contoh assignment

10
http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3203-%E2%80%93-etika- profesional/ 1.0 Pengenalan Di dalam tugasan Etika Profesional (OUMM 3203) , membincangkan tentang bagaimana masalah etika dapat di selesaikan menggunakan 5 teori etika iaitu teori Hukum Alam, Teori Universalism, Teori Utilitarianism, Teori Pengagihan keadilan dan Teori Kebebasan Individu serta bagaimana menggunakan teori ini sebagai salah satu cara penyelesaian masalah etika. Selain itu di bincangkan juga tentang ciri-ciri masalah iaitu ciri yang pertama ia mempunyai kesan yang berlarutan. Ciri yang kedua, keputusan etika yang mempunyai pelbagai alternatif. Ciri yang ketiga pula, keputusan etika mempunyai hasil yang pelbagai. Ciri yang keempat, keputusan etika yang di buat mempunayi kesan yang tidak menentu, dan yang terakhir, kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. 1.1 Latar belakang dilema yang di hadapi Dilema yang saya hadapi ialah ketika sesi pengambilan kedua untuk pelajar baru salah sebuah universiti awam di Malaysia. Sesi pengambilan kedua ini adalah terhad kepada 100 orang pelajar sahaja berbanding dengan sesi pengambilan pertama yang yang mengambil lebih dari 2000 orang pelajar. Disebabkan dengan tempat yang terhad bagi sesi pengambilan kali ini, pihak universiti iaitu di bahagian kemasukan universiti menerima banyak surat rayuan dari pelajar yang ingin memasuki universiti ini. Walaubagaimanapun, hanya 100 pelajar sahaja yang bakal diterima masuk bagi sesi pengambilan kali ini berbanding ribuan surat rayuan yang kami terima. Sebagai permulaan di dalam proses pemilihan bagi pelajar untuk sesi kedua ini, bahagian kemasukan dan rekod akan mengurangkan permohonan yang diterima sehingga kira-kira 200 permohonan sahaja sebelum pemilihan pelajar yang terakhir seramai 100 orang dibuat. Bagi mengurangkan permohonan ini, semua surat rayuan akan diberikan kepada seorang pegawai atasan saya yang juga bertindak sebagai penyelia . Disebabkan dengan kesuntukan masa yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti, saya dan rakan sejawat telah diberi tugasan bagi membantu pegawai tersebut untuk mengurangkan permohonan dari pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, kami telah diberi arahan supaya hanya untuk memilih 190 rayuan sahaja manakala baki 10 lagi rayuan akan dipilih oleh beliau. Setelah 200 rayuan telah disenaraipendekkan, kami mendapati bahawa baki 10 rayuan tersebut terdiri daripada saudara-mara penyelia kami. Kami mendapati bahawa terdapat banyak permohonan yang telah diserahkan kepada pegawai

Upload: alene-macaulay-juel

Post on 08-Aug-2015

210 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Assignment

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3203-%E2%80%93-etika-profesional/

1.0   Pengenalan

Di dalam tugasan Etika Profesional (OUMM 3203) , membincangkan tentang

bagaimana masalah etika dapat di selesaikan menggunakan 5 teori etika iaitu teori Hukum

Alam, Teori Universalism, Teori Utilitarianism, Teori Pengagihan keadilan dan Teori

Kebebasan Individu serta bagaimana menggunakan teori ini sebagai salah satu cara

penyelesaian masalah etika. Selain itu di bincangkan juga tentang ciri-ciri masalah iaitu ciri

yang pertama ia mempunyai kesan yang berlarutan. Ciri yang kedua, keputusan etika yang

mempunyai pelbagai alternatif. Ciri yang ketiga pula, keputusan etika mempunyai hasil yang

pelbagai. Ciri yang keempat, keputusan etika yang di buat mempunayi kesan yang tidak

menentu, dan yang terakhir, kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi.

1.1   Latar belakang dilema yang di hadapi

Dilema yang saya hadapi ialah ketika sesi pengambilan kedua untuk pelajar baru

salah sebuah universiti awam di Malaysia. Sesi pengambilan kedua ini adalah terhad

kepada 100 orang pelajar sahaja berbanding dengan sesi pengambilan pertama yang yang

mengambil lebih dari 2000 orang pelajar. Disebabkan dengan tempat yang terhad bagi sesi

pengambilan kali ini, pihak universiti iaitu di bahagian kemasukan universiti menerima

banyak surat rayuan dari pelajar yang ingin memasuki universiti ini. Walaubagaimanapun,

hanya 100 pelajar sahaja yang bakal diterima masuk bagi sesi pengambilan kali ini

berbanding ribuan surat rayuan yang kami terima.

Sebagai permulaan di dalam proses pemilihan bagi pelajar untuk sesi kedua ini,

bahagian kemasukan dan rekod akan mengurangkan permohonan yang diterima sehingga

kira-kira 200 permohonan sahaja sebelum pemilihan pelajar yang terakhir seramai 100

orang dibuat. Bagi mengurangkan permohonan ini, semua surat rayuan akan diberikan

kepada seorang pegawai atasan saya yang juga bertindak sebagai penyelia .

Disebabkan dengan kesuntukan masa yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti,

saya dan rakan sejawat telah diberi tugasan bagi membantu pegawai tersebut untuk

mengurangkan permohonan dari pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, kami telah diberi

arahan supaya hanya untuk memilih 190 rayuan sahaja manakala baki 10 lagi rayuan akan

dipilih oleh beliau. Setelah 200 rayuan telah disenaraipendekkan, kami mendapati bahawa

baki 10 rayuan tersebut terdiri daripada saudara-mara penyelia kami. Kami mendapati

bahawa terdapat banyak permohonan yang telah diserahkan kepada pegawai tersebut tidak

diproses dan dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana beliau hanya

menyenaraipendekkan rayuan yang diterima dari saudara-mara beliau sahaja walaupun

terdapat ramai calon yang didapati memiliki kelayakan yang tinggi dari syarat minima

kemasukan bagi sesi kali ini.

Sebagai salah seorang kakitangan bawahan pegawai tersebut, kami terperangkap di

dalam dilemma sama ada harus atau tidak untuk kami melaporkan tindakan yang telah

dilakukan oleh pegawai tersebut kepada pihak atasan. Walaubagaimanapun, kami berasa

serba salah sekiranya kami melaporkan tindakan pengawai kami kepada pihak atasan

kerana kami bimbang jika dengan kami melaporkan tindakan beliau tersebut akan

menyebabkan peluang kerjaya kami di universiti akan terjejas. Walaubagaimanapun, kami

Page 2: Contoh Assignment

telah mengambil risiko atas kerjaya kami di universiti ini dengan melaporkan kepada pihak

atasan universiti mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh pengawai kami yang

tersebut. Tugasan ini akan mengupas mengenai persoalan etika terhadap keputusan yang

di ambil di dalam situasi dilemma ini.

2.0. Ciri-ciri Masalah Etika

Kebanyakan keputusan yang dibuat selalunya memberi kesan yang berlarutan sama ada

kepada pihak yang membuat keputusan atau pihak yang menerima sesuatu keputusan

tersebut. Ini kerana keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan ataupun

individu tersebut tidak hanya memberi kesan kepada satu pihak ataupun pada satu tahap

sahaja. Kesan-kesan ini juga boleh memberi kesan ke atas sesebuah masyarakat setempat

sekiranya keputusan yang diambil melibatkan sesuatu tindakan untuk masyarakat itu sendiri.

Sebagai contoh melalui pemberian rasuah, sesetengah pihak merasakan bahawa dengan

memberi rasuah proses kerja yang dilakukan dapat dipercepatkan. Ini secara tidak langsung

memberi kesan kepada organisasi tersebut dan juga masyarakat kerana percaya hanya

dengan memberi rasuah sesuatu pekerjaan itu dapat dilaksanakan atau diproses dengan

cepat. Ini juga akan menyebabkan amalan rasuah menular di kalangan masyarakat tersebut

dan tiada ketelusan di dalam sesebuah organisasi.

2.1   Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan.

Seperti masalah yang saya hadapi di universiti saya ini, saya rasakan bahawa tindakan

tersebut telah memberi kesan yang berpanjangan kepada masyarakat. Ini kerana dengan

tindakan beliau yang lebih mengutamakan pemohon yang mempunyai hubung kait dengan

beliau sendiri secara tidak langsung menafikan pemohon yang benar-benar layak untuk

belajar di universiti. Keputusan untuk tidak bersikap adil ini juga boleh menyumbang kepada

masalah pengganguran kepada negara. Ia juga boleh menyebabkan pemohon yang tidak

berjaya ini merasa kurang bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran mereka dan setersunya

ini boleh merugikan negara.

2.2   Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kepelbagaian Alternatif

Banyak keputusan yang dibuat dilihat sebagai keputusan yang dibuat tanpa melihat segala

alternatif yang ada. Keputusan yang baik hendaklah dibuat dengan menilai segala alternatif

yang ada. Masalah yang dihadapi hendaklah dikaji dengan teliti terlebih dahulu. Setelah

punca masalah dikenalpasti, segala alternatif bagi menangani masalah tersebut hendaklah

dikenalpasti. Penilaian terhadap setiap alternatif tersebut hendaklah dinilai dan alternatif

yang terbaik hendaklah diambil sebagai keputusan yang dibuat.

Pegawai kami hendaklah terlebih dahulu melihat segala alternatif yang ada sebelum

membuat keputusan untuk menyenaraipendekkan 10 nama saudara-mara beliau.

Keputusan yang dibuat oleh beliau dilihat sebagai satu keputusan yang tidak mempunyai

alternatif lain terutamanya ketika keputusan yang dibuat melibatkan saudara-mara

beliau. Disebabkan kegagalan beliau untuk melihat segala alternatif yang yang ada bagi

menyelesaikan masalah kemasukan pelajar ke universiti terutamanya yang melibatkan

saudara-mara beliau, keputusan yang diambil didapati tidak beretika.

2.3   Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai

Page 3: Contoh Assignment

Banyak keputusan yang dibuat pada hari ini akan memberi hasil yang berbeza pada

masa hadapan. Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil seperti yang

diharapkan oleh sesetengah pihak dan ini secara tidak langsung memberi kesan yang

negatif terhadap organisasi itu sendiri. Sebagai contoh bangunan kompleks mahkamah baru

yang bocor ini adalah akibat dari sikap pemaju yang hanya memikirkan keuntungan sahaja.

Sikap tamak pemaju yang ingin memaksimakan keuntungan dengan menggunakan bahan

binaan yang tidak berkualiti ini telah menjejaskan imej syarikat itu sendiri. Walaupun pada

hakikatnya syarikat berkenaan untung daripada projek pembinaan komplek mahkamah itu,

tetapi hasil yang berbeza didapati oleh syarikat berkenaan dari segi imejnya akibat dari

kebocoran yang sering dihadapi oleh bangunan mahkamah berkenaan.

Hasil yang sama juga berlaku terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai di

universiti yang menyenaraipendekkan nama saudara-mara beliau pada sesi pengambilan

kedua universiti. Walaupun pada pandangan di pihak saudara-mara beliau yang meyifatkan

beliau sebagai seorang yang mengutamakan semangat kekeluargaan, akan tetapi dengan

tindakan beliau itu sekiranya diketahui umum akan menyebabkan integriti universiti

khususnya jabatan saya iaitu jabatan yang bertanggungjawab mengenai kemasukan pelajar

akan tercalar. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan nama elit universiti akan

tercemar disebabkan dengan tindakan beliau yang menafikan hak awam untuk masuk ke

universiti.

2.4   Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Menentu

Kebanyakan keputusan yang diambil dilihat sebagai keputusan yang mempunyai risiko yang

minima. Ini kerana keputusan diambil setelah segala alternatif yang ada telah dinilai

sesebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Sebagai contoh tindakan untuk sebuah kilang yang

telah memasang alat penapis asap untuk mengurangkan pencemaran udara, tindakan ini

diambil atas dasar untuk mengurangkan kadar pencemaran udara akibat dari penggunaan

mesin di dalam kilang. Walaubagaimanapun, dengan kegunaan alat penapisan asap ini

kadar pencemaran udara tidak berkurangan kerana alat yang digunakan berkualiti rendah.

Sama seperti dengan tindakan pegawai saya yang telah memasukkan 10 nama saudara

beliau di dalam senarai pendek pemohon bagi pengambilan kedua universiti. Walaupun

nama-nama saudara beliau telah disenaraipendekkan, ini tidak bermakna nama-nama

tersebut akan terus dapat diterima untuk melanjutkan di universiti ini. Nama-nama ini akan

melalui pelbagai tapisan yang akan dilakukan oleh fakulti-fakulti yang terlibat dengan sesi

pengambilan pelajar kali ini.

2.5   Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi

Pendapat yang mengatakan kebanyakan keputusan korporat adalah dibuat tanpa

mengambilkira kepentingan peribadi adalah tidak benar. Ini kerana kebanyakan keputusan

yang dibuat sebenarnya sedikit sebanyak mengira kepentingan peribadi terutamanya pihak

atasan. Sebagai contoh walaupun keuntungan sesebuah syarikat itu adalah rendah

disebabkan kos jualan yang meningkat, ini tidak mempengaruhi keputusan syarikat yang

ingin bayaran bonus sebanyak 2 bulan kepada kakitangan dibuat. Keputusan yang diambil

akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Walaubagaimanapun, demi untuk

menjaga kepentingan peribadi kepentingan pihak atasan keputusan untuk membayar bonus

ini tetap dibuat.

Page 4: Contoh Assignment

Keputusan pegawai saya untuk memasukkan nama saudara beliau di 10 tempat terakhir

senarai pendek calon tersebut adalah bersifat peribadi. Beliau langsung tidak mengambilkira

kelayakan yang ada pada pemohon yang lain. Tindakan ini secara tidak langsung akan

menyebabkan tahap intergriti beliau berkurangan terutama di kalangan kakitangan bawahan

beliau.

3.0   Teori Etika

Etika bermaksud prinsip -prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima umum sebagai

cara untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuakn baik. Faktor-faktor yang

mempengaruhi eitika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya,

pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi (kerana

tiada pilihan lain).

3.1   Ciri Taakulan Etika

Secara universal, semua masyarakat di dunia perlu suatu cara analitikal yang konsistan

untuk mengklasifikasikan sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak. Namun ada

perkara yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu masyarakat tidak menjadi kesalahan

pada masyarakat yang lain. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya untuk minum

minuman keras, namun ada agama yang tidak menghalang pengikutnya dari mengambil

minuman berkenaan. Ini bermakna, tidak ada satu pun cara pun yang sempurna untuk di

jadikan piawaian peraturan etika. Walaubagaimana pun terdapat 5 cara atau teori yang

boleh di jadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan beretika. Teori berkenaan

adalah teori hukum alam, teori etika teleologikal klasik (Utilitarianism), Teori etika

Deontologikal klasik(Universalism), Teori pengagihah keadilan dan teori kebebasan diri

sendiri.

3.2 Teori Hukum Alam

Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan

kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan

agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah

menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan

yang ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang

pada agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak

sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan,

pemahaman dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral,etika dan nilai

murni yang berbeza.

Sebagai seorang yang beragama Islam, saya percaya bahawa pegawai saya telah berlaku

tidak adil pada pelajar tersebut. (tidak adil dalam konteks Islam ialah tidak meletakkan

sesuatu pada haknya). Dengan menidakkan hak pelajar-pelajar itu, jelas menunjukkan

pegawai itu melakukan perbuatan yang haram di sisi Islam dengan . “Islam memerintahkan

kepada kita agar kita berlaku adil kepada semua manusia. iaitu keadilan seorang Muslim

terhadap orang yang dicintai, dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci.

Sehingga perasaan cinta itu tidak bersekongkol dengan kebathilan, dan perasaan benci itu

tidak mencegah dia dari berbuat adil dan memberikan kebenaran kepada yang berhak. “ (Dr.

Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007)http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html

Page 5: Contoh Assignment

Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan

keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan

kaum kerabatmu .” (Al Quran , surah An-Nisa’: ayat 135)”. (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun

2007).

Menurut agama Islam, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, orang lain

yang menyedari kesalahannya itu wajib memberitahu atau membetulkan kesalahannya, dan

di dalam Islam ada beberapa tahap yang boleh di ikuti. Langkah yang pertama, kita

seharusnya menasihatinya secara berhikmah, dimana orang yang melakukan kesalahan

tadi akan dapat berfikir tentang kesalahan dan dosanya dan pada masa yang sama dia tidak

akan berasa hati dengan orang yang menegur. Jika ia tidak berkesan,terdapat cara yang

kedua iaitu dengan menggunakan orang yang di hormati oleh si pembuat salah untuk

menegurnya dan jika cara ini juga tidak berhasil barulah cara lebih keras boleh di lakukan,

iaitu dengan cara membawa perkara ini ke muka pengadilan. Sesuai dengan hadis

Rasulullah S.A.W dari riwayat Muslim dan Ibn Majah:-

“Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya

dengan tangannya, dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tak mampu

juga maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”

(http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg00322.html : 24 June

2007)

Jadi dengan menggunakan teori hukum alam ini, saya seharusnya menasihati pegawai

atasan saya dan jika tidak berjaya barulah saya boleh melakukan cara yang lain seperti

yang telah di bincangkan.

3.3   Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism)

Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan

atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat

seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada

kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah

masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada

keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan

suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan

suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak ada

keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti.

Berdasarkan kepaada teori ini, pegawai pemilihan itu tidak harus mengambil saudara

maranya menjadii calon yang layak mendapat tempat di universiti ini kerana ia tidak

membawa apa-apa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya

sendiri. Jika saudara maranya di pilih, pegawai itu akan di senangi oleh kaum keluarganya

sahaja, dan dia telah menyekat peluang orang lain untuk menimba ilmu. Tetapi jika pegawai

itu memberikan peluang kepada orang lain, dia telah membantu masyarakat

dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga orang lain dengan peluangnya memberikan

pelajar itu tempat dalam universiti. Dengan penggunaan teori ini , jelas keputusan yang patut

di ambil ialah memberikan tempat dalam universiti kepada orang yang memang

berkelayakan tanpa mengira status perhubungan yang terjalin antara pegawai pemilihan.

Page 6: Contoh Assignment

3.4   Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism)

Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap

seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu

dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu

baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga

sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara

satu sama lain dan tidak kelam – kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang

akan di beri layanan yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika

seseorang itu berniat baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika

seseorang itu berniat baik, maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada

kekurangan terhadap teori ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh

manakah niat baik seseorang, dan bagimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah

mustahil untuk memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai

perasaan, nilai, moral dan pemikiran yang berbeza.

Berdasarkan kepada teori ini, pegawai tersebut tidak patut mengambil calon-calon

pilihannya kerana masih lagi terdapat calon yang layak untuk mendapatkan tempat di

universiti ini. Ini kerana menurut teori ini semua manusia harus menerima layanan yang

sama. Jadi semua pelajar yang merayu akan mendapat pertimbangan yang sama dan ini

akan menyebabkan calon persendirian yang di pilih tersingkir dari senarai penganbilan

pelajar rayuan.

3.5   Teori Pengagihan Keadilan

Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia

dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia

mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini

adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan

seseorang. Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan

seseorang individu. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang

untuk sesuatu perkara itu, tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi,

berbanding pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran

dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan.

Seperti juga masalah dilema yang saya hadapi ini, pegawai atasan saya tidak mengagihkan

kesamarataan, dan tidak melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusan. Jadi,

berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai saya itu tidak membuat keputusan

yang tepat.

3.6   Teori Kebebasan Diri

Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan

kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick undang-undang –undang

atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di

tolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun

apa sahaja yang di miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai

hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. Seseorang individu di

benarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Teori

Page 7: Contoh Assignment

ini juga mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan

yang mana akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain.

Mengikut teori ini, pegawai pemilih patut di beri hak untuk memilih calon yang di kehendaki,

yang mana cara yang di lakukan oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika

dalam teori ini. walaupun impak negatifnya sanagt besar, iaitu dengan memperdagangkan

masa depan orang lain.

4.0   Masalah menurut undang-undang

Sebelum penyelesaian masalah menurut undang-undang di huraikan, eloklah di nyatakan

definisi tentang undang-undang. Undang-undang bermaksud satu set dokumen bertulis

yang mengandungi peraturan dan telah di di wartakan di dalam sesebuah masyarakat.

Tujuannya adalah untuk mengawal tingkah laku seseorang individu di dalam sesebuah

masyarakat.

Berdasarkan kepada masalah tentang ketidakadilan pemilihan pelajar rayuan, mengikut

undang-undang., selagi tiada bukti yang konkrit yang menyatakan pegawai itu bersalah ,

maka beliau tidak akan bersalah. Ini kerana undang-undang tidak dapat membuktikan

seseorang itu jujur atau tidak. Jadi , secara keseimpulannya apa yang di lakuakan oleh

pegawai itu adalah tidak salah dari segi undang-undang. Namun, dari segi etika, 4 daripada

5 etika yang di bincangkan menyatakan bahawa perbuatan pegawaiitu adalah salah. Jadi

terdapat percanggahan antara undang-undang dan etika.

5.0   Penyelesaian masalah

Kesimpulan yang dapat di buat setelah meneliti kelima-lima teori etika dan

hukum mengikut undang-undang dapatlah disimpulkan bahawa apa yang dilakukan oleh

pegawai itu adalah suatu perbuatan yang salah, tidak beretika dan bermoral kerana teori

hukum alam, teori universalism, teori utilitarians dan teori pengagihan keadilan jelas

menunjukkan apa yang dilakukan itu bertentangan dengan teori tersebut walaupun teori hak

kebebasan diri dan undang-undang menyatakan ia tidak salah.

Oleh itu saya membuat keputusan untuk memberitahu pihak atasan walaupun saya tahu

saya akan merosak serta menjejas laluan kerjaya saya . Saya berbuat demikian kerana

saya merasakan tidak ada keadilan kepada pelajar yang layak dan saya harus menegakkan

keadilan bagi mereka. Saya juga percaya kepada konsep teori pengagihan keadilan. Selain

itu saya berpegang kepada teori utilitarian yang mana jika saya tidak menyekat kegiatan

pegawai saya itu, ia akan menjadikan ramai golongan yang keciciran dari arus

pendidikan dan ini seterusnya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara

kerana kehilangan banyak cerdik pandai di negara ini. Justeru walaupun saya terpaksa

menghadapi risiko pada kerjaya, saya tetap megambil keputusan itu kerana saya

mengetahui apa yang saya lakukan adalah suatu keputusan yang terbaik.

6.0 Rujukan

Page 8: Contoh Assignment

1. Prof. Dr Ansary Ahmad et. al. (2007). Open University Malaysia:OUMM3203 –

Professional Ethics.. Kuala Lumpur. MeteorDoc Sdn. Bhd.

2. Majid Fakhry (1994). Ethical Theories In Islam. New York. E.J. Brill.

3. Thiroux, Jacques P (2001). Ethics: Theory And Practice . SaddleRiver. Prentice

Hall.

4. Mohd Janib Johari (2001). Etika Profesional. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

5. Dr Yusuf Qardhawi (2007). Sistem Masyarakat Islam Dalam Al-Quran dan

Sunnah published athttp://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html