contoh pbs ekonomi tingkatan sem3

Upload: sonia-viveny

Post on 03-Jun-2018

496 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    1/17

    CONTOH PBS EKONOMI TINGKATAN SEM3

    By abang amirul | Sabtu, 01 Maret 2014

    Sebelum Membaca, Ayo Berbagi :

    2

    1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

    Pembangunan ekonomi telah dijana oleh pertumbuhan sektor pembuatan. Dengan itu,

    Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan apabila telah

    berjaya mentransformasikan negara daripada sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian dan

    komoditi kepada ekonomi yang berasaskan industri. Guna tenaga merujuk kepada tenaga

    buruh yang sedang bekerja dalam ekonomi, sama ada bekerja untuk sendiri atau bekerjauntuk orang lain. Sektor pembuatan pula secara umumnya melibatkan aktiviti menghasilkan

    barang dan perkhidmatan. Guna tenaga amat penting ke atas ekonomi negara kerana ia

    menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mengerakkan sektor

    ekonomi. Sektor pembuatan ini terbahagi kepada dua, iaitu pembuatan berasaskan sumber

    dan bukan berasaskan sumber. Output (pasaran produk) merupakan pasaran yang

    memperjualbelikan barang-barang hasil pengeluaran (biasanya dalam bentuk barang

    siap/akhir). Input (pasaran faktor pengeluaran) merupakan interaksi antara permintaan dan

    penawaran terhadap barang dan jasa sebagai masukan pada suatu proses produksi (sumber

    daya alam, berupa bahan tambang, hasil pertanian, tanah, tenaga buruh, dan barang modal).

    Sektor pembuatan ini terbahagi kepada dua, iaitu pembuatan berasaskan sumber dan yang

    bukan berasaskan sumber.

    Kata kunci: Input-Output

    http://anakjati-kedah.blogspot.com/2014/03/contoh-pbs-ekonomi-tingkatan-sem3.htmlhttp://anakjati-kedah.blogspot.com/2014/03/contoh-pbs-ekonomi-tingkatan-sem3.htmlhttp://anakjati-kedah.blogspot.com/2014/03/contoh-pbs-ekonomi-tingkatan-sem3.html
  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    2/17

    1.2 PERNYATAAN MASALAH

    Dalam sektor pembuatan berlaku peningkatan guna tenaga dalam tempoh tahun 2000

    sehingga tahun 2012. Peningkatan yang dimaksudkan adalah pertambahan secara

    memberangsangkan bilangan pekerja yang bekerja di dalam sektor ini. Pada masa kini, sektor

    ketiga mencatatkan jumlah pendapatan yang tertinggi diikuti oleh sektor kedua (pembuatan

    dan pembinaan) dan utama. Hal ini menggambarkan perubahan struktur ekonomi di

    Malaysia. Pertambahan bilangan pekerja akan mengakibatkan peningkatan guna tenaga

    dalam sektor pembuatan dan seterusnya mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia.

    Bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, pembangunan sumber manusia

    adalah penting dan perlu diberikan lebih tumpuan. Pada masa kini, strategi pertumbuhan

    ekonomi lebih tertumpu kepada pelaburan modal manusia menerusi pendidikan dan juga

    latihan. Oleh itu, strategi pembangunan sumber manusia yang lebih berkesan perlu dijalankan

    bagi meningkatkan lagi produktiviti buruh selaras dengan matlamat pertumbuhan ekonomi

    negara melalui peningkatan dalam pertumbuhan produktiviti. Oleh itu, dengan pencapaian

    produktiviti tersebut, adakah sasaran Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang

    tahun 2020 dapat direalisasikan? Oleh yang demikian, bagi menjawab persoalan ini, kajian

    ini dilakukan untuk mengkaji tentang jumlah guna tenaga yang boleh menyumbang kepada

    produktiviti buruh dan terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, penyelidikan ini

    akan menyingkap beberapa faktor yang dikenalpasti dapat menyumbang kepada peningkatan

    guna tenaga dalam sektor pembuatan. Penyelidikan ini amat penting bagi menambah

    dokumentasi, mengetahui aliran perubahan guna tenaga dalam sektor ini dan untuk

    membantu menyediakan maklumat kepada usahawan dalam memilih sektor yang sesuai dan

    guna tenaga yang diperlukan dalam menjalankan kegiatan ekonomi khususnya dalam sektor

    pembuatan.

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    3/17

    1.3 OBJEKTIF KAJIAN

    Terdapat beberapa objektif kajian yang harus dipenuhi dalam melaksanakan kajian Ekonomi

    ini dan kajian tersebut berlandaskan objektif seperti berikut:

    I. Mengkaji corak arah aliran perubahan guna tenaga di sektor pembuatan di Malaysia

    dari tahun 2000 hingga tahun 2012

    II.

    Mengenal pasti faktor perubahan guna tenaga di sektor pembuatan di Malaysia

    dari tahun 2000 hingga tahun 2012

    III. Mengetahui kepentingan sektor pembuatan terhadap ekonomi negara

    IV.

    Mencadangkan langkah untuk meningkatkan kemajuan sektor pembuatan di Malaysia

    1.4 KAEDAH KAJIAN

    1.4.1 Sumber Internet

    Kajian secara maya dengan mengunakan laman sesawang diguna untuk meninjau buku,

    tulisan ilmiah, jurnal, akhbar, dan bahan bertulis lain. Laman sesawang yang diakses untuk

    memperoleh maklumat termasuklah Yahoo, Googles, Scholar, Scopus, Directsciense,

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    4/17

    wikipedia dan lain-lain maklumat yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang dapat

    membantu pengkaji bagi memperoleh maklumat untuk melakukan kajian pustaka, seperti

    mendapat maklumat-maklumat awal berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat di pasaran.

    Hal ini demikian kerana tinjauan terhadap laman sesawang tidak terhad, yakni boleh

    merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang diperoleh juga lebih luas dan terkini skopnya.

    Oleh itu, tinjauan bahan bertulis di perpustakaaan, bilik sumber, arkib, tempat lain dan laman

    sesawang yang ditemui akan dijadikan sebagai asas kepada penulisan kajian ini. Pengaksesan

    laman sesawang ini akan dilakukan untuk mengetahui perkembangan dan kajian terkini

    berkaitan dengan guna tenaga, statistik perubahan jumlah guna tenaga, faktor-faktor yang

    mempengaruhi perubahan dan aspek lain yang berkaitan dengan kajian ini. Segala maklumat

    yang berkaitan akan dimuat turun dan dikumpul.

    1.4.2 BUKU

    Kaedah kajian melalui pembacaan juga dilaksanakan seperti buku rujukan dan teks

    1.4.3 KAEDAH ANALISIS DATA

    Kajian ini akan menggunakan beberapa kaedah analisis data untuk melihat trend

    pertumbuhan guna tenaga. Model perubahan guna tenaga kaedah peratus akan digunakan

    untuk melihat trend pertumbuhan guna tenaga.

    Rumus:

    Pengiraan Peratus

    Bagi mengenalpasti peratus perubahan guna tenaga, kaedah pengiraan peratus digunakan.

    Rumus:

    E0-E1E0100

    Dimana,

    E0 =Employment/ Guna tenaga pada tahun asas

    E1 =Employment/ Guna tenaga pada tahun semasa

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    5/17

    1.5 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

    Tahun Jumlah Guna Tenaga (000)

    2000 2,558.3

    2001 2,555.8

    2002 2,679.8

    2003 2,857.8

    2004 2,972.4

    2005 3,133.2

    2006 3,227.2

    2007 3,296.6

    2008 3,338.3

    2009 3,215.4

    2010 3,387.7

    2011 3,511.2

    2012 3,616.6

    Jadual 1: Jumlah Guna Tenaga dari Tahun 2000 hingga 2012

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    6/17

    Rajah 1: Guna Tenaga dalam Sektor Pembuatan di Malaysia dari Tahun 2000 hingga 2012

    Rajah 1 menunjukkan analisis jumlah guna tenaga dalam sektor pembuatan di Malaysia

    antara tahun 2000 hingga 2012. Jumlah guna tenaga sebanyak 2,558.3 juta orang telah

    dicatatkan pada tahun 2000 dan nilai ini telah menurun pada tahun 2001 kepada 2,555.8 juta

    orang. Namun demikian, jumlah ini telah meningkat sebanyak 124.0 juta menjadi 2,679.8

    juta orang pada tahun 2002 dan mengalami kenaikan yang konsisten sehinggalah pada tahun

    2008, iaitu masing-masing mencatatkan jumlah guna tenaga sebanyak 2857.8 juta pada tahun

    2003, 2,972.4 juta bagi 2004, dan pada tahun 2005 bertambah menjadi 3,133.2 juta orang.

    Dalam pada itu, peningkatan memberansangkan berterusan pada tahun 2006 dan 2007 dengan

    masing-masing mencatatkan nilai sebanyak 3,227.2 juta dan 3,296.6 juta orang. Pada tahun

    berikutnya pertambahan guna tenaga sebanyak 41.7 juta menyebabkan jumlah guna tenaga

    dalam sektor pembuatan meningkat sebanyak 3,338.3 juta orang. Meskipun begitu,

    disebabkan oleh faktor-faktor tertentu akhirnya peningkatan jumlah guna tenaga dalam sektor

    pembuatan terjejas sehingga berlaku penurunan sebanyak 122.9 juta menjadi 3,215.4 juta

    orang pada tahun 2009. Namun, atas inisiatif yang dilaksanakan akhirnya pertambahan guna

    tenaga kembali melonjak naik secara berturut-turut sehingga pada tahun 2010 meningkat

    menjadi 3,387.7 juta, dan 3,511.2 juta orang bagi tahun 2011 serta jumlah guna tenaga yang

    tertinggi dicatat sebanyak 3,616.6 juta orang pada tahun 2012. Dengan itu, secara

    keseluruhannya peningkatan jumlah guna tenaga dalam sektor pembuatan antara tempoh

    tahun 2000 hingga 2012 menunjukkan perkembangan yang positif.

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    7/17

    Tahun Kadar Perubahan Guna Tenaga (%)

    2000 9.2

    2001 0.1

    2002 4.82003 6.6

    2004 6.6

    2005 5.4

    2006 3.0

    2007 2.2

    2008 1.3

    2009 -3.72010 5.4

    2011 3.6

    2012 3.0

    Jadual 2: Kadar Perubahan Guna Tenaga dari Tahun 2000 hingga 2012

    Rajah 2: Arah Aliran Guna Tenaga dalam Sektor Pembuatan di Malaysia dari Tahun 2000

    hingga 2012

    Rajah 1 menunjukkan corak arah aliran guna tenaga dalam sektor pembuatan di Malaysia dari

    tahun 2000 hingga 2012. Hasil analisis mendapati bahawa kadar guna tenaga mencapai 9.2%

    pada tahun 2000 dan merupakan kadar perubahan guna tenaga yang tertinggi dalam tempohtahun 2000 hingga 2012. Meskipun kadar guna tenaga pada tahun 2001 menurun sebanyak -

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    8/17

    0.1% namun kembali melonjak naik sebanyak 4.8% pada tahun berikutnya. Justeru itu,

    peningkatan tersebut berlanjutan pada tahun 2003 dan 2004 dengan kadar perubahan guna

    tenaga yang statik, iaitu masing-masing mencapai kadar perubahan yang sama sebanyak

    6.6%. Namun begitu, kadar perubahan guna tenaga dalam sektor pembuatan tidak mencapai

    hasrat kerajaan di mana pada tahun 2005 hingga 2009 kadar perubahan telah menyusut secara

    berterusan. Penurunan bermula pada tahun 2005 dengan kadar perubahan sebanyak 5.4%diikuti dengan 3.0% pada tahun 2006, 2.2% bagi 2007, dan seterusnya pada tahun 2008

    dengan kadar perubahan sebanyak 1.3%. Manakala, penurunan yang terakhir dicapai pada

    tahun 2009 dengan kadar perubahan guna tenaga yang tertinggi sebanyak -3.7%. Namun

    begitu, kadar perubahan guna tenaga dalam sektor pembuatan meningkat kembali dengan

    memberansangkan dibandingkan dengan tahun sebelumnya, iaitu dengan mencatat nilai

    sebanyak 5.4% pada tahun 2010. Walaupun begitu, peningkatan kadar perubahan tidak kekal

    bertahan apabila menyusut kembali dengan 3.6% pada tahun 2011 dan tahun berikutnya

    berkongsi kadar perubahan pada tahun 2006, iaitu 3.0%. Oleh itu, Secara keseluruhannya

    perubahan guna tenaga dalam tempoh 2000 hingga 2012 tidak mencatat nilai yang konsisten

    apabila berlakunya kadar perubahan turun naik.

    1.6 FAKTOR MENYEBABKAN PERUBAHAN GUNA TENAGA DI SEKTOR

    PEMBUATAN

    1.6.1 Faktor meningkat

    1.6.1.1Pertambahan kilang-kilang pembuatan.

    Peningkatan jumlah kilang-kilang akan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak untuk

    penduduk tempatan. Hal ini demikian kerana perkembangan ekonomi yang berasaskan

    pembuatan memerlukan banyak tenaga kerja. Hal ini akan membantu dalam proses

    pengeluaran. Hal ini akan mengurangkan kadar pengangguran negara dan taraf hidup rakyat

    turut terjamin. Kesannya, arah aliran perubahan guna tenaga akan meningkat.

    1.6.2 Faktor menurun

    1.6.2.1 Keadaan ekonomi tidak stabilKetidakstabilan ekonomi akan menye\babkan kerjaya buruh atau pekerja berada dalam

    keadaan terancam. Fenomena ini bukan sahaja terjadi pada sektor pembuatan malah kesemua

    industri. Apabila keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak stabil, penggunaan

    buruh akan dikurangkan oleh majikan bagi mengawal kos dan mengejar keuntungan. Masalah

    ini akan menyebabkan kekurangan buruh apabila ekonomi kembali stabil dan tidak ramai

    yang mahu bekerja semula tetapi memilih kerjaya yang lain.

    1.6.2.2 Kekurangan buruh mahir

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    9/17

    Masalah kekurangan guna tenaga, khususnya golongan mahir akan menyebabkan industri

    menghadapi masalah yang lain seperti kualiti kerja yang rendah, produktiviti kerja menurun

    dan imej industri terjejas. Hal ini menyebabkan ramai yang ingin memohon pekerjaan dalam

    sektor pembuatan tidak akan dilayan oleh golongan majikan disebabkan keperluan faktor

    kemahiran yang lebih diutamakan. Hal ini menyebabkan golongan yang kurang mahir

    terpaksa menganggur sehinggalah memperoleh pekerjaan yang mampu menampung

    kehidupan mereka. Kesannya, arah aliran perubahan guna tenaga akan menurun.

    1.7 KEPENTINGAN SEKTOR PEMBUATAN KEPADA EKONOMI NEGARA

    1.7.1 Sumber pendapatan negara dan mengurangkan import

    Memang tidak dinafikan lagi industri pembuatan menyumbang kepada KDNK serta

    pendapatan negara, khususnya pendapatan eksport yang boleh membaiki defisit imbangan

    dagangan. Sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan

    pendapatan eksport negara sentiasa melebihi 40% bagi setiap tahun.

    Sektor perindustrian telah menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import

    barangan tertentu. Contohnya, import pada bulan Oktober 2009 menurun sebanyak 2.3%

    berbanding September 2008 terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E) sebanyak

    8.5% dan produk besi dan keluli sebanyak 28%. Pengurangan import ini berupaya dilakukan

    kerana sektor perindustrian negara telah berjaya menghasilkan produk yang sama,

    terutamanya barangan elektrik dan elektronik pada harga yang lebih murah.

    Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara

    setanding dengan sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah

    meningkat daripada 13.14% pada tahun 1970 kepada 20.5% dalam tempoh yang sama. Selain

    itu, negara Malaysia pada era 70-an terpaksa mengimport kereta dari Jepun atau negara barat

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    10/17

    tetapi kini keadaannya amat berbeza sekali kerana negara kita sekarang sudah mampu

    menghasilkan kereta buatan sendiri, iaitu PROTON dan PERODUA. Malah, keluaran indusri

    perkilangan seperti kereta nasional, alat penghawa dingin, dan lain-lain barangan elektrik dan

    elektronik banyak dieksport ke luar negara.Situasi ini turut memberikan kesan terhadap kadar

    imbangan perdagangan luar negara kerana kurang wang mengalir ke luar negara untuk

    membayar barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut mampu digunakan untuk

    pembangunan sektor-sektor lain. Sumber kewangan negara yang berlebihan itu dapat

    digunakan untuk meninggikan taraf hidup rakyat

    1.7.2 Menyediakan peluang pekerjaan

    Sektor pembuatan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk

    tempatan dalam pelbagai peringkat kegiatan pengeluaran pemprosesan, pemasangan,

    pembungkusan, pemasaran, dan lain-lain yang berkaitan. Kilang-kilang yang dibina di

    kawasan pedalaman mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Sebagai contoh,

    pekerjaan yang biasa ditawarkan kepada penduduk berdekatan seperti operator kilang,

    jurutera kilang, pengurus kilang. Peluang pekerjaan yang ditawarkan ini seharusnya

    dimanfaatkan bagi menampung keperluan mereka. Pada tahun 2001 sahaja, sebanyak 2.2 juta

    rakyat terlibat dalam sector perindustrian, iaitu bersamaan 22% daripada jumlah guna tenaga

    kerja yang terdapat di Malaysia. Fenomena ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar

    pengangguran dalam kalangan rakyat. Hal ini pasti akan dapat meningkatkan pendapatan per

    kapita penduduk, kuasa beli, dan tabungan penduduk turut meningkat, dan secara tidak

    lansung dapat meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Situasi ini pasti dapat

    menghindarkan penduduk daripada terus dibelenggu putaran kemiskinan dan mengambarkan

    industri pembuatan di Malaysia telah menjadi penyumbang utama peningkatan guna tenaga.

    1.7.3 Kesan pengganda

    1.7.3.1 Membantu memperkembangkan indusrti hiliran

    Perkembangan pesat sektor pembuatan akan mempercepatkan pengeluaran dan pemprosesan

    sumber sekaligus membantu perkembangan sektor ekonomi primer. Contohnya,,

    perkembangan industri pembuatan minyak masak, sabun, marjerin, lilin, dan sebagainya

    membantu perkembangan industri memproses minyak kelapa sawit, sekaligus dapat

    memajukan sektor perladangan kelapa sawit. Perkembangan pesat sektor ini juga membawa

    kepada peningkatan dalam permintaan terhadap bahan mentah. Seterusnya, menjadi intipati

    perindustrian untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut permintaan masyarakat di

    serata dunia. Berdasarkan perangkaan terkini, sumber bahan mentah sepert getah, petroleum,

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    11/17

    dan kelapa sawit masih mempunyai pasaran yang meluas di peringkat global. Berdasarkan

    Perangkaan Luar Malaysia pada tahun 2012, didapati pengeluaran minyak kelapa sawit

    meningkat sebanyak 7.9% kepada 4.5% billion. Keadaan ini tentunya menyumbang kepada

    peningkatan ekonomi negara kerana negara mengeksport sumber-sumber ini ke luar negara.

    Di samping itu, sumber bahan mentah seperti petroleum diperlukan dalam proses pengetinan

    makanan dan minyak petrol bagi sektor perindustrian di negara kita. Malahan, minyak masak

    dan sabun yang dihasilkan turut menggunakan kelapa sawit sebagai sumber bahan mentah.

    Secara tidak lansung, harga komoditi negara sudah pasti meningkat dengan mendadak dan

    memberi keuntungan kepada negara.

    1.7.3.2 Meningkatkan taraf hidup rakyat

    Sektor pembuatan menawarkan peluang pekerjaan yang pelbagai kepada penduduk tempatan

    disbanding dengan mana-mana sektor seperti pertanian. Masyarakat yang hidup susah, kini

    dapat meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga mereka. Memang tidak dinafikan sektor

    pembuatan yang pesat ini telah memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat

    sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pendapatan per kapita yang lebih tinggi.

    1.7.3.3 Memperluaskan pasaran

    Memperluaskan saiz pasaran perindustrian ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan

    produk pasaran tempatan. Keluaran industry perkilangan negara, terutamanya yang berkaitan

    dengan barangan elektrik dan elektronik, serta industry automobile telah Berjaya menembusi

    pasaran antarabangsa sama ada pasaran serantau ASEAN, APEC, Amerika Syarikat, Jepun,

    dan lain-lain. Hasilnya, sejak 2004, Malaysia merupakan pengeluar kenderaan penumpang

    terbesar di ASEAN dan telah menyumbang 24.4% daripada jumlah pengeluaran ASEAN.

    Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada tahun 2006,

    Malaysia kini merupakan pasaran induk kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan

    jualan tahunan melebihi 500 ribu kenderaan dengan 90% daripadanya dipasang dalam negara.

    Dengan cara ini negara dapat mengaut keuntungan yang lebih. Peluasan pasaran melalui

    produk perkilangan telah membolehkan negara Malaysia tidak terlalu bergantung kepada

    pasaran di sesebuah negara sahaja yang jelas berisiko tinggi jika berlaku krisis ekonomi.

    Selain itu, pasaran tempatan turut berkembang pesat. Rakyat Malaysia kini mampu untuk

    memiliki barangan elektirk dan elektronik dengan harga yang jauh lebih murah dan

    kompetitif.

    1.7.4 Pemindahan teknologi

    Perkembangan sektor pembuatan secara tidak lansung telah menggalakkan pemindahan

    teknologi. Pemindahan teknologi merujuk pemindahan kemahiran, kepakaran, dan teknik

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    12/17

    melalui proses pembelajaran, latihan, pengalaman, dan peniruan dari sebuah negara ke negara

    lain. Hal ini akan menjana proses pengeluaran dan perkembangan kemahiran juga turut dapat

    ditingkatkan. Selain itu, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat dijalankan. Hal ini

    kerana perkembangan industri pembuatan banyak bergantung kepada kemajuan teknologi

    tinggi dan inovasi-inovasi baharu bagi mengekalkan daya saing di pasaran antarabangsa.

    Justeru itu, pemindahan teknologi dan kemahiran tinggi dari negara-negara maju seperti

    Jepun dan Jerman akan menguntungkan rakyat tempatan.

    1.7.5 Mempercepatkan pembangunan fizikal

    Pembangunan sektor perindustrian secara tidak lansung turut memajukan kemudahan seperti

    infrastruktur penting negara seperti jalan raya, utiliti, perparitan, dan sebagainya. Kemudahan

    jalan raya yang baik akan mempercepatkan ketersampaian ke sesuatu destinasi. Contohnya,

    menghubungkan kawasan industry ke kawasan pelabuhan. Banyak lebuh raya terbina dan

    jalan lama juga dinaik taraf. Selain itu, kemudahan pelabuhan ditingkatkan tarafnya bagi

    mempercepatkan pemunggahan barangan industri untuk dieksport atau mengimport bahan

    mentah untuk industry.

    1.8 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI KEMAJUAN SEKTOR

    PEMBUATAN DI MALAYSIA

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    13/17

    Dalam memperkasakan lagi sektor pembuatan di Malaysia beberapa cadangan disediakan

    seperti yang berikut:

    1.8.1 Meluaskan kerjasama ekonomi serantau

    Malaysia perlu bijak dalam menjalin hubungan kerjasama dalam bidang ekonomi dengan

    negara asing yang berpotensi menyumbangkan kemajuan ekonomi Malaysia. Hal ini bagi

    memastikan pengeluaran yang berasaskan pembuatan bukan sahaja mampu di pasarkan di

    dalam negara tetapi juga mampu dieksport ke luar negara. Pasaran yang luas meningkatkan

    eksport Malaysia ke luar negara dan hal ini akan meningkatkan aliran wang masuk wang ke

    negara ini. Contohnya, pasaran utama bagi eksport barangan pembuatan Malaysia adalah

    daripada Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

    1.8.2 Meningkatkan teknologi kemahiran dan tenaga buruh

    Perubahan yang sedang berlaku dalam sektor pembuatan ke arah industri yang mempunyai

    nilai ditambah tinggi dan berintensif pengetahuan telah meningkatkan permintaan terhadap

    guna tenaga yang berkemahiran tinggi yang mempunyai latihan vokasional dan teknikal.

    Dalam hal ini, pelbagai institusi latihan, vokasional dan pendidikan perlu dilaksanakan bagi

    meningkatkan lagi keupayaan tenaga buruh dalam sesuatu bidang. menyediakan kursus

    peningkatan kemahiran teknikal di peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.

    1.8.3 Menggalakkan pelaburan

    Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan

    pemodal-pemodal asing menyebabkan pendapatan negara meningkat, mewujudkan peluang

    pekerjaan kepada penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi, khususnya

    dalam sektor pembuatan. Hal ini demikian kerana melalui pelaburan asing, kemasukan tenaga

    profesional dengan kepakaran yang tinggi mampu dicapai dan seterusnya menjadikan sumber

    manusia lebih berdaya saing dalam pengeluaran. Di samping itu, kemasukan teknologi

    baharu pula akan dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan perlu

    melaksanakan pelbagai langkah bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Hal ini

    demikian kerana pelaburan negara mampu mendapat sumber modal yang mampu

    menggerakkan sektor pembuatan di Malaysia. Antaranya ialah mengadakan skim galakan

    kepada para pemodal. Skim galakan merupakan daya tarikan yang mustahak untuk

    menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, kerajaan perlu memberi beberapa kelebihan

    kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu.

    Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga harus melonggar

    peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar

    sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan. Di samping itu, kerajaan Malaysia juga

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    14/17

    perlu menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna.

    Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik

    minat pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan baru di sini. Dengan adanya

    prasarana yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan

    projek pelaburan mereka. Hal ini demikian kerana hal tersebut mampu menjimatkan kos

    penyediaan kemudahan asas yang diperlukan. Kerajaan juga hendaklah memajukan bidang

    teknologi dan kemahiran tenaga pekerja bagi menarik ramai pelabur asing. Selaras dengan

    matlamat ini, kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan

    kemahiran dan kecekapan guna tenaga tempatan. Tambahan pula, kerajaan melalui pelbagai

    agensi telah mempergiat program penyelidikan dan pembangunan memperkenalkan teknik

    untuk pengeluaran moden dan lain-lain. Pelabur asing yang hendak menanam modal di

    sesebuah negara akan memasti pelaburan mereka adalah terjamin. Oleh itu, kestabilan politik

    merupakan faktor utama untuk menggalakkan lagi sektor ini. Sekiranya keadaan politik tidak

    stabil dan berlaku krisis perkauman, ini sudah tentu akan menjejaskan keyakinan para pelabur

    dan mendorong mereka beralih ke negara lain. Oleh itu, Malaysia perlulah berusaha

    menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di negara

    ini.

    1.8.4 Memajukan infrastruktur ( jalan raya, bekalan air dan elektrik)

    Kemudahan infrastruktur yang baik akan memudahkan proses pembuatan dilaksanakan. Oleh

    yang demikian kerajaan perlu menyediakan jaringan pengangkutan yang strategik bagi

    memudahkan penghantaran input ke tempat-tempat proses pembuatan dijalankan. Selain itu

    bekalan air paip yang berterusan dan bekalan elektrik yang baik akan menjana pengeluaran

    dalam sektor pembuatan.

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    15/17

    1.9 RUMUSAN

    Kesimpulannya, kemajuan tidak dapat dicapai oleh mana-mana negara tanpa memiliki guna

    tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi yang mampu bertindak balas dengan cekap

    dan kreatif terhadap perubahan ekonomi yang berlaku. Hal ini demikian kerana guna tenaga

    yang berkualiti dan berkemahiran tinggi serta pertumbuhan guna tenaga yang berterusan

    merupakan asas penting kepada ekonomi Malaysia bagi mencapai aspirasi negara dalam

    mentransformasikan ekonomi daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara

    berpendapatan tinggi. Secara ringkasnya, kajian ini dijalankan bagi melihat arah aliran

    perubahan guna tenaga dalam sektor pembuatan dari 2000 hingga 2012 dengan mencatat

    kadar pertumbuhan guna tenaga yang tidak konsisten apabila berlakunya kadar perubahan

    turun naik dalam tempoh tahun berikut. Selain itu, kadar perubahan ini disebabkan olehfaktor-faktor seperti tahap kemahiran buruh, kemajuan ekonomi dan banyak lagi. Sektor

    pembuatan ini memiliki kepentingan yang tinggi dalam menjana pendapatan negara dan

    langkah memajukan sektor ini perlu ditingkatkan. Oleh itu, pelbagai langkah dan usaha perlu

    dijalankan oleh negara bagi meningkatkan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dalam usaha

    mencapai matlamat untuk melahirkan guna tenaga yang berkualiti dan berkemahiran tinggi

    setanding dengan guna tenaga di negara-negara maju yang lain.

  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    16/17

    2.0 SENARAI RUJUKAN

    Theng Kock Leing dan Razali bin Muhammad. 2002 .EKONOMI ASAS Tingkatan 4.Petaling

    Jaya, Selangor Darul Ehsan: Sasbadi SDN.BHD

    Theng Kock Leing.2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran Baharu

    STPM Penggal 1. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd

    Theng Kock Leing. 2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran Baharu

    STPM Penggal 2.Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd

    Theng Kock Leing. 2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran Baharu

    STPM Penggal 3.Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd

    Heng Siew Ngu dan Md. Zyadi Md. Tahir. 2012. Teks Pra-U STPM Ekonomi(Mikroekonomi)

    Penggal 1. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd

    http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3E6.pdf

    http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2008/1%20JSB-

    http://kempas.malaysia.gov.my/business?articleId=311023&subCatId=0&categoryId=290802

    aiigompoal0GunaTenagap

    www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/.../jp6_1.pdf -

    http://makroekonomistpm.blogspot.com/2008/10/guna-tenaga-dan-pengangguran_10.html

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Guna_tenaga

    http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/191438/BAB+2+GUNA+TENAGA

    http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm

    http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm

    http://www.epu.gov.my/epu-theme/rm9/bahasa/Bab4.pdf

    http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3E6.pdfhttp://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3E6.pdfhttp://kempas.malaysia.gov.my/business?articleId=311023&subCatId=0&categoryId=290802http://kempas.malaysia.gov.my/business?articleId=311023&subCatId=0&categoryId=290802http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3E6.pdf
  • 8/11/2019 Contoh Pbs Ekonomi Tingkatan Sem3

    17/17

    www.epu.gov.my/epu-theme/mtr-rm9/.../teras1.pdf -