contoh tugasan morfologi bml 3053

13
Pengenalan Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. - Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. - Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan. - Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh : saya 1 morfem : saya berpeluh 2 morfem : ber+peluh berkakikan 3 morfem : ber+kaki+kan Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh : - Morfem bebas saya –‘ - Morfem terikat ber dan kan , hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti berkakikan Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa

Upload: cik-gee

Post on 13-Aug-2015

963 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Pengenalan

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

- Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit

bahasa yang bermakna.

- Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.

- Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan

fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit

terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu

perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh :

‘saya’ 1 morfem : saya

‘berpeluh’ 2 morfem : ber+peluh

‘berkakikan” 3 morfem : ber+kaki+kan

Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-

sama morfem lain). Contoh :

- Morfem bebas – ‘saya’

- Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk

perkataan seperti ‘berkakikan’

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri

daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk

bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.

Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat

bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri

Page 2: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua

morfem itu perkataan.

Konsep Morfologi

Morfem Perkataan

1. Konsep

Bebas Terikat

2. Bentuk Kata

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

3. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan

4. Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Akar Dasar

Page 3: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Soalan Tugasan

Terdapat pelbagai jenis bahan bercetak di pasaran. Dalam bahan-bahan tersebut terdapat pelbagai

kesilapan bahasa sama ada daripada aspek ejaan, kosa kata, penggunaan kata dan penggolongan

kata. Sebagai pendidik anda harus bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dan betul dari aspek

tatabahasa untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis

penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata

dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan

hasil dapatan analisis.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan,

pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh yang sesuai.

b) Membina brosur yang bertemakan Cintai Bahasa Kita dengan menggunakan bahasa yang

betul, ringkas, tepat, dan jelas serta persembahan yang menarik.

Page 4: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Soalan 1

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis

penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata

dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan

hasil dapatan analisis.

Page 5: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Hang Tuah Berbangsa Cina

oleh : Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang

Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari

keturunan Melayu sebagaimana yang disangka. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang

Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah

di Melayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian

sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah.

Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang

asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan

mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-

reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu

penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu

sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ .

Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’

merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan

pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan

kepada ‘nama’ manusia untuk memperoleh jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka,

tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang

Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan

nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung

kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China.

Page 6: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja – Raja

Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM

dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa

sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka

Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House

Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan

Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta

Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini

dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po.

Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah

dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah

nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada

puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan

Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka

dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti

Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker,

manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama

bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi

pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi

pula ada berbaur loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari

rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan

karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Page 7: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan.

Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan

nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada

mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaman di Bukit Cina

kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar

‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam

atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama

Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari

rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi

mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu

lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi.

Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat

Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang

Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh

Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini

sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara

mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyelidikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-

kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Page 8: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam

bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai

banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada

Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah

menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan

Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah di

Melayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat

bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika

pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi

bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan

berkhidmat kepada Sultan Melaka. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan

karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik

ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu.

Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan

yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan

Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama

Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas

sama ada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telah pun

menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka.

Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po

dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan

legenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu

telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya

Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu

Jati.

Page 9: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Analisis golongan kata

berdasarkan petikan teks

Page 10: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

GOLONGAN KATA

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan

fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. 

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif / Sifat

Kata Tugas

Kata Nama

Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama

ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan

demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. 

Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :  

Kata Nama Am

Kata Nama Khas

Kata Ganti Nama

Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata TugasKata Adjektif

Page 11: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Kata Nama Am

Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am

boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya,

iaitu :

Hidup atau tak hidup

Manusia atau bukan manusia

Institusi atau bukan institusi

Konkrit atau abstrak

Berbilang atau tak berbilang

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :

Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya.

Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

Hidup (manusia dan bukan manusia)

Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang)

Page 12: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Analisis penggolongan kata berdasarkan teks

Kata nama am Contoh

Kata nama am hidup Orang-orang Melayu

Pahlawan

Bangsa

Manusia

Raja-raja

Bendahara

Paduka Raja

Termengung

Laksamana

Syahbandar

Mandulika

Dayang

Puteri

Anak

Putera

Cucu

Rakan

Pengarang

Sultan

Kata nama am tak hidup Bilik darjah

Dewan kuliah

Page 13: Contoh Tugasan Morfologi Bml 3053

Seminar

Wilayah

Kaum

Buku

Agama

Istana

Bahasa