cadangan

6
Bahagian n ) CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA DAN JANGKA PANJANG PERNIAGAAN Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan Sumber utama maklumat kewangan sesebuah perniagaan ialah penyata kewangan. Contoh penyata kewangan ialah Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Berdasarkan penyata kewangan tersebut, beberapa nisbah kewangan utama dapat dihitung untuk dianalisis.. Analisis yang telah dibuat mengenai Kedai Alatan Sukan Ivaashiey akan membantu pengurusan menilai prestasi pelbagai aspek periagaan dan akan membantu meningkatkan prestasi perniagaan Kedai Alatan Sukan Ivaashiey di masa akan datang. Berikut adalah beberapa cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa Kedai Alatan Sukan Ivaashiey a) Tingkatkan Margin atau jualan Berdasarkan prestasi semasa, bagi setiap ringgit jualan bersih, untung kasar yang diperoleh ialah 52.76 sen sahaja. Ianya masih rendah. Jadi perlu ditingkatan kepada lebih RM0.60. Cara untuk mendapatkan margin yang lebih tinggi ialah dengan menaikkan harga jualan.

Upload: allen-rodriguez

Post on 04-Dec-2015

351 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ppppppppp

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan

Bahagian n )

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA DAN

JANGKA PANJANG PERNIAGAAN

Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan

Sumber utama maklumat kewangan sesebuah perniagaan ialah penyata kewangan. Contoh

penyata kewangan ialah Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Berdasarkan penyata

kewangan tersebut, beberapa nisbah kewangan utama dapat dihitung untuk dianalisis..

Analisis yang telah dibuat mengenai Kedai Alatan Sukan Ivaashiey akan membantu pengurusan

menilai prestasi pelbagai aspek periagaan dan akan membantu meningkatkan prestasi

perniagaan Kedai Alatan Sukan Ivaashiey di masa akan datang.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa Kedai Alatan Sukan

Ivaashiey

a) Tingkatkan Margin atau jualan

Berdasarkan prestasi semasa, bagi setiap ringgit jualan bersih, untung kasar yang

diperoleh ialah 52.76 sen sahaja. Ianya masih rendah. Jadi perlu ditingkatan kepada lebih

RM0.60. Cara untuk mendapatkan margin yang lebih tinggi ialah dengan menaikkan harga

jualan.

b) Tingkatkan Kadar Pusing Ganti stok.

Berdasarkan prestasi semasa kadar pusing ganti stok ialah 0.47 kali atau mengambil masa 14 hari

untuk menggantikan stok.Ia adalah terlalu lama Cara untuk meningkatkan kadar pusing gnati

stok ialah dengan menambahkan jualan dan ini akan dapat mengurangkan pegangan stok dalam

kedai.terlalu lama.

Page 2: Cadangan

c) Nisbah Semasa

Mengikut Kedai Alatan Sukan Ivaashiey nisbah semasa ialah 3.31: 1 berbanding nisbah ujian

asid pula 2.10: 1. Ini menunjukkan walaupun kadar antara aset semasa dan liabiliti semasa

memuaskan tetapi masalah aset semasa tukar kepada tunai banyak bergantung kepada stok akhir.

Maka, perniagaan alatan sukan ini perlu cari jalan untuk menjual stok dengan kadar yang cepat.

Ini dapat dilakukan melalui pengiklanan yang berkesan dengan sampaikan maklumat perniagaan

ke rumah pelanggan tertarik mereka untuk membeli alatan sukan dari kedai ini.

Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Jangka Panjang Perniagaan

a) Menaikkan Jualan

Kedai Alatan Sukan Ivaashiey ini, perlu menjalankan promosi besar-besaran melalui risalah,

dihantar rumah ke rumah bagi menarik pelanggan di kawasan sekeliling Bandar Sungai Petani.

Selain ini, kedai ini juga boleh menarik pelanggan dari luar kawasan dengan membuat iklan

melalui media cetak dan media elektronik seperti surat khabar dan radio atau tv. Kedai ini juga

boleh mengambil bahagian dalam program ‘road show’ atau karnival yang diadakan di kawasan

sekitarnya.

b) Tukarkan kepada Perkongsian

Perniagaan ini boleh juga meningkatkan prestasi perniagaan dengan mengubah perniagaan

milikan tunggal kepada perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad. Melalui ini, dapat

membawa masuk pakar rakan-rakan baru dengan modal yang besar dan idea-idea yang baru

akan membantu perniagaan, akan berkembang dengan lebih besar dan dapat meluaskan pasaran

barang niaganya.Dengan cara ini, Perniagaan alatan sukan bukan sahaja membaiki jualan dan

prestasinya malahan boleh buka cawangan di beberapa Bandar berdekatan.

Page 3: Cadangan

c) Mengurangkan Kos

Kedai Alatan Sukan Ivaashiey boleh mengurangkan kos belian barang dengan belian secara

pukal atau besar-besaran. Belian secara pukal akan memperoleh barang pada harga diskaun dan

akan mengurangkan kos belian . Kedai Alatan Sukan Ivaashiey perlu menggalakkan belian

secara tunai. Melalui belian secara tunai, dapat membeli barang dengan harga yang rendah.

d) Buat pelaburan

Mengikut belanjawan Tunai didapati dimasa akan datang kewujudan wang tunai berlebihan

dalam perniagaan sejumlah RM112579.. Jadi perniagaan ini boleh melaburkan lebihan wang ke

dalam skim pelaburan yang bersesuaian seperti beli saham Syarikat Amanah untuk mendapat

pendapatan tambahan atau beli aset bukan semasa untuk menjana perniagaan dengan lebih giat

lagi.

e) Mengurangkan Belanja

Kedai Alatan Sukan Ivaashiey harus cari jalan untuk menjimatkan kos kendalian atau belanja

kendalian.Boleh kurangkan kos melalui melaksanakan amalan penjimatan seperti kadar bayaran,

pembayaran gaji kepada pekerja baru dan upah.dan pengiklanan.

Page 4: Cadangan

Bahagian ( o )

Rumusan

Perniagaan saya, Kedai Alatan Sukan Ivaashiey telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian

perakaunan dalam merekod urus niaga dalam buku-buku perniagaan seperti sistem catatan

bergu, tempoh perakauan dan asas perakaunan akruan. Asas Perakaunan Akruan telah digunakan

untuk menentukan untung bersih yang tepat bagi tempoh sebulan ini seperti pelarasan telah

dibuat ke ata belanja dan hasil sebagai contoh dalam pengiraan belanja pengiklanan terakru

RM300 telah dimasukkan dalam pengiraan untung bersih ..Selain daripada itu, perniagaan saya

juga telah menyediakan penyata kewangan dan analisis penyata kewangan untuk membuat

keputusan dan mengukur prestasi semasa serta membuat perancangan semasa perniagaan saya .

Antaranya ialah menganalisis dalam perkara seperti margin untung kasar, kadar pusing ganti

stok, nisbah semasa dan nisbah ujian asid. Sebagai contoh untung kasar atas jualan 52.76%

menunjukkan prestasi perniagaan dalam tempoh sebulan yang direkod.

Seterusnya perniagaan saya telah menyediakan belanjawan tunai untuk membantu saya

membuat perancangan peningkatan prestasi dalam jangka masa panjang di masa yang akan

datang seperti membantu saya merancang untuk memperbesarkan perniagaan saya, menukarkan

bentuk perniagaan milikan tunggal kepada perkongsian, atau melaburkan lebihan wang ke dalam

skim pelaburan yang bersesuaian atau membeli aset bukan semasa untuk mempergiatkan

perniagaan di masa akan datang. Sebagai contoh belanjawan tunai pada akhir tiga bulan

menunjukkan yang yang ada diperniagaan sebanyak RM112579 boleh digunakan untuk tujuan

pelaburan.