contoh-contoh karangan sekolah rendah_ fakta

1
Fakta: Cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Peyakit ini sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat nyamuk Aedes di negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi. Pastikan nyamuk tidak membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan dibasuh sehingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk. Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir. Di samping itu, jika menggunakan takungan air untuk memerangkap semut daripada naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam sebanyak 2 sudu teh untuk mencegah pembiakan nyamuk. Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan seperti ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes ini. Jika tidak, masukkan ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan yang betul ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali. Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan yang sewajarnya jika mendapati tempat tersebut boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Upload: cathlyn-li

Post on 22-Dec-2015

148 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

karangan fakta

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta

4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B%… 1/1

Fakta: Cara-cara membasmi pembiakan nyamukAedes

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya. Demam denggi dibawa

oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Peyakit ini sudah menjadi masalah utama di

negara kita kerana kematian akibat nyamuk Aedes di negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara cara untuk membasmi

nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan yang boleh membiakkan nyamuk.

Tempat-tempat tersebut seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi. Pastikan

nyamuk tidak membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan

dibasuh sehingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.

Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau

ditanam.

Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Oleh itu,

periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada

mengalir.

Di samping itu, jika menggunakan takungan air untuk memerangkap semut daripada naik ke meja atau

almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam sebanyak 2 sudu teh untuk mencegah pembiakan

nyamuk.

Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan seperti ikan gapi dan puyu

akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi

pembiakan nyamuk Aedes ini. Jika tidak, masukkan ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan

yang betul ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, setiap

orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambillah

tindakan yang sewajarnya jika mendapati tempat tersebut boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk

Aedes.