bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

16
BAB 1 EKOLOGI DAN EKOSISTEM

Upload: farhana-aisyah-norzelan

Post on 21-Jun-2015

13.712 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

BAB 1EKOLOGI DAN EKOSISTEM

Page 2: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Ekologi

Konsep : Bidang kajian mengenai ruang habitat hidupan yang di dalamnya wujud saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan saling hubungan antara organisma dalam kumpulan organisma tersebut.

Ernst Haeckel – ekologi adalah salah satu cabang biologi yang mengkaji benda-benda hidup dalam alam.

Page 3: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Ruang kajian ekologi akan menjelaskan

a) Proses kehidupan dan penyesuaian dengan persekitaran

b) Sebaran dan percambahan organisma

c) Pergerakan bahan dan tenaga melalui kehidupan komuniti

d) Perkembangan sesebuah ekosisteme) Percambahan dan sebaran biodiversiti

dalam alam sekitar

Page 4: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Ekosistem

Konsep : Ekosistem ialah satu ruang alam semula jadi yang mempunyai dua jenis komponen, iaitu komponen hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) yang saling berinteraksi dan bergantung antara satu dengan lain.

Page 5: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Komponen organisma hidup (biotik) terdiri daripada tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma.Organisma dikelaskan kepada autotrof (pengeluar) yang membuat makanannya sendiri dan heterotrof (pengguna) berdasarkan sumber pemakanan yang membekalkan tenaga kepada mereka.

Page 6: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Ciri-ciri sesebuah ekosistem

a)Tidak ada sempadan khusus untuk menentukan saiz sesebuah ekosistem.

b)Mempunyai komponen biotik dan abiotik yang tersendiri dengan kuantiti tertentu.

Page 7: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Komponen Asas Ekosistem

Abiotik•Komponen bukan hidup seperti udara, tanah, cahaya matahari, mineral dan air.

•Penting – tempat tinggal atau habitat bagi semua komponen biotik dan mempengaruhi proses-proses geomorfologi dalam ekosistem.

Page 8: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

c)Ekosistem mempunyai pola hubungan yang tersendiri mengikut fungsi komponen abiotik dan biotik yang terdapat di dalamnya.

d)Ekosistem juga melibatkan rangkaian interaksi antara organisma dan antara organisma dengan persekitarannya.

Page 9: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Komponen Abiotik

Komponen Udara

•Mengandungi pelbagai jenis gas, cahaya dan haba matahari, wap air serta pepejal.

•Gas utama – oksigen (21%), karbon dioksida (0.03%) dan nitrogen (78%).

•Unsur terpenting – cahaya dan haba matahari yang menjadi punca tenaga kepada ekosistem. •Wap air – mempengaruhi kelembapan udara dan kejadian hujan.

Page 10: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Komponen Tanah•Konsep - permukaan bumi yang terdiri daripada bahan mineral (nitrogen, fosforus, karbon, sulfur dan kalsium) dan organik (pereputan haiwan dan tumbuhan).

•Komposisi – mineral, organik, udara dan air.

•Terbentuk melalui proses luluhawa batuan.

•Fungsi – menyuburkan tumbuhan dan habitat haiwan tanih.

Page 11: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Komponen Air

•Sumber – air hujan, sungai, paya, laut dan air bawah tanah.

•Fungsi – sumber minuman kepada hidupan, sumber pencernaan makanan tumbuhan, menjadi habitat haiwan akuatik dan menentukan kadar kesuburan tanah. •Bahan pelarut yang penting untuk mencairkan bahan-bahan mineral dan zat galian bagi memudahkan diserap oleh akar.

Page 12: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

KOMPONEN ASAS EKOSISTEM

Biotik

•Komponen hidupan seperti pengeluar (tumbuhan), pengguna (haiwan dan manusia) dan pengurai (bakteria dan hidupan seni).

•Organisma hidup dalam bentuk;

•Speises – satu jenis hidupan yang sama sifat.

•Populasi – beberapa spesies yang sama sifatnya.

•Komuniti – gabungan populasi yang hidup dalam satu ekosistem.

Page 13: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Pengkelasan Organisma•Autotrof •Organisma yang membuat makanan sendiri dengan sumber tenaga daripada bukan hidup iaitu matahari dan kimia organik. •Kumpulan pengeluar yang terdiri daripada tumbuhan dan berada pada tahap pertama aras trofik.

•Heterotrof •Organisma yang mendapat tenaga daripada sumber hidupan iaitu tumbuhan dan haiwan. •Kumpulan ini berada pada tahap 2 hingga 5 aras trofik dan dinamakan kumpulan pengguna.

Page 14: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Fungsi Ekosistem

Mewujudkan Aliran Tenaga

•Berpunca daripada tenaga matahari yang dipindahkan kepada komponen biotik dan abiotik. •Tenaga matahari dialirkan kepada daun tumbuhan untuk proses fotosintesis. Tenaga matahari ditukarkan menjadi teanaga kimia melalui penghasilan karbohidrat dalam daun tumbuhan. •Tenaga kimia dalam tumbuhan dialirkan/dipindahkan kepada organisma lain melalui pemakanan. •Tenaga matahari juga dipindahkan kepada unsur abiotik seperti batuan, air dan udara.

Page 15: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Mewujudkan Kitar Nutrien

•Aliran yang berterusan unsur kimia seperti zat galian dan gas seperti oksigen, karbon, nitrogen, hidrogen dan air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.

•Unsur-unsur ini diperlukan oleh tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis bagi meneruskan edaran nutrien.

•Kitar nutrien akan menentukan keseimbangan nutrien dalam sesebuah ekosistem.

Page 16: Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)

Jenis-Jenis Ekosistem

Ekosistem daratanHutan Hujan Tropika / KhatulistiwaHutan Gunung

Ekosistem Akuatik Ekosistem Tasik Ekosistem Paya Bakau