jenis jenis karangan

27
JENIS JENIS KARANGAN Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat. Karangan Berformat Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama. Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut: 1.Karangan Jenis Ucapan Ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu. Mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan penutup. Nyatakan tujuan ucapan. Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan. Pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian para hadirin. Bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majlis yang sebenar. Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama Ada pada permulaan atau penutupnya. Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah ) A] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah ) B] kata penegasan contoh tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah ) 2.Karangan Jenis Syarahan. Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan. Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihak -pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

Upload: hanzen99

Post on 07-Aug-2015

358 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS JENIS KARANGAN

JENIS JENIS KARANGAN

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat.

Karangan Berformat

Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah,

perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi,

wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama.

Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut:

1.Karangan Jenis Ucapan

Ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau

mengingati hari tertentu.

Mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya

dengan ucapan penutup.

Nyatakan tujuan ucapan.

Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau

penghargaan.

Pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik

perhatian para hadirin.

Bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majlis

yang sebenar.

Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk

menyedapkan ucapan sama

Ada pada permulaan atau penutupnya.

Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

A] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

B] kata penegasan contoh tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya

( jika tiada tolak 1 markah )

2.Karangan Jenis Syarahan.

Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan.

Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang

dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga

Page 2: JENIS JENIS KARANGAN

salam kepada pihak -pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis

berkenaan.

Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan

serta menyakinkan.

Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang

diberi.jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah

berkenaan bukannya dijadikan persoalan.

Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan

seumpama ’tuan-tuan dan puan yang saya hormati ’ tuan-tuan dan puan-

puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan

ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ).

Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu, kata-kata hikmat,

kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih

menarik

Mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih

- Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

A] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

B] kata penegasan contoh tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya

( jika tiada tolak 1 markah )

2. Surat kiriman rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a. memohon pekerjaan

b. membuat aduan / bantahan / cadangan

c. membuat rayuan

d. membuat jemputan rasmi

e. menempah barangan

f. meminta kebenaran

g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan

penggunaan tanda baca

seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan

daripada guru. )

Page 3: JENIS JENIS KARANGAN

2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang

mesti kamu ikuti. Ini

memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang.

Ia juga memudahkan

anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya

3.Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat

handai.

Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti

antaranya ;

1. Surat ucap tahniah

2. Surat ucap takziah

3. bertanya khabar berita

4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat

5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru

6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga

7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain

8. dan sebagainya

Tahukah kamu ?

Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A : 8 Februari 1998.

Cara B : 8 hb. Februari, 1998.

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan

keadaan kesihatan penulis.

Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab

pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti : nenda, ayahanda ,

ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.

Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk

berutus surat lagi.

Page 4: JENIS JENIS KARANGAN

4. Rencana

Karangan Jenis Fakta / Rencana

Ditulis dalam bentuk format biasa

Karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.

Jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya

Fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk ”tuliskan

apa yang kamu tahu tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan

sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid.

Pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang

tajuk.

Senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut

kepentingannya.

Setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi

Pastikan anda dapat menyediakan 4 isi

Kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi

Setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan

menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan

kesannya.

Masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.

Setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.

Gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret

5. Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

· terbahagi kepada dua jenis

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya

khabar danperbualan menerusi telefon.)

ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada

orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )

· seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang

utama

· setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih

· sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu

panjang.

Lihat contoh :

Page 5: JENIS JENIS KARANGAN

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe lum beliau bersara.

Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan

hasil temu ramah tersebut.

Format karangan ini

nama watak ditulis selari di sebelah kiri

selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari

contoh :

Nama A : Assalamualaikum, Makcik.

Nama B : Waalaikummussalam

Nama A : Apa khabar Makcik ?

Nama B :

Mulakan perbualan dengan salam sejahtera

Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang

dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”encik…, ”tuan…, ataupun

”makcik…

Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk

bahan temuramah /dialog.

Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti

’tak“ , ’dah“

Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit.

Dalam dialog itu, kedua dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau

pandangan.

Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar

Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau

”tidak….

Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

Kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )

Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -

hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )

Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

Soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh

Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang

ditemuramah.

Page 6: JENIS JENIS KARANGAN

6.Karangan jenis Catatan Diari

Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa

penting yang berlaku kepada seseorang.

Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini

berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan dibawah :

Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta

menyediakan catatan mengenai lawatan itu.

Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa

beberapa hari . Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari.

Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat

Tulis catatan mengikut urutan peristiwa

Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami

7.Karangan Jenis Laporan.

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang

didengar atau dilihat.

Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah

menggunakan butir -butir yang munasabah atau lojik.

Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan,

perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah

penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti

berjawatan setiausaha.

Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta

kesan lawatan terhadap pembelajaran.

Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.

·Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

8.Karangan jenis berita

1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

Page 7: JENIS JENIS KARANGAN

2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? Dan

Bagaimana?

3.Apa ?

Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi

maklumat kepada keseluruhan berita

4.Siapa ?

Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku

5. Bila ?

Menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah

staupun kemalangan perlu letakkan waktu“

1.Mengapa ?

Sebab-sebab peristiwa berlaku jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan ”belum

diketahui… atau ”pihak polis belum mendapat bukti…

2.Di mana ?

Tempat kejadian peristiwa jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh,

daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri

Bagaimana ?

Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.

3.Mulakan penulisan dengan mencatatkan ’tempat“ (huruf besar) diikuti dengan

tarikh peristiwa itu berlaku.

Contoh : JERTEH, 24 Disember -

Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan

masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa yang

berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)

4.Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.

5.Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.

6.Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian -huraian yang lebih ’panjang-

lebar“.

7.Nyatakan bahagian penutup secara ringkas

9.Karangan Jenis Perbahasan

Page 8: JENIS JENIS KARANGAN

1. Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat

tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

2. Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang yang

bertentangan iaitu :

· pihak pencadang

· pihak pembangkang

3. Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak

dihujahkan.

4. Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda

5. Pastikan kamu telah mengenalpasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada

mulanya dicatatkan secara ringkas.

- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu

perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat,

penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi.

1.Karangan Jenis Bergambar

Karangan Bergambar Tunggal

Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang

telah disediakan.

Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan

lebih jelas

Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang

berlaku, apa yang dikerjakan,dan suasana.

Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan

sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.

Page 9: JENIS JENIS KARANGAN

Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk

karangan.

Karangan Bergambar Bersiri

Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.

Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak

ditulis.

Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar .

Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -

peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan

atau susunan.

Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.

2.Karangan Jenis Autobiografi

1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai

sesuatu benda secara

terperinci.

2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.

3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana

4. Aturan membina karangan

· tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus

· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar

milik

· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat

· perasaan - sedih atau gembira

5. boleh gunakan dialog untuk

3.Karangan Jenis Biografi

Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke

akhir antaranya :

· tokoh-tokoh sejarah

· pemimpin tanahair

· tokoh sukan

· dan lain-lain

Page 10: JENIS JENIS KARANGAN

Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan,

sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.

Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke

akhir.

Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh

menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.

4.Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi

memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.

Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau

perbualan.

5.Karangan Jenis Melengkapkan Cerita

Karangan tidak berformat

Berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita

yang diberi

Berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.

Elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi

Memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas

tentang sesuatu cerita itu.

Setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-

menolog, kasih sayang atau

Apa saja yang boleh membawa pengajaran.

Walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.

6. Karangan Jenis Perbincangan

Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu

dan persoalan.

Setelah mengemukakan pengenalan ( maksud atau definisi tajuk )

Perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi

pendapat menjurus ke arah tajuk

Tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )

Setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting d idahulukan )

Kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang

benar dan logik )

Page 11: JENIS JENIS KARANGAN

Setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa

penegasan terhadap tajuk ).

7. Karangan Jenis Peribahasa

Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan

bidalan.

Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud

peribahasa itu sejelas -jelasnya.

Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah

mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita

mengandungi nilai-nilai murni.

Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu

perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan

kepentingannya di dalam masyarakat.

PENILAIAN KELEMAHAN DAN KEKUATAN KEMAHIRAN MENGARANG MURID

SERTA ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Page 12: JENIS JENIS KARANGAN

Karangan 1

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita-baik

Isi Memuaskan

Tatabahasa Terdapat beberapa kesalahan bahasa

Ejaan Baik teteapi terdapat sedikit kesalahan

Pemerengganan Baik

Tanda Baca Baik

Struktur ayat Baik tetapi terdapat sedikit kesalahan

Tulisan Kurang memuaskan

Nama Murid Syera Hareza

Kekuatan

Berdasarkan karangan 1 yang dikarang oleh murid bernama Syera Hareza, apa

yang telah saya lihat dan semak karangannya agak memuaskan dan mengikut

format karangan berita berdasarkan arahan soalan. Malah susunan perenggan yang

telah dikarang oleh murid baik. Bagi pendahuluan dan penutup karangan, isi dan

huraiannya baik dan memuaskan.

Kelemahan

Kekurangan yang saya dapati daripada karangan murid ini ialah yang pertama

sekali dari segi tulisan. Murid masih belum menguasai cara menulis dengan betul

namun aspek ini tidak mengganggu markah murid. Kesalahan tatabahasa menjadi

menyumbang kepada pengurangan markah murid iaitu penggunaan kosa kata yang

tidak sesuai.

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Penggunaan istilah yang

tidak sesuai

KOTA KINABALU-18 Ogos, Karnival Gaya Hidup

Sihat yang diadakan ditempat tinggal kamu

Akhir Penutupan, Orang ramai berpuas hati......

Page 13: JENIS JENIS KARANGAN

2 Penggunaan huruf besar

yang salah dan ditempat

yang kurang sesuai.

Akhir penutupan,Orang ramai berpuas hati

dengan karnival

3 Penggunaan kata hubung

yang tidak sesuai

Tujuan utama karnival ini diadakan kerana untuk

mengamalkan gaya hidup sihat.

4 Penggunaan kosa kata

dengan cara yang slaah

Senam robik

Karangan 2

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita

Isi Memuaskan

Tatabahasa Terdapat sedikit kesalahan tatabahasa

Ejaan Tiada kesalahan ejaan

Pemerengganan Baik

Tanda Baca Baik

Struktur ayat Baik tetapi terdapat sedikti kesalahan

Tulisan Kurang memuaskan

Nama Murid Zemynta

Kekuatan

Berdasarkan karangan yang telah dikarang oleh murid ini, apa yang boleh saya

katakan, pengolahan karangannya sangat baik dan penggunaan format juga betul.

Selain itu susunan perenggan sangat memuaskan. Begitu juga dengan pendahuluan

dan penutup karangan,di olah dengan baik.

Kelemahan

Kelemahan karangan ini pula ialah kebanyakannya terdiri daripada kesalahan

tatabahasa. Selain itu murid menggunakan kosa kata yang tidak sesuai berdasarkan

ayat yang dibina dalam karangan. Selain itu laras bahasa yang digunakan juga tidak

sesuai mengikut jenis karangan.

Bil Aspek kesalahan

1 Penggunaan istilah yang Karnival Gaya Hidup Sihat diadakan di tempat

Page 14: JENIS JENIS KARANGAN

tidak sesuai tinggal saya.

Tiba masanya, acara penutupan karnival ini.

2 Penggunaan huruf besar

yang salah dan ditempat

yang kurang sesuai.

Orang ramai berPuas hati dengan karnival.

3 Penggunaan kata hubung

yang tidak sesuai

Karnival Gaya Hidup Sihat ini sangat bagus

kerana ia dapat membantu

4 Ayat tidak bermakna kerana

kekurangan istilah yang

sesuai

KUALA LUMPUR, 6 Ogos-Karnival Gaya Hidup

Sihat........diadakan

= telah

Karangan 3

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita-baik

Isi Diolah dengan baik

Tatabahasa Bagus tetapi terdapat sedikit kesalahan

Ejaan Bagus tetapi terdapat kesalahan ejaan yang

tidak lengkap-kurang imbuhan

Pemerengganan Terdapat kesalahan pemerengganan

Tanda Baca Baik

Struktur ayat Baik

Tulisan Memuaskan dan mudah dibaca.

Nama Murid Steffi Olga Aidi

Kekuatan

Karangan yang dhasilkan oleh Steffi Olga Aidi agak memuaskan. Pengolahan

karangan dilakukan dengan baik. Pendahuluan dan penutup karangan dikarang

dengan baik dan tulisan senang dibaca.

Kelemahan

Kekurangan yang saya semak daripada karangan ini ialah penggunaan ayat

yang tidak sesuai mengikut laras bahasa dan latar masa jenis karangan ini. Selain itu

karangan ini terdapat kesalahan imbuhan yang menjdikan ayat dalam karangan

tersebut tidak betul. Kesalahan lain yang dilakukan oleh murid juga ialah

Page 15: JENIS JENIS KARANGAN

pemerengganan murid. Murid tidak membuat perenggan untuk pemisah ayat yang

seterusnya.

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Penggunaan istilah yang

tidak sesuai

Karnival Gaya hidup Sihat telah diadakan di

tempat tinggal saya.

Tiba masanya, acara penutupan karnival ini.

2 Penggunaan huruf kecil

yang salah

Karnival Gaya hidup Sihat telah diadakan

3 Penggunaan imbuhan diadakan untuk mengamal gaya hidup sihat.

diadakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

4 Pemerengganan Pemeriksaan kesihatan juga ada dijalankan

secara percuma

Pemeriksaan kesihatan juga ada

dijalankan secara percuma.

KARANGAN 4

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita- baik

Isi Memuaskan

Tatabahasa Terdapat kesalahan tatabahasa

Ejaan Terdapat penggunaan huruf besar ditempat

salah

Pemerengganan Baik

Tanda Baca Memuaskan

Struktur ayat Terdapat kesalahan

Tulisan Baik

Nama Murid Boniface Benedict

Kekuatan

Format karangan murid baik dan mengikut kehendak soalan. Dari segi tulisan

pula , amat memuaskan dan mudah dibaca. Pengolahan isi agak baik walaupun

terdapat sedikit kesalahan tatabahasa. Begitu juga dengan pendahuluan dan

penutup yang dikarang oleh murid, agak baik walaupun terdapat sedikit kesalahan.

Page 16: JENIS JENIS KARANGAN

Kelemahan

Murid masih belum menguasai laras bahasa karangan berita kerana penggunaan

ayat yang tidak sesuai berdasarkan konteks tempat. Selain itu murid melakukan

kesalahan menggunakan huruf besar ditempat yang tidak sesuai. Kesalahan lain

juga dilakukan dengan tidak meletakkan penanda wacana berdasarkan konteks ayat.

Begitu juga dengan kesalahan menggunakan perkataan yang tidak sesuai sehingga

menimbulkan tanda tanya. Murid juga tidak meletakkan kata hubung yang sesuai

dalam karangan mereka.

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Penggunaan istilah yang

tidak sesuai

Karnival Gaya hidup Sihat diadakan di tempat

tinggal saya.

Selepas mendengar ceramah, mereka pun

beredar.

2 Penggunaan huruf besarl

yang salah

Aktiviti yang diadakan iaitu Senamrobik,

mengamalkan makanan yang seimbang

3 Penggunaan kata hubung Aktiviti yang diadakan iaitu senamrobik,

mengamalkan...

4 Penanda wacana ...penduduk yang tinggal ditempat itu. Kami

mendengar ceramah daripada mereka.

...penduduk yang tinggal ditempat itu. Selepas

itu kami mendengar ceramah daripada mereka.

KARANGAN 5

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita -baik

Isi Baik

Tatabahasa Terdapat kesalahan ejaan

Ejaan Terdapat kesalahan penggunaan hruf

Pemerengganan Tidak memuaskan

Tanda Baca Terdapat kesalahan tanda baca

Struktur ayat Baik

Tulisan Memuaskan

Nama Murid Oswald Razine

Page 17: JENIS JENIS KARANGAN

Kekuatan

Karangan yang dihasilkan oleh Oswald jika dinilai dari aspek tulisan agak

memuaskan. Begitu juga dengan huraian karangan agak baik tetapi karangan begitu

pendek

Kelemahan

Karangan yang dihasilkan oleh murid ini telah terkeluar tajuk kerana tidak

membaca kehendak soalan. Karangan masih dalam format berita namun isi yang

disampaikan tidak mengikut kehendak soalan. Malah murid ini sering melakukan

kesalahan penggunaan huruf besar ditempat yang salah. Kesalahan lain ialah murid

ini tidak meletakkan kata arah di tempat yang sepatutnya. Begitu juga dengan aspek

pemerengganan, murid ini tidak membentuk perenggan baru ditempat yang

sepatutnya. Begitu juga dengan fakta isinya, terdapat fakta yang tidak logik

berdasarkan situasi sebenar. Malah karangan ini tidak mempunyai penututp bagi

mengakhiri karangan tersebut

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Penggunaan huruf besar

ditempat yang salah

Banjir kilat telah membanjiri Selangor,banjir kilat

itu disebabkan penebangan pokok...

Banjir kilat telah membanjiri Selangor. Banjir kilat

itu disebabkan penebangan pokok...

Ramai penduduk yang telah berpindah rumah,

Pihak bomba dan penyelamat telah datang...

Ramai penduduk yang telah berpindah rumah,

pihak bomba dan penyelamat telah datang...

2 Penggunaan tandan baca

tidak betul

Banjir kilat telah membanjiri Selangor,banjir kilat

itu disebabkan penebangan pokok...

Banjir kilat telah membanjiri Selangor. Banjir kilat

itu disebabkan penebangan pokok...

Ramai penduduk yang telah berpindah rumah,

Pihak bomba dan penyelamat telah datang...

Page 18: JENIS JENIS KARANGAN

Ramai penduduk yang telah berpindah rumah

dan pihak bomba dan penyelamat telah datang...

3 Penggunaan kata arah ...telah datang tempat itu

....telah datang ke tempat itu.

4 Pemerengganan Ramai orang yang tekorban akibat banjir kilat

tersebut

Ramai orang yang terkorban akibat banjir

kilat tersebut.

KARANGAN 6

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita

Isi Memuaskan

Tatabahasa Terdapat kesalahan

Ejaan Terdapat kesalahan

Pemerengganan Terdapat kesalahan

Tanda Baca Terdapat kesalahan

Struktur ayat Memuaskan

Tulisan Memuaskan

Nama Murid Kelvin Dausip

Kekuatan

Setelah disemak dan diperiksa, karangan yang dihasilkan oleh Kelvin baik dari

segi idea dan ceritanya. Begitu juga dengan format pendahuluan karangannya,

memuaskan dan tulisannya dapat dibaca walaupun terdapat kesalahan ejaan.

Kelemahan

Terdapat banyak kelemahan karangan ini setelah saya semak. Pertama sekali, dari

segi isi dan penyampaian mengikut kehendak soalan sama sekali terkeluar tajuk

walaupun formatnya mengikut soalan. Malah dari segi pemerengganan tidak

menunjukkan sebarang pemisah antara idea. Karangan dikarang sehingga

penghujung tanpa sebarang perenggan. Begitu juga dengan penggunaan huruf dan

tanda baca, murid masih lemah dalam penggunaan huruf dan tanda baca.

Page 19: JENIS JENIS KARANGAN

Kesalahan murid juga merangkumi kata hubung dan hubungan antara idea tidak

disampaikan dengan jelas.

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Pemerengganan Selepas itu, kami jalan pulang ke rumah..

Selepas itu, kami berjalan pulang ke rumah..

2 Penggunaan huruf yang

salah

IPOH, 16 mei- saya dan ayah pergi...

IPOH, 16 Mei- saya dan ayah pergi

......pergi berjalan –jalan di Supermarket

......pergi berjalan –jalan di supermarket

3 Kesalahan tanda baca. ...kami berjalan pulang ke rumah semasa di

kereta ayah menasihati saya agar.

.....kami berjalan pulang ke rumah. Semasa di

kereta ayah, menasihati saya agar...

4 Kata hubung dan kata arah Tiba- tiba satu kereta melanggar kami saya

terhantuk cermin kereta

Tiba- tiba satu kereta melanggar kami dan saya

terhantuk ke cermin kereta

KARANGAN 7

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita- baik

Isi Memuaskan

Tatabahasa Terdapat kesalahan

Ejaan Terdapat kesalahan

Pemerengganan Kurang memuaskan

Tanda Baca Memuaskan

Struktur ayat Baik

Tulisan Memuaskan- dapat dibaca

Nama Murid Fedelia

Kekuatan

Page 20: JENIS JENIS KARANGAN

Berdasarkan karangan yang dihasilkan oleh Fedelia, dari segi penulisan dan

pengolahan idea agak baik. Penyusunan isi juga memuaskan manakala format serta

pendahuluan karangan baik dan dapat difahami.

Kelemahan

Kelemahan yang saya dapati dalam karangan ini yang pertama sekali

penggunaan huruf besar dan huruf kecil menjadi kelemahan murid ini. Selain itu

pemerengganan yang terdapat dalam karangan ini tiada lagsung menjadikan

karangan tiada pemisah idea. Seterusnya susunan perkataan juga terdapat sedikit

masalah waalupun idea yang ingin disampaikan dapat difahami. Begitu juga dengan

penggunaan istilah tertentu kurang sesuai berdasarkan ayat yang dikarang Karangan

yang dihasilkan oleh murid ini juga tiada penutupnya menjadikan karangan ini

tergantung

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Pemerengganan Pelbagai aktiviti dan pameran diadakan oleh

ketua kampung.

Pelbagai aktiviti dan pameran diadakan

oleh ketua kampung.

2 Penggunaan huruf besar

dan huruf kecil

IPOH, 10 mei- ketua kampung mengadakan

karnival gaya hidup sihat.

IPOH, 10 Mei- Ketua kampung mengadakan

Karnival Gaya Hidup Sihat.

......pergi berjalan –jalan di Supermarket

......pergi berjalan –jalan di supermarket

3 Penggunaan istilah yang

tidak sesuai

Setelah pertandingan itu siap mereka berehat

Setelah pertandingan itu tamat mereka berehat

4 Kesalahan tanda baca Setelah pertandingan itu siap mereka berehat

Setelah pertandingan itu siap , mereka berehat

5 Kesalahan penyusunan ayat Ramai orang kecewa kerana tidak dapat hadiah.

Page 21: JENIS JENIS KARANGAN

Walaupun ramai orang yang kecewa kerana

tidak mendapat hadiah tapi mereka berpuas

hati.....

Ramai orang kecewa kerana tidak mendapat

hadiah tetapi mereka berpuas hati....

KARANGAN 8

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita

Isi Memuaskan

Tatabahasa Terdapat kesalahan

Ejaan Terdapat kesalahan ejaan

Pemerengganan Terdaapt kesalahan

Tanda Baca Baik

Struktur ayat Terdapat kesalahan

Tulisan Memuaskan

Nama Murid Stanley

Kekuatan

Berdasarkan karangan yang dikarang oleh Stanley, tulisannya agak baik dan

dapat dibaca. Selain itu pendahuluannya juga memuaskan dan mengikut format

karangan berita.

Kelemahan

Dalam karangan ini juga setelah diperiksa, saya dapati banyak kesalahan dalam

karangan ini. Pertama sekali dari aspek pemerengganan. Murid ini tidak membentuk

perenggan pada karangannya. Karangan yang dihasilkan juga tidak menepati

kehendak soalan kerana isis dan idea yang disampaikan keluar daripada tajuk.

Kesalahan lain yang boleh diungkapkan juga ialah istilah yang digunakan. Murid ini

menggunakan istilah yang tidak sesuai berdasarkan ayat yang dikarangnya. Malah

murid ini tidak menggunakan kata ganti diri yang sesuai menggantikan watak dalam

karangannya itu. Terdapat juga kesalahan penggunaan ejaan yang salah dan istilah

bahasa inggeris ke dalam karangan ini.

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Pemerengganan Pihak polis mengatakan bahawa tiga orang lelaki

Page 22: JENIS JENIS KARANGAN

itu bermain ketika banjir kuat melanda.

Pihak polis mengatakan bahawa tiga

orang lelaki itu bermain ketika banjir kuat

melanda.

2 Ejaan perkataan salah Tiga orang lelaki itu tidak sedar bahawa bajir

kuat itu melanda di tempat mereka.

Tiga orang lelaki itu tidak sedar bahawa banjir

kuat itu melanda di tempat mereka.

3 Penggunaan istilah bahasa

inggeris.

Sebelum banjir kuat itu melanda mereka sedang

bermain game dan mereka tidak..

Sebelum banjir kuat itu melanda mereka sedang

bermain permainan dan mereka tidak..

4 Kesalahan tanda baca Sebelum banjir kuat itu melanda mereka sedang

bermain...

Sebelum banjir kuat itu melanda, mereka sedang

bermain

5 Istilah yang salah Tiga orang lelaki mati kerana banjir lebat.

Tiga orang lelaki telah mati kerana banjir kilat.

KARANGAN 9

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita-baik

Isi Terdapat kesalahan

Tatabahasa Terdapat kesalahan

Ejaan Baik

Pemerengganan Baik

Page 23: JENIS JENIS KARANGAN

Tanda Baca Baik

Struktur ayat Baik

Tulisan Baik

Nama Murid Nur Angelie Agnezara

Kekuatan

Karangan yang telah dihasilkan oleh Nur Angelie sangat memuaskan. Setelah

diperiksa penggunaan ayat,pengolahan ayat serta penyampaian idea memuaskan.

Kesalahan kurang dan penyusunan perenggan juga kemas. Selain itu pendahuluan

dan penutup karangan baik dan keseluruhan karangan mencapai kehendak soalan.

Bagi tulisan pula, sanagat kemas dan senang untuk dibaca,apatah lagi difahami.

Kelemahan

Kelemahan karangan ini agak sedikit sahaja iaitu penggunaan istilah yang tidak

sesuai berdasarkan ayat karangan serta terdaapt sedikit kesalahan tertinggal

perkataan yang sepatutnya diletakkan dalam ayat teertentu dalam karangan.

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Penggunaan istilah yang

tidak sesuai

Karnival Gaya hidup Sihat telah diadakan di

tempat tinggal saya.

...mendengar sedikit ceramah daripada Pegawai

Kesihatan tentang penjagaan gaya hidup sihat.

...mendengar sedikit ceramah daripada Pegawai

Kesihatan tentang pengamalan gaya hidup

sihat.

Setelah habis mendengar ceramah,karnival ini

pun ditutup dengan..

Setelah selesai mendengar ceramah,karnival ini

pun diakhiri dengan..

KARANGAN 10

Page 24: JENIS JENIS KARANGAN

Jenis Karangan Berformat

Format Karangan Berita-baik

Isi Terdapat kesalahan

Tatabahasa Terdapat kesalahan

Ejaan Terdapat kesalahan

Pemerengganan Baik

Tanda Baca Terdapat kesalahan

Struktur ayat Memuaskan

Tulisan Kurang memuaskan

Nama Murid Harvielyne Maurice

Kekuatan

Setelah diperiksa dan disemak, karangan yang dikarang oleh Harvielyne agak

memuaskan dari segi penyampaian ideanya. Selain itu cara pemerengganan juga

agak baik dan susunan isi juga memuaskan.

Kelemahan

Kelemahan yang saya dapat temui daripada karangan ini ialah kesalahan ejaan.

Selain itu karangan ini tidak mempunyai pendahuluan yang baik kerana tidak

dinyatakan tempat spesifik karnival ini diadakan. Penanda wacana dalam karangan

ini juga tidak sesuai mengikut ayat yang digunakan. Selain itu penggunaan

perkataan yang tidak sesuai berdasarkan konteks ayat. Begitu juga dengan penutup

karangan ini, ayat terakhir yang digunakan kurang sesuai dan harus digantikan

dengan perkataan lain yang lebih sesuai.Akhir sekali tulisan murid ini agak sukar

dibca kerana leper dan sangat besar.

Bil Aspek kesalahan Perincian

1 Penggunaan huruf besar

dan huruf kecil

IPOH,1 JUN- Tujuan utama karnival diadakan..

IPOH,1 Jun- Tujuan utama karnival diadakan..

2. Penggunaan penanda

wacana

Justeru, terdapat juga pemeriksaan kesihatan...

Selain itu, terdapat juga pemeriksaan

kesihatan...

Page 25: JENIS JENIS KARANGAN

4 Penggunaan perkataan

yang tidak sesuai

Seterusnya, Encik John mengucapkan sedikit

patah perkataan

Seterusnya, Encik John mengucapkan sepatah

dua kata.

RUMUSAN HASIL DAPATAN KAJIAN

Apa yang dapat saya rumuskan berdasarkan penilaian karangan yang telah

saya laksanakan ialah, pertama sekali, murid tahun lima SK Lok Yuk tempat saya

jalankan penilaian ini belum menguasai sepenuhnya karangan jenis berformat

berita. Majoriti murid kelas tahun lima yang telah saya jalankan ujian karangan tidak

mencapai tahap yang begitu memuaskan. Soalan karangan yang saya berikan

rasanya tidak begitu sukar kerana karangan tersebut telah diberi panduan

pendahuluan, isi dan penutup , tetapi muridnya kebanyakannya tidak dapat

menjawab dengan baik soalan tersebut.

Saya telah memilih secara rawak sepuluh karangan murid tersebut untuk

dianalisis kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid murid. Berbicara mengenai

kesalahan yang terdapat dalam karangan, aspek dalam karangan boleh dinilai

melalui pengolahan isi, susunan ayat dan perkataan, kegramatisan ayat,kesalahan

ejaan, tanda baca dan sebagainya.

Dalam karangan karangan murid yang telah saya periksa dan analisis, aqpa

yang boleh saya katakan, murid murid tahun lima ini belum menguasai sepenuhnya

kosa kosa kata yang sesuai mengikut ayat yang dikarang. Murid kebanyakannya

lebih selesa menggunakan istilah perkataan kampung lalu diserapmasuk kedalam

karangan walhal istilah perkataan tersebut tidak sesuai untuk menggambarkan idea

yang ingin disampaikan.

Selaian daripada itu juga, murid murid tahun lima ini belum menguasai

sepenuhnya laras bahasa yang betul bagi karangan berformat jenis berita. Memang

betul karangan ini seolah olah satu penceritaan tetapi karangan ini lebih bersifat

kepada laporan dan menyatakan sesuatu hal tanpa menceritakan diri kita sendiri

Page 26: JENIS JENIS KARANGAN

terlibat dalam laporan tersebut. Karangan ini tidak boleh melibatkan diri kita, apatah

lagi menceritakan pengalaman diri melalui karangan jenis ini, hal ini sama sekali

keluar daripada konsep karangan jenis ini

Masalah lain yang terdapat dalam karangan murid ini ialah kesalahan tanda

baca. Kebanyakan murid murid belum menguasai penggunaan koma(,) dalam ayat

yang mereka karang. Murid murid masih tidak tahu dimana hendak diletakkan koma

dalam ayat yang mereka karang. Begitu juga dengan noktah, walaupun hanya

segelintir kecil yang melakukan kesalahan tidak meletakkan noktah di tempat yang

sepatutnya, peranan noktah amat penting untuk memisahkan antara isi dan huraian.

Dapatan yang saya perolehi daripada karangan murid juga ialah, murid majoriti

masih kurang faham akan penggunaan huruf kecil dan huruf besar dalam karangan.

Murid tahun lima ini msih keliru sama ada istilah perkataan tertentu perlu

menggunakan hurf kecil atau besar serta selepas diletakkan koma, murid melakukan

kesalahan dengan menggunakan huruf besar di awal perkataan.

Dapatan lain yang saya perolehi ialah penggunaan kata hubung dan arah.

Berdasarkan karangan yang telah saya kaji, terdapat murid yang masih belum

menguasai penggunaan dan dungsi kata arah dan kata hubung menyebabkan

mereka menggunakan perkataan lain yang tidak sesuai diletakkan dalam karangan

mereka sehingga mencacatkan hubungan antara idea. Dalam hal ini juga murid

keliru sama ada hendak menggunakan perkataan di atau ke kerana mereka belum

tahu fungsi sebenar dan perbezaan antara kedua jenis kata arah ini.

Dapatan yang jelas dan boleh kita lihat sahaja tanpa perlu kaji ialah masalah

pemerengganan karangan oleh murid. Mungkin faktor utama yang mendorong

berlakunya hal ini ialah murid belum enguasai sepenuhnya format karangan jenis

berita ini sehinggakan meeka tidak tahu sama ada hendak membuat perenggan

atau tidak. Kebanyakan murid tidak meletakkan perenggan dan ini meyukarkan saya

untuk membuat pecahan idea yang mana satu pendahuluan, isi dan penutup.