cadangan

2
CADANGAN Meningkatkan Teknologi, Infrastruktur dan Perkakasan di Sekolah. Abad ke 21 menyaksikan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dengan menjadikan teknologi komputer sebagai salah satu komponennya Teknologi pendidikan telah berkembang dan mengalami pelbagai perubahan seiring dengan perubahan arus semasa. Perubahan demi perubahan semakin rancak dengan penggunaan komputer dan internet secara meluas dalam bidang pendidikan khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat sistem pendidikan di negara ini. Istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kemajuan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah sebagai teknologi maklumat yang sudah merentasi kurikulum . penting bagi memastikan agar infrastruktur, perkakasan dan perisian mencukupi diberi kepada setiap sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan. Sekolah juga perlu dirangkaikan dengan rangkaian akses jalur lebar school net dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pendalaman, pusat akses akan dibina. Melalui teknologi ICT, pelajar akan lebih tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan tidak mudah berasa bosan. Sumber ini dapat mempercepat dan menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran, menarik minat pelajar untuk belajar dan menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif semasa sesi pembelajaran. Maklumat yang dicari dari sumber berkenaan pula adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan mudah untuk diubah dan sesuai dengan keadaan semasa. Ini kerana, komunikasi secara lisan bukanlah satu-satunya cara untuk berkongsi idea didalam bilik darjah. Cubalah untuk menggunakan pelbagai cara lain seperti menggunakan lukisan visual, pemprosesan perkataan komputer dan sesi video atau rakaman pita. Lengkapkan sekolah dengan pelbagai jenis alat bantu mengajar seperti Overhead Projektor, LCD Projektor, Video Kamera, kaset, VCD, Televisyen

Upload: ramesh-nathan

Post on 22-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Solution

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN

CADANGAN

Meningkatkan Teknologi, Infrastruktur dan Perkakasan di Sekolah.

Abad ke 21 menyaksikan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat

dengan menjadikan teknologi komputer sebagai salah satu komponennya Teknologi

pendidikan telah berkembang dan mengalami pelbagai perubahan seiring dengan

perubahan arus semasa. Perubahan demi perubahan semakin rancak dengan

penggunaan komputer dan internet secara meluas dalam bidang pendidikan khasnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat sistem pendidikan

di negara ini. Istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kemajuan teknologi

maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah sebagai “ teknologi maklumat yang

sudah merentasi kurikulum ”. 

penting bagi memastikan agar infrastruktur, perkakasan dan perisian mencukupi

diberi kepada setiap sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT

berbanding kawasan bandar.dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar

bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan.

Sekolah juga perlu dirangkaikan dengan rangkaian akses jalur lebar school net dan

bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pendalaman, pusat akses akan dibina.

Melalui teknologi ICT, pelajar akan lebih tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas dan tidak mudah berasa bosan. Sumber ini dapat mempercepat dan

menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran, menarik minat pelajar untuk belajar

dan menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif semasa sesi pembelajaran.

Maklumat yang dicari dari sumber berkenaan pula adalah tepat, pengolahan yang

mudah difahami, senang digunakan dan mudah untuk diubah dan sesuai dengan

keadaan semasa. Ini kerana, komunikasi secara lisan bukanlah satu-satunya cara

untuk berkongsi idea didalam bilik darjah. Cubalah untuk menggunakan pelbagai cara

lain seperti menggunakan lukisan visual, pemprosesan perkataan komputer dan sesi

video atau rakaman pita. 

Lengkapkan sekolah dengan pelbagai jenis alat bantu mengajar seperti

Overhead Projektor, LCD Projektor, Video Kamera, kaset, VCD, Televisyen dan

Page 2: CADANGAN

sebagainya. Keadaan bilik kelas yang sempurna juga haruslah diambil kira seperti

menggantikan lampu yang telah rosak, memperbaiki kipas syiling yang rosak,

menggantikan cermin tingkap yang rosak, memperbaiki atap kelas yang bocor dan

sebagainya. 

Mempertingkatkan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Pelajar dan guru di sekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan

sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.

Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada

dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam

keadaan yang sehabis baik. Persekitaran bilik darjah ialah suatu aspek yang penting

dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat di mana

sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya

sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak

interaksi antara guru dan murid.