combine

21
1 1.0 Pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang selaras dan dapat memenuhi keperluan negara serta menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial ekonomi dan politik Malaysia. Antara strategi untuk mencapai matlamat ini, adalah dengan membina satu kurikulum yang selaras untuk semua institusi pendidikan rendah dan pendidikan menengah. Sungguhpun sistem pendidikan negara dibekalkan dengan satu kurikulum yang selaras, akan tetapi masih wujudnya pencapaian yang berbeza di kalangan pelajar di peringkat rendah mahupun menengah. Isu jurang pencapaian pelajar dalam bidang akademik telah lama diperkatakan. Ianya bukanlah isu setempat, tetapi juga hangat diperdebat diperingkat global. Walaubagaimanapun, penulisan ini akan memfokuskan kepada jurang pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Sudah banyak kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli akademik untuk menyiasat sebab wujudnya jurang pencapaian pelajar dalam dua matapelajaran tersebut. Hasil-hasil kajian inilah yang menjadi asas kepada perubahan- perubahan dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Sebagai contoh, kita melihat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memberi impak yang negatif kepada pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut, maka kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil pendekatan membatalkan dasar tersebut dan mengembalikan medium pengantaraan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Sains dan Matematik kepada bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Menurut majalah Education Week, jurang pencapaian pelajar merujuk kepada jarak pencapaian dalam bidang akademik oleh dua kumpulan pelajar yang berbeza. Perbezaan pencapaian ini diukur melalui ujian standard, pemilihan kursus pengajian di universiti, kadar pelajar yang menamatkan pengajian dan juga kadar keciciran. Bagi pendidikan di sekolah, penanda aras yang paling sesuai untuk mengukur jurang pencapaian ini adalah pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Penulisan ini akan mengupas faktor- faktor yang menyumbang kepada wujudnya jurang pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik dan Sains iaitu faktor luar bandar-bandar, iklim sekolah, faktor bahasa, kualiti guru dan juga motivasi pelajar.

Upload: atiqah-aizan

Post on 19-Jan-2015

1.411 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Combine

1

1.0 Pengenalan

Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan

yang selaras dan dapat memenuhi keperluan negara serta menggalakkan perkembangan

kebudayaan, sosial ekonomi dan politik Malaysia. Antara strategi untuk mencapai matlamat ini,

adalah dengan membina satu kurikulum yang selaras untuk semua institusi pendidikan rendah

dan pendidikan menengah. Sungguhpun sistem pendidikan negara dibekalkan dengan satu

kurikulum yang selaras, akan tetapi masih wujudnya pencapaian yang berbeza di kalangan

pelajar di peringkat rendah mahupun menengah. Isu jurang pencapaian pelajar dalam bidang

akademik telah lama diperkatakan. Ianya bukanlah isu setempat, tetapi juga hangat diperdebat

diperingkat global. Walaubagaimanapun, penulisan ini akan memfokuskan kepada jurang

pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Sudah banyak kajian-kajian yang

dilakukan oleh ahli-ahli akademik untuk menyiasat sebab wujudnya jurang pencapaian pelajar

dalam dua matapelajaran tersebut. Hasil-hasil kajian inilah yang menjadi asas kepada perubahan-

perubahan dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Sebagai contoh, kita melihat Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memberi impak yang

negatif kepada pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut, maka kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil pendekatan membatalkan dasar tersebut dan

mengembalikan medium pengantaraan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi

matapelajaran Sains dan Matematik kepada bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Menurut

majalah Education Week, jurang pencapaian pelajar merujuk kepada jarak pencapaian dalam

bidang akademik oleh dua kumpulan pelajar yang berbeza. Perbezaan pencapaian ini diukur

melalui ujian standard, pemilihan kursus pengajian di universiti, kadar pelajar yang menamatkan

pengajian dan juga kadar keciciran. Bagi pendidikan di sekolah, penanda aras yang paling sesuai

untuk mengukur jurang pencapaian ini adalah pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar dalam

peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Penulisan ini akan mengupas faktor-

faktor yang menyumbang kepada wujudnya jurang pencapaian pelajar dalam matapelajaran

Matematik dan Sains iaitu faktor luar bandar-bandar, iklim sekolah, faktor bahasa, kualiti guru

dan juga motivasi pelajar.

Page 2: Combine

2

2.0 Luar Bandar-Bandar

Bagaimana luar-bandar-bandar menjadi faktor kepada berlakunya jurang pencapaian pelajar

dalam matapelajaran Sains dan Matematik? Tidak dapat dinafikan secara puratanya, pencapaian

pelajar di Bandar adalah lebih baik daripada pelajar di luar Bandar. Hal ini adalah kerana pelajar

di bandar dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti bahan rujukan di

sekolah, bahan rujukan di perpustakaan awam dan juga kewujudan pusat-pusat tuisyen yang

berkualiti dan pelbagai. Pelajar di bandar juga rata-rata datangnya dari keluarga yang

mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik dan kedudukan ekonomi yang kukuh. Jadi,

ibubapa pelajar mampu menyediakan sumber dan bahan rujukan untuk tujuan ulangkaji pelajaran

sebagai persiapan menghadapi peperiksaan. Sekolah-sekolah di bandar juga mempunyai sumber

kewangan yang kukuh melalui penajaan mahupun bantuan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru

(PIBG) Dengan ini, mereka mampu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan bahan-bahan

rujukan tambahan yang diperlukan pelajar. Selain itu juga, pelajar di bandar-bandar dapat

memanfaatkan kemudahan teknologi untuk tujuan pembelajaran. Sekolah-sekolah dibandar

mempunyai kelebihan untuk melengkapkan sekolah mereka dengan kemudahan internet yang

membolehkan pelajar membuat ulangkaji dengan bahan-bahan yang di dapati daripada internet.

Malahan, pelajar-pelajar di bandar-bandar juga boleh memanfaatkan kemudahan internet di

rumah masing-masing kerana sebahagian besarnya datang dari keluarga yang berkemampuan

untuk menyediakan kemudahan internet dirumah masing-masing.

Berbeza dengan pelajar diluar bandar yang kurang mendapat peluang sepertimana pelajar

di bandar-bandar. Pelajar di luar bandar selalunya hanya berpeluang untuk belajar di bilik darjah

dari guru masing-masing kerana kemudahan infrastruktur dan prasarana yang tidak begitu baik.

Malahan, di sesetengah kawasan, bekalan elektrik mereka hanyalah 12 jam sehari. Hal ini

membantutkan proses pembelajaran mereka. Begitu juga dengan sumber-sumber rujukan.

Pelajar-pelajar di luar bandar terpaksa bergantung harap dengan bahan-bahan yang di sediakan di

sekolah atas inisiatif guru-guru mereka. Sekolah-sekolah di luar bandar yang menempatkan

pelajar yang datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah. Ada di antara mereka tidak

mampu menghantar anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen. Dapat

kita lihat, pelajar-pelajar di bandar-bandar besar mempunyai kelebihan berbanding pelajar di luar

bandar dari segi akses kepada maklumat.

Page 3: Combine

3

Hal ini selari dengan satu kajian yang dijalankan di Malaysia. Dapatan kajian itu

mendapati, keyakinan diri mempelajari Matematik, mempunyai bilangan buku yang banyak di

rumah, kekerapan menggunakan computer, dan kaum bukan Melayu mempunyai hubungkait

yang tinggi dengan pencapaian yang baik dalam matapelajaran Matematik. Matapelajaran

Matematik dan Sains itu sendiri memerlukan pemahaman konsep yang baik dan latih tubi yang

berterusan untuk membolehkan pelajar menguasai kedua-dua matapelajaran tersebut. Oleh itu,

maklumat-maklumat tambahan yang mereka dapati daripada luar bilik darjah juga adalah penting

untuk mereka mengukuhkan pemahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran tersebut.

Ada beberapa langkah dan pendekatan yang di ambil oleh pihak kerajaan dalam usaha

untuk mengurangkan jurang ini yang disebabkan oleh faktor luar bandar-bandar ini. Antaranya

ialah, pada September 2002, kerajaan telah memperkenalkan Skim Baucar Tuisyen (SBT)

kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka turut sama

mendapat manfaat daripada kelas tambahan sepertimana pelajar-pelajar di bandar yang datang

daripada keluarga yang berkemampuan. SBT secara spesifik memberi penekanan kepada

matapelajaran penting iaitu Sains dan Matematik dan termasuk juga Bahasa Inggeris. Baru-baru

ini juga, kerajaan telah melancarkan skim Inisiatif Jalur Lebar Negara untuk membolehkan

pelajar-pelajar dan keluarga yang berpendapatan rendah memanfaatkan kelebihan teknologi. Di

bawah skim ini, kerajaan telah mengagihkan sejumlah sejuta Netbook 1 Malaysia secara

percuma kepada pelajar-pelajar yang layak. Di bawah program ini, pelajar diberikan komputer

riba secara percuma untuk membolehkan mereka memanfaatkan teknologi untuk tujuan

pembelajaran. Dengan adanya komputer riba tersebut yang dilengkapi dengan kemudahan

internet, pelajar dapat menggunakan teknologi tersebut untuk berkomunikasi dengan rakan

pelajar yang lain. Selain itu juga, mereka dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari

maklumat-maklumat yang di perlukan untuk membantu proses pembelajaran mereka.

Walaubagaimanapun, masih wujud isu-isu lain yang di ketengahkan setelah usaha-usaha ini

diperkenalkan. Sebagai contoh, ada sesetengah pihak mempersoalkan adakah satu usaha dibuat

untuk memastikan pelajar-pelajar yang diberikan bantuan komputer riba ini memanfaatkan

sepenuhnya bantuan yang diberikan untuk tujuan pendidikan. Adakah bentuk bantuan ini benar-

benar membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian akademik terutamanya dalam

matapelajaran Matematik dan juga Sains?

Page 4: Combine

4

3.0 Budaya Sekolah

Moos (1979) mendefinisikan budaya sekolah sebagai „suasana pembelajaran‟ didalam

sekolah. Gary Philips (1993) pula mendefinisikan budaya sekolah sebagai “kepercayaan, dan

kelakuan yang mencerminkan sekolah dari segi: interaksi antara setiap individu dalam sekolah,

bagaimana mereka menghormati satu sama lain, sejauh mana individu merasa diperlukan dan

dihargai; dan amalan-amalan dan tradisi yang menjadi teras keutuhan dan kekuatan silaturrahim

antara mereka.” Pendek katanya budaya sekolah mencerminkan perkongsian idea, nilai dan

kepercayaan yang memberikan sesuatu organisasi itu identiti dan membentuk perilaku ahli-

ahlinya. Idea-idea dan nilai-nilai ini tertanam didalam teras organisasi dan biasanya terlaksana

secara tanpa sedar, sehingga adakalanya kehadiran dan kepentingan mereka dilupakan.

Kefahaman yang dikongsi oleh tenaga pengajar, bukan pengajar dan pelajar membentuk respon

mereka terhadap permintaan dari luar (komuniti dan ibubapa) dan dari dalam (Pejabat

Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementrian Pelajaran). Budaya sekolah terbentuk dengan

mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku untuk menjadi panduan kelakuan dimasa hadapan.

3.1 Komponen Budaya Sekolah

Budaya sesuatu sekolah boleh dilihat dari segi persekitaran, lagenda dan etika kelakuan

sekolah tersebut. Ciri-ciri budaya yang boleh dinilai termasuk artifak dan simbol, nilai-nilai

murni dan tanggapan organisasi tersebut terhadap ahli-ahlinya.

3.1.2 Artifak dan Simbol

Artifak dan simbol lebih menerangkan tentang fizikal sesuatu sekolah, dari segi

rekabentuk dan susunatur bangunannya hinggalah hiasan didalam sekolah. Murid lebih

terdorong untuk belajar jika persekitaran mendorong mereka untuk belajar. Ini termasuk

penyediaan ruang belajar yang cukup dan tersedia dengan alatan dan bahan yang mereka

perlukan serta rekod pencapaian pelajar-pelajar yang lalu supaya mereka tahu apa yang diterima

sebagai „cemerlang‟. Secara tanpa sedar murid mencari „role model‟ dari dalam sekolah tersebut

untuk dicontohi. Ini pentingnya sekolah memaparkan kejayaan-kejayaan lalu untuk dikongsi

Page 5: Combine

5

oleh murid supaya mereka terasa terdorong untuk mengulang kembali kejayaan tersebut atau

mengekalkannya, sekaligus mewujudkan perasaan bangga murid terhadap sekolah.

3.1.3 Nilai-Nilai Murni

Nilai-nilai murni adalah bagaimana pihak pentadbir, guru-guru dan ibubapa dan komuniti

berinteraksi antara satu-sama lain. Sekolah yang penyayang menghargai penglibatan ibubapa

dalam membantu menguruskan anak didik mereka. Dalam kajian mereka Hoover-Dempsey,

Walker et al (2000) telah mendapati bahawa peningkatan penglibatan ibubapa meningkatkan

tahap kecekapan mereka dalam menguruskan sekolah dan murid. Ini menunjukkan kepentingan

sekolah untuk berbincang dengan ibubapa tentang apa-apa keputusan yang mereka ingin

laksanakan yang melibatkan murid. Penglibatan komuniti dengan sekolah melalui-program-

program yang dianjurkan oleh salah-satu pihak atau keduanya juga membolehkan komuniti

melihat sejauh mana sekolah melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik generasi akan

datang, sekaligus merapatkan hubungan antara semua pihak.

3.1.4 Tanggapan Sekolah

Sekolah yang mempunyai tanggapan positif terhadap murid mendorong murid untuk

memenuhi tanggapan positif tersebut. Antara tanggapan positif yang dapat meningkatkan

prestasi akademik murid adalah „Semua murid mampu berjaya‟, „Semua ibubapa mahu anak-

anak mereka berjaya‟ dan „Ibubapa merupakan rakan dalam mendidik pelajar‟.

3.1.5 Iklim Sekolah

Moss (1979) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suatu sistem sosial yang membentuk

persekitaran pembelajaran. Ia terlahir dalam perasaan dan perilaku pelajar, guru, kakitangan dan

ibubapa tentang sekolah itu sendiri, yakni apakah impresi harian mereka tentang sekolah.

Iklim sekolah adalah komponen penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Didalam laporan ini iklim sekolah dikategorikan kepada empat aspek iaitu persekitaran fizikal,

sosial, affektif dan akademik.

Page 6: Combine

6

3.1.6 Persekitaran Fizikal

Persekitaran fizikal adalah persekitaran maujud kondusif atau tidak kondusif untuk

belajar. Ini termasuk menghadkan bilangan pelajar dalam bilik darjah supaya guru dapat

memberi tumpuan kepada semua murid, mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa

supaya mereka dapat menumpukan pada pelajaran tanpa gangguan, memastikan kawasan

sekolah kemas dan teratur, meminimakan gangguan bunyi serta memastikan semua alatan dan

bahan untuk belajar mencukupi untuk semua pelajar.

3.1.7 Persekitaran Sosial

Persekitaran sosial adalah persekitaran yang menggalakan komunikasi dan interaksi.

Persekitaran sosial yang kondusif menggalakkan pelajar dan guru berkomunikasi dengan aktif,

dimana guru sebagai fasilitator mengendalikan pelajar yang berdiskusi secara kumpulan. Pelajar

digalakkan berbincang tentang apa yang mereka pelajari dalam kelas bersama dengan ibubapa.

Di luar kelas pula pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aspek-aspek tertentu

pengurusan seperti disiplin pelajar (badan pengawas dan badan disiplin kerohanian), aktiviti

kokurikulum (pengurusan kelab, aktiviti luar), pengurusan akademik dan sebagainya. Interaksi

sebegini membolehkan pelajar lebih memahami struktur sesuatu organisasi dan mengeratkan

hubungan antara kakitangan sekolah dan murid. Dengan melibatkan pelajar dalam proses

pentadbiran, konflik yang melibatkan pelajar boleh dikenalpasti dan diatasi pada peringkat awal.

3.1.8 Persekitaran Afektif

Persekitaran afektif adalah persekitaran yang menggalakkan rasa kepunyaan dan

keyakinan diri. Interaksi antara staf dan pelajar yang penyayang, responsif, dan saling

menghormati antara kunci melahirkan persekitaran afektif yang positif. Persekitaran afektif yang

positif membawa kepada perasaan percaya dan keyakinan pelajar dalam kewibawaan guru, yakni

pelajar lebih reseptif terhadap pengajaran guru di dalam dan di luar kelas. Apabila guru

dipandang tinggi, mereka akan lebih bersemangat untuk mengajar. Persekitaran yang berfikiran

terbuka dan tidak berperasangka memboleh pelajar dari semua lapisan masyarakat dan kaum

Page 7: Combine

7

belajar tanpa takut dan sangsi. Persekitaran afektif ini dapat dirasa oleh semua individu dalam

sekolah; jika pelajar merasakan persekitarannya positif beliau akan lebih suka berada di sekolah

dan akan sentiasa menceritakan hal-hal positif sekolah kepada ibubapa, sekaligus menaikkan

nama baik sekolah di mata komuniti setempat.

3.1.9 Persekitaran Akademik

Persekitaran akademik adalah persekitaran yang menggalakkan proses pembelajaran dan

kemahiran kendiri. Persekitaran akademik yang positif akan menggalakkan prestasi akademik

yang cemerlang. Sekolah yang efektif mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran untuk

memastikan isi kandungan matapelajaran dapat difahami dengan mendalam. Pelajar diajar

dengan menggunakan teknik pembelajaran yang paling sesuai dengan diri mereka.

Walaubagaimana pun harapan sekolah terhadap pelajar kekal tinggi untuk memastikan pelajar

tidak lali dengan kejayaan mereka. Pelajar sentiasa dicabar untuk meningkatkan lagi prestasi

akademik selagi guru merasakan mereka belum lagi memenuhi potensi diri. Semua ujian

pengukuhan dianalisis dan kelemahan dalam topik diberi perhatian oleh guru untuk diperbaiki.

Persekitaran akademik yang positif juga menghargai usaha murid dalam mencapai

kecemerlangan dengan memberikan pujian dan ganjaran yang sewajarnya. Ini merupakan satu

bentuk motivasi bukan sahaja kepada pelajar tersebut, tetapi juga bagi pelajar lain yang masih

belum mencapai kecemerlangan.

3.2 Kesimpulan

Budaya sekolah dan iklim sekolah yang positif akan membawa kepada pencapaikan

akademik yang tinggi. Sekolah wajar mengambil langkah menanam nilai-nilai positif dalam diri

pelajar dengan memastikan iklim sekolah selaras dengan apa yang hendak dicapai.

Page 8: Combine

8

4.0 Faktor Kekangan Bahasa

Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di mana bahasa merupakan pengantara antara pengajar dan juga pelajar untuk berkomunikasi.

Menurut Gorys Keraf (1997), Bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa

simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Mungkin ada yang keberatan dengan

mengatakan bahawa bahasa bukan satu-satunya alat untuk mengadakan komunikasi. Mereka

menunjukkan bahawa dua orang atau pihak yang mengadakan komunikasi dengan

mempergunakan cara-cara tertentu yang telah disepakati bersama.

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat

meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik yang diajar di sekolah

membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan

kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang kritis serta bersistematik.

Perlaksanaan dasar pengajran bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

(PPSMI) telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar dengan

perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Ia dikuatkuasakan pada tahun

2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan juga tingkatan 6 rendah. Menurut Musa

Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan bahasa

Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasa

Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaan

ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan

teknologi maklumat.

Namun begitu, dasar PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012 juga secara

berperingkat. Hal ini menunjukkan, Negara kita masih tidak mampu untuk menggunakan

pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Iggeris. Menurut satu kajian yang dijalankan

iaitu “ Trends in Mathematics and Sciences Study (TIMSS)” di mana kajian ini dilakukan empat

tahun sekali. Pada tahun 2003 Malaysia berada pada kedudukan yang ke 10 daripada 60 negara

yang terlibat. Pada tahun 2007, Malaysia berada pada kedudukan yang ke 16. Hal ini

menunjukkan bahawa tahap pencapaian Matematik Negara kita semakin merosot di sebabkan

oleh penukaran daripada pengajaran Matematik dalal Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris.

Page 9: Combine

9

4.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permasalahan Pembelajaran Matematik

Dalam Bahasa Inggeris

Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar

untuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Antara faktor-faktor tersebut

ialah faktor bahasa penghantar, pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaan

Bahasa Inggeris pelajar, persekitaran pengajaran dan pembelajaran, tanggapan pelajar terhadap

Bahasa Inggeris.

4.1.1 Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi

pelajaran serta mencapai objektif pelajaran. Jumrang (2004) menyatakan, jika pelajar tidak

memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan

pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah

pembelajaran kepada pelajar tersebut.

4.1.2 Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris

Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam

akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat

(Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan

peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar

untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Apabila guru

mengunakan bahasa inggeris pelajar akan kuaran berkomunikasi dengan guru kerana mereka

tidak faham apa yang diterangkan oleh guru dan menyebabkan pelajar semakin kurang berminat

untuk belajar matematik.

Page 10: Combine

10

4.1.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar

Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta

mempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Erwin (1984), mendapati bahawa dengan

kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya

perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang

dipelajari.

Masalah-masalah yang di hadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan

pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat.

Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam

bahasa Inggeris. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat memperbaiki bahasa Inggeris dan

seterusnya menghadapi masalah pembelajaran Matematik.

4.1.4 Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran

Kajian Bell (1988) mendapati faktor yang menjurus kepada kelemahan pembelajaran

Matematik di kalangan pelajar adalah disebabkan faktor keluarga dan juga persekitaran. Menurut

kajian yang dilakukan oleh Gilliland (1996), persekitaran yang bising akan mengganggu proses

pengajaran. Di samping itu, akan menyebabkan kurangnya perhatian pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan tekanan emosi, mengganggu pandangan dan

melemahkan daya berfikir pelajar. Ini menimbulkan masalah pembelajaran dalam kalangan

pelajar.

4.1.5 Tanggapan Pelajar Terhadap Bahasa Inggeris.

Tanggapan pelajar terhadap pengajaran Matematik dalam bahsa inggeris juga merukan

faktor pelajar tidak dapat mempelajari Matematik dalam bahasa inggeris. Mereka menganggap

Bahasa inggeris itu sendiri sukar untuk dipelajari dan lebih sukar untuk mereka untuk

mempelajari bahasa tersebut dalam subjek matematik. Kebanyakan pelajar juga tidak suka

belajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan kajian oleh Aziz (2005),

Page 11: Combine

11

majoriti pelajar tidak bersetuju belajar Matematik dalam bahasa Inggeris sebaliknya bersetuju

sekiranya menggunakan bahasa Melayu.

4.2 Kesan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Cara Mengatasinya.

Banyak kesan daripada pengajaran Matematik dalam bahasa inggeris iaitu prestasi pelajar

dalam subjek matematik semakin menurun dan jurang pencapaian pelajar Bandar dan luar

Bandar semakin meningkat. Pelajar juga semakin kurang berminat dengan matematik walaupun

mereka sebenarnya minat dalam subjek Matematik.

Antara cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah usaha untuk memperbaiki kelemahan

pelajar dalam subjek bahasa inggeris itu sendiri. Apabila kita dapat memantapkan bahasa

inggeris pelajar akan lebih mudah untuk memahami pengajaran Matematik dalam Bahasa

Inggeris serta mudah untuk membuat rujukan dalam bahasa tersebut. Seterusnya , kualiti guru

untuk mengajar subjek matematik dalam bahasa inggeris perlu dipertingkatkan. Kemudahan

prasana di sekolah juga perlu untuk mewujudkan persekitara pembelajaran yang kondusif.

Pelajar juga haruslah memotivasikan dirinya untuk berdepan dengan pengajaran matematik

dalam Bahasa inggeris. Faktor bahasa sebenarnya bukan halangan untuk mereka cemerlang

dalam matematik. Seharusnya mereka perlu mengusai konsep-konsep matematik tersebutt dan

tidak menjadikan alasan Bahasa untuk belajar. Ibu bapa dan masyarakat juga haruslah memberi

semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar Matematik dalam bahasa inggeris.

4.3 Kesimpulan

Keseluruhannya mendapati faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan pelajar dalam

bahasa Inggeris berada pada tahap yang kurang memuaskan sekaligus menjadi permasalahan

yang ketara dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar terutama

pelajar luar bandar. Hal ini menggambarkan bahawa sekalipun guru menggunakan strategi

pengajaran yang berkesan serta dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik tetapi

ianya masih belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalam

pembelajaran Matematik apabila mata pelajaran ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris.

Sehubungan itu usaha yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan

bahasa Inggeris itu sendiri di samping memastikan kualiti guru dan prasarana pembelajaran.

Page 12: Combine

12

5.0 Faktor Guru

Dalam membincangkan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya

perbezaan pencapaian pelajar di dalam subjek Matematik di Malaysia ini, terdapat satu lagi

faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya perkara tersebut. Faktor tersebut ialah faktor

guru yang mengajar subjek matematik di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Terdapat 3 isi

utama yang berkaitan dengan faktor guru yang menyumbang akan berlakunya perbezaan

pencapaian pelajar iaitu tahap keyakinan guru, kaedah pengajaran guru di dalam kelas dan juga

bentuk komunikasi antara pelajar dan guru di dalam kelas.

5.1 Tahap keyakinan guru

Tahap keyakinan guru adalah penting dalam membentuk keyakinan pelajar dalam

mempelajari sesuatu matapelajaran seperti matematik. Ini kerana, terdapat beberapa kajian yang

telah dibuat yang mengatakan tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan pelajar dan

seterusnya ia akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar (Price and Raiker, 1999). Menurut

Dobbs, Doctoroff & Fisher (2003 dalam Mohamad Johdi Hj Salleh, 2007), guru perlulah

mengetahui dan mengusai isi kandungan di dalam matapelajaran matematik dengan baik untuk

mendapatkan tahap keyakinan untuk mengajar subjek tersebut.

Pelajar-pelajar masa kini adalah lebih ke hadapan dalam menuntut ilmu dan mereka

kadangkala akan bertanya mengenai perkara yang melebihi daripada apa yang diajar oleh guru

dan juga yang terkandung di dalam kurikulum atau buku teks. Oleh itu, guru perlulah

mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap terhadap bidangnya agar beliau boleh

menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh. Apabila guru mempamerkan rasa yakin

dan mengusai bidang yang diajar, contohnya di dalam bidang matematik, ia mampu

menimbulkan minat serta kecenderungan para pelajar untuk mempelajari matapelajaran tersebut.

Sebaliknya, jika guru gagal menjawab atau jawapan yang diberikan adalah salah atau kurang

tepat, ia menunjukkan guru tersebut tidak menguasai ilmu tersebut dan menyebabkan para

pelajar akan hilang minat serta tumpuan untuk mendalami mata pelajaran tersebut.

Page 13: Combine

13

5.2 Kaedah pengajaran guru

Sikap dan minat seseorang pelajar dalam mempelajari matematik berkait rapat dengan

tahap pencapaian mereka di dalam subjek tersebut (Fedigan & Gary, 1978 ; Mat Darus Othman,

1992 dalam Hajah Noraini Haji Omar, 2008). Sabri (2006) menjelaskan kaedah mengajar yang

lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh para pelajar menyumbang kepada tahap pencapaian

yang rendah dalam mata pelajaran tersebut. Matapelajaran matematik memerlukan kaedah

pengajaran yang berbeza berbanding matapelajaran lain dalam usaha untuk memupuk minat

pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik

dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi

pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.

Tengku Zawawi Tengku Zainal (2006) telah menyenaraikan beberapa kaedah umum

yang perlu difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik. Kaedah-kaedah tersebut adalah

penglibatan aktif pelajar dalam kelas, perbincangan dan penemuan oleh para pelajar, penggunaan

perumpamaan untuk mewakili sesuatu konsep, kaedah analisis konsep, kaedah eksperimen dan

lain-lain. Selain itu, bahan bantu mengajar yang menarik adalah penting dalam menarik minat

pelajar. Selaras dengan kemajuan teknologi, penggunaan komputer, projektor dan internet

mampu merangsang dan memperkaya kemahiran pelajar untuk belajar. Ia dipersetujui oleh

Wright (1999, dalam Mistretta R.M., 2005) melaporkan pencapaian pelajar yang lebih tinggi,

sikap, dan interaksi guru-pelajar sebagai hasil pembelajaran interaktif yang didapati melalui

teknologi.

5.3 Komunikasi guru-pelajar

Aspek komunikasi antara guru-pelajar perlu diberi perhatian. Tanpa hubungan

komunikasi yang berkesan, proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi kurang efektif.

Aspek lisan yang melibatkan perkataan serta komunikasi bukan lisan perlu diberikan penekanan

oleh setiap guru. Bagi kamunikasi secara lisan, isi kandungan matapelajaran haruslah

disampaikan oleh guru kepada pelajar dengan jelas, terang dan bersistematik. Guru

berkomunikasi secara lisan untuk menyampaikan ilmu dan maklumat berdasarkan objektif

pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Pengajaran guru tersebut akan dijalankan

melalui teknik penerangan, soal jawab, perbincangan dan sumbang saran bersama-sama para

Page 14: Combine

14

pelajarnya. Semasa interaksi lisan yang bersifat sehala atau dua hala guru berperanan sebagai

penyampai maklumat dan pelajar pula sebagai pendengar dan penerima maklumat. Komunikasi

aktif secara lisan hanya berkesan jika pengetahuan dan maklumat disampaikan secara berkesan

dan dapat diterima serta difahami dengan baik oleh pelajar.

Bagi komunikasi bukan lisan pula, perlakuan guru seperti memek muka, gelengan atau

anggukan kepala, isyarat tangan, gaya berdiri, dan sebagainya mampu menyalurkan maklumat

dari guru kepada pelajar. Sebagai contoh, memek muka yang masam atau marah mampu

membuatkan pelajar berasa tidak mesra dengan guru seterusnya menyebabkan pelajar takut

untuk bertanya dan menghalang proses pembelajaran. Tingkahlaku guru yang sentiasa senyum

dan ceria pula membolehkan pelajar mendekati guru sekaligus jurang komunikasi antara guru

dan pelajar tidak berlaku.

5.4 Kesimpulan

Dalam menyampaikan ilmu matematik, guru seharusnya dapat mengaitkan matematik

dengan kehidupan harian pelajar. Ini supaya pelajar dapat mengetahui bahawa matematik

bukanlah sesuatu yang asing dalam diri mereka tetapi ia adalah sesuatu yang mereka dapat

gunakan setiap masa. Ini membuatkan para pelajar sedar akan kepentingan mempelajari

matematik selain dapat membuang tanggapan mereka bahawa matematik adalah matapelajaran

yang sukar. Guru yang baik adalah guru yang boleh mengajar dan menyampaikan sesuatu ilmu

itu kepada para pelajar tetapi guru yang cemerlang adalah guru yang bukan sahaja boleh

mengajar dan menyampaikan ilmu tersebut tetapi dapat menimbulkan minat, kefahaman dan

kecenderungan pelajar untuk mempelajari ilmu tersebut.

Page 15: Combine

15

6.0 Faktor Tahap Motivasi Para Pelajar

Bagi membincangkan perbezaan motivasi para pelajar pula, kita akan menumpukan

perbincangan ini kepada perbezaan antara para pelajar dalam satu kelas yang sama. Hal ini

dipertimbangkan kerana mengambil kira faktor-faktor lain yang telah dibincangkan lebih awal

iaitu kedudukan sekolah, sama ada bandar atau luar bandar, jadi kemudahan pembelajaran yang

sama. Kemudian, budaya dan iklim sekolah yang sama, dan kualiti guru yang sama . Bagi faktor

halangan bahasa pula, faktor ini diambil kira sebagai aspek dalam pembelajaran yang turut

memerlukan tahap motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar. Dengan ini, pelajar dilihat perlu

memiliki tahap motivasi yang malah berganda untuk cemerlang dalam Matematik. Pertama

motivasi bagi meningkatkan kecekapan bahasa Inggeris demi memahami pembelajaran

Matematik. Dan kedua memahami mata pelajaran Matematik itu sendiri.

Perbezaan yang besar bagi pencapaian Matematik dalam kelas yang sama bukanlah

perkara yang begitu mustahil. Walaupun dengan akses kemudahan dalam sekolah dan

persekitaran yang sama, iklim sekolah yang sama, pentadbiran serta sistem yang sama, juga guru

mata pelajaran yang sama, murid-murid dalam kelas yang sama masih menunjukkan jurang

yang besar dalam prestasi peperiksaan Matematik. Walaupun dalam satu kelas tingkatan empat

di sebuah sekolah berasrama penuh, julat antara 97 hingga 32 bagi peperiksaan pertengahan

tahun Matematik Moden masih boleh berlaku disebabkan perbezaan motivasi dalam diri para

pelajar. Nyatalah perbezaan yang besar tetap boleh berlaku walaupun dalam kalangan pelajar-

pelajar terpilih sekiranya motivasi dalam diri mereka tidak dikekalkan dan disuburkan dari

semasa ke semasa.

Aspek motivasi dapat dihuraikan daripada pelbagai sudut. Salah satu cabang dalam

disiplin motivasi yang dapat dihuraikan bagi menjelaskan situasi ini ialah Hirarki Keperluan

Maslow seperti dalam Rajah 1 di muka surat sebelah. Menurut Maslow (1954), seorang individu

berbeza dari segi motivasi untuk melakukan perkara yang sama daripada seorang individu lain

kerana keperluan lebih bawah yang telah ataupun belum terpenuhi.

Oleh itu berdasarkan teori ini, keperluan memahami dan mengetahui terletak di atas

keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri. Ini menunjukkan para pelajar

Page 16: Combine

16

yang belum terpenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri ini

bermotivasi rendah dalam menumpukan pelajaran dalam bilik darjah mahupun mengulangkaji.

Rajah 1

Secara praktikalnya, dapat dilihat pelajar yang mengantuk kerana tidak cukup rehat dan

tidur, hadir ke sekolah dalam keletihan, dan akhirnya tidak berminat menumpukan perhatian

terhadap pengajaran guru. Mereka juga tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti

pembelajaran dalam bilik darjah. Begitu juga pelajar yang sakit dan demam, serta yang lapar

kerana tidak mengambil sarapan pagi.

Bagi faktor keselamatan, pelajar yang berasa terancam kerana kehadirannya dinanti-nanti

oleh para pembuli sekolah bermotivasi rendah untuk ke sekolah. Pelajar yang bermasalah dengan

rakan-rakan sebaya, kurang kasih sayang serta perhatian keluarga, dan rendah keyakinan diri

turut menujukkan tahap motivasi yang rendah untuk menuntut ilmu dan berjaya cemerlang dalam

pelajaran.

Page 17: Combine

17

Dalam Teori Motivasi Atribusi Weiner pula, setiap individu mengatributkan kejayaan

dan kegagalan mereka dengan cara yang berbeza. Perbezaan ini menggambarkan persepsi

seseorang terhadap dirinya, serta mentaliti mereka. Teori Motivasi Atribusi Weiner (2000)

digambarkan oleh Jadual 1 di muka surat sebelah.

Daripada jadual tersebut, didapati bahawa seseorang individu mengatributkan kejayaan

mereka dengan kepercayaan faktor dalaman seperti “ saya memang pandai“ dan “ saya bekerja

Jadual 1

keras“. Mereka juga mengatributkan kejayaan dengan faktor luaran seperti “ nasib saya baik”

dan “ soalan peperiksaan senang”.

Bagi mereka yang gagal pula, mereka mungkin mengatributkan kegagalan mereka

dengan faktor dalaman juga, seperti “ saya memang bodoh” dan “ saya tidak belajar”. Atau

Page 18: Combine

18

mereka mengatributkan kegagalan tersebut dengan faktor luaran, contohnya “ nasib saya tidak

baik” dan “ soalan peperiksaan susah”.

Persepsi pelajar itu sendiri dan mentaliti mereka ini akan menentukan sikap serta

tindakan susulan mereka untuk membaiki atau membiarkan sahaja pencapaian mereka pada

tahap yang rendah. Bagi pelajar yang cemerlang pula, persepsi kendiri yang tidak sihat juga

boleh menyebabkan mereka mengalami kemerosotan dalam pelajaran. Contohnya apabila

mereka mengatributkan kejayaan mereka kepada kepandaian atau kebolehan mereka dalam

sesuatu subjek semata-mata, mereka akan cenderung untuk berputus asa apabila mereka tidak

lagi secemerlang lagi sebelum itu. Mereka akan mula merasakan tidak cukup pandai untuk

meneruskan pembelajaran. Sebaliknya, jika aspek usaha keras menjadi kepercayaan sebagai

penyumbang utama kejayaan, pencapaian yang rendah akan segera dibaiki dengan strategi

pembelajaran yang lebih berkesan.

6.1 Langkah-langkah Mengatasi Perbezaan Tahap Motivasi

Sebagai seorang guru, soal motivasi dalam diri setiap pelajar bukanlah satu perkara

remeh. Sekiranya seorang guru berjaya meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, hal ini

bukan sahaja memberikan kesan positif terhadap pelajar tersebut dalam jangka masa pendek,

tetapi untuk jangka masa panjang juga. Mereka yang bermotivasi tinggi akan lahir sebagai

seorang yang optimis dan mencintai ilmu. A great teacher inspires.

Oleh itu, bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, seorang guru juga mestilah

seorang yang bermotivasi, positif dan tidak mudah berputus asa dalam mendidik anak-anak

murid dan menyampaikan ilmu. Motivated students come from motivated teachers. Pada persepsi

seorang guru yang positif dan bermotivasi, setiap anak murid di hadapannya adalah berpotensi

untuk cemerlang, walaupun mereka telah gagal. Guru juga haruslah membuat refleksi tentang

kaedah pengajarannya dan berusaha untuk mengenali setiap anak didiknya dengan baik, dan

pendekatan yang bersesuaian dengan personality mereka yang berbeza-beza.

Untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, guru boleh mencipta faedah yang

dekat dan mudarat yang dekat sebagai motivasi ekstrinsik para pelajar untuk merangsang

Page 19: Combine

19

pembelajaran mereka. Bagi para pelajar tingkatan empat misalnya, risiko kegagalan dalam Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu masa hadapan mereka mungkin belum menjadi mudarat yang

dekat bagi mereka, seterusnya merangsang pembelajaran. Mereka menyangka, SPM lambat lagi,

dan masih sempat belajar pada tahun hadapan. Motivasi sebegini lebih sesuai buat para pelajar

tingkatan lima. Jadi mudarat dan manfaat yang ditawarkan itu mestilah lebih dekat, yang menjadi

akibat atas kecemerlangan mahupun kegagalan mereka.

Namun begitu, motivasi ekstrinsik semata-mata bukanlah dorongan yang kekal.

Dorongan yang lebih kekal adalah motivasi intrinsik, iaitu kesedaran dari dalam diri seorang

pelajar itu sendiri. Oleh sebab itu, motivasi ekstrinsik dan intrinsik haruslah berjalan seiringan.

Walaupun seorang pelajar berusaha gigih untuk cemerlang bagi meraih hadiah daripada gurunya,

dia juga mahukan kejayaan dan minat dalam mata pelajaran tersebut.

Untuk menanam minat pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari, guru haruslah

mempelbagaikan kaedah mengajar. Adakala para pelajar belajar dalam kelas. Adakala mereka

dibawa keluar. Mereka juga haruslah diberikan peranan sebagai pembelajar yang aktif, bukan

semata-mata hanya menerima. Slavin (2012) berpendapat, seorang guru mungkin akan

mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan hanya satu topik dengan pengajaran berpusatkan

aktiviti pelajar. Namun, apabila minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut berjaya ditanam

dengan sebab aktiviti tersebut, mereka mula berasa seronok, pembelajaran seterusnya akan

mengambil masa lebih singkat kerana mereka rajin mengulangkaji pelajaran dan membuat

latihan sendiri tanpa paksaan. Apabila pelajar telah mula minat untuk belajar juga, guru tidak

mengambil masa yang banyak untuk mengawal disiplin para pelajar dalam bilik darjah.

“ The art of teaching is the art of awakening the curiosity of young minds”

(Anatole France)

Untuk mengesan mentaliti dan tahap motivasi seseorang pelajar, seorang guru boleh

menggunakan kaedah pertanyaan tidak langsung seterusnya menilai tahap motivasi pelajar

terbabit melalui jawapan mereka. Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik bimbingan.

Melalui teknik bimbingan, para pelajar belajar dan menyelesaikan soalan permasalahan yang

diberikan oleh guru dalam kumpulan yang kecil disertai dengan kehadiran guru. Dengan cara ini,

pelajar yang lemah kurang malu untuk berterus-terang kepada guru tentang kelemahan mereka,

Page 20: Combine

20

persepsi mereka terhadap pelajaran tersebut, dan dari situ dapatlah seorang guru itu memikirkan

keperluan pembelajaran anak-anak muridnya. Melalui cara sebegini juga, guru dapat mengesan

keperluan seperti fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan kepercayaan kepada diri seseorang

murid.

Cara ini mungkin mengambil sedikit masa kerana perlu dilakukan beberapa kali sehingga

setiap pelajar dalam kelas mampu dikenali dengan lebih baik. Namun, sekiranya langkah ini

dapat dilaksanakan seawalnya, ini akan membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih

efisyen serta efektif bagi kelas-kelas seterusnya. Bimbingan ini juga tidak perlu dilakukan pada

sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya mengambil sedikit masa di luar kelas untuk diluangkan

bersama para pelajar.

Bagi mengatasi perasaan rendah diri seorang pelajar yang selalu mengatakan dirinya

bodoh, guru haruslah mengambil inisiatif mengadakan pembelajaran kooperatif dalam kelas

yang melibatkan para pelajar daripada semua tahap pencapaian dalam sesebuah kumpulan. Ahli-

ahli kumpulan ini ditetapkan sendiri oleh guru. Hal ini dilakukan agar pelajar yang lemah dapat

dibantu oleh pelajar yang cemerlang. Dalam kumpulan ini juga, pelajar yang lemah turut

diberikan peranan dalam aktiviti penyelesaian masalah agar dia meraih kepercayaan kepada diri

sendiri melalui kepercayaan guru terhadapnya.

Walaubagaimanapun, saya akui, memang terdapat pelajar yang mempunyai keistimewaan

dalam mata pelajaran tertentu, dalam masa yang sama lemah dalam mata pelajaran yang lain.

Gardner (1985) turut mengklasifikasikan kebolehan ini dalam huraian berkenaan kecerdasan

pelbagai. Namun, apa yang dapat diperhatikan di sini, seorang pelajar yang berkebolehan dalam

Sejarah mungkin tidak memerlukan teknik tertentu untuk mengingati segala fakta Sejarah tetapi

bermasalah dalam pengiraan Matematik. Sebaliknya terdapat juga pelajar yang tidak

memerlukan sebarang teknik untuk cemerlang dalam Matematik, tetapi bermasalah dalam

mengingati fakta-fakta Sejarah.

Dalam hal ini, adalah penting bagi seseorang pelajar mengesan kebolehan semulajadi

(nature) mereka dan subjek yang mereka lemah tetapi perlukan usaha agar berkebolehan dengan

latihan (nurture), selepas satu jangka masa yang disasarkan. Bagi subjek yang mereka lemah,

mereka harus mengkaji tentang teknik yang sesuai untuk mempelajari subjek tersebut agar tetap

Page 21: Combine

21

beroleh kecemerlangan. Teknik belajar Matematik sudah tentu tidak sama dengan teknik belajar

Sejarah. Namun, dengan strategi pembelajaran yang berkesan, seseorang masih boleh berjaya

cemerlang dalam kedua-dua subjek ini. Dengan ini, nyatalah usaha yang terbit daripada motivasi

pelajar memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaan mereka.

7.0 Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang akan berlakunya perbezaan

pencapaian pelajar di dalam matapelajaran matematik. Setiap satu faktor ini saling berkait

dengan faktor yang lain dan ia perlulah ditangani dengan bijak oleh pihak-pihak yang terlibat

seperti pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru dan

ibubapa pelajar. Namun begitu, penglibatan pelajar juga perlu kerana tanpa penglibatan semua

pihak, usaha-usaha untuk mengatasi perbezaan pencapaian antara pelajar di dalam matapelajaran

matematik ini tidak akan berhasil. Usaha ini adalah penting kerana para pelajar ini adalah

generasi pelapis yang akan membangunkan, mengurus serta mentadbir negara di masa hadapan.

Matematik adalah matapelajaran yang diperlukan setiap masa dan sekiranya perbezaan

pencapaian pelajar ini tidak diatasi, maka ia akan mengganggu gugat proses kemajuan negara.