ppt cik zu

20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS DARULAMAN, BANDAR DARULAMAN, 06000, JITRA, KEDAH DARULAMAN ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKB 3113) “PENGAWASAN, PENYELIAAN DAN KOMUNIKASI” PENSYARAH PEMBIMBING: CIK ZUBAIDAH BINTI MAT NOR

Upload: daryllichelle

Post on 08-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

isu dalam pendidikan khas

TRANSCRIPT

Pengawasan dan penyeliaan

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000, Jitra, Kedah DarulamanISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKB 3113)PENGAWASAN, PENYELIAAN DAN KOMUNIKASIPensyarah Pembimbing: CIK ZUBAIDAH BINTI MAT NOR

AHLI KUMPULAN Pengawasan dan penyeliaan

NAZIR?Pengawasan & Penyeliaanii) Bimbingan dan nasihat Ketua Jemaah Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubung dengan kaedah pengajaran : AP96 Seksyen 118

iii) Penyediaan laporanKetua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117 dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu. AP96 : Seksyen 120(1)

Peranan JPNPeranan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)JPN bertanggungjawab memastikan semua sekolah rendah yang ada kelas / program pendidikan khas diperuntukkan satu jawatan Guru Pendidikan Khas disamping memastikan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas berfungsi sepenuhnya serta menjadikan pelbagai program pendidikan khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan.

Peranan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)Pihak JPN juga yang bertanggungjawab untuk : melantik guru pendidikan khas bagi sesebuah sekolahmerancang pelaksanaan kursus latihan untuk guru pendidikan khas.

Semua guru besar serta pentadbir akan dipastikan oleh pihak JPN agar mereka memahami prosedur pelaksanaan program pendidikan khas.

Jabatan Pelajaran Negeri akan melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap program-program / kelas-kelas pendidikan khas dan menyediakan laporan berkaitan pencapaian sesuatu program.

Peranan Pengurusan SekolahPeranan Pengurusan Sekolah Pihak pentadbir perlu memberikan layanan yang adil terhadap guru-guru pendidikan khas.

Mereka perlu memainkan peranan untuk menghapuskan pandangan negatif guru-guru aliran perdana terhadap guru-guru pendidikan khas.

Pelbagai taklimat dan kursus boleh dilaksanakan agar guru-guru lain memahami bagaimana mendidik dan mengurus murid-murid pendidikan khas.

Peranan Pengurusan Sekolah Setiap peruntukan kewangan yang diperolehi pihak sekolah haruslah diagihkan samarata di antara aliran perdana dan pendidikan khas. Pihak pengurusan sekolah juga perlu pastikan adanya infrastruktur yang lengkap dalam kelas / program pendidikan khas dan rangkain jaringan jalur lebar yang mudah di akses untuk memudahkan guru-guru pendidikan khas turut sama menambahbaik pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pihak pengurusan sekolah perlu mengamalkan pendemokrasian pendidikan di mana mereka perlu memberi layana dan perhatian yang sama rata terhadap kesemua murid-muridnya termasuk murid-murid khas.

KOMUNIKASIKOMUNIKASI Halangan komunikasi guru pendidikan khas :Contoh :Faktor pembahagian tugas di mana guru bilik darjah sering tidak memberi sokongan dan kerjasama dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid-murid khas yang mengikuti pembelajaran dalam kelas inklusif.

Wujudnya Jurang Perhubungan Di Antara Guru Aliran Perdana Dengan Guru Pendidikan Khas

Hal ini mengakibatkan penyelarasan pengajaran terutamanya bagi kelas-kelas inklusif gagal dilaksanakan dan menjejaskan pembelajaran murid.Guru pendidikan khas adakalanya memisahkan diri dan pengajaran yang berpandukan kurikulum perdana.Mereka hanya fokus kepada kerja dan pengajaran mereka dalam kelas / program pendidikan khas sahaja.Halangan Komunikasi Sekolah Dengan Ibu BapaPihak sekolah gagal memberikan penjelasan berkaitan kelemahan yang dihadapi oleh murid atau pun pelaksanaan program pendidikan khas ekoran dari kurang memahami mengenai pendidikan khas. Ini adalah disebabkan juga maklumat pembelajaran murid pendidikan khas lazimnya hanya diperolehi dan disimpan oleh guru pendidikan khas.

Halangan Komunikasi Sekolah Dengan Ibu BapaMasih terdapat ibubapa yang tidak mahu mengambil berat akan kepentingan pendidikan untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Mereka langsung tidak mahu berusaha mencari maklumat dan tidak mengambil berat akan perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Faktor penyebab berlakunya keadaan sedemikian adalah perasaan tidak selesa dan malu apabila anak mereka perlu berada di dalam program / kelas pendidikan khas. Mereka enggan berjumpa untuk berbincang mengenai perkembangan pembelajaran dan potensi anak-anak berkeperluan khas mereka. Namun terdapat juga faktor berpunca daripada pihak sekolah dan guru pendidikan khas yang tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai pendidikan khas hingga gagal menarik minat para ibu bapa untuk bekerjasama.Halangan Komunikasi Sekolah Dengan Ibu BapaTidak boleh dinafikan terdapat juga halangan komunikasi antara guru dengan murid berpunca daripada faktor diri guru. Antaranya ialah sikap guru yang tidak berminat dan ikhlas mengajar murid-murid berkeperluan khas. Mereka hanya terpaksa mengikuti pengajian di bidang pendidikan khas yang telah ditawarkan kepada mereka oleh pusat pengajian. Oleh kerana tiada minat sedari awal hingga ke akhir pengajian maka golongan guru pendidikan khas sebegini akan gagal menjadi pendidik murid-murid berkeperluan khas kerana tidak wujud keikhlasan di hati mereka hingga mewujudkan jurang komunikasi antara guru dan muridSEKIAN, TERIMA KASIH