untitled-1...

16

Upload: vucong

Post on 22-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

PenaungDato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

PenasihatHaji Arpan Shah bin Satu

Ketua PengarangHaji Abd. Nasir bin Haji Ismail

PenyuntingAzizan bin Othman

Rohman bin Jasmani

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Grafik/IllustratorRohman bin Jasmani

Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

16

yang mengusahakan tanaman kelapa sawit,ternakan lembu feedlot, kambing dan ayamkampung. Manakala industri asas tani yangdijalankan oleh ahli termasuklah pemprosesanmakanan ringan seperti kerepek, kuih tradisionaldan sebagainya. Keseluruhan projek pertaniandan industri asas tani yang diusahakan telahmenjana isipadu perniagaan hamper RM8 jutajuta setahun dengan keuntungan melebihi RM 2.5juta.

Sehingga penghujung tahun 2006, Unit peladangini telah dapat mewujudkan seramai enam orangusahawan peladang yang menjalankan pelbagaiprojek berasaskan pertanian.

U n i t i n i t e l a h b e r j a y a m e n y e d i a k a nsembi lan dar ipada sepu luh perkh idmatankepada ahl i pe ladang seper t i perkhidmatanp e n g u r u s a n d a n p e m b a n g u n a n s u m b e rm a n u s i a , a u t o m a s i l a d a n g , p e m a s a r a n ,kh idmat nas ihat , pengenda l ian lepas tua i ,p u s a t s u m b e r , p e m b i a y a a n , t e k n o l o g ipemprosesan dan in f ras t ruk tur ladang.

Di samping itu atas inisiatif pengurusan unitpelbagai program telah di laksanakan untukkebaj ikan sepert i perkhidmatan kredi t danprogram lain yang lebih kepada mengeratkansi laturahim sesama ahli . Seramai 15 oranga h l i t e l a h m e n d a p a t f a e d a h m e l a l u ip e r k h i d m a t a n k r e d i t y a n g d i s e d i a k a n

menggunakan dana Tabung Unit. Setiap ahlid i b o l e h k a n u n t u k m e m i n j a m s e h i n g g aRM2,000 untuk tempoh 12 bulan.

A t a s k e c e m e r l a n g a n y a n g d i c a p a i , U n i tPe ladang Kampung Tan jung Sepa t t e l ahmemperolehi pelbagai anugerah, antaranyaialah:

� A n u g e r a h P e r t u b u h a n B e l i a J a y aPeringkat Negeri Selangor Tahun 2006.

� Anugerah Projek Kelompok Jaya HPPNPeringkat Negeri Selangor Tahun 2005.

� Anugerah Projek Terbaik Sempena HariK u a l i t i L P P P e r i n g k a t N e g e r i d a nKebangsaan Tahun 2006.

S e m e n t a r a i t u , a t a s k e p i m p i n a n y a n gdi tunjukan oleh Encik Painan bin Mat danpenglibatan dalam bidang pertanian, anaknyaEncik Zulkarnain bin Painan telah menerimaAnugerah Pe ladang Muda Jaya Per ingkatNegeri Selangor Tahun 2001 dan 2005.

K e c e m e r l a n g a n y a n g d i c a p a i o l e h U n i tPe ladang Kampung Tan jung Sepa t t e l ahmenjadikan uni t in i sebagai uni t peladangcontoh di negeri Selangor kerana selain dapatm e m b a n g u n k a n u n i t i a j u g a b e r j a y amengubah taraf hidup masyarakat kampung dim a n a e k o n o m i k e s e m u a a h l i m e n c a p a isasaran yang membanggakan.

Transformasi LPP.indd 1 8/17/2007 4:23:05 PM

Page 2: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

TANGGAL 31 OGOS 2007 maka genaplah 50 tahunnegara mengecapi kemerdekaan. Kemerdekaan

bagi sesebuah negara bermakna ianya bebas daripadabelenggu penjajahan dan mampu untuk mentadbirserta mengurus dengan sendirinya. Menjadi matlamatsebuah negara merdeka untuk membangunkannegara yang selama ini di bawah telunjuk penjajah danseterusnya kerajaan yang merdeka akan cubamengubah nasib rakyatnya supaya mampu berdikari.

Apabila semangat kemerdekaan ini ditafsirkan kepadasektor pertanian di negara kita, persoalan yangmungkin bermain di fikiran, sama ada sektor ini telahbenar-benar “merdeka”? Apakah masyarakatpeladang, penternak dan nelayan telah bebas daribelenggu iaitu menjadikan pertanian yang diusahakanhanya untuk sara hidup semata-mata? Adakahpertanian boleh diuruskan sebagai suatu perniagaan?

Sudahkah masyarakat tani ini berjaya mengubahminda terhadap gaya hidup bertani daripadamengusahakan mengikut cara tradisional ataumentransformasikannya kepada penggunaanteknologi dan kejenteraan?

Sebahagian dari persoalan tersebut sebenarnyatelah terjawab melalui penganjuran Perayaan HariPeladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) yangdiadakan setiap tahun. HPPN sering menunjukkanevolusi bagaimana pertanian di negara in isentiasa mengalami perubahan. Perayaan HPPNdisambut setiap tahun bukan sahaja di peringkatkebangsaan malah ianya turut dianjurkan diperingkat negeri. Ianya bukan semata-matapenganjuran untuk memenuhi kalender tahunantetapi penganjurannya begitu signifikan danmemberikan impak yang cukup besar.

2

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman (LPP Kedah)

Page 3: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Menyingkap kembali sejarah lalu dalam tahun 1973,Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun HajiAbdul Razak bin Hussein (Allahyarham) telahmengisytiharkan 6 Ogos setiap tahun sebagai HariPeladang. Sambutan pertama Hari Peladang telahdiadakan pada 6 Ogos 1975 di Perkarangan DewanParlimen dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri.Kemudian, namanya telah ditukarkan kepada HariPeladang, Penternak dan Nelayan dalam tahun 1987dan terus digunakan sehingga ke hari ini.

Penganjuran HPPN pada tahun 2007 merupakansambutan perayaan kali ke 33 diadakan. Kesemuanya

adalah bermatlamat untuk mengiktiraf peladang,penternak dan nelayan di atas sumbangan merekakepada pembangunan pertanian negara yang turutmenyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK). Sektor pertanian telah mencatat kadarpertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2 peratus sejaktahun 1985. Jumlah nilai ditambah sektor pertanian telahmeningkat daripada RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepadaRM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport baranganhasil pertanian pula telah meningkat daripada RM13.9 bilionpada tahun 1985 kepada RM35.4 bilion pada tahun 1995yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak9.8 peratus.

“Terdapat gerai (booth) agensi kerajaan dan swasta yangmengambil bahagian bagi mempamerkan pelbagai informasidan teknologi yang digunapakai dalam sektor pertanian dan

industri berasaskan pertanian.”

“Terdapat gerai (booth) agensi kerajaan dan swasta yangmengambil bahagian bagi mempamerkan pelbagai informasidan teknologi yang digunapakai dalam sektor pertanian dan

industri berasaskan pertanian.”

3

Page 4: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Selain itu, penganjuran tahunan HPPN juga berhasratbagi memupuk semangat dan memperbaharui azampara peladang, penternak dan nelayan supaya sentiasaberusaha dengan lebih giat lagi dalam meningkatkankualiti pengeluaran hasi-hasil pertanian, ternakan,akuakultur, penangkapan ikan dan industri berasaskanpertanian untuk kebahagiaan dan kemakmurannegara. Ia turut menggalakkan para peladang,penternak dan nelayan supaya bersatu dalampergerakkan pertubuhan peladang dan persatuannelayan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomimereka dalam membenteras kemiskinan selarasdengan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan olehkerajaan.

Sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telahmenyumbang keringat kepada negara dan menjadi contohkepada masyarakat tani lain dalam membangunkan sektorpertanian, setiap tahun diadakan pertandingan bagimengukur kejayaan yang telah dicapai oleh individu danorganisasi dalam memartabatkan bidang pertanian dan

industri asas tani. Beberapa kategori pertandingan telahdijalankan dan semuanya dinilai secara profesional olehsatu jawatankuasa yang dilantik dan kemudiannya akandiumumkan pemenang-pemenang. Antara anugerah yangdiumumkan dalam pertandingan yang dianjurkan adalahPeladang Jaya, Pertubuhan Peladang Jaya dan UnitPeladang Jaya. Semua anugerah yang disampaikan inibertujuan untuk menaikkan semangat dan dorongan kepadayang lain untuk mencapai kecemerlangan.

Impak kepada penganjuran HPPN yang menelan belanjaberatus-ratus ribu ringgit setiap tahun telah memberikanpulangan berlipat ganda akhirnya. Selain ilmupengetahuan dan teknologi baru yang dapat dilihat dandiadaptasikan, penganjuran HPPN turut menjadimedan jualan hasil pertanian dan industri asas tani dimana berjuta-juta wang ringgit berlegar-legar didalamnya bagi meransang pertubuhan ekonomi. Atassebab itulah HPPN akan sentiasa dinanti olehpeladang, penternak dan nelayan serta masyarakatumum.

4

Page 5: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Peringkat pengeluaran hasil merupakan prosesterakhir yang dilakukan dalam aktiviti menternak

udang kerana hasil yang diperolehi menjadi pengukursama ada usaha yang dijalankan memberi kuntunganatau sebaliknya.

Kutipan hasil dilakukan bertujuan untuk memastikanudang boleh dikeluarkan dari kolam dalam keadaan yangsegar. Ia juga memberi pulangan maksimum dalamtempoh singkat bagi mendapatkan tawaran hargatertinggi. Selain itu ke mana hendak dipasarkan, saiz dankuantiti yang boleh dijual perlu diambil pertimbangan. Disamping itu jenis pasaran sama ada dalam bentuk hidupatau mati perlu ditentukan terlebih dahulu.

Waktu tangkapan yang paling sesuai adalah semasacuaca redup. Keadaan cuaca yang sejuk akanmengekalkan kesegaran udang dan memelihara kualitisemasa penghantaran. Masa sebenar untuk pungutanhasil ditetapkan mengikut jarak ke tempat pasaran. Bagijarak perjalanan yang jauh, kutipan hasil hendaklah dibuatpada lewat petang atau waktu malam untuk memastikanperjalanan dibuat dalam keadaan sejuk dan sampai ketempat pasaran pada awal pagi.

Untuk ternakan yang telah dilaksanakan dengan baik,udang akan mencapai saiz 20 - 25 gm seekor semasabeumur 3 bulan. Saiz ini sesuai dihasilkan untuk pasaranrestoran tempatan yang memerlukan udang hidupdengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun pasaranudang hidup amat terhad dan permintaan untuk udanghidup hanya diperolehi dari Singapura, Johor Bahru,Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

5

Oleh: Rizaludin Abd. Wahid (LPP Mersing Selatan)

BAHAGIAN AKHIR

Page 6: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Terdapat dua kaedah pungutan hasil yang biasadilakukan iaitu pungutan hasil secara mengeringkankolam dan memerangkap udang menggunakantangkul. Bagi kaedah mengeringkan kolam, iamemerlukan rekabentuk kolam dan salurpembuangan air yang sesuai kerana hasil perludikutip dalam jangkamasa 4 – 6 jam. Kerja kerjamemungut bermula diawal pagi dan berakhirsebelum tengahari bagi mengelakkan udangmengalami kemerosotan kuali t i . Kaedahpenangkapan tersebut tidak begitu sesuai untukpengusaha secara besar besaran. Mereka biasanyalebih suka menunggu sehingga bulan keempat ataulebih bagi mendapatkan udang yang bersaizmelebihi 35 gm seekor. Dengan menggunakankaedah ini air akan dilepaskan dari kolam dan udangakan ditangkap dengan menggunakan pukat sarungyang dipasang di pintu air keluar. Udang yangditangkap perlu disejukkan dengan air batu sertamerta bagi menjamin kualiti. Oleh kerana hargaudang ditentukan mengikut saiz, peggredan perludilakukan sebelum dihantar kepasaran. Udangtersebut biasanya akan dihantar ke kilang untukdiproses sebelum dieksport keluar negara keranapermintaan pasaran antarabangsa terhadap udangsejuk beku semakin meningkat.

Bagi pemungutan hasil secara berperingkat,tangkapan boleh dilakukan dengan memilih udangtelah mencapai saiz pasaran dan meninggalkansaiz yang kecil untuk pembesaran seterusnya.Pemungutan secara berperingkat di lakukanmenggunakan pukat tangkul setelah ketinggian airdikurangkan ke paras 0.5 - 0.7m. Pukat tangkul akanditenggelamkan ke dalam kolam pada waktu malamdan makanan diletakkan di atas tangkul sebagaiumpan dan ditarik keesokan harinya. Melalui caraini penangkapan boleh dilakukan setiap hari sehinggakebanyakan udang yang bersaiz pasaran ditangkap.Penangkapan udang cara ini adalah untuk pasaranhidup dan permintaan yang sedikit setiap hari.

Pengurusan hasil kutipan dengan cara teraturadalah mustahak bagi menjamin kualiti udang.Untuk jualan udang hidup, kebanyakan penternakakan menyimpannya disatu petak lain dalam kolamyang sama dengan sistem pengudaraansecukupnya. Dalam keadaan ini udang dapat dijualkepada pembeli dengan kadar hidup yang tinggi.

Ada diantara setengah penternak menyimpan udanghidup menggunakan tangki gentian kaca yangdilengkapi dengan sistem pengudaraan. Udanghidup yang telah dipilih mengikut gred dimasukkanke petak-petak tertentu dalam tangki tersebut. Setiappetak mampu memuatkan sehingga 100 kg udanghidup. Suhu air dalam petak perlu dipantau setiapjam menggunakan ais bagi memastikan udang tidakaktif tetapi boleh hidup semasa dalam perjalanan.

Bagi pengendalian untuk jualan udang mati,kesegaran udang perlu dijaga kerana penggunaselalunya lebih mementingkan keadaan fizikaludang. Udang yang dipungut akan dibersihkanterlebih dahulu bagi mengelakkan kotoran ataulumpur melekat pada insang udang. Selepas ituudang per lu disejukkan serta merta dalamtangki dengan suhu 5ºC - 10ºC. Udang akanmati serta merta dalam keadaan kejutan suhuyang rendah dan keadaan ini akan memastikankesegaran udang.

Ternakan udang mampu menghasilkan pulanganyang menguntungkan j ika langkah- langkahpemeliharaan dituruti. Sebanyak 2.5 – 7.0 tanudang sehek ta r se t iap pus ingan mampudihasilkan bergantung kepada kadar pelepasandan kadar kemandirian. Untuk kos pengeluaranpula dianggarkan antara RM 20,000 - 28,000setiap satu tan udang dengan harga jualanseki tar RM30 – RM40 seki logram. Denganharga berikut keuntungan diperolehi dan projekmampu berdaya saing.

6

Page 7: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Bidang pertanian yang satu masa dahulu tidak digemarikini telah melahirkan ramai usahawan kerana teknologi

yang digunapakai dapat menarik minat dan membantudalam melaksanakan projek.

Bagi Encik Sehidan bin Ismail, 43 tahun dari Arau, Perlisyang merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan A1MADA, teknologi yang ada masa kini dapat menarik minatusahawan menceburi bidang pertanian secara komersial.

Dilahirkan di Kampung Banat telah 24 tahun menjadi ahlidan mempunyai saham sebanyak RM1,500 di PPK.Manakala langganan di PPK berjumlah RM8,233 setahun.

Mendirikan rumahtangga dengan Puan zainab binti Maliksejak 1988 telah dikurniakan dua orang anak lelaki dandua perempuan. Kehidupan harmoni sejakberumahtangga membolehkan ia berkekalan hinggasekarang. Tugas mencari rezeki dijalankan oleh Sehidandengan penglibatan sepenuh masa dalam bidangpertanian. Oleh kerana minat yang mendalam, beliaumemulakan kerjaya dalam bidang pertanian pada tahun1983 dengan mengusahakan tanaman padi seluas satu

hektar milik keluarga. Memandangkan usaha yangdilakukan memberikan pulangan menguntungkan, beliaukemudian menambah kawasan tanaman padi denganmenyewa tanah seluas 10 hektar.

Bermodalkan wang sendiri melebihi RM400 ribu yangdilaburkan secara berperingkat, beliau mengusahakanpelbagai aktiviti pertanian dan bukan pertanian. Aktivitiutama yang diusahakan ialah tanaman padi seluas 12.28hektar.

Di samping itu beliau turut mengusahakan ternakan ikankeli sebanyak 10 buah kolam melalui khidmat nasihatJabatan Perikanan, pembenihan ikan tilapia dan ikan kelisebanyak 10 buah kolam takungan, tanaman buluh rebungseluas 0.46 hektar dan semaian pokok bunga hiasanseluas 0.28 hektar.

Kesemua projek tersebut telah menjana isipaduperniagaan sebanyakRM261,000 dan telah mewujudkanpeluang pekerjaan kepada 8 orang penduduk setempat.

Dalam mempelbagaikan usaha dalam bidang pertanian, beliauturut menjalankan kerja kontrak pertanian denganmengusahakan ladang mempelam Jabatan Pertanian NegeriPerlis seluas 33 hektar. Tugas pengurusan ladang tersebutdilakukan sendiri dengan bantuan 19 orang pekerja untuk kerja-kerja seperti pemangkasan, pembajaan, kawalan musuh danpenyakit, pengurusan pengairan, kawalan rumpai, membalutbuah dan memungut buah serta pemasaran.

7

Page 8: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Bagi projek bukan pertanian yang dilakukan, Sehidan yangmempunyai lesen kontrak kelas F turut mengusahakankontrak pertanian, sewaan lori, traktor dan case/back hoedi samping untuk kegunaan sendiri.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projekpertanian dan bukan pertanian, beliau aktif dalam aktivitisosial dan kemasyarakatan, diantaranya sebagai:

� Timbalan Pengerusi JKKK Kg Banat.� Ahli Perwakilan PPK.� Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Arau.� Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Kawasan

Tambun Tulang.

� Setiausaha Kelab Bola Sepak Tambun Tulang.� Pengerusi Komuniti Bestari Kg Banat.� Panel Pusat Penerangan Kesihatan Arau.

Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri,keluarga dan masyarakat beliau telah menerima anugerahPeladang Jaya Lelaki Peringkat Negeri Perlis Tahun 2007.

Beliau yang mendapat pulangan lumayan setiap bulandaripada aktiviti pertanian dan bukan pertanian berbanggakerana dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada 37orang penduduk setempat. Sebagai tanda kesyukuranbeliau mengeluarkan zakat dan sehingga kini beliaumenyimpan cita-cita untuk terus maju dibidang pertanian.

8

Page 9: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Kemajuan sektor pertanian dengan sokonganteknologi moden membolehkan sesiapa saja

mengusahakannya masa kini. Kemudahan yang adadapat menarik minat golongan muda dan tua, wanitadan lelaki untuk turut menceburi bidang tersebut secarasepenuh masa atau sambilan.

Puan Hajah Mariam bte Boon, 40 tahun merupakanahli Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit,Johor.Dilahirkan di Kampung Parit Hailam, Rengit telah duatahun menjadi ahli PPK dengan saham RM2,000 dansimpanan berjumlah RM8,100.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Tuan HajiAzhar bin Rasman dan dikurniakan dua orang anaklelaki dan dua perempuan. Melibatkan diri dalam bidangpertanian semenjak tahun 1992 denganmengusahakan tanaman ubi kayu dan pisang secarakecil-kecilan di atas tanah keluarga dan memprosesmakanan ringan serta menjual sendiri menggunakanjenama Azhar Food.

Pada tahun 1993, hasil dari keuntungan yangdiperolehi, beliau laburkan semula bagi mendirikankilang memproses makanan ringan bersama keluargadengan mengeluarkan produk seperti kerepek ubi,pisang dan berbagai jenis makanan lain.

Melalui tabungan sendiri daripada usaha yangdilakukan, beliau membeli sebidang tanah seluas 0.4hektar bagi mengembangkan projek pada tahun 1995.Bagi menampung permintaan daripada pelanggan

terutama semasa musim perayaan, Mariamseterusnya membesarkan kilang sedia ada denganmembina bangunan tambahan dan kedai sertamenambah peralatan kilang yang dilakukan pada tahun1997.

Langkah menyewa tanah daripada Syarikat ProlinkDevelopment Sdn. Bhd seluas 61 hektar adalahbertepatan dengan pembesaran saiz kilang. Hasildaripada tanah yang diusahakan dengan tanaman ubikayu, pisang dan sukun digunakan bagi membekalkanbahan mentah kepada kilang yang dimiliki. Sehinggakini hanya 21 hektar daripada tanah yang disewa telahdiusahakan dan selebihnya dalam prosespembangunan.

Produk keluarannya yang terdiri daripada pelbagai jeniskerepek adalah untuk pasaran tempatan iaitu sekitarnegeri Johor. Atas inisiatif dan melalui rakan niaga,produk yang dihasilkan telah menembusi pasaran luarnegara seperti Singapura dan Brunei.

Dalam mempelbagaikan aktiviti pemprosesanmakanan, beliau juga menjadi pemborong makananringan seperti jeruk buah-buahan dan kuih tradisionaldaripada penduduk dan pembekal sekitar Rengit danBatu Pahat. Aktiviti tersebut dikembangkan denganmengimport produk makanan ringan dari Indonesiabagi pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia danSingapura.

9

Page 10: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Usaha dalam bidang pertanian tidak terbataskepada pemprosesan makanan sahaja. Beliaujuga mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas8 hektar di Yong Peng dan Rengit. Kesemua projekyang diusahakan dilakukan bersama keluarga dandibantu 49 orang pekerja kilang dan ladang selain30 orang yang diambil kerja secara bermusim.

Sehingga kini pelaburan yang dikeluarkan bagikeseluruhan projek melebihi RM1 juta telahmenghasilkan isipadu perniagaan mencecah RM4juta dengan purata pendapatan bersih melebihiRM700 r ibu setahun. Sela in i tu produkkeluarannya yang menggunakan jenama AzharFood Supplier telah mendapat Sijil PengesahanHalal daripada JAKIM.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepadaprojek-projek pertanian dan bukan pertanian,bel iau akt i f d i da lam akt iv i t i sos ia l dankemasyarakatan, diantaranya:

� Timbalan Ketua Peladang Nita PPK Rengit.� Pengerusi Koperasi Mutiara Batu Pahat

Berhad.� AJK Penyelaras IKS FAMA Batu Pahat.� AJK Koperasi Johor Bahru.� AJK PERKIM

Walaupun telah berjaya dalam bidang yang diceburiMariam sentiasa memberi galakan kepada sesiapasahaja yang memerlukan bantuan dalampemprosesan makanan. Beliau kerap memberikhidmat bimbingan kepada peladang, masyarakatsetempat dan agensi yang berminat mengenai jenisdan teknik tanaman ubi yang berkualiti bagimenghasilkan makanan ringan. Beliau juga bersediamemberi khidmat nasihat kepada usahawan lainmengenai aktiviti pemprosesan makanan ringan.

Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukandiri, keluarga dan masyarakat serta mewujudkanpeluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,keringatnya membuahkan hasil. Puan Mariambersyukur kerana mampu memiliki tanah pertanian,simpanan di bank komersial, kenderaan untuk pelbagaikegunaan.

Beliau juga telah mendapat pengiktirafan denganmemenangi Anugerah Melayu Cemerlang Sempenaulangtahun UMNO ke-60 pada tahun 2006, JohanPertandingan Produk Pemprosesan Hasi lPertanian Anjuran Jabatan pertanian Tahun 2005,Anugerah Khas HPPNK Tahun 2005 KategoriIndustri Asas Tani – Sektor Tanaman, AnugerahUsahawan Wanita Asas Tani Negeri Johor Tahun2005 dan Johan Pertandingan Hasil-hasil PertanianSempena HPPNK 2004

10

Page 11: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Encik Mohd Zakiron bin Zahid, 39 tahun dariPertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nilam Puri,Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)memenangi Anugerah Peladang Muda Jaya Lelakipada tahun ini. Beliau dilahirkan di Kampung Perol,Kota Bahru, Kelantan.

Setelah 18 tahun menjadi ahli, dengan saham melebihiRM1,541, beliau merupakan ahli yang aktif di PPK.Jumlah simpanan beliau juga melebihi RM10,000merupakan antara yang tertinggi.

Beliau yang berkelulusan Sijil Pelajaran Vokasional,mengekori jejak bapanya mengusahakan tanamanpadi. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidangpertanian, beliau menceburi bidang tersebut sepenuhmasa setelah menamatkan persekolahan. Beliau yangsudah mendirikan rumahtangga dikurniakan seoranganak lelaki dan tiga perempuan. Isteri beliau Siti Rubiahbinti Jusof sentiasa memberi sokongan dankadangkala turut membantu beliau di ladang.

Kerjaya dalam bidang pertanian yang diusahakansemakin berkembang setelah mengambil alihkilang padi Syarikat Kerjasama Asas Tani dikampung beliau yang tidak beroperasi.

Di samping mengusahakan tanaman padi seluas52.61 hektar milik sendiri, beliau juga menyewatanah sawah dan tanah terbiar mi l ik orangkampung yang turut diusahakan dengan tanamanpadi seluas 25 hektar. Kesemua tanaman padiyang diusahakan diadaptasikan dengan AmalanPertanian Baik (APB) berpandukan Rice CheckMARDI.

Oleh kerana kilang padi yang dimiliki mampumemproses padi sebanyak empat metrik tan/sejam, jumlah bekalan padi yang diperolehi tidakdapat menampung keperluan kilang tersebut. Bagimengelakkan pembaziran masa dan kos operasi,beliau mengambil inisiatif dengan membeli padidaripada petani dari kawasan berdekatan.

11

Page 12: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Beras hasil daripada kilang padi dipasarkan teruskepada pemborong dari Sekitar negeri Kelantan,Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan sehingga keSabah. Beliau juga turut memperolehi pendapatantambahan daripada hasil sampingan daripada aktivitikilang padi seperti sekam padi, beras hancur, tenukutdan dedak yang boleh digunakan dalam industri asastani.

Dalam menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkanpengeluaran makanan, beliau turut mengusahakandusun buah-buahan campuran seperti durian, dokong,rambutan dan salak seluas 2.83 hektar. Ternakan itikdengan kapasiti 800 ekor menghasilkan 400 biji teluryang diproses menjadi telur masin. Bagimenambahkan pendapatan, beliau juga menternakikan keli dalam empat buah kolam untuk pasarantempatan.

Sementara itu dalam kegiatan bukan pertanian, beliauyang memiliki sebuah case/backhoe, tiga buah traktordan dua buah lori turut menjalankan khidmat sewaan.Kemudahan pengangkutan yang dimiliki digunakandalam urusan pengangkutan hasil ladang untukpasaran. Beliau juga mempunyai dua bengkelpertukangan besi bagi memenuhi permintaansetempat. Kegiatan pertanian dan bukan pertanianyang dijalankan memberi peluang pekerjaan kepadaseramai 21 orang terdiri daripada penduduk setempat.

Sehingga kini sebanyak RM2.1 juta telah dilaburkan bagimenjayakan projek yang diperolehi melalui modal sendiridan pinjaman daripada bank komersial. Secarakeseluruhannya, projek yang diusahakan telah menjanaisipadu perniagaan bernilai RM3,127,000 denganpendapatan purata sebanyak RM712,449 setahun.

Atas daya usaha yang dlakukan dalam bidang pertanian,beliau telah dianugerahkan Peladang Muda Jaya LelakiPeringkat Negeri Kelantan pada tahun 1991,1993, 1994,2001, 2004 , 2006 dan 2007.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projekpertanian dan bukan pertanian, beliau aktif di dalam aktivitisosial dan kemasyarakatan, diantaranya:

� Ahli Jemaah Pengarah PPK Nilam Puri.� Ahli Pewakilan Mesyuarat Pertubuhan Peladang

Negeri Kelantan.� AJK Masjid Kampung Perol.� AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Perol.� Sebagai Penasihat Projek Tanaman Padi Ke arah

10 Metrik Tan.

Diatas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri,keluarga dan masyarakat, beliau mendapat pulanganlumayan setiap bulan dari aktiviti pertanian dan bukanpertanian yang diusahakan dengan perancangan yang telitidan teratur.

12

Page 13: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)Seberang Perak, Perak merupakan

pemenang bagi Anugerah Pertubuhan PeladangJaya Kebangsaan 2007. Dengan keluasanpengendalian 19,851 hektar, PPK dengan 29 UnitPeladang mempunyai ahli seramai 2,799 orangdengan kebanyakkannya terlibat dalam bidangpertanian. Jumlah saham ahli di PPK melebihiRM600 r ibu manakala s impanan ahl i pu lamenjangkau RM272 ribu. PPK juga memiliki asetmelebihi RM4 juta yang berupa tanah pertanian,bangunan, jentera dan lain-lain lagi.

Diketuai oleh Encik Mohd. Jefni bin Md Noordengan dibantu seramai 23 orang kakitanganmementingkan kualiti dalam merangka programberkai tan per tanian untuk kebaj ikan ahl i .Kearkaban yang terjalin diantara barisan JemaahPengarah yang diketuai oleh Tuan Haji Abd. Ghanibin Haji Abd. Rashid memudahkan usaha tersebut.Sementara itu seramai 12 orang pekerja lantikanPPK dan 25 orang pekerja kontrak/bermusimturut menjadi teras kepada pengurusan PPK.

Aktiviti utama yang dijalankan oleh PPK lebih kepadabidang pertanian. Antara projek yang dilaksanakanialah:

� Projek semaian benih padi seluas 0.4 hektar.� Projek ladang benih padi dengan jabatan

pertanian seluas 72 hektar.� Pemasaran benih padi sebanyak 120 m/tan

semusim bagi kawasan seluas 400 hektar.� Pengedaran baja subsidi kerajaan untuk

kawasan tanaman 8,800 hektar.� Projek kejenteraan ladang dengan kemudahan

enam unit transplanter, 1 unit backhoe dansebuah lori 5 m/tan untuk kegunaanpemasaran padi.

� Kedai input pertanian.

Kesemua projek ini menjana isipadu perniagaanbernilai RM 1,697,834 juta dengan keuntungan bersihsebanyak RM 261,862 setahun.

13

Page 14: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Dalam usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi PPKmengusahakan ladang kelapa sawit seluas 150 hektaryang diurus oleh Pertubuhan Peladang Negeri Perak.PPK juga turut menguruskankan ladang kelapa sawitahli seluas 200 hektar dan mengusahakan pasar minipeladang serta menjalankan kerja-kerja kontrak amdan ladang/pertanian. Kesemua projek ini memberifaedah kepada lebih 300 orang ahli dan menjanaisipadu perniagaan bernilai RM1,959,432 dengankeuntungan bersih sebanyak RM261,807 setahun. Disamping itu PPK menjalankan aktiviti sokongan sepertisewaan rumah kedai yang menjana pendapatanbernilai RM18,770 setahun.

Sehingga penghujung tahun 2006, PPK telah dapatmelahirkan seramai 54 orang usahawan peladang melaluipelbagai projek ekonomi seperti tanaman dan semaianpadi, tanaman nanas dan pisang, ternakan lembu dankambing, ternakan ikan air tawar, memproses air kacangsoya dan kuih tradisional.

PPK berjaya melaksanakan kesemua sepuluh perkhidmatankepada ahli/peladang meliputi pengurusan dan pembangunansumber manusia, mekanisasi/automasi ladang, bekalan ladang,pemasaran, infrastruktur ladang, khidmat nasihat, pengendalianlepas tuai, pembiayaan, pusat sumber dan teknologi pemprosesan.

Seramai 200 orang ahli telah mendapat faedah melaluiperkhidmatan pembiayaan kredit yang disediakan dengan nilai

melebihi RM1.4 juta. Manakala seramai 1,500 orang ahlitelah mendapat faedah daripada program kebajikan yangdianjurkan seperti anugerah pelajaran, sumbangankematian, hadiah galakan peladang dan sebagainya. Puratadividen yang dibayar kepada ahli sebanyak 12% setahun.

Atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh PPK,pelbagai anugerah dan pengikt i rafan telahdiperolehi. Antara anugerah yang diperolehi ialah:

� Anugerah Unit Jaya Peringkat Negeri Perakpada tahun 2006.

� Anugerah Kualiti Pengurusan Projek PadiBenih Peringkat Negeri dan Kebangsaanpada tahun 2005.

PPK te lah ber jaya mengasaskan danmenggalakkan peladang menggunakan teknologipenanaman padi menggunakan semaian padi danmesin “transplanter” serta membimbing peladangke arah usahawan dengan menawarkan projek-projek tanaman semaian dan padi benih secaraberkelompok

Berdasarkan kecemerlangan yang dicapai setakatini, menjadi harapan PPK segala usaha yangdijalankan terus berdaya maju kerana selain dapatmembangunkan PPK ia juga mampu mengubahtaraf ekonomi ahli pada masa hadapan.

14

( Tanaman nanas antara projek yang di usahakan oleh PPK Seberang Perak )( Tanaman nanas anTanaman nanas anT tara projek yang di usahakan oleh PPK Seberang Perak )( Tanaman nanas antara projek yang di usahakan oleh PPK Seberang Perak )

Page 15: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

Unit Peladang Kampung Tanjung Sepat, KualaLangat, Selangor merupakan pemenang bagi

Anugerah Unit Peladang Jaya Kebangsaan 2007.Unit Peladang kepada Pertubuhan PeladangKawasan (PPK) Barat Laut ini mempunyai ahliseramai 160 orang dengan kebanyakkannyapetani di mana hampir 82% orang ahli terlibatsecara langsung dalam bidang pertanian.

Diketuai oleh Encik Painan bin Mat sebagai KetuaUnit kerap berbincang dengan Encik Zuhan binJusoh, Pengurus Besar PPK bagi merangkaprogram berkaitan pertanian untuk kebajikan ahli.Jumlah saham ahli di PPK melebihi RM40,000dengan tabungan unit mencecah RM26,000.

Unit Peladang telah dapat menggembleng seramai26 orang ahli dalam pelbagai projek termasuklahprojek tanaman sayur-sayuran, nanas, ubi kayu,pisang, keledek, keladi. Selain itu terdapat ahli

15

Page 16: Untitled-1 [103.8.163.254]103.8.163.254/document/upload/Z5X7zBWeMn50rHhfE27koqwzeWqERxc2.pdfmengusahakan mengikut cara tradisional atau ... mengekalkan kesegaran udang dan memelihara

PenaungDato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

PenasihatHaji Arpan Shah bin Satu

Ketua PengarangHaji Abd. Nasir bin Haji Ismail

PenyuntingAzizan bin Othman

Rohman bin Jasmani

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Grafik/IllustratorRohman bin Jasmani

Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

16

yang mengusahakan tanaman kelapa sawit,ternakan lembu feedlot, kambing dan ayamkampung. Manakala industri asas tani yangdijalankan oleh ahli termasuklah pemprosesanmakanan ringan seperti kerepek, kuih tradisionaldan sebagainya. Keseluruhan projek pertaniandan industri asas tani yang diusahakan telahmenjana isipadu perniagaan hamper RM8 jutajuta setahun dengan keuntungan melebihi RM 2.5juta.

Sehingga penghujung tahun 2006, Unit peladangini telah dapat mewujudkan seramai enam orangusahawan peladang yang menjalankan pelbagaiprojek berasaskan pertanian.

U n i t i n i t e l a h b e r j a y a m e n y e d i a k a nsembi lan dar ipada sepu luh perkh idmatankepada ahl i pe ladang seper t i perkhidmatanp e n g u r u s a n d a n p e m b a n g u n a n s u m b e rm a n u s i a , a u t o m a s i l a d a n g , p e m a s a r a n ,kh idmat nas ihat , pengenda l ian lepas tua i ,p u s a t s u m b e r , p e m b i a y a a n , t e k n o l o g ipemprosesan dan in f ras t ruk tur ladang.

Di samping itu atas inisiatif pengurusan unitpelbagai program telah di laksanakan untukkebaj ikan sepert i perkhidmatan kredi t danprogram lain yang lebih kepada mengeratkansi laturahim sesama ahli . Seramai 15 oranga h l i t e l a h m e n d a p a t f a e d a h m e l a l u ip e r k h i d m a t a n k r e d i t y a n g d i s e d i a k a n

menggunakan dana Tabung Unit. Setiap ahlid i b o l e h k a n u n t u k m e m i n j a m s e h i n g g aRM2,000 untuk tempoh 12 bulan.

A t a s k e c e m e r l a n g a n y a n g d i c a p a i , U n i tPe ladang Kampung Tan jung Sepa t t e l ahmemperolehi pelbagai anugerah, antaranyaialah:

� A n u g e r a h P e r t u b u h a n B e l i a J a y aPeringkat Negeri Selangor Tahun 2006.

� Anugerah Projek Kelompok Jaya HPPNPeringkat Negeri Selangor Tahun 2005.

� Anugerah Projek Terbaik Sempena HariK u a l i t i L P P P e r i n g k a t N e g e r i d a nKebangsaan Tahun 2006.

S e m e n t a r a i t u , a t a s k e p i m p i n a n y a n gdi tunjukan oleh Encik Painan bin Mat danpenglibatan dalam bidang pertanian, anaknyaEncik Zulkarnain bin Painan telah menerimaAnugerah Pe ladang Muda Jaya Per ingkatNegeri Selangor Tahun 2001 dan 2005.

K e c e m e r l a n g a n y a n g d i c a p a i o l e h U n i tPe ladang Kampung Tan jung Sepa t t e l ahmenjadikan uni t in i sebagai uni t peladangcontoh di negeri Selangor kerana selain dapatm e m b a n g u n k a n u n i t i a j u g a b e r j a y amengubah taraf hidup masyarakat kampung dim a n a e k o n o m i k e s e m u a a h l i m e n c a p a isasaran yang membanggakan.