cai n mat serta cik yang

Upload: muhammad-hafiz

Post on 06-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    1/11

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    2/11

    Kemahiran-Kemahiran

    Asas DalamKaunseling

    KeadaanFizikal

    DanRuang

    PenampilanDiri

    MelayanDan

    Mendengar

    Mengenalpasti danmentafsir masalah

    KemahiranMelaksanakan

    Intervensi

    tanggungjawab seorang guru untuk menilai samaada aspek-aspek Jasmani, Emosi,

    Rohani, Intelek dan sosial muridnya bermalasah ataupun tidak. Jika murid-murid

    mempunyai masalah dalam aspek-aspek berikut guru boleh bertindak membantu

    memberi bimbingan yang sepatutnya agar murid mampu mengenalpasti kebolehan diri

    sendiri seterusnya menentukan corak pembelajaran yang mereka inginkan dalam

    proses untuk membesar menjadi insan yang sempurna.

    Namun begitu, kekurangan asas-asas dan kemahiran dalam membimbing akan

    menyebabkan guru gagal membantu murid menyerlahkan potensi dirinya. Oleh yang

    demikian, sebagai seorang guru yang berkaliber seharusnya memahami dan

    mendalami ilmu-ilmu serta kemahiran-kemahiran asas dalam bimbingan dan

    kaunseling.

    K emahiran Asas Dalam K aunseling

    Sebagai persediaan untuk menghadapi situasi dalam menyelesaikan masalah, seorang

    guru harus menyediakan diri dengan kemahiran-kemahiran asas supaya, proses

    bimbingan dapat berjalan dengan lancar. Terdapat banyak kemahiran-kemahiran yang

    perlu dikuasai oleh guru dan pecahan-pecahan besar bagi setiap kemahiran adalah

    seperti berikut.

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    3/11

    K eadaan Fizikal Dan Ruang

    Sewaktu menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling seorang guru harus memberi

    perhatian kepada keadaan fizikal dan ruang yang akan digunakan diantara guru dengan

    klien. Hal ini kerana dengan keadaan yang lebih selesa akan membuatkan klien mampumenyatakan masalah dan keadaan ini juga membantu mengurangkan tekanan yang

    telah dihadapi oleh klien. Antara perkara yang perlu ditiberatkan dalam kemahiran

    menyediakan fizikal dan ruang adalah seorang kaunselor harus menitikberatkan

    keselesaan klien. Kaunselor boleh bertindak menjadikan klien berasa lebih selesa

    dengan tidak bercakap secara berbelit-belit sehingga mengelirukan kilen. Selain itu

    kaunselor harus bertindak dengan menyatakan sebab pertemuan dengan jelas sambil

    menekankan bahawa kaunselor sangat prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh

    klien dan bersedia memberi bantuan (kaunseling individu). Dengan sikap empati seperti

    klien tidak akan berasa terancam malahan percaya kepada kaunselor yang sedang

    dirujuk. Oleh yang demikian sikap defensif diri akan dikurangkan seterusnya mampu

    menceritakan permasalahan yang dihadapinya tanda menyelindung sebarang

    maklumat.

    Selain itu keadaan fizikal dan ruang ini juga meliputi suasana alam sekeliling

    perlu diberi perhatian kerana lazimnya sesi terapi mengambil masa yang lama. Fizikal

    bilik atau kawasan yang digunakan yang tidak kondusif akan menyebabkan klien

    menjadi kurang selesa atau rimas seterusnya fikiran yang bercelaru akan menjadi lebih

    bercelaru. Menurut (buku k. individu) kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti

    kerusi yang tidak melenguhkan dan sebagainya. Selain itu pengaliran udara di dalam

    bilik juga haruslah lancar agar bilik tidak menjadi terlalu panas dan terlalu sejuk

    sehinggakan klien sukar untuk memberi tumpuan yang penuh. Selain daripada suhu

    bau juga merupakan aspek yang harus dititiberatkan, kaunselor boleh menggunkan

    pemawangi bilik yang lebih menyamankan dan perkara ini sedikit sebanyak membantu

    klien secara tanpa sedar. Keadaan-keadaan seperti yang telah disenaraikan boleh

    merupakan contoh kepada Suasana yang teraputik. Suasana yang dimaksudkan dalah

    suasana yang tenang tanpa gangguan, membolehkan perbincangan, penghayatan

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    4/11

    KeadaanFizikal

    DanRuang

    Bilik

    KeselesaanKlien

    Suasana Alam

    Sekeliling

    Teraputik

    Jarak

    perasaan dan penglahiran idea tanpa terancam yang memudahkan berlakunya

    perubahan.

    Aspek yang ketiga yang terkandung dalam kemahiran menyediakan ruang dan

    fizikal adalah jarak diantara kaunselor dengan klien tidaklah terlalu dekat sehinggamenggangu perbincangan dan tidak pula terlalu jauh sehingga menyukarkan kedua-dua

    pihak. Jarak yang mampu menimbulkan rasa selesa adalah diantara 1 meter hingga 1.5

    meter (buku choong). Hal ini kerana dengan jarak seperti ini klien akan merasakan lebih

    bebas dan tindak balas-tindak balas negetif seperti kelihatan resah sehingga

    memalingkan muka, kurang pendengar penjelasan tidak akan berlaku sesi

    perbincangan dapat berjalan dengan lancar. Dalam menentukan jarak yang sesuai,

    klien perlu mengambil tempat dahulu. Seterusnya, kaunselor membetulkan jarak yang

    dirasakan selesa oleh kedua-dua pihak untuk berunding.

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    5/11

    K emahiran Menyediakan Penampilan Diri

    Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan

    yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan

    keadaan dan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertamayang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian

    mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu

    tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat, berpakaian yang

    menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan terlalu berbau busuk. Antara

    perkara lain yang perlu difokuskan dalam menampilkan diri adalah seperti ekspresi

    muka yang dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh

    itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang

    dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada

    sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir

    daripada muka semasa berinteraksi. Misalnya muka menjadi merah ketika marah atau

    malu. Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi kurang

    senang klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini

    tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang baik.

    Selain itu kaunselor juga harus bijak membuat kontak mata yang sesuai untuk

    membolehkan kaunselor memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda

    hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, menimbulkan

    rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan dan menimbulkan rasa

    kesungguhan. Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata

    klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak bermakna

    kaunselor memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerak kepada klien.

    Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan melihat bahasa badan

    yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini juga memberi nada

    dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan

    penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan

    duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala orang yang

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    6/11

    bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke belakang menjauhi

    kliennya.

    Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan menghadapi

    kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia untuk membantu. Beberapaciri penting perlu diamalkan oleh kaunselor iaitu jangan duduk menyandar di kerusi

    sambil menggoyang-goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki

    dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan diletak di belakang tengkuk dan

    menyadar. Kaunselor juga jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung.

    Namun begitu kaunselor juga harus menggunakan pergerakan tangan dan kaki yang

    sesuai sesuai dapat memudahkan komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak

    kadangkala akan menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien.

    Contohnya klien yang nervous kadangkala melahirkan rasa cemasnya dengan

    menggoyangkan kakinya dengan tidak berhenti-henti. Senyuman kaunselor boleh

    meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah

    untuk memulakan perbincangan. Senyuman dan nada suara juga harus diberikan

    mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien

    akan silap memberi interpretasi.

    Senyuman dan nada suara klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien

    mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah, malu

    dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk

    memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    7/11

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    8/11

    dan mendengar perasaan yang dinyatakan. Mendengar isi bermaksud cuba memahami

    tema perbincangan dan merupakan langkah pertama dalam proses mendengar dengan

    baik (Kaunseling individu, Apa dan Bagaimana). Di dalam konteks ini, perkara penting

    yang harus didengar ialah apa yang sedang dikatakan oleh klien. Di sini peranan

    kaunselor ialah mendengar dengan baik dan membantu dalam memahami masalah

    tersebut. Perasaan pula ialah emosi yang dialami pada satu-satu situasi yang dapat

    digambarkan dengan perkataan dan tingkah laku (Kaunseling dan individu, Apa dan

    Bagaimana) . Kemahiran mendengar perasaan ini bukanlah seperti yang kita

    bayangkan bahawa kita mampu mendengar perasaan, sebaliknya ia merupakan

    lambang kepada cara kaunselor menafsir perasaan.

    Anda boleh m enga mb il sedikit masa untuk menyenaraikan perkataan-

    p erkataan yang mengga mb arkan perasaan. (K aunseling individu, a p a dan

    bagai mana).

    Kemudian, terdapat satu lagi kemahiran yang dipanggil kemahiran mendengar

    aktif. Dikatakan bahawa mendengar secara aktif ini ialah kita mendengar secara serius,

    dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dikatakan oleh klien itu. Cara

    untuk mendapatkan kemahiran mendengar aktif ada empat iaitu berusaha untuk

    memahami klien sebelum berusaha untuk difahami, bersifat tidak menghukum,

    memberikan tumpuan sepenuhnya, dan gunakan kesenyapan.

    Kemahiran yang terkahir ialah kemahiran melayan. Kemahiran melayan ini

    adalah satu cara untuk cara kaunselor menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia

    untuk mendengar. Di dalam konteks melayan ini, sebagai tanda awal layanan mesra

    terhadap klien, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah menyambut kanak-kanak

    yang berkenaan di pintu masuk dengan penuh kemesraan, seterusnya memastikan

    keselesaannya di tempat duduk yang disediakan (Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak).

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    9/11

    K emahiran Mengenal Pasti Masalah

    Selepas pelbagai jenis masalah diperdengarkan kepada kaunselor atau guru

    bimbingan, maka timbul lagi satu persoalan yang akan membawa kaunselor kepadasatu lagi kemahiran yang baru iaitu kemahiran mengenal pasti masalah. Salah satu

    daripada strategi yang biasa digunakan untuk mengenal pasti masalah yang timbul

    dalam kalangan kanak-kanak ialah melalui tinjauan (Bimbingan dan kaunseling kanak-

    kanak). Selain itu, seorang kaunselor juga boleh menggunakan kemahiran membuat

    refleksi perasaan. Kemahiran ini menyampaikan mesej kepada kanak-kanak bahawa

    guru bimbingan bahawa guru bimbingan dan kaunselor bukan sahaja memahami

    malahan berempati terhadap perasaannya. Seterusnya ialah kemahiran

    menginterpretasi. Kemahiran merupakan satu proses aktif di mana kaunselor

    menjelaskan perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dan

    dari segi perspektif yang baru. Selain itu, kemahiran perancangan prasesi juga penting

    di dalam konteks mengenal pasti masalah ini. Sebelum sesi kaunseling dimulakan,

    kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat

    Melayan danMendengar

    CaraMelayan

    CaraMendeng

    ar Aktif

    Mendengar isi

    Mendengar perasaan

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    10/11

    yang dianggap berguna. Selanjutnya, kemahiran refleksi merupakan salah satu

    kemahiran yang boleh digolongkan di dalam kemahiran mengenal pasti masalah yang

    mana refleksi merupakan satu usaha memahami klien dari sudut pandangan klien itu

    sendiri (kaunseling dan Individu, Apa dan Bagaimana). Kemahiran refleksi terbahagi

    kepada tiga bahagian iaitu refleksi isi, perasaan, dan pengalaman. Kemahiran prafasa

    pula bertujuan menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami

    oleh kaunselor. Jadi kemahiran ini jelas menunjukkan bahawa ia boleh digolongkan di

    dalam kemahiran mengenal pasti masalah. Kemahiran terakhir yang boleh digolongkan

    di dalam kemahiran mengenal pasti masalah ialah kemahiran menginterprestasi. Ia

    merupakan satu proses aktif di mana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu

    yang dibawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dari perspektif yang baru (

    kemahiran asas kaunseling, Apa dan bagaimana). Jadi di dalam kemahiran ini, makakaunselor sedang melalui proses untuk mengenalpasti masalah atau punca sebenar

    bagi konflik atau masalah yang dihadapi oleh klien itu.

    Mengenalpasti

    Masalah

    Refleksi

    Menginterprestasi

    Perancangan Pra Sesi

    Prafasa

  • 8/3/2019 Cai n Mat Serta Cik Yang

    11/11