contoh refleksi p&p

4
Pada akhir pembelajaran saya dapati 23 orang daripada 25 orang murid mencapai objektif.2 orang murid yang tidak mencapai objektif akan diberi latihan pengukuhan.Murid-murid.Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan.Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan.Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempooh masa yang ditetapkan.Rata-rata murid berminat dengan bahan maujud iaitu buah-buahan sebenar yang digunakan.Melalui bahan-bahan maujud ini murid-murid dapat membezakan dan mengelaskan saiz buah-buahan.Seterusnya murid- murid diminta mengeja buah-buahan tersebut dengan bimbingan guru.Gambar-gambar buah-buahan dilekatkan pada papan putih dan murid diminta memadankan perkataan dengan buah-buahan.Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran yang diterapkan ini.Lembaran kerja diedarkan sebagai penilaian kepada murid-murid.Melalui lembaran kerja ini saya dapat menilai keberkesanan pengajaran saya.Pada peringkat ini saya dapati 2 orang murid tidak dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan.Murid ini menghadapi masalah pembelajaran iaitu belum megenal huruf.Pada sesi penutup saya telah membuat kesimpulan tentang pelajaran dengan bersoal jawab dengan murid.Hasil kerja murid yang menarik dipamerkan di hadapan kelas sebagai contoh kepada murid lain.Ia juga sebagai

Upload: yan-ruo-hen

Post on 16-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

as

TRANSCRIPT

Pada akhir pembelajaran saya dapati 23 orang daripada 25 orang murid mencapai objektif.2 orang murid yang tidak mencapai objektif akan diberi latihan pengukuhan.Murid-murid.Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan.Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan.Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempooh masa yang ditetapkan.Rata-rata murid berminat dengan bahan maujud iaitu buah-buahan sebenar yang digunakan.Melalui bahan-bahan maujud ini murid-murid dapat membezakan dan mengelaskan saiz buah-buahan.Seterusnya murid-murid diminta mengeja buah-buahan tersebut dengan bimbingan guru.Gambar-gambar buah-buahan dilekatkan pada papan putih dan murid diminta memadankan perkataan dengan buah-buahan.Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran yang diterapkan ini.Lembaran kerja diedarkan sebagai penilaian kepada murid-murid.Melalui lembaran kerja ini saya dapat menilai keberkesanan pengajaran saya.Pada peringkat ini saya dapati 2 orang murid tidak dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan.Murid ini menghadapi masalah pembelajaran iaitu belum megenal huruf.Pada sesi penutup saya telah membuat kesimpulan tentang pelajaran dengan bersoal jawab dengan murid.Hasil kerja murid yang menarik dipamerkan di hadapan kelas sebagai contoh kepada murid lain.Ia juga sebagai satu langkah peneguhan positif kepada murid yang hasil kerjanya dipamerkan.

Kelemahan

Setelah menilai rakaman video sesi pengajaran saya sendiri,saya dapati suara saya perlahan. Ini menyebabkan keseluruhan murid tidak dapat mendengar suara saya dengan jelas. Saya juga tidak mengaitkan sesuatu peristiwa semasa dalam sesi induksi seperti pengalaman sendiri murid.Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid.Lembaran kerja yang disediakan juga tidak mengikut aras kebolehan murid

Kaedah Pembelajaran

Saya menggunakan pembelajaran masteri iaitu suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Keupayaan dan kebolehan murid adalah berbeza yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. Saya i telah mengenal pasti keupayaan murid bagi merancang kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Saya telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran.Di samping itu pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan bersesuaian denagan pendekatan yang boleh digunakan. Beliau menggunakan strategi berpusatkan guru dengan memberi penerangan, penjelasan dan huraian .Guru ini bertindak sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran dengan

i)menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar

ii)menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai

iii)mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara;

iv)menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar

Saya juga mempraktikkan strategi berpusatkan murid melalui kaedah soal jawab, megeja,memadan dan latihan.Dengan strategi berpusatkan murid ini lebih berdikari yang mana boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dengan memberikan kaedah memadan gambar dengan perkataan murid dapat belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain. Saya juga telah menilai murid sebagai proses unuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Saya boleh mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan lembaran kerja kepada murid.Ini bertindak sebagai maklum balas kepada guru berkenaan untuk memperbaiki kaedah,strategi dan gaya pembelajaran supaya lebih berkesan.Antara tujuan lain penilaian adalah :

i)mengesan pencapaian murid

ii)mengenal pasti jenis murid

iii)mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau belum

iv)mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran

v)menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan