contoh laporan lawatan

2
PERSATUAN KEBUDAYAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK. LAPORAN MENONTON TEATER “TRAGEDI SALMAH” DI ASWARA. Pada 29 September 2012, Persatuan Seni dan Kebudayaan IPG Kampus Pendidikan Teknik telah mengadakan sebuah lawatan ke Akademi Seni dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA) yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan bertujuan menyaksikan sebuah pementasan semula Persembahan Tahun Akhir (PeTA) Terbaik Teater 2012 pelajar ASWARA yang bertajuk Tragedi Salmah . Teater ini dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA. Selain daripada memenuhi tuntutan silibus Gerak Kerja Kokurikulum Semester 6, lawatan ini juga bertujuan untuk menyemai rasa cinta terhadap seni persembahan teater secara khasnya dan juga bagi mendidik jiwa untuk menghargai nilai estetika yang terkandung di dalam sesebuah pementasan teater. Semua ahli dan juga Pensyarah Penasihat, Encik Mohd Khadri bin Fazil Rahman telah berhimpun dan berkumpul di hadapan teratak IPG Kampus Pendidikan Teknik pada pukul 6.00 petang bagi menantikan bas untuk ke ASWARA. Makanan dan minuman telah ditempah terlebih dahulu daripada pihak Kafeteria IPG Kampus Pendidikan Teknik. Setibanya di ASWARA pada pukul 7.00 malam, semua pelajar yang beragama Islam telah menuju ke surau ASWARA bagi menunaikan solat fardhu Maghrib. Sementara itu, pelajar yang bukan beragama Islam telah menuju ke kafeteria ASWARA untuk menjamu makan malam. Selesainya menunaikan solat fardhu Maghrib, pelajar-pelajar yang beragama Islam turut menuju ke kafeteria ASWARA bagi menjamu makan malam yang telah diagih-agihkan oleh ahli jawatankuasa. Sebelum memasuki Panggung Eksperimen, kesemua pelajar dan juga tetamu luar yang turut dijemput telah menunggu di luar panggung sebelum

Upload: azrul-izzat

Post on 08-Aug-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Watever

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Laporan Lawatan

PERSATUAN KEBUDAYAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK.

LAPORAN MENONTON TEATER “TRAGEDI SALMAH” DI

ASWARA.

Pada 29 September 2012, Persatuan Seni dan Kebudayaan IPG Kampus Pendidikan Teknik

telah mengadakan sebuah lawatan ke Akademi Seni dan Kebudayaan Kebangsaan

(ASWARA) yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan

bertujuan menyaksikan sebuah pementasan semula Persembahan Tahun Akhir (PeTA)

Terbaik Teater 2012 pelajar ASWARA yang bertajuk “Tragedi Salmah”. Teater ini

dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA. Selain daripada memenuhi tuntutan

silibus Gerak Kerja Kokurikulum Semester 6, lawatan ini juga bertujuan untuk menyemai

rasa cinta terhadap seni persembahan teater secara khasnya dan juga bagi mendidik jiwa

untuk menghargai nilai estetika yang terkandung di dalam sesebuah pementasan teater.

Semua ahli dan juga Pensyarah Penasihat, Encik Mohd Khadri bin Fazil Rahman

telah berhimpun dan berkumpul di hadapan teratak IPG Kampus Pendidikan Teknik pada

pukul 6.00 petang bagi menantikan bas untuk ke ASWARA. Makanan dan minuman telah

ditempah terlebih dahulu daripada pihak Kafeteria IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Setibanya di ASWARA pada pukul 7.00 malam, semua pelajar yang beragama Islam

telah menuju ke surau ASWARA bagi menunaikan solat fardhu Maghrib. Sementara itu,

pelajar yang bukan beragama Islam telah menuju ke kafeteria ASWARA untuk menjamu

makan malam. Selesainya menunaikan solat fardhu Maghrib, pelajar-pelajar yang

beragama Islam turut menuju ke kafeteria ASWARA bagi menjamu makan malam yang

telah diagih-agihkan oleh ahli jawatankuasa.

Page 2: Contoh Laporan Lawatan

Sebelum memasuki Panggung Eksperimen, kesemua pelajar dan juga tetamu luar

yang turut dijemput telah menunggu di luar panggung sebelum dibenarkan masuk. Tepat

pada pukul 8.30 malam, kesemua tetamu dibenarkan masuk ke dalam Panggung

Eksperimen ASWARA bagi menyaksikan pementasan teater “Tragedi Salmah”. Teater ini

mengisahkan tentang keberanian Salmah yang sanggup mendedahkan rahsia peribadinya

demi memperjuangkan hak kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam. Salmah, 26 tahun,

mengaku kesalahannya melakukan hubungan seks bersama tertuduh iaitu Sham.

Kekhilafan Salmah berpunca daripada keluarganya yang tidak memberikan kasih sayang

sewajarnya. Salmah dipaksa berkahwin dengan Zali (seorang bisu) yang menyebabkan jiwa

Salmah semakin memberontak dan akhirnya terjerumus ke dalam kancah maksiat bersama

Sham. Keberanian Salmah sebenarnya memerangkap dirinya. Tuduhan ke atas Sham tidak

dapat dibuktikandan akhirnya kes Salmah terkubur begitu sahaja.

Teater tersebut habis dipentaskan pada pukul 10.30 malam. Kesemua pelajar telah

bertolak pulang ke IPG Kampus Pendidikan Teknik pada pukul 11.00 malam dengan

menaiki bas. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat kita menyemai rasa cinta

dan menghargai nilai estetika dan kesenian serta mesej yang terkandung di dalam

persembahan teater tersebut, agar dapat kita memahami sesuatu perkara dari sudut dan

perspektif yang berbeza.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………………… ………………………………………………

( Azrul Izzat bin Mokhtar ) (Shafiq Aizatullah B Shaharuddin)

Naib Setiausaha Persatuan Kebudayaan 2012 Pengerusi Persatuan Kebudayaan 2012

Tarikh: