contoh research
TRANSCRIPT
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 1/13
Tajuk:
Persepsi Pelajar Perempuan Cemerlang Tingkatan 4
Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
BAB I
1.3 Objektif Penyeldidikan
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji :
1.3.1 Persepsi pelajar perempuan cemerlang tingkatan empat sekolah harian
terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
1.3.2
1.3.3
1.4 Persoalan Kajian
Penyelidikan ini berkisar kepada persoalan-persoalan berikut:
1.4.1 Apakah persepsi pelajar perempuan cemerlang tingkatan empat sekolah
harian terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah?
1.4.2
1.4.3
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 2/13
BAB III
METODOLOGI
3.0 Pendahuluan
3.1
3.2
3.3
3.4 Instrumen kajian
Terdapat beberapa jenis instrumen akan digunakan untuk mengumpulkan
maklumat dalam penyelidikan ini. Setiap instrumen yang dipilih adalah berkaitan
dengan persoalan yang mahu diselesaikan. Instrumen-instrumen yang terlibat ialah
terdiri daripada temubual, dokumen pelajar, rekod aktiviti perjumpaan sesi kaunseling,
aktiviti unit bimbingan kaunseling. Data yang dikumpulkan melalui berbagai kaedah
ini adalah penting untuk membolehkan triangulasi dilakukan ke atas data-data
kualitatif (Merriem, 1998).
3.4.1 Temubual
Dalam kajian kualitatif, sebahagian daripada data diperolehi melalui temubual.
Menurut Yin (1989) pula salah satu sumber maklumat yang utama dalam kajian kes
adalah melalui temubual. Temubual membolehkan penyelidik mengetahui apa yang
ada dalam minda seseorang (Patton, 1990), atau apabila penyelidik tidak dapat melihat
tingkah laku, perasaan seseorang dan apabila sesuatu peristiwa yang tidak boleh
diulang semula (Merriem, 1998).
Patton (1980) membezakan temubual kepada tiga kategori iaitu temubual yang
tidak formal, temubual yang mempunyai garis panduan dan temubual yang terbuka
luas (open ended ). Sementara beberapa penyelidik lain seperti Fontana dan Frey
(1994) dan Merriem (1998) mengkelaskan temubual kepada tiga bentuk iaitu temubual
2
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 3/13
yang berstruktur, temubual spara berstruktur dan temubual yang tidak berstruktur.
Dalam kajian ini penyelidik menggunakan takrifan yang digunakan oleh Fontana dan
Frey (1994) dan Merriem (1998), kerana ianya kerap digunakan dalam kebanyakan
kajian kualitatif.
Menurut Merriem (1998), penggunaan temubual berstruktur adalah untuk
mengumpul maklumat yang tepat seperti data sosiodemografik, umur, pendapatan,
taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Temubual spara berstruktur pula
adalah perantaraan antara temubual yang berstruktur dan temubual tidak berstruktur.
Ia lebih fleksibel dan membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya
kepada penyelidik. Sementara itu temubual tidak berstruktur jarang digunakan dalam
kajian kualitatif (Merriem, 1998), kerana kadangkala ia menyebabkan penyelidik
kehilangan tumpuan kepada objektif temubual itu.
Oleh kerana pengalaman pelajar dan latarbelakang pelajar tidak sama dan
berdasarkan saranan penyelidik-penyelidik di atas, kaedah temubual spara berstruktur
akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang persepsi pelajar perempuan
cemerlang terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta persepsi mereka
terhadap ciri seseorang kaunselor yang diharapkan oleh pelajar. Temubual dengan
pelajar merupakan data utama bagi penyelidikan ini dan penyelidik telah menemubualseramai 6 orang pelajar perempuan cemerlang dari tingkatan empat untuk kajian ini.
3.5 Dokumen
3.6 Analisis Data
3.6.1 Analisis temubual
Pendekatan analisis kandungan seperti mana yang dicadangkan oleh (Miles
dan Huberman, 1984; Burn, 1995; Merriem, 1998) telah digunakan untuk
menganalisis data temubual. Menurut Burn (1995), analisis kandungan merupakan
antara kaedah analisis yang sering digunakan dalam kajian kualitatif. Analisis
kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan makna. Dalam hal ini
3
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 4/13
analisis kandungan memerlukan sistem pengkodan yang berkaitan dengan matlamat
sesuatu penyelidikan.
Menurut Burn (1995), kategori pengkodan harus dibangunkan sebaik saja
pengumpulan data pertama dilakukan. Pengkodan memudahkan seseorang penyelidik
memahami maklumat yang diperolehi dan menjadi panduan kepadanya untuk
menentukan apakah yang harus difokuskan kepada maklumat seterusnya. Miles dan
Huberman (1984) menyatakan bahawa pengkodan bukanlah sesuatu data yang telah
siap sedia untuk dianalisis, tetapi ianya terbit terus menerus sepanjang proses
pengumpulan data. Oleh itu pembentukan kategori pengkodan merupakan satu bentuk
analisis yang berterusan, maknanya setiap kategori diperhalusi sehingga kategori-
kategori tertentu dapat menggambarkan keadaan yang berlaku di dalam kes-kes yang
dikaji.
Analisis kandungan adalah penting untuk menjanakan kategori yang
melibatkan berbagai tema. Kelebihan kaedah analisis kandungan ialah ia dilakukan
kemudian selepas proses pengumpulan data (Burn, 1995). Oleh itu ia tidak
menjejaskan proses pengumpulan data dan responden kerana ia bukan merupakan
aktiviti pengumpulan data untuk membuktikan sesuatu hipotesis yang telah ditetapkan
terlebih dahulu.
Kategori dan pola data yang diperolehi menjadi bukti kepada sesuatu persoalan
yang dikaji. Penyelidik kemudiannya boleh menganalisis kebenaran daripada dapatan
penyelidikannya berdasarkan kepada bukti-bukti terkumpul sama ada bukti-bukti
tersebut menyokong atau tidak menyokong dapatan penyelidikannya. Dalam
penyelidikan ini analisis temubual dilakukan dengan bantuan perisian ATLAS-ti,
yang merupakan sebuah perisian yang boleh digunakan untuk menganalisis data
kualitatif. Keputusan analisis temubual dengan pelajar bersama tema, kategori,
subkategori ditunjukkan dalam lampiran D.
4
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 5/13
3.6.2 Penggunaan perisian dalam analisis penyelidikan kualitatif
Terdapat beberapa perisian-perisian komputer yang dibangunkan khususnya
untuk membantu analisis data penyelidikan kualitatif. Perisian-perisian terbit juga
dipanggil perisian analisis data kualitatif berbantukan komputer (Computer assisted
analysis of qualitative data, CAQDAS ) ( Silvermann, 2000). Di antara perisian yang
paling banyak digunakan ialah ( ETHNOGRAGH, QUALPRO, NUD.IST ) (Merriem,
1998) dan ATLAS (Silvermann, 2000). Pemilihan perisian untuk analisis data adalah
kebanyakannya bergantung kepada bentuk penyelidikan yang dijalankan dan
keupayaan perisian untuk membantu pemerosesan data. Menurut Silvermann (2000)
terdapat empat faedah utama penggunaan perisian CAQDAS dalam penyelidikan
kualitatif:
• Pemerosesan data yang banyak dapat dianalisis dengan mudah untuk
mengkaji persoalan-persoalan analitik.
• Mengurangkan kesukaran seperti menentukan kekerapan berlakunya
sesuatu fenomena dan memudahkan pencarian data-data yang menyimpang
(deviant ).
• Memudahkan penyelidikan berpasukan, kerana menggunakan skim
pengkodan yang sama.
• Membantu membuat keputusan ke atas persampelan, apakah dapatan
telah mewakili sampel dan membantu pembentukan teori
3.6.3 Perisian ATLAS
Perisian ATLAS telah dibangunkan khusus untuk penyelidikan berasaskan
pendekatan Grounded Theory (Silvermann, 2000). Tidak seperti NUD.IST dan
ETHNOGRAPH , di samping boleh menganalisis data dalam bentuk teks, ATLAS juga
membolehkan grafik (gambar dan sebagainya) digunakan sebagai data. Dokumen-
dokumen dalam bentuk tulisan tangan boleh diimbas ( scanned ) sebagai gambar dan
boleh digunakan sebagai gambar yang boleh dikodkan. ATLAS juga mempunyai ciri-
5
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 6/13
ciri tambahan untuk pembangunan teori seperti kebolehannya membina gambarajah
konseptual yang menunjukkan perkaitan antara ide. Walau bagaimanapun ATLAS agak
rumit dibandingkan dengan ETNOGRAPH dan NUD.IST kerana ia mempunyai
banyak bebutang (button) tetapi ia mempunyai banyak kelebihan khususnya boleh
digunakan dalam berbagai orientasi semasa menganalisis, membangun dan menguji
teori (Silvermann, 2000).
BAB IV
KEPUTUSAN
4.0 Pengenalan
Bab ini akan melaporkan hasil analisis temubual penyelidik dengan pelajar,
hasil analisis reaksi guru kaunselor secara terbuka dan analisis rekod perkhidmatankaunseling di sekolah berkenaan. Hasil temubual telah dianalisis menggunakan
perisian Atlas/ti dan telah dikelompokkan kepada kategori dan subkategori
menggunakan kod-kod yang tertentu. Pendekatan ini dilakukan untuk membina
perkaitan dalam maklumat yang muncul daripada data yang diperolehi melalui
temubual dengan pelajar, reaksi guru kaunseling secara terbuka dan rekod
perkhidmatan kaunseling. Kategori dan subkategori yang muncul dalam temubual
pertama disemak terus menerus dalam temubual-temubual kedua, ketiga, keempat,
kelima dan keenam. Kategori dan subkategori yang berlaku dalam keenam-enam
temubual atau berlaku sekurang-kurangnya dalam empat dari enam temubual dianggap
sebagai kategori dan subkategori yang penting. Kategori dan subkategori yang lain
dianggap sebagai tidak penting dan tidak dilaporkan.
6
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 7/13
4.1 Persepsi Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Analisis temubual dengan pelajar ke atas persepsi mereka terhadap perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang
positif dan persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Jadual 1 dalam lampiran 1 menunjukkan kategori dan subkategori persepsi yang
penting yang menggambarkan persepsi positif pelajar terhadap perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Subkategori di susun mengikut keutamaan.
4.1.1 Bimbingan
Analisis temubual, menunjukkan pelajar-pelajar dalam penyelidikan ini
percaya bahawa bimbingan merupakan salah satu perkhidmatan yang boleh diberikan
oleh unit perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (seterusnya PBK) di sekolah.
Mereka juga percaya terdapat tiga kepentingan bimbingan yang boleh memberi
manfaat kepada pelajar. Ianya ialah bimbingan dalam pelajaran, memilih aliran dan
kerjaya. Bimbingan dalam pelajaran adalah paling penting kepada mereka, diikuti oleh
bimbingan untuk memilih aliran dan akhirnya bimbingan memilih kerjaya.
Bimbingan dalam pelajaran adalah penting kepada pelajar tersebut
termasuklah bimbingan dari segi memberi motivasi, bimbingan menghadapi
peperiksaan dan pengurusan masa. Contohnya seperti mana yang di ucapkan oleh
pelajar P1:
“ Kaunseling ni hemm….. kebanyakannya memberi nasihat, lepas itu
hemmmm…beri nasihat, tunjuk ajar untuk motivasi, yang diberi
kepada pelajar, tolong menguruskan masa untuk pelajar itu”
(P1, Temubual 1, 009 - 011 )
4.1.2 Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah juga merupakan aspek yang penting menurut pelajar
yang ditemubual dalam penyelidikan ini. Mereka merasakan PBK boleh membantu
mereka menyelesaikan masalah peribadi, masalah keluarga, masalah dengan kawan,
7
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 8/13
masalah disiplin dan PBK boleh menjadi tempat mereka meluahkan masalah.
Contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh P2 , P3 dan P5:
“........macam masalah keluarga, masalah pelajaran, masalah hariandengan kawan- kawan.........”
(P2, Temubual 2, 022 - 023 )
“ Masalah disiplin, masalah keluarga, masalah peribadi......”
( P3, Temubual 3, 033 )
“ Masalah peribadipun ada juga, mereka tertekankan, jadi dia bawa
ke sekolah”
(P5, Temubual 5, 025)
Pelajar-pelajar juga merasakan penyelesaian kepada masalah peribadi dan
masalah keluarga merupakan masalah utama yang boleh dibantu oleh PBK kepada
mereka, di samping penyelesaian masalah dengan rakan mereka.
4.1.3 Percaya Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Analisis temubual dengan pelajar menunjukkan bahawa pelajar-pelajar dalam
penyelidikan ini yakin dengan faedah yang boleh diperolehi dari program PBK.
Sepertimana yang dinyatakan oleh pelajar P6:
“Hemmm..(diam lama) mungkin beri kesan kot, sebab PBK
diadakan mesti pihak atasan telah beri pendedahan kepada pelajar”
( P6, Temubual 6, 402 - 403 )
Pelajar-pelajar juga berpendapat lokasi bilik bimbingan dan kaunseling sekolah
mereka adalah selamat dan selesa untuk menjalani sesi kaunseling. Ini dinyatakan oleh
pelajar P2 kepada penyelidik:
R: Adakah anda rasa malu untuk mengunjungi pejabat kaunseling?P2: Tak juga
R: Kenapa?
P2: Sebab kalau kat sekolah tu macam persendirian, macam ada privacy
8
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 9/13
(P2, Temubual 2, 210 - 213 )
Pelajar-pelajar dalam penyelidikan ini mempunyai persepsi yang positif
terhadap pelajar-pelajar yang pergi ke bilik kaunseling untuk menyelesaikan masalah
mereka. Ini jelas digambarkan oleh pelajar P5:
“ Buat apa nak malu, saya fikir macam tidak semestinya orang yang
bermasalah saja yang pergi ke bilik kaunseling”
(P5, Temubual 5, 199 - 200)
9
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 10/13
BAB V
PERBINCANGAN
5.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan keputusan yang diperolehi dalam penyelidikan
ini sepertimana yang telah dilaporkan dalam bab IV. Ianya dimulakan dengan
perbincangan persepsi pelajar perempuan cemerlang tingkatan 4 terhadap
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Di samping itu perbincangan akan
menyentuh ciri-ciri kaunselor yang diingini oleh pelajar-pelajar dalam penyelidikan
ini. Seterusnya kesimpulan dan satu rumusan akan dibuat ke atas hasil yang diperolehi
dalam penyelidikan ini. Akhirnya limitasi penyelidikan, implikasi dan cadangan untuk
penyelidikan yang seterusnya akan juga diberikan.
5.1 Persepsi Positif Pelajar Perempuan Cemerlang Tingkatan 4 Terhadap
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
5.1.1 Bimbingan
Analisis temubual dengan pelajar perempuan cemerlang tingkatan 4 dalam
penyelidikan ini menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang positif ke atas
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam aspek bimbingan. Mereka
berpendapat perkhidmatan tersebut penting untuk membimbing mereka dalam
pelajaran, kerjaya, memilih aliran, dan pengurusan masa. Dapatan ini adalah selari
dengan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh Kolenthei (1988) yang mendapati
pelajar memberi sambutan yang baik dalam aspek bimbingan akademik. Dapatan ini
juga selari dengan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh Aluede (2002), Ang
Huat Bin (1985) dan Mohd Sodder (1985). Penyelidik-penyelidik itu mendapati
pelajar-pelajar dalam kajian-kajian tersebut percaya perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling memberi faedah yang besar kepada pelajar untuk membantu mereka
memilih aliran, memilih mata pelajaran dan teknik belajar. Di samping itu kajian-
kajian di luar negara contohnya seperti yang dijalankan oleh Hughey et al (1993) juga
10
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 11/13
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar meminta bantuan kaunseling dari kaunselor
sekolah berhubung dengan perancangan pemilihan kursus yang lebih tinggi dan
bagaimana membuat keputusan pemilihan kerjaya. Oleh itu hasil penyelidikan ini
telah membuktikan bahawa sememangnya pelajar-pelajar di seluruh dunia
memerlukan bimbingan dari perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah
untuk membantu mereka membuat pemilihan mata pelajaran, membina kerjaya dan
masa depan mereka.
Persepsi yang positif terhadap bimbingan ini dijangka berkaitan dengan Teori
Psiko-sosial Erikson yang menyatakan bahawa peringkat lima perkembangan psiko-
sosial remaja berlaku pada usia sebelas sehingga lapan belas tahun. Menurut beliau
pada jangka usia tersebut remaja mulai memikirkan masa depan mereka dan
bercadang menentukan kerjaya mereka. Oleh itu pihak yang terlibat dalam
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah haruslah peka dan memahami
dengan mendalam keperluan pelajar untuk mendapatkan bimbingan pelajaran untuk
membina kerjaya dan masa depan mereka. Perkara ini adalah berkaitan dengan tahap
perkembangan psikologi dan perkembangan kognitif mereka.
5.1.2 Penyelesaian Masalah
Pelajar-pelajar dalam penyelidikan ini berpendapat perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling boleh membantu mereka menyelesaikan masalah peribadi, masalah
keluarga, masalah dengan kawan dan masalah disiplin. Dapatan ini adalah selari
dengan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh Lai Kuen Choo (1966) yang telah
menjalankan kajian ke atas pelajar lelaki dan pelajar perempuan tingkatan empat di
negeri Melaka. Penyelidik tersebut mendapati pelajar-pelajar percaya bahawa
kaunseling boleh membantu mereka mendapatkan nasihat dan tempat menyelesaikan
masalah. Dapatan penyelidikan ini juga selari dengan dapatan penyelidikan yang
dijalankan oleh Wiggins dan Moody (1982) ke atas pelajar-pelajar remaja di Amerika.
Mereka mendapati pelajar-pelajar berpendapat perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dapat membantu mereka menyelesaikan masalah peribadi, masalah
akademik dan masalah yang berkaitan dengan kerjaya. Oleh itu berdasarkan dapatan
11
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 12/13
penyelidikan ini, serta dapatan penyelidikan yang telah dijalankan oleh Lai Kuen
Choo (1996) serta Wiggin dan Moody (1982) bolehlah disimpulkan bahawa semua
pelajar sama ada pelajar lelaki atau perempuan dari berbagai tahap kecerdasan, sama
ada di timur atau di barat percaya bahawa mereka memerlukan kaunseling untuk
membantu mereka menyelesaikan masalah peribadi atau kerjaya.
12
5/10/2018 Contoh Research - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/contoh-research-55a0bb46a4661 13/13
Lampiran 1
Jadual1: Menunjukkan Kategori dan Subkategori Persepsi Positif
Pelajar Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Tema Kategori Subkategori Kekerapan
Persepsi Positif
(P)
Bimbingan (PB)
Bimbingan Pelajaran
Nasihat memilih
aliran
Kerjaya.
29
22
11
Penyelesaian
(PM)
masalah
Masalah Peribadi
Masalah keluarga
Masalah dengankawan
Tempat Meluahkan
Perasaan
Masalah Disiplin
11
10
98
5
Kepercayaan
TerhadapPerkhidmatan
Bimbingan DanKaunseling
(PBK)
Yakin Dengan PBK
Selamat dan selesa
Positif Terhadap
Pelajar Yang berjumpa Kaunselor
28
18
18
13