contoh soalan pergerakan asas

Upload: zalizan-ismail

Post on 13-Jul-2015

559 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERGERAKAN ASAS 1. Nyatakan maksud pergerakan lokomotor. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

2.

Menurut ahli pendidikan jasmani, secara amnya pergerakan asas terbahagi kepada 3 bahagian. Nyatakan ketiga-tiga bahagian tersebut dan berikan contoh aktiviti. Pergerakan asas terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: i. ii. Lokomotor berjalan,berlari,melompat,memanjat,mengelonsor,skip dan guling hadapan. Bukan Lokomotor duduk,berdiri,bangkit tubi,meregang,membongkok,menghayun,berbuai-buai,menolak,rebah,bangkit. iii. Manipulatif alatan Menggolek bola,membaling bola,menyepak bola,melantun,memukul,menyerap,menyambut,menahan dll

3. Dalam pergerakan lokomotor melibatkan 3 elemen nyatakan dan huraikan elemen tersebut.3 elemen dalam pergerakan lokomotor ialah: i. ii. Arah iaitu melibatkan bentuk arah gerakan iaitu kehadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan. Haluan iaitu melibatkan corak gerak contohnya sama ada boleh dalam bentul lurus,bengkang-bengkok,zig-zag dan lain-lain. Masa iaiat masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau perlahan,dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

iii.

4.

Nyatakan definasi pergerakan bkan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia juga didefinisikan sebagai keupayaan mengerakkan bahagian tubuh tanpa beralih tempat.

5. Nyatakan konsep kemahiran manipulasi alat.Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Ia memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,mengawasi atau menangani sesuatu objek.

6.

Nyatakan kegunaan pergerakan bukan lokomotor. Kegunaan pergerakan bukan lokomotor adalah untuk membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang.

7. Nyatakan sebab kenapa kemahiran manipulasi alat perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak.Kemahiran manipulasi alat perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak kerana ia dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan-mata,kaki-mata dan lain-lain.

8.

Namakan aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan lokomotor yang boleh digunakan dalam aktiviti pendidikan jasmani. Antara aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan lokomotor ialah:

a. Gustitanganb. c. d. e. f. g. Turun naik pasangan Enjit-enjit semut Tepuk amai-amai Menarik setempat Mengilas sambil menepuk tangan Menarik dan menahan rakan

9. Persepsi motor penting dalam mengajar kanak-kanak terutamanya prasekolah.Bincangkan kepentingan persepsi motor.Persepsi motor penting untuk membolehkan kanak-kanak merasa kehadiran dirinya dalam ruang,mengenalpasti arah kiri/kanan dan depan/belakang,memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan.ia juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca,kemahiran persepsi membolehkan kanak-kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat.

10. Huraikan kemahiran yang terdapat dalam kemahiran persepsi motor. Kemahiran yang ada dalam persepsi motor ialah: a. Mengimbang.Imbangan bermaksud kebolehan seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat gravity adalah sifar keseimbangan akan tercapai.

b. Kesedaran tubuh badan, merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri.Perkara yang penting tentangkesedaran ini ialah bentuk dan saiz tubuh badan, bahagian-bahagian tubuh badan,keupayaan melakukan gerakan membongkok,melurus,memusing,mengilas dan menggerakkan badan,perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza. c. Kesedearan ruang .Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaiatu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan, ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Kesedaran Arah, membolehkan pelajar menyedari dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang persekitaranya,kesedaran luaran ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar.

d.

e.

Koordinasi tangan mata atau kaki mata. Koordimasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan. Koordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda.

11. Apakah bahagian yang terdapat dalam tubuh badan kita yang mengawal imbagan. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh.

12. Terdapat 2 jenis imbangan huraikan dan beri contoh 2 jenis imbagan tersebut. 2 jenis imbangan itu ialah: a. Imbangan statik iaitu kestabilan semasa pusat gravity berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.Imbangan ini menggunakan anggota tubuh seperti tangan,kaki,lutut,punggung dll.Contoh tolak patung,buaian tayar,ketintingan bertiga, ayun kaki serentak,papan imbangan berpasangan dll. Imbangan dinamik ialah mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali,berjalan di atas titi,meniti diatas bangku,imbangan menggunakan kaki tempurung,lompat ketinting dll lagi.

b.

13. Kesedaran tbuh badan merupakan persepsi kanak-kanak Tentang diri sendiri. Nyatakan aspek yang penting tentang Kesedaran ini. Aspek yang penting tentang kesedaran tubuh badan ini ialah; i.bentuk dan saiz tubuh badan ii.Keupayaan melakukan gerakan membongkok,melurus, memusing,mengilas dan menggerakkan badan. iii.Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza.

14. Terdapat 2 jenis ruang nyatakan dan huraikan kedua-dua Jenis ruang tersebut. 2 jenis ruang ialah: i.Ruang diri, iaitu ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. ii.Ruang am iaitu kawasan yang digunaan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

15. Nyatakan dan definasikan koordinasi badan.

Koordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan kemas dan lancer. Koordinasi boleh dicapai denan menyediakan latihan yang sistematik seperti menangkap,menahan dan menyangga bola.

16. Berikan 4 jenis kategori permainan. a. b. c. d. Sasaran Jaring, dinding Pukulan, memandang Serangan, kawasan

17. 6 peringkat TGFU a. b. c. d. e. f. Bentuk permainan Asperasi permainan Kesedaran taktikal Membuat keputusan Pelaksanaan kemahiran Prestasi

18. Nyatakan aspek keselamatan semasa mengelolakan permainan. Aspek keselamatan semasa mengelolakan permainan ialah: a. b. c. d. Pastikan pelajar berada dalam kesihatan yang baik Pastikan bilangan pemain mematuhi peraturan bermain Pastikan pelajar mematuh peraturan dan arahan Pastikan peralatan pertolongan cemas untuk merawat kecederaan ringan atau luka kecil.

e. Pastikan pelajar membuat aktiviti regangan dan memanaskan badan sebelum melakukan aktivitf. Pastikan pelajar melakukan gerak kendur dan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan aktiviti

g. Memastikan pelajar tidak melakukan aktiviti dalam cuaca yang buruk.h. i. Pastikan aktiviti yang dilakukan adalah dibawah pengawasan guru. Memastikan aktiviti dilakukan bersesuaian denga tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar.

19. Apakah faedah bermain. a. Bentuk kemahiran fizikal b. Kemahiran motor kasar seperti mencapai,merangkak,berlari,memanjat dll Kemahiran motor halus seprti memungut barang mainan yang kecil.

Bentuk konsep kognitif Kanak-kanak belajar selesaikan masalah,belajar mengenal warna,angka,saiz dn bentuk Meningkatkan daya ingatan

c.

Bentuk kemahiran bahasa Bercerita,berjenaka,berinteraksi sesame sendiri

d.

Bentuk Kemahiran sosial Belajar bekerjasama,bertolakansur,menunggu giliran,mengikut peraturan dalam masyarakat

20. Apakah peranan ibubapa/guru dalam aktiviti bermain?

a. Memerhati lihat apa kanak-kanak mampu buat dan masalah yang dihadapi, aktiviti yang diminati.b. c. Ikut bermain bersama sambil memasukkan unsure kompleksiti tetapi mereka yang kawal permainan. Kreatif penggunaan peralatan yang pelbagai cara dengan guna daya imaginasi.