contoh karangan jenis cerita.pdf

Upload: karpagam-ravi

Post on 05-Jul-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    1/16

    CONTOH KARANGAN

    JENIS CERITAIsi Kandungan: 1) Melawat Ladang Ternakan Lembu2) Rumah Baharu Sofia3) Hari Pertama ke sekolah4) Gotong-royong

    5) Lawatan ke rumah Orang-orang Tua6) Melawat Rakan di Hospital7) Menolong Jiran8) Kebersihan Tempat Tinggal9) Keracunan Makanan10)Hari Ibu11)Hari Guru12) Majlis Hari Jadi13) Hari Kebangsaan14) Pengalaman di Pasar Malam15) Berkelah di Teluk Batik

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    2/16

    KARANGAN JENIS CERITA

    1. Melawat Ladang Ternakan Lembu

    Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melawat ke ladang ternakan lembumilik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebutagak luas.

    Selain membela lembu, Pak Din juga membelakambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebasmeragut rumput di padang yang luas.

    Semasa berada di ladang ternakan itu, kamimelihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemukbelaka. Ladang ternakan Pak Din begitu bersihkerana dijaga dengan rapi oleh dua orangpembantunya.

    Walaupun berasa sunnguh penat, kamiberasa amat gembira kerana telah mendapatsebuah pengalaman baharu.

    Soalan:

    1. Selain lembu,apakah binatang lain yang

    dibela oleh Pak Din?2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak

    Din?3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    3/16

    2.Rumah Baharu Sofia

    Ayah Sofia telah membeli sebuah rumahbanglo baru. Rumah baru Sofia terletak di TamanPokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo duatingkat. Rumah itu berharga RM 430 000.

    Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluargatelah berpindah ke rumah banglo itu. Rumah itubesar dan cantik. Rumah itu mempunyai empatbuah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamuyang besar. Halaman rumahnya juga luas.

    Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itudengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telahmenanam bermacam-macam jenis pokok bungaseperti Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan BungaRaya. Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan

    sungguh cantik.

    Soalan:

    1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayahSofia?

    2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia?

    3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam olehibu Sofia?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    4/16

    3.Hari Pertama ke Sekolah

    Rani berasa gementar pada hari ini. Hari iniialah hari pertama Rani ke sekolah. Rani memakaipakaian seragam sekolah dengan kemas.Ayahnya menghantar Rani ke sekolah denganmenaiki kereta.

    Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan SriLangat, orang telah ramai. Rani dengan ditemanioleh ayahnya terus masuk ke dewan untukmendaftar. Kemudiannya, Rani dibawa ke TahunSatu Bestari. Guru kelas Rani bernama CikguZuraidah.

    Rani mendapat ramai kawan. Rakan sekelasRani sangat baik dan peramah. Perasaan

    gementar Rani hilang sedikit demi sedikit.Setelah pulang ke rumah, Rani menceritakanpengalaman hari pertamanya ke sekolah kepadaayah dan ibunya.

    Soalan:

    1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah?2. Apakah nama sekolah Rani?3. Siapakah nama guru kelas Rani?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    5/16

    4.Gotong-royong

    Pada hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telahmengadakan gotong-royong untuk membersihkankawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semuamurid membawa alat-alat yang diperlukan sepertipongkes, baldi, parang, kain buruk, dansebagainya.

    Tepat jam 8.00 pagi,semua guru dan muridsudah berkumpul di tapak perhimpunan. PenolongKanan telah membahagikan murid-murid kepadabeberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuaioleh tiga orang guru. Ada yang mencucilongkang, memungut daun-daun kering,membakar sampah-sarap, dan menebas rumput.

    Selepas itu, mereka mengemas bilik darjah pula.Aktiviti gotong-royong itu tamat pada jam11.00 pagi. Guru Besar berasa gembira keranakawasan sekolah kelihatan bersih dan indah.

    Soalan:

    1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolahSaiful?

    2. Pukul berapakah semua guru dan muridberkumpul di tapak perhimpunan?

    3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    6/16

    5.Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua.

    Sempena Hari Warga Tua, SekolahKebangsaan Sungai Rapat telah mengadakanlawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Indah.Lawatan disertai oleh 35 orang murid beserta tigaorang guru pengiring.

    Mereka berpeluang untuk bermesra denganpenghuni rumah tersebut yang berjumlah 102orang. Beberapa orang murid turut menghiburkanmereka dengan persembahan nyanyian dantarian. Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur.

    Cikgu Azizah telah menyampaikansumbangan kepada penghuni-penghuni rumah

    orang tua itu. Sumbangan berupa wang danpakaian itu didermakan oleh ibu bapa, guru-guru,dan orang ramai beberapa minggu sebelumlawatan diadakan. Lawatan itu telahmeninggalkan banyak pengalaman manis dalamhati setiap murid serta guru.

    Soalan:1. Berapakah orang murid yang menyertai

    lawatan itu?2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah

    Orang Tua Sri Indah?3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh

    Cikgu Azizah?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    7/16

    6.Melawat Rakan di Hospital

    Pada petang Khamis yang lalu, Aznil bersamarakan-rakannya telah pergi ke Hospital BesarSelayang. Mereka ke sana untuk melawat Haziqyang terlibat dalam kemalangan jalan raya duahari yang lepas. Aznil ketua kelas Tiga Marikh telahmemberi buah tangan kepada ayah Haziq.

    Menurut ayah Haziq, Haziq telah dilanggaroleh sebuah kereta. Pada hari kejadian itu, Haziqdalam perjalanan pulang dari sekolah. Sebuahkereta yang dipandu laju telah terbabas danmelanggar Haziq. Haziq telah terbaling di atas

    jalan raya. Pemandu itu pula terus lari tanpa

    memberikan pertolongan.Mereka berasa simpati dengan nasib Haziq.Haziq mendapat kecederaan teruk di kepala dankakinya pula terpaksa disimen kerana patah. Aznildan rakan-rakannya berharap Haziq akan cepatsembuh dan kembali semula ke sekolah.

    Soalan:

    1. Di hospital manakah Haziq dirawat?2. Siapakah Ketua Kelas Haziq?3. Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    8/16

    7.Menolong Jiran

    Pada suatu hari, Hafiz sedang berehat di tepitingkap biliknya. Tiba-tiba, dia ternampak seorangpencuri sedang cuba memasuki rumah jirannya.Kebetulan jirannya, Encik Kuljit dan keluargannyapulang ke kampung. Tanpa berlengah lagi, Hafizterus menelefon polis untuk melaporkan kejadiantersebut.

    Tidak berapa lama kemudian, beberapaorang anggota polis tiba di tempat kejadian.Mereka telah mengepung rumah itu. Polis telahberjaya memberkas pencuri yang cubamenceroboh masuk ke rumah Encik Kuljit. Pencuri

    itu telah digari dan dibawa ke balai polis.Keesokkan harinya, Encik Kuljit kembali kerumahnya setelah dimaklumkan oleh pihak polistentang kejadian itu. Beliau telah mengucapkanterima kasih kepada Hafiz atas pertolongan dantindakan pantasnya.

    Soalan:

    1. Apakah yang ternampak oleh Hafiz?2. Apakah yang dilakukan oleh Hafiz?3. Siapakah yang mengucapkan terima kasih

    kepada Hafiz?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    9/16

    8.Kebersihan Tempat Tinggal

    Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Suniltinggal berjiran. Mereka tinggal di Kampung SungaiRokam. Pada suatu malam, Encik Sunil dankeluargannya tidak dapat tidur lena keranabanyak nyamuk dan terhidu bau longkang yangsangat busuk.

    Pada keesokkan harinya, Encik Sunilberbincang dengan Encik Nordin dan Encik Leong.Mereka telah sepakat untuk membersihkankawasan tempat tinggal mereka. Tanpamembuang masa, mereka terus menjalankantugas masing-masing. Encik Leong membersihkan

    longkang. Encik Sunil sedang sibuk memotongrumput di tepi pagar manakala Encik Nordin pulamengumpul sampah-sarap untuk dibakar.

    Mereka berasa gembira kerana kawasantempat tinggal mereka kini sudah bersih danselesa.

    Soalan:

    1. Di manakah Encik Nordin, Encik Leong, danEncik Sunil tinggal?

    2. Mengapakah Encik Sunil dan keluarganyatidak dapat tidur lena?

    3. Mengapakah mereka merasa gembira?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    10/16

    9.Keracunan Makanan

    Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamilberjalan pulang dari sekolahnya. Dia berasasangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, diaternampak sebuah gerai di tepi jalan.

    Syamil terus membeli air sirap dan kuih karipap.Dia makan dengan cepat. Dia tidakmempedulikan keadaan gerai yang sangat kotor.Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Adabanyak lalat hinggap di atas kuih-muih yang dijualitu.

    Setibanya di rumah, perut Syamil mula terasasakit dan memulas-mulas. Dia memberitahuibunya. Ibunya berasa bimbang lalu membawaSyamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil.

    Menurut doktor, Syamil mengalami keracunanmakanan. Doktor memberi ubat kepada Syamil.Dia juga menasihati Syamil supaya berhati-hatiketika membeli makanan atau minuman yangdijual di tepi jalan.

    Soalan:

    1. Apakah yang dimakan oleh Syamil?2. Bagaimanakah keadaan makanan di gerai?3. Apakah nasihat yang diberi oleh doktor

    kepada Syamil?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    11/16

    10.Hari Ibu

    Pada 8 Mei yang lalu, keluarga Selvi telahmenyambut Hari Ibu. Hari Ibu disambut untukmenunjukkan rasa terima kasih atas pengorbanandan jasa ibu.

    Pada hari itu, ayah Selvi telah membeli sebijikek coklat untuk ibunya manakala Selvi dan kakakmembeli hadiah istimewa untuk ibu mereka.Apabila hadiah itu dibuka, ibu Selvi berasa terkejutmelihat sebuah beg tangan berjenama ‘Bonia’.Ibunya berasa sungguh gembira.

    Ibu Selvi mengucapkan terima kasih kepadakedua-dua anaknya. Selvi dan kakaknya berjanjiakan mendengar kata dan nasihat daripada ibumereka. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh

    untuk membalas jasa ibu.

    Soalan:

    1. Bilakah Hari Ibu disambut?2. Apakah tujuan menyambut Hari Ibu?3. Apakah yang dihadiahkan oleh Selvi dan

    kakaknya kepada ibunya?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    12/16

    11.Hari Guru

    Pada 16 Mei setiap tahun telah diisytiharkansebagai Hari Guru. Sambutan Hari Guru bertujuanuntuk mengenang jasa dan pengorbanan paraguru yang mendidik dan membimbing murid-muridmenjadi manusia yang berguna.

    Sekolah saya juga tidak ketinggalanmenyambut Hari Guru. Pada hari itu, semua muridberkumpul di dewan bersama dengan guru-guru.Selepas lagu ‘Negaraku’ dan lagu sekolahdinyanyikan, guru besar telah membacakanperutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia.Selepas itu, guru- guru menyanyikan lagu ‘KamiGuru Mala ysia’.

    Seterusnya disusuli dengan pertunjukan pentas

    oleh murid-murid seperti nyanyian, tarian, lakonan,dan mendeklamasikan sajak. Para guru dam muridterhibur dengan persembahan – persembahantersebut.

    Soalan:

    1. Bilakah Hari Guru disambut?2. Apakah tujuan menyambut Hari Guru?3. Apakah tajuk lagu yang dinyanyi oleh semua

    guru?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    13/16

    12.Majlis Hari Jadi

    Hari ini ialah hari jadi Rafiqah yang kesembilan.Ibunya telah mengadakan satu majlis untukmeraikan hari jadinya. Ibu Rafiqah bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah. Ramaikawannya dijemput ke majlis itu.

    Pada petang itu, Rafiqah memakai bajukurung yang berwarna biru. Rafiqah kelihatancantik sekali. Di atas meja pula tersedia makananyang lazat-lazat seperti kek, mi goreng, rendangayam, biskut, dan gula-gula. Semua kawanRafiqah datang dengan membawa hadiah.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu‘Selamat Hari Jadi’ oleh kawan -kawannya. Merekabertepuk tangan sebaik sahaja Rafiqah meniup

    sembilan batang lilin di atas kek itu.Selepas itu, semua tetamu dijemput menjamuselera. Rafiqah sangat gembira kerana mendapatbanyak hadiah daripada keluarga dan kawan-kawannya.

    Soalan:

    1. Berapakah umur Rafiqah?2. Apakah yang dipakai oleh Rafiqah pada

    petang itu?3. Apakah makanan yang disediakan dalam

    majlis hari jadi Rafiqah?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    14/16

    13.Hari Kebangsaan

    Hari ini saya bangun awal pagi. Bapamembawa saya ke Dataran Merdeka untukmelihat sambutan Hari Kebangsaan. Pada 31 Ogossetiap tahun, negara kita menyambut HariKebangsaan. Pada hari tersebut juga, semuarumah dan bangunan akan memasang bendera.

    Pelbagai acara menarik diadakan sempenaHari Kebangsaan seperti pertunjukan konsert,pancaragam, tarian, dan pertunjukan bunga api.Selain acara kebudayaan, perarakan perbarisan

    juga turut diadakan.Ramai orang mengibarkan Jalur Gemilang.

    Saya berasa sungguh gembira kerana dapatmenyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.

    Soalan:

    1. Bilakah Hari Kebangsaan disambut?2. Apakah acara yang diadakan sempena Hari

    Kebangsaan?3. Apakah yang dikibarkan oleh ramai orang?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    15/16

    14.Pengalaman di Pasar Malam.

    Pada suatu petang, ibu Rafi mengajaknyapergi ke pasar malam. Pasar malam itu terletakberdekatan dengan rumah Rafi.

    Setibanya di pasar malam, Rafi melihat ramaiorang sibuk membeli barang. Keadaan di pasarmalam itu sungguh sesak dan riuh-rendah.Terdapat banyak barang yang dijual di sana,antaranya ialah sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan banyak lagi.

    Menjelang malam, makin ramai orang yangdatang. Para peniaga sibuk melayan parapelanggan yang datang ke gerai mereka. Ibu Rafimembeli banyak barang keperluan dapur seperticili, bawang, dan rempah. Rafi juga membeli air

    soya kegemarannya. Selepas membeli barang-barang mereka pun pulang.

    Soalan:

    1. Di manakah terletaknya pasar malam?2. Apakah jenis barangan yang dijual di pasar

    malam itu?3. Apakah yang dibeli oleh Rafi?

  • 8/16/2019 CONTOH KARANGAN JENIS CERITA.pdf

    16/16

    15.Berkelah di Teluk Batik.

    Pada hujung minggu yang lalu, Shamilah dankeluarganya telah pergi berkelah. Mereka berkelahdi Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Mereka menaikikereta ke sana.

    Sebaik sahaja sampai di sana , Shamilahdapati ramai orang yang sedang mandi-manda dilaut. Shamilah menurunkan barang-barang danmembentang tikar. Adiknya pula mengangkatbekalan nasi dan kuih-muih yang dimasak olehibunya.

    Shamilah berasa tidak sabar untuk berenang dilaut. Shamilah mengajak ayahnya ke laut untukmandi. Adiknya pula leka membina istana pasir.Setelah penat, mereka berehat dan makan nasi

    serta kuih yang dibawa dari rumah.Selepas makan, Shamilah mengajak adiknyamandi ke laut. Ibu Shamilah menasihati merekasupaya tidak mandi di tempat yang dalam.Setelah puas mandi, mereka pun pulang denganhati yang gembira.

    Soalan:

    1. Di manakah Shamilah dan keluarganyaberkelah?

    2. Apakah yang dilakukan oleh Shamilah sebaiksahaja sampai di pantai?

    3. Apakah nasihat diberi oleh ibu Shamilah?