“cabaran yang menanti kita sebenarnya amat...

3
Berita Transformasi Pertanian “Cabaran yang menanti kita sebenarnya amat besar. Kita perlu lengkapkan diri kita bagi menangani cabaran ini dengan memantapkan ilmu pengetahuan yang ada. Kita merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab merubah penampilan masyarakat peladang, mentransformasikan mereka terutamanya dalam bidang usaha pertanian”, tambah Ketua Pengarah. Ilmu pengetahuan yang dimiliki hendaklah sentiasa ditokok tambah. Pada zaman sekarang, teknologi berubah setiap masa di mana warga kerja LPP dan PP hendaklah melengkapkan diri dengan perubahan ini. Kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar hendaklah sentiasa dipertingkatkan. Selain warga kerja LPP dan PP, para peladang juga patut dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya bagaimana untuk menjalankan bidang usaha mereka dengan kaedah yang betul. Banyak informasi boleh didedahkan seperti mempraktikkan amalan pertanian yang tepat. Mereka boleh diperkenalkan dengan pelbagai pensijilan dikeluarkan oleh jabatan kerajaan yang menjurus kepada bidang diceburi. Kemahiran mereka dalam bidang usaha perlu dimantap apatah lagi dipertingkatkan. Kemahiran yang ada tidak dimanipulasikan sepenuhnya. Tidak hanya ditumpukan kepada kemahiran penggunaan teknologi, mereka juga memerlukan kemahiran lain seperti kemahiran pengurusan yang dilihat sebagai cukup berguna. Ini akan memastikan mereka dapat membuat keputusan yang tepat untuk terus berdaya saing. Sikap tidak serius sesetengah masyarakat peladang menyebabkan bidang usaha mereka sering menemui kegagalan. Adalah menjadi tanggungjawab kita mengubah minda golongan ini. Ada juga di kalangan mereka yang cepat berpuashati asalkan hasil yang dikeluarkan cukup untuk menampung keperluan kehidupan mereka sedangkan ianya boleh dikembangkan dan hasil boleh dipertingkatkan seterusnya diniagakan. Oleh yang demikian, ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sekiranya dipertingkatkan sepenuhnya ke arah kegiatan ekonomi, ia boleh menjadi punca pendapatan tambahan dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Kesedaran masyarakat terhadap nilai ekonomi yang ada dalam bidang usaha masih di tahap rendah dan perlu dipertingkatkan. Ketua Pengarah juga menekankan supaya setiap warga kerja mempunyai integriti yang tinggi ketika menjalankan 4 Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian

Upload: haxuyen

Post on 30-Apr-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Cabaran yang menanti kita sebenarnya amat …103.8.163.254/document/upload/GgGjwxkSMiLnv8bgMmf6...4 Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian “Cabaran yang menanti

4 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

“Cabaran yang menanti kita sebenarnya amat besar. Kita perlu lengkapkan diri kita bagi menangani cabaran ini dengan memantapkan ilmu pengetahuan yang ada. Kita merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab merubah penampilan masyarakat peladang, mentransformasikan mereka terutamanya dalam bidang usaha pertanian”, tambah Ketua Pengarah. Ilmu pengetahuan yang dimiliki hendaklah sentiasa ditokok tambah. Pada zaman sekarang, teknologi berubah setiap masa di mana warga kerja LPP dan PP hendaklah melengkapkan diri dengan perubahan ini. Kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar hendaklah sentiasa dipertingkatkan.

Selain warga kerja LPP dan PP, para peladang juga patut dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya bagaimana untuk menjalankan bidang usaha mereka dengan kaedah yang betul. Banyak informasi boleh didedahkan seperti mempraktikkan amalan pertanian yang tepat. Mereka boleh diperkenalkan dengan pelbagai pensijilan dikeluarkan oleh jabatan kerajaan yang menjurus kepada bidang diceburi.

Kemahiran mereka dalam bidang usaha perlu dimantap apatah lagi dipertingkatkan. Kemahiran yang ada tidak dimanipulasikan sepenuhnya. Tidak hanya ditumpukan kepada kemahiran penggunaan teknologi, mereka juga

memerlukan kemahiran lain seperti kemahiran pengurusan yang dilihat sebagai cukup berguna. Ini akan memastikan mereka dapat membuat keputusan yang tepat untuk terus berdaya saing.

Sikap tidak serius sesetengah masyarakat peladang menyebabkan bidang usaha mereka sering menemui kegagalan. Adalah menjadi tanggungjawab kita mengubah minda golongan ini. Ada juga di kalangan mereka yang cepat berpuashati asalkan hasil yang dikeluarkan cukup untuk menampung keperluan kehidupan mereka sedangkan ianya boleh dikembangkan dan hasil boleh dipertingkatkan seterusnya diniagakan.

Oleh yang demikian, ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sekiranya dipertingkatkan sepenuhnya ke arah kegiatan ekonomi, ia boleh menjadi punca pendapatan tambahan dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Kesedaran masyarakat terhadap nilai ekonomi yang ada dalam bidang usaha masih di tahap rendah dan perlu dipertingkatkan.

Ketua Pengarah juga menekankan supaya setiap warga kerja mempunyai integriti yang tinggi ketika menjalankan

4 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

Page 2: “Cabaran yang menanti kita sebenarnya amat …103.8.163.254/document/upload/GgGjwxkSMiLnv8bgMmf6...4 Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian “Cabaran yang menanti

5Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

tanggungjawab. Sifat amanah, bersih dan cekap hendaklah sentiasa berada dalam diri. Aset kerajaan hendaklah dikendalikan secara amanah dan cekap. Setiap peruntukan Kerajaan yang disalurkan melalui LPP hendaklah dibelanjakan secara berhemah dan menguntungkan kerajaan. Impak kepada pelaksanaan setiap projek akan dapat memberi manfaat maksimum kepada golongan sasar. Setiap penjawat perlu bersih dari amalan tidak bermoral seperti terlibat dengan gejala rasuah. Rasuah bukan sahaja merosakkan individu tetapi akan menghancurkan organisasi.

Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan bagi manfaat ahli pertubuhan peladang dipantau tanpa rasa jemu. Pemilihan usahawan peladang dikalangan mereka yang berkualiti, bukan kepada mereka yang seronok mendapat projek tapi tidak mampu melaksanakannya. Pendekatan dalam Rancangan Malaysia Ke 10 berbeza

5Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Page 3: “Cabaran yang menanti kita sebenarnya amat …103.8.163.254/document/upload/GgGjwxkSMiLnv8bgMmf6...4 Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian “Cabaran yang menanti

6 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

dengan pendekatan sekarang. Bilangan bukan lagi ukuran tetapi impak kepada pelaksanaan program dan projek akan dinilai.

“Bagi memastikan perjalanan pengurusan berjalan lancar, kita perlu mempertingkatkan sistem penyampaian. Saya menyeru kepada semua warga kerja LPP dan PP tidak kira apa jua kategori supaya memberikan komitmen yang padu di dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan meningkatkan kualiti sistem penyampaian yang dapat memuaskan hati pelanggan”, tambah Dato’ Hajah Mariam Mas lagi. Kegagalan menganalisis keperluan golongan sasar akan menyukarkan pelaksanaan apa yang dirancang selama ini. Pendekatan menyusuri nadi rakyat akan dapat mengenalpasti keperluan mereka.

Persoalan yang perlu ditangani adalah sama ada apa yang disampaikan sekarang memenuhi kehendak dan keperluan golongan sasar kita. Untuk memenuhi pengharapan ahli peladang bukan satu perkara yang mudah tetapi asalkan apa yang diberi berada dalam ruang lingkup akta, ia sepatutnya boleh dibanggakan. Sistem penyampaian melalui sepuluh perkhidmatan pertubuhan peladang hendaklah terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, sebagai sebuah organisasi yang sedang memacu gagah dan bercita-cita besar, transformasi masyarakat peladang tidak mungkin berjaya tanpa budaya kerja cemerlang. Walaupun kita tidak pernah sunyi dihambat pelbagai dugaan dan rintangan, namun semuanya dapat diharungi dan ditempuhi dengan semangat dan perancangan yang tersusun. Yang penting, tidak mudah berpuashati tetapi akan terus meningkatkan perkhidmatan yang cemerlang.

Akhirnya Ketua Pengarah memohon kerjasama dan sokongan padu daripada semua warga kerja LPP dan PP untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan semangat yang tinggi dan sepenuh hati untuk membudayakan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat peladang seluruh Negara.

6 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian