contoh rph

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Nama Sekolah : SK Kayangat Nama Guru : Siti Nur Aisyah Bt mansor Tahun : 5 Bijak Bil. Murid : 29 Orang Tunjang : Kecergasan Tajuk : Kecergasan Fizikal Kemahiran : (c) Imbangan (Imbangan Skala Depan, Dirian Bangau, Imbangan sisi skala statik) Tarikh : 25 OGOS 2011 Masa : 8.40 9.10 pagi (30 minit) Objektif : Selepas mempelajari unit ini, murid-murid dapat : i. Psikomotor : Melakukan aktiviti imbangan dengan teknik yang betul. ii. Kognitif : Menyatakan konsep imbangan statik dan dinamik. iii. Afektif : Menunjukkan nilai-nilai kerjasama, toleransi, tanggungjawab, kepimpinan, keseronokan dan keselamatan. Pengalaman sedia ada : Murid telah mempelajari aktiviti imbangan seperti mengimbang skala ke depan di atas bangku dan mengimbang di atas hujung kaki semasa berada pada Tahun 4. Penerapan nilai : Bekerjasama, toleransi, bertanggungjawab, dan kepimpinan. KBKK : Menjana idea Penggabungjalinan : Tunjang kecergasan (Daya Tahan Otot) Kesepaduan : Matematik Alatan : Kon (4), Skital (4), bola getah (8), wisel(1)

Upload: nurhamizah

Post on 02-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh RPH PJ

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Sekolah : SK Kayangat

Nama Guru : Siti Nur Aisyah Bt mansor

Tahun : 5 Bijak

Bil. Murid : 29 Orang

Tunjang : Kecergasan

Tajuk : Kecergasan Fizikal

Kemahiran : (c) Imbangan (Imbangan Skala Depan, Dirian Bangau, Imbangan sisi skala statik)

Tarikh : 25 OGOS 2011

Masa : 8.40 – 9.10 pagi (30 minit)

Objektif : Selepas mempelajari unit ini, murid-murid dapat :

i. Psikomotor : Melakukan aktiviti imbangan dengan teknik yang betul.

ii. Kognitif : Menyatakan konsep imbangan statik dan dinamik.

iii. Afektif : Menunjukkan nilai-nilai kerjasama, toleransi, tanggungjawab, kepimpinan, keseronokan dan

keselamatan.

Pengalaman sedia ada : Murid telah mempelajari aktiviti imbangan seperti mengimbang skala ke depan di atas

bangku dan mengimbang di atas hujung kaki semasa berada pada Tahun 4.

Penerapan nilai : Bekerjasama, toleransi, bertanggungjawab, dan kepimpinan.

KBKK : Menjana idea

Penggabungjalinan : Tunjang kecergasan (Daya Tahan Otot)

Kesepaduan : Matematik

Alatan : Kon (4), Skital (4), bola getah (8), wisel(1)

Page 2: CONTOH RPH

Bahagian

/ Masa

Aktiviti Butiran Mengajar Organisasi Catatan /Alat

/Strategi

Permulaan

( 5 minit )

Memanaskan

Badan

Aktiviti sentuh lutut,

sentuh siku

pasangan, dan

regangan

1. Guru bertanya keadaan pelajar.

“Apa khabar anda pagi ini?”

“Bersedia untuk melakukan aktiviti?”

2. Murid melakukan aktiviti pemanasan

badan dengan bermain aktiviti sentuh

lutut dan sentuh siku kawan secara

berpasangan.

3. Guru memimpin aktiviti regangan.

o Aktiviti regangan melibatkan

seluruh anggota badan murid

bermula dari kepala hingga kaki.

G

x x x x x x x x x

x x x x x x x x x

x x x x x x x x x

Murid bergerak dan

berbaris di hadapan guru.

Nilai :

1. Patuh kepada

arahan guru.

Perkembangan

Langkah 1

(10 minit )

Gerak kerja kelas

1. Imbangan sisi

skala statik

1. Murid diminta membuat ladam kuda

untuk mendengar penerangan.

2. Guru memberi penerangan secara

ringkas tentang konsep imbangan

(Imbangan ialah kebolehan seseorang

mengekalkan posisi badan semasa

melakukan aktiviti, sama ada semasa

berada dalam keadaan statik ataupun

dinamik.)

3. Guru menerangkan aktiviti imbangan

skala sisi statik serta melakukan

demonstrasi..

- Berdiri tegak. Rapatkan kaki

dengan tangan di sisi.

- Angkat sebelah kaki ke sisi sambil

merendahkan badan perlahan-

lahan ke satu sisi lagi.

- Luruskan lutut.

4. Murid melakukan aktiviti secara

G

X X

X X

X X

X X

X x x x

Nilai:

● Kerjasama

● Kerajinan

● Mematuhi

arahan

● Keyakinan

Strategi :

● Teori

kecerdasan

pelbagai –

Kecerdasan

Kinestetik

Page 3: CONTOH RPH

berpasangan.

5. Murid melakukan aktiviti secara

berperingkat-peringkat.

6. Murid melakukan aktiviti untuk kedua-

dua bahagian badan.

7. Murid yang berkebolehan akan

membuat demonstrasi imbangan skala

sisi statik dengan bimbingan guru.

Langkah 2

(5 minit)

Gerak Kerja

Kumpulan

Stesen 1:

Imbangan Skala

Depan

1. Murid dibahagikan kepada 4

kumpulan.

2. Tunjuk cara akan dilakukan oleh

guru di setiap stesen.

3. Setiap kumpulan akan bergerak

dari stesen ke stesen yang

seterusnya.

4. Murid-murid perlu melakukan

aktiviti imbangan pada setiap

stesen dalam tempoh masa yang

telah ditentukan oleh guru.

1. Guru menerangkan aktiviti

imbangan skala depan serta

melakukan demonstrasi pada stesen

tersebut.

- Berdiri tegak. Rapatkan kaki

dengan tangan di sisi.

- Angkat sebelah kaki ke belakang

sambil merendahkan badan

perlahan-lahan ke hadapan.

- Luruskan lutut.

2. Murid melakukan aktiviti secara

berpasangan.

3. Murid melakukan aktiviti secara

Stesen 1

Nilai:

● Kerjasama

● Kerajinan

● Mematuhi

arahan

● Keyakinan

Strategi :

● Teori

kecerdasan

pelbagai –

Kecerdasan

kinestetik

Page 4: CONTOH RPH

berperingkat-peringkat.

4. Murid melakukan aktiviti untuk kedua-

dua belah kaki.

5. Murid yang berkebolehan akan

membuat demonstrasi dengan

bimbingan guru.

Langkah 3

Stesen 2:

Dirian Bangau

1. Guru menerangkan cara

melakukan dirian bangau dan

melakukan demostrasi di stesen

tersebut..

- Berdiri tegak, rapatkan kaki dan

tangan di sisi.

- Angkat sebelah kaki perlahan-

lahan.

- Luruskan kaki di sisi.

- Depakan tangan dan imbangkan

badan.

2. Murid melakukan aktiviti secara

berperingkat-peringkat.

3. Murid melakukan aktiviti untuk

kedua-dua belah kaki.

4. Murid yang berkebolehan akan

melakukan demonstrasi dengan

bimbingan guru.

Stesen 2

Nilai:

● Kerjasama

● Kerajinan

● Mematuhi

arahan

● Keyakinan

Strategi :

● Teori

kecerdasan

pelbagai –

Kecerdasan

kinestetik

Stesen 3:

Menyilang bola

dibawah peha

sambil angkat

lutut tinggi.

1. Guru menerangkan aktiviti

imbangan skala depan serta

melakukan demonstrasi pada

stesen tersebut.

- Berdiri tegak,rapatkan kaki dan

tangan di sisi berserta bola getah

Stesen 3

Page 5: CONTOH RPH

di tangan sebelah.

- Angkat sebelah kaki sehingga

paras pinggang, 90 darjah.

- Silangkan bola yang dipegang ke

bawah peha.

- Bola berpindah dari tangan kanan

ke kiri dan berterusan.

2. Murid melakukan aktiviti secara

berperingkat-peringkat.

3. Murid yang berkebolehan akan

melakukan demonstrasi dengan

bimbingan guru.

Stesen 4:

Angkat lutut tinggi

dan peluk di

hadapan badan

1. Guru menerangkan aktiviti

imbangan skala depan serta

melakukan demonstrasi pada

stesen tersebut.

- Berdiri tegak,rapatkan kaki dan

tangan di sisi.

- Angkat sebelah kaki sehingga

paras pinggang, 90 darjah.

- Peluk kaki yang diangkat tinggi di

hadapan badan.

- Murid melakukan aktiviti secara

berperingkat-peringkat.

2. Murid yang berkebolehan akan

melakukan demonstrasi dengan

bimbingan guru.

Stesen 4

Kemuncak

(Permainan

kecil)

Permainan Sebut

Nombor

1. Murid diminta untuk membuat satu

bulatan besar.

2. Murid berdiri membentuk bulatan dan

diberi nombor 1 sehingga nombor 5

Nilai:

● Keyakinan

● Kerajinan

Page 6: CONTOH RPH

(8 minit)

kepada semua murid.

3. Setiap murid harus mengingati nombor

sendiri.

4. Guru akan menyebut satu nombor

(antara 1, 2, 3, 4 atau 5) dan

seterusnya murid yang bernombor

berkenaan perlu bersedia untuk

mendengar arahan daripada guru.

5. Guru memberikan arahan sama ada

menyuruh murud melakukan imbangan

sisi skala statik, imbangan skala depan

atau dirian bangau.

6. Murid yang gagal menyeimbangkan

badan semasa melakukan aktiviti

tersebut dikira kalah.

7. Permainan diteruskan sehingga

pemenang dapat ditentukan.

Strategi :

● Teori

kecerdasan

pelbagai –

Kecerdasan

kinestetik

Penutup

(2 minit)

Menyejukkan

badan

1. Murid berada dalam kedudukan yang

rawak untuk melakukan aktiviti

penyejukan badan iaitu „Saya sedang

berburu‟. Guru memberikan arahan

kepada murid dan murid menggayakan

arahan yang diberikan oleh guru.

2. Murid berkumpul di hadapan guru.

3. Murid merumuskan isi pengajaran

dengan bimbingan guru yang

bertanyakan soalan :

o Apakah yang dimaksudkan dengan

imbangan?

o Apakah jenis-jenis imbangan yang

telah kita lakukan tadi?

4. Guru memilih murid secara rawak

untuk memberikan jawapan.

G

X x x x x x x

X x x x x x

X x xxx x x

X x x x

G

x x x x x x x x x x x

x x x x x x x x x x x

x x x x x x x x x x x x

Page 7: CONTOH RPH

REFLEKSI

a ) Kekuatan pengajaran : b ) Kelemahan pengajaran :

Page 8: CONTOH RPH

c ) Cadangan penambaikan pengajaran : d) Komen Pensyarah Pembimbing/ Guru Pembimbing :