contoh karangan peribahasa

3
Contoh Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut. “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak- anak agar cemerlang dan berguna kepada negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif. Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak sahaja. Kematian suaminya akibat penyakit jantung menyebabkan dia kehilangan tempat bergantung. Kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak menghalang Mak cik Mona memberi pendidikan yang sempurna kepada anaknya, Iqbal. Mak cik Mona berharap agar suatu hari nanti Iqbal akan dapat memenuhi impian arwah ayahnya untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Setiap pagi, Mak cik Mona terpaksa bangun seawal jam empat pagi untuk menyiapkan nasi lemak dan kuih-muih. Semasa Iqbal pergi ke sekolah, dia akan membawa kuih-muih dan nasi lemak yang disiapkan oleh ibunya untuk dihantar ke warung Pak Mail.

Upload: niza

Post on 14-Dec-2015

269 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan Peribahasa

Contoh Karangan Peribahasa, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Anak-anak perlu dididik sejak kecil seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah

daripada rebungnya.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

           

            “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud mendidik anak- anak

hendaklah dari kecil lagi. Peribahasa ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk

membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan.

Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk mendidik anak-anak agar

cemerlang dan berguna kepada negara apabila dewasa kelak. Anak-anak menjadi lebih

mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur

negatif.

            Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik Mona seorang ibu tunggal yang mempunyai

seorang anak sahaja. Kematian suaminya akibat penyakit jantung menyebabkan dia

kehilangan tempat bergantung. Kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais

petang makan petang  tidak menghalang Mak cik Mona memberi pendidikan yang

sempurna kepada anaknya, Iqbal. Mak cik Mona berharap agar suatu hari nanti Iqbal

akan dapat memenuhi impian arwah ayahnya untuk menjejakkan kaki ke menara

gading.

            Setiap pagi, Mak cik Mona terpaksa bangun seawal jam empat pagi untuk

menyiapkan nasi lemak dan kuih-muih. Semasa Iqbal pergi ke sekolah, dia akan

membawa kuih-muih dan nasi lemak yang disiapkan oleh ibunya untuk dihantar ke

warung Pak Mail. Sekembalinya dari sekolah, Iqbal akan mengambil duit hasil jualannya

tadi dan membeli barang-barang keperluan yang dipesan oleh ibunya. Walaupun

pendapatan mereka tidak seberapa, namun wang tersebut mampu menyara kehidupan

mereka berdua.

           

Page 2: Contoh Karangan Peribahasa

 Sejak dari kecil, Iqbal telah dididik dengan ilmu agama.Setiap petang dia belajar

mengaji Al-Quran dengan Haji Ibrahim di masjid. Haji Ibrahim juga turut mengajar fardu

ain kepada anak-anak di kampung itu. Selepas itu, Iqbal akan terus pulang ke rumah

untuk mengulang kaji pelajaran. Dia patuh akan nasihat ibunya agar cepat pulang ke

rumah dan tidak bercampur dengan budak-budak kacang hantu di kampungnya.

            Semakin meningkat remaja, Iqbal menjadi seorang anak yang berbudi pekerti

luhur. Dia tidak pernah mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab kepada ibunya.

Dalam setiap peperiksaan, dia telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Guru-guru

selalu memuji dan menjadikan dia sebagai contoh kepada pelajar-pelajar lain di

sekolahnya. Ibunya selalu mengingatkan Iqbal supaya tidak lupa diri. Tidak hairanlah

Iqbal telah muncul sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) yang lalu.

            Kejayaan yang diperoleh telah melayakkan Iqbal melanjutkan pelajaran ke

menara gading. Akhirnya, ketekunan dan usaha gigih Iqbal membuahkan hasil. Iqbal

telah berjaya menjawat jawatan penting di ibu kota. Iqbal bukan sahaja berjaya

dalam bidang kerjaya yang diceburi tetapi dia juga menjadi seorang yang baik

sahsiahnya dan berpegang teguh kepada agama. Dia bukanlah individu yang

diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Kesungguhan dan ketabahan Mak cik

Mona membesarkan anaknya telah terbalas. Mak cik Mona bersyukur kepada Tuhan

dan berasa gembira kerana janji kepada suaminya telah terlaksana