cadangan yang bernas

8
WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIK Suki Ha Chi Wei PISMP SEM 3- PSV SJK(C) 3.0 CADANGAN YANG BERNAS CARA UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI NEGARA KITA. Perpaduan antara kaum di sebuah negara merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagian dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki oleh kuasa asing. Dengan ini, sebuah negara perlu mengekalkan perpaduan antara kaum dengan kerjasama pelbagai pihak yang berbagai kaum. Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar perisitiwa berdarah seperti perisitiwa 13 Mei 1969 tidak berulang lagi perlu diambil demi keharmonian negara. Selepas perisitwa berdarah 13 Mei 1969 berlaku, Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri yang kedua pada masa tersebut telah mempekenalkan Rukun Negara bagi mengelakkan perisitiwa yang berdarah tersebut berulang. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu padu dan membina semula negara sehingga ke tahap hari ini. Terdapat lima prinsip terdapat dalam Rukun Negara untuk mengekalkan perpaduan negara iaitu Kepercayaan kepda Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Contohnya, prinsip pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan telah menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang ajaran yang bercanggah dengan Tuhan seperti fahaman komunis tidak akan terjumpa dalam negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana agama telah menjadi unsur 7

Upload: sukixyz-ha

Post on 15-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

waj

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Yang Bernas

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

3.0 CADANGAN YANG BERNAS CARA UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI NEGARA KITA.

Perpaduan antara kaum di sebuah negara merupakan perkara yang amat mustahak

untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang

aman dan damai dapat menjamin kebahagian dan keselamatan rakyatnya. Negara

yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta

tidak mudah ditakluki oleh kuasa asing. Dengan ini, sebuah negara perlu

mengekalkan perpaduan antara kaum dengan kerjasama pelbagai pihak yang

berbagai kaum. Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar

perisitiwa berdarah seperti perisitiwa 13 Mei 1969 tidak berulang lagi perlu diambil

demi keharmonian negara.

Selepas perisitwa berdarah 13 Mei 1969 berlaku, Tun Abdul Razak iaitu

Perdana Menteri yang kedua pada masa tersebut telah mempekenalkan Rukun Negara bagi mengelakkan perisitiwa yang berdarah tersebut berulang. Dengan

adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran

perselisihan kaum mampu bersatu padu dan membina semula negara sehingga ke

tahap hari ini. Terdapat lima prinsip terdapat dalam Rukun Negara untuk

mengekalkan perpaduan negara iaitu Kepercayaan kepda Tuhan, Kesetiaan kepada

Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta

Kesopanan dan Kesusilaan. Contohnya, prinsip pertama iaitu Kepercayaan kepada

Tuhan telah menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan

prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang ajaran yang bercanggah

dengan Tuhan seperti fahaman komunis tidak akan terjumpa dalam negara ini. Hal

ini dikatakan demikian kerana agama telah menjadi unsur penting dalam

membentuk rohani masyarakat kita. Dengan inilah telah mampu menyatupadukan

rakyat Malaysia dengan adanya ajaran agama masing-masing.

Antara cara yang dapat mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara

adalah memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyatnya. Semangat

patriotisme bermaksud mempunyai semangat cinta akan negara. Dengan adanya

semangat cinta akan negara, kita akan berasa berbangga menjadi seorang rakyat

Malaysia dan melahirkan perasaan sayang akan negara kita. Kita sebagai rakyat

Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk ini perlu mengenali serta

menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana raja dan pemimpin di negara

kita merupakan seseorang yang berusaha mengekalkan keamanan dan

7

Page 2: Cadangan Yang Bernas

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

kesejahteraan serta pembangunan negara. Usaha-usaha yang telah diluahkan

adalah untuk memajukan negara dan seharusnya disokong oleh rakyat dan

bukannya dikritik dengan perkataan yang tidak berfaedah. Perjuangan tokoh-tokoh

negara seperti Tunku Abdul Rahman yang digelar sebagai bapa Kemerdekaan telah

memainkan peranan yang penting dengan memperjuangkan kemerdekaan negara.

Hal ini dikatakan demikian kerana ketiadaan perjuangan tokoh-tokoh negara

Malaysia, negara kita berkemungkinan besar masih dijajah oleh penjajah asing.

Dengan ini, rakyat Malaysia haruslah mengambil tahu dan menghargai sumbangan

yang telah diluahkan oleh tokoj-tokoh Malaysia demi memperjuangkan negara ini.

Selain daripada itu, lambang-lambang kebesaran seperti bendera, lagu kebangsaan

dan jata negara juga harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara

Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh

semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Sebagai seorang rakyat

Malaysia, kita tidak boleh membenarkan bendera negara kita dipijak, dibuang atau

dibakar sebaliknya seharusnya berasa bangga bahawa Jalur Gemilang sedang

berkibar di atas tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak

semasa menyayikan lagu negaraku, menghayati liriknya dan menyayikannya

dengan penuh bersemangat. Hal ini adalah untuk menunjukkan kehormatan kepada

negara. Bukan itu sahaja, kita juga bertanggungjawab untuk mempertahankan

maruah dan kemerdekaan negara. Jelaslah bahawa, kita perlu berasa bangga

kerana kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan

darah.

Seterusnya, cadangan yang bernas cara untuk mengekalkan perpaduan

antara kaum di negara kita adalah seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negara. Contohnya, kita sebagai rakyat Malaysia

bertanggungjawab taat setia kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati

negara. Kelakuan pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak

dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa

negara dengan bersedia untuk berkorban demi mempertahankan maruah dan

kemerdekaan negara. Seperti prinsip yang ada dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan

dan Ketaatan kepada Raja dan negara telah menjadi unsur dan ciri penting dalam

soal kewarganegaraan di negara ini. Prinsip kedua ini adalah untuk membolehkan

setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan

ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat

dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat

8

Page 3: Cadangan Yang Bernas

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan

Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua ini mampu membentuk satu bangsa

Malaysia yang patriotik dan bersatu padu. Malaysia merupakan sebuah negara

yang aman dan harmoni. Oleh itu, kita sebagai seorang rakyat di Malaysia, kita

haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Di samping itu, cadangan yang bernas cara untuk mengekalkan perpaduan

antara kaum di negara ktia adalah rakyat dilarang membangkitkan isu sensitif antara kaum. Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat dan terdiri daripada

masyarakat majmuk. Oleh itu, sebagai masyarakat yang harmoni, kita perlu

menghormati antara satu sama lain dan mengelakkan diri untuk membangkitkan isu

sensitif sesuatu kaum. Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan

hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah

laku, sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan liter

atur, rasisme dan seumpamanya. Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, atau

dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada perselisihan faham

atau api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati

oleh mana-mana kaum. Isu-isu sensitif boleh diibaratkan sebagai api dalam sekam

yang menyala dalam diam-diam sehingga boleh membawa kepada kebakaran.

Sebaliknya, semangat kekitaan penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah

negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak

ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Bukan itu sahaja, kesabaran dan

mengawal diri sendiri diperlukan demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan

faham demi kesejahteraan hidup kita sebagai rakyat Malaysia dan mewujudkan

sebuah negara yang aman dan damai. Hal ini dikatakan demikian kerana sifat

bersatu padu antara masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum amat penting

untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya

untuk bangsa atau kaum diri sendiri sahaja. Dengan ini, kita seharusnya sentiasa

mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dengan keadaan

tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak untuk mengkritik

adat resam dan kepercayaan kaum lain. Demi mengelakkan perselisihan faham

sehingga berlakunya peristiwa berdarah seperti peristiwa 13 Mei 1969, isu sensitif

tidak boleh dibangkitkan manakala aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum seperti

gotong-royong boleh dianjurkan supaya memupuk semangat bersatu padu antara

kaum.

9

Page 4: Cadangan Yang Bernas

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

Cadangan yang bernas cara untuk mengekalkan perpaduan antara kaum di

negara kita adalah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam anak-anak sejak kecil lagi. Seperti bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu

bapa seharusnya menjadi teladan kepada anak-anak dan digalakkan berkomunikasi

dengan jiran yang berlainan bangsa serta membawa anak-anak mengunjungi jiran

semasa hari perayaan. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memberi anak-anak mereka

menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis

kaum dan etnik. Bukan itu sahaja, ibu bapa boleh bergaul dengan anak-anak dalam

pelbagai jenis bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa

ibunda. Dengan ini, semasa golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka

dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Oleh itu,

nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi

muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang

dengan sempurna. Demi menerapkan nilai-nilai perpaduan kepada anak-anak,

pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting demi mengekalkan

perpaduan antara kaum di negara kita. Contohnya, guru-guru boleh memberikan

kerja-kerja yang bersifat kumpulan dengan membahagikan murid-murid dalam

kumpulan kecil seperti persembahan maklumat atau sambutan-sambutan dalam

sekolah. Selain daripada itu, guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan

pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan

pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja.

Cadangan yang bernas untuk mengekalkan perpaduan dengan menerapkan

nilai-nilai murni perpaduan antara kaum juga boleh disampaikan dengan

menubuhkan sekolah wawasan. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan

peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana

mereka berkongsi satu kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di

sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai dan memahami antara satu

sama lain. Dengan ini, mereka akan mempunyai sikap toleransi dan hormat

terhadap budaya, kepercayaan dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan

mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi

nasional serta menerapkan nilai-nilai perpaduan antara kaum kepada anak-anak

sejak kecil lagi.

Akhir sekali, demi mengekalkan perpaduan antara kaum di negara ini,

pelaksanaan aktiviti yang melibatkan berbagai jenis kaum boleh diambil kira.

Contohnya, aktiviti gotong royong membersihkan sekitar taman perumahan bukan

10

Page 5: Cadangan Yang Bernas

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

sahaja bertujuan menjadikan alam sekeliling bersih bahkan juga menggalakkan ahli

masyarakat untuk bersemuka saling mamahami hati budi antara satu sama lain.

Aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilaksankan adalah seperti Kempen Budi Bahasa

Budaya Kita. Aktiviti ini adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia supaya

berbudi bahasa dan menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain. Dengan

inilah dapat mewujudkan kesefahaman dan perpaduan antara kaum. Bukan itu

sahaja, aktiviti sambutan hari Malaysia dan hari Kebangsaan boleh dianjurkan

dengan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai kaum dan pelbagai

peringkat umur. Demi menjayakan sambutan ini, masyarakat majmuk yang ada

dalam negara ini boleh berusaha bersama-sama agar sambutan tahunan ini daapt

direalisasikan dengan jayanya. Contohnya, penghayatan tema Hari Kebangsaan

turut dapat menyemai perpaduan antara kaum seperti tema Hari Kebangsaan tahun

2015 iaitu “Sehati Sejiwa”. Tema ini adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia

yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersatu padu demi pembangunan

negara. Dengan ini, semua rakyat seharusnya mengenepikan isu bangsa, agama

dan budaya demi kesejahteraan negara. Rakyat yang di bawah identiti 1 Malaysia

dapat lebih menghargai erti kemerdekaan. Pendek kata, sebagai seorang rakyat

Malaysia, kita perlu menghargai keamanan yang dinikmati. Jelaslah bahawa,

aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dengan melibatkan berbagai kaum dapat memupuk

perpaduan antara satu sama lain demi keharmonian negara dan mengelakkan

peristiwa berdarah seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi.

Kesimpulannya, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara

untuk menjamin kedamaian dalam kalangan rakyat. Seperti bak kata pepatah,

“bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.” Usaha-usaha untuk mengukuhkan

perpaduan kaum di negara memerlukan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh

semua pihak. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama dengan bergabung tenaga atau

idea dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mengekalkan

perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua. Majulah bangsa demi negara

Malaysia.

11