ciksu bola baling

Upload: nurol-fatin

Post on 10-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    1/14

    Dalam permainan bola baling, guru boleh menilai kemahiran-kemahiran

    seperti menangkap, menjaring, berlari dan melompat terhadap murid-murid.

    Kemahiran-kemahiran berikut adalah penting kerana dengan penguasaan

    kemahiran berikut dapat menyumbang mata kepada pasukan.

    Kemahiran pertama yang guru boleh ambil untuk menguji kecekapan

    murid dalam permainan bola baling ialah kemahiran menghantar dan

    menangkap Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan

    situasi permainan, seseorang pemain mestilah memberikan perhatian pada

    faktor-faktor berikut:

    Penglihatan pemain dan penerima hendaklah fokus pada bola.

    Pemain yang akan menerima tangkapan hendaklah merenggangkan kedua-dua

    belah tangannya dan dihulur ke hadapan dalam kedudukan bersedia untuk

    menerima hantaran.Pemain hendaklah memastikan jari kedua-dua belah

    tangnnya sentiasa terbuka bagi memudahkan mengawal bola, manakala ibu

    jarinya adalah tetap untuk menahan bola yang ditangkap.Pemain membawa bola

    rapat ke dada dalam kedudukan yang selamat. Ini dilakukan sebaik sahaja bola

    ditangkap.Pemain beralih kepada kedudukan yang seimbang dan selesa untukmelakukan tindakan seterusnya, seperti membuat hantaran, mennggelecek,

    membuat jaringan atau pergerakan lain. Pemain hendaklah memastikan

    kedudukannya seimbang, sebaik-baiknya dengan meletak sebelah kakinya ke

    hadapan dan berjarak seluas bahu dengan kaki belakangnya. Bola yang

    diterima berada diatas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-

    jari menunjuk ke atas dengan ibu jari berbentuk w di belakang bola. Untuk bola

    yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya

    pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan,

    lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain hendaklah mampu menerima

    sebanrang jenis hantaran daripada rakan umpamanya hantaran yang liar

    meninggi, rendah, ke sisi dan dalam keadaan statik atau bergerak , dan pada

    kelajuan yang berbeza-beza.Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    2/14

    hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada

    dalam kedudukan bergerak atau statik. Semua prinsip dalam tangkapan

    merupakan asas yang perlu diketahui oleh semua pemain sama ada mereka

    yang baru mempelajari permainan ini mahupun mereka yang sudah lama

    bermain. Sebagai pemain, anda perlu berlatih dengan betul kerana dalam

    permainan bola baling, kemahiran menghantar dan menangkap menjadi asas

    penting yang harus dimiliki oleh setiap pemain. Satu perkara paling sukar untuk

    pemain-pemain baru ialah keberkesanan mengawal bola sebaik-baik ia tiba di

    tangan pemain yang membuat tangkapan. Selain daripada dapat mengurangkan

    kemungkinan kecederaan pada jari, tangkapan bola yang betul dapat mengawal

    dan mengekalkan penguasaan bola untuk diri pemain dan pasukannya.

    Ansur maju

    Latihan menghantar dan menangkap

    Oleh sebab gerakan menghantar dan menangkap dianggap sebagai satu

    kemahiran, maka latihan untuk kedua-dua gerakan ini adalah wajar diadakan

    berasama. Setiap pemain harus diberi kesempatan memegang bola atau cubabermain dengan bola di peringkat awal khusunya untuk sesi latihan. Bola plastik

    yang saiznya hampir sama dengan bola sebenar boleg digunakan untuk tujuan

    ini.

    Latihan dalam kedudukan duduk

    Kaedah ini untuk mengembangkan teknik yang betul adalah dengan kedudukan

    duduk, iaitu kaki direngggangkan ke depan, dan pelatih berhadapan antara satu

    sama lain atau mengahadap dinding pada jarak 2 meter. Tangan diangkat lurus

    dan tubuh ditolak ke belakang. Bola dipegang menggunakan tapak tangan, dan

    dihantar kea rah dinding atau kepada rakan menggunakan lengan depan, jari

    serta pergelangan tangan. Teknik dan kekuatan ditinggalkan dengan

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    3/14

    menjauhkan jarak.

    Latihan dalam kedudukan berdiri dan berlari

    1) Dua orang pemain menggunakan sebiji bola setiap seorang dalam kedudukan

    berdepan dengan dinding.

    a) Jarak antara kedua-dua pemain dengan dinding ialah 3 meter.

    b) Hantaran dan tangkapan bola dilakukan anatar kedua-dua pemain dengan

    membuat lontaran ke dinding.

    c) Pelbagai jenis hantaran dilakukan oleh kedua-dua pemain.

    2) Dua pemain menggunakan satu bola.

    a) Hantaran dan tangkapan mudah bola di buat secara berpasangan dengan

    menggunakan pelbagai jenis hantaran dan tangkapan.

    b) Pemain menghantar bola tanpa henti antara satu sama lalin dalam kedudukan

    berjalan, seterusnya diikuti kedudukan berlari dengan cara bergerak ke depandan ke belakang.

    c) Pemain melakukan hantaran atas bahu, hantaran jauh dan hantaran lantun.

    3) Tiga pemain menggunakan satu bola.

    a) Pemain yang berdiri dalam bentuk segi tiga melakukan hantaran biasa

    sesama sendiri.

    b) Hantaran dipelbagaikan dengan kelajuan dan arah yang berlainan.

    c) Tiga kon atau halangan diletakkan dalam bentuk segi tiga. Permainan berlari

    mengelilingi kon tersebut sambil membuat hantaran. Ulangi beberapa kali

    dengan mengubah arah dan kelajuan.

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    4/14

    4) Hantaran berkumpulan dalam barisan. Pemain dibahagikan kepada dua

    kumpulan dengan enam orang berada dalam satu kumpulan. Mereka berbaris

    dengan berhadapan antara satu sama lain pada jarak 5 hingga 10 meter.

    5) Hantaran zigzag dalam barisan. Pemain disusun berjarak 5 meter antara satu

    sama lain dalam dua barisan yang juga berjarak 5 meter antara 2 baris.

    6) Hantaran dalam barisan.

    a) Hantaran dibuat dari kiri ke kanan dengan menggunakan hantaran sisi.

    b) Hantaran dibuat dari kanan ke kiri dengan menggunakan hantaran dada.

    c) Pemain melakukan hantaran menggunakan beberapa jenis hantaran lain.

    7) Hantaran dalam bulatan.

    a) Pemain membentuk bulatan.

    b) Pemain menghantar dan menangkap bola dari pelbagai jenis arah, jenis dan

    kelajuan.

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    5/14

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    6/14

    MENJARINGKAN GOL

    inan diri pada setiap pemain.

    b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh

    permainan.

    c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendakdilaksanakan.

    d) Pemain mengikut lajak.

    e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.

    f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.

    Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu

    pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya

    dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata

    jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu perlawanan bola baling ialah

    40 gol. Maka bola baling merupakan permianan yang banyak menghasilkan gol.

    Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua

    pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    7/14

    pada pemain belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol,

    manakala pemain-pemain lain lebih bertangunggjawab dalam mengatur dan

    melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan

    kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol.

    Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama

    yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan

    mendapatkan gol. Pemain-pemain ini juga diharapkan mempunyai ketangkasan

    pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan

    tidak mudah putus asa.

    Prinsip-prinsip utama

    Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol

    dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

    a) Pemain mempunyai keyak

    Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bolabaling, iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat

    dan jaringan menjunam.

    1) Jaringan dari atas kepala.

    Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah

    pula mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru.

    Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan

    bergerak atau berlari.

    Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    8/14

    Pemain bergerak satu langkah ke depan.

    Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.

    Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke

    belakang kepala pada aras bahu.

    Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola

    diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.

    Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat

    lontaran.

    2) Jaringan dari bawah lengan

    Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia

    boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan

    tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian padakawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol

    pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti

    berikut:

    Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan

    dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

    Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya

    melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.

    Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

    3) Jaringan lompat

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    9/14

    Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala,

    tetapi perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu

    bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak

    sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain beru, namun jika sudah

    mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam

    kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini

    sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan

    dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

    Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

    Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain

    memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

    Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil

    membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringandari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak

    lawan.

    Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

    Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

    Kelebihan-kelebihan yang ada pada jarringan ini adalah seperti berikut:

    Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat

    molpatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.

    Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas

    secara memusingkan bahu dan lengannya.

    Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    10/14

    gol di celah-celah kaki penjaga gol.

    Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka

    mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.

    3) Jaringan pada aras paha

    Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak

    memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya

    pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan.

    Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini

    amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringan

    ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya

    sehinggan bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini

    membuat jaringan yang ditujukan ke seberang bahagian di bawah palang pintu

    gol pihak lawan.

    4) Jaringan sisi

    Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskanpertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain

    yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada

    arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya,

    menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendaratdi

    sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa

    bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan.

    Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

    5) Jaringan junam dan jaringan jatuh

    Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-

    pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik,

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    11/14

    khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan

    balinga percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan

    pemain membengkokka badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

    Teknik melakukan jaringan junma adalah seperti berikut:

    Pemain berada di luar garisan kawasan gol.

    Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju

    kawasan gol.

    Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat

    semasa berada di udara sebelum mendarat.

    Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau

    menggulingkan badan.

    6) Jaringan penalti

    Jaringan penalty dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut

    undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi

    garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas

    pengadil meniupkan wisel.

    Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

    Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan

    hendaklah fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan

    pergerakan yang bakal dilakukan.

    Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

    Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan

    lambung (lob) untuk menjaring.

    Pemain melakukannya mengikut lajak.

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    12/14

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    13/14

  • 8/8/2019 Ciksu Bola Baling

    14/14