cara bermain bola baling

10
CARA BERMAIN BOLA BALING 1. Sebagai pertahanan seorang wing perlu sentiasa memerhatikan pergerakan wing lawan di kawasan kita. Jika wing itu bergerak ke arah kawasan sisi kanan atau sisi kiri wing pertahanan perlu mengikuti wing itu. 2. Kalau pemain utama kita dihadang secara berterusan tindakan penyerang utama itu ialah pergi rapat ke pertahanan pihak lawan supaya menyukarkan pihak lawan membuat pertahanan dan rapat dengannya. 3. Hanya satu arahan sahaja iaitu arahan jurulatih supaya pemain tidak terganggu dalam pertandingan. 4. Posisi pemain perlu diketahui melalul ujian posisi. 5. Cara menegur rakan ialah dengan menepuk badan rakan sekali dan tepuk badan rakan tiga kali sebagai tanda tahniah. 6. Semasa dibangku simpanan kita kena bergerak sedikit untuk memastikan nadi kita masih berada pada 120 detik seminit. 7. Suara yang kuat ketika bermain akan meredakan keletihan

Upload: ct-awer-yusoh

Post on 03-Dec-2015

2.307 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Bermain Bola Baling

CARA BERMAIN BOLA BALING

1. Sebagai pertahanan seorang wing perlu sentiasa memerhatikan pergerakan wing lawan di

kawasan kita. Jika wing itu bergerak ke arah kawasan sisi kanan atau sisi kiri wing pertahanan

perlu mengikuti wing itu.

2. Kalau pemain utama kita dihadang secara berterusan tindakan penyerang utama itu ialah pergi

rapat ke pertahanan pihak lawan supaya menyukarkan pihak lawan membuat pertahanan dan

rapat dengannya.

3. Hanya satu arahan sahaja iaitu arahan jurulatih supaya pemain tidak terganggu dalam

pertandingan.

4. Posisi pemain perlu diketahui melalul ujian posisi.

5. Cara menegur rakan ialah dengan menepuk badan rakan sekali dan tepuk badan rakan tiga kali

sebagai tanda tahniah.

6. Semasa dibangku simpanan kita kena bergerak sedikit untuk memastikan nadi kita masih

berada pada 120 detik seminit.

7. Suara yang kuat ketika bermain akan meredakan keletihan

8. Kita perlu mengetahui tahap motor kita sama ada diperingka kognitif, asosiatif atau berada

pada tahap automatic.

9. Cuba memberikan balingan percuma kepada pihak lawan jika kita tinggal seorang di bawah

supaya rakan lain sempat pulang untuk buat pertahanan

Page 2: Cara Bermain Bola Baling

10. Semasa penyerang menyerang di garisan kawasan gol jangan lakukan lantunan sebaliknya

membuat hantaran pendek atau hantaran jauh.

11. Ketika balingan percuma dibuat semasa masa pertandingan sudah berakhir, pertahanan

semua rapat antara satu sama lain untuk mengelakkan jaringan gol dilakukan.

12. Semasa pertandingan pemakanan sangat penting. Amalkan makanan yang ada kandungan

iodin, mengelakkan din dan makan makanan pedas, makanan hendaklah diambil 2 jam sebelum

pertandingan.

13. Buat urutan pada bahagian badan untuk rawat otot, membolehkan pengaliran darah

sempurna.

14. Keeper perlu melambatkan masa semasa mengambil bola mati jika mata jaringan telah

banyak atau nak tenangkan pasukan dan cepat mendapatkan bola untuk mengejar jaringan atau

hendak melakukan fast brake.

15. Sistem bertahan boleh dilakukan 5-0, 4-0, 3-0, 2-0, 1-0 semasa rakan lain belum sempat

pulang membuat pertahanan. Ketika membuat pertahanan siapa yang pulang dahulu perlu berada

ditengah di garisan kawasan gol hingga kesemua rakan pulang. Selepas ¡tu semua pemain

pertahanan mengambil tempat asal semua.

16. Ketika penyerang menyorang perlu melakukan cubaan menjaring di pelbagai posisi atau

ruang yang terdapat di pertahanan lawan sama ada menjaring sambil berlari, jaringan bawah,

jaringan atas, jaringan luar kawasan balingan percuma. Tujuannya ialah untuk melihat

kelemahan pertahanan lawan dan kelemahan penjaga gol lawan.

17. Ketika melakukan serangan wing perlu berada segera di kawasan lawan dan yang paling

akhir sampai ialah center back.

Page 3: Cara Bermain Bola Baling

18. Center back mesti memastikan bahawa di kawasannya tidak ada pemain lawan dan jika ada

dia perlu berada di kawasannya untuk tujuan menyekat pemain lawan tersebut dan membuat fast

brake atau membuat jaringan.

19. Balingan sudut diambil oleh wing, balingan ke dalam diambil oleh right back atau left back

mengikut sisi, balingan percuma diambil oleh center back.

20. Pemain mesti sentiasa bersedia untuk membuat hantaran dan menerima bola kerana bola

akan datang dari pelbagai arah.

21. Ketika membuat pertahanan kita perlu menyentuh pemain lawan yang hampir kepada kita

untuk memudahkan kita mengawalnya dan boleh memberikan perhatian kepada penyerang lain

yang jauh daripada kita.

22. Ketika perlawanan yang jaringannya seri yang perlu pasukan lakukan ialah mendapatkan

jaringan terbaik untuk menjarakkan jaringan.

23. Seandainya center back bergerak ke depan untuk menjaring di garisan kawasan gol posisinya

perlu digantikan sementara oleh left back.

24. Jika keeper pasukan kita dikenakan gantungan selama 2 minit, left wing perlu keluar untuk

kita masukkan keeper kedua.

25. Kalau pemain utama penyerang sentiasa di kawal ketika menjaring oleh pertahanan tertentu

tindakan yang patut dilakukan oleh penjaring utama itu ialah pergi rapat ko arah pertahanan iaitu

hampir di garisan kawasan gol.

26. Setiap pemain mesti menggunakan kelebihan diri untuk membantu rakan lain. Rakan lain

pula harus mengatahui kelebihan rakan untuk memudahkan sebarang perlakuan hantaran dan

menjaring.

Page 4: Cara Bermain Bola Baling

27. Mengangkat tangan ketika melakukan pertahanan supaya kita dilihat penyerang tinggi.

28. Permain mesti pantas ke kiri dan ke kanan, pantas melakukan hantaran dan pantas

melakukan pergerakan badan.

29. Ketika beberapa orang rakan sepasukan sedang melakukan fast brake yang lain kembali ke

kawasan gol sendiri untuk membuat pertahanan.

30. Jika pihak pertahanan semuanya sedang bersedia untuk bertahan, penyerang perlu

memperlahankan serangan dan menukarkan kepada permainan pantas ketika berada tiga

perempat di kawasan gelanggang lawan.

31. Pertahanan perlu berada pada jarak setengah meter dan pemain penyerang ketika diserang.

Ini kerana penyerang yang professional mudah bergerak pada jarak 1 meter.

32. Semasa membuat pertahanan, rakan yang terpaksa mengawal ramai penyerang di

kawasannya dia perlu membuat panggilan extra untuk rakan lain membantunya.

33. Masa terbaik untuk melakukan pertukaran keeper ialah pada waktu time out, waktu kita

menyerang, waktu separuh masa, waktu bola mati.

34. Ketika kita membuat sistem pertahanan 6 - 0, pertahanan perlu bersedia kerana penyerang

akan membuat jaringan dan luar garisan balingan percuma. Sistem pertahanan ini sukar dibolosi

jika jaringan dekat dijalankan.

35. Sistem pertahanan yang terbaik untuk penyerang yang kerap melakukan janingan di garisan

luar balingan percuma ialah 5 — 1. Pertahanan depan akan berfungsi untuk menghalang

penyerang yang melakukan jaringan luar garisan balingan percuma.

36. Kesalahan - kesalahan kecil jangan dilakukan dan diulangi seperti kesalahan balingan ke

dalam, pertukaran pemain.

Page 5: Cara Bermain Bola Baling

37. Semua penyerang perlu membuat jaringan supaya pertahanan tidak mengawal orang tertentu

dalam pasukan.

38. Semua pemain hendaklah sentiasa melihat rakan lain pada jarak dekat dan jauh untuk

membuat hantaran dan menjaring.

39. Pertandinga bola baling sekarang banyak mengutamakan fast brake kerana hanya melalui fast

brake sahaja kita boleh menang dan mengejar jaringan.

40. Setiap posisi mesti ada perhubungan dan segi hantaran iaitu left wing dengan left back , line

player dengan center back dan right wing dengan right back.

41. Jika salah seorang pemain penyerang mengambil balingan 7 meter, penyerang yang lain

kembali ke garisan kawasan gol sendiri untuk bersiap sedia andai kata balingan 7 meter itu gagal.

Ini mengelakkan tenjadinya fast brake dan pihak lawan. Semua pertahanan pula perlu mengawal

penyerang yang melakuiçan balingan 7 meter.

42. Ketika menjaring penyerang perlu mempelbagaikan jenis jaringan seperti balingan bahu,

menjaring secara lompat, menjaring pada aras bawah.

43. Kedudukan kaki pertahanan ketika penyerang berada di kin dan kanan pertahanan. Penyerang

yang berada di kiri pertahanan, pertahanan tersebut perlu mengeluarkan kaki kirinya selangkah

ke depan dan begitulah jika penyerang berada di kanan pertahanan, pertahanan perlu

mengeluarkan kaki kanan selangkah ke depan. Tujuannya ialah untuk memudahkan pertahanan

bergerak mengejar penyerang tersebut.

44. Seandainya ada pemain yang melakukan kesalahan ketika bermain tindakan yang perlu

pemain itu lakukan ialah terus pergi membuat pertahanan untuk mengelakkan fast brake.

45. Semasa membuat pertahanan elakkan dan menolak penyerang sebaliknya hanya sentuh

sahaja.

Page 6: Cara Bermain Bola Baling

46. Jika ada rakan yang berlari bersama ketika membuat fast brake, hantaran berdua lebih baik

dan membuat lantunan berseorangan.

47. Fast brake yang terbaik dimulakan oleh hantaran keeper.

48. Sebelum bertanding setiap individu perlu memegang bola supaya jari jemari adaptasi den gan

saiz bola.

49. Fast brake digemari oleh banyak negara kerana fast brake boleh mengelakkan pemain dan

cedera kerana tiada halangan pemain pertahanan. Penyerang yang disekat oleh pertahanan ketika

melakukan fast brake, rakan penyerang lain perlu membantu penyerang tersebut dan terus

melakukan fast brake.

50. Keeper perlu mengambil balingan percuma di hadapan garisan kawasan gol, untuk

mempercepatkan fast brake.

51. Ketika rakan sedang menyerang keeper pasukan penyerang perlu berada 6 hingga 8 meter ke

depan golnya.lni untuk mengelakkan fast brake.

52. Setiap pemain perlu mendapatkan bola dan rakan dan jangan hanya menunggu hantaran bola

sahaja. Pemain yang membuat hantaran bola dan menerima bola perlu bergerak.

53. Tindakan pertahanan ke atas pemain penyerang yang membuat hantaran berulang antara dua

pemain ialah memintas bola tersebut untuk membuat fast brake.

54. Seandainya seorang pertahanan ditugaskan mengawal pemain utama penyerang tindakannya

ialah jika pemain itu lebih pantas dan pertahanan, pertahanan hanya perlu menunggu di depannya

sahaja. Jika pertahanan lebih pantas dan penyerang, pertahanan itu perlu rapat kepada penyerang.

55. Pertahanan dan penyerang perlu hebat dan segi kepantasan dan tiada lagi istilah rehat dalam

pertandingan bola baling.

Page 7: Cara Bermain Bola Baling

56. Letih, hendak membetulkan tali kasut, hendak minum, memberikan taktikal baru perlu di

buat di luar gelanggang.

57. Jangan terlampau mengharapkan pengadil meniup wisel untuk sebarang kesalahan tetapi

perlu bermain dahulu sehingga tiupan sebenar pengadil.

58. Hantaran yang baik ialah hantaran ambrella iaitu hantaran yang menggunakan ekor mata.

59. Penyerang yang ingin menjaring ke arah gol lawan perlu mengetahui beberapa faktor iaitu

ketinggian pertahanan, kelemahan pertahanan, pergerakan pertahanan.

60. Sistem nombor boleh digunakan ketika menjaring untuk mengelirukan pertahanan dan gol

keeper.

61. Perancangan menjaring mesti yang terbaru dan bukan yang biasa. Ini memudahkan

melakukan perancangan yang tidak dapat dikesan oleh pertahanan.