undang vs etika

Click here to load reader

Post on 22-Dec-2015

26 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Undang vs Etika

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut peraturan untuk mencapai kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya berputar siang malam, tanpa bergeseran antara satu sama lain. Bintang-bintang ini berputar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap bintang bergerak mengikut orbitnya pada kelajuan yang tertentu. Fenomena ini sudah pun berlaku ribuan tahun yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang tidak diketahui, bintang-bintang itu akan terus beroperasi mengikut peraturan ini. Kehidupan haiwan di darat dan di laut tertakluk kepada peraturan-peraturan yang sudah ditentukan. Di angkasa kelihatan burung-burung berterbangan ke sana sini mencari makanan. Harimau dan singa pula hidup di rimba dengan memakan binatang-binatang yang lemah dan kecil daripada mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon manakala ulat dan cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan menjadi makanan manusia. Ini sunnatullah yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di laut.

Manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang ditetapkan. Ada peraturan yang perlu diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama ada dengan keluarga, jiran, dan masyarakat. Malahan, perhubungan dengan binatang dan persekitaran pula, terdapat cara-cara tertentu yang perlu diikuti. Melanggar peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.

Manusia tidak boleh bersendirian, sebaliknya manusia terpaksa hidup secara berkelompok dan sentiasa memerlukan orang lain untuk melayan kehendaknya. Sejak dari dalam perut ibunya, sehinggalah meninggal dunia, manusia tetap bergantung lepada manusia lain untuk keperluan makanan, pelajaran, kesihatan dan keselamatan dirinya. Semasa dilahirkan, ia perlu lepada bidan atau jururawat untuk mengeluarkannya dari perut ibunya. Setelah melihat dunia, manusia perlu bekerja dengan mensual tenaganya lepada orang lain. Lantas berkahwin pula dengan manusia lain. Apabila meninggal dunia, orang lain terpaksa pula menguruskan jenazahnya di dalam kubur. Secara keseluruhannya, manusia sentiasa memerlukan orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Hidup di dalam kelompok, memerlukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh agama, bangsa, dan masyarakat supaya tercapai keharmonian antara satu sama lain. Oleh kerana itulah, manusia perlu kepada peraturan yang terdiri daripada etika, undang-undang dan moral untuk meneruskan kehidupan agar tercapai keharmonian dalam masyarakat.MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 3 2.0 KONSEP DAN DEFINISI MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG. Konsep etika berasal dari perkataan Greek ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya. Manakala ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu Ismail Ibrahim (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku manusia. Manakala Moral membawa maksud keupayaan mengenali mana yang benar atau salah. Ia berkait rapat dengan kesedaran. Moral sesebuah masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks mendukung nilai-nilai peradapan secara umum. Plato melihat undang-undang sebagai suatu jentera untuk mengawal kehidupan sosial, suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta satujalan untuk menemui gambar-gambar tentang struktur masyarakat. Aristotle melihatnya sebagai rukun tata tertib, satu kontrak dan rukun harmoni. Cicero MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 3 2.0 KONSEP DAN DEFINISI MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG. Konsep etika berasal dari perkataan Greek ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya. Manakala ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu Ismail Ibrahim (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku manusia. Manakala Moral membawa maksud keupayaan mengenali mana yang benar atau salah. Ia berkait rapat dengan kesedaran. Moral sesebuah masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks mendukung nilai-nilai peradapan secara umum. Plato melihat undang-undang sebagai suatu jentera untuk mengawal kehidupan sosial, suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta satujalan untuk menemui gambar-gambar tentang struktur masyarakat. Aristotle melihatnya sebagai rukun tata tertib, satu kontrak dan rukun harmoni. Cicero MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 4 melihatnya sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam semulajadi, suatu perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga adalah satu perintah atau larangan. Manakala Aquinas pula menganggap undang-undang sebagai ordinan akal mengenai perkara-perkara yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti. Secara keseluruhannya, takrifan undang-undang ialah satu peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Maka tidak dapat dikesampingkan bahawa undang-undang itu ialah tatatertib yang dicipta untuk mengawasi dan mengatur tingkahlaku masyarakat atau kumpulan. Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah termasuklah juga oleh : Austin: Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman. (Noor Aziah. 2005) Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. ( http://en.wikipedia.org/wiki/Undang-undang) MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 5 Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara. Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan. 3.0 PERBEZAAN KONSEP ETIKA,MORAL DAN UNDANG-UNDANG. Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari sekolah. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan lelaki sedang bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat kejadian. Mereka hanya memandang kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan. Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung kopi yang tersebut di atas tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah, tetapi tindakan mereka itu tidak bermoral kerana mereka sepatutunya berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Di sini, kita dapat melihat MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 6 bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-duanya boleh dihubungkait sahaja. Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika. Undang-undang dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan jika tidak dipatuhi sementara etika ialah tikaman hati. Seseorang yang menceroboh masuk tanpa kebenaran kediaman orang lain boleh dihukum penjara tetapi dari segi etika, dia hendaklah insaf dan perbetulkan dirinya. ( Nazirmuddin, 2005) Undang-undang menentukan batas yang pasti manakala etika menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan nilai moral. Memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan etika, tetapi etika juga menjelaskan bahawa rasuah merupakan sesuatu yang bertentangan dengan amalan kita dan tidak sesuai dilakukan. Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi mematuhi nilai-nilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang. Memasang muzik dengan kuat di kawasan kejiranan bukannlah suatu kesalahan undang-undang, jika dilakukan hanya sekali-sekala dan dalam waktu yang sesuai. Akan tetapi, mendengar muzik dan mengambil kira keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak akan bercanggah dengan undang-undang. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG 7 Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk mengawal jenayah. Ini kerana seseorang itu mematuhi undang-undang sebab takutkan hukuman tetapi bukan berlandaskan etika. Etika pula lebih umum dan lebih maksimum daripada undang-undang dalam mengawal jenayah. Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah ditetap