contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-sm.pdf

10
PENGGUNAAN TEMPLAT ARDAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENGHASILKAN MUKA TAIP POSTER BAGI TAHUN 5 IKHLAS Oleh: Emma Nazlin Binti Ismail , Rashihah Binti Haji Muhammad Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 5 Ikhlas meningkatkan kemahiran dan hasil karya muka taip poster dengan menggunakan “Templat AR”. Penggunaan “Templat AR”i ni membantu murid untuk meningkatkan kualiti rupa huruf mengikut ciri ciri yang dikehendaki dalam menghasilkan muka taip poster dalam bidang Menggambar bagi murid tahun 5 Ikhlas. Peserta kajian dalam penyelidikan ini terdiri daripada 3 orang murid tahun 5 yang berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng. Dalam pelaksanaan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen untuk mengumpulkan data antaranya adalah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan peserta kajian tidak dapat menghasilkan muka taip poster dengan baik. Setelah intervensi dijalankan iaitu dengan mengaplikasikan alat “Templat AR” dalam penghasilan muka taip poster, pengkaji mengumpul semula data-data kajian dengan menggunakan alat kajian iaitu pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif dari segi hasil karya yang dihasilkan. Analisis data ini disahkan melalui dapatan kajian berdasarkan instrumen yang digunakan. Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan alat “Templat AR” dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti membuat muka taip poster. Kata kunci : muka taip poster, Templat AR, peningkatan,rupa huruf REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sepanjang Praktikum Fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu, pengkaji telah mengenalpasti satu permasalahan yang timbul semasa melaksanakan aktiviti membuat poster Sayangi Bumi Kitabagi bidang Menggambar. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan ke atas murid Tahun 5 Ikhlas yang terdiri daripada 31 orang murid. Murid-murid ini dikategorikan sebagai murid yang berada di tahap sederhana berdasarkan kepada kedudukan kelas tersebut. Pada minggu kelima, pengkaji telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu menghasilkan karya poster Sayangi Bumi Kita. Antara salah satu objektif yang ingin dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran ialah murid dapat menghasilkan karya poster Sayangi Bumi Kitadalam bidang Menggambar dengan baik sekali. Sebelum menghasilkan karya, pengkaji membuat penerangan tentang elemen-elemen yang terdapat dalam poster, kepentingan muka taip poster dan demonstrasi berkaitan dengan langkah pelaksanaan karya poster Sayangi Bumi Kita. Pengkaji juga turut memberi penerangan secara lisan dan jelas berkaitan dengan penggunaan jenis media, teknik serta proses bagi menghasilkan karya tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman murid sebelum menghasilkan sesebuah karya. Semasa melaksanakan aktiviti, pengkaji membuat pemerhatian secara langsung dan mendapati bahawa beberapa orang murid Tahun 5 Ikhlas tidak dapat menghasilkan karya poster dengan baik seperti yang dikehendaki. Murid juga dilihat mengambil masa yang panjang semasa proses membuat muka taip

Upload: cikgu-supian

Post on 22-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

PENGGUNAAN “TEMPLAT AR” DAPAT MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MURID DALAM MENGHASILKAN

MUKA TAIP POSTER BAGI TAHUN 5 IKHLAS

Oleh:

Emma Nazlin Binti Ismail , Rashihah Binti Haji Muhammad

Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 5 Ikhlas meningkatkan kemahiran dan

hasil karya muka taip poster dengan menggunakan “Templat AR”. Penggunaan “Templat AR”ini

membantu murid untuk meningkatkan kualiti rupa huruf mengikut ciri – ciri yang dikehendaki dalam

menghasilkan muka taip poster dalam bidang Menggambar bagi murid tahun 5 Ikhlas. Peserta kajian

dalam penyelidikan ini terdiri daripada 3 orang murid tahun 5 yang berumur 11 tahun di Sekolah

Kebangsaan Bukit Tok Beng. Dalam pelaksanaan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa

instrumen untuk mengumpulkan data antaranya adalah pemerhatian, temu bual, dan analisis

dokumen. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan peserta kajian tidak dapat menghasilkan muka

taip poster dengan baik. Setelah intervensi dijalankan iaitu dengan mengaplikasikan alat “Templat

AR” dalam penghasilan muka taip poster, pengkaji mengumpul semula data-data kajian dengan

menggunakan alat kajian iaitu pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Hasil analisis data

mendapati kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif dari segi hasil karya yang

dihasilkan. Analisis data ini disahkan melalui dapatan kajian berdasarkan instrumen yang digunakan.

Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan alat “Templat AR” dapat

membantu meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti membuat muka taip poster.

Kata kunci : muka taip poster, Templat AR, peningkatan,rupa huruf

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang Praktikum Fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu, pengkaji

telah mengenalpasti satu permasalahan yang timbul semasa melaksanakan aktiviti membuat poster

“Sayangi Bumi Kita” bagi bidang Menggambar. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan ke

atas murid Tahun 5 Ikhlas yang terdiri daripada 31 orang murid. Murid-murid ini dikategorikan

sebagai murid yang berada di tahap sederhana berdasarkan kepada kedudukan kelas tersebut. Pada

minggu kelima, pengkaji telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu menghasilkan

karya poster “Sayangi Bumi Kita”.

Antara salah satu objektif yang ingin dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran ialah murid

dapat menghasilkan karya poster “Sayangi Bumi Kita” dalam bidang Menggambar dengan baik sekali.

Sebelum menghasilkan karya, pengkaji membuat penerangan tentang elemen-elemen yang terdapat

dalam poster, kepentingan muka taip poster dan demonstrasi berkaitan dengan langkah pelaksanaan

karya poster “Sayangi Bumi Kita”. Pengkaji juga turut memberi penerangan secara lisan dan jelas

berkaitan dengan penggunaan jenis media, teknik serta proses bagi menghasilkan karya tersebut. Hal

ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman murid sebelum menghasilkan

sesebuah karya.

Semasa melaksanakan aktiviti, pengkaji membuat pemerhatian secara langsung dan mendapati bahawa

beberapa orang murid Tahun 5 Ikhlas tidak dapat menghasilkan karya poster dengan baik seperti yang

dikehendaki. Murid juga dilihat mengambil masa yang panjang semasa proses membuat muka taip

Page 2: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

poster iaitu “Sayangi Bumi Kita”. Di samping itu juga, muka taip “Sayangi Bumi Kita” kelihatan

mempunyai saiz huruf yang berbeza serta teknik garisan grid tidak dapat membantu murid membuat

huruf dengan sempurna dan kemas. Seterusnya, penggunaan huruf kecil dan huruf besar bercampur-

aduk dalam muka taip poster yang dihasilkan. Walhal, dalam penghasilan poster aspek muka taip

antara aspek yang sangat penting untuk menyampaikan mesej kepada umum. Walau bagaimanapun,

pengkaji tetap tidak berputus asa dan sentiasa membimbing murid sepanjang proses pembelajaran

supaya semua murid dapat menghasilkan karya poster Sayangi Bumi Kita bagi bidang Menggambar

seperti yang dikehendaki.

Rajah 1 : Kesalahan murid dalam menghasilkan aktiviti muka taip poster

SAROTAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan (DBP, 2010) poster merupakan satu bentuk seni komunikasi sebagai alat

perhubungan dan pengiklanan. Ia juga berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk

mempromosikan sesuatu barang atau perkhidmatan. Poster yang berkesan perlulah dapat menarik

perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan. Pendapat ini

turut disokong oleh Nahla Khamis dengan menyatakan bahawa “Poster berjaya menarik minat

pembaca untuk menyampaikan mesej yang disampaikan”. Oleh itu, mesej yang ingin disampaikan

dalam setiap poster juga jelas tanpa menggunakan ayat – ayat yang mempunyai maksud yang tersirat.

Amdur (2007) pula menyatakan “Pemilihan fon yang jelas, ringkas dan mempunyai ketinggian serta

ukuran lebar huruf yang sesuai membantu dalam meningkatkan kebolehbacaan teks.” Hal ini

bermakna kebolehbacaan teks yang baik adalah penting bagi memastikan mesej dapat disampaikan

dengan berkesan kepada pembaca. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual, muka taip ialah permukaan

cetakan bagi sesuatu jenis huruf ataupun reka bentuk permukaan jenis huruf tertentu. Sebuah muka

taip selalunya terdiri daripada huruf-huruf, angka-angka, dan tanda baca. Ia juga boleh

disertakan ideogram dan simbol, atau mengandungi kesemuanya.

Seterusnya, pendekatan teori konstruktivism adalah dengan memberikan hak dan peluang untuk murid

belajar cara belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam

kerangka minda masing-masing berdasarkan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Perkara ini

sejajar dengan Colliver (2000) “Kefahaman terhadap fakta lebih berkesan dengan menggabung

pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina.” Dalam hal ini, murid telah didedahkan dengan

aktiviti membuat poster. Murid juga mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman menghasilkan

poster walaupun istilah yang digunakan adalah tidak tepat.

Page 3: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan muka taip poster

dengan betul bagi murid tahun 5 Ikhlas di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng melalui penggunaan

“Templat AR”.

Objektif

Kemahiran murid dalam menghasilkan muka taip poster dapat ditingkatkan dengan penggunaan

“Templat AR”.

Objektif khusus kajian ini ialah untuk:

i. Pemahaman murid mengenai kepentingan muka taip poster dapat ditingkatkan

melalui penggunaan “Templat AR”.

ii. Perubahan tingkah laku murid dapat ditingkatkan dalam menghasilkan poster.

iii. Kemahiran murid dalam menghasilkan muka taip poster boleh ditingkatkan

dengan menggunakan “Templat AR”.

Persoalan Kajian

Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, antara persoalan – persoalan yang timbul semasa pengkaji

melakukan penyelidikan ialah:

i. Adakah penggunaan “Templat AR” dapat meningkatkan pemahaman murid

terhadap kepentingan dalam menghasilkan poster ?

ii. Bagaimanakah “Templat AR” dapat meningkatkan tingkah laku murid dalam

menghasilkan muka taip poster ?

iii. Bagaimanakah “Templat AR” dapat meningkatkan kemahiran murid dalam

menghasilkan muka taip poster ?

METADOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang murid lemah tahun 5 yang terdiri daripada dua orang lelaki

dan seorang murid perempuan. Peserta kajian yang dipilih adalah daripada kalangan yang bermasalah

dari segi minat, kemahiran, pemahaman dan penguasaan terhadap muka taip poster. Murid yang

dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka bosan untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti membuat

poster. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan temu

bual.

Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar, pengkaji telah merancang satu tindakan. Ianya

bertujuan untuk memilih teori atau pun model yang bersesuaian seperti model kajian Kemmis dan

McTaggart yang akan digunakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan model

reka bentuk kajian yang telah dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1998). Struktur model ini

adalah berpaksikan kepada empat kriteria yang menjadi asas perbincangan dalam kebanyakkan kajian

tindakan. Empat kriteria tersebut adalah mereflek (reflect), merancang (plan),bertindak (action) dan

memerhati (observe).

Page 4: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

Rajah 2 : Model Pelaksanaan Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

Perkara pertama yang akan dijalankan mengikut prosedur kajian tindakan adalah pengkaji membuat

refleksi dengan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung.

Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara perkara yang

diperhatikan adalah pemahaman murid tentang perkara yang ingin diterangkan oleh pengkaji. Adakah

strategi yang digunakan berkesan? Refleksi ini dijalankan selepas pengkaji menjalankan ujian pra

terhadap murid. Melalui ujian pra, guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid

semasa menjalankan aktiviti membuat poster dalam bidang menggambar iaitu saiz huruf yang dibuat

berbeza, garisan grid tidak dapat membantu murid membuat huruf dengan sempurna dan kemas serta

penggunaan huruf kecil dan huruf besar bercampur-aduk dalam muka taip yang dihasilkan.

Setelah itu, pengkaji mengambil langkah seterusnya dengan merancang kaedah tindakan yang paling

sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Fokus masalah ialah murid

tidak dapat menghasilkan muka taip poster dengan baik. Oleh itu, pengkaji memilih untuk

menggunakan “Templat AR” bagi memudahkan murid menghasilkan muka taip poster.

Instrumen pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji sebelum intervensi adalah dengan menggunakan

borang skor minat. Borang skor minat digunakan semasa murid-murid melaksanakan aktiviti bertujuan

untuk melihat perubahan tingkahlaku murid-murid terhadap aktiviti yang dijalanankan. Selain itu juga

pemerhatian melalui video dan gambar foto juga dijalankan dengan melihat masalah-masalah yang

sering dialami oleh peserta kajian semasa proses membuat muka taip poster. Masalah yang sering

timbul dalam kalangan peserta kajian telah dicatat oleh pengkaji dengan melihat kepada keseluruhan

tingkahlaku peserta kajian.

Dalam kajian ini juga, pengkaji menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan sendiri

maklumbalas dari peserta kajian. Temu bual ini dijalankan untuk memastikan sokongan daripada

peserta kajian terhadap intervensi yang dijalankan tentang “ Templat AR” yang dapat membantu

murid dalam aktiviti membuat muka taip poster. Seramai tiga orang peserta kajian terlibat dalam

proses temu bual bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian bagi mencapai objektif yang

telah ditetapkan. Temu bual ini dijalankan sebelum dan selepas intervensi supaya menyenangkan

pengkaji untuk membuat perbezaan pencapaian sebelum dan selepas intervensi.

Hasil karya akhir peserta kajian dianalisis dan diberikan penilaian. Hasil karya peserta kajian juga

diberi pernilaian dari segi aspek asas seni reka dan kekemasan hasil karya berdasarkan rubrik

pemarkahan. Analisis dokumen ini hanya menfokuskan kepada kemahiran murid terhadap kaedah

intervensi yang diperkenalkan oleh pengkaji. Hasil karya peserta kajian dinilai sebelum dan selepas

intervensi dijalankan untuk mengenalpasti sama ada kemahiran membuat muka taip poster dapat

ditingkatkan ataupun sebaliknya.

Page 5: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

SPESIFIKASI INTERVENSI

Bagi mengatasi masalah peserta kajian, pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan alat “Templat

AR” dalam aktiviti membuat muka taip poster. Alat intervensi ini dicipta untuk meningkatkan

kemahiran peserta kajian untuk membuat muka taip poster dengan menepati ciri – ciri muka taip

poster yang baik. Alat ini juga sebagai satu altenatif untuk pengkaji meningkatkan minat murid dalam

kegiatan muka taip poater. “Templat AR” ini berfungsi untuk menghasilkan muka taip poster dengan

cara memusingkan dan menterbalikkan huruf AR sehingga mendapat huruf yang dikehendaki.

Kemudian, antara 5 ciri-ciri “Templat AR” ialah diperbuat daripada kertas tebal supaya ianya mudah

dikendalikan dan tidak cepat renyuk mahupun terkoyak. Disamping itu, ianya juga hasil cantuman

huruf A dan huruf R. “Templat AR” juga mempunyai garisan grid dalam huruf yang menunjukkan

penambahbaikan daripada intervensi sebelumnya. Kelebihannya yang paling utama ialah mampu

menghasilkan kesemua huruf iaitu huruf A hingga Z. Tambahan pula, penggunaan intervensi ini boleh

menjimatkan masa dan boleh digunakan berulang kali. Selain ianya mudah dikendalikan, ianya juga

selamat dan seronok untuk digunakan oleh murid-murid.

Rajah 3 : “Templat AR”

Cara – cara penggunaan “TemplateAR”

Langkah Cara penggunaan Ilustrasi

Langkah 1

Membuat garisan lurus menggunakan

pensel dan pembaris di atas kertas lukisan

Langkah 2

Melakar huruf dengan menterbalikkan

atau memusingkan “Templat AR”

Page 6: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

Langkah 3

Kemaskan rupa huruf yang telah dilakar

menggunakan pensel dan pembaris

Langkah 4

Warnakan muka taip poster dengan

warna-warna yang menarik

Langkah 5

Hasilan karya muka taip poster yang

telah siap

Jadual 1 : Cara – cara penggunaan “Templat AR”

Dalam kajian ini pengkaji memulakan prosedur tindakan dengan guru menunjukkan alat intervensi

iatu “Templat AR” dan cara penggunaannya. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada

murid tentang kepentingan muka taip poster serta kemahiran menghasilkan muka taip poster.

Seterusnya, guru membuat demostrasi cara penggunaan “Template AR” kepada peserta kajian bagi

memberi gambaran tentang cara penggunaan alat intervensi ini. Sebaik sahaja murid faham tentang

penggunaan alat tersebut , murid melaksanakan aktiviti membuat muka taip poster. Semasa proses ini

dijalankan pengkaji membuat pemerhatian dan melakukan bimbingan kepada peserta kajian. Hal ini

kerana untuk memastikan murid dapat menghasilkan muka taip poster dengan baik.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian diperolehi hasil daripada analisis data secara deskriptif menggunakan tiga jenis

instrumen kajian iaitu pemerhatian,temubual dan analisis dokumen. Ketiga instrumen ini digunakan

bagi mendapatkan kesahan data dan mewujudkan trigulasi data dalam kajian ini.

Beberapa dapatan hasil permerhatian, temu bual dan analisis dokumen daripada peserta kajian

berdasarkan kepada pengalaman murid melalui proses tersebut telah memberikan respon terhadap

keberkesanan penggunaan “Templat AR” dalam meningkatkan kemahiran membuat muka taip poster

Page 7: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

dengan baik. Berikut adalah hasil dapatan kajian berdasarkan instrumen kajian yang digunakan oleh

pengkaji.

Dapatan Kajian Melalui Pemerhatian

Hasil pemerhatian pengkaji mendapati peserta kajian iaitu Haziq menunjukkan peningkatan dari segi

tingkahlaku. Borang skor minat yang digunakan mengandungi enam item seperti memberi respon,

menunjukkan kerjasama, menumpukan perhatian, menunjukkan sikap ingin mencuba, minat,

kemahiran murid terhadap aktiviti menghasilkan muka taip poster yang dijalankan. Berdasarkan rubrik

pemarkahan yang diperoleh sebelum dan selepas penggunaan “Templat AR” ialah peserta kajian

menunjukan peningkatan dari segi ciri-ciri tingkahlaku yang diingini. Sebelum intervensi dijalankan,

Haziq memperolehi skor minat kurang daripada 5 iaitu tidak menunjukkan berminat terhadap aktiviti

manakala selepas intervensi dijalankan skor tersebut berubah kepada skor 8 hingga 9 yang

menunjukkan perubahan tingkah laku dan minat yang sangat baik. Keputusan ini menunjukkan peserta

kajian telah menunjukkan peningkatan dari segi tingkah laku dan minat dengan penggunaan “Templat

AR” dalam kegiatan membuat muka taip poster bagi bidang menggambar.

Rajah 4 : Perbezaan markah pemerhatian sebelum dan selepas intervensi bagi Haziq

Dapatan Kajian Melalui Temubual

Hasil daripada analisis temubual pengkaji mendapati peserta kajian iaitu Haziq menyatakan bahawa

dia tidak mengetahui tentang kepentingan muka taip poster. Jawapan yang telah diberikan semasa

menjalani proses temubual sebelum intervensi dijalankan, pengkaji merumuskan bahawa Haziq tidak

faham soalan yang diajukan oleh pengkaji. Sementelah itu, jawapan yang diberikan juga menunjukkan

dia hanya menjawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Setelah menjalankan

intervensi, pengkaji mengadakan sesi temubual sekali lagi dengan peserta kajian. Hasilan pemerolehan

melalui temubual selepas intervensi mendapati Haziq telah memahami mengenai kepentingan muka

taip poster semasa menggunakan “Templat AR”. Intervensi ini memudahkan Haziq untuk

menghasilkan muka taip poster dengan lebih baik. Beberapa respon positif daripada hasil dapatan

temu bual peserta kajian adalah seperti berikut :

Soalan : Kenapakah muka taip penting dalam sesebuah poster ?

Sebelum intervensi:

Tampal dinding kot…

Selepas intervensi:

Beritahu maklumat

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

TL 2 TL 3 TL 4 TL 5 TL 6

Sebelum intervensi

Selepas intervensi

Column1

Page 8: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan temubual yang telah dijalankan sebelum dan selepas

intervensi, peserta kajian dapat meningkatkan pemahaman tentang kepentingan muka taip poster

semasa penghasilan aktiviti membuat poster. Perkara ini menunjukkan keberkesanan pengunaan

“Templat AR”dalam menghasilkan muka taip poster.

Dapatan Kajian Melalui Analisis Dokumen

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji turut menggunakan instrumen analisis dokumen bagi

mendapatkan data untuk mengukuhkan lagi kajian yang dilaksanakan. Analisis dokumen digunakan

apabila pengkaji ingin mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuannya

adalah sebagai bukti bagi menyokong dapatan sedia ada. Analisis dokumen ini dijalankan terhadap

hasil karya Haziq sebelum dan selepas penggunaan intervensi semasa aktiviti menghasilkan muka taip

poster. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek pemarkahan yang mempunyai nilai

iaitu dari segi rupa huruf, warna huruf, komposisi huruf serta kekemasan huruf. Berikut merupakan

analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi dijalankan oleh Haziq :

Aspek Ujian Pra Ujian Pos

Hasil karya

Rupa Huruf

Penggunaan saiz huruf yang berbeza.

Penggunaan saiz huruf yang sama.

Warna

Huruf Tidak mempunyai warna.

Menggunakan tiga warna iaitu

jingga,ungu dan merah.

Komposisi

Huruf

Reka letak huruf secara bertingkat

dan pemberatan pada sebelah kanan

poster.

Reka letak yang

seimbang.penggunaan ruang yang

baik.

Kekemasan

Huruf

Bentuk huruf tidak sempurna dan

tidak sama saiz menjadikan muka

taip kelihatan tidak kemas.

Mewarna dengan tekanan kuat

menjadikan warna terang dan cantik.

Mewarna dengan tekanan bersahaja

menjadikan warna pudar dan kurang

jelas. Bentuk huruf kelihatan

sempurna.

Page 9: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

Secara keseluruhannya, hasil analisis dokumen sebelum intervensi menunjukkan Haziq menghadapi

masalah untuk menghasilkan muka taip poster. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil karya yang

dihasilkan oleh Hzaiq dalam jadual 1. Berdasarkan dapatan kajian selepas intervensi, pengkaji

mendapati Haziq menunjukkan peningkatan yang drastik terhadap kemahiran menghasilkan muka taip

poster selepas intervensi dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan “Templat AR” dapat

membantu Haziq dalam proses penghasilan karya muka taip poster dengan lebih baik.

KESIMPULAN

Hasil daripada penggunaan “Templat AR” dapat menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan

terutama sekali dari segi rupa huruf yang sememangnya sangat diberi penekanan dalam kajian ini. Di

samping itu, penggunaan template AR ini juga turut membantu murid untuk memahami kepentingan

muka taip poster dengan lebih baik. Perkara ini dapat dilihat dalam sesi temubual yang dijalankan

sebelum dan selepas intervensi yang mengukur tahap pemahaman murid tentang kepentingan muka

taip poster. Robert Schirrmacher (1998) turut menjelaskan bahawa kanak- kanak memerlukan orang

dewasa untuk mengembangkan kreativiti mereka iaitu dengan membekalkan bahan- bahan atau alat

untuk menyokong kreativiti mereka. Alat- alat ini di gunakan sebagai bahan untuk merangsang

pemikiran mereka. Di dalam kajian ini, templat AR digunakan sebagai satu alat untuk murid-murid

meningkatkan kualiti penghasilan karya dan seterusnya memahami mengenai kepentingan muka taip

poster.

Melalui kajian ini, pengkaji dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru pelatih dengan membantu

murid mengatasi masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran dan pembelajaran. Selain itu

juga, guru pelatih menjalankan kajian dan mengutip data – data secara triangulasi yang mana dapat

mengukuhkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan data – ta tersebut. Tambahan pula, sikap komited

dan kesungguhan guru pelatih mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh

muridnya membolehkan kredibiliti dan profesionalisme guru pelatih dalam menjalankan

penyelidikana tindakan ini.

Seterusnya, alat intervensi “Templat AR” mempunyai kekuatan dari segi alat itu sendiri seperti boleh

digunakan secara berulang – kali disebabkan oleh ianya diperbuat daripada kertas keras. Disamping

itu, “Templat AR” juga boleh menghasilkan kesemua huruf iaitu huruf A hingga Z. Antara kelemahan

alat intervensi ini ialah murid perlu menguasai kemahiran mengendalikan “Templat AR” dengan baik.

Murid juga perlu mengingati langkah – langkah penggunaan “Templat AR” kerana setiap huruf yang

akan dihasilkan mempunyai cara yang berbeza. Alat intervensi ini hanyalah sebagai pemudahcara

untuk menghasilkan muka taip poster dengan lebih baik. Cadangan terhadap penambahbaikan dari

segi alat intervensi ialah rupa bentuk “Tempalat AR” boleh diperbaharui mengikut peredaran semasa

agar ia lebih menarik, fleksibel dan bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid dalam membantu

mereka mempertingkatkan kemahiran dalam memahami muka taip poster. Selain itu, penggunaan

“Templat AR” yang diperkenalkan juga boleh digunakan dalam tunjang kreativiti dan estetika bagi

merangsang inkuiri murid – murid terhadap alat intervensi. Dalam kajian ini, murid begitu

menunjukkan sifat ingin mencuba dengan cuba mencipta sendiri rupa dan bentuk huruf yang mereka

kehendaki. “Templat AR” juga boleh diubah suai mengikut jenis huruf dan saiz yang dikehendaki oleh

guru dengan menggunakan pelbagai fon yang bersesuaian bagi mengajarkan muka taip poster kepada

murid.

Page 10: contoh proposal kajian tindakan544-1052-1-SM.pdf

RUJUKAN

Bajuri Babu. (2010). Strategi pengajaran dan pembelajaran berkualiti: Pendidikan Seni Visual

mampu melahirkan insan kreatif. Strategi pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Buku Sumber Guru.Pendidikan Seni (1998). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan

dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Kamus Dewan edisi keempat (2010), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ken Eustace (2003) Making research work for you: Responsibilities and pitfalls (atas talian)

diperolehi daripada http://www.citrenz.ac.nz/bacit/0101/0101eustace.html

diakses pada 14 Mac 2014

Kerlinger,F.N. (1973) Foundation of behavioral research (2nded.) New York: Holt,Rinehart and

Winston,Inc. Robert Schirrmacher, (1998). Art And Creative Development For Young

Children, Delmar Publishers an internasional Thomsom Publishing Compony

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Noordin. (1990). Poster dan Grafik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (Esei,

proposal, tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni Dan Pendidikan Insan Madani.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya