contoh rancangan pengajaran harian bahasa melayu

6
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 Tarikh : 26 Ogos 2010 Masa : 8.00-9.00 pagi Tahun : 1 Pintar Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 1 Tema : Pelancongan Tajuk : Makan Angin Objektif :Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Menyatakan empat pengajaran daripada teks yang telah disediakan. 3. Menyatakan lima maksud lambang yang diberikan berdasarkan kad bergambar yang telah disediakan. Fokus utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) baca teks informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus sampingan : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.

Upload: asni-daie

Post on 21-Jun-2015

3.428 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Contoh RPH bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Tarikh : 26 Ogos 2010

Masa : 8.00-9.00 pagi

Tahun : 1 Pintar

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 1

Tema : Pelancongan

Tajuk : Makan Angin

Objektif :Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Menyatakan empat pengajaran daripada teks yang telah disediakan.

3. Menyatakan lima maksud lambang yang diberikan berdasarkan kad

bergambar yang telah disediakan.

Fokus utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 (i) baca teks informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus sampingan : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu

perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 2 (i) Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dibualkan.

Sistem bahasa : Tatabahasa - Kata nama khas dan Kata adjektif

Kosa kata - makan angin, berbudii bahasa, cantik,

gembira, dll.

Ilmu : Kajian Tempatan dan Muzik

Nilai : Berbudi bahasa dan semangat bermasyarakat.

KBT :KB-menyenaraikan, membanding beza, belajar cara belajar dan

konstruktivisme

Page 2: CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

BBM : Klip Video ‘Cuti-cuti Malaysia’, Petikan bertajuk ‘Makan Angin

bersama Keluarga Saya.’, Kad bergambar, Lembaran kerja.

Masa / Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Mengenal pasti

tempat-tempat

perlancongan di

Malaysia dalam klip

video ‘Cuti-cuti

Malaysia’.

1.Guru menayangkan klip video bertajuk ‘Cuti-

cuti Malaysia’

2.Guru meminta murid mendengar lagu sambil

mengenal pasti nama tempat perlancongan yang

terdapat dalam klip video tersebut.

3. Murid mendengar dan mengenal pasti nama-

nama tempat perlancongan yang terdapat

dalam klip video .

BBM

- Klip video ‘ Cuti-

cuti Malaysia ‘

KBT

Kontekstual

Kecerdasan pelbagai

Kemahiran berfikir

Langkah 1

(10 minit)

Guru bersoal jawab

mengenai

pengalaman murid

melancong dalam

negara

1.Guru memilih 5 orang murid secara rambang

untuk menyatakan pendapat tentang klip video

yang telah ditayangkan.

2. 5 orang murid menyatakan pendapat tentang

klip video yang telah ditayangkan.

3.Murid berkongsi pengalaman mereka ‘makan

angin’ bersama guru dan rakan-rakan.

KBT

Konstruktivisme

Teori Behaviourisme

Sistem bahasa:

Kata nama khas

Page 3: CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Langkah 2

(15 minit)

Membaca petikan

‘Makan Angin

bersama Keluarga

Saya’

1.Guru membahagikan murid kepada lima

kumpulan dan setiap kumpulan diberikan nama

bersempena dengan tempat perlancongan yang

telah dinyatakan.

2.Guru mengedarkan petikan bertajuk ‘ Makan

Angin Bersama Keluarga Saya’ kepada murid-

murid.

3.Guru membaca petikan tersebut secara kuat,

terang dan jelas dengan intonasi yang betul

4.Murid mengajuk bacaan guru secara kuat,

terang dan jelas dengan menggunakan intonasi

yang betul.

5. Guru meminta 5 orang murid untuk membaca

petikan dan diikuti oleh rakan-rakan lain.

6. 5 orang murid membaca ayat secara kuat,

terang dan jelas dengan intonasi yang betul dan

diikuti dengan rakan-rakan yang lain.

Kemahiran

Membaca Mekanis

BBM

Petikan ‘Makan

Angin bersama

Keluarga Saya’

Teori Behaviourisme

Teknik Ajuk-sebut

Langkah 3

(15 minit)

Nilai dan pengajaran

dalam petikan

‘Makan Angin

bersama Keluarga

Saya’

1. Guru bertanyakan apa yang difahami oleh

murid mengenai petikan yang telah dibaca.

2. Murid menyatakan dengan lisan 4 pengajaran

yang terdapat dalam petikan yang dibaca.

3. Guru meminta murid menyatakan kesan jika

tidak mengamalkan nilai-nilai yang terdapat

dalam petikan.

4. Murid menyatakan nilai-nilai yang mereka

peroleh dan berkongsi dengan rakan kesan jika

tidak bersikap sedemikian.

Kemahiran Lisan

KBT:

Kontekstual,

Kemahiran berfikir,

Kajian masa depan

Sistem bahasa:

Kata adjektif

Nilai:

Berbudi bahasa,

semangat

Page 4: CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

bermasyarakat,

Langkah 4

(10 minit)

Membezakan ciri-ciri

orang yang berbudi

bahasa dan ciri-ciri

orang yang tidak

berbudi bahasa

1.Guru mengedarkan kepada setiap kumpulan

sebanyak 5 keping kad bergambar yang

menunjukkan 5 situasi berbeza dan lembaran

kerja.

2. Guru meminta murid mengenal pasti gambar

sama ada gambar tersebut menunjukkan nilai

yang baik atau buruk.

3. Murid akan menandakan ‘betul’ sekiranya

gambar tersebut menunjukkan nilai yang baik,

dan ‘pangkah’ sekiranya menunjukkan nilai yang

tidak baik.

BBM:

Kad bergambar,

Lembaran Kerja

KBT:

Kontekstual

Kaedah koperatif

Nilai:

Berbudi bahasa,

kerjasama,

kepimpinan

Penutup

(5 minit)

-Rumusan isi

-Murid-murid

diminta

menyanyikan lagu

‘Cuti-cuti Malaysia’

1.Guru merumuskan P&P dengan sesi

soal jawab bersama murid.

2.Guru memasang semula klip video ‘Cuti-cuti

Malaysia’

3.Murid dan guru menyanyikan lagu

tersebut bersama-sama.

BBM: Klip Video

‘Cuti-cuti Malaysia’

KBT:

Kontruktivisme

Kecerdasan Pelbagai

Refleksi :