contoh karangan jenis cerita tahap 1

68
CONTOH KARANGAN JENIS CERITA Isi Kandungan: 1) Melawat Ladang Ternakan Lembu 2) Rumah Baharu Sofia 3) Hari Pertama ke sekolah 4) Gotong-royong 5) Lawatan ke rumah Orang-orang Tua 6) Melawat Rakan di Hospital 7) Menolong Jiran 8) Kebersihan Tempat Tinggal 9) Keracunan Makanan 10)Hari Ibu 11)Hari Guru 12) Majlis Hari Jadi 13) Hari Kebangsaan 14) Pengalaman di Pasar Malam 15) Berkelah di Teluk Batik

Upload: azam-shahrid

Post on 10-Aug-2015

923 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

cuba baca...

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

CONTOH KARANGAN JENIS CERITA

Isi Kandungan:1)   Melawat Ladang Ternakan Lembu2)  Rumah Baharu Sofia3)  Hari Pertama ke sekolah4)  Gotong-royong5)  Lawatan ke rumah Orang-orang Tua6)  Melawat Rakan di Hospital7)  Menolong Jiran8)  Kebersihan Tempat Tinggal9)  Keracunan Makanan10)Hari Ibu11)Hari Guru12) Majlis Hari Jadi13) Hari Kebangsaan14) Pengalaman di Pasar Malam15) Berkelah di Teluk Batik

KARANGAN JENIS CERITA

Page 2: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

1.Melawat Ladang Ternakan Lembu

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melawat ke ladang ternakan lembu milik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebut agak luas.        Selain membela lembu, Pak Din juga membela kambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas meragut rumput di padang yang luas.        Semasa berada di ladang ternakan itu, kami melihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemuk belaka. Ladang ternakan Pak Din begitu bersih kerana dijaga dengan rapi oleh dua orang pembantunya.        Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa amat gembira kerana  telah mendapat sebuah pengalaman  baharu.

Soalan:

1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela oleh Pak Din?

2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din?

3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?

2.Rumah Baharu Sofia       

Page 3: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo baru. Rumah baru Sofia terletak di Taman Pokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000.        Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah berpindah ke rumah banglo itu. Rumah itu besar dan cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar. Halaman rumahnya juga luas.        Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itu dengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telah menanam bermacam-macam jenis pokok bunga seperti Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan Bunga Raya. Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan sungguh cantik.

Soalan:

1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia?

2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia?3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh

ibu Sofia?

3.Hari  Pertama ke Sekolah       

Page 4: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

        Rani berasa gementar pada hari ini. Hari ini ialah hari pertama Rani ke sekolah. Rani memakai pakaian seragam sekolah dengan kemas. Ayahnya menghantar Rani ke sekolah dengan menaiki kereta.        Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, orang telah ramai. Rani dengan ditemani oleh ayahnya terus masuk ke dewan untuk mendaftar. Kemudiannya, Rani dibawa ke Tahun Satu Bestari. Guru kelas Rani bernama Cikgu Zuraidah.        Rani mendapat ramai kawan. Rakan sekelas Rani sangat baik dan peramah. Perasaan gementar Rani hilang sedikit demi sedikit.        Setelah pulang ke rumah, Rani menceritakan pengalaman hari pertamanya ke sekolah kepada ayah dan ibunya.

Soalan:

1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah?2. Apakah nama sekolah Rani?3. Siapakah nama guru kelas Rani?

4.Gotong-royong               Pada hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telah mengadakan gotong-royong untuk

Page 5: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

membersihkan kawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semua murid membawa alat-alat yang diperlukan seperti pongkes, baldi, parang, kain buruk, dan sebagainya.        Tepat jam 8.00 pagi,semua guru dan murid sudah berkumpul di tapak perhimpunan. Penolong Kanan telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang guru. Ada yang mencuci longkang, memungut daun-daun kering, membakar sampah-sarap, dan menebas rumput. Selepas itu, mereka mengemas bilik darjah pula.        Aktiviti gotong-royong itu tamat pada jam 11.00 pagi. Guru Besar berasa gembira kerana kawasan sekolah kelihatan bersih dan indah.

Soalan:

1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolah Saiful?

2. Pukul berapakah semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan?

3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid?

5.Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua.             Sempena Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah mengadakan

Page 6: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Indah. Lawatan disertai oleh 35 orang murid beserta tiga orang guru pengiring.        Mereka berpeluang untuk bermesra dengan penghuni rumah tersebut yang berjumlah 102 orang. Beberapa orang murid turut menghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian dan tarian. Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur.        Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan kepada penghuni-penghuni rumah orang tua itu. Sumbangan berupa wang dan pakaian itu didermakan oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai beberapa minggu sebelum lawatan diadakan. Lawatan itu telah meninggalkan banyak pengalaman manis dalam hati setiap murid serta guru.

Soalan:1. Berapakah orang murid yang menyertai

lawatan itu?2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah

Orang Tua Sri Indah?3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh

Cikgu Azizah?

6.Melawat Rakan di Hospital

        Pada petang Khamis yang lalu, Aznil  bersama rakan-rakannya telah pergi ke Hospital Besar Selayang. Mereka ke sana untuk

Page 7: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

melawat Haziq yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari yang lepas. Aznil ketua kelas Tiga Marikh telah memberi buah tangan kepada ayah Haziq.        Menurut ayah Haziq, Haziq telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pada hari kejadian itu, Haziq dalam perjalanan pulang dari sekolah. Sebuah kereta yang dipandu laju telah terbabas dan melanggar Haziq. Haziq telah terbaling di atas jalan raya. Pemandu itu pula terus lari tanpa memberikan pertolongan.        Mereka berasa simpati dengan nasib Haziq. Haziq mendapat kecederaan teruk di kepala dan kakinya pula terpaksa disimen kerana patah. Aznil dan rakan-rakannya berharap Haziq akan cepat sembuh dan kembali semula ke sekolah.

Soalan:

1. Di hospital manakah Haziq dirawat?2. Siapakah Ketua Kelas Haziq?3. Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku?

7.Menolong Jiran

        Pada suatu hari, Hafiz sedang berehat di tepi tingkap biliknya. Tiba-tiba, dia ternampak seorang pencuri sedang cuba memasuki rumah

Page 8: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

jirannya. Kebetulan jirannya, Encik Kuljit dan keluargannya pulang ke kampung. Tanpa berlengah lagi, Hafiz terus menelefon polis untuk melaporkan kejadian tersebut.        Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang anggota polis tiba di tempat kejadian. Mereka telah mengepung rumah itu. Polis telah berjaya memberkas pencuri yang cuba menceroboh masuk ke rumah Encik Kuljit. Pencuri itu telah digari dan dibawa ke balai polis.        Keesokkan harinya, Encik Kuljit kembali ke rumahnya setelah dimaklumkan oleh pihak polis tentang kejadian itu. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Hafiz atas pertolongan dan tindakan pantasnya.

Soalan:

1. Apakah yang ternampak oleh Hafiz?2. Apakah yang dilakukan oleh Hafiz?3. Siapakah yang mengucapkan terima kasih

kepada Hafiz?

8.Kebersihan Tempat Tinggal

Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal berjiran. Mereka tinggal di Kampung Sungai Rokam. Pada suatu malam, Encik Sunil dan keluargannya tidak dapat tidur lena kerana

Page 9: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

banyak nyamuk dan terhidu bau longkang yang sangat busuk.

Pada keesokkan harinya, Encik Sunil berbincang dengan Encik Nordin dan Encik Leong. Mereka telah sepakat untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Tanpa membuang masa, mereka terus menjalankan tugas masing-masing. Encik Leong membersihkan longkang. Encik Sunil sedang sibuk memotong rumput di tepi pagar manakala Encik Nordin pula mengumpul sampah-sarap untuk dibakar.

Mereka berasa gembira kerana kawasan tempat tinggal mereka kini sudah bersih dan selesa.

Soalan:

1. Di manakah Encik Nordin, Encik Leong, danEncik Sunil tinggal?

2. Mengapakah Encik Sunil dan keluarganya tidak dapat tidur lena?

3. Mengapakah mereka merasa gembira?

9.Keracunan Makanan

Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari sekolahnya. Dia berasa sangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah gerai di tepi jalan.

Syamil terus membeli air sirap dan kuih karipap. Dia makan dengan cepat. Dia tidak mempedulikan keadaan gerai yang sangat kotor.

Page 10: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak lalat hinggap di atas kuih-muih yang dijual itu.

Setibanya di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan memulas-mulas. Dia memberitahu ibunya. Ibunya berasa bimbang lalu membawa Syamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil.

Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan. Doktor memberi ubat kepada Syamil. Dia juga menasihati Syamil supaya berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman yang dijual di tepi jalan.

Soalan:1. Apakah yang dimakan oleh Syamil?2. Bagaimanakah keadaan makanan di gerai?3. Apakah nasihat yang diberi oleh doktor

kepada Syamil?

10.Hari Ibu

Pada 8 Mei yang lalu, keluarga Selvi telah menyambut Hari Ibu. Hari Ibu disambut untuk menunjukkan rasa terima kasih atas pengorbanan dan jasa ibu.

Pada hari itu, ayah Selvi telah membeli sebiji kek coklat untuk ibunya manakala Selvi dan kakak membeli hadiah istimewa untuk ibu mereka. Apabila hadiah itu dibuka, ibu Selvi

Page 11: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

berasa terkejut melihat sebuah beg tangan berjenama ‘Bonia’. Ibunya berasa sungguh gembira.

Ibu Selvi mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua anaknya. Selvi dan kakaknya berjanji akan mendengar kata dan nasihat daripada ibu mereka. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.

Soalan:

1. Bilakah Hari Ibu disambut?2. Apakah tujuan menyambut Hari Ibu?3. Apakah yang dihadiahkan oleh Selvi dan

kakaknya kepada ibunya?

11.Hari Guru

Pada 16 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Guru. Sambutan Hari Guru bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para guru yang mendidik dan membimbing murid-murid menjadi manusia yang berguna.

Sekolah saya juga tidak ketinggalan menyambut Hari Guru. Pada hari itu, semua murid berkumpul di dewan bersama dengan

Page 12: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

guru-guru. Selepas lagu ‘Negaraku’ dan lagu sekolah dinyanyikan, guru besar telah membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Selepas itu, guru-guru menyanyikan lagu ‘Kami Guru Malaysia’.

Seterusnya disusuli dengan pertunjukan pentas oleh murid-murid seperti nyanyian, tarian, lakonan, dan mendeklamasikan sajak. Para guru dam murid terhibur dengan persembahan –persembahan tersebut.

Soalan:

1. Bilakah Hari Guru disambut?2. Apakah tujuan menyambut Hari Guru?3. Apakah tajuk lagu yang dinyanyi oleh semua

guru?

12.Majlis Hari Jadi

Hari ini ialah hari jadi Rafiqah yang kesembilan. Ibunya telah mengadakan satu majlis untuk meraikan hari jadinya. Ibu Rafiqah bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah. Ramai kawannya dijemput ke majlis itu.

Pada petang itu, Rafiqah memakai baju kurung yang berwarna biru. Rafiqah kelihatan cantik sekali. Di atas meja pula tersedia makanan yang lazat-lazat seperti kek, mi goreng, rendang

Page 13: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

ayam, biskut, dan gula-gula. Semua kawan Rafiqah datang dengan membawa hadiah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’ oleh kawan-kawannya. Mereka bertepuk tangan sebaik sahaja Rafiqah meniup sembilan batang lilin di atas kek itu.

Selepas itu, semua tetamu dijemput menjamu selera. Rafiqah sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah daripada keluarga dan kawan-kawannya.

Soalan:1. Berapakah umur Rafiqah?2. Apakah yang dipakai oleh Rafiqah pada

petang itu?3. Apakah makanan yang disediakan dalam

majlis hari jadi Rafiqah?

13.Hari Kebangsaan

Hari ini saya bangun awal pagi. Bapa membawa saya ke Dataran Merdeka untuk melihat sambutan Hari Kebangsaan. Pada 31 Ogos setiap tahun, negara kita menyambut Hari Kebangsaan. Pada hari tersebut juga, semua rumah dan bangunan akan memasang bendera.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena Hari Kebangsaan seperti pertunjukan konsert, pancaragam, tarian, dan pertunjukan bunga api. Selain acara kebudayaan, perarakan perbarisan juga turut diadakan.

Page 14: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Ramai orang mengibarkan Jalur Gemilang. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.

Soalan:

1. Bilakah Hari Kebangsaan disambut?2. Apakah acara yang diadakan sempena Hari

Kebangsaan?3. Apakah yang dikibarkan oleh ramai orang?

14.Pengalaman di Pasar Malam.

Pada suatu petang, ibu Rafi mengajaknya pergi ke pasar malam. Pasar malam itu terletak berdekatan dengan rumah Rafi.

Setibanya di pasar malam, Rafi melihat ramai orang sibuk membeli barang. Keadaan di pasar malam itu sungguh sesak dan riuh-rendah. Terdapat banyak barang yang dijual di sana, antaranya ialah sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan banyak lagi.

Menjelang malam, makin ramai orang yang datang. Para peniaga sibuk melayan para pelanggan yang datang ke gerai mereka. Ibu Rafi membeli banyak barang keperluan dapur seperti

Page 15: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

cili, bawang, dan rempah. Rafi juga membeli air soya kegemarannya. Selepas membeli barang-barang mereka pun pulang.

Soalan:

1. Di manakah terletaknya pasar malam?2. Apakah jenis barangan yang dijual di pasar

malam itu?3. Apakah yang dibeli oleh Rafi?

15.Berkelah di Teluk  Batik.

Pada hujung minggu yang lalu, Shamilah dan keluarganya telah pergi berkelah. Mereka berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Mereka menaiki kereta ke sana.

Sebaik sahaja sampai di sana , Shamilah dapati ramai orang yang sedang mandi-manda di laut. Shamilah menurunkan barang-barang dan membentang tikar. Adiknya pula mengangkat bekalan nasi dan kuih-muih yang dimasak oleh ibunya.

Shamilah berasa tidak sabar untuk berenang di laut. Shamilah mengajak ayahnya ke laut untuk mandi. Adiknya pula leka membina istana pasir. Setelah penat, mereka berehat dan makan nasi serta kuih yang dibawa dari rumah.

Page 16: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Selepas makan, Shamilah mengajak adiknya mandi ke laut. Ibu Shamilah menasihati mereka supaya tidak mandi di tempat yang dalam. Setelah puas mandi, mereka pun pulang dengan hati yang gembira.

Soalan:

1. Di manakah Shamilah dan keluarganya berkelah?

2. Apakah yang dilakukan oleh Shamilah sebaik sahaja sampai di pantai?

3. Apakah nasihat diberi oleh ibu Shamilah?

Karangan Jenis Biografi (THP1)

Isi kandungan:

1)           Diri saya2)          Ayah saya3)          Kawan baik saya4)          Guru kelas saya5)          Datuk saya6)          Nenek saya7)          Ibu saya8)          Kakak saya9)          Pak Cik Man Seorang Tukang Kebun10)       Hijjas Kasturi

Karangan Jenis Biografi1)       Diri saya

Nama saya Tan Sang Kui. Saya dilahirkan pada 31 Januari 1996. Kini, saya berusia 12 tahun. Saya merupakan anak bongsu dalam sebuah keluarga yang sederhana. Saya mempunyai seorang abang dan dua orang kakak.

        Bapa saya seorang mekanik. Ibu saya pula seorang tukang jahit. Saya amat menyayangi mereka. Saya berasa amat

Page 17: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga sederhana, tetapi bahagia.

        Sekarang saya belajar dalam tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa. Saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Setiap hari saya membawa bekal yang disediakan oleh ibu ke sekolah.

Pada masa lapang, saya suka  memancing. Selain itu, saya juga suka mendengar radio dan membaca buku. Saya tidak suka membazir masa dan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Saya bercita-cita menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu, saya harus rajin belajar selalu supaya tidak menyesal kemudian hari.

Soalan:

1)           Bilakah Tang Sang Kui dilahirkan?

2)          Apakah pekerjaan bapa Tang Sang Kui?

3)          Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Tang Sang Kui pada masa lapang?

2) Ayah sayaNama saya Thiban. Saya mempunyai seorang ayah. Nama

ayah saya ialah Suman a/l Arvin. Umur ayah saya 39 tahun. Ayah saya mempunyai lima orang adik beradik. Ayah saya anak yang ketiga. Ayah saya seorang guru. Ayah saya seorang yang penyayang. Ayah selalu bergurau dengan saya dan adik-adik saya. Hobi ayah saya pula ialah menulis buku. Ayah saya banyak menulis buku cerita. Saya sayang akan ayah saya.

Soalan:

1) Siapakah nama ayah Thiban?

2) Berapakah umur ayah Thiban?

3) Apakah hobi ayah Thiban?

3) Kawan baik saya

Page 18: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Nama saya Ros. Saya mempunyai seorang kawan baik. Marina ialah kawan baik saya. Rambutnya panjang dan kulitnya cerah. Kami belajar di kelas yang sama. Marina tinggal di Taman Sejahtera. Dia ada empat orang adik-beradik. Dia anak yang kedua. Bapa Marina bekerja sebagai ahli bomba. Ibu Marina pula seorang suri rumah. Saya suka berkawan dengan Marina. Dia rajin dan baik hati. Dia peramah dan tidak sombong. Kami selalu belajar bersama-sama.

Soalan:

1) Siapakah nama kawan baik Ros?

2) Di manakah Marina tinggal?

3) Apakah pekerjaan ibu dan ayah Marina?

4) Guru kelas sayaNama saya Raju . Nama guru kelas saya ialah Cikgu

Melvin Ho. Beliau berbangsa cina dan berumur 40 tahun. Beliau seorang yang tinggi. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Beliau seorang guru yang garang dan tegas tetapi baik hati. Beliau sangat mengambil berat akan pelajaran murid-muridnya. Saya sangat menghormati Cikgu Melvin Ho. Saya selalu memberikan perhatian semasa beliau mengajar di dalam kelas.

Soalan:

1) Siapakah nama guru kelas Raju?

2) Apakah bangsa guru kelas Raju?

3) Bagaimanakah sikap guru kelas Raju?

5) Datuk sayaNama saya Nani. Saya mempunyai seorang datuk. Nama

datuk saya ialah Ishak bin Zakaria. Umur datuk saya ialah 60 tahun. Datuk saya seorang pesara guru. Dia tinggal dengan nenek saya di kampung Buluh Kasap. Rambut datuk saya sudah beruban, tetapi dia masih sihat dan kuat. Datuk saya

Page 19: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

seorang yang penyayang. Dia selalu menasihati saya supaya rajin belajar. Saya sayang akan datuk saya.

Soalan:

1) Berapakah umur datuk Nani?

2) Apakah pekerjaan datuk Nani?

3) Di manakah datuk Nani tinggal?

6) Nenek sayaNama saya Roslan. Saya mempunyai seorang nenek.

Nama nenek saya ialah Fatimah binti Ibrahim. Umur nenek saya 55 tahun. Nenek saya seorang suri rumah. Dia tinggal dengan datuk saya. Nenek saya pandai menjahit. Dia menjahit baju kurung dan alas meja. Jahitannya kemas dan cantik. Nenek saya juga seorang yang penyayang. Nenek selalu menasihati saya supaya berbuat baik. Saya sayang akan nenek saya.

Soalan:

1) Siapakah nama nenek Roslan?

2) Berapakah umur nenek Roslan?

3) Apakah kemahiran nenek Roslan?

7) Ibu Saya.Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu.

Begitu juga dengan saya. Nama saya Aidah. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim. Usianya sekarang ialah 32 tahun. Beliau dilahirkan di kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.

Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun. Keputusan peperiksaannya cemerlang telah melayakkannya menempatkan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990, bermulalah

Page 20: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Kuala Terengganu.

Pada tahun 1996 hingga sekarang, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang. Ibulah insan yang melahir dan membesarkan saya dan adik-adik sejak kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak. Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan. Ibu saya seorang yang lemah- lembut dan penyabar. Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.

Saya merasakan amat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan amat memahami. Akan kukenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah ratu hatiku.

Soalan:

1)   Siapakah nama ibu Aidah?

2)  Di manakah ibu Aidah dilahirkan?

3)  Mengapakah Aidah merasa bertuah memiliki ibu seperti ibunya?

4)   8)  Kakak saya.

Nama saya Yati. Saya mempunyai seorang kakak yang bernama Mazni binti Hashim. Dia berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 31 Oktober 1980 di Hospital Besar Kota Kinabalu.

Kakak saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Labawang. Kemudian dia menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sri Medan selama 5 tahun. Kakak saya seorang yang pintar. Dia telah muncul sebagai pelajar terbaik di sekolahnya dan telah berjaya ke menara gading pada tahun 1998. Kini dia masih menyambung pendidikannya di Universiti Malaya dalam jurusan bahasa peringkat Sarjana Muda.

Kakak saya bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti. Sifat yang paling saya suka pada

Page 21: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

dirinya ialah dia seorang yang baik hati, tegas dan penyayang. Apabila dia lama tidak pulang ke kampung, kami akan merinduinya. Telefonlah yang menjadi penghubung melepaskan kerinduan. Kakak saya selalu memberi nasihat kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengikut jejak langkahnya.

Semua keluarga menyenangi dan menyayangi kakak kerana sikapnya yang baik hati, tidak sombong, dan ringan tulang. Saya senang mendampinginya.

Soalan:

1)   Siapakah nama kakak Yati?

2)  Apakah cita-cita kakak Yati?

3)  Apakah nasihat kakak Yati kepadanya?

9) Pak Cik Man Seorang Tukang Kebun.

Pak Cik Man seorang tukang kebun. Dia berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min sejak berusia 24 tahun. Kini usianya telah mencecah 50 tahun.

Pagi-pagi lagi Pak Cik Man sudah sampai di sekolah. Di sekolah dia akan memulakan tugasnya dengan membuka kunci-kunci pagar, pejabat, bilik guru, dan kelas. Selepas itu, dia akan menyiram pokok-pokok bunga.

Walaupun Pak Cik Man telah lanjut usia, tetapi beliau masih lagi kuat bekerja. Mengikut kata seorang kerani di sini, beliau jarang sekali mengambil cuti sepanjang perkhidmatannya.

Walaupun tugasnya telah selesai, saya jarang sekali melihat Pak Cik Man berehat. Kadang-kadang dia bertukang membetulkan kerusi dan meja yang rosak. Ada masanya dia mengecat dinding-dinding sekolah yang kotor. Selain itu, Pak Cik Man juga suka berbual-bual dengan kami. Malah, dia selalu menasihatkan kami agar belajar rajin-rajin.

Kami bangga mempunyai seorang tukang kebun yang rajin. Murid-murid juga senang dengan sikap Pak Cik Man. Kami

Page 22: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

berharap Pak Cik Man akan terus berkhidmat di sekolah ini sehingga bersara.

Soalan:

1) Di manakah Pak Cik Man berkhidmat sebagai tukang kebun?

2) Apakah tugas-tugas yang dilakukan setiap pagi oleh Pak Cik Man?

3) Apakah yang selalu dilakukan olehnya pada waktu rehat?

10) Hijjas Kasturi

Hijjas Kasturi merupakan arkitek yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 26 September 1936 di Singapura. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles dan melanjutkan pengajian di Universiti Adelaide dan Universiti Melbourne, Australia.

Hijjas memulakan kerjayanya sebagai arkitek pada tahun 1956. Pada tahun 1977, beliau telah menubuhkan Hijjas Kasturi Associates.

Beliau bergiat cergas dalam bidang seni bina di Malaysia dan menjadi ahli korporat yang berjaya. Reka bentuk bangunan yang diilhamkannya unik dan menarik. Antaranya bangunan Tabung Haji, Menara Alor Setar, Menara Telekom dan Pusat Konvensyen Putrajaya.

Soalan:

1)   Siapakah Hijjas Kasturi?

2)  Bilakah Hijjas Kasturi dilahirkan?

3)  Bangunan apakah yang diilhamkan oleh Hijjas Kasturi?

Bapa saya

1.   Ini bapa saya.2.   Nama bapa saya En.Ravi.3.   Beliau bekerja di Bank Negara.

Page 23: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

4.   Beliau seorang yang rajin dan baik hati.5.   Beliau suka melayari internet pada waktu lapang.

Ibu saya

1.   Ini ibu saya.2.   Nama ibu saya Puan.Rani.3.   Ibu saya bekerja sebagai doktor di Hospital Besar

Seremban.4.   Beliau seorang yang rajin dan penyayang.5.   Beliau suka menolong orang ramai.

Lembu

1.   Ini lembu.2.   Lembu suka makan rumput.3.   Lembu tinggal di kandang.4.   Lembu ada empat kaki.5.   Lembu memberi susu dan daging untuk kita.

 Arnab

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1. Kesalahan dari Segi KataKata Ganti Diri1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.2.      Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh: Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )

Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )

3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

Page 24: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )

Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )

Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )

Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )

4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”.Orang yang diajak bercakap disertakan. “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )

“Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )

“Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )

“Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )

5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )

Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )

Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )

Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )

6.      Kata mereka tidak boleh diulang. Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )

Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )

7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan. Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )

Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )

Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )

Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

Kata Bilangan1.      Terdapat 6 jenis kata bilangan: Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.

Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.

Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.

Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.

Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.

Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.salaha. setengah orangb. tiap muridc. berbagai warnad. kedua mempelai

betul         a. setengah-setengah orang      b. tiap-tiap murid      c. berbagai-bagai warna      d. kedua-dua mempelai3.      Kata para tidak boleh diulang. Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )

Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )

Page 25: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan. dua setengah meter ( salah )

dua suku jam ( salah )

tiga setengah ringgit ( salah )

dua meter setengah ( betul )

dua jam suku ( betul )

tiga ringgit setengah ( betul )

Penjodoh Bilangan1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

3.      Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.SALAH BETUL

beberapa buah usulkedua-dua bentuk sifatsetiap buah sumbangansemua buah pendapatsegala butir cadangantiap-tiap bentuk kenanganpelbagai bentuk teguran

beberapa usulkedua-dua sifatsetiap sumbangansemua pendapatsegala cadangantiap-tiap kenanganpelbagai teguran

Kata Sendi1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di danpada;    ke dan kepada .2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untukorang,    perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkankeanggotaan.

SALAH BETULDevi datang daripada Batu Kurau.Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.Ely terima surat dari ElyasSaya mendapat pengetahuan yang banyakdari buku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat darisutera.Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup

Devi datang  dari Batu Kurau.Saya menunggu Yatie dari pukul dua.Ely menerima surat daripada Elyas.Saya mendapat pengetahuan yang banyakdaripada buku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuatdaripada sutera.Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

3.  Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.Contoh:     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )     ~  Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )

SALAH BETULsetiap orang muridsemua orang pekerjaseluruh  buah kampungsegala ekor binatang  sekalian orang peserta  para orang guru

setiap muridsemua pekerjaseluruh kampungsegala binatangsekalian pesertapara guru

Page 26: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )     ~  Ayu berkebun di belakang rumah ( betul  )     c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )    ~  Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )    d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )    ~  Buku itu ada pada Suzie. ( betul )4.      Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.      Contoh:      a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )      -  Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )      b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )      -  Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )      c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )      -  Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )Kata Kerja   1. Ada dua jenis kata kerja:    a. kata kerja transitif    b. kata kerja intransitif atau tak taransitif2. Kata kerja transitif terbahagi kepada: kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )

kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)

kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)

kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)

kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).

Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)

3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-    a. buang sampah ( salah )         membuang sampah ( betul )    b. goring ikan ( salah )        menggoreng ikan ( betul )4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.    Contoh:

SALAH BETUL

Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.

Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.Hanim mengambilkan Ishak segelas air.Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.Yatie menasihati saya agar rajin belajar.

5.      Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada: Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.

Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)

Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )

Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)

Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)

Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)

Page 27: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

6.      Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:     -   tanya kepada Hamidah ( salah )         bertanya kepada Hamidah ( betul )     -  jangan lompat ( salah )         jangan melompat ( betul )     -   senyum kepada Kartina ( salah )         tersenyum kepada Kartina ( betul )Kata Hubung1.      Ada 3 jenis kata hubung iaitu: Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dantetapi.

Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.

Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.

2.      Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.Budak itu cantik kecuali sombong.Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.3.      Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.Contoh:        Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )        Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )        Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )        Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )        Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat1.  adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atautidak.       Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, bendadan perbuatan.

SALAH BETULApakah benar kata-katamu itu?Apakah dia menangis?Apakah aku bersalah?

Adakah benar kata-katamu itu?Adakah dia menangis?Adakah aku bersalah?

2.  boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.     Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

3.  

bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.

SALAH BETULCincin ini bukan cantik.Kami bukan membaca buku.Basikal ini bukan mahal.Saya bukan duduk di situ.

Cincin ini tidak cantik.Kami tidak membaca buku.Basikal ini tidak mahal.Saya tidak duduk di situ.

4.  pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.

SALAH BETULSyimir sudah boleh menunggang kuda.Mazni tidak boleh pergi kerana demam.Kami tidak boleh datang kerana hujan.

Syimir sudah dapat menunggang kuda.Mazni tidak dapat pergi kerana demam.Kami tidak dapat datang kerana hujan.

Page 28: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

SALAH BETULKawasan pendalaman  itu akan dimajukan.Beberapa kawasan pendalamanSarawak sukar dihubungi.Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.

Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.

Kesalahan Dari Segi FrasaFrasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:        pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.        Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.        Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.        Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.2.  Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:        dua biji telur        semua murid        para pendidik        pelbagai acara        segala haiwan        sekalian penduduk        seluruh kawasan3.  Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:        Lukisan itu cantik-cantik belaka.        Pakaian di situ mahal-mahal harganya.        Ayam di situ gemuk-gemuk.        Pemuda di sini gagah-gagah belaka.        Gadis di sini cantik-cantik.        Kuih itu sedap-sedap rasanya.        Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.        Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.4.  Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:        D beerti unsur yang diterangkan        M beerti unsur yang menerangkan      Contoh:

SALAH BETULlain-lain halNani Kedai Rotigoreng cempedakMaggi mitomato sosmini basmini taman

hal-hal lainKedai Roti Nanicempedak goringmi Maggisos tomatobas minitaman mini

5. Frasa Adjektif        Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.        Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat sepertiamat, sangat, dan paling.        Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.Contoh:

Page 29: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

SALAH BETULBangunan itu tertinggi.Nani terpandai.Orang itu terkuat.

Bangunan itu paling tinggi.Nani paling pandai.Orang itu paling kuat

        Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.Contoh:  Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )               Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )               Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )               Noralah pemain yang terhandal. ( betul )               Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )               Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )        Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:

SALAH BETULBuah langsat ini sangat manis sekali.Budak itulah yang paling nakal sekali.Sungguh indah nian pemandangan di situ.

Buah langsat ini manis sekali.Budak itulah yang paling nakal.Sungguh indah pemandangan di situ.

        Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:

SALAH BETULBudak itu tidak suka durian.Nora sangat takut anjing.Nani sangat gemar filem Hindustan.Mereka tidak perlu pertolongan kami.Saya benci sikapnya itu.

Budak itu tidak suka akan durian.Nora sangat takut akan anjing.Nani sangat gemar akan filem Hindustan.Mereka tidak perlu akan pertolongankami.Saya benci akan sikapnya itu.

6. Frasa Kerja Intransitif        Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikattanpa objek.        Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif  sebagai kata utamanya.        Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa namauntuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

SALAH BETULberlandaskan pada undang-undangberbantalkan dengan lenganberpandukan pada kamusberatapkan dengan langitbertilamkan dengan rumput

berlandaskan undang-undangberbantalkan lenganberpandukan kamusberatapkan langitbertilamkan rumput

Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:

SALAH BETULKamu mesti ingat janji-janjimuKakak tidak mahu tidur sini.Beliau akan datang kampung ini.Nani ingin berjumpa cikgu.Saya ingin bertemu gadis itu.Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.

Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.Kakak tidak mahu tidur di sini.Beliau akan datang ke kampung ini.Nani ingin berjumpa dengan cikgu.Saya ingin bertemu dengan gadis itu.Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.

Frasa Kerja Transitif

Page 30: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.

Di antara kata kerja transitif  dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.

SALAH BETULBeliau turut menyentuh tentang perkata itu.Nora tidak mengetahui akan hal itu.Kami membincangkan tentang masalah itu.Mereka melebarkan lagi jalan itu.Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.

Beliau turut menyentuh perkara itu.Nora tidak mengetahui hal itu.Kami membincangkan masalah itu.Mereka melebarkan jalan itu lagi.Nani menceritakan pengalamannyasemasa menuntut di luar negara.Cerpen ini mengisahkan perjuanganmenentang penjajah.

Frasa Kerja Pasif1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalamayat pasif.2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :        frasa kerja pasif diri pertama        frasa kerja pasif diri kedua        frasa kerja pasif diri ketiga3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.5.      Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata olehpada frasa sendi itu boleh digugurkan.6.      Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH BETULdiambil olehkudibuang oleh kamidisimpan oleh kitadihantar oleh sayadilaksanakan oleh patikdiburu oleh hamba

kuambilkami buangkita simpansaya hantarpatik laksanakanhamba buru

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan  dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH BETULditanya oleh andadiberikan oleh engkaudibeli oleh kamudikirim oleh awakdiperintahkan oleh tuankudibersihkan oleh kalian

anda Tanyaengkau berikankamu beliawak kirimtuanku perintahkankalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.    

SALAH BETULbeliau tulisdia kumpulkan

ditulis oleh beliaudikumpulkan olehnya

Page 31: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

mereka kutipbaginda rasmikania bersihkan

dikutip oleh merekadirasmikan oleh bagindadibersihkan olehnya

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.

SALAH BETULkami akan atasikita perlu tolongsaya sudah kirimhamba akan khabarkanpatik belum laksanakananda mesti edarkanengkau telah bacakamu akan baikiawak mesti  siapkankalian harus bereskan

akan kami atasiperlu kita tolongsudah saya kirimakan hamba khabarkanbelum patik laksanakanmesti anda edarkantelah engkau bacaakan kamu baikimesti awak siapkanharus kalian bereskan

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT1. Ayat Gabungan        Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:Nani dan Nora ke perpustakaan.Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.        Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.Contoh:

SALAH BETULMereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi?Saya tidak pasti sama ada Nani tinggaldi Relang atau Jelai.Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.

Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?Saya tidak pasti sama ada Nani tinggaldi Relang atau di Jelai.Baik yang kaya atau yang miskin datangke rumahnya.Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.

2. Ayat Pancangan        Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:a. Kereta Pak Leh itu terbabas.b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:i.  Kereta itu terbabas.ii. Kereta itu kereta Pak Leh.Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:i. Keluarga Mak Piah miskinii. Keluarga Mak Piah bahagia.        Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsurpenerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:

SALAH BETULRumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.

Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

Page 32: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

        Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak adakata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:

SALAH BETULKami berdoa kamu berjaya.Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.

Kami berdoa agar kamu berjaya.Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.

3. Ayat tergantung        Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.        Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat dibelakang. Contoh:Budak itu / menangis.Farhana / jatuh ke dalam longkang.        Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat didepan. Contoh:Siapakah / gadis itu.Itulah / teman saya.        Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung “        Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, katahubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.

SALAH BETULDi seluruh negara mengalami banjir.Kerana hal itu akan dibincangkan.Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.Banyak pelajar lulus dengan baik.Ada pihak membangkang cadangan itu.Dia yang datang kelmarinMengetahui hal itu saya membatalkan rancanganKesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.Apakah perlu kita lakukan sekarang?Siapa kata saya berbohong?Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih.Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu  tumpas.Yang manakah betul?

Seluruh negara mengalami banjir.Hal itu akan dibincangkan.Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.Banyak pelajar yang lulus dengan baik.Ada pihak yang membangkang cadangan itu.Dia datang kelmarin.Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong?Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih.Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.Yang manakah yang betul?

4.      Ayat yang Tidak Betul Susunannya        Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.        Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.Contoh:Ini hari Azizah tidak datang.Buku ini saya tidak mahu membaca.Yang melukis gambar ini Zainallah.Yang memukul awak siapakah?Itu pen dakwat sudah habis.

Page 33: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Nora dan Nani baik berkawan.Majalah itu saya tidak menyimpannya.

Kad Bacaan (Tahap 2)

Orang yang paling saya hormati

            Orang yang paling saya hormati ialah ibuku. Ibu saya berasal dari sebuah keluarga yang miskin papa. Beliau mula menyara hidup keluarganya setelah bapa meninggal dunia. Pada masa itu, beliau baru berumur lima belas tahun.            Ibu belajar cara-cara membuat jahitan dan akhirnya beliau menjadi seorang tukang jahit. Setiap pagi beliau menunggang basikal dari rumah ke rumah bagi mengumpul kain untuk dibuat baju. Selepas siap mengumpul, ibu akan menjahit baju-baju ini di rumah.            Ibu selalu bekerja hingga larut malam. Biasanya, ibu menghantar baju yang siap dijahit kepada pemiliknya pada hari keesokkan. Ibu menggunakan wang yang diperolehi dari kerja-kerja jahitan itu untuk membeli bekalan makanan kepada ahli-ahli keluarganya.

Hari yang malang

            Saya dan bapa brsiar-siar di kawasan perumahan kami. Cuaca pada hari itu sangat cerah. Burung-burung mencicit dengan riangnya.            Encik Ahmad yang sudah berusia berjalan-jalan bersendirian di situ. Ali yang nakal pula menunggang basikalnya dengan laju. Tiba-tiba, dia hilang kawalan dan terlanggar Encik Ahmad. Mereka berdua jatuh atas jalan raya. Saya dan bapa segera membantu mereka. Ayah saya yang juga seorang doktor, menjahit luka mereka. Ali dimarahi kerana kelalainnya. Dia berasa serba salah dan meminta maaf kepada Encik Ahmad.

Kehidupan harian seorang pengusaha kantin

            Encik Chan ialah seorang pengusaha kantin. Dia menjual makanan dan minuman di kantin sekolah. Encik Chan dan isterinya pergi ke kantin pada pukul lima pagi. Selepas itu, mereka segra menyediakan sarapan untuk dijual.            Biasanya mereka akan menjual kek, roti, mi goreng dan nasi lemak sebagai sarapan pagi. Mereka selalu menyediakan pelbagai jenis makanan pada waktu rehat sekolah. Contohnya nasi ayam, mi kari, nasi goreng dan mi sup. Selain itu, pisang dan keropok udang juga disediakan oleh Encik Chan. Ramai murid suka membeli makanan daripada Encik Chan. Makanannya bukan sahaja enak malah harganya murah.            Kerja-kerja Encik Chan dan isterinya akan selesai pada pukul satu petang.

Perjalanan balik ke kampung.           

John berasa sungguh gembira pada itu. Ini kerana ibu bapa John akan membawanya melawat ke rumah datuk di kampung. Mereka bertolak selepas makan sarapan pagi pada pukul tujuh pagi. Encik Peter iaitu ayah John memandu kereta menuju ke arah destinasi mereka.            Dalam perjalanan ke rumah datuk, John berpeluang melihat pemandangan yang berbeza. Dia ternampak banyak lembu yang sedang meragut rumput di padang, kerbau pula bermandian di lumpur, ladang sawah padi dan kebun buah-buahan yang menghijau. Pokok rambutan dan durian penuh dengan buah. Menurut ayah John, musim buah durian dan rambutan sudah menjelang tiba.            Perjalanan ke kampung memakan masa lebih kerang tiga jam. Datuk, nenek dan saudara sepupu John sudah menunggu mereka di depan rumah.

Anak yang baik.           

Ali belajar pada sebelah sesi pagi. Setiap pagi, dia bertolak ke sekolah pada pukul 7.15 pagi.

Page 34: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

            Selepas waktu sekolah, Ali bekerja sambilan sebagai penghantar di sebuah kedai runcit untuk mendapat wang lebihan bagi membantu keluarganya. Kerja itu senang sahaja. Dia hanya perlu menghantar barang-barang yang ringan seperti makanan dalam tin, makanan ringan dan telur ke kawasan perumahan yang berdekatan.            Dia menunggung basikal yang berbakul untuk menghantar bahan pesanan pelanggan kedai runcit. Majikan Ali membayar gaji kepadanya pada hari minggu. Kemudian, dia memberi wang itu kepada ibunya. Ali tidak membelanjakan wang itu untuk kegunaan sendiri.

Budak yang kepala keras.           

Pada hari Ahad yang lalu, Martin dan keluarganya berkelah di tepi pantai. Martin hendak berenang. Ayahnya menasihati Martin supaya jangan berenang terlalu jauh dari pantin. Martin enggan mendengar nasihat ayahnya. Malah sengaja berenang jauh dari pantai.            Tiba-tiba, kaki kiri Martin kekejangan otot. Dia berasa sangat sakit lalu menjerit meminta pertolongan. Mujurnya ayah Martin yang sedang memerhatikan segala tindak-tinduk Martin terdengar jeritnnya. Ayahnya segera berenang kearah Martin dan menyelamatnya. Ayah memeluk Martin ke tepi pantai. Ibu bapa Martin memarahinya kerana sikap yang enggan mendengar nasihat orang tua.

Majlis hari jadi           

Pada petang semalam, Chooi Ling pergi ke majlis hari jadi Pauline. Ramai kawan yang hadir majlis hari jadi Chooi Ling.            Rumah Pauline dihiasi dengan belon dan kertas yang berwarna-warni. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihidangakan di atas meja seperti ayam goreng, mi goreng, kari ayam, agar-agar dan lain-lain lagi.            Tetamu-tetamu diberi topeng parti untuk dipakai. Permainan seperti kerusi muzik beralih topi dan buta mengiring buta telah dimainkan. Sebelum majlis itu berakhir, kek hari jadi dibawa keluar. Mereka menyanyi lagu hari jadi untuk Pauline.

Menara Kuala Lumpur.

           Menara Kuala Lumpur merupakan mercu tanda Bandar Raya Kuala Lumpur, Bandar Rya Taman

Bercahaya. Menara ini telah dirasmikan pada 23 Julai 1996 oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr.Mahathir Mohamad.            Menara Kuala Lumpur yang tingginya 421 meter merupakan menara telekomunikasi yang keempat tertinggi di dunia. Terdapat 22 tingkat kesemuanya yang mengandungi sebanyak 2058 anak tangga. Terdapat lima bahagian utama iaitu tapak asas, tingkat pelancongan, tiang menara, kepala menara,dan tiang antenna.            Selain daripada dapat melihat keindahan Bandar Raya Kuala Lumpur dari paras 276 meter, para pelawat juga dapat menikmati hidangan di Restoran Berputar Seri Angkasa. Kemudahan-kemudahan lain seperti panggung mini, panggung terbuka,kolam pancutan air, restoran makanan segera, dan kedai-kedai cenderamata menambahkan lagi daya tarikan ke menara ini.

Buat baik dibalas baik.           

Kevin baru pulang dari sekolah. Semasa dalam perjalanan, dia bertemu dengan seekor anjing. Kaki anjing itu luka. Kevin membawa anjing itu pulang ke rumah. Dia merawat luka anjing itu sehingga sembuh. Dia menamakan anjing itu Johnny.            Pada suatu malam, seorang penyamun masuk ke rumah Kevin. Kevin tidak dapat melawan kerana badannya diikat. Tiba-tiba, Johnny menyalak. Johnny menyerang penyamun itu. Penyamun itu cedera. Akhirnya , penyamun itu ditangkap polis. Sesungguhnya, jika kita berbuat baik, kita akan mendapat balasan yang baik juga.

Sekolah saya

Page 35: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

           Sekolah ialah tempat untuk murid-murid menimba ilmu. Sekolah terdapat di Bandar dan di luar Bandar.

Sekolah saya terletak di kawasan luar Bandar.            Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Batu Hampar. Ia terletak di kawasan daerah Rembau. Sekolah saya besar dan cantik. Sekolah saya dibuka pada tahun 1924. Walaupun ia sudah lama dibuka tetapi keadaan bangunannya masih lagi cantik dan teguh.            Untuk memastikan keadaan sekitar kawasan sekolah saya sentiasa ceria, pihak sekolah dengan bantuan ibu bapa bergotong-royong membersihkan sekolah. Sekolah saya pernah memenangi tempat pertama peringkat negeri dari segi keceriaannya. Saya cukup berbangga dengan sekolah saya ini.

Cita-cita saya           

Setiap manusia mesti mempunyai cita-cita. Antaranya ialah ingin menjadi guru, doktor, polis, angkasawan dan sebagainya. Seperti orang lain sata juga mempunyai cita-cita.            Cita-cita saya ialah ingi menjadi seorang guru. Saya ingin menjadi guru kerana guru merupakan satu tugas yang mulia. Melalui kerja ini saya dapat mendidik bangsa Mlaysia menjadi satu bangsa yang dihormati dan disegani oleh bangsa yang lain di dunia.            Walau bagaimanapun untuk mencapai cita-cita saya ini bukanlah mudah. Saya perlu berusaha bersungguh-sungguh hingga mendapat kejayaan yang cemerlang di universiti. Saya juga harus mempunyai sikap rajin dan sabar jika menjadi seorang guru.            Semoga cita-cita saya ini terkabul juga satu hari nanti.

Perpustakaan sekolah saya.            Setiap sekolah mempunyai perpustakaan. Perpustakaan amat penting kepada murid-murid serta guru. Perpustakaan dijadikan tempat rujukkan serta tempat untuk murid-murid meminjam buku.            Di sekolah saya juga mempunyai sebuah perpustakaan. Perpustakaan di sekolah saya besar dan cantik. Buku-buku disusun rapi di atas rak. Kami tidak dibenarkan membuat bising jika berada di dalam perpustakaan. Untuk memastikan perpustakaan di sekolah saya sentiasa ceria, pihak sekolah saya telah melantik beberapa orang pstakawan untuk menjaga keceriaan kawasan perpustakaan.            Setiap akhir tahun pula, pihak sekolah akan memberikan hadiah kepada murid-murid yang banyak meminjam buku di perpustakaan. Kami amat suka hati bila menerima hadiah itu.

Sambutan Hari Guru            Pada 16 haribulan Mei yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk mengenang jasa bakti guru dalam usaha mendidik para murid.            Sambutan Hari Guru sekolah saya dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Ia dimulakan dengan bacaan ikrar oleh semua guru serta nyanyian beramai-ramai ‘Kami guru Malaysia’.            Kemudian Tuan Guru Besar membaca perutusan khas daripada Menteri Pendidikan Malaysia. Selepas itu, kami ke padang untuk melihat acara sukaneka. Sukaneka itu sungguh menarik. Ada pertandingan tiup belon, lari dalam guni, cari duit dalam tepung dan sebagainya lagi. Sukaneka ini disertai oleh guru-guru dan para murid. Pada hari itu juga ramai murid-murid menyampaikan hadiah kepada guru masing-masing.            Sambutan itu tamat pada pukul 2.00 petang. Kami pun pulang dengan penuh kegembiraan.

Jiran saya            Jiran ialah orang yang tinggal berselahan dan berdekatan dengan rumah kita. Jiran berdekatan dengan rumah kita adakalanya orang Melayu, Cina ataupun India. Kita hendaklah berbaik-baik dengan jiran tetangga kita.            Saya juga mempunyai jiran. Bersebelahan dengan rumah saya ada sebuah keluarga keterunan Cina. Namanya Lim Ah Ming. Dia telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Kesemua anak-anaknya sudah besar dan bekerja. Encik Lim berumur lebih kurang 54 tahun. Dia bekerja sebagai seorang peniaga.            Encik Lim sekeluarga sangat ramah dan baik hati. Kadang kala mereka akan datang ke rumah saya untuk berbual mesra. Adakalanya juga keluarganya memberi sedikit buah-buahan kepada saya. Hubungan kami amat mesra dan saya sangat menyayangi mereka.

Makanan kegemaran saya           

Page 36: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Untuk mendapatkan tenaga kita perlu makanan. Ada orang suka makan makanan seperti mi goreng, nasi lemak, kentang goreng, mi rebus dan roti canai. Setengahnya pula suka makan makanan seperti burger, kacang dan sayuran.            Saya juga mempunyai makanan kegemaran tersendiri. Makanan kegemaran saya ialah mi goreng. Saya suka makan mi goreng kerana ia cukup mengenyangkan serta ianya tidak susah untuk dimasak. Selalunya saya membeli mi goreng di gerai-gerai yang terdapat berhampiran dengan kawasan rumah saya.            Kadang kala jika ibu ada masa lapang, dia akan memasak mi goreng untuk saya. Mi goreng yang dimasak oleh ibu saya cukup sedap dan lazat.

Pergi ke dusun datuk           

Pada hari Isnin yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke dusun datuk saya. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta.            Sesampainya di sana, kami disambut oleh datuk. Dusun datuk saya amat luas. Di dusun datuk saya ada pokok rambutan, manggis, durian dan pisang. Pada tahun ini buah-buahan di dusun datuk saya berbuah lebat. Saya dan keluarga saya menolong datuk mengumpul buah durian yang gugur. Kami dijamu dengan b oleh datuk dengan berjenis-jenis buah-buahan. Saya dan keluarga makan dengan sepuas-puasnya.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memanjat sebatang pokok rambutan. Tetapi malang nasib saya pokok rambutan itu ada kerengga. Habis badan saya digigitnya. Datuk dan keluarga saya lain ketawa melihat gelagat saya yang cuba membuang kerengga. Pukul 6.00 petang kami pun pulang ke rumah.

Berkelah di tepi pantai

Pada hari Ahad yang lalu, saya sekeluarga telah pergi berkelah di tepi Pantai Lido. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta ayah saya. Setelah sejam dalam perjalanan akhirnya kami tiba di Pantai Lido.

Setibanya saya di sana, saya lihat ramai orang telah datang. Ada yang mandi-manda, ada yang membuat istana pasir dan ada yang berlari-lari. Setelah dapat mencari tempat yang sesuai, saya dan adik saya tanpa berlengah-lengah lagi terus mandi dengan sepuas-puasnya.

Setelah penat mandi, saya dan adik saya naik ke pantai. Kami menjamu selera makanan yang telah dibawa oleh ibu saya. Pada pukul lima kami pun pulang ke rumah.

Kegunaan pokok kelapa           Pokok kelapa digelar pokok seribu guna. Pokok kelapa banyak terdapat di kawasan kampung-kampung

serta di tepi pantai.Pokok kelapa banyak gunanya kepada manusia. Buah kelapa yang mua boleh diminum airnya. Buah

kelapa tua pula isinya boleh dijadikan santan untuk memasak kari. Sabut kelapa boleh dibuat berus, pengesat kaki dan bahan pembakar. Tempurungnya pula boleh dibuat tabung dan barang-barang perhiasan. Buah kelapa juga bolah dibuat minyak.

Daun kelapa yang muda boleh dibuat pembungkus ketupat. Ia banyak digunakan semasa hari raya. Lidi kelapa pula boleh dibuat penyapu lidi dan penyucuk lidi sate. Selain itu, batang kelapa juga ada gunanya. Batang kelapa boleh dibuat titi dan tungku untuk memasak.

Kegunaan pokok pisang           Di negara kita banyak terdapat pokok pisang. Pokok pisang banyak terdapat di kawasan kampung-

kampung. Pokok pisang ada beberapa jenis antaranya ialah pisang Emas, Rastali, Embun, Tanduk, Awak dan lain-lain lagi.

Pokok pisang banyak gunanya kepada manusia. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja. Buah pisang juga boleh digoreng. Ia enak dimakan ketika panas. Buah pisang juga boleh dibuat jemput-jemput dan kuih lepat. Buah pisang muda boleh dibuat kerepek.

Daun pisang digunakan untuk membalut nasi lemak, alas ikan baker dan pembalut kuih lepat. Batang pisang pula boleh dibuat rakit. Ia berguna terutamanya pada musim banjir. Selain itu, pokok pisang juga mempunyai jantung. Jantung pisang boleh dibuatulam atau direbus.

Walaupun pokok pisang banyak gunanya kepada manusia tetapi ia hanya berbuah sekali seumur hidup.

Page 37: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Faedah membaca            Membaca adalah amalan yang mulia. Kita boleh membaca buku, suratkhabar, novel, komik, majalah dan lain-lain lagi.       

Membaca banyak faedahnya kepada kita. Melalui suratkhabar kita dapat mengetahui hal yang berlau di dalam dan di luar negara.  Perkembangan sukan juga dapat kita ketahui jika kita rajin membaca suratkhabar.            Melalui pembacaan novel, majalah dan komik, kita dapat menenangkan fikiran kita terutama kepada yang penat bekerja. Bagi murid-murid pula, meeka boleh menambahkan ilmu pengetahuan serta menambah perbendaharaan kata mereka.            Oleh itu, kita perlu rajin membaca. Jika kita tidak membaca mungkin kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Latihan 1Simpulan Bahasa

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa  durian runtuh            mencari jalan            beri muka

1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................

*JAWAPAN*            Latihan Simpulan Bahasa 1Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.

  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa  durian runtuh            mencari jalan            beri muka

1. Pagi tadi Ah Meng  alas perut . sebelum pergi Taiping.2. .Anak angkat. Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak  berlesen angkat kaki.4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan bahasa dalam.

Page 38: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

5. Orang tua selalu beri   muka .dengan semua orang.6. Inilah manuskrip .bekas tangan.pengarang yang terkenal itu.7. Ayahnya terlalu baik sangka   kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.8. Perompak itu hendak cabut nyawa mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu mencari jalan.

10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat durian runtuh

Latihan  2Kata Tanya

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan pperkataan yang sesuai .

Bagaimana   Bila     Siapa    Mengapa             Berapa             Mana 

  1) Cikgu Bala hendak tahu ____________ kamu berdua bergaduh .  2) __________ kah ayah kamu hendak ke Pulau  Pinang ?3) Kok Leong ingin tahu _________harga sehelai seluar itu .4) Saya terlupa di _________ Saya menyimpan buku itu .5) ________kah Puan Wong membuat kuih ini ?6)________ kah yang mengambil buah-buahan di dalam bakul itu ?¡¡SOALAN  7  hingga  10                        Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai .7) ___________ kah ( Siapa , Apa ) yang pergi ke sana dengan kamu ?8) Saya tidak tinggal di ___________ ( bila , mana ) rumah Hwee Lan .9) ___________ kah ( Siapa , Bila ) kamu berdua hendak pulang ke kampung ?10) Leela tidak tahu _________ ( Apa , Siapa ) yang memanggilnya .

JAWAPAN:   Latihan  2   Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan pperkataan yang sesuai .

Bagaimana   Bila     Siapa    Mengapa             Berapa             Mana

  1) Cikgu Bala hendak tahu  _mengapa_ kamu berdua bergaduh ?  2)           Bila               kah ayah kamu hendak ke Pulau  Pinang ?3) Kok Leong ingin tahu    berapa         harga sehelai seluar itu .4) Saya terlupa di     mana           Saya menyimpan buku itu .5)      Bagaimana       kah Puan Wong membuat kuih ini ?6)    Siapa       kah yang mengambil buah-buahan di dalam bakul itu ?

Page 39: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

¡¡SOALAN  7  hingga  10                        Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai .7)        Siapa           kah ( Siapa , Apa ) yang pergi ke sana dengan kamu ?8) Saya tidak tinggal di        mana         ( bila , mana ) rumah Hwee Lan .9)    Bila         kah ( Siapa , Bila ) kamu berdua hendak pulang ke kampung ?10) Leela tidak tahu      siapa         ( Apa , Siapa ) yang memanggilnya .

LATIHAN 3KATA ADJEKTIF DAN KATA ADVERBA

1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama seperti      benda,orang,tempat,keadaan dan sebagainya.2. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Safit.

Contoh Kata Adjektif

Contah Ayat

nakalgarang besarteballurus

Chee Keong seorang budak yang nakal.Lembu janntan itu sangat garang.Rumah besar itu sangat cantik.Buku itu tebal.Pembaris ini lurus.

3. Kata Adverba ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan ataukata kerja.

Contoh Kata Adverba

Contoh Ayat

tinggikencang perlahangelojohlebat

Burung itu terbang tinggi.Angin bertiup dengan kencang.Pak Ali berjalan dengan perlahan.Budak nakal itu makan nasi dengan gelojoh.Pokok mangga itu berbuah dengan lebat.

LATIHAN 3Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .A.lazatB.merduC.gembiraD.mewah2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .A.jauh

Page 40: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

B.panjangC.lamaD.jarang3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.A.bodohB.malasC.pandaiD.degil4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .A.lewatB.selaluC.malasD.jarang5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .A.beratB.ringanC.kecilD.lembut6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .A.manisB.masamC.pahitD.masin7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .A.lajuB.derasC.cepatD.lambut8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.A.kuatB.fasihC.cergasD.laju9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .A.lajuB.kuatC.kencangD.deras10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .A.sedapB.merduC.nyenyakD.seronok

Page 41: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat lazat.A.lazatB.merduC.gembiraD.mewah2. Rumah Siti terletak jauh dari sini .A.jauhB.panjangC.lamaD.jarang3.Pelajar yang pandai itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.A.bodohB.malasC.pandaiD.degil4.Pekerja yang rajin itu  selalu datang awal ke sekolah .A.lewatB.selaluC.malasD.jarang5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang berat   itu .A.beratB.ringanC.kecilD.lembut6.Laut itu sangat  masin kerana mengandungi banyak garam .A.manisB.masamC.pahitD.masin7.Air sungai itu mengalir dengan deras selepas hujan lebat .A.lajuB.derasC.cepatD.lambut8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan laju.A.kuatB.fasih

Page 42: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

C.cergasD.laju9.Angin bertiup dengan kencang di kawasan itu malam tadi .A.lajuB.kuatC.kencangD.deras10.Bayi itu tidur dengan nyenyaknya di dalam buaian .A.sedapB.merduC.nyenyakD.seronok

Latihan 4KATA ADJEKTIF

Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .

1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .

2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .

3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan .

4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.

5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.

6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut.

7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.

8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.

9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.

10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.

Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .

Page 43: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan .4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyarismenemui maut.7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.

~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~

Page 44: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji2. Kemudian,buang biji kurma tu3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing4. Minum air campuran  kurma  dan susu kambing tersebut sorang segelas.5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.

10 GANGGUAN KETIKA SEMBAHYANG

Page 45: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihramSaat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakanAbu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuanAbu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Page 46: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).5) Tergesa-gesa menyelesaikan solatIbnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).6) Melakukan gerakan yang tidak perluDahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solatSedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).Menguap dan mengantukRasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Page 47: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).9) Bersin berulang kali ketika solatSyaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”10) Terasa ingin buang angin atau buang airRasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.

Page 48: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

Jawapan:Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)1- Introspektif, Sensitif, ReflektifAnda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak TersangkutAnda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, EkstrovertAnda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, HarmoniAnda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin DiriAnda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak AgresifAnda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, RiangAnda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, BeremosiAnda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan KendiriPerasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

Page 49: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

UJIAN PERSONALITI

ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:

Anda berada di dalam hutan 

(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan

(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu

(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci

(4) nyatakan bilangan kunci itu

(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. 

pada fikiran anda..

(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

(7) apakah bentuk meja itu?

(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...

(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?

(Penuh / Setengah / Kosong)

Page 50: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? 

[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)] 

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. 

(10) Berapakah laju air itu?

(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. 

(11) Apa ukuran kotak itu?

(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada? 

(cupboard/ kertas / kayu / logam) 

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.

(13) jambatan diperbuat daripada apa?

(logam / kayu / rotan) 

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.

(14) Apakah warna kuda itu?

(putih / kelabu / coklat / hitam) 

(15) Apa yang kuda lakukan?

(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari) 

(16)

TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh

daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?

(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?

(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Berikut adalah tafsiran: 

(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda. 

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda

menganggap sesuatu masalah itu besar

Page 51: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan

maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci

1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda

2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda

6-10 - anda punya banyak teman baik 

(5) rumah 

berpagar : close-minded

tidak berpagar : open minded

(6) pintu

terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain

tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja

Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya

Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi

sahaja

Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu

Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi

Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah 

tercapai

Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu! 

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh

logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun

0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali

1-4 - ghairah seks rendah

5 - ghairah seks sederhana

6-9 - ghairah seks tinggi

10 - ghairah seks sangat tinggi ... 

Page 52: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

(11) Saiz kotak:

kecil - ego rendah

menengah - ego sederhana

besar - ego tinggi

(12) material peti:

cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati

kepribadian

logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:

jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda

jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda

rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:

putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.

kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.

hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:

diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.

berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.

Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...

Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?

(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?

(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?

Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:

Tornado - masalah dalam hidup anda

peti - anda

Jambatan - kawan-kawan anda

Kuda - pasangan

Page 53: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.

(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.

(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. 

Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Page 54: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan

dukacitanya dan juga anaknya.3. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon

akan keredhaan Allah SWT.4. Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana

korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

1. Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.2. Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.3. Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

Page 55: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

4. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

1. Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

2. Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

3. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

1. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Page 56: Contoh Karangan Jenis Cerita Tahap 1

2. Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

3. Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.4. Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak

Firaun