contoh assignment muzik

Upload: maznoorwati

Post on 10-Oct-2015

341 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

muzik merupakan salah satu pembentukan kognitif kepada kanak-kanak....terutama kanak-kanak 4 tahun

TRANSCRIPT

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    1/14

    0

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER 5 / MEI 2012

    HBMS 1203

    PENGAJARAN MUZIK 1

    NAMA : NURAZILA BT SALLEH @ SALIM

    NO. MATRIKULASI : 801029105202

    NO. KAD PENGNEALAN

    : 801029105202001

    NO. TELEFON : 0133425733

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    2/14

    1

    Bil Kandungan Muka surat

    1. Pengenalan 2

    2. Pemilihan Lagu 3

    Lima Sebab Pemilihan Lagu 4

    3. Kaedah Pengajaran 5-6

    4. Konsep Muzik 7

    5. Rancangan Pengajaran Harian 7-9

    6. Skor lagu dan corak irama permainan alat perkusi 10

    7. (Program Encore) Kord pada papan 11

    8. Kesimpulan 12

    9. 9.0 Rujukan 13

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    3/14

    2

    PENGENALAN

    Nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan dua komponen penting dalam

    pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Oleh yang demikian, pengajaran

    yang baik dan berkesan memerlukan pendidik ataupun guru muzik yang benar-benar menguasai

    dan memahami bidang tersebut supaya proses pengajaran dan pembelajaran muzik menjadi lebih

    bermakna. Ini adalah kerana nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan sesuatu yang

    menyeronokkan bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, tidak memadai hanya untuk

    keseronokan. Secara umumnya, kedua-dua komponen ini memberi penumpuan dan penegasan

    kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan pengeluaran suara.

    Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah

    rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain

    muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya

    dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga

    membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi

    murid berpeluang meneroka kreativiti mereka.

    Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan

    toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan

    semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut

    teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkanteknik yang betul mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik

    dari awal lagi untuk memainkan sesuatu alat perkusi. (Sumber : Kementerian Pendidikan

    Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan

    Kurikulum.)

    Melalui aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi ini juga guru dapat menilai dan

    menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini dapat memberi peluang

    kepada kanak-kakak untuk menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Di

    samping itu, aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi juga dapat membantu memberikan

    kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan

    kebebasan berkarya secara kreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Dengan cara ini, mereka

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    4/14

    3

    dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti

    nyanyian ini dijalankan.

    PILIHAN LAGU KANAK-KANAK

    Berdasarkan kepada tugasan HBMS1203 ( Pengajaran Muzik 1 ) saya telah memilih lagu kanak-

    kanak yang sepanjang 16 renj bertajuk Ciptaan Tuhan .

    Ciptaan Tuhan

    Ayuh kawanku, Kita ke taman ,

    Melihat bunga , Indah berseri,

    Ikan di kolam, Menari-nari,

    Sungguh indahnya,

    Ciptaan Tuhan.

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    5/14

    4

    LIMA SEBAB LAGU SESUAI DIGUNAKAN DALAM KELAS NYANYIAN

    Pemilihan lagu yang baik bergantung kepada aspek-aspek usia, minat dan keupayaan murid.

    Terdapat beberapa garis panduan yang perlu di ikuti semasa pemilihan lagu untuk pengajaran

    dan pembelajaran pendidikan muzik.

    1. Lagu sesuai dengan renj suara dan lirik yang mudah

    Bagi suara nyanyian, pic terendah dan pic tertinggi adalah dikenali sebagai renj suara.

    Pemilihan lagu Ciptaan Tuhan untuk tugasan ini dilihat bersesuaian dengan renj suara

    kanak-kanak iaitu dalam lingkungan not D dan A hingga not C tengah. Dengan lirik yang

    mudah serta ringkas lagu ini dapat membolehkan murid menyanyi dengan mudah dan dapat

    meghafal liriknya dengan cepat. Selain itu bait-bait liriknya yang mudah mampu

    memberikan peluang kepada murid-murid tahap satu menyanyikan lagu ini dengan betul.

    2. Nada yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

    Kesesuaian nada dalam penyampaian nyanyian adalah sangat penting kerana sekiranya lagu

    yang dipilih mempunyai nada yang terlalu rendah ataupun terlalu tinggi ia akan menyukarkan

    murid untuk mengawal lontaran suara sekaligus akan menyebabkan sesebuah lagu itu

    sumbang. Oleh itu, nada lagu pilihan ini amat sesuai sekali untuk murid tahun 1.

    3. Irama yang mudah dan susunan melodi yang menarik.

    Jika dilihat dari segi irama, lagu Ciptaan Tuhan ini menggunakan corak irama rentak inang

    yang melodinya yang menarik dan harmoni serta mudah untuk dihafal oleh murid.

    4. Berkaitan dengan sesuatu perayaan ataupun peristiwa.

    Selain daripada menyanyi untuk keseronokan murid juga didedahkan dengan keadaan

    sekeliling melalui senikata lagu di mana secara tidak langsung murid belajar tentang sesuatu

    yang berlaku di persekitaran mereka.

    5. Mud lagu yang riang dan pelbagai.

    Melalui lagu ini juga, murid dapat mengekspresikan mud dan membuat gerakan bebas atau

    berpandu untuk menunjukkan mud riang dan bersemangat. . Dengan menggunakan lagu ini

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    6/14

    5

    sebagai lagu dalam kelas nyanyian akan memudahkan guru melakukan pelbagai aktiviti

    sampingan ketika mengajar dan tidak hanya akan menumpukan pada nyanyian sahaja. Guru

    boleh mengadaptasi lagu ini dengan melakukan gerakan sambil menyanyi. Selain itu guru

    boleh melakukan aktiviti bermain alat perkusi ketika menyanyi. Ini akan memberikan

    keseronokkan pada murid.

    KAEDAH PENGAJARAN

    Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah

    kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui

    kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu

    bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah-kaedah yang digunakan

    untuk mengajar lagu adalah:

    a) Kaedah keseluruhan lagu

    b) Kaedah baris demi baris

    c) Kaedah solfege dengan isyarat tangan Curwen

    d) Kaedah menggunakan carta bola ping pong

    e) Kaedah solfaf) Kaedah sebahagian-sebahagian (parth method or chime in method)

    g) Kaedah melakar bertema

    Berdasarkan kepada kaedah-kaedah mengajar lagu di atas, saya telah memilih kaedah

    yang pertama iaitu Kaedah Keseluruhan Lagu. Pemilihan kaedah ini dibuat kerana teknik ini

    adalah teknik yang berkesan dan sesuai untuk mengajar lagu pendek.

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    7/14

    6

    Langkah-langkah Mengajar Lagu Ciptaan Tuhan

    a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.

    - Sebagai langkah pertama, saya akan memperdengarkan lagu Ciptaan Tuhan kepada

    murid secara keseluruhan dengan muziknya berulang-ulang sebanyak tiga hingga empat

    kali supaya murid dapat mengingati corak irama dan melodi lagu tersebut.

    b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik.

    - Saya akan menggunakan kemahiran vokal untuk menyanyikan lagu Ciptaan Tuhan

    dengan iringan dan tanpa iringan muzik. Dalam masa yang sama murid akan memerhati

    notasi lagu dan mendengar dengan teliti lagu yang dinyanyikan.

    c) Membimbing murid menyebut lirik lagu secara keseluruhannya.

    - Murid akan dibimbing membaca dan menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul secara

    keseluruhan.

    d) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal

    a,e,i,o,u) berulang-ulang.- Murid akan menghummingkan keseluruhan lagu secara berulang-ulang.

    e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

    - Akhir sekali, dengan iringan muzik murid menyanyikan keseluruhan lagu Ciptaan

    Tuhan

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    8/14

    7

    2 KONSEP MUZIK DAN RANCANGAN MENGAJAR

    Berdasarkan kepada 7 konsep asas pengajaran muzik, saya telah memilih untuk mengaplikasikan

    2 konsep dalam pengajaran lagu Ciptaan Tuhaniaitu irama dan ekspresi.

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

    Kelas : Satu Adil

    Masa : 8.45 pagi9.15 pagi

    Bilangan murid : 25 orang

    Fokus : Sebutan lirik - pergerakan mengikut lirik

    Standand Kandungan : Pengalaman Muzikal1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau

    berkumpulan.2. Membuat pergerakan mengikut muzik.

    Standard Pembelajaran 1. Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang

    betul.

    2.

    Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mudmuzik. - lagu aksi ( action song)

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

    boleh:

    1. Menyanyi lagu mengikut sebutan yang betul sambil

    melakukan gerakan.

    Pengetahuan Sedia ada : 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu denganmelakukan pergerakan

    Bahan Bantu Mengajar : CD 1 Ciptaan Tuhan (vokal)

    Ciptaan Tuhan ( instrumental)Laptop, LCD Projector

    Penyerapan Nilai : Kerjasama, berkeyakinan

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    9/14

    8

    Masa/

    Langkah

    Isi Kandungan Aktiviti

    Pengajaran & Pembelajaran

    Strategi

    P&P/ABM/Nilai

    Set Induksi(5 minit)

    Memperkenalkanlagu

    1.Guru menayangkan slaid

    powerpoint lirik lagu Ciptaan

    Tuhan

    2. Guru memainkan rakaman lagu ini

    secara keseluruhan.

    1.

    Murid memerhatilirik lagu yang

    dipamerkan

    sambil

    mendengar lagu

    yang dimainkan

    BBM :

    Laptop, LCD

    Langkah 1

    ( 5 Minit)

    Menyanyikan

    lagu secara

    humming

    1. Guru memainkan notasi lagu baris

    demi baris melalui slaid

    powerpoint yang ditayangkan.

    2. Murid mendengar dengan teliti.

    3. Guru membimbing murid

    menyanyikan lagu dengan

    hummingkan la mengikut notasilagu yang dimainkan.

    1. Murid-murid

    memerhati dan

    mendengar

    dengan teliti.

    2. Murid-murid

    menghumming

    kan lagu inidengan

    bimbingan guru.

    Nilai : Berdikari,

    teliti, sabar.

    Langkah 2

    ( 10 minit )

    Menyebut lirik

    lagu Ciptaan

    Tuhan

    dengan jelas

    mengikut irama

    1.Guru menyebut lirik mengikut

    irama lagu

    2. Guru menayangkan slaid

    powerpoint baris lagu.

    3. Guru membimbing murid

    1. Murid

    mendengar

    kemudian

    menyebut lirik

    lagu mengikut

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    10/14

    9

    lagu.

    Menyanyikan lagu

    baris demi baris

    membaca dan menyanyikan baris

    demi baris lagu yang dipaparkan.

    4. Guru memilih beberapa orang

    murid menyanyikan baris lagu

    tersebut dan diulangi dengan

    baris-baris berikutnya.

    5. Guru membimbing murid

    menyanyi keseluruhan lagu.

    6. Murid menyanyikan keseluruhan

    lagu.

    irama lagu.

    2. Murid-murid

    memerhati dan

    mendengar

    dengan teliti.

    3. Murid-murid

    menyanyikan

    lagu ini.

    4. Murid menyanyi

    sambil menepuk

    tangan.

    Nilai : Berdikari,

    Langkah 3

    ( 5 minit )

    Menyanyi sambil

    melakukan

    gerakan

    1.Guru meminta murid melakukan

    gerakan bebas berpandukan lirik

    lagu dan mud riang

    2.Guru menunjukkan gerakan

    sebenar berpandukan lirik lagu.

    Contoh: gerakan ikan menari riang3.

    Murid meniru dan melakukan

    gerakan yang dilakukan oleh guru.

    4. Murid menyanyikan lagu sambil

    melakukan gerakan

    1. Murid melakukan

    gerakan bebas.

    2. Murid memerhati

    gerakan yang

    dilakukan oleh

    guru.3. Murid menyanyi

    sambil

    melakukan

    gerakan.

    Penutup

    ( 5 minit )

    Mengimprovisasi

    kan lirik dengan

    lagu

    1. Guru menggunakan lagu Nenek

    Si Bongkok Tiga

    2. Guru mengimprovisasikan lagu

    dengan pergerakan yang sesuai

    1. Murid mendengar

    lagu.

    2. Murid melakukan

    pergerakan yang

    sesuai dengan

    lirik lagu.

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    11/14

    10

    ANALISIS SKOR LAGU DAN CORAK IRAMA PERMAINAN ALAT PERKUSI (

    PROGRAM ENCORE)

    CORAK IRAMA TIGA ALAT PERKUSI TANPA PIC

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    12/14

    11

    KEDUDUKAN KORD-KORD LAGU CIPTAAN TUHAN PADA PAPAN KIBOD

    Kord Dm

    Kord Gm

    KordA7

    Kord D

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    13/14

    12

    KESIMPULAN

    Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memainkan peranan yang amat

    penting untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah

    pengajaran perlu dilakukan agar murid tidak mudah berasa bosan dalam P&P. kaedah- kaedah

    pengajaran dapat membantu dan melatih guru membuat perancangan dan rancangan pengajaran

    muzik ( nyanyian) berperingkat-peringkat dan menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan

    secara menyeluruh.

    Kepelbagaian kaedah mengajar , pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran

    yang menepati gaya pembelajaran murid yang berbeza akan menghasilkan pembelajaran yang

    efektif, menarik dan bermakna. Selain itu, guru juga harus pandai memilih, menambah, menukar

    dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keperluan dan

    keupayaan murid-murid di dalam bilik darjah.

  • 5/20/2018 Contoh assignment muzik

    14/14

    13

    RUJUKAN

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah

    Rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.

    C.H Lee (2004).Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Rhythm Distributor Sdn. Bhd

    Kheng L.P, (1994).A Book Of Musical Terms & Musical Instruments Malaysia: Rhythm

    Distributor Sdn. Bhd

    Loh, P.K.(1991).A handbook of music theory.Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

    Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003).Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR.Pusat

    Perkembangan Kurikulum.

    . Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif Pusat

    Perkembangan Kurikulum.