105672266 nota perkembangan kanak cik lim

99
1 Kanak-kanak dan Seni Lukis PENDAHULUAN Definisi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, grafik

Upload: mofa-kea

Post on 11-Aug-2015

996 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

1

Kanak-kanak dan Seni Lukis

PENDAHULUAN

Definisi Pendidikan Seni

Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program

pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan

individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran

dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa

yang telah dipelajari. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai

usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di

samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di

sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk

industri, grafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni

tampak tradisional mahupun seni moden.

Page 2: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

2

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam

penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni

serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan

pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk

individu itu memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur menerusi peringkat-

peringkat perkembangan yang artistik. Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu

sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju

serta matlamat bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.

PENGENALAN

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian

yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam

menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling

efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang

menggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh

pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah “Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa

yang dirasakan”. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang dihasilkan

melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif.

Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh bermakna. Seni juga adalah

sesuatu yang memiliki lebih dari sifat –sifat yang biasa, secara melahirkan apa yang dirasai

melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan

dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat

dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara

ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-

kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:

(a) Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-

kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian

dan bijak membuat keputusan.

Page 3: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

3

(b) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni

visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan

koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan

aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan

proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya

pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan

seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai

pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

(d) Aspek Persepsi

Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan

penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan

mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan

hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan

meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni

visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat - menghormati dan menjadi

landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga

menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

KANAK-KANAK DAN LUKISAN

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang

dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-

kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak

Page 4: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

4

sehingga ia membesar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai

interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa.

Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan,

namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,

1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu

kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan

menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat

peribadi dan tersendiri. Melukis sebagai Medium Komunikasi. Di sini melukis dilihat sebagai

satu aspek emosi dan juga sosial. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak

sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan

untuk berinteraksi.

Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan

aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di

dalam lukisan menggambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan

keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan

kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu

aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses

pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain

meningkatkan keyakinan diri. Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.

Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina

kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya institusi kanak-kanak.

Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak,

semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan

bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan

kepada otot tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata .

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan

apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap

pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti

pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

Page 5: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

5

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual

mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,

produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan

alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat

dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

Melukis sebagai Medium Komunikasi. Di sini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi

dan juga sosial. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka

berupaya untuk bertutur. Ia dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini

merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di dalam

lukisan menggambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan

keamanan dan kedinginan.

Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain.

Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis,

terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan.

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan

keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di

dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk: Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.

Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina

kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini

boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak,

semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan

bahan yang digunakan.

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot

tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata Melukis untuk Meningkatkan Daya

Penguasaan Kendiri (Self Esteem).Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-

kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej

Page 6: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

6

yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat

meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual

mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan

menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,

produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan

alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat

dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini

disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan

perasaan ingin tahu.

Kreativiti berasal daripada perkataan latin iaitu “creare” yang bermaksud “membuat”.

Manakala dalam bahasa Greek pula disebut sebagai “creare” membawa maksud “memenuhi”.

Menurut Kamus Dewan (2002), kreativiti adalah kemampuan mencipta daya kreatif, manakala

kreatif pula bermaksud berkebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan

sesuatu idea baru dan asli. Justeru, kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi

atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu

dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea.

Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil

baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna. Kreativiti adalah sesuatu

yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi

kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta

berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan

dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya

sesuatu produk.

Page 7: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

7

Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya

adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea,

sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin

mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah

perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan

mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang

lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan rangsangan yang sesuai untuk mendorong

mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi.

Peranan guru sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak

juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka

mengikut kreativiti masing-masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya

menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping

memupuk nilai estetika. Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil

pembelajaran mereka dengan lebih mudah.

Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin

meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing-masing.

Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, dan juga

menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan

bersuara, membangunkan harga diri, menggalakkan kerjasama dan keharmonian kumpulan,

memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam

kebudayaan serta bangsa.

Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat semasa

kanak-kanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semula jadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual seperti pemprosesan

hasil kerja berbentuk lukisan amat mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi,

ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti seni visual kanak-kanak dapat

melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Menurut Cassidy, seni merupakan bahagian penting kepada kanak-kanak dalam

penghasilan rupa bentuk yang boleh menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan

estetik dan se kaligus menyebabkan ia menjadi satu bahagian penting dalam komponen

kurikulum. Kanak-kanak yang mempunyai bakat seni seperti seni tampak dan sentuh dapat

dikenal pasti melalui pengaturcaraan kurikulum yang dipelajari oleh mereka.

Page 8: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

8

Menurut Clark (1993) dan Parath (1997), ciri- ciri bakat seni yang terdapat dalam

kreativiti kanak-kanak dapat dilihat melalui kemudahan pemahaman dan kebolehan gunaan bilik

darjah yang berdasarkan kepada analisis penyelidikan tentang pendidikan seni. Ciri bakat seni

boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu daripada kemahiran teknikal, pemikiran

visual dan kreativiti. Menurut Winner (2000), pencapaian seseorang dalam bidang seni sangat

penting bagi pencapaian kerjaya agar ia sentiasa berada pada tahap tinggi seperti dalam bakat

seni.

Kreativiti kanak-kanak dalam seni visual dari segi kemahiran teknikal adalah berkaitan

dengan kebolehan dan kemampuan untuk memanipulasi bahan-bahan bagi menyampaikan

sesuatu tujuan atau idea yang telah dicadangkan. Hal ini mungkin termasuk juga penggunaan

sumber media seperti seni cetak, lukisan dan arca-arca seni. Tambahan pula, kemahiran ini

merupakan petunjuk yang dilihat amat ketara dalam pendidikan seni visual dan dapat diluahkan

terus untuk mewujudkan tafsiran realistik yang mewakili konsep abstrak. Menurut Lowenfeld

(1963), kemahiran teknikal banyak berkaitan dengan peringkat pembinaan kemajuan. Oleh itu,

kebanyakan penulis muda menganggap kemahiran teknikal adalah terhad bagi mereka dalam

menghasilkan sesuatu karya seni.

Menurut Winner (1986 & 2007), kreativiti kanak-kanak dalam Pendidikan Seni Visual

dari segi pemikiran visual merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memahami dan

mentafsir maklumat berkaitan seni visual. Hal ini termasuk kesedaran estetik dan keupayaan

untuk melihat serta mengkritik unsur-unsur artistik berdasarkan kepada sebuah karya seni

berkaitan pengubahan organisasi dalam bahagian seni seperti mewarnai, menggaris dan

melukis tekstur. Pemikiran visual juga termasuk keupayaan mencari makna yang nyata dan

abstrak dalam sesebuah karya seni atau maklumat visual. Kanak-kanak yang mempunyai

pemikiran visual yang tinggi digalakkan melakukan pertimbangan tentang produk yang

dihasilkan.

Menurut Fredette (1893), kemahiran berfikir secara visual ini adalah lebih kepada bakat

seni yang besar. Pemikiran visual boleh di anggap sebagai satu binaan serupa dalam konsep

membanding, mengenal pasti, dan mendefinisikan bakat seni yang terdapat dalam diri

seseorang pelajar. Kenyataan ini merupakan pendapat Chetelat (1981), Lowenfeld (1947) dan

Haroutonian (1995). Terdapat beberapa perkara yang sering diberikan perhatian oleh guru

ketika berada di dalam suasana bilik darjah. Contohnya, seorang kanak-kanak yang

mempunyai daya pemikiran visual yang tinggi sudah tentu akan dapat mentafsir maklumat

Page 9: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

9

visual dengan mudah berbanding rakan-rakan mereka yang mempunyai pemikiran visual yang

rendah.

Kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam bahagian seni berkeupayaan dengan

mudah untuk mentafsir makna dan juga carta- carta yang terdapat dalam seni. Di samping itu,

cara lain untuk melibatkan kanak-kanak dalam kemahiran visual ialah dengan menggalakkan

mereka belajar mengenai konsep-konsep abstrak berkaitan seni. Walau bagaimanapun

menurut Norman Rockwell, penghasilan kerja seni yang sesuai untuk pemikiran visual seperti

penghasilan kerja berbentuk naratif termasuk bahan- bahan bercerita dapat menarik minat

kanak-kanak terutama di prasekolah.

Seterusnya bahagian terakhir dalam bakat seni adalah kreativiti. Kreativiti dapat dilihat

dalam bahagian pemikiran visual dan kemahiran teknikal yang merupakan ciri-ciri bebas dalam

bakat seni. Hal ini kerana, bahagian kreativiti merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk

berfikir secara kritis dan kreatif. Kreativiti juga perlu bagi kanak-kanak untuk mengekalkan

pencapaian yang berterusan dalam seni.

Menurut Chetelat (1981), Haroutonium (1995) dan Cowenfeld (1947), kreativiti turut

termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang

yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan

imaginasinya sendiri. Manakala menurut Wakefield (1992) pula kreativiti sangat berkait rapat

dengan langkah-langkah dalam pemikiran, orientasi artistik dan aspirasi kerjaya. Di samping

itu, Poyath turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni tampak

berkemampuan dalam menghasilkan karya yang terbaik.

Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui

penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya

catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai.

Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai

dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka dan meluahkan perasaan dalam

kreativiti.

Page 10: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

10

PERINGKAT PERKEMBANGAN PENGUTARAAN TAMPAK KANAK-KANAK

MENGIKUT TEORI VICTOR LOWENFELD

LATAR BELAKANG VICTOR LOWENFELD

Victor Lowenfeld telah dilahirkan di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeld

merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of FineArts di

bandar yang sama. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam

Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah

menengah. Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian kepada Blind

Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United

States. Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai „wartime visual aids

consultant‟ dalam tentera laut.

Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai

pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di institut ini.

Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi “Art Department” di institut yang

sama. Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The Pennsylvania State University sebagai

professor Pendidikan Seni pada tahun 1946.Selepas 10 tahun beliau telah menjadi “head of the

newly founded Department of Art Education”. Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau

meninggal dunia pada tahun 1960. Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan “Visual - Haptic theory

in Art Education” yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Beliau juga

merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The

National Committee dalam Pendidikan Seni.

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini

disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan

perasaan ingin tahu. Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh

Page 11: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

11

diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas),fleksibel

(mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru

dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar,

menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan

merekodkan ).

Victor Lowenfeld dalam bukunya „Teori Perkembangan Kanak kanak‟ menulis tentang

terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih

besar dari ayahnya, mempunyai maksud tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih

sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu

rupa Victor Lowenfeld mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan

tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni alam

merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik

kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14tahun.. Enam tahap-

tahap ini adalah seperti berikut:

Peringkat Scribbling( contengan ) (2-4 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak

terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan

melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Preschematic (Pra skematik) (4-7 Tahun)

Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis

objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.

Peringkat Preschematic (Pra skematik) (4-7 Tahun)

Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih

diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek

yang terdapat di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala

besar.

Page 12: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)

kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang

dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak

mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya

dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik

serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam

menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej.

Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata

berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni

dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan

dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali dengan nama Paul Torrance merupakan

penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Beliau mencadangkan Ujian

IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan

instrumen untuk menguji tahap kreativiti seseorang menggunakan “Torrance Test of Creative

Thinking”. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya

mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran „Bapa Kreativiti‟.

12

Page 13: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

13

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang

mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea baru/lain

yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan

pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks

budaya.

Sementara Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada

individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima

faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang

dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu

kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan

cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh

dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni mahupun bidan sains.

Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa individu

yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta

makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti dalam

bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik

dalam bidang yang diceburi. Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan

konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi pengemukaan teori dalam bidang perkembangan

manusia dan sosial. Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang

wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan

keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat

serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas

perkara tersebut.

Laura H.Chapman yang menyebut di dalam bukunya yang bertajuk “Approches in Art

Education” (1978), yang memetik bahawa sesuatu proses kreativiti adalah mempunyai pertalian

dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai

proses artistik. Beliau juga menyatakan bahawa suatu kajian tentang teori-teori peringkat

penghasilan kerja dan tahap kreativiti, menjelaskan bahawa proses artistik adalah merupakan

fasa-fasa tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens. Buku ini menjelaskan bahawa

tahap perkembangan kreativiti dan artistik dibahagikan kepada tiga fasa yang utama, iaitu

perwujudan idea, perkembangan serta penghalusan idea dan kemahiran media.

Page 14: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

14

Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua

manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa

perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik

berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”,

beliau menjelaskan bahawa pembentukan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti

pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap

perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain.

Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah kreativiti bersifat ekspresif, kreativiti melalui penghasilan

atau teknikal, kreativiti bersifat inventif, kreativiti bersifat inovatif dan kreativiti bersifat imaginatif.

Contoh-contoh kreativiti

Iklan kreatif

Page 15: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

15

Karya kreatif

NILAI-NILAI ESTETIKA

Estetika dalam bahasa Greek iaitu aisthetikos merujuk kepada perkara-perkara yang

berkaitan dengan persepsi deria. Bagi Bates (2000), estetika adalah satu kajian falsafah yang

berkaitan dengan kecantikan dan keindahan. Gazalba (1978), pula menyatakan estetika

merupakan satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikan dan kebaikan.

Lankford (1992), berpendapat bahawa estetika ialah satu konsep dan kaedah di dalam falsafah

seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami pengalaman

estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk.

Ragans (2000), berkata bahawa menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada

kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya. Di

dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakan merangkumi

pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya.

Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan

berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik penghasilan karya seni.

Page 16: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

16

Abdul Shukor Hashim (1991), melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai

pengalaman estetik. Guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini untuk

membantu pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan

mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan menghargainya.

Estetika dan kanak-kanak berkait rapat kerana perasaan kanak-kanak mudah tertarik

dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa. Menurut

Viktor Lowenfeld (1975), perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian denagn kretaiviti

yang dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak

pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman

serta latar belakang dan budaya. Estetik dikaitkan dengan tindak balas spontan terhadap

karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam.

Koster (2001), mengutarakan bahawa kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti

yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh

kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka.

Guru berperanan untuk memilih karya berkualiti, mempunyai kepelbagaian media dan

teknik seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja.

Selain itu guru juga perlu menggunakan kepelbagaian gaya, budaya dan artis iaitu dengan

memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan

latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita. Mempamerkan budaya yang

mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai

budaya dan kepelbagaian nya juga tergolong dalam peranan yang perlu dimainkan oleh guru.

Estetika perlu dipelajari untuk menghidupkan suasana aktif pembelajaran dengan

menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, seterusnya menjadikan proses pembelajaran

lebih menyeronokkan. Meningkatkan Kefahaman terhadap imej dan bahasa visual boleh

membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan

istilah-istilah baru. Menyemai kefahaman di antara satu sama lain membolehkan murid

memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza. Demikian juga

meningkatkan keupayaan pemikiran yang memerlukan pelajar membanding beza, menganalisa

dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid menggerakkan daya pemikiran mereka.

Page 17: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

17

PENGUTARAAN EKSPRESIF

Terdapat beberapa ciri ekspresif. Antaranya adalah memberi peluang untuk bekerja

dengan pelbagai bahan, cara dan teknik. Kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan

variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Aktiviti seni juga mudah direka untuk

mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Pengutaraan ekspresif dapat

ditingkatkan dengan memberi kanak-kanak pengalaman menyentuh, menguli, meramas,

menggosok, mendengar, menghidu dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kajian-kajian

yang terperinci mengenai alam dan fenomena juga dapat meningkatkan daya ekspresif. Aktiviti

seni juga mudah dilaksanakan melalui aktiviti bermain.

Unsur perasaan dalam ekspresi dapat dilihat dengan reaksi badan terhadap rangsangan

yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian

yang mungkin kepada seseorang. Ibu bapa dan guru-guru yang menjadi model, penguat kuasa

dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku. Penyampaian yang berekspresif oleh guru

mahu pun oleh sekolah amat perlu. Untuk itu, gaya pembelajaran perlulah dirangsang kan

pada setiap pelajar seperti rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik),

rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur), rangsangan sosiologi ( diri

sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok), rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang

merangkumi auditori, visual, kanestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan) serta

rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, da impulsif atau

reflektif).

Kesimpulannya seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran

kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal

pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu

bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar

menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih

bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap

positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.

Page 18: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

18

PERBANDINGAN KONSEP KREATIVITI, ESTETIKA DAN PENGUTARAAN EKSPRESIF

Konsep kreativiti telah menerima pelbagai pentakrifan daripada tokoh-tokoh kreativiti.

Menurut Kamus Dewan (2002), kreativiti adalah kemampuan mencipta daya kreatif, manakala

kreatif pula bermaksud berkebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan

sesuatu idea baru dan asli. Justeru, kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi

atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu

dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea.

Berbeza dengan konsep estetika yang berkait rapat dengan kanak-kanak kerana

perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai

golongan yang unik dan luar biasa. Menurut Viktor Lowenfeld (1975), perkembangan estetik

kanak-kanak bersesuaian dengan kreativiti yang dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan

persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanak-

kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya. Estetik

dikaitkan dengan tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan

juga melalui pengamatan terhadap alam.

Ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan dan sebagainya yang dapat melahirkan

sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas. Unsur perasaan dalam ekspresi dapat dilihat

dengan reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang

memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang.

Kesimpulannya, meskipun terdapat perbezaan antara ketiga-tiga elemen yang

dibincangkan tadi, hakikatnya setiap satu di antaranya saling berkait rapat antara satu sama

lain. Realitinya, konsep kreativiti yang diutarakan oleh Lowenfeld dan tokoh-tokoh lain dalam

seni kanak-kanak dapat menimbulkan nilai-nilai estetika (keindahan). Sehubungan itu, Paparan

konsep kedua-duanya akan mengutarakan ekspresif pada perasaan dan tingkah laku kanak-

kanak. Tidak kiralah elemen mana yang difikirkan hadir terlebih dahulu, apa yang boleh

diperjelaskan bahawa ketiga-tiganya memberi sumbangan terhadap peningkatan dan

perkembangan tumbesaran kanak-kanak.

Page 19: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

19

Pandangan Tokoh-tokoh

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan

kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat bahawa

persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak sebaliknya kanak-kanak lah yang membina

pengetahuan mereka secara aktif untuk membantu kanak-kanak memahami persekitarannya.

Perkembangan kanak-kanak berkait rapat antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran

mereka.

Kreativiti berlaku secara proses yang melibatkan perasaan dalaman dan imaginasi

kanak-kanak. Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil juga

merupakan proses kreativiti. Demikian juga dengan kebolehan kanak-kanak meluahkan

perasaan mereka secara lahiriah. Dalam konteks ini, seni dalam pendidikan dapat memberikan

satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif

para pelajar. Guru dapat mengenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar

memahami isi pelajaran.

Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar

menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih

bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap

positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Sedar atau

tidak kreativiti telah diperkembangkan oleh guru-guru di sekolah sesuai dengan tahap dan

kebolehan kanak-kanak.

Dalam usaha untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak itu, maka beberapa aplikasi

telah dilakukan oleh guru di sekolah. Antara cara yang diaplikasikan termasuklah Memberikan

rangsangan. Rangsangan sangat penting untuk kanak-kanak kerana ianya merupakan

pendorong kepada pemikiran kreatif. Soalan-soalan seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana

dan sebagainya boleh diaplikasikan untuk tujuan rangsangan ini. Guru tidak sepatutnya

menyekat idea dengan menghadkan idea kanak-kanak itu walaupun ianya mungkin dianggap

tidak logik akal. Kaedah ini sangat sesuai untuk kanak-kanak terutamanya yang mempunyai

tahap keyakinan agak rendah dan kurang berani untuk mengekspresikan pendapat mereka

sama ada dalam bentuk visual mahupun lisan.

Page 20: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

20

Kaedah bimbingan juga banyak diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah. Peringkat ini

guru perlulah membimbing murid yang telah menerima rangsangan untuk membuat

penerokaan. Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi akan sentiasa berusaha

untuk mendapatkan lebih pengetahuan tentang sesuatu perkara yang mereka temui. Melalui

penerokaan inilah pula, kanak-kanak akan dapat meningkatkan lagi daya kreativiti dan

seterusnya menjana idea mereka. Sebagai contoh, jika mereka melukis rumah, maka

gambaran asas seperti tingkap dan pintu mesti diaplikasikan. Apabila guru memberi

rangsangan terhadap mereka maka, akan wujudlah rumah yang dihias dengan aksesori seperti

langsir, bunga-bungaan, warna yang pelbagai dan sebagainya.

Selain itu, kaedah pengolahan dan pemurnian (elaboration and refinement) turut diguna

pakai oleh guru-guru di sekolah. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak mendapatkan kajian

visual yang lebih sistematik dan tersusun. Pelaksanaan kaedah ini dijangkakan dapat memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk membuat penambahbaikan kepada hasil yang mereka

usahakan. Namun demikian, peranan guru yang mengajar perlulah bersesuaian dan memberi

impak yang dapat memastikan keberkesanan kaedah ini. Ada ketikanya, pelaksanaan kaedah

ini turut diselitkan dengan kaedah rangsangan yang membuka minda murid.

Kaedah penggunaan bahan (execution in a medium) yang pelbagai dan bersesuaian

dengan tahap kematangan kanak-kanak dan tajuk juga merupakan cara yang diaplikasikan

untuk tujuan mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak. Guru yang mengajar perlu membimbing

murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Oleh itu,

guru boleh menggunakan teknik demonstrasi dan tunjuk cara di hadapan murid bagi

mengukuhkan lagi penjelasan guru dan membantu pemahaman murid mengenai medium serta

tajuk tersebut. Dengan cara ini, murid akan memperoleh pengalaman yang lebih bermakna dan

berkesan terhadap pemilihan bahan untuk penghasilan mereka.

Kaedah pemerhatian dan peniruan merupakan satu lagi cara yang diaplikasikan oleh

guru bagi membolehkan kreativiti kanak-kanak itu berkembang. Kanak-kanak yang berada

pada tahap lemah lebih sesuai untuk pengaplikasian kaedah ini. Namun demikian, seringkali

hasil yang dilihat atau diperoleh daripada kanak-kanak tidaklah seperti apa yang kita harapkan.

Perkara ini berlaku kerana kanak-kanak menggunakan persepsi sendiri meskipun ianya satu

proses peniruan. Psikomotor kanak-kanak juga merupakan faktor yang menyebabkan hal

sedemikian berlaku.

Page 21: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

21

Guru juga biasanya menggunakan aktiviti yang menyeronokkan seperti aktiviti bermain

atau separa formal. Kanak-kanak yang belajar dalam suasana seronok akan lebih terbuka

mindanya. Kreativiti juga boleh dirangsang melalui kaedah bermain dalam bentuk akademik

yang sesuai dengan mata pelajaran atau tajuk pada masa itu. Sebagai contoh, guru biasanya

menggunakan aktiviti melukis mural dalam kelas mahupun di kawasan sekolah. Guru juga

mengaplikasikan penggunaan objek-objek ataupun unsur-unsur yang terdapat di persekitaran

sekolah untuk tujuan menjana kreativiti murid.

Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin

pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Hal ini

kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif,

berkeyakinan dan berdaya maju. Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah

merentasi semua mata pelajaran.

Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran

yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakkan murid-murid

menggunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk

memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi

peluang mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan

persekitaran yang menginspirasikan.

Page 22: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

Jadual di bawah menunjukkan perkembangan kanak-kanak mengikut Victor Lowenfeld

1) PERINGKAT CONTENGAN (2-4 tahun)

CIRI-CIRI

a) Contengan tanpa kawalan

atau contengan tidak

menentu

- Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja bahan

atau alat pada sebarang permukaan di sekitar mereka

-- Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara

berulang-ulang

- Tidak menggambarkan apa-apa imej (kawalan maskular

berada pada tahap lemah)

- Hanya catatan kinestetik bukan bertujuan untuk

menggambar (lebih kepada kepuasan dan seronok

dapat memiliki alat dan diberi kebebasan)

- Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaan

- Daya contengan bergantung kepada perkembangan

fizikal dan psikologikal kanak-kanak

b) Contengan terkawal

ataupun contengan kawalan

garisan

- Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan

maskular tangan

- Wujud koordinasi mata dan tangan

- Suka conteng hingga penuhi ruang permukaan

22

Page 23: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

- Garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan

- Alat contengan dipegang dengan lebih baik

- Tangan selalunya tidak diangkat semasa menconteng

- Mula bentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak

dan melintang

- Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mula

menyedari hubungan di antara contengan dengan

objek tampak

c) Contengan bermakna

- Lewat usia 3-4 tahun

- Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas

- Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam sekitar(cuba menggambarkan perasaan)

- Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu pada pergerakan kinestetik)

- Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat intuitif dalam operasi konkrit

2) PERINGKAT

PRA- SKEMATIK

(4- 7 tahun)

- Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk

yang terdapat di persekitaran mereka)

23

Page 24: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

- Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya

- Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu

bukan merupakan reprensentasi tampak

- Contoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu setiap

muka ada telinga, mata, hidung dan mulut. Kedudukan

atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak

penting kepada mereka

- Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi

muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan

tangan).

- Objek dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis

- Unsur ruang cuba di nampakkan iaitu berdasarkan objek-

objek penyokong yang diletakkan di sekeliling

objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan.

- Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun

imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa

3) PERINGKAT SKEMATIK

(7 – 9 tahun)

- Skema bermaksud sebagai suatu konsep. Ianya diulang-

ulang

- Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh

kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan

berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

- Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa

yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi)

serta keupayaan kinestatik mereka.

- Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar

24

Page 25: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka.

- Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri

seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain.

- Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka

manusia, digambarkan secara berlebihan

(exegeration).

- Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui

satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis

di atas atau dalam lingkungan garis tersebut.

- Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan

(dekoratif).

4) PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun)

- mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang

ahli rakan sebaya dan masyarakat

- kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka.

Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu

mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sam

jantina.

- Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan

jantina melalui ciri rambut dan pakaian.

- Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan

- Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada

kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan.

- Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-

tindih objek.

- Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi

memahami garis horizon di mana, objek banyak

bertumpu di bahagian bawah (tanah).

- Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan

secara naturalistik.

- Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu

objek. Hijau untuk pokok ,biru untuk langit, kuning

25

Page 26: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

untuk tanah dan sebagainya.

- Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.

C a d a n g an u n t u k m e ni n g k a t k an ke u p a y a a n t a m p ak

- rangsangan pemikiran mereka dengan memberikan

banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem

tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan

dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan

peranan penting di peringkat usia ini

- Berikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka

merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya

dihargai.

- Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di

mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara

berdikari

- Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka

kerana kesilapan itu juga merupakan proses

pembelajaran

5)PERINGKAT PENAAKULAN (12-14 tahun)

- Peringkat Peeudo-natiralistik, iaitu lebih menyedari

tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang

diperhatikan

- Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman

remaja dan bersifat lebih kritikal.

- Lukisannya diolah lebih natural

- Memahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih

kecil berbanding yang dekat

- Terdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang Cuma

menggunakan perspektif

- Terdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar orang

dan haiwan ke dalam bentuk karton melalui lukisan

satirikal.

26

Page 27: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

27

6) PERINGKAT REMAJA(14-17 tahun

- Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri,

idealistik dan menyedari peranannya dalam

masyarakat.

- Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat

keputusan sendiri.

- Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan

menjadi lebih matang.

- Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka

sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon

terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.

- Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk

mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang

disukainya seperti batik, catan dan sebagainya.

- Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan

sosial dan konsep seni yang berfungsi

Peringkat Skematik (7-9 tahun)

Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkataan skema yang

bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Penggunaan simbol di dalam

lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya

tidak kekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai

(emosi) serta keupayaan kinestatik mereka.

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang

menarik perhatian mereka seperti rumah. Lukisan-lukisan mereka banyak menggunakan

bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi

tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration).

Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana

semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Dan lukisan mereka juga

banyak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif).

Page 28: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

28

REFLEKSI DAN APRESIASI LUKISAN KANAK-KANAK

Berdasarkan teori Viktor Lowenfeld dan W. Lambert Brittain dalam Peringkat-peringkat

Pengutaraan Tampak Kanak-kanak, peringkat skematik mengkategorikan kanak-kanak yang

berumur 7 hingga 9 tahun. Skematik bermaksud konsep yang diulang-ulang. Menurut beliau

kanak-kanak mencipta konsep menggunakan simbol-simbol yang bersifat sementara atau tidak

kekal. Simbol-simbol ini pula akan berubah mengikut tahap perkembangan seseorang kanak-

kanak. Simbol-simbol tersebut merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan

rasai secara emosi serta menggambarkannya mengikut tahap serta keupayaan kinestetik

mereka.

Kanak-kanak pada peringkat ini lebih tertarik untuk melukis gambar manusia dan objek-

objek yang menarik perhatian mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini juga gemar

menggunakan bentuk-bentuk geometri seperti bulatan, segi empat, segi tiga, bujur dan

sebagainya. Semasa melukis gambar manusia pula mereka lebih menumpukan kepada

bentuk muka daripada bentuk fizikal yang lain. Kebanyakan kanak-kanak ini akan melukis atau

menggambarkan bentuk muka manusia ini secara berlebihan („exegeration‟).

Kefahaman kanak-kanak pada peringkat skematik tentang ruang pula digambarkan

melalui satu garis dasar satah. Ini bermakna bahawa kanak-kanak peringkat ini hanya melukis

semua objek pada lingkungan garis tersebut sahaja. Di katakan bahawa kanak-kanak pada

peringkat skematik ini belum menguasai konsep ruang hadapan , ruang tengah dan ruang

belakang. Demikian juga halnya dengan ruang atas mahupun ruang bawah. Ciri-ciri lukisan

yang ditunjukkan oleh kanak-kanak pada peringkat skematik inilah juga yang dikatakan bersifat

hiasan atau dekoratif. Pendapat ini timbul kerana kanak-kanak mengaplikasikan apa sahaja

yang mereka lihat dan fikirkan serta meletakkannya terus pada lukisan tanpa memikirkan

konsep ruang seperti yang difikirkan dan dilakukan oleh orang dewasa.

Page 29: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

29

Lukisan 1: Lukisan kanak-kanak usia 7 tahun,

oleh: Muhammad Azni Syahmizan.

Lukisan di atas adalah hasil nukilan kanak-kanak berusia 7 tahun yang bersekolah

dalam tahun satu. Ini bermakna bahawa kanak-kanak ini berada pada peringkat skematik jika

diklasifikasikan berdasarkan umur. Berdasarkan lukisan yang dihasilkan, kanak-kanak ini

sememangnya telah melukis dan memperlihatkan sebahagian besar daripada ciri-ciri yang

diklasifikasikan dalam lukisan kanak-kanak peringkat skematik mengikut teori Viktor Lowenfeld.

Antara ciri-ciri yang diperlihatkan dalam lukisan tersebut termasuklah representasi objek

seperti kereta dan rumah. Selain itu, gambar manusia juga diperlihatkan iaitu gambaran dua

orang lelaki yang berpakaian baju Melayu lengkap dan bersongkok. Gambaran alam sekeliling

juga diperlihatkan dalam lukisan ini. Dalam hal ini, kanak-kanak tersebut telah memilih objek

seperti burung, pokok dan matahari yang mewakili unsur alam sekeliling.

Page 30: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

30

Mari kita memperkatakan perihal konsep ruang. Melalui hasil lukisan kanak-kanak ini,

kita dapat menyatakan bahawa konsep ruang secara menyeluruh yang diaplikasikan agak baik.

Meskipun kanak-kanak ini baru berusia 7 tahun, pengaplikasian konsep ruang hadapan, ruang

tengah dan belakang dapat diketengahkan. Walhal, mengikut teori Lowenfeld, kanak-kanak

pada peringkat skematik ini hanya akan memahami dan mengaplikasikan ruang satu garis

dasar sahaja. Dalam hal demikian, maka beberapa faktor mungkin mempengaruhi penghasilan

kanak-kanak ini. Namun demikian, jika perhatikan pada reka bentuk rumah sememangnyalah

ruang yang ditunjukkan hanya berdasarkan satu garis dasar sahaja. Ini bermakna bahawa

kanak-kanak ini masih belum mengetahui dan memahami tentang konsep ruang secara

terperinci.

Dalam teori Lowenfeld mengatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat skematik akan

menggunakan banyak bentuk-bentuk geometri seperti bulatan, segi tiga, segi empat dan

sebagainya. Apabila kita melihat pada lukisan kanak-kanak di atas, maka terbukti lah bahawa

teori tersebut sememangnya berasas. Penggunaan bentuk-bentuk geometri agak jelas seperti

yang dipaparkan melalui objek rumah menggunakan bentuk-bentuk segi tiga pada atap rumah,

bentuk segi empat pada bentuk rumah, tingkap dan pintu. Kereta yang dilukis juga

mengaplikasikan bentuk-bentuk geometri seperti bentuk bujur dilihat pada bahagian hadapan

kereta, bulatan pada tayar, separa bulatan pada bahagian atas dan tingkap kereta, serta bentuk

segi empat pada bahagian belakang kereta.

Demikian juga halnya dengan penggunaan bentuk-bentuk geometri pada pakaian yang

dilukis. Kanak-kanak ini mengaplikasikan bentuk-bentuk segi empat pada poket baju dan

bentuk silinder pada songkok. Demikian juga dengan gambaran alam sekeliling yang

memperlihatkan matahari yang menggunakan bentuk separa bulatan di sudut lukisan. Bentuk-

bentuk bulatan kecil juga diaplikasikan untuk menggambarkan wujudnya penggunaan lampu

pada bahagian atap rumah.

Berbicara tentang penggunaan warna dalam lukisan kanak-kanak, saya dapati bahawa

kanak-kanak ini menggunakan warna yang sesuai dengan naluri keanak-anakan yang gemar

akan kepelbagaian warna. Penggunaan warna asas (biru, merah dan kuning) yang terang dan

menarik perhatian adalah menjadi pilihan pada kebanyakan kanak-kanak. Demikian juga

halnya dengan penggunaan warna sekunder seperti warna hijau (daun pokok), ungu (pakaian

lelaki) dan jingga (rumah). Selain itu, warna penggenap juga digunakan seperti warna coklat.

Page 31: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

31

Penggunaan ton dalam lukisan kanak-kanak jarang kita lihat kerana mereka belum

memahami konsep pencahayaan dalam mewarnai. Walau bagaimanapun, kita dapat melihat

wujudnya pengaplikasian ton warna pada warna coklat (batang pokok dan atap rumah), warna

jingga (rumah), warna hijau (daun pokok dan pintu rumah) serta warna biru (tingkap rumah).

Namun demikian, ton yang ditunjukkan dalam lukisan ini tidaklah bersifat realistik dan

sempurna. Pengaplikasian ton ini hanyalah menunjukkan bahawa kanak-kanak ini sudah mula

memahami bahawa wujud konsep pencahayaan dalam lukisan.

Lukisan 2: Lukisan kanak-kanak usia 7tahun oleh adik Mahera

Berdasarkan lukisan ini, jelas menujukkan kanak-kanak peringkat ini tertarik melukis

gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian di sekeliling mereka seperti rumah,

kereta dan lain-lain lagi gambar yang disukai oleh mereka. Lukisan ini menggambarkan

keadaan rumah baharu mereka. Secara tidak langsung adik Mahera teruja untuk

menggambarkan rumah baharu nya melalui lukisan .Lukisan ini banyak menggunakan bentuk

geometri seperti empat segi, tiga segi, empat segi sama, sama dan lain-lain lagi. Lukisan-

lukisan yang dihasilkan banyak bersifat hiasan (dekoratif).

Page 32: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

32

Kebanyakan lukisan-lukisan kanak-kanak yang dihasilkan menggunakan garisan

menegak, mendatar, melintang, menyerong dan melengkung. Berdasarkan lukisan ini ,ciri-ciri

yang dapat dilihat ialah dari segi penggunaan garisan. Garisan yang digunakan ialah garisan

halus dan kasar yang mudah. Menggunakan garisan outline( garisan luar) untuk menunjukkan

objek yang dilukis. Lukisan ini banyak menggunakan alat seperti pensel dan pembaris bagi

menghasilkan unsur rupa iaitu bentuk-bentuk geometri segi tiga dan empat segi seperti bentuk

rumah.

Penggunaan warna pula ialah warna-warna ceria iaitu warna panas seperti warna

jingga dan kuning menimbulkan perasaan riang dan gembira. Dalam lukisan ini juga terdapat

warna –warna sejuk seperti warna biru pada awan dan warna hijau pada pokok yang

menunjukkan kedamaian. Lukisan yang digambarkan Mahera menunjukkan suasana yang

damai pada waktu petang dengan burung-burung berkicauan serta rakan-rakan di sekeliling

rumahnya.

Kanak-kanak peringkat ini kebanyakannya menggunakan pensel warna dan oil pastel.

Warna yang digunakan sekata dan tiada ton warna. Penggunaan ruang pula merupakan ruang

terbuka yang menunjukkan kawasan yang luas dan lapang. Bagi menghasilkan lukisan ini, adik

Mahera melukis di atas kertas lukisan dan menggunakan media kering iaitu pensel warna dan

oil pastel.

Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini

amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ¾ ruang kertas

lukisan. Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun

ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Mahera terus mengambil pensel dan melakar

lukisan serta mewarnakan nya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu

jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukis tanpa mengambil masa

yang lama untuk berfikir.

Page 33: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

33

. Lukisan 3: Lukisan kanak-kanak usia 8 tahun,

Oleh : Aishah Sofea.

Rangsangan juga memainkan peranan penting bagi mewujudkan kreativiti kanak-kanak.

Kaedah yang saya gunakan terhadap kana-kanak ini ialah memberikan mereka gambaran

suasana untuk dilukiskan. Memandangkan kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang

tinggi, maka pelbagai soalan yang mereka ajukan sebelum menghasilkan lukisan mereka.

Antara soalan-soalan tersebut termasuklah;

a) Nak lukis apa?

b) Nak lukis macam mana?

c) Boleh lukis orang tak?

d) Boleh lukis rumah tak ada tiang tak?

e) Boleh lukis matahari dan burung?

Terlalu banyak persoalan yang mereka fikirkan. Mungkin kurang keyakinan untuk

mengekspresikan kreativiti mereka kerana sebelumnya kreativiti mereka dihadkan ketika

melukis dalam kelas. Namun demikian tugas dan rangsangan seorang guru sangat

mempengaruhi kreativiti mereka. Maka tergambar lah lukisan burung seolah-olah berbentuk

seperti huruf „K‟. Itulah persepsi dan simbol yang digunakan oleh mereka terhadap burung.

Page 34: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

34

Berdasarkan lukisan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini, maka dapatlah kita katakan

bahawa lukisan kanak-kanak membayangkan perkembangan fizikal, sosial, perseptual, estetik

dan kreativiti kanak-kanak. Selain itu, lukisan kanak-kanak juga boleh digalakkan (rangsangan)

melalui pelbagai cara untuk perkembangan yang seimbang dan menyeluruh. Malah lukisan

kanak-kanak membantu guru memahami kanak-kanak terutama aspek perlakuan (tingkah laku)

dan juga peringkat perkembangan mereka.

Rumusannya, aktiviti melukis membolehkan kanak-kanak untuk belajar tentang diri dan

persekitaran. Sekiranya mereka tidak dapat menggambarkan sesuatu secara jelas dan

terperinci, maka mereka menggunakan alternatif lain untuk menggambarkannya. Pendek kata,

kreativiti kanak-kanak boleh dilihat melalui lukisan dan kanak-kanak menggunakan lukisan

untuk menyerlahkan kreativiti mereka.

Lukisan 4: Lukisan adik Pavendra Ram 8 tahun

Karya yang seterusnya ialah lukisan adik pavendra Ram berumur 8 tahun dalam bidang

menggambar dengan teknik lukisan. . Adik Pavendra Ram menggunakan garisan tebal dan

halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk objek di dalam lukisannya. Dia juga menggunakan

garisan melengkung, bagi awan, garisan zig-zag bagi menghasilkan rupa matahari. Garisan

berkotak digunakan pada bumbung rumah menimbulkan tumpuan. Menggunakan rupa bentuk

Page 35: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

35

geometri seperti segi tiga, segi empat, bulatan dan lain-lain lagi. Bentuk-bentuk ini digunakan

bagi menampakkan bentuk rumah, matahari kereta dan awan. Garisan tebal yang digunakan

bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut.

Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria,

terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna

sejuk. . Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna

kontra pada rumah. Warna se warna juga digunakan pada warna gumpalan awan.

Penggunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar di mana kesemua gambar

melalui satu garis satah semua objek dilukis di dalam lingkungan garisan tersebut. Penggunaan

ruang pula merupakan ruang yang mendatar di mana kesemua gambar melalui satu garis satah

semua objek dilukis di dalam lingkungan garisan tersebut.

Lukisan 5: Lukisan kanak-kanak usia 9 tahun,

Oleh : Nur Aznie Syahzana.

Melihat pada lukisan kelima ini yang dihasilkan oleh Nur Aznie Syahzana berusia 9

tahun, maka kita dapat membuat perbandingan dan pandangan yang agak berbeza dengan

lukisan pertama tadi. Kanak-kanak ini juga berada pada peringkat skematik dan menghasilkan

Page 36: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

36

ciri-ciri lukisan skematik seperti yang dijelaskan di awal tadi. Apa yang jelas kita lihat ialah

penggunaan satu garis dasar yang ketara untuk menggambarkan ruang, warna-warna yang

terang dan penggunaan bentuk-bentuk geometri.

Sekiranya kita membuat perbandingan antara kelima-lima lukisan ini, maka kita akan

dapat memperkatakan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan lukisan tersebut.

Oleh sebab itu, kita boleh melihat kepada ciri-ciri tumbesaran kanak-kanak daripada aspek

fizikal, emosi, sosial, intelek, persepsi, estetik dan kreativiti. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak

akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang

berbeza-beza. Saya mendapati pendapat ini memang berasas berdasarkan pemerhatian

kepada perkembangan kanak-kanak yang berada dalam kelas dan usia yang sama.

Jika membandingkan lukisan kanak-kanak yang dipaparkan, daripada aspek fizikal,

didapati bahawa kanak-kanak kelima (9 tahun) mempunyai kematangan psikomotor yang lebih

baik. Cuba perhatikan penggunaan garisan pada objek-objek yang dilukiskan. Garisan

tersebut lebih lurus dan sekata. Dari aspek emosi pula, kedua-dua kanak-kanak ini mempunyai

persamaan iaitu memilih persekitaran yang hampir serupa tetapi mempunyai perbezaan

daripada segi peletakan objek. Demikian juga halnya dengan pemilihan gambar manusia.

Kanak-kanak lelaki telah memilih untuk melukis gambar manakala kanak-kanak perempuan

pula memilih untuk melukis gambar perempuan.

Menyentuh tentang aspek sosial, kanak-kanak ini menggambarkan suasana

persekitaran mereka dalam bentuk lukisan. Namun skopnya agak terhad iaitu berkisar tentang

diri mereka dan keluarga sahaja. Apa yang dapat diperkatakan melalui kedua-dua lukisan ini

ialah suasana perayaan kerana mereka masih merasakan suasana tersebut ketika melukis.

Oleh sebab itu, mereka menggambarkan orang yang memakai baju kurung dan baju Melayu.

Kehidupan dalam sosialisasi kaum Melayu, mendorong mereka untuk melukis gambaran minda

tersebut.

Tumbesaran daripada aspek intelek juga mempengaruhi hasil lukisan yang dibuat oleh

kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini menggambarkan objek rumah dan kereta moden. Mereka

tidak terikat dengan suasana kampung yang primitif. Daya intelek mereka telah dipengaruhi

dengan tahap ekonomi keluarga yang berada dalam kategori sederhana. Mungkin juga mereka

menerapkan impian dalam mengaplikasikan objek pilihan seperti kereta idaman.

Page 37: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

37

Persepsi kanak-kanak terhadap kehidupan mereka atau mungkin impian mereka diguna

pakai dalam menggambarkan suasana persekitaran lukisan yang dihasilkan. Kanak-kanak ini

menggambarkan suasana yang hening, aman dan mengamalkan budaya kemelayuan

(memakai pakaian beridentitikan Melayu) dan alam sekeliling yang bersih dan udara yang

segar. Kanak-kanak ini memperlihatkan kesemuanya melalui lukisan dan pemilihan unsur-

unsur di dalamnya.

Melalui persepsi kanak-kanak itu tadi kita dapat melihat nilai-nilai estetika pada lukisan

mereka. Lowenfeld (1975), perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian dengan kreativiti

yang dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak

pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman

serta latar belakang dan budaya. Justeru, pemilihan dan penyusunan kesemua unsur dalam

lukisan kanak-kanak yang dipaparkan menunjukkan nilai-nilai estetika sesuai dengan peringkat

umur mereka.

Viktor Lowenfeld (1975), percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan dengan

kreativiti. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka

dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Pada lukisan kedua, kita dapat melihat penggunaan

warna merah pada rambut kanak-kanak perempuan. Ini bermakna kanak-kanak ini telah keluar

daripada kepompong asal yang memberi gambaran bahawa rambut mestilah berwarna hitam.

Demikian juga halnya dengan bentuk-bentuk objek dilukis mengikut kreativiti kanak-kanak

tersebut.

Page 38: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

Perbandingan ciri-ciri lukisan Skematik dan Awal realisme

Peringkat Ciri-ciri

Peringat skematik (7-9 tahun) •Skema bermaksud sebagai satu konsep.

Ianya diulang-ulang.

•Simbol-simbol merupakan konsep yg dibuat

oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia

akan berubah mengikut tahap perkembangan

kanak-kanak

•Simbol-simbol merupakan perlambangan

tentang apa yang mereka lihat dan yang

mereka rasai (emosi) serta keupayaan

kinestatik mereka.

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis

gambar manusia, rumah , kereta dan objek-

objek yang menarik perhatian mereka

•Lukisan mereka banyak menggunakan

bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga

segi, bujur dan lain-lain.

•Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti

muka manusia, digambarkan secara

berlebihan (exegeration)

•Kefahaman mereka tentang ruang

digambarkan melalui satu garis dasar satah di

mana semua objek dilukis di atas dalam

38

Page 39: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

lingkungan garis tersebut

*. kanak-kanak peringkat ini masih belum

mengetahui dan memahami tentang konsep

ruang secara terperinci.

.•Lukisan mereka banyak kelihatan bersifat

hiasan (decorative)

Kebanyakan lukisan menggunakan

warna panas dan sejuk.

Tiada ton warna , kebanyakan

menggunakan warna se warna.

Rangsangan juga memainkan peranan

penting bagi mewujudkan kreativiti

kanak-kanak. Kaedah yang di

gunakan terhadap kana-kanak ini ialah

memberikan mereka gambaran

suasana untuk dilukiskan.

Peringkat Awal Realisme ( 9-12 tahun) * mereka mula menyedari tentang diri

sebagai seorang ahli rakan sebaya dan

masyarakat

* kumpulan rakan sebaya lebih menarik

perhatian mereka. Perbezaan jantina

mula dirasakan dan sebab itu mereka

mula bergerak mengikut rakan sebaya

39

Page 40: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

40

sama jantina.

* lukisan mereka juga menampakkan ciri-

ciri perbezaan jantina melalui ciri

rambut dan pakaian.

* Cara melebih-lebihkan (exegeration)

tidak lagi dilakukan

* Objek atau gambar yang dilukis

berdasarkan kepada kesedaran

tampak sahaja bukan melalui

pengamatan.

* Kefahaman ruang digambarkan melalui

kesan tindan-tindih objek.

* Objek tidak lagi diletakkan atas garis

dasar satah, tetapi memahami garis

horizon di mana, objek banyak

bertumpu di bahagian bawah (tanah).

* Kadar banding (propotion) pada lukisan

orang, dilakukan secara naturalistik.

* Menggunakan warna bagi

menggambarkan sesuatu objek .Hijau

untuk pokok, biru untuk langit kuning

untuk tanah dan sebagainya.

* Memasukkan lebih banyak objek dalam

lukisan mereka.

C a d a n g an u n t u k m e ni n g k a t k an k e u p a y a a n

t amp a k

rangsang pemikiran mereka dengan

memberikan banyak bahan bacaan

bercerita, menonton filem tentang

haiwan, manusia dan sebagainya.

Khayalan dan kepercayaan mereka

Page 41: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

41

tentang sesuatu memainkan peranan

penting di peringkat usia ini

* Berikan perhatian terhadap karya

mereka agar mereka merasakan

kehebatan keupayaan mereka dan

dirinya dihargai.

* Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke

satu titik mula di mana mereka boleh

berfikir dan bertindak secara berdikari

* Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan

tindakan mereka kerana kesilapan itu

juga merupakan proses pembelajaran

Page 42: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

42

KESIMPULAN

Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan murid-murid tahap satu,

jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta

berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual

yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-

kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-

kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian

dan bijak membuat keputusan.

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada

otottangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Latihan dan projek yang bersifat

terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan

projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan

akhir. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria

melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling

mereka. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain meningkatkan

keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di

dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Perkembangan lukisan kanak-kanak juga banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan

suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan

kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat

yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan

refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga

dia membesar.

Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan

kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan

sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan

pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik. Dengan ini

perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa di sedari.

Page 43: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

43

Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-

kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti.

Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka

perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang

sesuai dengan tahap kanak-kanak.Rumusannya, aktiviti melukis membolehkan kanak-kanak

untuk belajar tentang diri dan persekitaran. Sekiranya mereka tidak dapat menggambarkan

sesuatu secara jelas dan terperinci, maka mereka menggunakan alternatif lain untuk

menggambarkannya. Pendek kata, kreativiti kanak-kanak boleh dilihat melalui lukisan dan

kanak-kanak menggunakan lukisan untuk menyerlahkan kreativiti mereka.

Page 44: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

44

REFLEKSI

Salam 1 Malaysia. Pada 4 Ogos 2012, pensyarah mata pelajaran PSV3103 (Kreativiti

Dan Seni Kanak-kanak), Cik Lim Huey Khing telah menyerahkan tugasan kerja kursus pendek.

Sebelum merangka tugasan, kami telah diberi sedikit input tentang kehendak tugasan secara

ringkas. Pada masa ini, kami agak risau dan cemas kerana tugasan tersebut terlalu banyak

pecahan dan kelihatan seperti berlaku pertindihan. Tambahan pula kami masih tidak

mempunyai modul yang lengkap tentang tajuk ini. Maklumat yang kami peroleh daripada

pelbagai sumber juga agak mengelirukan. Pada masa ini juga, Cik Lim telah memberi sedikit

penerangan tentang Peringkat Perkembangan Penutaraan Tampak Kanak-kanak menurut teori

Viktor Lowenfeld dan W. Lambert Brittain.

Sepanjang tugasan ini berjalan, kami telah merangka beberapa langkah untuk

menjayakannya. Justeru kami telah menetapkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 5

lukisan kanak-kanak peringkat skematik (Tahap satu). Saya beranggapan bahawa peringkat

awal ini agak mudah untuk dilaksanakan kerana kami mengajar murid-murid sekolah rendah.

Langkah berikutnya, menyenaraikan aspek-aspek penting yang dikehendaki oleh

tugasan iaitu menganalisis ciri-ciri lukisan daripada sudut representasi objek, manusia dan

alam sekeliling serta ruang dan warna dalam bentuk jadual. Analisis tersebut perlu dikaitkan

dengan rangsangan yang digunakan oleh guru. Selain itu, analisis tersebut juga perlu dikaitkan

dengan peringkat skematik/awal realisme yang merangkumi aspek perkembangan fizikal,

emosi, intelek, perseptual, estetik dan kreativiti kanak-kanak mengikut teori Lowenfeld dan

Brittain. Rajah perbandingan juga boleh membantu selain penerangan tentang rangsangan

serta faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak. Saya mendapati tugasan ini agak

sukar pada awalnya.

Page 45: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

45

Namun, selepas mengkaji aspek-aspek yang dikehendaki dan mengaitkannya dengan

kaedah apresiasi lukisan kanak-kanak barulah saya memahaminya dengan lebih mendalam.

Aspek seterusnya adalah menjelaskan konsep kreativiti menurut pandangan tokoh-tokoh

kemudian membuat perbandingan dengan konsep estetika dan pengutaraan ekspresif merujuk

kepada Lowenfeld dan Brittain. Kami juga perlu menghuraikan pelaksanaan atau aplikasi cara-

cara perkembangan kreativiti di sekolah. Kami juga perlu menyatakan pendapat atau

pandangan tentang;

a) Lukisan kanak-kanak membayangkan perkembangan fizikal, sosial, intelek, per septual,

estetik dan kreativiti kanak-kanak.

b) Lukisan kanak-kanak boleh digalakkan melalui pelbagai cara untuk perkembangan yang

seimbang dan menyeluruh.

c) Lukisan kanak-kanak membantu guru memahami kanak-kanak.

Bahagian ini juga agak mengelirukan pada peringkat awal pemprosesan. Saya terpaksa

mencari seberapa banyak maklumat dan mengumpul serta membacanya berulang-ulang untuk

meningkatkan kefahaman tentang elemen-elemen yang diminta. Proses ini memakan masa

yang agak panjang dan menimbulkan sedikit tekanan. Tekanan lebih terasa apabila saya

memperoleh maklumat tentang Lowenfeld dan Brittain dalam bahasa inggeris. Tambahan pula

maklumat tersebut tidak dapat dimuat turun mahupun dicetak. Syukur kerana dengan usaha

yang lebih giat akhirnya saya berjaya meneruskan dan menyiapkan bahagian ini.

Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat

pelbagai manfaat. Antaranya, info tentang perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak

dengan lebih terperinci. Sebelum ini saya kurang mengambil berat tentang perkara ini kerana

berpendapat bahawa ianya tidak begitu diperlukan dalam pengajaran. Selain itu, melalui kerja

kursus ini, saya dapat mengetahui konsep sebenar perkembangan dan pertumbuhan kanak-

kanak.

Page 46: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

46

Saya dapat mendalami psikologi kanak-kanak terutama semasa membuat apresiasi

lukisan mereka. Sebagai seorang guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan

mengenai psikologi kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.

Selain mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu

pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa guru

sentiasa kritis, kreatif dan inovatif. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh

peperiksaan pada akhir semester nanti.

“Berilmu, Beriman dan Bertawakal”

Disediakan oleh,

…………………………………………

SURIANI BINTI ANDI MAPPEASSE

(701112-12-5724)

Page 47: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

47

REFLEKSI

Pada 4 Ogos yang lalu, kami kumpulan PSV (Pendidikan Seni Visual) telah diberi satu

tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kami dikehendaki membuat

analisis lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan skematik/awal

realisme murid-murid tahap 1. Kami juga diminta menghuraikan hasil lukisan mereka

berpandukan Teori Perkembangan Kanak-kanak oleh Vicktor Lowenfeld dan Brittain Perkara

pertama yang kami lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku

percanggahan waktu untuk menyiapkan tugasan yang lain. Sebelum cuti perayaan yang lalu,

kami telah mengambil kesempatan untuk mengumpulkan beberapa lukisan anak murid di

sekolah.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah

kurniaannya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran

kesibukan tugas seharian . Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek PSV 3103

kreativiti dan seni kanak-kanak, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Namun demikian,

cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan

yang terbaik bermula dengan mencari dan mengumpul nota-nota, maklumat , buku-buku

rujukan dan melayari internet yang berkaitan tentang tajuk kursus Kreativiti dan Seni Kanak-

kanak serta hubung kaitkan ciri lukisan kanak-kanak mengikut peringkat skematik /awal

realisme.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang perkembangan

lukisan kanak-kanak dengan merujuk kepada Lowenfeld dan Brattain. Segala maklumat-

maklumat tersebut saya peroleh melalui buku-buku rujukan dan sumber internet. Selain itu,

saya juga telah mempelajari kemahiran menganalisis, membanding beza dan

menghubungkaitkan maklumat yang saya peroleh setelah hampir dua dekad saya tinggalkan.

Akhirnya, dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak maklumat yang saya peroleh

tentang kreativiti kanak-kanak serta pandangan tokoh-tokoh berkaitan konsep kreativiti. Saya

akan gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran seni Visual di dalam bilik

Page 48: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

48

darjah di sekolah. Ilmu yang saya peroleh ini dapat membantu saya menjalankan pelbagai

aktiviti seni di dalam pengajaran dan pembelajaran kebolehan murid bagi mengelakkan rasa

bosan dan menyeronokkan murid-murid mengikut tahap.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang

dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-

kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak

sehingga ia membesar.

Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi

yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa,

seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-

kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975).

Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah

menarik menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan

menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah

bersifat peribadi dan tersendiri.

Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang

dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-

kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi

umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru

pendidikan seni visual .Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya

memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti

kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap

sekelilingnya. Aktiviti seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan murid

mengikut tahap yang sesuai.

Page 49: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

49

Dengan mempelajari subjek ini, ruang pemikiran saya kian terbuka. Banyak penemuan

baru telah membuka ruang minda saya. Kanak-kanak merupakan seniman dan pengkarya awal

yang wujud dalam meluahkan apa-apa yang mereka lihat, menyamai konsep simbolik lukisan

gua manusia primitif. Kanak-kanak mempraktikkan seni konseptual berbanding dengan seni

persepsi. Ekspresi mereka diluahkan secara simbolik dalam representasi sesuatu bentuk dan

elemen di dunia realiti. Kecenderungan kanak-kanak menggambarkan objek dalam bentuk

geometri dan simbolik menjadi justifikasi pengamatan konseptual mereka, di samping

keupayaan motor yang masih terbatas jika dibandingkan dengan manusia dewasa.

Secara umumnya dipersetujui bahawa manusia tahu dan memahami dunia realiti, iaitu

melalui bahasa dan representasi. Bagi kanak-kanak, seni adalah sesuatu yang dinamik dan

unik. Perlulah diketahui bahawa perkembangan lukisan adalah menggambarkan

peningkatan kematangan. Proses interaksi nya dengan alam sekeliling amat berguna sebagai

pendedahan untuk meningkatkan pengalaman dan kefahaman dalam membina sesuatu

konsep.

Akhir sekali, saya juga berterima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu , Suraini dan

Kamisah kerana telah memberikan kerjasama serta komited dalam menyiapkan tugasan secara

kumpulan. Tanpa semangat dan sikap positif dalam diri mereka sudah tentu tugasan ini tidak

dapat disiapkan lagi. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Cik

Lim Huey Khing yang telah banyak memberi ilmu pengetahuan, dorongan dan nasihat semasa

sesi interaksi. Dengan pengetahuan yang diperoleh serta pengalaman yang sedia ada ini

dapat memberikan suntikan semangat dalam diri saya untuk lebih komited dalam profesion

perguruan.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

Rosni Bt Abd Majid

650423035366

Page 50: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

50

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya

kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan

tugas seharian.

Pada 4 Ogos 2012, pensyarah mata pelajaran PSV3103 (Kreativiti Dan Seni Kanak-

kanak), Cik Lim Huey Khing telah menyerahkan tugasan kerja kursus . Sebelum merangka

tugasan, kami telah diberi sedikit input tentang kehendak tugasan secara ringkas. Pada masa

ini, kami agak risau dan keliru kerana tugasan tersebut terlalu banyak pecahan dan kelihatan

seperti berlaku pertindihan. Tambahan pula kami masih tidak mempunyai modul yang lengkap

tentang tajuk ini. Maklumat yang kami peroleh daripada pelbagai sumber juga agak

mengelirukan. Pada masa ini juga, Cik Lim telah memberi sedikit penerangan tentang

Peringkat Perkembangan Penuturan Tampak Kanak-kanak menurut teori Viktor Lowenfeld dan

W. Lambert Brittain.

Rajah 1

Cik Lim Huey Khing memberi panduan

tentang pelaksanaan Tugasan Projek

Page 51: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

51

Setelah faham apa kehendak soalan dan tugasan tersebut kami menagihkan tugas-

tugas yang diberi agar memudahkan Pelaksanaan Tugasan terhasil. Sepanjang tugasan ini

berjalan, kami telah merangka beberapa langkah untuk menjayakannya. Justeru kami telah

menetapkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 5 lukisan kanak-kanak peringkat skematik

(Tahap satu).

Rajah 2

Pembahagian Tugas Projek

“Suraini, Kamisah dan Rosni”

Langkah berikutnya, menyenaraikan aspek-aspek penting yang dikehendaki oleh

tugasan iaitu menganalisis ciri-ciri lukisan daripada sudut representasi objek, manusia dan

alam sekeliling serta ruang dan warna dalam bentuk jadual. Analisis tersebut perlu dikaitkan

dengan rangsangan yang digunakan oleh guru. Selain itu, analisis tersebut juga perlu dikaitkan

dengan peringkat skematik/awal realisme yang merangkumi aspek perkembangan fizikal,

emosi, intelek, perseptual, estetik dan kreativiti kanak-kanak mengikut teori Lowenfeld dan

Brittain. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil

baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna. Kreativiti adalah sesuatu

yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi

Page 52: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

52

kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta

berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan

dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya

sesuatu produk.

Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya

adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea,

sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin

mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah

perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan

mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang

lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan rangsangan yang sesuai untuk mendorong

mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi.

Peranan guru sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak

juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka

mengikut kreativiti masing-masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya

menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping

memupuk nilai estetika. Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil

pembelajaran mereka dengan lebih mudah.

Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin

meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing-masing.

Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, dan juga

menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan

bersuara, membangunkan harga diri, menggalakkan kerjasama dan keharmonian kumpulan,

memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam

kebudayaan serta bangsa.

Page 53: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

53

Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat semasa kanak-

kanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta berkembang mengikut

fitrah semula jadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual seperti pemprosesan hasil kerja

berbentuk lukisan amat mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan

kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti seni visual kanak-kanak dapat melibatkan

diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Rajah perbandingan juga boleh membantu selain penerangan tentang rangsangan

serta faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak. Saya mendapati tugasan ini agak

sukar pada awalnya. Namun, selepas mengkaji aspek-aspek yang dikehendaki dan

mengaitkannya dengan kaedah apresiasi lukisan kanak-kanak barulah saya memahaminya

dengan lebih mendalam.

Aspek seterusnya adalah menjelaskan konsep kreativiti menurut pandangan tokoh-

tokoh kemudian membuat perbandingan dengan konsep estetika dan pengutaraan ekspresif

merujuk kepada Lowenfeld dan Brittain. Kami juga perlu menghuraikan pelaksanaan atau

aplikasi cara-cara perkembangan kreativiti di sekolah. Kami juga perlu menyatakan pendapat

atau pandangan tentang;

a) Lukisan kanak-kanak membayangkan perkembangan fizikal, sosial, intelek, perseptual,

estetik dan kreativiti kanak-kanak.

b) Lukisan kanak-kanak boleh digalakkan melalui pelbagai cara untuk perkembangan yang

seimbang dan menyeluruh.

c) Lukisan kanak-kanak membantu guru memahami kanak-kanak.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan Seni

Visual tentang Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak dapat kami kumpulkan dan kami perolehi

maklumat-maklumat tersebut melalui Nota-nota dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha

gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami peroleh dan akan kami gunakan ilmu ini

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti. Ilmu yang kami peroleh ini

akan dapat membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti

semasa berada di dalam kelas. Permainan dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan

Page 54: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

54

pelajaran yang menarik jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara

menarik boleh dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk

menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk

mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Cik Lim Huey Khing yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam

memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga di diucapkan kepada

rakan-rakan seperjuangan kakak Rosni & kakak Suraini yang banyak membantu dan memberi

tunjuk ajar dalam menghasilkan penulisan. Terima kasih juga kepada suami yang membantu

memberi penjelasan yang tepat dan padat mengenai tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan

bimbingan daripada pihak yang berkenaan sangat dihargai.Ini adalah penting untuk

memastikan bahawa guru sentiasa kritis, kreatif dan inovatif. Ini amat penting untuk persediaan

untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.

“Seni WaWaSan, PenghiaS zaman....”

Disediakan Oleh,

………………………………

KAMISAH BINTI TUMIN

(721123-01-5692)

Page 55: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

55

Rujukan

h t t p : / / w w w . s cri bd .c o m/ d o c / 8 8 57 1 8 2 3 / Kajia n - P er ke mb a ng an-Se n i-Kan a k-Kan a k - m en g ik u t -

T eo ri-V i c t o r - L o w e n f eld

h t t p : / / p ela ng i p e t a n g 89 . b l og spo t . c o m / 2 0 09 / 1 2 / k e m a h ir a n - m el u kis-kan a k-kan a k . h t m l

Bibliografi

h ttp: / / hom e. h a m i d ars h at. c o m / T E N TA N G % 2 0 KA N A K - K A N AK .h tm

h t t p : / / cikg u a n i .b l o g s p o t. c o m /

h t t p : / / w w w . s cri bd .c o m/ d o c / 2 2 32 0 2 1 3 / P en gu taraa n - Ta m p ak - Kan a k-kan a k

h t t p : / / w w w .s l i d e sh a re. n e t / s y i r e e n/ t o k oh - l o w enfel dhu rwitz d ay

h t t p : / / un it p s v i pb a. b l o g s p o t.c o m /

h t t p : / / p s v i su a l . wo rdp ress . c o m /

h t t p : / / sen i v is u al1. b l o g spo t .c o m/ p / b l o g - p s v . h t m l

h t t p : / / r m c. up si . ed u . m y / v 2 / e w aca n a / A s as % 20 S en i % 2 0 V i su a l .h tm

h t t p : / / sen i v is u al2. b l o g spo t .c o m / 2 0 1 0 / 03 / b a n y a k - bu k u - bu ku-r u j u ka n - p en d i d ika n . h t m l

Page 56: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

56

Lampiran

Lukisan 1 : Lukisan kanak-kanak usia 7 tahun,

oleh: Muhammad Azni Syahmizan.

Lukisan 2: Lukisan kanak-kanak usia 7tahun oleh adik Mahera

Page 57: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

57

Lukisan 3: Lukisan kanak-kanak usia 8 tahun,

Oleh : Aishah Sofea.

Lukisan 4: Lukisan adik Pavendra Ram 8 tahun

Page 58: 105672266 Nota Perkembangan Kanak Cik Lim

58

Lukisan 5: Lukisan kanak-kanak usia 9 tahun,

Oleh : Nur Aznie Syahzana.