasa responden kedua dan mengikutpekeliling-pekeliling tersebut dan mahkamah ini mendapatipekeliling tersebut adalah sah.

12. Mahkamah ini berpendapat bahawa sebarang Akta harusdibaca dan diteliti secara keseluruhan dan bukan secaraberasingan (isolation) atau sebahagian sahaja untukmendapatkan maksud dan tafsiran yang boleh diberi olehMahkamah ini kepada sebarang peruntukan di dalam Aktatersebut dan harus dibaca bersama-sama dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Di siniadalah penting untuk menyatakan salah satu fungsi LembagaPeperiksaan adalah untuk menganalisa (analyse) penilaian yangdibuat oleh pihak sekolah (analysis on school basedassessment). Perkara tersebut adalah jelas di bawah bahagianII s. 3(a) Peraturan-Peraturan Pendidikan (KurikulumKebangsaan) 1997.

13. Mahkamah ini juga berpendapat definasi keputusan peperiksaandengan jelas menyatakan bahawa keputusan yang dibuat keatas pencapaian seseorang murid adalah secara keseluruhanpencapaian murid dalam peperiksaan di mana kesimpulandibuat dari skrip jawapan atau di atas sebahagian pencapaian

Page 23: Norliyana vs KPM

404 [2007] 4 CLJ

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Current Law Journal

murid dalam peperiksaan. Ini bermakna keputusan peperiksaantidak semestinya berdasarkan skrip jawapan semata-matasahaja, ianya boleh juga di ambil dari penilaian ke atasseseorang murid termasuk pemohon sendiri seperti di dalamsubjek PEKA yang dinyatakan terlebih dahulu. Dalam kes ini,keputusan peperiksaan pemohon seperti yang dieksbitkan dieks. MN6 di Lampiran 3 juga tidak berdasarkan skrip jawapansemata-mata untuk PAFA. Ini boleh dilihat melalui nota yangmenyatakan seperti berikut:

PEKA – PENCAPAIAN 2.

14. Dalam kes ini, tidak ada sebarang peruntukan atau keteranganbahawa seorang murid atau calon perlu membayar yuranpeperiksaan untuk PAFA secara berasingan. Isu bahawapemohon tidak membayar yuran bagi PAFA adalah suatuperkara yang tidak relevan kerana pembayaran untuk ujianUPSR dibayar secara sekaligus dan ini dipersetujui dandisahkan oleh peguam pemohon sendiri dan Peguam KananPersekutuan bagi responden-responden.

15. Di atas keseluruhan fakta dan setelah meneliti dan membacahujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak bersama autoriti-autoriti dan berdasarkan kepada undang-undang yang berkaitandengan kes ini, mahkamah ini berpendapat bahawa mahkamahini tidak harus masuk campur terhadap keputusan yang dibuatoleh responden kedua dimana ianya telah mengikut peraturandan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Oleh yangdemikian, permohonan saman pemula oleh pemohon ditolak.Bagi kos, mahkamah ini berpendapat bahawa kos ditanggungoleh pihak masing-masing.