cth laporan karnival permainan tradisional

7
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISMP SEM 5 ELEKTIF PEND. JASMANI LAPORAN AJK PERALATAN Senarai Nama Ahli Jawatankuasa : 1. Mohamad Aizatul Ariffin Bin Mohd Nadziman 2. Aznizan Bt Aziz 3. Thompson Anak Juna 4. Nurfarhana Bt Khairuddin 5. Reymond A/L Bah Ayoh 6. Siti Nor Atiekah Bt Kamarudin 7. Pugelentheran A/L paramasamy 1.0 Pendahuluan Sebagai ahli jawatankuasa peralatan bagi karnival permainan tradisional ini kami telah ditugaskan untuk mengambil barang barang yang diperlukan di stor dan peralatan yang diperlukan untuk melangsungkan karnival permainan tradisional ini. 2.0 Sebelum Bagi melaksanakan karnival permainan tradisional ini mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan tentang barang barang dan peralatan yang diperlukan bagi melangsungkan karnival ini. Sebelum tiba hari yang dinanti nantikan iaitu pada 28 Mac 2015 kami telah ditugaskan untuk mengambil barang barang yang diperlukan seperti kertas mahjong, kertas A4, marker, air mineral, tali rafia dan hamper. Selain itu, untuk persiapan tempat kami juga perlu mengambil dan meminjam beberapa peralatan daripada bilik stor sukan. Antara peralatan yang diperlukan ialah kerusi, meja lipat, pentas kecil, payung, kanopi, tikar serta papan kenyataan yang kecil itu untuk setiap kelas bagi meletakkan dan menampal semua maklumat tentang permainan yang mereka anjurkan.

Upload: jie-jang-aziz

Post on 16-Jan-2016

53 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Cth Laporan Karnival Permainan Tradisional

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISMP SEM 5 ELEKTIF PEND. JASMANI

LAPORAN AJK PERALATAN

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa :

1. Mohamad Aizatul Ariffin Bin Mohd Nadziman

2. Aznizan Bt Aziz

3. Thompson Anak Juna

4. Nurfarhana Bt Khairuddin

5. Reymond A/L Bah Ayoh

6. Siti Nor Atiekah Bt Kamarudin

7. Pugelentheran A/L paramasamy

1.0 Pendahuluan

Sebagai ahli jawatankuasa peralatan bagi karnival permainan tradisional ini kami telah

ditugaskan untuk mengambil barang – barang yang diperlukan di stor dan peralatan yang

diperlukan untuk melangsungkan karnival permainan tradisional ini.

2.0 Sebelum

Bagi melaksanakan karnival permainan tradisional ini mesyuarat telah diadakan untuk

membincangkan tentang barang – barang dan peralatan yang diperlukan bagi melangsungkan

karnival ini. Sebelum tiba hari yang dinanti – nantikan iaitu pada 28 Mac 2015 kami telah

ditugaskan untuk mengambil barang – barang yang diperlukan seperti kertas mahjong, kertas

A4, marker, air mineral, tali rafia dan hamper. Selain itu, untuk persiapan tempat kami juga perlu

mengambil dan meminjam beberapa peralatan daripada bilik stor sukan. Antara peralatan yang

diperlukan ialah kerusi, meja lipat, pentas kecil, payung, kanopi, tikar serta papan kenyataan

yang kecil itu untuk setiap kelas bagi meletakkan dan menampal semua maklumat tentang

permainan yang mereka anjurkan.

Page 2: Cth Laporan Karnival Permainan Tradisional

Pada 24 Mac 2015 kami telah mula mengambil barang – barang yang diperlukan untuk karnival

permainan tradisional tersebut. Pada hari tersebut kami uruskan segala barang di stor barang

dan menyimpannya di tempat yang selamat serta kami juga telah menyelesaikan segala

peralatan yang diperlukan seperti meja, kerusi, pentas kecil, payung dan sebagainya dengan

bantuan pekerja – pekerja di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Peralatan tersebut

telah diangkat dengan menggunakan lori pekerja yang banyak membantu kami dari segi

mengambil dan mengangkat semua peralatan yang diperlukan. Sekalung penghargaan kami

ucapkan.

3.0 Semasa

Semasa karnival ini berlangsung semua barang dan peralatan yang diperlukan mencukupi dan

tiada masalah yang berlaku semasa karnival permainan tradisional ini berlangsung.

Alhamdulillah semua berlaku dengan lancar dan semua peralatan dan barang yang diperlukan

dapat diperoleh dengan mudah dan senang dengan bantuan pihak – pihak lain.

4.0 Selepas

Selepas selesai karnival permainan tradisional ini ahli jawatankuasa peralatan mula mengemas

semua barang – barang dan peralatan yang telah digunakan. Semua guru pelatih menyusun

peralatan yang sudah digunakan pada satu tempat supaya senang untuk kami menghantar

semula peralatan yang telah dipinjam.

5.0 Kelebihan

Antara kelebihan yang dapat kami peroleh ialah semua ahli jawatankuasa memberi kerjasama

yang mantap. Selain itu, ada juga golongan guru pelatih yang baik hati sudi menolong kami

semasa kami mengangkat peralatan yang diperlukan. Mereka sudi memberi pertolongan

kepada kami dan berkat usaha dan pertolongan mereka kami dapat membawa semua

peralatan yang diperlukan ke astaka berhampiraan padang. Seterusnya, syukur kerana semua

pihak dapat memberikan kerjasama yang mantap dan padu kepada kami semasa kami

berurusan dengan mereka. Ini merupakan satu kelebihan kepada kami apabila dapat berurusan

dengan pihak yang senang memberi kerjasama kepada kami.

Page 3: Cth Laporan Karnival Permainan Tradisional

6.0 Kelemahan

Peralatan yang terdapat di dalam stor tidak mencukupi kerana guru pelatih yang lain juga ada

melaksanakan beberapa program pada hari yang sama dan ini telah mengakibatkan peralatan

di dalam stor sudah dipinjam dan tidak mencukupi. Ini akan memberi masalah kepada guru

pelatih yang lain kerana mereka juga ingin menggunakan peralatan yang sama pada hari yang

sama juga. Kekurangan kuantiti peralatan telah menyebabkan berlakunya masalah kerana

peralatan yang diperlukan itu sudah dipinjam oleh orang lain.

7.0 Penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan ialah supaya pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

dapat menyediakan peralatan dalam stor seperti kanopi, payung, bendera warna – warni dan

sebagainya dengan kuantiti yang banyak agar bila berlakunya dua program serentak peralatan

yang diperlukan mencukupi.

Page 4: Cth Laporan Karnival Permainan Tradisional

.

Page 5: Cth Laporan Karnival Permainan Tradisional

Disediakan Oleh, 30 MAC 2015

________________________________

(AZNIZAN BT AZIZ )

Jawatankuasa Peralatan,

Karnival Permainan Tradisional,

PISMP Semester 5 Elektif Pend. Jasmani

IPG Kampus Kota Bharu

Page 6: Cth Laporan Karnival Permainan Tradisional

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISPM SEM 5 ELEKTIF PENDIDIKAN

JASMANI

OLEH : AZNIZAN BT AZIZ

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat saya dan

rakan guru pelatih yang lain melaksanakan karnival permainan tradisonal ini pada 28 Mac 2015

bertempat di padang Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu. Karnival ini telah dikelolakan

oleh guru pelatih dari kelas BM1, Bm2, dan Bm3, mereka telah bekerjasama antara satu sama

lain untuk melaksanakan program ini. Pensyarah pembimbing bagi kelas Bm3 SJKT ialah Encik

Che Kamarudin bin Che Mamat yang banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada kami

semasa melaksanakan karnival ini.

Kelas kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan kerana kami telah ditugaskan untuk

melaksanakan atau mengelola dua permainan tradisional iaitu tarik upih dan ketingting. Saya

telah dimasukkan ke dalam kumpulan permainan tradisional ketingting dan kami mula

melaksanakan tugasan yang sepatutnya dilaksanakan. Antara kelebihan yang telah saya dapati

semasa mengelola karnival permainan tradisional ini ialah saya dapat mengenal dan

mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang permainan tradisional yang terdapat di

Malaysia sama ada kaum Melayu, Cina atau India.

Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan terus permainan yang dipilih supaya saya

lebih memahami peraturan sesuatu permainan tradisional. Karnival permainan tradisonal pada

kali ini telah menganjurkan satu permainan daripada kaum India iaitu Khoo – khoo. Permainan

ini jarang dilihat dimainkan oleh masyarakat sekarang jadi pengajur telah mengambil satu

keputusan yang bijak dalam memiih permainan tradisional yang berlainan agar semua guru

pelatih didedahkan dengan pelbagai permainan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Saya telah dipertanggjawabkan untuk menyelesaikan tugas atau peranan sebagai ahli

jawatankuasa peralatan untuk karnival permainan tradisional ini. Melalui jawatankuasa ini saya

telah mempelajari banyak perkara seperti berurusan dengan pihak atasan, menyediakan

peralatan dan barang – barang yang diperlukan. Selain itu, saya juga dapat belajar tentang cara

– cara atau prosedur untuk mendapatkan sesuatu peralatan. Pengalaman ini banyak memberi

saya pengetahuan yang baru kepada saya dan dapat saya aplikasikan apabila saya sudah

menjadi guru kelak.

Page 7: Cth Laporan Karnival Permainan Tradisional

Tambahan pula, penganjuran karnival permainan tradisional ini telah banyak memberi

ilmu dan pengalaman yang baru kepada semua guru pelatih dalam menganjurkan dan

mengelola sesesuatu karnival. Pengalaman dan ilmu pengetahuan ini dapat diaplikasikan

apabila kita sudah menjadi seorang guru dan pendidik kelak. Seterusnya, kerjasama antara

semua ahli jawatankuasa telah membantu menjayakan karnival permainan tradisional ini.