panduan menulis karangan jenis

19
Panduan menulis karangan jenis perbahasan Karangan berformat Menyatakan hujah-hujah sama ada menyokong atau membangkang sesuatu tajuk. Memerlukan kemahiran berhujah dan pengetahuan yang luas tentang tajuk Terdapat dua situasi yang membezakan karangan jenis perbahasan.

Upload: hasmi-mohamad

Post on 02-Nov-2015

134 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasanKarangan berformatMenyatakan hujah-hujah sama ada menyokong atau membangkang sesuatu tajuk.Memerlukan kemahiran berhujah dan pengetahuan yang luas tentang tajukTerdapat dua situasi yang membezakan karangan jenis perbahasan.

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasanSituasi 1: pertandingan perbahasanCiri-ciri :Kata alu-aluan, misalnya kepada pengerusi majlis, para hakim, barisan pembangkang atau pencadang dan para hadirin.Kata-kata penghadapan, misalnya hadirin sekalian, tuan-tuan dan puan-puan, dsb..Perenggan penutup, yakni ucapan terima kasih dan rumusan terhadap tajuk perbahasan anda.

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasanSituasi 2 : tidak berkaitan dengan pertandinganCiri-ciri :Perenggan pendahuluan dimulakan terus dengan definisi anda terhadap kata, atau rangkaian kata, atau frasa yang terdapat dalam tajuk; kata alu-aluan tidak perlu ditulis.Perenggan penutup berisi rumusan, kesimpulan, atau penegasan anda terhadap tajuk perbahasan tanpa memuatkan apa-apa ucapan.

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasanCara-cara menulis karangan perbahasan.Formatnya adalah seperti berikut:Pendahuluan-mengandungi kata alu-aluan semua yang hadir, termasuk para hakim, dan jika bukan pertandingan terus dimulakan dengan definisi tajuk.CONTOH

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasan(b) Isi-Mengandungi hujah-hujah bernas dan bidasan(utk mematahkan hujah lawan). Jangan lupa diselang-selikan dengan kata-kata penghadapan sebelum memulakan perenggan baru utk menarik perhatian pendengar.CONTOH

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasan(c) Penutup-Memuatkan kesimpulan di samping memberi penegasan tentang pendirian, sama ada mencadang atau membangkang.CONTOH

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasanTerdapat dua pendapat yang bertentangan dalam perbahasan. Anda boleh memilih satu pendirian iaitu sebagai pencadang atau sebagai pembangkang.Pencadang menyokong tajuk yang diberi berikan fakta-fakta yang bernas, berasas, dan mempunyai bukti yang kukuh.

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasanPembangkang membangkang tajuk yang diberi perlu bijak menangkis/membidas setiap hujah pihak pencadang dgn menyertakan bukti yang jelas dan tepat.

  • Panduan menulis karangan jenisperbahasanElakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif atau peribadi orang-orang tertentu. Guna bahasa yang mudah, jelas, tepat, tegas dan dapat menarik perhatian pendengar. Peribahasa/kiasan/pantun atau jenaka boleh diselitkan utk menghidupkan perbahasan anda.

  • Contoh pendahuluan :Contoh 1 :Yang Mulia Tuan Penerusi Majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, barisan pencadang dan para hadirin sekalian. Saya, sebagai pihak pembangkang menentang sepenuhnya kenyataan bahawa..

  • Contoh pendahuluan:Contoh 2 :Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dalam memastikan keadilan, barisan pencadang yang dihormati dan para hadirin yang dihormati.

    Hadirin sekalian,Berdirinya saya pada pagi yang bertuah ini, adalah bertujuan untuk menegaskan dan meneruskan perjuangan rakan-rakan saya, untuk membangkang sama sekali tajuk perbahasan pada pagi ini, Kata-katapenghadapan

  • Contoh pendahuluan :Contoh 3 : kelemahan sesetengah pelajar melayu dalam mata pelajaran bahasa melayu berpunca daripada sikap tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa melayu. Bahaskan tajuk ini.Apabila sesuatu peperiksaan diumumkan, pelbagai analisis dibuat untuk mengkaji prestasi para pelajar. Salah satu hasil analisis tersebut yang pernah kita baca ialah merosotnya pencapaian pelajar melayu dalam mata pelajaran bahasa melayu. Oleh sebab yang terlibat ialah pelajar-pelajar melayu yang bahasa ibundanya bahasa melayu, maka pelbagai rumusan dibuat. Salah satu rumusan itu ialah sikap tidak bersungguh-sungguh para pelajar melayu sendiri untuk mempelajari bahasa melayu. Adakah benar rumusan itu? Jika benar, mengapakah hal ini terjadi?

  • Contoh isi :Contoh 1 :Tajuk : Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Secara Sendirian. Sebagai pencadang, tuliskan teks perbahasan anda.

    Hadirin dan hadirat yang sangat saya muliakan, Hujah saya yang pertama ialah belajar secara berkumpulan akan manghasilkan gabungan idea yang bernas, padat, dan tepat, sama ada dari segi isi, huraian atau contoh. Malahan, masalah yang dihadapi sewaktu belajar bersendirian akan dapat diatasi dengan membincangkan masalah itu bersama-sama.Hujah saya kedua ialah belajar secara berkumpulan..

    Kata-katapenghadapan

  • Contoh isi :Contoh 2 :Tajuk : Kemasukan Pekerja Asing ke Malaysia Lebih Banyak Mendatangkan keburukan daripada Kebaikan. Sebagai ketua pembangkang, tulis perbahasan anda.

    Hadirin sekalian,Hujah saya yang pertama. Sektor perladangan masih memberikan sumbangan kepada pendapatan negara. Bagaimanapun, sektor itu sedang berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga pekerja. Oleh sebab itu, bukankah kemasukan pekerja asing akan dapat membantu melicinkan kerja-kerja di sektor tersebut ?Hujah saya yang kedua..

  • Contoh isi :Contoh 3 : kelemahan sesetengah pelajar melayu dalam mata pelajaran bahasa melayu berpunca daripada sikap tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa melayu. Bahaskan tajuk ini.Sesetengah pelajar melayu tidak mengambil berat terhadap mata pelajaran bahasa melayu. Hal ini demikian kerana mereka menganggap bahawa mereka sudah mahir berbahasa melayu. Ketika mata pelajaran bahasa melayu diajarkan dalam kelas, maka pelajar-pelajar melayu tersebut tidak menumpukan perhatia yang sepenuhnya.

  • Contoh penutup :Contoh 1 :Hadirin semua,Nampaknya masa menghalang saya daripada terus berhujah. Sebelum saya mengundur diri dari medan perbahasan ini, saya tetap dengan pendirian menentang tajuk perbahasan ini. Sekian terima kasih.

  • Contoh penutup :Contoh 2 :Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Nampaknya masa tidak mengizinkan saya untuk terus berhujah. Berdasarkan hujah-hujah saya tadi, nyatalah bahawa sokong tajuk. Sekian, terima kasih.

  • Contoh penutup :Contoh 3 :

    Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan, ternyatalah bahawa sikap tidak bersungguh-sungguh sesetengah pelajar melayu itu sendirilah yang menyebabkan mereka lemah dalam mata pelajaran bahasa melayu. Anggapan bahawa sebagai penutur asli maka pelajar melayu mudah dapat mengusai bahasa melayu haruslah dikikis.

  • Tugasan dalam kumpulan : Bentuk 2 kumpulan.Tajuk perbahasan ialah Tinggal di asrama lebih baik tinggal di rumah. BincangkanPilih samada sebagai pihak pencadang atau pembangkang.