cth soalan dari edmodo

3

Click here to load reader

Upload: kbx8876

Post on 25-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

soalan ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Cth Soalan Dari Edmodo

Terangkan lima prinsip berkaitan dengan etika penyelidikan yang harus

dipertimbangkan semasa melaksanakan pengutipan data.

1. Jujur dalam mengutip dan melaporkan data

2. Berintegrasi. Contohnya ikhlas, tekal dengan pemikiran dan tindakannya dan akur

dengan semua janjinya.

3. Menghormati dan merahsiakan identiti responden.

4. Tidak menggunakan paksaan dalam pengumpulan data.

5. Menghormati harta intelek dan hak cipta terpelihara semasa membuat laporan.

Pada pendapat anda, kenapakah kajian tinjauan sangat popular dalam kajian sains

sosial?

Kajian tinjauan merupakan kaedah penyelidikan kuantitatif dalam kajian sains sosial.

Kajian tinjauan sangat popular disebabkan pelbagai pihak menggunakannya untuk

meninjau keberkesanan sesuatu produk atau meninjau pandangan orang ramai

mengenai sesuatu isu. Reka bentuk kajian tinjauan juga boleh meramalkan isu semasa

masyarakat yang timbul. Lagipun, reka bentuk kajian tinjauan boleh digunakan dalam

semua bidang termasuklah pendidikan, keselamatan, sosial, psikologi dan kesihatan.

Maklumat kajian tinjauan boleh diperolehi terus daripada subjek kajian. Kajian tinjauan

sesuai digunakan untuk menghurai fenomena yang diminati oleh pengkaji. Dalam

kajian tinjauan, penyelidik boleh memilih responden daripada satu populasi secara

rawak. Sementara, proses dan langkah-langkah yang perlu diambil kira oleh pengkaji

adalah seperti berikut:

i. Menyatakan tujuan kajian.

ii. Mengenalpasti sumber yang diperlukan.

iii. Mengenalpasti populasi sasaran.

iv. Menentukan saiz sampel.

v. Menentukan kaedah kaedah kajian tinjauan.

vi. Menyediakan instrumen kajian.

vii. Menganalisis data kajian.

viii. Membuat generalisasi.

Page 2: Cth Soalan Dari Edmodo

Huraikan 4 jenis penyelidikan pendidikan beserta contoh yang jelas.

1. Penyelidikan Asas

- merupakan suatu penyelidikan yang berasaskan kepada penyiasatan dan analisis

yang berfokuskan kefahaman sesuatu fenomena tetapi tidak memerlukan rawatan

atau penyelesaiannya.

- untuk menambah maklumat mengenai masalah yang hendak dikaji.

- dijalankan sebelum kajian selanjutnya dijalankan.

2. Penyelidikan Gunaan

- merupakan penyelidikan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang lebih

praktikal.

- Contoh:

i) memperbaiki pengeluaran tanaman

ii) merawat penyakit

iii) menambahbaik kecekapan penggunaan tenaga di rumah atau pejabat.

3. Penyelidikan Tindakan

- untuk memperbaiki kualiti amalan bagi individu yang terlibat dengan situasi sosial

berkenaan bagi memperbaiki kefahaman tentang sesuatu masalah agar

keberkesanan amalan dapat diperbaiki.

- merupakan proses berulangan iaitu kajian tindakan yang berterusan ke atas

amalan sosial dan penyelidik membuat refleksi tentang tindakannya dalam kitaran

pertama sebelum kitaran kedua bermula.

4. Penyelidikan Penilaian

- merupakan suatu bentuk penyelidikan untuk mengkaji kesan atau hasil sesuatu

program atau pun intervensi sosial.

- bertujuan untuk penambahbaikan program atau intervensi

Nyatakan perbezaan antara pendekatan positivis dan interpretatif.

1. Tujuan: Positivis - Menyelidik hubungan, sebab dan kesan.

Interpretatif - Memahami fenomena sosial.

2. Pendekatan: Positivis - Menguji teori-meningkatkan ramalan fenomena. Deduktif.

Interpretatif - Memahami fenomena melalui makna yang diberi oleh pemerhati. Induktif.

3. Realiti: Positivis - Objektif ditentukan oleh peraturan.

Page 3: Cth Soalan Dari Edmodo

Interpretatif - Bergantung kepada terjemahan pemerhati.

4. Pembolehubah: Positivis - Biasanya ditentukan dari awal kajian.

Interpretatif - Tidak ditentukan dari awal kajian.

5. Analisis data: Positivis - Analisis statistik ke atas data numerik.

Interpretatif - Deskripsi dan interpretasi naratif (perkataan).

6. Alat-alat: Positivis - Menggunakan alat piawai.

Interpretatif - Menggunakan interaksi bersemuka

Berikan satu contoh penyelidikan bagi setiap penyelidikan yang berikut.

A. Penerokaan

B. Penghuraian

C. Penerangan

D. Ramalan

A. Penerokaan – Menerokai satu masalah dalam peringkat awal atau isu yang agak

baru diterokai.

Contoh – Awal pelaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris) – kajian dijalankan untuk menerokai apakah

masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pdp.

B. Penghuaraian – Kajian dijalankan untuk menghuraikan sesuatu perkara.

Contoh – Sifat-sifat murid yang suka ponteng kelas atau ciri-ciri guru yang baik.

C. Penerangan –Kkajian dijalankan untuk menerangkan mengapa tahap kelesuan guru

di Lembah Kelang agak tinggi.

D. Ramalan – Kajian dijalanakan untuk menentukan kesudahan pada masa hadapan

berdasarkan data pada masa kini.

Contoh – Kajian dijalankan untuk menentukan sama ada calon yang mendapat skor

tinggi dalam ujian MTEST (Malaysian Teacher Selection Test) akan menjadi guru yang

cemerlang pada masa hadapan.

Page 4: Cth Soalan Dari Edmodo

Terangkan kepentingan penyebaran dapatan penyelidikan.

1.Memaksimunkan impak penyelidikan ke atas penambahan ilmu.

2.Memastikan dapatan kajian menjadi berguna dan bukan setakat disimpan oleh

pengkaji sahaja.

3.Penyebaran dapatan penyelidikan kita akan menyumbang kepada penyelesaian

sesuatu masalah.

4.Memotivasikan penyelidik untuk teruskan usahanya.

5.Meningkatkan profail pengkaji dan institusinya.